Jawi to Rumi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jawi to rumi

Citation preview

Bidang pengajian Islam ada 1001 manfaatOleh: Muhammad Yatimin Abdullah

Bidang pengajian Islam sebenarnya mempunyai 1001 manfaat dalam dan kelebihan bagi seseorang pelajar. Mereka dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan dan pemantapan Islam dalam kalangan masyarakat.

Para pelajar diharap dapat menterjemahkan budaya kehidupan Islam dalam setiap amalan atau kegiatan harian yang boleh dicontohi oleh anggota masyarakat.

Pada masa yang sama mereka boleh membantu memberi pemahaman kepada masyarakat tentang kesyumulan Islam dan memperbaiki pandangan terhadap Islam

Demikian pandangan pelajar jurusan syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Zulfadhli Abdul Rahman, 20 yang berasal dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Seseorang yang mempelajari bidang agama akan menerima kelebihan berkali ganda. Selain dapat manfaat untuk diri sendiri, ia juga dapat dikongsi bersama masyarakat. Ujar bekas pelajar sekolah agama di Hulu Langat ini.

Katanya, mahasiswa yang sudah tamat pengajian dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran yang betul dan bersesuaian dengan suasana dan keadaan masyarakat hari ini.

Kita perlu sedar universiti bukan hanya tempat menimba ilmu semata-mata, tetapi pusat mendidik mahasiswa berhadapan dengan masyarakat setelah tamat pengajian nanti, tambahnya.

Muhammad Zulfadhli yang bercita-cita menjadi akauntan berasa bertuah kerana peluang yang diperoleh dapat membantu melengkapkan dirinya dengan amalan dan pengetahuan agama lebih mendalam sebagai bekal dalam kehidupan kelak.

Akademi Pengajian Islam Nilam Puri ini merupakan pusat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke kampus induk Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Bagi pelajar syariah, mereka diberi pilihan meneruskan pengajian dalam beberapa bidang iaitu, feqah dan usul, siasah syariah, syariah pengurusan dan muamalat, syariah ekonomi, falaq syarie dan syariah dan undang-undang.

Menurut Muhammad Zulfadhli lagi, ketika kesedaran masyarakat semakin tinggi untuk memperkasakan Islam, jurusan pengajian Islam mulai bercambah dan ditawarkan di kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara.

Bidang pengajian Islam