Upload
chiyikomoshi
View
219
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ISL 9
Citation preview
ISL 9
Mengumpul masalah/konflik dalam organisasi bilik darjah anda. Buat analisa dan
aplikasikan teori kepemimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya.
Isu / Masalah :
Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-murid
selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi PdP di dalam bilik
darjah. Terdapat juga murid-murid yang suka bermain dan sukar dikawal semasa
proses P & P dijalankan. Saya mengajar Sains Tahun 4C dalam tajuk Bumi dan Alam
Semesta. Manakala Tahun 5A masih di tajuk Pengaratan.
Analisis Masalah Secara Terperinci :
Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa
berlangsungnya proses PdP di dalam bilk darjah. Selain itu faktor persekitaran
kelas juga mungkin memainkan peranan dalam mempengaruhi murid-murid seperti
keadaan kelas yang terbuka. Terdapat murid lain yang akan berada di luar kelas dan
mengganggu murid yang berada di dalam kelas semasa proses PdP. Hal ini
menyebabkan murid hilang tumpuan dan fokus semasa proses pembelajaran
dijalankan. Malah sikap murid itu sendiri juga menjadi salah satu punca objektif PdP
saya tidak dapat dicapai.
Ketika saya mengajar 4C, terdapat beberapa orang murid yang tidak boleh
membaca dan ini menyukarkan saya untuk merancang aktiviti yang sama tahap
dengan rakan mereka yang lain. Saya juga harus lebih menumpukan kepada
murid yang tidak mendengar arahan saya dan menyebabkan masa banyak
terbuang begitu sahaja. Walaupun mereka telah diberi amaran, mereka tetap tidak
dapat memberikan kerjasama kepada saya ketika PdP.
1
Cadangan Untuk Memperbaiki :
Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang
wujud iaitu :
a) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses PdP berjalan.
b) Saya juga perlu merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar
dapat menarik minat murid-murid belajar dan murid terus seronok mengikuti sesi
PdP sehingga ke akhir pembelajaran.
c) Saya juga akan memberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap
kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam bilik
darjah.
Tindakan Susulan:
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh.
Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang
menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya akan jadi
lebih menarik lagi. Saya juga mendapatkan nasihat dan pandangan beberapa orang
guru lama di sekolah ini untuk mendapatkan beberapa kaedah dan strategi agar dapat
mengawal kelas dengan baik dan berkesan. Di harapkan saya akan berjaya mengatasi
masalah ini.
Berkait dengan teori kepemimpinan bagi memperbaiki amalan pengajaran saya,
teori kepemimpinan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah saya adalah
dengan mengaplikasikan teori kepemimpinan – Teori Tingkah Laku.
Seseorang pendidik perlu bijak menganalisa dan menunjukkan keprihatinannya
terhadap kedua-dua aspek, iaitu tugas dan perhubungan manusia. Kebijaksanaan guru
menyeimbangkan aspek tugas seperti kejelasan peraturan dan prosedur bilik darjah,
perancangan dan pelaksanaan pengajaran yang rapi, penekanan kepada daya usaha
dan pencapaian murid di samping mengekalkan perhubungan mesra guru-murid dan
menggalakkan budaya nilai murni yang dikongi bersama. Kesemua aspek tersebut
mencerminkan diri anda sebagai seorang pemimpin guru yang lebih berkesan.
2
Jika dilihat implikasi teori tingkah laku dari perspektif pendidik, membina
hubungan mesra dengan murid akan memperoleh sokongan dari mereka dalam
pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah. Namun begitu, harus diingatkan bahawa guru
perlu sentiasa berwaspada agar sikap mesra yang ditunjukkan adalah rasional dan
tidak berlebihan. Sekiranya guru terlebih mesra dengan pelajar, mereka akan mudah
untuk berasa diri mereka lebih berkuasa berbanding guru. Guru seharusnya bijak dalam
menjaga hubungan dengan murid agar murid tidak merasakan mereka terlalu
dikongkong dan tidak terlebih mesra dengan guru.
Di samping itu, guru juga boleh mengubah gaya kepemimpinan mereka
dalam bilik darjah mengikut kesesuaian suasana. Sekiranya gaya kepemimpinan
demokratik didapati tidak lagi berkesan, guru perlu mempertimbangkan untuk
mengaplikasikan gaya kepemimpinan autokratik.
Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi krisis. Dalam konteks ini, guru
menghadapi krisis di mana murid tidak mendengar arahan. Proses membuat keputusan
hanya terletak pada guru. Guru autokratik membentuk pengurusan kelas dengan kuasa
sepenuhnya. Keadaan mungkin akan menjadi sedikit pasif. Kepemimpinan ini lebih
sesuai untuk murid yang tidak mendengar arahan dan memerlukan lebih perhatian
daripada guru.
3