3
Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut: Perbezaan dalam agama dan budaya Polisi pecah perintah British Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik Parti politik berdasarkan kumpulan etn Pendemokrasian Pendidikan 1.5.1 Definisi:Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang- peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti.

Isu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1

Citation preview

Isu-Isu Semasa dalam Integrasi NasionalMalaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India. Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebutCabaran-Cabaran dalam Integrasi NasionalDalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai dinegara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut: Perbezaan dalam agama dan budaya Polisi pecah perintah British Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik Parti politik berdasarkan kumpulan etn

Pendemokrasian Pendidikan1.5.1 Definisi:Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian PendidikanPelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.Peranan Guru dalam Pendemokrasian PendidikanGuru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguru perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksidengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.

Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi PendidikanImpak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut: Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan. Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi. Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara. Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global. Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi. Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan. Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia. Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.Isu Kepelbagaian Budayaguru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah.Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).iii. menghargai keunikan budaya.iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.v. bersekutu memajukan bangsa.

http://shuanghoryh.blogspot.com/2015/02/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html