Upload
theresa-legak
View
261
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Slaid maklumat berkenaan hak kanak-kanak
Citation preview
Isu Moral Peringkat Global:
Hak Kanak - Kanak
Disediakan oleh:Theresa Chermi Legak
Hak Kanak - Kanak
seseorang yang di bawah umur 18 tahun
Kanak – kanak = seperti yang termaktub dalam Akta Kanak – Kanak 2001
Semua kanak – kanak – tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan mereka, jantina mereka, sosial, ekonomi, latarbelakang etnik dan agama mereka dan taraf kesihatan mereka – mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti pendidikan, penjagaan dan perlindungan.
Hak Kanak – Kanak(Konvensyen Hak Kanak – Kanak 1989)
(i) Hak untuk hidupSeorang anak berhak kepada perkara-perkara asas untuk hidup seperti makan minum dan tempat tinggal serta kepada kehidupan yang sihat dan mencukupi
(ii) Hak untuk membangun peribadi melalui pelajaranHak ini bertujuan memastikan anak-anak menamatkan persekolahan rendah dan menghapuskan diskriminasi gender di sekolah rendah dan menengah menjelang 2015
Hak Kanak – Kanak(Konvensyen Hak Kanak – Kanak 1989)
(iii) Hak untuk dilindungi daripada semua jenis penganiayaan, penyalahgunaan dadah, mangsa perang, mangsa pelarian dan mangsa proses pengangkatanHak ini merangkumi semua jenis perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak daripada penganiayaan dan penderaan, kanak-kanak yang diperdagangkan, yang dilarikan, yang menjadi mangsa peperangan dan kanak-kanak yang melalui proses pengangkatan.
Hak Kanak – Kanak(Konvensyen Hak Kanak – Kanak 1989)
(iv) Hak untuk mengambil bahagianKanak-kanak mesti terlibat dalam proses membuat keputusan yang melibatkan kanak-kanak. Kanak-kanak mesti didengar dan bukan sekadar dilihat. Misalnya perkara yang melibatkan kanak-kanak secara terus seperti isu pendidikan, perubatan, hak bersuara dan sebagainya.
Punca Pencabulan Hak Kanak - Kanak
(i) Tekanan emosi yang teruk(ii) Tekanan disebabkan oleh kemiskinan(iii) Masalah rumah tangga(iv) Keadaan perumahan yang teruk(v) Situasi pekerjaan yang negatif(vi) Ketiadaan sokongan daripada ahli
keluarga(vii) Kurang kemudahan dan perkhidmatan
kepada masyarakat(viii) Kepercayaan yang fanatik atau tahyul(ix) ‘Mendisiplinkan’ anak
Kesan Pencabulan Hak Kanak - Kanak
(i) Pengabaian oleh ibu bapa/penjaga (kurang nutrisi)
(ii) Penderaan fizikal(iii) Penderaan seksual(iv) Penderaan emosi (gangguan
mental, kemurungan)(v) Keganasan(vi) Eksploitasi kanak – kanak
(pemerdagangan – sindiket mengemis, buruh kasar)
Langkah Pencegahan
(i) Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak – kanak.
(ii) Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak – kanak untuk perlindungan diri.
(iii) Perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga dan komuniti setempat.
(iv) Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti atau program pencegahan dan pemulihan.
Langkah Pencegahan
(v) Akta Kanak – Kanak 2001(vi) Menyebarluaskan kesedaran mengenai hak dan perlindungan kanak – kanak melalui bahan penerbitan (internet).(vii) Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan (bengkel,gotong-royong) untuk memupuk nilai murni.
TERIMA KASIH