Upload
siti-amienaa
View
354
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/31/2019 inovasi Matematik (prosedur penggunaan penukaran unit menggunakan jari)
1/4
PROSEDUR PENGGUNAAN:
1. Guru menerangkan bahawa tangan kanan akan mewakili gram manakala tangan kiri akan
mewakili kilogram.
2. Guru menerangkan setiap jari yang akan digunakan akan mempunyai nilai tempat yang
tersendiri.
3. Guru menerangkan bahawa alat yang akan digunakan adalah getah rambut. Getah rambut
akan dimasukkan ke jari yang terlibat dan ia akan membawa nilai 1 getah rambut mewakili 1
nombor bagi jari yang diletakkan getah rambut tersebut. Setiap nilai tempat (jari) akan
menggunakan warna getah rambut yang sama.
Warna getah rambut Nilai tempatMerah sa (tangan gram)
Hijau Puluh (tangan gram)
Pink (merah jambu) Ratus (tangan gram)
Oren Ribu (tangan gram)
Biru Sa (tangan kilogram)
Kuning Puluh (tangan kilogram)
gKg
7/31/2019 inovasi Matematik (prosedur penggunaan penukaran unit menggunakan jari)
2/4
4. Apabila murid sudah mula memahami konsep asas, maka guru boleh memberikan beberapa
unit mass dan meminta murid untuk menunjukkannya menggunakan getah rambut yang
dimasukkan pada jari yang mewakili nilai tempat tertentu bermula daripada mudah kepada
yang sukar.
5. Setelah murid mahir dalam meletakkan getah rambut pada jari yang betul, guru bolehlah
menerangkan mengenai penukaran unit yang melibatkan kg dan g. guru memberikan setiapmurid sticker yang berbentuk bulat dan memberikannya perwakilan sebagai titik perpuluhan.
PENERANGAN PENUKARAN UNIT kg dan g KEPADA g
1. Guru memberikan nilai contohnya 1 kg 341 g dan tukarkan kepada g
2. Letakkan setiap getah rambut mengikut nilai yang diberikan pada jari yang mewakili nila
tempat bagi setiap nilai yang diberikan.
Menunjukkan nilai 2 kg 341 kg
3. Pindahkan semua getah rambut yang berada pada jari sa di tangan kilogram ke jari ribu pada
tangan gram
7/31/2019 inovasi Matematik (prosedur penggunaan penukaran unit menggunakan jari)
3/4
4. Sekarang guru boleh membimbing murid menyatakan nilai yang ditunjukkan dalam unit g iaitu
1341g.
NILAI kg MELEBIHI 9 kg
1. Sekiranya berlaku nilai kilogram melebihi 9 kg maka guru perlu menjelaskan bahawa ibu jar
pada tangan gram perlu digunakan dan mewakili puluh ribu.
2. Bagi menukarkan unit yang melibatkan kg melebihi 9 kg maka ianya sama seperti sebelum in
dimana getah rambut di jari sa (tangan kg) akan berpindah ke jari ribu (tangan g) manakala
getah rambut pada puluh (tangan kg) akan berpindah ke jari puluh ribu (tangan g)
12 kg 341 = _____ g
Letakkan mengikut nilai pindahkan sa (tangan kg) ke ribu tangan g
Pindahkan puluh (tangan kg) ke puluh ribu (tangan g) nilai selepas penukaran = 12341 g
7/31/2019 inovasi Matematik (prosedur penggunaan penukaran unit menggunakan jari)
4/4
PENERANGAN PENUKARAN UNIT kg dan g KEPADA kg
1. penukaran unit kepada kg adalah sangat mudah. Guru hanya perlu memperkenalkan suatu
benda baru iaitu sticker yang akan mewakili titik perpuluhan.
2. Apabila soalan meminta untuk menukarkan unit kg dan g kepada kg maka murid terlebih
dahulu perlu menyusun dan meletakkan getah rambut pada jari yang betul.
3. Murid hanya perlu meletakkan titik perpuluhan pada jari ribu (tangan g) dan bolehlah
membaca nilai yang ditunjukkan dalam g.
Contoh: 2 kg 341 g tukar kepada kg
susun getah rambut dengan betul
Ambil titik perpuluhan (sticker) letakkan pada jari ribu (tangan g)
Menunjukkan 2.341 kg