22
i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI ANTARA PELAJAR TAHUN SATU SESI 2008/2009 YANG TINGGAL DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR. WELFERD BIN BAKAIT Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2009

i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

i

HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI ANTARA

PELAJAR TAHUN SATU SESI 2008/2009 YANG TINGGAL DI KOLEJ TUN

HUSSEIN ONN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR.

WELFERD BIN BAKAIT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 2: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

ii

‘Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.’

Tandatangan : ..........................................

Nama Penulis : WELFERD BIN BAKAIT

Tarikh : ..........................................

Page 3: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Ayah dan ibuku yang tercinta,

Bakait Bin Garog

Sinuah Bt. Tinggayan

Abang,Kakak dan Adik,

Wilson Mosinggah

Mentin Mosinggah

Salbiah Eva Alvana Bakait

Stanley Bin Bakait

Eddy Yahzara Bakait

Khas untuk,

Julie Eleanor Sue Paunsin

Serta Rakan Seperjuangan,

4 SPH SESI 2008/2009

Terima kasih diatas segala sokongan, bantuan, dorongan dan pengorbanan yang telah

kamu berikan kepada saya secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga Tuhan

akan membalasnya dengan sebaik-baik…..

Terima Kasih!

Page 4: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek

Sarjana Muda saya iaitu, Prof. Madya Syed Mohammed Syafeq Bin Syed Mansor

Alhabshi atas bimbingan dan dorongan sepanjang penyeliaan projek ini.

Saya juga mengucapkan sekalung penghargaan atas kerjasama daripada pihak

pengurusan Kolej Tun Hussein Onn dan pelajar-pelajar yang tinggal di Kolej Tun

Hussein Onn yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam

memberi kerjasama untuk menjayakan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini secara langsung atau tidak

langsung dan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan,

dorongan dan doa restu kepada saya. Terima Kasih.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

semua yang terlibat dalam membantu saya untuk menyiapkan kajian ini dengan

jayanya.

Page 5: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kategori-kategori masalah yang

dihadapi oleh pelajar tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein

Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Baharu. Kajian ini juga bertujuan

untuk mengenalpasti masalah yang menganggu dari segi demografi (jantina, fakulti,

bangsa dan kelayakan masuk universiti). Seramai 210 orang pelajar yang terdiri

daripada 99 orang pelajar lelaki dan 111 orang pelajar perempuan yang diperolehi

secara rawak berlapis. Instrumen kajian yang digunakan ialah ‘Senarai Semak

Masalah Pelajar’ (SSMP) yang dibangunkan oleh Syed Shafeq 2008. Data yang

diperolehi diproses menggunakan ‘Statistical Packages for the Social Scince’ (SPSS

11.5 Window). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga masalah yang paling

mengganggu iaitu sub skala pelajaran dan kerjaya masa depan (58.66%), masalah

kegiatan sosial dan rekreasi (55.90%) dan masalah moral dan agama (49.08%).

Kategori masalah yang kurang menganggu pula adalah berkaitan rumahtangga dan

kekeluargaan (39.41%), perhubungan psikologi sosial (37.00%) dan masalah

kesihatan dan pertumbuhan jasmani (26.90%). Dari segi demografi mengikut jantina,

tidak terdapat perbezaan masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu masalah

penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan peratus masing-masing, lelaki (52.76%)

dan perempuan (63.92%). Dari segi demografi mengikut bangsa, terdapat perbezaan

masalah yang paling menganggu iaitu Melayu menghadapi masalah penyesuaian dan

kerjaya masa depan (57.03%), manakala Cina dan India pula adalah sama iaitu

masalah kegiatan sosial dan rekreasi dengan peratus masing-masing (58.23%) dan

(57.41%). Dari segi demografi mengikut fakulti juga terdapat perbezaan masalah

yang dihadapi oleh mahasiswa mengikut fakulti iaitu bagi FPPSM, menghadapi

masalah kegiatan sosial dan rekreasi (60.85%), mahasiswa FP menghadapi masalah

moral dan agama (51.42%), bagi mahasiswa FKA dan FSKSM pula menghadapi

Page 6: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

vi

masalah yang sama iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan

peratus masing-masing (57.57%) dan (68.98%). Dari segi demografi mengikut

kelayakan masuk universiti pula terdapat perbezaan iaitu bagi lepasan Diploma dan

Matrikulasi menghadapi masalah yang sama iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya

masa depan dengan peratus masing-masing (57.03%) dan (63.04%), dan lepasan

STPM pula menghadapi masalah kegiatan sosial dan rekreasi (59.35%). Beberapa

cadangan bagi mengatasi masalah dikemukakan di dalam kajian ini.

Page 7: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

vii

ABSTRACT

This study is carried out to identify problem categories faced by first year student for

2008/2009 session that stay in Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor Baharu. The purpose of this study also is to identify the

problem faced by students in demographic aspect (sex, faculty, race and qualification

for entering university). As many as 210 students which comprises of 99 male

student and 111 female student achieved at random layered. Instrument used in this

study was ‘Senarai Semak Masalah Pelajar’ (SSMP) developed by Syed Shafeq

2008. Data achieved was processed use 'Statistical Packages for the Social Science'

(SPSS 11.5 Window). Result of this study showed that there is three problems most

intrude namely future education and career sub scale (58.66%), social activity and

recreation problem (55.90%), and moral and religion problem (49.08%). Problem

category just break in on at a little is related household and family (39.41%), social

psychology relationship (37.00%), and health problem and physical growth

(26.90%). From demographic aspect according to gender, there were no problem

difference faced by student namely adaptation and future career problem, with

percent respectively, men (52.76%) and woman (63.92%). From demographic aspect

according to race, there were problem difference most break in on which Malay face

adaptation and future career problem (57.03%), while Chinese and India face same

problem which are social activity and recreation problem with percent respectively

(58.23%) and (57.41%). From demographic aspect follow by faculty also found there

were problem difference faced by student that is for FPPSM, facing social activity

and recreation problem (60.85%), FP student facing moral and religion problem

(51.42%), meanwhile for FKA and FSKSM they face same problem namely

adaptation problem and future career with percent respectively (57.57%) and

(68.98%). From demographic aspect follow by qualification to entering university

Page 8: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

viii

also had been differences. For Diploma and Matriculation graduate, they faces same

problem namely adaptation and future career problem with percent respectively

(57.03%) and (63.04%). This different with STPM graduate that they face social

activity and recreation problem (59.35%). Some suggestions to overcome the

problem addressed in this study.

Page 9: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS

TESIS i

PENGESAHAN PEMBIMBING ii

HALAMAN JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT ix

KANDUNGAN xi

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Kepentingan Kajian 4

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 5

1.7 Definisi Istilah 6

1.7.1 Pelajar 6

Page 10: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

x

1.7.2 Masalah 6

1.7.3 Demografi 7

1.7.4 Kolej 7

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 8

2.1 Kajian-Kajian di Dalam dan Luar Negara 8

2.1.1 Kajian Dalam Negara 9

2.1.2 Kajian Luar Negara 11

2.2 Perbandingan Keputusan Kajian Yang

Dijalankan Oleh Tujuh Orang Pengkaji Lepas

Tentang 11 Kategori Masalah Dalam Nilai

Peratus (%). 12

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Tempat kajian 29

3.4 Subjek Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Alat Ukur Bahagian A (Biodata) 30

3.5.2 Alat Ukur Bahagian B

(Kategori Masalah) 30

3.5.3 Kesahan Alat Kajian SSMP 30

3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Pengelolaan Kajian 32

3.7.1 Pemprosesan Data 32

3.7.2 Kaedah Analisis Data 32

Page 11: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xi

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 35

4.3 Analisis Diskriptif Latar Belakang

Responden 35

4.4 Analisis Diskriptif Kategori Masalah 38

4.5 Analisis Diskriptif Kategori Masalah

Dari Sudut Demografi 50

4.6 Kesimpulan 73

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Perbincangan 76

5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian

Secara Umum 76

5.2.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Dari Segi Demografi 77

5.3 Rumusan 78

5.4 Cadangan 79

5.4.1 Mahasiswa-Mahasiswa 79

5.4.2 Pihak Kolej 80

5.4.3 Pihak Universiti 80

5.4.4 Ibu Bapa 80

5.5 Kesimpulan 81

BAB VI BIBILOGRAFI 82

BAB VII LAMPIRAN

Lampiran A 85

Lampiran B 88

Lampiran C 102

Page 12: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item soalan bagi persoalan kajian 28

3.4 Nilai ’Alpha’ Bagi Kategori Masalah 31

4.2.1 Nilai ‘Alpha’ Bagi Kategori Masalah Kajian Ini. 35

4.3.1 Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 36

4.3.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 36

4.3.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Fakulti 37

4.3.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Kelayakan Akademik Masuk Universiti 37

4.4.1 Kesimpulan Taburan Respon Pelajar-pelajar

Terhadap Item-item Dalam Kategoi Masalah

Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 38

4.4.2 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap

Item-item Dalam Sub Skala Masalah Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani. 39

4.4.3 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kewangan, Kaedah

Kehidupan dan Pekerjaan. 40

4.4.4 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan

Hiburan. 41

Page 13: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xiii

4.4.5 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Psikologi

Sosial. 42

4.4.6 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan

Psikologi (Emosi). 43

4.4.7: Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi,

Perkhawinan dan Seks. 44

4.4.8 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Rumahtangga dan Keluarga 45

4.4.9 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Moral dan Agama. 46

4.4.10 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik. 47

4.4.11 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Pelajaran dan Kerjaya

Masa Depan. 48

4.4.12 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran. 49

4.5.1.1 Kesimpulan Taburan lima Sub Skala Kategori

Masalah Utama Mengikut Jantina 50

4.5.1.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan

Sosial dan Rekreasi Mengikut Jantina. 51

4.5.1.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Masalah

Moral dan Agama Mengikut Jantina 52

4.5.1.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala

Penyesuaian Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah

Mengikut Jantina 53

4.5.1.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala

Penyesuaia Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut

Jantina 54

Page 14: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xiv

4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum

Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55

4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima Masalah Utama Dalam

Sub Skala Mengikut Bangsa. 56

4.5.2.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Masalah

Kegiatan Sosial Dan Rekreasi Mengikut Bangsa 57

4.5.2.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Masalah

Moral Dan Agama Mengikut Bangsa. 58

4.5.2.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala

Penyesuaian Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah

Mengikut Bangsa. 59

4.5.2.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala

Penyesuaian Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut

Bangsa. 60

4.5.2.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum

Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Bangsa/Kaum. 61

4.5.3.1 Kesimpulan Taburan Lima Masalah Utama Dalam

Sub Skala Mengikut Fakulti. 62

4.5.3.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan

Sosial dan Rekreasi Mengikut Fakulti. 63

4.5.3.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral Dan

Agama Mengikut Fakulti. 64

4.5.3.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala

Penyesuaian Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah

Mengikut Fakulti. 65

4.5.3.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian

Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Fakulti. 66

4.5.3.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum

Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Fakulti. 67

4.5.4.1 Kesimpulan Taburan Lima Masalah Utama Dalam

Sub Skala Mengikut Mengikut Kelayakan Akademik

Masuk Universiti. 68

4.5.4.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan

Sosial Dan Rekreasi Mengikut Kelayakan Akademik

Page 15: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xv

Masuk Universiti. 69

4.5.4.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral Dan

Agama Kelayakan Akademik Masuk Universiti. 70

4.5.4.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian

Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah Mengikut

Kelayakan Akademik Masuk Universiti. 71

4.5.4.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian

Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Kelayakan

Akademik Masuk Universiti. 72

4.5.4.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum

Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Kelayakan

Akademik Masuk Universiti. 73

Page 16: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xvi

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

Simbol

% - Peratus

& - dan

Singkatan

Bil - Bilangan

FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam

FP - Fakulti Pendidikan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

FSKSM - Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

JERIS - Jasmani Emosi Rohani Inteliktual dan Sosial

KTHO - Kolej Tun Hussein Onn

MPCL - Mooney Problem Check List

N,n - Jumlah Bilangan

P,p - Nilai “Alpha”

SPSS - Statistical Packages for Social Science

SSMP - Senarai Semak Masalah Pelajar

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

T - Tidak

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Y - Ya

Page 17: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

xvii

LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Penentuan Saiz Sampel

Berdasarkan Populasi Krejcie, R.V. dan

Morgan, D.W. (1970) dan Nilai

Kebolehpercayaan Kajian

(Nilai Alpha) Menggunakan SPSS 11.5 85

B Jadual 2.3 hingga 2.13 88

C Contoh Soal Selidik 100

Page 18: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Saban hari, Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) semakin dikenali di

serata dunia dengan pelbagai ciptaan berkonsepkan teknologi serta kajian dalam

bidang sains. Ciptaan yang berkonsepkan sains dan teknologi ini telah memberikan

UTM pengiktirafan bertaraf antarabangsa pada 14 Mei 1972. Seiring dengan visi

universiti untuk menjadikan institusi pengajian ini sebagai pusat akademik yang

bertaraf dunia dan mencapai kecemerlangan teknologi melalui kreativiti.

Sehubungan dengan itu, pihak universiti juga amat menitik beratkan

penghasilan produk-produk yang berkualiti. Produk yang dimaksudkan di sini

adalah melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berkualiti dan seiring dengan falsafah

pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

inteliktual dan sosial atau lebih dikenali sebagai JERIS. Pihak universiti telah

mensasarkan setiap mahasiswa yang dilahirkan merupakan generasi yang

mempunyai sahsiah yang cemerlang, kompetatif dan juga kreatif.

Oleh itu, kajian secara analisis amat penting dijalankan bagi melihat

sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh mahasiswa. Justeru itu, sasaran oleh

pihak universiti untuk menghasilkan graduan yang berketrampilan dan memenuhi

keperluan aspirasi negara akan dapat dicapai kelak.

Page 19: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

2

Pihak kerajaan kini telah menekankan supaya pembangunan modal insan

seharusnya selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kenyataan ini dipetik

dari laman web http://studentpower.blogdrive.com/comments?id=8 (April 28, 2006).

Manakala memetik kata-kata perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk menambah nilai modal insan di

kalangan generasi muda bagi memastikan negara mempunyai tenaga yang terbaik

untuk masa depan yang cemerlang (BERNAMA, Julai 16, 2005). Maka, jelaslah di

sini bahawa penghasilan graduan yang cemerlang amat penting bagi memenuhi

keperluan negara. Oleh itu, beberapa langkah harus diambil untuk mengenal pasti

masalah yang mengekang pihak universiti dalam membentuk sekumpulan graduan

yang berkualiti seterusnya dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era yang semakin mencabar ini, kehidupan moden yang dilalui oleh

masyarakat sedikit sebanyak telah mempengaruhi keperibadian serta moral

masyarakat secara tidak langsung. Perlakuan yang mendorong ke arah gejala-gejala

negatif semakin menular di kalangan masyarakat seperti berlakunya kes jenayah

rogol, cetak rompak, bohjan, bohsia, gigolo, buli, vandalisme, lumba haram, ragut,

terlibat dengan dadah dan bunuh hampir setiap hari kita dengar tidak mengira

pangkat, keturunan dan tahap pendidikan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi

(IPT). Walaupun pelajar IPT ini dikatakan tergolong dalam golongan cendekiawan

namun mereka juga tidak dapat lari daripada masalah yang membawa kepada

kehancuran seperti yang kita lihat dan dengar dari pelbagai sumber.

Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia, Selasa, 15 Febuari 2000 yang

bertajuk “Budaya Couple semakin serius di IPT”, seorang pemimpin mahasiswa,

Rosmaria Abdul Sahat, mendakwa bahawa budaya yang semakin menular itu antara

punca meningkatnya kes rogol yang dilakukan oleh teman lelaki sendiri. Keratan

Page 20: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

3

akhbar ini pula menunjukkan terdapat masalah yang berkaitan dengan pergaulan

muda-mudi dan seks dikalangan mahasiswa.

Dalam keratan akhbar “The Star”, Isnin, 3 March 2008 yang bertajuk “Seks

bebas dan pembuangan bayi pelajar IPT”, dalam keratan akhbar tersebut mengatakan

bahawa kemelut buang bayi dan pergaulan seks bebas semakin serius melibatkan

golongan melayu khasnya pelajar IPT amat membimbangkan akibat pergaulan bebas

serta 'culture shock’.

Keratan akhbar Berita Harian, Isnin, 9 Julai 2008 yang bertajuk “Isu Pelajar

IPT Jual Maruah” pula menyatakan bahawa semakin ramai pelajar IPT menjual

kehormatan diri sebagai pelacur kelas atasan untuk mengejar kemewahan. Baru-baru

ini kes yang hampir sama juga telah terpampang semula di dada akhbar Utusan

Malaysia, Jumaat, 19 September 2008 yang bertajuk “Perlakuan sumbang siswa”

yang mengatakan bahawa terdapat mahasiswa yang tergamak melangkah ke realiti

’gigolo’ adalah kerana ingin mendapatkan duit untuk menampung kos pembelajaran

dan ingin hidup mewah. Menurut presiden Eksekutif Universiti Kuala Lumpur

(UniKL), Prof. Datuk Dr. Abdul Hakim, ’walaupun mereka tergolong di dalam

kumpulan inteliktual, namun imej yang dibawa bersama adalah sangat tidak

bermoral’.

Keadaan sedemikian sudah pasti akan memberi kesan negatif terhadap

pencapaian akademik pelajar sekiranya perlakuan tidak bermoral ini tidak dipantau

dan di ambil tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, mahasiswa tahun satu sesi

2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn telah dipilih sebagai sample

kajian untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi untuk tindakan

selanjutnya.

Page 21: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

4

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kategori masalah yang dihadapi

oleh mahasiswa tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting bagi mengenalpasti masalah-masalah yang boleh

menganggu mahasiswa tahun satu sesi 2008/2009 di Kolej Tun Hussein Onn serta

kaitannya dengan demografi (Jantina, Bangsa, Fakulti dan Kelayakan Masuk ke

Universiti) mahasiswa sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Teknologi

Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca masalah berdasarkan

beberapa kategori yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswa tahun satu sesi

2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn. Hasil kajian ini boleh dijadikan

sebagi satu panduan bagi pihak kolej, fakulti, Universiti, pengkaji lain, masyarakat,

badan bukan kerajaan dan ibu bapa dalam usaha membantu mahasiswa

menyelesaikan masalah yang dihadapi agar mereka dapat meningkatkan prestasi

akademik serta membina keterampilan yang lebih baik bagi memenuhi sasaran

Universiti bagi melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan

sekaligus menaikkan imej universiti di mata masyarakat dan juga di mata dunia

secara amnya.

Page 22: i HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … · 4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55 4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima

5

1.5 Objektif Kajian

Secara keseluruhannya, objektif kajian ini adalah untuk meninjau kategori

masalah di kalangan mahasiswa tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun

Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Objektif kajin ini

secara amnya pula adalah bertujuan untuk:

1.5.1 Mengenalpasti kategori masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tahun satu

sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn.

1.5.2 Mengenalpasti kategori masalah dengan demografi ( Jantina, Bangsa, Fakulti

dan Kelayakan Masuk ke Universiti)

1.6 Persoalan Kajian

1.6.1 Apakah kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tahun satu

sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn?

1.6.2 Adakah kategori masalah dengan demografi ( Jantina, Bangsa, Fakulti dan

Kelayakan Masuk ke Universiti) signifikan atau saling berkait?