Upload
nornizaha-ismail
View
55
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (TK 1) BAGI PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
GRED J41 1. Matlamat Sukatan Peperiksaan
1.1 Tahap Kecekapan 1 (TK 1) Pegawai di TK 1 mempunyai pengetahuan dan berupaya memahami:
i. nilai-nilai murni perkhidmatan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan; dan
ii. konsep-konsep dan pelaksanaan pengurusan latihan
vokasional dalam melaksanakan tugas jawatannya.
2. Tujuan Peperiksaan
Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai salah satu syarat anjakan gaji dan/atau bagi dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred yang lebih tinggi.
3. Pegawai Yang Layak Menduduki Peperiksaan ini
Pegawai Latihan Vokasional Gred J41 yang telah disahkan dalam perkhidmatan
4. Sukatan Peperiksaan Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus.
1
BAHAGIAN I 4.1 KOMPETENSI UMUM
4.1.1 Keutuhan Peribadi
Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam ke arah meningkatkan keutuhan, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam seperti : • Nilai-nilai utama dalam perkhidmatan awam • Tonggak Dua Belas • Etika Perkhidmatan Awam • Keutuhan dalam perkhidmatan awam • Pelan Integriti Nasional (PIN)
4.1.2 Pengurusan Sumber Manusia
• Peraturan dan proses urusan yang berkaitan dengan
pengambilan, lantikan, kenaikan pangkat, dan penamatan kakitangan awam.
• Peraturan dan urusan tatakelakuan dan tindakan tatatertib. • Tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai
awam seperti kemudahan perjalanan, pertukaran dan kursus, cuti-cuti, rumah-rumah kerajaan, rawatan dan perubatan.
• Sistem Saraan Malaysia
4.1.3. Pengurusan Kewangan
(a) Perolehan Kerajaan
• Bekalan • Perkhidmatan • Kerja
(b) Pengurusan Aset
• Inventori • Tatacara Hapus Kira
2
• Tatacara Pelupusan
(c) Pengurusan Stor
• Verifikasi Stok • Pemeriksaan Stor
BAHAGIAN II 4.2 KOMPETENSI KHUSUS
Pengurusan program ke arah penambahbaikan dan pemantapan pembangunan sesebuah organisasi. Ini meliputi pembangunan kemahiran di sektor awam. Ia merangkumi aspek-aspek seperti berikut :
4.2.1 Pembangunan Kurikulum Latihan • Analisis laporan-laporan dan statistik tenaga kerja,
kewangan, industri dan ekonomi bagi mengenalpasti keperluan latihan, penentuan kumpulan sasaran serta bidang kemahiran dan tahap teknologi yang digunakan.
• Proses-proses yang terlibat dalam pembangunan sesebuah
kurikulum khususnya penilaian ke atas kaedah-kaedah pembangunan kurikulum, penyediaan pelan pelaksanaan, anggaran perbelanjaan serta penilaian keberkesanan kurikulum.
4.2.2 Melaksana Tugas Mengajar • Penyediaan bahan mengajar, peralatan bengkel, bahan
guna habis dan alat bantuan mengajar. • Proses penilaian latihan termasuk analisis data dan
penyediaan laporan kajian.
3
4.2.3 Pengurusan Latihan Vokasional
• Penyediaan dan pelaksanaan program latihan sepenuh masa.
• Penyediaan dan pelaksanaan program latihan separuh
masa. • Kajian dan laporan penilaian kemajuan, keberkesanan
latihan dan cadangan-cadangan pengubahsuaian. • Pengendalian latihan dalam loji.
4.2.4 Penyenggaraan Kemudahan Latihan
• ICT • Fizikal • Mesin dan Peralatan
4.2.5 Pengambilan Pelatih
• Proses pengambilan pelatih iaitu meliputi pengiklanan
hinggalah pendaftaran pelatih. • Perancangan pengambilan pelatih mengikut keupayaan
institut dan keperluan negara.
4.2.6 Hal Ehwal Pelatih
• Program pembangunan diri pelatih dan ko-kurikulum. • Pengawalan disiplin dan tatatertib pelatih. • Program kemajuan kerjaya dan kebajikan pelatih.
4.2.7 Penyeliaan dan Kaunseling
• Motivasi. • Keperluan bimbingan dan kaunseling. • Kaedah memberi maklumbalas yang efektif. • Kemahiran Komunikasi. • Komunikasi Interpersonal. • Halangan-halangan komunikasi.
4
4.2.8 Panduan Keselamatan dan Kebersihan
• Prosedur atau peraturan-peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan.
• Program pencegahan kebakaran dan latihan pencegahan
kebakaran. • Prosedur dan peraturan pertolongan cemas – bantuan awal,
pemulihan nafas dan perubatan asas.
4.2.9 Promosi Latihan
• Penyediaan rancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti promosi latihan termasuk penyediaan anggaran perbelanjaan dan bahan-bahan promosi.
• Kajian keberkesanan promosi. • Perhubungan awam.
5.
Soalan : Aneka Pilihan dan Esei
Bahagian I (Aneka Pilihan dan Esei) Kompetensi Umum: Aneka Pilihan : 40 soalan Esei : 6 soalan, jawab 3 soalan Bahagian II (Esei) Kompetensi Khusus: Esei :10 soalan, jawab 5 soalan
6. Masa : Bahagian I : 2 1/2 jam Bahagian II : 2 1/2 jam
7. Tahap Kesukaran Soalan
: Pengetahuan dan Kefahaman
8. Rujukan : Calon tidak dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan semasa peperiksaan
9. Pengecualian : Calon-calon yang telah Lulus / Melepasi Tahap Kompetensi mana-mana bahagian dikecualikan dari menduduki
5
peperiksaan bahagian berkenaan.
10. Keputusan :
Aras IV (Lulus/ Melepasi Tahap
Kompetensi Pada Aras
Kecemerlangan);
Aras III (Lulus/ Melepasi Tahap
Kompetensi);
Aras II (Lulus Bersyarat); dan
Aras I (Tidak Melepasi Tahap
Kompetensi)
11. Pemeriksa Dilantik Oleh : Pengerusi Panel Peperiksaan PTK, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
12. Bahasa (Soalan dan Jawapan)
: Bahasa Melayu
13. Permohonan Dikemukakan Kepada
: Urusetia Peperiksaan PTK, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
14. Pusat Peperiksaan Akan Ditetapkan Oleh
: Urusetia Peperiksaan PTK, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
15. Kekerapan Peperiksaan : Sekali setahun
16. Tarikh Akhir Mengemukakan Permohonan
: 1½ bulan sebelum tarikh peperiksaan
Bahan Rujukan Kompetensi Umum
i. Citra Karya (Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
Awam)
ii. Tonggak Dua Belas - INTAN
iii. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
iv. Pelan Integriti Nasional (PIN)
6
v. Perintah Am Bab B, C, E, F dan G (termasuk pekeliling dan
surat pekeliling yang berkaitan)
vi. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (P.U(A) 395)
vii. Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Pegawai Awam Tahun
1993 (P.U(A) 396)
viii. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Awam (P.U(A) 151)
ix. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005.
x. Arahan Perbendaharaan
xi. Tatacara Pengurusan Stor
xii. Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2002
xiii. Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
xiv. Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan
Kompetensi Khusus
i. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
ii. Akta Kilang dan Jentera 1967
iii. Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS)
iv. Prosedur Pengambilan Pelatih ILJTM / IKBN
v. Nota Kursus Latihan Pedagogi - CIAST
vi. Komunikasi
vii. Motivasi
viii. Nota Carta Aliran Promosi
ix. Modul Pegawai Penilai/Pegawai Penilai Dalaman Majlis Latihan
Vokasional
7