Upload
dinhkhuong
View
386
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
IIIIsi Kandungan
Tajuk Muka Surat
Disclaimer 3
Penghargaan 4
Pengenalan 5
Cara mencairkan coklat Couverture 6
Cara membuat coklat berwarna-warni 12
Cara Membuat Coklat Oreo 16
Cara Membuat Lolichoc 21
Idea kejayaan perniagaan Handmade Chocolate 25
DDDDisclaimer
Untuk pengetahuan anda, e-book ini ditulis berdasarkan
pengalaman penulis sendiri. E-book ini ditulis khas untuk anda bagi
mendedahkan teknik – teknik yang betul dan mudah untuk membuat
‘Handmade Chocolate’. E-book ini akan mendedahkan beberapa teknik
pemasaran khusus kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan
‘Handmade Chocolate’.
BBBBeberapa perkara penting yang perlu anda
tahu sebelum membaca e-book ini
• Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana
bahagian didalam e-book ini.
• Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana – mana pihak
tanpa melalui laman web http://www.gurucoklat.com
• Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma.
• Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada
produk anda.
PPPPenghargaan
E-book Cara Membuat Handmade Chocolate ( Couverture ) ini
didedikasikan khusus kepada :
• Semua yang berminat untuk mempelajari Cara Membuat
Handmade Chocolate.
• Semua usahawan yang ingin melakukan perniagaan Handmade
Chocolate.
• Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak
berbelah bahagi.
• Rakan – rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan
semangat untuk meneruskan pembuatan e-book ini.
• Rakan perniagaan yang banyak membantu dalam
mempromosikan e-book ini.
PPPPengenalan
Coklat Couverture ialah coklat yang diperbuat daripada Mass Cocoa dan
lemak koko. Coklat Couverture juga dikenali sebagai coklat tulen. Kualiti coklat
Couverture lebih bermutu tinggi jika dibandingkan dengan coklat Compound.
Kebanyakan kompani coklat yang besar seperti pengeluar coklat Cadbury,
Ferrero Rocher dan Hershey menggunakan coklat Couverture.
Ciri – ciri coklat Couverture yang kebiasaannya disukai oleh peminat coklat ialah :
1. Rasa yang lebih sedap berbanding coklat Compound.
2. Tidak rasa kehausan apabila dimakan.
3. Mudah cair apabila berada didalam mulut.
Coklat Couverture kebiasaannya digunakan oleh golongan professional. Pelbagai
masalah akan dihadapi oleh pembuat coklat yang masih baru. Masalah yang
kerap dihadapi ialah coklat mudah cair dan tidak stabil pada suhu bilik. Masalah
tersebut berlaku kerana pembuat coklat yang baru melakukan kesalahan dalam
proses Tempering (Penyepuhan Coklat). Tidak seperti coklat Compound, coklat
Couverture perlu melakukan proses Tempering dalam proses mencairkan coklat.
Proses Tempering dilakukan dengan menyejukkan coklat Couverture yang cair
kepada suhu tertentu sebelum dinaikkan semula suhu coklat tersebut. Proses
Tempering perlu dilakukan untuk menstabilkan lemak koko yang terkandung
didalam coklat Couverture.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, coklat Couverture perlu melalui proses
Tempering dalam proses mencairkan coklat. Sebelum melakukan proses
tersebut, anda perlu mengetahui suhu stabil untuk setiap jenis coklat.
Jenis Coklat Suhu Stabil
Coklat Susu (Milk Chocolate) dan Coklat
Putih (White Chocolate)
27oC – 28
oC
Coklat Gelap (Dark Chocolate) 30oC – 31
oC
Dalam proses Tempering ini, anda perlu menyukat suhu coklat dengan
menggunakan Thermometer.
Peringatan : Semasa proses mencairkan coklat Couverture, anda dinasihatkan
untuk memotong coklat Couverture kepada kepingan kecil dahulu supaya coklat
mudah dicairkan dan tiada berlaku konflik dalam mendapatkan suhu stabil bagi
coklat tersebut.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk mencairkan coklat Couverture :
1. Coklat Couverture (Untuk latihan, anda boleh menggunakan coklat
Cadbury – Dairy Milk.(Coklat Cadbury yang tidak mempunyai apa – apa
inti didalamnya. ) )
2. Periuk Aluminium
3. Flask Air
4. Spatula
5. Air panas (Sekitar 65oC – 70
oC)
6. Pisau
7. Thermometer
Cara mencairkan coklat Couverture adalah seperti berikut :
1. Potong coklat Couverture
kepada 2 bahagian (Lebih
kurang ½ setiap bahagian. )
2. Masukkan satu bahagian
coklat kedalam periuk
aluminium yang telah
diletakkan di atas flask air
yang mengandungi air panas.
3. Kacau coklat tersebut
sehingga cair.
4. Setelah cair, angkat periuk
aluminium tersebut dari flask
air. (Semasa mengangkat
periuk aluminium tersebut, lap
bahagian bawah periuk
aluminium tersebut untuk
mengelakkan kawasan
membuat coklat dicemari air.)
5. Masukkan sebahagian coklat
yang lebih tadi kedalam coklat
yang telah dicairkan.
Kemudian kacau sehingga
keseluruhan coklat menjadi
cair dan mencapai suhu stabil
bagi coklat tersebut.
(Tips : Jika semasa anda
melakukan langkah ini, coklat
yang bahagian selebihnya tidak
sempat cair keseluruhan dan
anda merasakan coklat semakin
keras dan meliat, letakkan
semula diatas flask yang
mengandungi air panas. Kacau
sehingga kurang liat coklat.
Kemudian, alihkan semula dari
flask air dan kacau coklat
tersebut sehingga cair.)
6. Selesai proses mencairkan
coklat Couverture.
Asas untuk membuat coklat yang berwarna – warni ialah dengan
mewarnakan coklat putih yang dicairkan dengan pewarna yang diingini. Pewarna
yang digunakan terdiri daripada jenis serbuk atau minyak. Saya lebih
menggalakkan anda menggunakan pewarna jenis minyak kerana ianya lebih
mudah disekatakan bersama coklat putih.
Idea dekorasi bagi coklat yang berwarna – warni, contoh jika anda menggunakan
acuan bunga mawar seperti gambar diatas, anda boleh menjadikan coklat
tersebut seperti sejambak bunga mawar iaitu dengan menjadikan coklat tersebut
seperti coklat Lolichoc dan kemudiannya dicucuk diatas polistrin yang tebal dan
dikumpulkan sehingga menjadi sejambak bunga mawar.
Coklat berwarna – warni sesuai dijadikan hantaran pertunangan/perkahwinan
dan ‘Door Give’ untuk pelbagai majlis.
Teknik yang digunakan untuk membuat coklat yang berwarna – warni boleh juga
diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada
coklat Couverture.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Berwarna – warni :
1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan
2. Coklat putih yang telah dicairkan
3. Pewarna (Serbuk/Minyak)
4. Acuan coklat
5. Perata
6. Sudu
7. Peti sejuk
Cara membuat coklat Berwarna-warni adalah seperti berikut :
1. Masukkan beberapa titis
pewarna yang anda inginkan
kedalam coklat putih yang
telah dicairkan.
2. Kemudian, kacau coklat
tersebut sehingga warna
menjadi sekata.
3. Masukkan coklat yang telah
diwarnakan kedalam acuan
sehingga memenuhi ½ acuan.
Hentak acuan tersebut
sehingga coklat memenuhi
keseluruhan acuan.
4. Sejukkan coklat tersebut ke
dalam peti sejuk sehingga
coklat tersebut menjadi
sedikit keras. Kemudian,
keluarkan dan penuhi
ruangan acuan tersebut
dengan coklat susu/gelap.
5. Hentakkan acuan dan ratakan
coklat dipermukaan acuan
dengan perata.
6. Selepas itu, sejukkan coklat
selama ½ jam. Keluarkan
coklat dari peti sejuk dan
acuan. Kemudian, hidangkan.
7. Selesai.
CCCCoklat Oreo ialah sejenis coklat yang berintikan biskut Oreo. Coklat Oreo
dapat dihasilkan dengan menyalut biskut Oreo dengan coklat susu/gelap. Acuan
yang digunakan untuk membuat coklat Oreo ialah berbentuk bulat dan
kebiasaannya boleh didapati di kedai – kedai yang menjual peralatan membuat
Handmade Chocolate.
Idea dekorasi untuk coklat Oreo ialah dengan meletakkan coklat Oreo kedalam
bekas yang hanya boleh dimuatkan untuk satu coklat Oreo sahaja. Kemudian,
hiasi bekas tersebut dengan reben mengikut warna tema majlis.
Coklat Oreo sesuai dijadikan ‘Door Give’ untuk tetamu semasa majlis
perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.
Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Oreo boleh juga diaplikasikan
dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat
Couverture.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Oreo :
1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan
2. Coklat putih yang telah dicairkan dan diwarnakan
3. Acuan coklat Oreo
4. Perata
5. Sudu
6. Piping bag
7. Peti sejuk
Cara membuat coklat Oreo adalah seperti berikut :
1. Masukkan coklat putih yang
telah diwarnakan kedalam
piping bag dan potong hujung
piping bag sehingga boleh
mengeluarkan coklat seperti
di dalam gambar.
2. Warnakan acuan seperti
didalam gambar dengan
warna yang anda inginkan.
3. Hentak acuan sehingga coklat
memenuhi ruangan didalam
acuan.
4. Masukkan biskut oreo
kedalam acuan.
5. Masukkan coklat susu/dark
sehingga memenuhi ruangan
didalam acuan. Hentakkan
acuan dan ratakan coklat di
permukaan acuan dengan
perata.
6. Sejukkan coklat selama ½
jam. Keluarkan coklat dari
acuan dan sedia untuk
dihidangkan.
Coklat Lolichoc ialah coklat yang diadaptasi dari gula – gula lollipop iaitu
dihasilkan bersama – sama stik kayu/plastik. Perbezaan yang ketara antara
Lolichoc dan lollipop ialah strukturnya yang mana Lolichoc berasaskan coklat
manakala lollipop berasaskan gula – gula.
Cara penghasilan coklat Lolichoc juga amat mudah. Hanya perlu memenuhi
coklat kedalam acuan Lolichoc dan menenggelamkan stik kedalam coklat sahaja.
Coklat Lolichoc juga boleh menjadi lebih menarik jika diwarnakan. Untuk
menghasilkan coklat Lolichoc yang berwarna – warni, anda boleh menggunakan
teknik yang digunakan dalam mewarnakan coklat Oreo iaitu dengan
memasukkan coklat putih yang telah diwarnakan didalam ‘piping bag’ dan
mewarnakan acuan mengikut warna yang anda ingini.
Coklat Lolichoc sesuai dijadikan ‘Door Give’ untuk kanak – kanak semasa majlis
perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.
Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Lolichoc boleh juga diaplikasikan
dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat
Couverture.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat Lolichoc :
1. Coklat susu/gelap yang telah dicairkan
2. Acuan Lolichoc
3. Perata
4. Sudu
5. Stik lolichoc/lolipop
6. Peti sejuk
Cara membuat Lolichoc adalah seperti berikut :
1. Masukkan coklat susu/dark
yang telah cair ke dalam
acuan Lolichoc sehingga
memenuhi acuan tersebut.
Hentakkan acuan tersebut
sehingga memenuhi ruangan
acuan tersebut.
2. Letakkan stik lolichoc/lollipop
diruangan stik di acuan
lolichoc dan tenggelamkan
stik tersebut kedalam coklat.
3. Sejukkan coklat tersebut
dalam ½ jam. Kemudian,
keluarkan coklat tersebut dari
acuan dan sedia untuk
dihidangkan.
Perniagaan Handmade Chocolate mungkin menjadi sumber pendapatan
sampingan bagi segelintir rakyat Malaysia. Pesaingan perniagaan Handmade
Chocolate di Malaysia juga semakin hari semakin sengit. Bagaimanakah caranya
yang boleh anda lakukan untuk menyaingi pesaing – pesaing anda? Jadi, dalam
ebook ini, saya ingin memberi idea kepada anda cara untuk mengatasi pesaing –
pesaing Handmade Chocolate yang lain sekali gus melariskan jualan Handmade
Chocolate anda berlipat kali ganda walaupun anda masih baru dalam perniagaan
Handmade Chocolate.
1. Cipta Coklat Yang Unik
Untuk merealisasikan idea ini, anda memerlukan daya pemikiran yang kreatif.
Jika dilihat coklat – coklat yang telah terkenal, semuanya ada keunikkannya
tersendiri. Sebagai contoh, coklat Ferrero Rocher terkenal dengan coklatnya yang
berbentuk bulat dan bersalut dengan coklat yang ditabur dengan badam yang
telah dicincang halus. Coklat Cadbury pula terkenal dengan coklat berbentuk bar
dan rasa coklat yang enak. Coklat Hershey’s Kisses pula terkenal dengan coklat
yang berbentuk kon kecil dan dibalut dengan kertas aluminium. Rasanya yang
enak dan lembut juga adalah antara faktor penggemar coklat menyukainya.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk menghasilkan coklat yang unik?
• Dapatkan idea dari coklat – coklat yang telah berada di pasaran. Sebagai
contoh, coklat Cadbury. Coklat Cadbury tidak mempunyai coklat Praline
yang berintikan strawberry dan blueberry. Jadi, idea disini anda cipta
coklat yang mempunyai rasa ala – ala coklat Cadbury kemudian masukkan
inti strawberry/blueberry. Mungkin juga anda boleh buat coklat Praline
yang mempunyai rasa seperti coklat Cadbury dan berintikan
strawberry/blueberry tetapi mempunyai bentuk yang belum pernah
dikeluarkan Cadbury seperti bentuk Hati dan sebagainya. Cara untuk
dapatkan rasa coklat ala – ala coklat Cadbury ialah dengan membeli coklat
Cadbury sendiri. Beli coklat Cadbury Dairy Milk (Coklat yang tidak
mempunyai apa – apa inti.) kemudian cairkan dengan menggunakan teknik
mencairkan coklat Couverture dan cipta coklat yang unik seperti idea yang
saya berikan diatas.
• Buat coklat yang mempunyai bentuk yang belum pernah lagi ada orang
menggunakannya seperti coklat berbentuk peralatan muzik, bunga yang
unik (Seperti bunga Rafflesia dan Orkid), buah – buahan tempatan dan
sebagainya. Untuk merealisasikannya, anda perlu mengeluarkan sedikit
modal untuk mengupah orang membuat acuan sedemikian untuk anda.
2. Pilih 1 bentuk/corak sebagai ‘Trademark’
untuk coklat jenama anda.
Jika dilihat dari pengeluar coklat terkenal seperti pengeluar coklat Cadbury,
Ferrero Rocher, Vochelle dan Kit – Kat, semuanya mempunyai ‘Trademark’ untuk
coklat mereka sendiri. Teknik ‘Trademark’ jika anda praktikkan, akan memberi
peningkatan dalam penjualan coklat anda. Trademark juga akan membuat coklat
anda terkenal dimata peminat coklat. Pastikan ‘Trademark’ yang anda pilih ialah
unik.
Idea ‘Trademark’ untuk coklat anda ialah memilih 1 bentuk/corak untuk jenama
coklat anda. Jika anda pilih corak bunga sebagai ‘Trademark’ coklat anda, hasilkan
coklat yang mempunyai corak bunga yang berbeza – beza. Setiap corak juga
mempunyai rasa yang berbeza – beza.
3. Buat bungkusan/dekorasi yang cantik dan
eksklusif untuk coklat anda.
Jika anda pernah pergi ke Pulau Langkawi, mungkin anda pernah terbeli coklat
yang mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif dengan harga
RM10 tetapi mempunyai rasa yang kurang enak. Bayangkan dalam 1 hari ada 500
orang pengunjung unik yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan 50 orang
membeli coklat tersebut dimana setiap seorang membeli 5 kotak coklat untuk
diberikan kepada sanak – saudara mereka. Berapa banyak keuntungan yang
diperolehi pemilik coklat tersebut?
Harga coklat : RM10
Pembeli 50 orang. Setiap seorang membeli 5 kotak coklat.
50 X 5 = 250
250 kotak coklat terjual dalam 1 hari.
Pendapatan yang diperolehi pemilik coklat : 250 X RM10 = RM2500.
Kemungkinan modal yang dikeluarkan : RM500.
Keuntungan yang diperolehi pemilik coklat : RM2500 – RM500 = RM2000.
RM2000 keuntungan yang diperolehi pemilik coklat dalam
masa 1 hari dengan hanya menjual coklat yang mempunyai
bungkusan/dekorasi coklat yang cantik dan eksklusif walaupun
mempunyai rasa yang kurang enak.
Cuba anda bayangkan jika coklat yang dijual pemilik coklat tersebut sedap dan
mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif, pasti jualan coklatnya
akan berlipat kali ganda.
Anda ada 2 tugasan perlu dilakukan untuk merealisasikan idea ini.
1. Membuat coklat yang sedap.
Untuk tugasan ini saya anggapkan anda sudah selesaikan kerana coklat
Couverture/Compound yang anda gunakan untuk membuat Handmade
Chocolate sudah tentu coklat yang sedap.
2. Membuat Bungkusan/Dekorasi yang cantik
dan eksklusif.
Bagaimana cara untuk membuat bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif?
Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda perlu mempunyai sedikit kreativiti. Idea
dekorasi untuk coklat anda, saya galakkan anda lihat coklat Ferrero Rocher.
Coklat Ferrero Rocher dibalut dengan kertas aluminium berwarna emas. Kertas
aluminium yang berwarna emas membuatkan coklat Ferrero Rocher nampak
eksklusif. Anda boleh mengambil idea dekorasi coklat Ferrero Rocher iaitu
membalut coklat anda dengan kertas aluminium berwarna emas.
Bekas yang digunakan Ferrero Rocher juga ada pelbagai bentuk seperti segi
empat, bujur dan bentuk hati. Ianya memudahkan pembeli untuk terus
menjadikan coklat Ferrero Rocher tadi sebagai hadiah kepada yang tersayang
tanpa perlu membalut bekas coklat Ferrero Rocher dengan pembalut hadiah.
Anda boleh mengambil idea dekorasi tersebut untuk diaplikasikan ke coklat
jenama anda. Pesanan saya, jangan tiru bulat – bulat dekorasi coklat Ferrero
Rocher. Ubah suai sedikit supaya nampak lebih unik dan boleh dijadikan juga
‘Trademark’ untuk coklat anda.
Tambahan untuk Handmade Chocolate juga, kebiasaan pelanggan membuat
tempahan untuk dijadikan hantaran dan door give. Untuk dijadikan coklat
hantaran, mungkin anda harus pandai padankan dengan bunga – bungaan dan
manik – manik. Kepada yang tidak pandai menghias coklat menjadi hantaran,
mungkin anda boleh upah orang untuk membuat tugas berikut. Kemudian,
tinggikan sedikit harga kepada pembeli. Asalkan tidak terlalu mahal dan tidak
merugikan anda.