Upload
kembangkunchop
View
922
Download
51
Embed Size (px)
Citation preview
INVENTORI MINAT KERJAYA
Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L.
Holland. Alat ukuran ini mengandungi 192 item yang mempunyai
pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat kerjaya atau
jenis personaliti seseorang. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192
item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi 6 sub-skala
pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E), dan conventional (C). Ini menjelaskan bahawa alat
ukuran VPI lebih ekstensif berbanding dengan alat ukuran SDS.
Pentadbiran Ujian SDS
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai
panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-
eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan
kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu,
segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti
dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Pengiraan Skor Ujian SDS
Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.
Pentafsiran Profil Ujian SDS
Personaliti Ciri-Ciri Pekerjaan
☺ Mempunyai kemahiran atletik atau ☺ Jurutera Awam
Realistik
mekanikal.☺ Suka bekerja dengan objek, mesin,
peralatan, tumbuhan, dan binatang.☺ Lebih suka bekerja di luar bangunan
dari di dalam bangunan
☺ Jurutera Kereta Api☺ Operator Mesin☺ Mekanik Kapal
Terbang☺ Mekanik Kereta☺ Juruteknik Elektronik☺ Ahli Ilmu
Perkebunan☺ Tukang Kayu
Investigatif
☺Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
☺ Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
☺ Ahli Kaji Cuaca☺ Ahli Biologi☺ Ahli Botani☺ Ahli Agronomi☺ Ahli Fizik☺ Ahli Kaji Bintang☺ Ahli Kimia☺ Ahli Kaji Bumi☺ Penyelidik Sains☺ Antropologis
Artistik
☺ Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
☺ Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.
☺ Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
☺ Penyair☺ Pemimpin Orkestra☺ Penyanyi Konsert☺ Penggubah Lagu☺ Pengarang☺ Pelukis Perdagangan☺ Pelukis Potret☺ Wartawan☺ Pelukis Kartun☺ Penghias Rmuah☺ Arkitek
Sosial☺ Suka bekerja dan berinteraksi
dengan manusia.☺ Berminat dalam memberitahu,
menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain.
☺ Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.
☺ Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
☺ Ahli Sosiologi☺ Guru☺ Pengetua Sekolah☺ Pegawai
Perhubungan Awam
☺ Pengarah Kem Belia☺ Pengarah Agensi
Kebajikan☺ Kaunselor Kerjaya☺ Kaunselor Peribadi
Enterprising
☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
☺ Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain.
☺ Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
☺ Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.
☺ Spekulator☺ Aktuaris☺ Eksekutif Pengiklanan☺ Eksekutif Perniagaan☺ Pengarah Syarikat☺ Pengarah Publisiti☺ Peguam☺ Ahli Politik☺ Pengurus Hotel☺ Pengurus Bank☺ Jurujual Insurans
Conventional
☺ Suka bekerja denga data dan nombor.
☺ Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor.
☺ Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.
☺ Penyimpan Kira-Kira☺ Guru Perdagangan☺ Akauntan☺ Jurutrengkas☺ Kerani Bank☺ Pakar Cukai☺ Kerani Gaji☺ Operator Komputer☺ Penilai Harta☺ Jurujual Insurans☺ Kerani Insurans