15
4.0 Teknik yang digunakan oleh Teori Tingkah Laku (Behavioris ), Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik ) dan Teori Rational Emotif (Pendekatan Kognitif ) 4.1 Teknik yang digunakan oleh Teori Tingkah Laku (Behavioris) Terdapat enam teknik yang digunakan oleh teori tingkah laku iaitu : 1. Peneguhan Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. Peneguhan Positif Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran. Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru

huraian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

huraian I Think

Citation preview

4.0 Teknik yang digunakan oleh Teori Tingkah Laku (Behavioris ), Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik ) dan Teori Rational Emotif (Pendekatan Kognitif )

4.1 Teknik yang digunakan oleh Teori Tingkah Laku (Behavioris)

Terdapat enam teknik yang digunakan oleh teori tingkah laku iaitu :

1.Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran.

Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya.

Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkataan yang khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antarajenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan.Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial.Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru.

Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

2. Dendaan dan Peneguhan

Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan negatif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya.

Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya

3. Reverse Psychology

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negative kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

4. Shaping

Shaping adalah salah satu kaedah pengubahsuaian tingkah laku yang sangat berguna.Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif.Sebagai contoh, guru akan memberi ganjaran secara berperingkat setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru.Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.

5. Token Ekonomi

Sistem token ekonomi merupakan satu bentukmenggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah.Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan.Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.

Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif.

6. Kontrak (Lisan dan Bertulis)

Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu persetujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku. ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.

4.2 Teknik yang digunakan Oleh Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik)

Berikut merupakan teknik yang digunakan oleh Teori Pemusatan Perorangan dalam kaunseling.

a) Kongruen

Kaunselor haruslah ikhlas, jujur dan mempunyai nilai kebolehpercayaan dalam hubungan kaunseling. Untuk menjadi kongruen, kaunselor perlu menjadi dirinya yang sebenar dan tidak berpura-pura. Ini kerana klien kebanyakan mengalami situasi yang tidak kongruen, jadi kaunselor terbabit haruslah memastikan dirinya kongruen terlebih dahulu dan terlibat dalam hubungan kaunseling.

b) Tidak mengarah (Non-Directive)

Hal ini bermaksud, seseorang kaunselor tidak menyoal atau memberi nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien sebaliknya beliau perlu mendengar secara aktif dan memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling. Kaunselor tidak boleh menghakimi keputusan klien dan membuat keputusan untuk klien.

c) Penerimaan positif tanpa syarat

Seseorang kaunselor mestilah menerima klien mereka seadanya tanpa apa-apa syarat yang dikenakan. Kaunselor harus menerima mereka sebagai seorang yang berpotensi menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. Apabila sikap mesra dan penerimaan wujud dalam kaunseling, klien akan sedia menerima bimbingan dan mereka akan merasa lebih berkeyakinan untuk menangani masalah yang dihadapinya.

D ) Empati

Kaunselor yang baik akan cuba menyelami dunia klien untuk mengalami situasi yang sedang dilalui oleh klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya ketika itu. Empati merupakan keupayaan kaunselor memahami kliennya ke peringkat yang lebih mendalam. Ini merangkumi kemahiran mendengar.(lisan dan bukan lisan) dalam setiap peringkat sesi kaunseling, termasuk imaginasi dan kefahaman kendiri klien.

4.3 Teknik yang digunakan oleh Teori Rational Emotif (Pendekatan Kognitif )

Teori Emosi Rasional telah memberikan beberapa teknik kepada kaunselor iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral.

a) Teknik Kognitif

Teknik kognitif iaitu menstrukturkan semula pemikiran dan kepercayaan tak rasional melalui A-B-C-D-E. A bermaksud peristiwa yang menggerakkan, B pula sistem kepercayaan manakala C bermaksud akibat seterusnya D bermaksud mencabar kepercayaan tidak rasional dan E mempunyai maksud kesan. Contohnya, seorang murid yang telah gagal dalam peperiksaan UPSR berasa amat kecewa (C) kerana dia mempercayai (B) bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana peristiwa gagal dalam UPSR (A). Dalam hal ini kaunselor hendaklah membetulkan sistem kepercayaan (B) yang tidak rasional itu iaitu dengan mengatakan masa hadapan tidak terjejas selama-lamanya kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR dan mendapat kecemerlangan jika berusaha. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan situasi ini dinamakan D. Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) klien akan mengalami perasaan E iaitu kesan di mana klien berasa tenang dan lega.

b) Teknik Emotif

Pertikaikan sehebat-hebatnya

Imageri emotif dan rational

Penerimaan tanpa syarat , peningkatan penghargaan kendiri

Penggunaan teknik humour atau kelucuan.

Main peranan.

c) Teknik Behaviorial

Tugasan untuk mencabar percayaan tak rasional yang degil.

Latihan menangani perasaan malu dan salah yang berkaitan rapat dengan kebimbangan ego.

Latihan kemahiran bertingkah laku seperti latihan asertif, latihan berpidato dan sebagainya.

5.0 Kekuatan dan kelemahan Teori Tingkah laku (Behavioris ), Teori Tingkah Laku perorangan (Humanistik) dan Teori Emotif (Pendekatan kognitif)

1. Kekuatan dan kelemahan Teori Tingkah Laku (Behavioris)

Kekuatan Teori Tingkah Laku Behavioris

Menjelaskan kejadian dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran.

Memahamkan perilaku manusia yang adaptif dan maladaptif.

Menghargai klien dan bersikap menerima

Memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku berbeza

Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat.

Dari segi strategi pelbagai strategi boleh digunakan (role play, token, peneguhan kendiri).

Tingkah laku semula kaunselor lebih faham tingkah laku klien dan klien belajar tingkah laku baharu dalam keadaan yang selamat.

Klien akan faham dan dapat melihat dengan jelas bahawa tingkah laku merupakan proses kematangan. Oleh itu, tingkah laku yang negatif boleh diubah.

Mementingkan hubungan antara kaunselor dan klien.

Kaunselor benar-benar menjiwai keseluruhan pemikiran dan perasaan klien.

Kelemahan Teori Tingkah Laku

Teori ini mungkin akan mengubah tingkah laku tetapi tidak perasan

Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi. Ini akan menyebabkan hubungan antara kaunselor dan klien menjadi tidak mesra sekaligus akan menyukarkan sesi kaunseling berlangsung.

Mengetepikan pengalaman-pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi tingkah laku semasa

2. Kekuatan dan kelemahan Teori Perorangan (Humanistik )

a) Kelebihan Teori Pemusatan Perorangan

Hubungan antara kaunselor dan klien lebih mesra dan membolehkan sesi kaunseling dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan yang terapeutik.

Langkah-langkah kaunseling yang sistematik dan jelas

Kaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran rasional dan positif.

Isu yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan satu persatu dengan teliti.

Klien dapat memajukan diri melalui cara berfikir yang positif.

Teori ini tidak bersikap menilai klien.

Memberikan kemahiran berfikir secara positif untuk berhadapan dengan masalah yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.

b)Kelemahan Teori Pemusatan Perorangan

Terlalu berpusatkan klien di mana guru perlu memenuhi kehendak klien seperti keadaan yang kondusif dan ke arah perubahan tingkah laku.

Konsep kendiri pelajar tidak sepadan dengan pengalaman sebenar. Pelajar tersebut akan memutarbelitkan realiti.

Memerlukan jangka masa yang agak panjang

3. Kekuatan dan kelemahan teknik Rasional Emotif (Pendekatan Kognitif)

Teori Rasional Emotif bermatlamat untuk mengajar klien berfikir dan bertingkah laku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk memilih antara tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Dengan kata lain mereka diajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkah laku yang berikutan.Secara amnya, dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, penyelesaian masalah juga dapat dilakukan dengan segera. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. Hal ini kerana melalui Teori Rasional Emotif klien diajar untuk menerima diri sendiri. Khayalan rasional emotif melatih klien untuk berfikir, berasa dan bertindak sama seperti dalam realiti kehidupan masing-masing.

Walaupun Teori Rasional Emotif mempunyai banyak kekuatan, ia juga tetap memiliki kelemahan yang tersendiri. Antaranya teori ini kurang sesuai bagi klien yang tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif seperti mereka yang mengalami kerencatan akal, kecederaan otak, psikosis atau mania. Walau bagaimanapun terdapat klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, biarpun terdapat juga klien yang tidak begitu sesuai untuk dibantu dengan kaedah yang sedemikian yang berasaskan kepada logik kerana aras kognitif mereka yang rendah.Seperti sesetengah kes pula, terdapat setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali untuk dicapai. Klien juga ada yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik dengan baik. Berbeza pula dengan setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.