Isl m13 Perkembangan Kerohanian Dan Moral

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORALPengenalan tentang Moral Kognitif Piaget dan Moral Kohlberg

Pendekatan perkembangan kognitif dikemukakan oleh Dewey. Seterusnya dikembangkan oleh Jean Piaget dan Kohlberg.

Piaget berusaha mendefinisikan tingkat perkembangan moral pada kanak-kanak melalui pengamatan dan wawancara. Hasil pengamatannya, atas pertanyaan mengapa mereka patuh kepada peraturan, Piaget dapat kesimpulan bahawa perkembangan kemampuan kognitif pada kanak-kanak mempengaruhi pertimbangan moral mereka.

Kohlberg juga mengembangkan teorinya berdasarkan kepada asumsi-asumsi umum tentang teori perkembangan kognitif dari Dewey dan Piaget di atas. Kohlberg mendefinisikan kembali dan mengembangkan teorinya menjadi lebih terperinci. Asumsi-asumsi yang Kohlberg guna dalam mengembangkan teorinya sebagai berikut:

(a) untuk memahami tingkah laku moral seseorang adalah dengan memahami falsafah moralnya, dengan memahami alasan-alasan yang melatar belakangi perbuatannya

(b) Tingkat perkembangan tersusun sebagai suatu keseluruhan cara berfikir. Setiap orang akan konsisten dalam tingkat pertimbangan moralnya.

(c) Konsep tingkat perkembangan moral menyatakan rangkaian urutanperkembangan yang bersifat universal, dalam berbagaikondisi kebudayaan.

Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget.

Kanak-kanak membina maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilingnya Mereka mengadaptasikan pemikiran dengan memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara.

Piaget menyatakan, perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat iaitu peringkat heteronomus (umur 4 hingga 7 tahun). Pada peringkat ini, beliau menganggap kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. Peringkat kedua adalah autonomus iaitu perkembangan moral yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas. Pada peringkat ini, mereka sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.

Teori ini menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.Teori Perkembangan Moral Kohlberg.

Kohlberg menyatakan bahawa asas utama perkembangan moral adalah penaakulan moral dan penghuraiannya secara berperingkat. Tiga konsep utama perkembangan moral menurut Kohlberg adalah:

Peringkat pertama: Pemikiran pra-konvensional.- Setiap individu menunjukkan tidak wujudnya internalisasi iaitu pemahaman dalaman pada nilai moral.

Tahap 1: Moraliti heteronomus- Pada tahap ini, pemikiran moral selalu dikaitkan dengan denda. Misalnya, remaja patuh kepada arahan ibu bapa kerana ibu bapa menghendaki mereka patuh.

Tahap 2: Keindividuan, tujuan instrumental dan pertukaran.- Pada peringkat ini, remaja dapat meneruskan kesukaan mereka dan rakan mereka juga dapat membuat perkara yang sama. Apabila mereka baik pada orang lain, orang lain juga baik pada mereka kelak.

Peringkat kedua: Pemikiran konvensional- Pada peringkat ini, internalisasi pemahaman adalah pada peringkat pertengahan.

Tahap 3: Pengharapan bersama secara interpersonal, perhubungan dan keakuran interpersonal.- Pada tahap ini, remaja menilai kepercayaan, penjagaan dan setia kepada orang lain sebagai asas pengadilan. Remaja berkehendakkan ibu bapa menganggap mereka sebagai anak yang baik dan sebagainya.

Tahap 4: Sistem moraliti sosial- Pada peringkat ini, keadilan moral berasas kefahaman individu pada perundangan sosial, undang-undang, keadilan dan tanggungjawab. Misalnya, sekiranya remaja bekerja, mereka perlu dilindungi oleh undang-undang.

Peringkat ketiga: Pemikiran pro-konvensional- Pada peringkat ini, moraliti didasarkan kepada piawaian dalaman dan tidak berdasarkan piawai luar. Remaja mengetahui alternatif yang diperlukan dalam membentuk moral, meneroka alternatif. Seterusnya, sendiri berupaya membuat keputusan berkenaan moral

Tahap 5: Hubungan sosial dan hak individu,- Pada tahap ini remaja mengakui kewujudan undang-undang.

Tahap 6: Prinsip etika sejagat- Pada tahap ini, tertanam di dalam diri remaja, kepiawaian moral adalah berdasarkan hak kemanusiaan sejagat.

Kelemahan teori perkembangan Moral KohlbergTeori Kohlberg dikritik mengandungi seks, kerana dilema yang dikemukakannya dan orientasi penilaian pada keadilan dan hak lebih tepat bagi kaum pria. Berdasarkan kepada hasil uji empiris, kaum wanita cenderung mendapat skor lebih rendah dari kaum pria. Selain itu, dalam pelaksanaan program-programnya, teori ini juga memberi penekanan pada proses danstruktur pertimbangan moral, mengabaikan nilai dan isi pertimbangnnya.

Berhubungan dengan hal ini, menurut Ryan dan Lickona, pendidikan moral dengan penekanan kepada proses semata dan mengabaikan isi, tidak akan mencapai sepenuhnya apa yang diharapkan. Dari sisi lain, pengakuan Kohlberg bahawa teorinya berdasarkan kepada prinsip-prinsip moral yang bersifat universal dibantah juga oleh Liebert .

Menurut Liebert, berbagai kajian dalam bidang antropologi tidak mendukung pandangan tentang adanya prinsip-prinsip moral yang universal seperti yang dikemukakan Kohlberg. Realiti yang ditemukan adalah berbagai norma, standard, dan nilai-nilai moral yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat pendukungnya. Walaupun pendekatan ini mengandungi kelemahan-kelemahan dalam segi tertentu, namun seperti dijelaskan juga oleh Ryan dan Lickona, teori ini juga telah memberi sumbangan berharga bagi perkembangan pendidikan moral.Kesimpulan tentang Teori Perkembangan Moral Kohlberg.Teori Kohlberg dinilai paling konsisten dengan teori ilmiah, peka untuk mendedahkan kemampuan seseorang dalam membuat pemikiran atau pertimbangan moral, dan mendukung perkembangan moral.RUJUKAN:http://we-technology.blogspot.com/2010/03/moral-kognitif-piaget-dan-moral.htmlHaliza Hamzah dan Joy N. Samuel(2009), Perkembangan Kanak-kanak.