28
PKP3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II TAJUK 1 Kemahiran Menulis 1.1 Sipnosis Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi . Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pemulihan Khas tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis. Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembangan menulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis. . 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1

Isi Pelajaran Interaksi 1 PKP3083

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pratulisan

Citation preview

PKP3108 : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu II

TAJUK 1

Kemahiran Menulis

1.1Sipnosis

Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991), tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi .

Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pemulihan Khas tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.

Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembangan menulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis.

.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,

2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan,

3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.

1.3Definisi menulis dan tulisan

Juriah Long (1990)

Menulis merupakan satu proses bagi menyampaikan buah fikiran atau pendapatdengan tepat dan berkesan kepada orang ramai

Henry Guntur Tarigan (1986: 15)

Menulis dapat diartikan sebagai kegiatan menuangkan ide/gagasan dengan menggunakan bahasa tulis sebagai media penyampai.

Djago Tarigan dalam Elina Syarif, Zulkarnaini, Sumarno (2009: 5)

Menulis berarti mengekpresikan secara tertulis gagasan, ide, pendapat, atau pikiran dan perasaan.

Lado dalam Elina Syarif, Zulkarnaini, Sumarno (2009: 5) juga mengungkapkan pendapatnya mengenai menulis iaitu: meletakkan simbol grafik yang mewakili bahasa yang difahami oleh orang lain.Menulis dapat dianggap sebagai suatu proses maupun suatu hasil. Menulis merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang untuk menghasilkan sebuah tulisan.

M. Atar Semi (2007: 14) dalam bukunya mengungkapkan pengertian menulis adalah suatu proses kreatif memindahkan gagasan ke dalam lambang-lambang tulisan.

Menulis adalah penggunaan huruf-huruf ataugabungan huruf yang berkaitan dengan lambang bunyiyang kita buat semasa kita bercakap.

(Don Bryne : 1979)

Menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbolgrafik yang disusun berdasarkan pertuturan yangmembentuk perkataan-perkataan dan seterusnyamenjadi ayat.

(Kamaruddin Hj. Hussin, Siti Hajar Abdul Aziz : 1997)

Tulisan adalah saluran utama bagi murid-murid untukmenunjukkan pengetahuan mereka dalam matapelajaran akademik yang lebih tinggi.

(Hughes, Mercer, Lenz, Hoffman : 1991)

Tulisan adalah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea.Manakala menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi bahasa yang tersusun dan teratur bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat berkomunikasi.

Oleh itu kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku

1.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis

1.4.1 Kematangan Kognitif

1.4.2Kematangan fizikal / kemahiran motor

Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis. Terutama sekali perkembangan motor halus.Perkembangan motor halus ialah pertumbuhan atau perkembangan otot-ototkecil pada bahagian jari seorang kanak-kanak yang membolehkan mereka memegang objek-objek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap. Perkembangan motor halus yang sempurnamembolehkan seseorang kanak-kanak menulis dengan tulisan yang cantik dan cekap.

Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam aspek perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan akan menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia untuk menulis atau tidak.

1.4.3Persekitaran

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak mereka dapat menulis dengan baik.Ibu bapa harus menyediakan barang-barang mainan yang dapat menggalakan perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot-otot halus dijari. Guru juga harus menyediakan bahan-bahan latihan yang sesuai kepada kanak-kanak seperti huruf huruf.

i

i

KEMAHIRAN MENULIS

i

Peringkat Masalah Tulisan Strategi Mengajar

Perkembangan Tulisan

Menulis

1.5Peringkat Perkembangan Menulis

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorangpula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorangmenulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalahlambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, makabarulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkanperasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisanyang banyak memberi maklumat.

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segikemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan jugapergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek,mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran inidiajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melaluilatihandan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola danstruktur ayat mudah.Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepadatiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):

i.peringkat pra menulis

ii.peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

iii. peringkat untuk pelahiran (mentalis)

1.5.1Peringkat Pra menulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jarijemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat. Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i.Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dandepan ke

belakang.

ii.Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

iii.Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

iv.Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas kebawah,

dan bawah ke atas.

v.Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arahjarum

jam.

vi.Melukis garis condong.

vii.Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

viii.Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan danperbezaan

bentuk huruf-huruf tersebut.

Aktiviti 2

Bincangkan kepentingan latihan pra menulis kepada kanak-kanak bagi menguasai kemahiran tulisan mekanis.

1.5.2Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis)

Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapatmelaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah bolehmemperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka. Aktiviti awal

adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong,kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan caramemegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedahdan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

1.5.3Peringkat Menulis Untuk Pelahiran ( Mentalis )

Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan,idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran sepertimelengkapkan ayat, menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, dan juga menulis karangan.

1.6Masalah dalam tulisan dan penulisan

Sebelum kanak-kanak diajar kemahiran menulis untuk pelahiran, guru lebih menumpukan kepada pengajaran kemahiran tulisan tangan atau tulisan mekanis. Pada peringkat ini terdapat beberapa masalah yang perlu diberiperhatian oleh guru. Kaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam tulisan tangan.

i.Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingatbagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semulahuruf-huruf tersebut.

ii.Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakanmotor tangan atau jari yang sesuai

iii.Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tanganmenjadikan sukar untuk menulis.

iv.Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpananmaklumat-maklumat motor di dalam otak.v.Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial)tulisan tersebut.Seorang guru yang peka akan dapat mengesan muridnya yang menghadapimasalah dalam tulisan berdasarkan tingkah laku-tingkah laku yang ditunjukkan.

Antara tingkah laku pelajar yang boleh dijadikan petunjuk oleh guru adalah:

i.menggenggam pensel;

ii.cara memegang pensel yang salah;

iii.kedudukan badan yang canggung semasa menulis;

iv.mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah;

v.hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan keupayaan bertutur;

vi.terlalu kerap memadam;

vii.kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf;

viii.keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan

ix.lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataanterlalu rapat atau berjauhan

Selain daripada petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis seperti berikut:

i.Bentuk huruf

-menulis dari kanan ke kiri

-menulis abjad dan ayat terbalik

-menulis dengan tiada ketetapan kecondongan

-menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah-menulis perkataan terbalik ( ba p a ---- baqa )

ii.Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai

iii.Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;

iv.Mencampur huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataantidak seragam;

v.Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.Apabila guru dapat mengesan masalah tulisan yang dihadapi murid makatindakan pemulihan perlu dilakukan segera supaya masalah itu tidak berlarutandan boleh menjejas pencapaian murid berkenaan dalam pelajaran.

6.2. Kategori Jenis Kesalahan dalam Tulisan

Kanak-kanak menunjukkan berbagai-bagai jenis kesalahan dalam tulisanmekanis terutamanya pada peringkat awal menulis. Namun bagi kanak-kanakbermasalah pembelajaran, kesalahan-kesalahan tulisan ini sukar untuk dipulihkan disebabkan faktor-faktor sampingan lain terutamanya yang mengalamimasalah khusus dalam tulisan. Terdapat dua masalah khusus dalam tulisanyang dikenali sebagai Agraphia danDysgraphia(Cherry K.H., 1984).

i.AgraphiaAgraphia merujuk kepada masalah tulisan yang dihadapi olehseseorang dan terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

a.Perolehan (acquired) iaitu kehilangan keupayaan menulis yangtelah dikuasai sebelumnya disebabkan oleh kecederaan otak ataupenyakit otak;

b.Perkembangan atau ( congenital )iaitu kesukaran yang luarbiasa untuk mempelajari kemahiran menulis yang tidak selarasdengan pencapaian intelektual dan kemahiran-kemahiran lain seseorang individu.

ii. Dysgraphia adalah masalah tulisan yang sangat teruk atauketidakupayaan melaksanakan pergerakan motor yang diperlukanuntuk menulis.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap hasil tulisan kanak-kanak,kebanyakan

penulis telah mengkategorikan jenis kesalahan tulisan kepada enam kategori berikut:

a. bentuk huruf

b. jarak

c. kecondongan

d. kualiti garisan

e. saiz huruf dan keselarasan

f. kepantasan

1.7Strategi pemulihan masalah tulisan /pratulis

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar permulaan kemahiran tulisan mekanis dan juga untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan. Kaminsky dan Powers (1981) mencadangkan bahawa suatu program pengajaran kemahiran tulisan mekanis hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

i. mengawal ruang tulisan iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruang yang lebih kecil

ii. kelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama;

iii. menunjukkan contoh bentuk huruf yang betul dan galakkan pelajar menyurih (tracing) model huruf;

iv. sediakan banyak sesi latihan menulis;

v. melibatkan pelajar dalam penilaian kendiri iaitu menggalakkan mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka; dan

vi. menerima bahawa tulisan bagi sesetengah pelajar adalah satu proses yang sukar dan memerlukan galakan dan sokongan.

Pengajaran pemulihan menulis untuk kanak-kanak hendaklah dilakukan secara terkawal, iaitu garisan demi garisan mengikut urutan (stroke-by-stroke sequence) dengan bantuan guru. Cara ini akan dapat menghalang pelajar daripada melakukan kesalahan seperti menulis terbalik, tulisan cermin, atau cara menulis huruf yang salah.

Mengajar pemulihan tulisan bukanlah perkara mudah kerana pelajar yang mengalami masalah tulisan adalah disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti ingatan jangka pendek, pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, koordinasi mata-tangan, dan lemah otot-otot tangan. Oleh itu aktiviti pengajaran hendaklah mengambil kira masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan dilakukan peringkat demi peringkat.

Cadangan pengajaran di bawah boleh dilaksanakan untuk pengajaran pemulihan tulisan pelajar.

i. Latihan memegang pensel dengan betul.

ii. Latihan membuat pergerakan tangan dan jari semasa menulis.

iii. Membuat garis-garis lakaran.

iv. Membetulkan cara duduk pelajar semasa menulis.

v. Memperkenalkan tulisan satu-satu (tulisan cap) dan dimulai dengan

huruf kecil dahulu, manakala huruf besar diajar secara tidak langsung.

vi. Kenal pasti kelemahan pelajar dan berikan latihan koordinasi mata-tangan seperti menekap, menyalin, melengkapkan, pertalian jarak, menyambung titik, memadankan, mencari jalan keluar, dan sebagainya.

Terapi dapat membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik . Kemampuan sesaorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada akan lebih berjaya. Malah terapi dapat meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah

mental dan fizikal pada semua peringkat umur.

Keperluan terapi

Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk :

Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran

Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi

Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Sebagai motivasi kepada kanak-kanak

Membina konsep kendiri

Merangsang pengaliran darah dan oksigen

Kepentingan terapi

Terapi berkepentingan untuk :

Meningkatkan kemahiran pengamatan

Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid

Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri

Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi

Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi

Merangsang pemikiran dan kreativiti murid

Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan

Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Jenis-jenis terapi

Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :

Terapi fisio

Terapi cara kerja

Terapi pertuturan

Terapi muzik dan nyanyian

Terapi seni visual

Terapi hidro atau terapi air

Terapi pergerakan kreatif

Terapi main

Terapi alternative

- Terapi aroma

- Terapi herba

- Terapi ozon

- Tetapi floortime

- Terapi pasir

- Terapi haiwan

- Terapi snoozeland

Terapi Pasir

Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya. Ini akan meningkatkan latihan koordinasi mata-tangan Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih releks.Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar masalah atau ketegangan dapat dikeluarkan

Terapi cara kerja

Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti seperti:

Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus .

Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik dan aktiviti koordinasi mata dan tangan.

Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan.

Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiran pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti kemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan.

Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalah fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut.

Terapi Seni

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.Terapi seni adalah sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai masalah yang dihadapi menjadi bertambah serius. Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.

Terapi main

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dari aspek psikologi, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar

Konsep terapi bermain

melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia

ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain

kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain

mengurangkan masalah tingkah laku

meningkatkan komunikasi

mempu menilai diri sendiri

meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang

Cadangan aktiviti pengajaran pemulihan yang dinyatakan di atas boleh ditambah lagi mengikut kreativiti guru. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti pemulihan guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting supaya pengajarannya akan lebih berkesan lagi. Antaranya adalah:

i. guru perlu mengkaji kesediaan menulis pelajarnya terleblih dahulu;

ii. latihan aktiviti menulis hendaklah diperbanyakkan;

iii. suasana bilik hendaklah selesa termasuk kedudukan kerusi meja yang sesuai dengan pelajar;

iv. bahan untuk menulis seperti kertas, pensel, hendaklah sesuai ;

v. langkah dan urutan membentuk sesuatu huruf hendaklah ditunjukkan kepada pelajar;

vi. pelajar jangan digalakkan menggunakan getah pemadam;

vii. buku latihan khas hendaklah disediakan untuk pelajar membuat latihan menulis di rumah.

Setelah pelajar sudah boleh menulis, guru sudah boleh memperkenalkan tulisan sambung kepada pelajarnya. Tulisan sambung boleh membantu pelajar daripada melakukan kesalahan menulis kerana tulisan sambung mempunyai urutan garisannya yang tersendiri ketika menulis.

1.8 Latihan Tulisan Mekanis

i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaanyang terkawal.

ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua / tiga.

iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul.

v. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan yang betul abjad a-z.

vi. Melengkapkan tempat kosong mengikut urutan songsang abjad z-a.

vii. Membina satu suku kata KV dan KVKviii. Menggabungkan suku kata menjadi perkataan.

ix. Membina ayat tunggal.

1.9 Latihan Penulisan Mentalis

Kemahiran Menulis Mentalis

Kemahiran menulis mentalis berfokus kepada penyataan fikiran dan perasaan. Mungkin agak janggal bagi sesetengah pihak dengan istilah kemahiran menulis mentalis kerana timbulnya persoalan bagaimana mental dapat dikaitkan dengan kemahiran menulis. Dari segi konsepnya, kemahiran menulis mentalis adalah operasi yang melibatkan pemprosesan mental bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dibaca dan difahami oleh individu lain. Secara amnya, asas kemahiran menulis bermula daripada mental seperti menulis karangan,menulis sajak, surat dan sebagainya

1.9.1Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis Mentalis

Seperti kemahiran menulis mekanis, kemahiran menulis mentalis juga memerlukan latihan bagi meningkatkan lagi penguasaan dalam kemahiran ini. Antara latihan yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mentalis adalah menulis dan menyusun perkataan bagi membina ayat, menulis ayat-ayat mudah, menulis perkataan atau frasa yang disebut oleh guru, membuat latihan transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang diberikan, serta menulis frasa atau ayat yang bermakna menggunakan perkataan yang diberikan.

Rujukan

Cherry K.H. (1984).

Learning Disabilities: Understanding Concepts,Characteristics, and Issues. New Jersey: Prentice-Hall.

Hughes, Mercer, Lenze, dan Hoffman (1991).

Students With LearningDisabilities. 4thed, New York: Macmillan Publishing Company.

Kamarudin Hj.Husin,(1988).Pedagogi Bahasa.Petaling Jaya: LongmanMalaysia Sdn. Bhd.

.

Aktiviti 1

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tulisan kanak-kanak. Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan dan dibentangkan di hadapan kelas.

iv

iii

ii

i

i

Aktiviti 4

Pilih satu masalah tulisan yang dihadapi pelajar dan bincangkan tindakan pemulihan yang boleh dilaksanakan untuk membantu pelajar berkenaan.

7