Upload
dinhdieu
View
241
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
MA
JL
IS B
AN
DA
RA
YA
ME
LA
KA
BE
RS
EJA
RA
H
INOVASI SISTEM i-LESEN FASA 1 UNTUK BANK INOVASI SEKTOR AWAM MAMPU
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
2
1.0 LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
1.1 Sejarah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah lahir bersama sejarah Melaka,
dari sebuah kampung Melayu sehingga menjadi bandaraya yang
terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan kronologi sejarah
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:
1824 - Majlis Perbandaran Melaka & Kota Melaka telah ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Timur.
1848 - Di bawah Akta IV Hindia Timur, peruntukan bagi Negeri Selat (termasuk P. Pinang & Singapura
1856 - Di bawah Akta XXVII Hindia Timur, Pesuruhjaya Perbandaran diasaskan.
1888 - Kawasan Pentadbiran telah digariskan seluas 4.2 batu persegi.
1950 - Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan dikuatkuasakan dan memperuntukkan pilihanraya kecil Majlis Perbandaran Melaka.
1976 - Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) telah digubal bagi memansuhkan Ordinan Perlantikan Pihak Berkuasa Tempatan di mana Ahli-ahli Majlis Perbandaran Melaka dilantik oleh Kerajaan Negeri.
1977 - Kawasan pentadbiran Perbandaran Bandara dan Kota Melaka telah dicantumkan dengan Majlis Daerah Melaka Tengah dan wujudlah Majlis Perbandaran Melaka Tengah dengan keluasan 117 batu persegi.
1987 - Majlis Perbandaran Melaka Tengah telah menerima nama Majlis Perbandaran Melaka.
1989 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah menaikkan taraf Bandaraya Bersejarah kepada Melaka dan maka itu Majlis Perbandaran Melaka kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.
2003 - Pada 15 April, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan naik taraf Majlis Perbandaran Melaka kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
2008 - Pada 7 Julai 2008, Melaka telah diiktiraf sebagai tapak warisan Dunia oleh UNESCO.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
3
1.2 Peta Kawasan Tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
1.3 Alamat Pentadbiran
Ibu Pejabat :
Graha Makmur
No. 1, Jalan Abd. Razak – Hang Tuah Jaya
75450 Melaka
Tel: 06-3333333 Faks:06-2325716
KELUASAN : 277.0 km3
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
4
1.4 Maklumat Pentadbiran
1.4.1 Carta Organisasi
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
5
1.4.2 Visi
Menjadikan Melaka sebagai Bandaraya Warisan, Maju dan
Indah.
1.4.3 Misi
Melaka sebagai penggerak utama Pembangunan dan
Perkhidmatan Bandaraya Melaka.
1.4.4 Moto MBMB
Bandaraya Makmur Cabaran Kita
1.4.5 Slogan Q
Cekap dan Mesra Selalu
1.4.6 Objektif Operasi
i. Memupuk semangat cintakan organisasi dan bekerja
sebagai satu pasukan dan mempunyai satu matlamat
ke arah menjadikan organisasi yang kukuh, dinamik
dan cemerlang,
ii. Melaksanakan tugas untuk mendapatkan keredhaan
Tuhan,
iii. Memantapkan sistem dan cara bekerja supaya ia
menjadi lebih telus, cepat dan tepat,
iv. Melahirkan pekerja yang berdedikasi, cergas dan
rajin.
v. Perkongsian peranan masyarakat serta agensi-agensi
lain dengan lebih berkesan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
6
1.4.7 Fungsi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis
Bandaraya Melaka Bersejarah mempunyai peranan penting
di dalam memaju dan membangunkan kawasan
pentadbirannya. Di antara peranan terpenting Majlis ialah
seperti berikut :
i. Merancang dan menggalakkan pembangunan di
kawasan bandaraya yang selari dengan undang-
undang dan dasar-dasar pembangunan negeri dan
Negara.
ii. Menyedia dan menyelenggara kemudahan-
kemudahan awam seperti jalan raya, parit,
pembentungan, lampu-lampu jalan, pasar, gerai,
tandas awam, perhentian bas dan teksi serta lain-lain.
iii. Memberi perkhidmatan perbandaran dan kesihatan
umum kepada penduduk-penduduk serta
perkhidmatan pungutan dan pelepasan sisa pepejal,
pelupusan najis, pembersihan jalan dan parit serta
lain-lain perkhidmatan perbandaran.
iv. Mengawasi kesihatan awam dengan mengawal
pengendalian makanan, mencegah penyakit
berjangkit, memusnahkan serangga makhluk perosak
dan sebagainya.
v. Merancang dan menggalakkan pembangunan sektor
perniagaan kecil dan penjajaan dengan cara
mengadakan kemudahan tambahan dan pengeluaran
lesen-lesen perniagaan.
vi. Menyedia dan menyelenggara kompleks-kompleks
sukan, pusat-pusat rekreasi, taman-taman dan lain-
lain kemudahan perbandaran.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
7
vii. Merancang dan menggalakkan aktiviti perdagangan,
perindustrian dan pelancongan bersesuaian dengan
strategi pembangunan negeri.
1.4.8 Statistik Anggota
Sehingga 31 Disember 2012, Majlis mempunyai seramai
1062 orang anggota yang bertugas di 15 buah jabatan.
Berikut adalah pecahan anggota Majlis mengikut taraf
perjawatan dan kumpulan.
KUMPULAN WUJUD
TARAF PERJAWATAN
JUMLAH TETAP KONTRAK
SEMENTARA/ PINJAMAN
Jusa 1 1 1 0 2
Pengurusan & Profesional
76 42 0 2 44
Sokongan I 624 472 25 0 497
Sokongan II 525 335 122 3 460
Pelantikan MMKN 0 1 50 0 51
Pelantikan KPKT 0 2 6 0 8
JUMLAH 1226 853 204 5 1062
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
8
2.0 LAPORAN INOVASI i-LESEN
2.1 LATARBELAKANG INOVASI
2.1.1 LATARBELAKANG INOVASI
Setiap pertengahan bulan November hingga akhir bulan Disember,
pelanggan MBMB yang mempunyai lesen perniagaan akan datang
ke MBMB untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka.
Pelanggan ada membuat aduan bahawa proses pengeluaran sijil
lesen mengambil masa yang agak lama. Ini adalah kerana selepas
sijil lesen dicetak, anggota yang bertugas perlu mendapatkan
tandatangan pegawai atasan untuk menandatangani sijil lesen
tersebut. Keadaan menjadi lebih parah kerana kebanyakan pelesen
hanya datang untuk membuat pembaharuan pada saat-saat akhir
tarikh tamat tempoh pembaharuan.
Jabatan Pelesenan juga telah menetapkan bahawa sebelum
pelanggan memperbaharui lesen perniagaan mereka, mereka
perlulah bebas dari sebarang tunggakan samada dari tunggakan
cukai harta, sewa gerai Majlis, kompaun penguatkuasaan atau
kompaun letak kereta. Sehubungan dengan itu, pelanggan perlu
menyemak semua status tersebut di jabatan-jabatan berkenaan
atau di Kaunter Khidmat Pelanggan bagi memastikan mereka tidak
mempunyai tunggakan atau kompaun tersebut. Ini menyebabkan
pelanggan merungut dan mengeluh kerana perlu berurusan di
banyak tempat sebelum urusan sebenar dapat diselesaikan.
Selain daripada itu juga, kegagalan MBMB mengutip tunggakan-
tunggakan hasil cukai dan bukan cukai telah mendapat teguran
Audit Negara dari segi pengurusan yang agak lemah kerana tidak
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
9
mempunyai satu kaedah yang strategik bagi memastikan
tunggakan-tunggakan tersebut dapat dikutip atau jumlahnya dapat
dikurangkan ke satu paras yang minima.
Sehubungan dengan itu pihak pengurusan telah bersidang dan
memutuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal IT supaya
diwujudkan satu sistem maklumat bersepadu yang mengumpulkan
semua maklumat orang awam yang berurusan dengan MBMB
dengan menggunakan nombor kad pengenalan (MyID) sebagai
kekunci utama.
Melalui nombor kad pengenalan ini, pegawai di kaunter Jabatan
Pelesenan MBMB dapat menyemak semua status tunggakan cukai
taksiran harta, sewaan gerai, kompaun penguatkuasaan atau
kompaun letak kereta (sekiranya ada) bagi pemegang kad
pengenalan tersebut sebelum pengeluaran lesen baru atau proses
pembaharuan lesen dilaksanakan. Sistem yang diwujudkan ini
diberi nama sebagai i-LESEN.
2.1.2 PEMBANGUNAN I-LESEN
i-LESEN adalah sebuah sistem yang akan mengendalikan proses
pengeluaran lesen baru dan pembaharuan lesen tahunan. i-LESEN
dikendalikan oleh pegawai-pegawai di kaunter Jabatan Pelesenan
yang berhubung terus dengan pelanggan. Dengan menggunakan
konsept "no wrong door" polisi semakan terus kepada semua
tunggakan atau kompaun yang dikenakan ke atas pelanggan (jika
ada) akan dijalankan terlebih dahulu melalui i-LESEN di kaunter-
kaunter. Bagi merealisasikan proses ini, sistem i-LESEN telah
mengintegrasi ke semua sistem yang berkaitan seperti sistem
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
10
cukai taksiran harta, sistem sewaan, sistem kompaun
penguatkuasa dan sistem kompaun letak kereta.
Tanpa inovasi ini pelanggan terpaksa hadir ke Kaunter Khidmat
Pelanggan untuk semakan cukai taksiran harta dan ke Jabatan
Penguatkuasaan di aras 3 untuk menyemak maklumat kompaun
mereka (sekiranya ada) sebelum boleh memperbaharui lesen
perniagaan mereka di kaunter Jabatan Pelesenan.
Sistem i-LESEN menggunakan sistem pengoperasian Linux, Unix
dan juga Windows. Ianya juga dioperasikan secara berpusat
(centralized) atau berasaskan web.
Sistem akan menyimpan, mengurus dan membekal maklumat
pelanggan. Disamping dapat memindahkan maklumat kepada
semua pihak pengguna dengan menghantar maklumat kepada
pengguna yang betul, sistem ini juga berupaya melaksanakan
integrasi tanpa batas sama ada berlainan server, sistem operasi,
dan pangkalan data.
Fasa II i-Lesen mensasarkan kepada pengeluaran lesen yang
cepat dan mudah dari meja pengguna. Matlamat fasa ini adalah
untuk membolehkan Lesen Tidak Berisiko Tinggi (TBT) dipohon,
diluluskan dan dicetak secara online dalam tempoh kurang
daripada satu (1) jam, bergantung kepada kelajuan sistem /
rangkaian pengguna.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
11
2.1.3 PLETFOM TEKNOLOGI i-LESEN
i) Teknologi - Web
ii) Bahasa pengaturcaraan - Cold Fusion/ASP.Net
iii) Komunikasi - on-line
- real time
- batch
iv) Sistem - berpusat
v) Pangkalan data - MySql/ Universe
vi) Antara muka - Web Based
vii) Sistem operasi (pelayan) - Linux
viii) Sistem operasi (penguna) - Windows 98/Linux
ix) Architecture - Multi-user
- Multi-tasking
x) Alatan sokongan perisian - Crystal Report
Semua perkakasan yang sedia ada (walaupun ianya belum sampai
ke tahap kapasiti maksima,) boleh digunakan untuk menampung
program aplikasi ini kerana ianya adalah berasaskan web.
2.1.4 FUNGSI
a. Menyimpan maklumat rekod pelanggan.
b. Menerima bayaran.
c. Mencetak resit dan sijil lesen.
d. Mengeluarkan laporan pengurusan seperti maklumat
pelanggan dan laporan tempahan.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
12
2.1.5 MODUL-MODUL i-LESEN
Menu Utama terdiri daripada beberapa modul yang sama pada
sistem yang sediada, tetapi beberapa pengubahsuaian dan
penambahbaikan telah dibuat bagi membentuk satu menu yang
lebih teratur, terperinci dan mudah dilaksanakan. Submenu yg
terlibat di dalam modul ini adalah seperti berikut :-
1. MODUL PERMOHONAN LESEN TBT
2. MODUL PEMBAHARUAN
3. MODUL KELULUSAN & PENGELUARAN LESEN
4. MODUL SELENGGARA
5. MODUL LAPORAN
6. MODUL LAPORAN EKSEKUTIF ONLINE
7. MODUL PENTADBIRAN
2.2 TUJUAN INOVASI
2.2.1 “No Wrong Door Policy” - Memudah dan mempercepat sistem
penyampaian kepada pelanggan MBMB;
2.2.2 Mencapai tahap efisien dan keberkesanan sumber manusia dan
teknologi ICT;
2.2.3 Meningkatkan KUALITI DAN PRODUKTIVITI anggota MBMB;
2.2.4 Mengurangkan jumlah tunggakan cukai taksiran harta, sewaan
gerai dan kompaun.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
13
2.3 PELAKSANAAN INOVASI
Pelaksanaan inovasi dijalankan dengan membuat kajian semula terhadap
proses sedia ada mengikut jadual dan carta seperti di bawah :
i) Carta struktur pelaksana seperti lampiran 1.
ii) Jadual Pelaksanaan seperti lampiran 2.
iii) Topologi seperti di lampiran 3.
iv) Carta alir seperti di lampiran 4.
2.4 PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS
2.4.1 PRA PEMBANGUNAN
a. KAJIAN SISTEM
Pasukan projek dari Jabatan Teknologi Maklumat MBMB dan
Jabatan Pelesenan menjalankan kajian terhadap sistem-sistem
yang sedia ada di beberapa jabatan yang terlibat dan membuat
kesimpulan bahawa sistem-sistem tersebut boleh diintegrasi
dengan sistem i-LESEN yang akan dibangunkan. Kajian tersebut
dilakukan secara pemerhatian dan juga menjalankan soal selidik
dengan pengguna-pengguna di MBMB.
Hasil kajian mendapati bahawa:-
i) lesen yang dibaharui tidak perlu disemak semula dan
ditandatangan kerana telah diluluskan.
ii) maklumat pelanggan yang mempunyai nombor kad
pengenalan yang sama boleh didapati dengan satu carian.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
14
b. PENYEDIAAN SPESIFIKASI REKABENTUK
Setelah maklumat relevan di jabatan berkaitan dianalisa, kerja-
kerja merekabentuk sistem i-LESEN untuk diintegrasikan dengan
sistem sedia ada dilakukan. Di peringkat ini, perubahan hanya akan
berlaku dipemprosesan belakang (back end operations) dan tidak
mengganggu semua operasi bahagian hadapan. Carta alir proses
dan konfigurasi perisian/ perkakasan/ rangkaian dan spesifikasi
rekabentuk teknikal akan dapat disiapkan di peringkat ini.
c. PENYEDIAAN SPESIFIKASI FUNGSI
Fungsi setiap modul yang dibina dalam sistem inovasi i-LESEN
akan dikenalpasti dan didokumen. Fungsi termasuk ciri-ciri yang
perlu ada dan juga kaedah integrasi antara modul-modul. Satu
spesifikasi fungsi tertentu, spesifikasi kemasukan dan pengeluaran
data, strategi integrasi, perpindahan data dan juga strategi
pengujian dapat dikenalpasti di peringkat ini.
2.4.2 PEMBANGUNAN INOVASI I-LESEN
a. PEMBANGUNAN DAN MODIFIKASI SISTEM
Pembangunan sistem i-LESEN dilakukan dengan menyesuaikan
keperluan sistem baru ini kepadasistem sediada. Modifikasi dan
konfigurasi sistem juga dilakukan di peringkat ini berdasarkan
penyelidikan yang telah dibuat di peringkat kajian dan rekabentuk
sistem.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
15
b. MIGRASI DATA
Semua data di dalam Sistem Cukai Taksiran Harta, Sistem Sewaan
Gerai, Kompaun Penguatkuasa dan Kompaun Letak Kereta
diambil dan dimasukkan ke dalam satu jadual (table) yang baru
dengan menjadikan nombor kad pengenalan (MyID) sebagai
kekunci utama.
c. PEMASANGAN / PENGUJIAN
Setelah sistem siap dibina dan integrasi ke sistem-sistem lain telah
dilaksanakan, sistem i-LESEN sudah bersedia untuk dibuat
pengujian oleh pegawai-pegawai MBMB untuk mengukur prestasi
dan keberkesanan sistem baru ini.
2.4.3 PASCA PEMBANGUNAN
a. LATIHAN
Beberapa sesi latihan dijadualkan untuk pengguna dan juga
pentadbir sistem di semua jabatan terlibat.
b. PERCUBAAN
Satu sub-sistem dipilih untuk menguji secara sebenar sistem yang
telah dibangun dan dimodifikasi. ‘Live run’ ini akan dijalankan untuk
tempoh yang akan dipersetujui kemudian. Jika ‘live run’ ini berjaya,
pemasangan sistem akan dibuat kesemuanya.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
16
c. DOKUMENTASI
Dokumentasi lengkap termasuk manual pengguna dan juga
‘technical guide’ sistem i-LESEN yang dibangunkan untuk
kegunaan pengguna dan pentadbir.
d. PENTAULIAHAN
Proses penutup projek. Pentauliahan diberi apabila semua kayu
pengukur prestasi sistem dapat dipenuhi semasa pengujian.
2.5 ELEMEN PENURUNAN KUASA
Di dalam proses pembaharuan lesen, sijil lesen tidak perlu ditandatangan
secara manual. Oleh itu tandatangan pengarah telah diimbas dan dicetak
semasa cetakan sijil lesen.
2.6 IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR / PERKHIDMATAN /
JABATAN / BAHAGIAN/ UNIT / AGENSI / NEGARA
2.6.1 MENJIMATKAN MASA PELANGGAN
a) Masa Pengeluaran Sijil Lesen dipendekkan
Dengan adanya Sistem i-LESEN ini, masa untuk pengeluaran sijil
lesen semasa pembaharuan lesen dapat dipendekkan. Sebelum
wujudnya Sistem i-LESEN, pengeluaran sijil lesen mengambil
masa di antara 10-15 minit untuk dikeluarkan. Namun selepas
Sistem i-LESEN dibangunkan, pengeluaran sijil lesen hanya
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
17
mengambil masa hanya di antara 3-5 minit sahaja kerana tiada
tandatangan pegawai atasan yang diperlukan kerana tandatangan
pegawai dicetak semasa sijil lesen dikeluarkan. (Sila lihat lampiran
5)
2.6.2 ONE STOP CENTER / KAUNTER SETEMPAT (NO WRONG
DOOR POLICY)
Dengan Sistem i-LESEN ini juga masalah untuk berurusan dengan
banyak tempat tidak timbul. Pelanggan boleh mengetahui
mengenai semua butiran akaun mereka yang ada di Majlis seperti
cukai taksiran harta, sewa gerai Majlis, kompaun penguatkuasa
atau kompaun letak kereta dengan berurusan di satu tempat
sahaja. Sistem akan memaparkan semua akaun yang mempunyai
nombor MyID yang sama dan pelanggan boleh menjelaskan
tunggakan-tunggakan mereka (sekiranya ada) sebelum mereka
memperbaharui lesen perniagaan.
Contoh : Sistem i-LESEN dapat mengenalpasti En. Chong Chee Keong mempunyai 4 akaun cukai taksiran harta, satu akaun lesen perniagaan dan satu kompaun letak kereta berdasarkan nombor kad pengenalan (MyID) di dalam database i-LESEN
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
18
2.6.3 DATA TERKINI
Semua kemaskini transaksi akan dibuat pada masa yang sama.
Semua bayaran tunggakan sewaan atau cukai taksiran harta
misalnya akan dikredit ke akaun pelanggan di sistem sewaan dan
tidak timbul lagi tunggakan selepas pembayaran dibuat.
2.6.4 PRODUKTIVITI & KUALITI
Inovasi akan melepaskan banyak tugasan di kaunter dan juga di
operasi sistem-sistem lain dan masa yang dijimat ini boleh
digunakan oleh pegawai untuk menyiapkan tugasan lain.
Pengeluaran lesen yang semakin mudah iaitu dengan mencetak
secara online adalah selamat kerana terdapat tandatangan
pengarah yang diimbas beserta kod-kod keselamatan.
2.6.5 SISTEM PENYAMPAIAN BERKESAN
Pelanggan berpuas hati kerana tidak perlu berurusan dengan
banyak tempat dan banyak perkara yang dapat diselesaikan dalam
satu masa. Penjimatan masa ini dapat meningkatkan produktiviti
anggota dan secara tidak langsung kerja-kerja akan menjadi lebih
efisyen dan produktif.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
19
2.7 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI
2.7.1 Penjimatan masa
2.7.2 Inovasi menggunakan teknologi web yang boleh dicapai di mana-
mana sahaja dalam lingkungan rangkaian MBMB.
2.7.3 Pelanggan hanya perlu berurusan di satu kaunter sahaja (konsep
one stop centre).
2.7.4 Penjimatan kertas
2.7.5 Ciri keselamatan menggunakan kod QR
2.8 ELEMEN KEBERKESANAN
2.8.1 Pengeluaran sijil lesen yang cepat dan pantas.(< 1 minit)
2.8.2 MBMB dapat mengurangkan jumlah tunggakan hasil – cukai dan
bukan cukai.
2.8.3 Pelanggan berpuashati kerana tidak perlu berurusan di banyak
tempat.
2.8.4 Peningkatan hasil bayaran kompaun dan tunggakan cukai taksiran
harta dari tahun lepas pada tempoh masa yang sama tahun ini.
Perkara 15/11/2011-15/1/2012
(RM)
15/11/2012-15/1/2013
(RM) %
Tunggakan Cukai Taksiran Harta
1,063,093.35 1,387,679.24 30.54%
Kompaun Letak Kereta 553,282.50 762,199.40
37.76%
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
20
2.9 ELEMEN SIGNIFIKAN
2.9.1 Semua perkhidmatan yang fokus kepada memudahkan pelanggan
akan membuat pelanggan puas hati. Pelanggan tidak perlu
berurusan di banyak tempat dan inovasi i-LESEN menjimatkan
masa mereka.
2.9.2 Untuk jangkamasa panjang kos akan dijimatkan apabila kakitangan
yang mengendali inovasi i-LESEN menjadi mahir dan lebih
produktif. Sistem i-LESEN akan diperluaskan lagi penggunaannya
dengan membenarkan pelanggan memohon lesen perniagaan
mereka secara atas talian dan mendapat kelulusan serta merta
serta boleh memperbaharui lesen perniagaan mereka secara atas
talian juga (Fasa II).
2.9.3 Inovasi i-LESEN dibina dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan yang baru di atas landasan pangkalan data yang
terbaru dan juga sistem pengoperasian yang terkini. Teknologi yang
digunakan membolehkan sistem mudah ditingkatkan dan ini akan
memastikan MBMB tidak akan tertinggal dalam penggunaan
teknologi terbaru. Berasaskan sumber terbuka "open source" iaitu
Linux, MySQL, Apache, send mail dll.
2.9.4 Inovasi i-LESEN berupaya mengeluarkan laporan-laporan yang
relevan dalam tempoh yang singkat untuk dianalisa. Laporan-
laporan ini boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk
merancang strategi-strategi yang berkaitan bagi tujuan
memperbaiki mutu perkhidmatan yang sediada dan juga
menambah pendapatan. Perancangan dan kawalseliaan yang baik
akan menghasilkan mutu kerja yang baik.
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
21
2.10 PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Inovasi i-LESEN belum menerima apa-apa pengiktirafan lagi.
2.11 IMPLIKASI KEWANGAN
Bil Item Kategori sumber
Bil Staf
Bil Bulan/
unit
Harga Bersih (RM)
1
PEMBANGUNAN & MODIFIKASI SISTEM - Modul Permohonan - Modul Kelulusan - Modul Selenggara - Modul Laporan - Modul Pentadbiran
PROGRAMMER
1
1
35,000.00
2 MIGRASI DATA PROGRAMMER 1 1
3
LATIHAN / PEMBELAJARAN / DOKUMENTASI
TRAINER
1
4 PENGURUSAN PROJEK PEN PROJEK 1 1
JUMLAH 35,000.00
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
22
2.12 GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN Beberapa screen shot modul-modul inovasi i-LESEN
Gambar 1 - Skrin log masuk sistem
Gambar 2 - Skrin Carian
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
23
Gaambar 3 – Hasil Carian i-Lesen
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
24
Lampiran 1
CARTA STRUKTUR PELAKSANA
JAWATANKUASA PEMANDU
PASUKAN PROJEK MBMB
PASUKAN JURURUNDING
PEMBANGUNAN APLIKASI RANGKAIAN SOKONGAN TEKNIKAL
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
25
Lampiran 2
JADUAL PELAKSANAAN
MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8
1. PROJEK MULA X
- Pembentukan komiti
- Pasukan projek
2. KAJIAN SISTEM X X
- Pemerhatian sistem sedia ada
- Soal selidik dengan Pengguna
3. REKABENTUK SISTEM X X
4. SPESIFIKASI FUNGSI SISTEM
X X
5. PEMBANGUNAN / MODIFIKASI SISTEM
X X X X
- Modul-modul
6. PENGHANTARAN / PEMASANGAN
X X
7.PENGUJIAN i-LESEN X
8. LATIHAN X
9. PELAKSANAAN X
- Live run
- Pengurusan projek
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
26
Lampiran 3
TOPOLOGI SISTEM
PELANGGAN
SISTEM i-LESEN - Cukai Taksiran Harta
- Lesen - Sewa Gerai
- Kompaun Penguatkuasa - Kompaun Letak Kereta
SISTEM LOGINS
SERVER ONLINE
SERVER KOMPAUN
LETAK KERETA
SERVER KOMPAUN
PENGUATKUASA
SERVER FPX
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
27
Lampiran 4
CARTA ALIR PROSES I-LESEN
PELANGGAN KE KAUNTER
PELESENAN
PETUGAS KAUNTER MEMBUAT CARIAN SAMADA MENGGUNAKAN NO. KAD PENGENALAN/ NOMBOR
AKAUN/ NAMA/ NAMA SYARIKAT/ ALAMAT
MAKLUMAT DIJUMPAI?
tidak
MEMAPARKAN SENARAI AKAUN-AKAUN YANG MEMPUNYAI MYID YANG SAMA
(NO.KAD PENGENALAN)
ya
SEKIRANYA ADA TUNGGAKAN, PELANGGAN DIMINTA UNTUK
MENJELASKAN TUNGGAKAN TERSEBUT
SELEPAS TUNGGAKAN DIJELASKAN, PELANGGAN BOLEH MEMPERBAHARUI
LESEN PERNIAGAAN MEREKA
TAMAT
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH LAPORAN INOVASI i-LESEN
28
QR Code
Tandatangan pengarah yang
telah diimbas dan dicetak
Lampiran 5
Lampiran 5