13

Click here to load reader

Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

  • Upload
    zerazie

  • View
    332

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

PENDAHULUAN

Kecenderungan peningkatan saiz dan kadar pertumbuhan perbelanjaan awam dari semasa

ke semasa dapat diterangkan oleh teori Wagner dengan hukum Wagner. Teori tentang

peningkatan pertumbuhan perbelanjaan awam ini telah di asas oleh Adolph Wagner pada tahun

1963. Teori ini telah mewujudkan hukum Wagner. Hukum ini menyatakan bahawa terdapat

kecenderungan semulajadi pelbagai peringkatan kegiatan kerajaan untuk meningkatkan secara

intensif dan ekstensif apabila berlaku pertumbuhan ekonomi. Hukum Wagner diwujudkan

dengan berasaskan fakta-fakta sejarah yang melibatkan perubahan perbelanjaan kerajaan dan

pertumbuahan ekonomi dalam jangka panjang.

Berdasarkan kajian empirik di negara maju, Wagner mendapati bahawa kadar

pertumbuhan kegiatan kerajaan lebih besar daripada kadar pertumbuhan ekonomi. Maklumat ini

membawa maksud bahawa keanjalan perbelanjaan kerajaan terhadap pendapatan negara lebih

besar daripada satu. Tafsirannya ialah apabila pendapatan negara meningkat satu peratus, maka

jumlah perbelanjaan kerajaan meningkat lebih daripada satu peratus.

Rumusan yang dikemukakan oleh Wagner ini telah menimbulkan pelbagai kekeliruan dan

seterusnya menimbulkan pelbagai tafsiran daripada pemahaman di kalangan penyelidik selepas

beliau. Ini kerana hukum Wagner hanya berasaskan fakta-fakta sejarah tanpa menyenaraikan

hipotesis kajian secara teperinci.

Bagi menguji berlakunya kewujudan hukum Wagner, kami telah memilih Negara

Switzeland dan Malaysia untuk dikaji.

Page 2: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

PENGENALAN

SEJARAH MALAYSIA

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun

yang ditemui di Kompleks Gua Mulu, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui

empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan

Zaman Kolonial.

Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China

dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak

arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2

Masehi lagi. Ianya membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah

merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan

Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada

awal abad ke-14, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat

penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan

penempatan atau koloni di Selat Melaka.

Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13

Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului

kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

ZAMAN PENJAJAHAN

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau

Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan

Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain

sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung.

Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi

semakin agresif dan mula mendapatkan negeri negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang

saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah

masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang

mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor

Page 3: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang

dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu

yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan

Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja

British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum dari itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran

untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya

dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. justeri British mewujudkan Malayan

Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak

kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding

dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan

negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama

Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

SELEPAS PERANG

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963

melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah)

dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai

Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan

Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan

oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia

dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran yang melibatkan campurtangan kerajaan dan swasta dalam menyelesaikan masalah ekonomi.

Page 4: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

SEJARAH SWITZERLAND

Persekutuan Switzerland disertai oleh Luzen (1333), Zurich (1351), Glaurus dan Zug (1352) dan Bern (1352). Pada tahun 1352, terdapat lapan buah Negara membentuk Acht Althen Orte (“lapan negeri lama”). Yayasan Universiti Basel telah menjadi university pertama di Switzerland pada tahun 1481.

Fribourg dan Solothurn (1460) menyertai Persekutuan Switzerland. Bermulanya era baru pada tahun 1500 yang dikenali sebagai “Renaissance”. Di mana, masyarakat ketika itu mula berminat kepada sains. Persekutuan Switzerland disertai lagi oleh Basel dan Schaffhausen (1501) serta Appenzell (1513). Bermulanya Reformasi pada tahun 1522. Tahun 1648, pengisytiharan kemerdekaan. Oleh itu Switzerland menjadi sebuah Negara yang merdeka.

Sankt Galleo, Graubunden dan Ticiono (1803), Valais Nekchatel dan Geneve (1815) menyertai Persekutuan Switzerland. Pada tahun 1815, Switzerland telah mendapat sempadan-sempadannya yang terakhir. Tahun 1864, Perlembagaan Persekutuan Switzerland telah menubuhkan Yayasan Palang Merah Antarabangsa (IKRK). Pembukaan landasan kereta api “Gotthardbahn" pada tahun 1882.

Tahun 1932, ahli fizik Switzerland iaitu Auguste Piccard telah merekodkan ketinggian belonnya di udara pada ketinggian 16,940m. Ini merupakan belon pertama dilengkapi dengan tekanan kabin. Tahun 1960, Jacques Piccard ( anak lelaki Auguste Piccard) dan Tuan Walsh telah menyelam menggunakan “Bathyscaphe” iaitu sebuah kapal selam yang diberi nama "Trieste" serendah 10,916m di bawah paras laut.

Wanita diberikan hak untuk mengundi pada tahun 1971. Rakyat Switzerland enggan mengundi untuk menjadi ahli EEA (bidang ekonomi Eropah) pada tahun1992. Pada 3 Mac 2002, Switzerland telah bersetuju untuk menyertai Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada 10 September 2002 pula, Switzerland diisytiharkan menjadi anggota penuh PBB seperti yang dicadangkan oleh PBB dalam Majlis Keselamatan.

Ekonomi Switzerland adalah salah sebuah negara di dunia yang mempunyai ekonomi yang stabil. Keselamatan dasar kewangan jangka panjang dan kerahsiaan bank telah membuat Switzerland satu tempat perlindungan yang selamat untuk pelabur, mencipta ekonomi iaitu semakin bergantung kepada paras kekukuhan pelaburan asing. Ini kerana, saiz negaranya yang kecil dan pengkhususan buruh yang tinggi, industri dan perdagangan adalah kunci untuk keadaan ekonomi Switzerland yang menguntungkan.

Page 5: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

PERBINCANGAN ISU

JADUAL PERBELANJAAN KERAJAAN MALAYSIA (PERBELANJAAN MENGURUS

+ PERBELANJAAN PEMBANGUNAN)

Tahun

Perbelanjaan Mengurus

( RM juta)

Perbelanjaan Pembangunan

( RM juta)

Perbelanjaan Kerajaan

( RM juta)

2000 56,547 27,941 84,488

2001 63,757 35,235 98,992

2002 68,699 35,977 104,676

2003 72,224 39,353 111,577

2004 91,298 28,864 120,162

2005 97,744 30,534 128,278

2006 105,374 35,814 141,188

2007 112,986 44,510 157,496

SUMBER : LAPORAN EKONOMI MALAYSIA PERLBAGAI TAHUN

JADUAL KELUARAN DALAM NEGARA KASAR DAN PERBELANJAAN KERAJAAN

MALAYSIA

Tahun

Keluaran Dlm Negara Kasar (GDP)

( RM juta)

Perbelanjaan Kerajaan

( RM juta)

2000 317,364 84,488

2001 353,217 98,992

2002 370,056 104,676

2003 383,633 111,577

2004 411,050 120,162

2005 466,678 128,278

Page 6: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

2006 530,637 141,188

2007 596,843 157,496

SUMBER : LAPORAN EKONOMI MALAYSIA PELBAGAI TAHUN

JADUAL PERATUS PERUBAHAN TAHUNAN MALAYSIA

Tahun% perubahan tahunan GDP

% perubahan tahunan G

% perubahan G/% perubahan Y

2000

2001 11.30 17.17 1.52

2002 4.77 5.74 1.20

2003 3.67 6.59 1.80

2004 7.15 7.69 1.08

2005 13.53 6.75 0.50

2006 13.71 10.06 0.73

2007 12.48 11.55 0.93

Purata 1.11

SUMBER : Diubahsuai daripada LAPORAN EKONOMI MALAYSIA pelbagai tahun.

Pengiraan Keanjalan

EB,Y = (% perubahan G / % perubahan Y) / Bilangan tahun

= 7.76 / 7

= 1.11

Page 7: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

Berpandukan rajah di atas, didapati pada tahun 2000 hingga tahun 2004, wujudnya

hukum Wagner disebabkan berlakunya perubahan perbelanjaan kerajaan melebihi perubahan

pendapatan. Contohnya pada tahun 2003, perubahan perbelanjaan kerajaan ialah 6.59%

manakala perubahan pendapatan pula ialah 3.67%. Walau bagaimanapun, tidak wujud hukum

Wagner dari tahun 2005 sehingga tahun 2007 . Ini kerana perubahan pendapatan melebihi

perubahan pebelanjaan kerajaan. Contohnya pada tahun 2005,dapat dibuktikan berlakunya

perubahan pendapatan melebihi perubahan pebelanjaan kerajaan sebanyak 6.78%

Kesimpulannya, secara keseluruhannya di Negara Malaysia berlakunya hukum

Wagner. Berdasarkan pengiraan keanjalan yang dibuat, nilai keanjalan yang diperolehi lebih

daripada satu iaitu 1.11%. Ini bermakana apabila pendapatan meningkat 1%, maka jumlah

perbelanjaan awam meningkat sebanyak 1.11%.

Page 8: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

JADUAL KELUARAN DALAM NEGARA KASAR DAN PERBELANJAAN KERAJAAN

SWITZERLAND

Tahun

Keluaran Dlm Negara Kasar (GDP)

( Bilion of Francs )

Perbelanjan Kerajaan (G)

( Bilion of Francs )

1993 350.8 42.4

1994 358.3 43

1995 367.7 43.5

1996 372.3 44.3

1997 374 44

1998 380.6 44

1999 390.2 44.3

2000 397.9 46.2

2001 415.9 49.1

2002 422.8 50.1

SUMBER : International Financial Statistic Yearbook oleh International Monetary Fund (IMF)

JADUAL PERATUS PERUBAHAN TAHUNAN SWITZERLAND

Tahun % perubahan GDP % perubahan G% perubahan G/%

perubahan Y

1993

1994 2.14 1.42 0.66

1995 2.62 1.16 0.44

1996 1.25 1.84 1.47

1997 0.46 -0.68 -1.48

1998 1.76 0.00 0.00

Page 9: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

1999 2.52 0.68 0.27

2000 1.97 4.29 2.17

2001 4.52 6.28 1.39

2002 1.66 2.04 1.23

Purata 0.68

SUMBER : Diubahsuai daripada International Financial Statistic Yearbook oleh International Monetary Fund (IMF)

Pengiraan Keanjalan

EB,Y = (% perubahan G / % perubahan Y) / Bilangan Tahun

= 6.15 / 9

= 0.68

Page 10: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

Berdasarkan rajah di atas, didapati pada tahun 1993 hingga 1995, tidak wujud hukum

Wagner kerana perubahan pendapatan melebihi perubahan perbelanjaan kerajaan. Contohnya

pada tahun 1995, perubahan pendapatan sebanyak 2.62% manakala perubahan perbelanjaan

kerajaan sebanyak 1.16%. Walau bagaimanapun, didapati pada tahun 1996, wujud hukum

Wagner disebabkan perubahan perbelanjaan kerajaan sebanyak 1.84% melebihi perubahan

pendapatan iaitu 1.25%. Pada tahun 1997 sehingga tahun 1999, tidak wujud hukum Wagner. Ini

kerana perubahan pendapatan melebihi perubahan pebelanjaan kerajaan. Contohnya pada tahun

1999, perubahan pendapatan melebihi perubahan pebelanjaan kerajaan sebanyak 1.84% .

kemudian hokum Wagner didapati wujud semula dalam tahun 2000 hingga 2002. Ini dapat

dibuktikan apabila pada tahun 2000, perubahan perbelanjaan kerajaan melebihi perubahan

pendapatan masing-masing pada kadar 4.29% dan 1.97%.

Kesimpulannya, secara keseluruhannya di Negara Switzerland tidak wujud hokum

Wagner. Berdasarkan pengiraan keanjalan yang dibuat, nilai keanjalan yang diperolehi kurang

daripada satu iaitu 0.68%. Ini bermakana apabila pendapatan meningkat 1%, maka jumlah

perbelanjaan awam meningkat sebanyak 0.68%.

Page 11: Hukum Wagner Di Negara Switzeland & Malaysia

KESIMPULAN:

Dapat dirumuskan bahawa di Malaysia wujud hukum Wagner. Ini kerana

pertumbuhan perbelanjaan awam lebih cepat daripada pertumbuhan ekonomi. Fenomena ini

berlaku disebabkan peningkatan permintaan terhadap tiga kategori barang dan perkhidmatan.

Pertama, tuntutan yang semakin tinggi terhadap peraturan dan perlindungan. Hubungan undang-

undang dan komunikasi yang semakin kompleks mewujudkan keadaan ini. Kedua, peningkatan

terhadap kemudahan social, kegiatan pertahanan dan keselamatan. Ini merupakan tanggungjawab

asas kerajaan untuk meningkatkan kebajikan dan taraf hidup rakyat. Ketiga, wujudnya tuntutan

terhadap usaha mengatasi kegiatan monopoli yang berlaku dalam sektor perindustrian yang

berkeadaan ekonomi skel besar. Fenomena ini, merupakan satu bentuk kegagalan sistem pasaran

yang menyebabkan ketakadilan dan penindasan dalam pasaran bebas. Perubahan perbelanjaan

kerajaan meningkat dengan kadar yang semakin berkurangan. Ini merupakan simptom yang

biasa berlaku kepada sesebuah negara yang menuju ke arah sebuah negara maju.

Manakala Switzerland pula tidak wujud hukum Wagner. Hukum Wagner diwujudkan

berdasarkan sejarah. Negara Switzerland telah lama mencapai kemerdekaan berbanding

Malaysia iaitu pada tahun 1648. Disebabkan Switzerland telah lama mencapai kemerdekaan,

dan merupakan sebuah negara maju, maka kebanyakan ekonomi kerajaan telah diswastakan bagi

mengurangkan beban kerajaan. Ini menyebabkan pertumbuhan pendapatan berlaku lebih cepat

dari pertumbuhan perbelanjaan kerajaan. Switzerland adalah sebuah negara yang lebih banyak

menggunakan dasar kewangan berbanding dasar fiskal. Secara tidak langsung, ini menyebabkan

hukum Wagner tidak berlaku di Switzerland yang mempunyai nilai keanjalan kurang daripada

satu.