jke sofwan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jke sofwan

Citation preview

  • 1

    MASALAH KETEPATAN MASA MENGHADIRI KULIAH DI KALANGAN

    PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE)

    Sofwan Bin Ramli, Syahfitri Bin Saidin and Mohd Nadzmi Bin Mohd Noor

    Jabatan Kejuruteraan Elektrik

    Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) 06000 Jitra, Kedah.

    Email: [email protected]

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah ketidak tepatan masa para pelajar untuk

    menghadiri kuliah. Seramai 40 sampel pelajar dari kelas DKE 5B terlibat dalam kajian ini.

    Kaedah yang digunakan melalui pemerhatian,soal selidik serta temubual semasa dan selepas

    proses pengajian dan pembelajaran. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar datang lewat ke kuliah

    berdasarkan beberapa faktor. Perlaksanaan kajian difokuskan kepada tindakan untuk mengatasi

    masalah kelewatan, melaksanakan tindakan atau hukuman dan mengadakan ceramah pengurusan

    masa dimana dilakukan sebanyak 10 minggu. Kajian ini telah dilakukan dalam bentuk peratus

    (%) dan dilaporkan dalam bentuk peratus (%). Hasil kajian menunjukkan pengurangan jumlah

    pelajar yang sering datang lewat ke kuliah dan pelajar dapat menguruskan masa dengan lebih

    baik.

    1.0 PENGENALAN

    Setiap semester, masalah ketidak tepatan masa para pelajar untuk menghadiri kuliah sering

    menjadi isu kepada setiap pensyarah. Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini

    tetapi semua ini seolah-olah tiada kesudahan. Kami telah membuat pemerhatian pada setiap hari

    dan mendapati pelajar sering lewat menghadiri kuliah terutamanya pada waktu 8 pagi dan 2

    petang.

    Para pensyarah merasakan masalah ini sangat serius dan mengambil tindakan mengumpul semua

    pelajar JKE. Hasil maklumbalas yang diperolehi daripada soal jawab yang dilakukan, antara

    alasan mereka sering terlewat ke kuliah disebabkan motosikal rosak, bangun lewat, kelas

    sebelumnya habis lewat, kesesakan lif, dan tertinggal buku rujukan. Dari pemerhatian yang dibuat

    di dalam kuliah, para pelajar majoritinya lewat menghadiri kuliah dalam lingkungan 5 hingga 10

    minit dan ada juga yang lewat sehingga 20 30 minit.

    Akibat dari kelewatan para pelajar ini, proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan boleh

    merencatkan suasana di dalam kuliah. Menurut Hafizi (2008)[1], masalah ini bukan sahaja

    melumpuhkan proses pembelajaran di dalam kelas tetapi merugikan tahap pembelajaran pelajar

    itu sendiri. Ini menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan para pensyarah kerana pelajar

    yang lewat hadiri kuliah seolah-olah tidak menghormati pensyarah dan rakan kuliah yang lain.

    Tambahan pula pelajar seringkali diingatkan supaya sentiasa menepati masa. Menurut Aziz

    (2007)[2], dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar menyatakan di antara masalah

    disiplin yang paling besar adalah ponteng dan hadir lewat ke sekolah. Berdasarkan pemerhatian

    yang diperolehi kami terpanggil untuk menjalankan kajian tindakan ini.

  • 2

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Dari pemerhatian yang dilakukan, dapat dikenalpasti dua punca utama yang menyebabkan

    kelewatan para pelajar ke kuliah iaitu sikap pelajar itu sendiri seperti bangun lewat, penat dan

    juga masalah pengurusan masa. Menurut buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di

    Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1994)[3], di antara sebab-sebab

    ponteng dan hadir lewat ke sekolah berpunca daripada diri pelajar sendiri. Ini menimbulkan

    persoalan bagaimana ada pelajar yang boleh datang awal ke kelas atau itu semua hanya alasan

    semata-mata. Kami yakin jika semua alasan ini dapat diatasi, masalah kelewatan pelajar ke kuliah

    dapat diatasi.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 OBJEKTIF AM:

    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca pelajar lewat menghadiri kuliah.

    3.2 OBJEKTIF KHUSUS:

    1. Mengatasi punca para pelajar lewat menghadiri kuliah 2. Meningkatkan peratus kehadiran para pelajar ke kuliah tepat pada masanya 3. Meningkatkan kesedaran pelajar supaya menjadi pelajar yang bersikap menepati masa

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    40 sampel di kalangan pelajar semester lima pada waktu kuliah yang berbeza.

    5.0 METODOLOGI

    5.1 PEMERHATIAN

    Kami telah melakukan pemerhatian ke atas ketepatan masa pelajar menghadiri kuliah selama

    empat minggu berturut-turut. Pemerhatian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bilangan

    pelajar yang kerap kali terlewat menghadiri kuliah. Setiap kali pemerhatian dilakukan, kami

    membahagikan pemerhatian kami terhadap ketepatan masa pelajar menghadiri kuliah pada waktu

    yang berbeza. Pemerhatian kami dilakukan sebaik sahaja kuliah bermula sehingga tamatnya

    waktu kuliah.

    5.2 TEMUBUAL

    Selepas berjaya mengumpulkan pelajar yang sering terlewat menghadiri kuliah, kami

    melaksanakan sesi temubual dengan pelajar tersebut. Temubual ini bertujuan untuk mengetahui

    punca ketidak tepatan masa pelajar menghadiri kuliah. Selain itu, temubual ini adalah untuk

    meningkatkan sikap pelajar supaya menjadi pelajar yang menepati masa.

  • 3

    5.3 SOAL SELIDIK

    Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada sampel pelajar (40) yang terdapat di

    dalam kelas ketika kuliah sedang berlangsung. Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui punca

    ketidak tepatan masa pelajar menghadiri kuliah.

    Kami juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan pensyarah untuk mendapatkan

    pandangan mereka mengenai kajian tindakan yang dijalankan ini.

    6.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

    6.1 ANALISIS PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan didapati bahawa :

    Semasa kelas bermula pukul 8.00 pagi dan 2.00 petang masih terdapat pelajar yang belum masuk kelas.

    Selepas lima minit proses P&P berjalan, masih lagi terdapat pelajar yang tidak masuk kelas.

    Terdapat pelajar yang lewat masuk ke kelas sehingga 15 minit dan ke atas.

    Berdasarkan pemerhatian selepas kajian didapati bahawa :

    Peratus pelajar yang datang lewat ke kelas berkurangan. Hampir % pelajar datang tepat pada waktu P&P bermula. Perlaksanaan kelas lebih lancar dan tenteram kerana pelajar datang pada masa

    sepatutnya.

    6.2 ANALISIS TEMU BUAL

    Rajah dibawah menunjukkan hasil dari temu bual yang dijalankan bagi 10 sampel pelajar yang

    sering lewat hadir ke kuliah.

    RAJAH 1 menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan

    pelajar menghadiri kuliah

    Daripada kajian yang dijalankan didapati 70% pelajar menggunakan alasan hujan sebagai faktor

    kelewatan menghadiri kelas. Sementara 20% menyatakan tertidur dan 10% menunaikan solat

    Zohor.

  • 4

    RAJAH 2 menunjukkan akitiviti yang dilakukan oleh pelajar pada waktu malam.

    Dari kajian menyatakan sebanyak 20% melakukan aktiviti seperti mengulangkaji, siapkan laporan

    bengkel dan baru balik dari kampung. Manakala selebihnya melakukan aktiviti tidur, keluar

    makan dan bersukan yang masing-masing adalah 10% .

    RAJAH 3 menunjukkan bilangan pelajar yang sering lewat hadir kuliah.

    Hasil kajian menunjukkan 70% pelajar menghadiri kuliah tepat pada waktunya dan selebihnya

    sebanyak 30% sering lewat menghadiri kuliah.

  • 5

    RAJAH 4 menunjukkan alasan yang diberikan oleh pelajar yang lewat hadir kuliah.

    Dari kajian, Alasan utama yang sering diberikan pelajar adalah terlewat bangun merangkumi

    60%. Manakala selebihnya memberi alasan tumpang kawan, solat, bergantung kepada situasi dan

    hujan mewakili 10%.

    RAJAH 5 menunjukkan pelajar mengetahui kesan akibat hadir lewat.

    Dari kajian, semua pelajar mengetahui kesan akibat dari datang lewat. Antara kesan tersebut

    seperti mengganggu suasana kelas dan tidak menghormati pensyarah.

  • 6

    RAJAH 6 menunjukkan pelajar tahu akan tindakan yang dikenakan sekiranya

    lewat hadir kuliah.

    Hampir kesemua pelajar yang ditemubual mengetahui tindakan yang akan diambil oleh pensyarah

    terhadap pelajar yang lewat.

    6.3 ANALISIS SOAL SELIDIK

    Jadual dibawah menunjukan hasil dari soalan kaji selidik. Soalan kaji selidik ini

    dibahagikan kepada 4 soalan.

    JADUAL 1 Analisis Skala Likert

    Item Bil. pelajar (40)

    1 2 3 4 5

    1 Mengaku menghadapi masalah dari segi bangun tidur. 9 8 7 11 5

    2 Mengaku berjaga sehingga larut malam. 15 13 7 4 2

    3 Tidak mempunyai pengangkutan. 18 13 6 2 1

    4 Masalah dari segi jadual waktu. 13 12 9 5 1

    1 2 3 4 5

  • 7

    JADUAL 2 Peratusan Hasil Dapatan

    RAJAH 7 menunjukkan graf hasil dapatan daripada soal selidik

    7.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    Tindakan yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

    7.1.1 Mengadakan tinjauan dan pemantauan terhadap pelajar yang sering lewat menghadiri kuliah setelah diberi nasihat dan teguran.

    7.1.2 Mengenakan tindakan dengan memberikan status tidak hadir kepada pelajar yang lewat hadir ke kuliah melebihi 15 minit.

    7.1.3 Mengambil tindakan seperti mengunci pintu setelah kelas bermula oleh pensyarah yang mengajar.

    7.1.4 Mengadakan ceramah yang menfokuskan kepada kepentingan masa dan pengurusan masa.

    8.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

    Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

    S1 9 8 7 11 5

    22% 21% 18% 26% 13%

    S2 15 13 7 4 2

    37% 31% 18% 9% 5%

    S3 18 13 6 2 1

    46% 31% 14% 6% 3%

    S4 13 12 9 5 1

    32% 30% 23% 12% 3%

  • 8

    Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 10 minggu. Pemerhatian sebelum tindakan

    kajian mengambil masa selama 3 minggu. Pemerhatian selama 3 minggu ini di selang-selikan

    dengan tindakan 1, tindakan 2, tindakan 3 dan tindakan 4.

    Tindakan 1 ialah memberi nasihat dan teguran secara lisan kepada pelajar yang sering lewat

    menghadiri kuliah. Mengingkatkan pelajar tersebut kesan akibat daripada hadir lewat ke kuliah.

    Tindakan 2 melibatkan amaran lebih keras kepada pelajar yang lewat hadir ke kuliah dengan

    mengenakan status tidak hadir sekiranya lewat 15 minit tanpa alasan yang munasabah. Tindakan

    3 ialah mengunci pintu setelah pensyarah memulakan kuliah. Tindakan 4 ialah mengadakan

    ceramah yang memfokuskan kepada kepentingan menepati masa dan pengurusan masa yang betul

    disamping memberi motivasi dan perubahan diri kepada pelajar. Kumpulan sasaran untuk slot

    ceramah ini ialah pelajar yang masih lewat hadir ke kuliah selepas kami melakukan tindakan 1,

    tindakan 2 dan tindakan 3.

    9.0 REFLEKSI KAJIAN

    Hasil pemerhatian, temubual dan soal selidik didapati bahawa sebenarnya sebab utama pelajar

    sering lewat hadir ke kuliah ialah sikap tidak prihatin terhadap kepentingan menepati masa.

    Mereka memberi alasan seperti bangun lewat, hujan, solat zohor dan masalah pengangkutan.

    Walaubagaimanapun, dengan mengenakan tindakan status tidak hadir jikalau pelajar lewat hadir

    ke kuliah selepas 15minit dari masa sebenar kuliah bermula memberi kesan yang baik kepada

    sikap dan keprihatinan pelajar terhadap kepentingan menepati masa. Selepas tindakan ini

    dilaksanakan, pelajar tidak lagi datang lewat ke kelas tanpa alasan yang munasabah. Tindakan

    mengunci pintu kelas setelah pensyarah memulakan kuliah juga banyak mengubah sikap dan

    keprihatinan pelajar terhadap keperluan pengurusan masa yang betul.

    Slot ceramah yang memfokuskan kepada kepentingan menepati masa dan pengurusan masa yang

    betul telah banyak mendedahkan pelajar mengenai kepentingan masa, kelebihan mengurus masa

    dengan betul, kesan utama kepada sesiapa sahaja yang mengutamakan ketepatan masa dan kesan

    buruk apabila tidak menguruskan masa dengan baik. Semua ini telah banyak menjadikan pelajar

    lebih bersemangat dan bermotivasi untuk memperbaiki sikap supaya lebih bijak mengurus dan

    menepati masa.

    Selepas kajian tindakan selesai, masa kehadiran pelajar berkenaan ke kuliah semakin baik. Semua

    pelajar tersebut tidak lagi datang lewat ke kuliah disebabkan alasan-alasan yang remeh.

    10.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

  • 9

    Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

    10.1 Meningkatkan kesedaran pelajar supaya menepati masa bermula pada semester pertama ketika program Minggu Suai Kenal.

    10.2 Menjadikan amalan menghadiri kuliah awal satu budaya yang murni.

    RUJUKAN

    [1] Mohd Hafizi (2008), Gejala pelajar datang lewat ke sekolah pelajar tingkatan 4 di sebuah

    sekolah dalam daerah Bera, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

    [2] Abdul Aziz (2007), Masalah ponteng pelajar tingkatan 4 sekolah-sekolah dalam

    daerah Muar, satu kajian kes, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

    [3] Kementerian Pelajaran Malaysia (1994), Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng

    Di Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    [4] Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Penerbit

    Universiti Teknologi Malaysia.