Jenis Suara

Embed Size (px)

Text of Jenis Suara

PengenalanJenis jenis suara merujuk kepada beberapa kriteria.

Mungkin anda dah tahu beberapa jenis suara yg selalu anda dengar contohnya Soprano,Tenor,Bass dan beberapa lagi.

Jenis Suara Wanita

Soprano

Mezzo Soprano

Contralto

Countertenor

Bass

Jenis Suara Lelaki

Tenor

Baritone

Jenis suara yang terdapat dalam koir biasanya adalah:Soprano (S) (suara perempuan tinggi)

Bass (B) (suara lelaki rendah)

Alto (A) (suara perempuan rendah)

Tenor (T) (suara lelaki tinggi)

Berikut adalah kriteria utama pengklasifikasian untuk menentukan jenis suara anda:Vocal Range/Julat Suara

Penukaran Register

Suara Pengucapan

Tona Vokal

Tessitura atau Kekuatan Suara

Vocal Range/JulatVocal Range/Julat suara adalah penunujuk utama apakah jenis suara yang dimiliki oleh setiap penyanyi. Sebagai contoh jika seorang penyanyi lelaki mempunyai suara yang tinggi, dia mungkin boleh diklasifikasikan sebagai Tenor atau lebih tinggi iaitu Counter Tenor,manakala jika penyanyi wanita yang mempunyai suara yang tinggi pula dikenali sebagai Soprano. Pengetahuan mengenai vocal range /julat suara anda adalah amat vital kerana ianya nanti memudahkan kita untuk mengetahui note manakah yang akan kita lakukan latihan suara/warm-up suara sebelum nyanyi. Ini akan mengelakkan suara anda dari menjadi rosak dek kerana berlatih menggunakan key/note-note yang tinggi/tak sesuai dengan jenis suara/range suara anda.

Penukaran RegisterSuara kita apabila menyanyi, akan melalui beberapa proses pernukaran tona dan kualiti tona suara apabila kita bergerak dari pic rendah ke pic yang lebih tinggi,ini lah yang dimaksudkan dengan Penukaran Register Suara. Dengan adanya pengetahuan mengenai penukaran register atau saya lebih suka pakai 'tukar gear suara' ini akan memudahkan kita mengenali apakah jenis suara kita dan yang penting membantu kita dalam menentukan jenis latihan vocal yang lebih effisien dalam melancarkan penukaran 'gear suara.

Tona VokalSetiap penyanyi mempunyai perbezaan Tona Suara,dimana ada antara penyanyi yang mempunyai tona yang cerah dan lantang/jelas manakala ada juga penyanyi yang mempunyai tona yang agak dalam/suram serta berat. Pengetahuan mengenai tona suara agak penting dalam menentukan apakah jenis jenis lagu yang dikira sesuai untuk kita nyanyikan atau apakah lagu yang perlu kita elakkan apabila kita hendak membuat persembahan atau ke ujibakat nyanyian[tak semua dari kita versatile-ini adalah hakikat]. Sebagai contoh kalau kita mempunyai tona suara yang heavy atau berat,kita akan lebih sesuai menyanyikan lagu yang memerlukan belting atau vocal projection. Manakala jika anda mempunyai tona suara yang agak ringan dan lembut,disarankan agar anda menyanyikan lagu2 berentak seperti Bossa Nova dan balada dimana lagu seperti ini memerlukan sensitiviti dan kelembutan dalam dalam tone nyanyian.

Tessitura atau Kekuatan SuaraTessitura merujuk kepada julat terbaik suara anda dimana ianya adalah agak selesa untuk suara anda dan ianya juga elok/sedap didengar oleh audien. Ada sesetengah guru vocal panggil ini sebagai "Sweet Voice. Pengetahuan mengenai tessitura ini membolehkan kita mengetahui apakah jenis suara kita. Sebagai contoh ,penyanyi soprano mempunyai head voice yang mantap manakala penyanyi bass mempunyai middle voice yang mantap.

Suara PengucapanSuara pengucapan adalah suara yang selalu kita gunakan apabila kita bercakap dan adalah suara yang paling selesa untuk dilontarkan. Ini menunjukkan kita adalah dalam kategori tenor,baritone atau bass ,ini adalah memandangkan kita selalunya bercakap menggunakan tessitura atau range suara selesa kita. Untuk mengelakkan kecederaan suara kebiasaanya guru vocal melatih menggunakan vocal range pertengahan terlebih dahulu sebelum perlahan2 bergerak keatas dan kebawah {range} untuk melatih suara pelajar menjadi lebih bagus dalam "kelasnya.

SambunganSetelah kita memahami dengan lebih mendalam apa itu jenis suara,kita akan mampu melatih suara kita dengan lebih efisien dan juga tahu bagaimana untuk memilih lagu untuk persembahan dan ujibakat nyanyian yang bakal anda sertai. Latihan yang kerap dan berterusan juga akan merubah kualiti suara kita,sebagai contohnya,suara akan menjadi lantang dari sebelumnya atau menjadi lebih tinggi dari sebelumnya.

RUJUKAN http://kelasvokal.blogspot.com/2010/09/jenis -suara.html