3
1 IKLAN PERMOHONAN BIASISWA PERSEKUTUAN TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DI POLITEKNIK BAGI KEMASUKAN SESI 2013/2014 1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di politeknik bagi kemasukan Sesi 2013/2014 untuk mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam. 2. BIDANG TAJAAN Semua bidang yang ditawarkan oleh politeknik pada Sesi 2013/2014. 3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN A. Calon-calon yang layak memohon: (i) Warganegara Malaysia (ii) Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. (iii) Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan. (iv) Telah mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi 2013/2014 atau pada bulan Julai Sesi 2013/2014. (v) Mendapat sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam bahasa Melayu. (vi) Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.

Iklan Biasiswa Politeknik JPA 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

JPAScholarshipBiasiswa

Citation preview

  • 1

    IKLAN

    PERMOHONAN BIASISWA PERSEKUTUAN TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DI POLITEKNIK

    BAGI KEMASUKAN SESI 2013/2014

    1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di politeknik bagi kemasukan Sesi 2013/2014 untuk mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.

    2. BIDANG TAJAAN

    Semua bidang yang ditawarkan oleh politeknik pada Sesi 2013/2014.

    3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    A. Calon-calon yang layak memohon:

    (i) Warganegara Malaysia

    (ii) Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

    (iii) Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan.

    (iv) Telah mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi 2013/2014 atau pada bulan Julai Sesi 2013/2014.

    (v) Mendapat sekurang-kurangnya gred C (kepujian) dalam bahasa Melayu.

    (vi) Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain.

  • 2

    B. Calon-calon yang tidak layak memohon:

    (i) Pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil.

    (ii) Pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas.

    (iii) Pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan/ penerbangan/ penyelenggaraan pesawat/ Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan dan sebagainya;

    (iv) Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;

    (v) Pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma.

    (vi) Pelajar yang sedang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh/separuh masa.

    (vii) Pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/Agensi.

    4. TEMPOH KONTRAK

    Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan atau tuntutan gantirugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan tuntutan gantirugi adalah seperti di bawah:

    PERINGKAT / TEMPOH PENGAJIAN

    TEMPOH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN JUMLAH

    GANTIRUGI (RM) Kursus Bukan Profesional

    Kursus Profesional*

    Peringkat Diploma:

    3 tahun atau kurang

    Lebih dari 3 tahun

    3

    4

    5

    6

    70,000.00

    100,000.00

    *Catatan: Kursus profesional meliputi kursus-kursus seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Seni Bina, Perakaunan, Kejururawatan, Undang-Undang, Penilaian Harta, Ukur Bahan dan Ukur Tanah.

  • 3

    5. CARA MEMOHON

    5.1 Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (online application) secara percuma melalui portal JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai 6 Januari 2014 (Isnin);

    5.2 Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat yang telah diisi pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Hanya maklumat yang terkini sahaja diambilkira sebagai penerimaan permohonan;

    5.3 Borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;

    5.4 Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam ruangan Cetak Slip;

    5.5 Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak dan menyemak maklumat yang terkandung di dalam Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2014 sebagai bukti permohonan telah dibuat;

    5.6 Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mendaftar untuk mendapatkan kata laluan atau semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853274/3227/3445. Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Isnin Jumaat) atau emel di alamat [email protected]; dan

    5.7 Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853436/3562/3564/3892 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat [email protected].

    6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

    Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Januari 2014 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

    TAMAT