6
BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 13 SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN 13.1 Sinopsis Topik ini menghuraikan tentang aspek sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam. Perbincangan akan difokuskan kepada kata terbitan awalan, kata terbitan akhiran dan kata terbitan apitan. 13.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: i. Menghuraikan dengan jelas definisi bahasa baku; ii. mengenal pasti sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam; iii. menghuraikan aspek sebutan baku kata terbitan awalan, akhiran dan apitan. 13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan betul sebutannya. Bahasa baku ialah bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan negara, dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam semua konteks rasmi. Dalam menyampaikan ucapan, ceramah, pidato, khutbah dan pelbagai urusan rasmi. Pembakuan bahasa Melayu dilakukan untuk memperlengkap dan memantapkan semua aspek bahasa supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang lengkap dan mantap dalam sistem sebutan, sistem ejaan, sistem 1

Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 13 SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN

13.1 Sinopsis

Topik ini menghuraikan tentang aspek sebutan baku kata terbitan dengan lebih

mendalam. Perbincangan akan difokuskan kepada kata terbitan awalan, kata terbitan

akhiran dan kata terbitan apitan.

13.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menghuraikan dengan jelas definisi bahasa baku;

ii. mengenal pasti sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam;

iii. menghuraikan aspek sebutan baku kata terbitan awalan, akhiran dan apitan.

13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua

aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul

tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan

betul sebutannya. Bahasa baku ialah bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan

negara, dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam semua konteks rasmi. Dalam

menyampaikan ucapan, ceramah, pidato, khutbah dan pelbagai urusan rasmi.

Pembakuan bahasa Melayu dilakukan untuk memperlengkap dan memantapkan semua

aspek bahasa supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang lengkap dan mantap dalam

sistem sebutan, sistem ejaan, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata umum, istilah,

laras dan gaya bahasa serta aturan penggunaan bahasa yang sopan. Bahasa sebagai

satu sistem perlu dibina dan dikembangkan agar menjadi bahasa yang sempurna.

Bahasa akan kehilangan sistemnya jika dibiarkan berkembang dengan sendirinya.

Tanpa sistem, bahasa menjadi sukar untuk dipelajari dan dikenali, apatah lagi jika

1

Page 2: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

bahasa tersebut mempunyai peranan yang besar dalam sebuah negara. Pembinaan

dan pengembangan bahasa Melayu ditumpukan kepada pembakuan agar tercapai

penggunaan bahasa yang jelas, tepat dan berkesan dalam berkomunikasi.

13.4 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau

menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. (rujuk Rajah 13.1)

Nik Safiah Karim (1996) memberikan definisi kata terbitan sebagai bentuk perkataan

yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan

imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini menghasilkan bentuk perkataan yang

disebut kata terbitan.

Rajah 13.1: Bentuk-bentuk Imbuhan

13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif

terbitan seperti yang disenaraikan berikut:

2

Page 3: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

i. awalan kata nama

ii. awalan kata kerja

iii. awalan kata adjektif

Contohnya:

i. Awalan kata nama

pe- (pelari, penyapu, pemakan)

pem- (pembawa, pembuka, pembantu)

pen- (pendatang, pendua, pendamai)

peng- (penggali, pengubal, pengguna)

penge- (pengebom, pengetin, pengelap)

pel- (pelajar)

per- (perasap, pertapa)

pe- (petani, pesakit, pelawat)

ke- (ketua,kelepek)

ii. Awalan kata kerja

me- (melawan, merasa, melawat)

mem- (membawa, membilang)

men- (mendaki, mendakwa)

meng- (menggali, menggiling)

menge- (mengecat, mengekod)

memper- (memperisteri, mempersuami, memperdalam)

ber- (berlari, berjalan)

be- (berasa, berupa)

bel- (belajar, belunjur)

ter- (terjebak, terjatuh)

di- (diatur, ditimbang)

diper- (dipersuami, diperoleh)

iii. Awalan kata adjektif

ter- (tercantik, terbesar)

te- (terendah, teringan)

se- (secantik, serendah)

3

Page 4: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja

terbitan sahaja seperti berikut;

i. akhiran kata nama

ii. akhiran kata kerja

i. Akhiran kata nama

Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung dengan

kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.

Contohnya;

-an (pakaian, jahitan, saluran)

ii. Akhiran kata kerja

-kan (buatkan, besarkan)

-i (turuti, berkati, dekati)

13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan

Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan

seperti yang disenaraikan berikut;

i. Apitan kata nama

pe-...-an (pelaksanaan, perasaan)

pem-...-an (pembuatan, pembinaan)

pen-...-an (pendapatan, pendawaian)

peng-...-an (penggunaan, pengguguran)

penge-...-an (pengehadan, pengesahan)

pe-...-an (perasaan, pekarangan)

per-...-an (pertanian, pertandingan)

pel-...-an (pelajaran)

4

Page 5: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

ke-...-an) (kelainan, kematian)

ii. Apitan kata kerja

me-...-kan (memainkan, melagukan)

men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)

mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)

meng-...-kan (menggunakan, mengadakan)

menge-...-kan (mengecamkan)

ber-...-kan (berbantalkan, beralaskan)

ber-...-an (berlanjutan, bermaafan)

di-...-kan (digunakan, dipanjangkan)

me-...-i (melalui, meragui)

men-...-i (mencurigai, mendendami)

mem-...-i (membaharui, mempercayai)

meng-...-i (menganggotai, menggauli)

di-...-i (didekati, dimuliai)

diper-...-kan (diperingatkan, diperdengarkan)

diper-...-i (diperingati)

memper-...-kan (memperdengarkan, memperdagangkan)

memper-...-i (memperingati)

ke-...-an (kehujanan, kepanasan)

iii. Apitan kata adjektif

ke-...-an (kecinaan, kemelayuan)

Aktiviti

1. Berikan definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.

2. Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi;

i. vokal suku kata akhir terbuka

ii. vokal suku kata tertutup

iii. konsonan Melayu

5

Page 6: Isi Pelajaran Bmm3108 Interaksi 5edit

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

6