13
I STEM PEN T AD BI R AN N EG AR A PRO SESPEN G G UBALAN SESUA TUU N DAN G - U ND AN GDI M AL A YSIA DAR I P AD A AW AL D ILUL U SK AN O LEHPARLIMEN. 1 . 0 PE N G EN A LA N 1.1 D EFINI S I U N D A N G-U N DA N G A h li-a h li f a lsa f a h u n d a n g - u n d a n g se p e r t i Aristolt e , JJ R o u ss e au d a n F i n n is m en de na si kan un da ng -un da ng ad al ah sua t u pe raturan- pe raturan yang m em bolehkan dan m enegahsesuatu kelakuanatau t i nda kan. U nda ng- un d an g di ad aka n o leh p i ha k be rkuasa untuk melindungi m asya raka t sup aya m er eka hi du p secar a am an. P i ha k be r kuasa be r ha k m en ge l ua r kan ar ah an- ar ahan dan m em buat undan g- unda ng b aru un t uk k ebai kan aw am . U ndang - undangmestilahuntuk kebaikan aw am iaitu m ewujudkanket en t er am an aw a m, kesi ha ta n a w am, kela kua n m oral da n kea d ilan se m ul aj ad i. A ustin, K el sen, B en t ha m da n H ar t pu l a m en de nasi kan ba haw a ud an g- un d an g ad a lah pe rat u ran- pe raturan yan g di ada ka n oleh pi hak p em erint a h dan

ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Embed Size (px)

Citation preview

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 1/13

ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

PROSES PENGGUBALAN SESUATU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

DARIPADA AWAL

DILULUSKAN OLEH PARLIMEN.

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG

Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis

mendefinasikan undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang

membolehkan dan menegah sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-

undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi masyarakat supaya

mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak mengeluarkan arahan-

arahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam. Undang-

undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman

awam, kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi.

Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-

undang adalah peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 2/13

 jika pelanggaran undang-undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh

mengenakan hukuman.

Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat

undang-undang, ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan

kesahihan undang-undang itu.

Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan

oleh sesuatu pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai

kekesanan undang-undang. Undang-undang adalah peraturan-peraturan

mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh semua rakyat dan tertakluk

kepada hukuman atau tindakan undang-undang.

1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan

masyarakat serta membendung kezaliman. Contohnya seperti undang-

undang jenayah mengenalpasti kelakuan yang tidak diredai oleh masyarakatseperti mencuri, mencederakan orang, merompak atau membunuh.

Perbuatan-perbuatan seperti di atas akan dihukum mengikut undang-undang

 jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum mati.

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 3/13

Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan.

Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang

anak mendapat nafkah daripada ibubapanya. Sekiranya perkara ini gagal

dilakukan, si suami atau bapa akan diperintahkan oleh mahkamah untuk

melaksanakan kewajipannya.

Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesuatu

masyarakat. Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang syariah

digunakan di mana adalah berbeza dari undang-undang sivil.

Undang-undang juga bertujuan mengujudkan keadilan. Di bawah undang-

undang perlembagaan konsep hak-hak asasi dan kesamarataan diamalkan.

Contohnya di Malaysia semua warganegara berhak mengamal agama

masing-masing. Undang-undang jenayah yang sama akan digunakan atas

semua rakyat tidak kira agama, kaum atau keturunan.

1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diklasifikasikan seperti :

1.3.1 Undang-undang Awam atau Persendirian

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 4/13

Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara

kerajaan dan individu. Undang-undang awam meliput undang-undang

 jenayah, undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan.

Undang-undang jenayah adalah menyenaraikan kelakuan-kelakuan yang

disifatkan sebagai kesalahan oleh sesebuah negara dan seseorang yang

disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah akan dihukum mengikut undang-

undang negara tersebut.

Undang-undang persedirian adalah undang-undang mengenai hubungan hak

dan kewajipan antara individu seperti undang-undang kontrak, tort, undang-

undang perbankan, undang-undang keluarga, undang-undang wasiat dan

sebagainya.

1.3.2 Undang-undang Negara atau Antarabangsa

Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti

undang-undang pentadbiran, tanah atau imigresen.

Negara kita Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

mewujudkan satu persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui

perjanjian-perjanjian. Antara undang-undang antarabangsa yang telah

dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan antarabangsa, penggunaansatelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah keadilan

antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-

hak asasi manusia.

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 5/13

1.3.3 Undang-undang Sivi dan Jenayah

Undang-undag sivil adalah mengenai hubungan dan urusan antara individu.

Udang-undang sivil merangkumi undang-undang kontrak, tort, tanah,

keluarga, syarikat dan sebagainya.

Undang-undang jenayah adalah hubungan antara kerajaan dengan individ.

Tujuannya adalah menghukum pesalah-pesalah yang melakukan perbuatan

yang tidak diredai oleh masyarakat. Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta

Keselamatan Dalam Negari, Akta Senjata Api dan sebagainya.

1.3.4 Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang digubal oleh Perlimen

atau badan yang diberi kuasa oleh undang-undang dan ini adalah undang-

undang yang dicipta oleh manusia. Undang-undang ini sering dipinda dari

masa ke semasa untuk disesuaikan dengan kehendak masyarakat dannegara. Undang-undang Islam adalah undang Tuhan. Undang-undang ini

tidak boleh dipinda tetapi pelbagai tafsiran telah dibuat oleh para ulama dan

diterima oleh penganut-penganut agama Islam.

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 6/13

Undang-undang Islam meliputi perkara seperti undang-undang jenayah,

keluarga, pentadbiran, tanah dan juga antarabangsa.

1.3.5 Undang-undang Substantif atau Prosedur

Undang-undang substantif adalah undang-undang yang menjelaskan hak dan

kewajipan individu di dalam sesuatu perkara.

Undang-undang prosidur adalah mengenai acara bagaimana melakukan

sesuatu. Contohnya kontrak atau perjanjian antara dua pihak yang memberi

persetujuan mengenai sesuatu secara bertulis. Kegagalan menyempurnakan

perkara-perkara yang dipersetujui boleh menyebabkan kontrak itu tidak sah

disisi undang-undang.

Sumber Undang-undang Malaysia

Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 7/13

1. Undang-undang Islam

2. Undang-undang Inggeris.

3. Undang-undang Adat

4. Keputusan Mahkamah

1.1 Undang-undang islam

• Al-quran

• Hadis

• Qias

• Ijma' Ulamak

2.1 Undang-undang Inggeris

• Seksyen 3 - Akta Undang-Sivil 1956

• Seksyen 5 Akta Undang-Sivil 1956

3.1 Undang-undang Adat

• Adat Temenggung

• Adat Perpatih

• Adat Hindu & Cina

• Adat Bumiputera

4.1 Keputusan Mahkamah

Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis

1. Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil

2. Perlembagaan

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 8/13

2.0 PROSES PENGGUBALAN

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut

cara-cara dan peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara

Perundangan Perlembagaan Persekutuan.

Permulaan Penggubalan Undang-undang adalah dengan perangkaan dasar-

dasar yang berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak

dibentangkan di Parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam

membuat rangka dasar rang undang-undang, Menteri atau pihak Kementerian

berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Peguam Negara,

Perbendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan dengan

rang undang-undang berkenaan.

Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit tadi, satu draf rang

undang-undang perlu disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam

Negara dan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan

badan tersebut. Setelah diluluskan oleh Jemaah Menteri, notis pemberitahuan

akan dihantar oleh Menteri berkenaan kepada kedua-dua Setiausaha Majlis

Parlimen. Rang undang-undang tersebut akan dicetak oleh Jabatan

Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan

Dewan Negara.

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 9/13

Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada DewanRakyat dan Dewan Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis

Parlimen tersebut. Di dalam tiap-tiap dewan yang disebutkan tadi rang

undang-undang tersebut akan dibaca untuk kali pertama, kedua dan ketiga

sebelum diluluskan.

2.1 Pertingkat Bacaan Dewan Rakyat

Peringkat bacaan Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

peringkat bacaan pertama, peringkat bacaan kedua dan peringkat bacaan

ketiga. Di dalam peringkat bacaan pertama, Menteri yang terlibat dalam

pembikinan draf akan mengemukakan rang undang-undang kepada semua

ahli Dewan. Menteri berkenaan akan memberitahu Dewan mengenai masa

untuk bacaan kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan dahulu

akan dibahaskan secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan akan

menimbangkan semula semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 10/13

pengaruhnya terhadap negara dan rakyat. Menteri yang terlibat dalam

mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan bertanggungjawab

dalam memberi jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang

undang-undang tersebutnya kemudiannya akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Apabila rang undang-undang selesai dibahaskan dan mendapat persetujuan

Dewan Rakyat pada kali kedua, ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa.

Diperingkat ini, penelitian terperinci ke atas setiap fasal mengikut susunannya

akan dilakukan. Pihak Jawatankuasa ini juga berupaya dan mempunyai hak

untuk membuat pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika perlu.

Peringkat terakhir, iaitu bacaan kali ketiga akan dijalankan ke atas rang

undang-undang yang telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Dalam

peringkat ini, rang undang-undang tersebut akan dikemukan semula oleh

Menteri berkenaan kepada Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan Dewan

Rakyat. Setelah diluluskan, rang undang-undang tersebut akan di bawa ke

Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.

2.1 Peringkat Bacaan Dewan Negara

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 11/13

Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah

diluluskan oleh Dewan Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali

pertama, kedua dan ketiga sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat

sebelum diluluskan oleh pihak ahli Dewan Negara.

Pada peringkat bacaan kali pertama di Dewan Negara, rang undang-undang

tersebut akan dibentangkan oleh Menteri yang berkenaan kepada semua ahli

Dewan. Penbacaan ini dilakukan untuk diperdengarkan kepada ahli Dewan

Negara yang akan kembali bersidang pada pembacaan yang kedua dan

ketiga yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak Dewan.

Pembacaan kali kedua akan membahaskan rang undang-undang tersebut

secara mendalam oleh pihak Dewan Negara. Setelah diteliti segala aspek

kebaikan dan keburukan serta kesan dan pengaruhnya ke atas negara dan

rakyat, barulah rang undang-undang tersebut di bawa ke peringkat

Jawatankuasa untuk diteliti secara terperinci. Pada peringkat ini penggubalan

rang undang-undang akan mengambil masa yang panjang, ini bergantung

kepada persetujuan ahli Dewan ke atas rang undang-undang yang

dibahaskan. Soalan dan kemusykilan oleh ahli Dewan Negara perlu diberi

 jawapan dan penjelasan oleh pihak yang merangka dasar-dasar rang undang-

undang tersebut.

Pada peringkat Jawatankuasa penelitian yang terperinci dibuat ke atas setiap

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 12/13

fasal rang undang-undang tersebut. Jawatankuasa juga berhak membuat

pindaan ke atas rang undang-undang tersebut jika difikirkan perlu. Pihak

Jawatankuasa juga perlu mendapat persetujuan semua ahli Jawatankuasa

sebelum meminda rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat bacaan kali ketiga, rang undang-undang tersebut akan

dikemukan semula kepada ahli Dewan Negara untuk mendapatkan kelulusan.

Pada peringkat ini rang undang-undang tersebut telah melalui proses

penggubalan yang terperinci di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Apabila rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan daripada Dewan

Negara, rang undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke

bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

untuk mendapat persetujuan Baginda dan diperkenankan untuk dijadikan

undang-undang.

Daripada proses yang dihuraikan di atas nyata bahawa sesuatu proses

penggubalan undang-undang itu dilakukan secara terperinci, adil dan

saksama. Perbahasan dan perbincangan serta kesimpulan yang dilakukan

menjamin rang undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan hak semua

warganegara di negara ini.

Sebagai rujukan Semua....

7/26/2019 ISTEM PENTADBIRAN NEGARA

http://slidepdf.com/reader/full/istem-pentadbiran-negara 13/13

MiQdAd