4
JURNAL ( MINGGU 3 ) Bilangan Jurnal : 3 / 12 Minggu Praktikum : Minggu 3 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 FEBRUARI 2012 hingga 15 FEBRUARI 2014 Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas MASALAH Dalam minggu ketiga ini, masalah yang paling ketara ialah dari segi pengawalan kelas. Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa orang murid yang tidak memberi perhatian semasa saya mengajar di hadapan sehingga mengganggu rakan yang lain. Murid-murid ini sering melakukan kesilapan berulang kali walaupun sudah ditegur. Selain itu, murid yang hiperaktif juga antara masalah yang dikenal pasti penyumbang kepada masalah pengawalan kelas saya. ANALISIS Saya dapati masalah ini timbul mungkin disebabkan suara saya yang agak perlahan dan kurang lantang. Ini menyebabkan murid-murid kadangkala tidak dapat mendengar arahan dengan jelas. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga jelas dilihat semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka terlalu aktif sehinggakan kelas menjadi terlalu bising dan sukar dikawal. Tambahan pula, ada murid yang boleh menyiapkan kerja secepat mungkin walaupun kurang kemas kerana hendak bermain

jurnal prasekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: jurnal prasekolah

JURNAL ( MINGGU 3 )

Bilangan Jurnal : 3 / 12

Minggu Praktikum : Minggu 3

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 9 FEBRUARI 2012 hingga 15 FEBRUARI 2014

Tajuk Jurnal : Masalah Kawalan Kelas

MASALAH

Dalam minggu ketiga ini, masalah yang paling ketara ialah dari segi

pengawalan kelas. Ini dapat dilihat apabila terdapat beberapa orang murid yang

tidak memberi perhatian semasa saya mengajar di hadapan sehingga mengganggu

rakan yang lain. Murid-murid ini sering melakukan kesilapan berulang kali walaupun

sudah ditegur. Selain itu, murid yang hiperaktif juga antara masalah yang dikenal

pasti penyumbang kepada masalah pengawalan kelas saya.

ANALISIS

Saya dapati masalah ini timbul mungkin disebabkan suara saya yang agak

perlahan dan kurang lantang. Ini menyebabkan murid-murid kadangkala tidak dapat

mendengar arahan dengan jelas. Di samping itu, masalah kawalan kelas juga jelas

dilihat semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Mereka terlalu aktif sehinggakan kelas

menjadi terlalu bising dan sukar dikawal. Tambahan pula, ada murid yang boleh

menyiapkan kerja secepat mungkin walaupun kurang kemas kerana hendak bermain

bersama rakan lain. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran agak terganggu

kerana murid-murid akan ke sudut bacaan dan berlari-lari sekitar kelas dan ianya

menarik perhatian murid lain yang sedang menyiapkan kerja.

CADANGANSetelah mengenal pasti masalah dan membuat andaian apakah faktor

berlakunya masalah ini, saya mengambil inisiatif untuk mencari apakah jalan atau

langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki masalah pengawalan kelas saya.

Page 2: jurnal prasekolah

Antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah :

i. Bagi mengatasi masalah murid yang tidak memberi perhatian, saya

akan memastikan mereka dalam keadaan sedia untuk belajar dari awal

kelas dimulakan dan meletakkan mereka dekat dengan saya.

ii. Saya perlu lebih tegas dan memastikan setiap arahan yang diberi

dipatuhi oleh murid dan menyatakan akibat tidak mendengar arahan

guru.

iii. Semasa aktiviti kumpulan pula, saya perlu memastikan setiap murid

dalam keadaan sedia dan memberi sepenuh perhatian terlebih dahulu

sebelum arahan diberikan. Selain itu bahan akan diberikan selepas

peraturan aktiviti dinyatakan. Hal ini akan membolehkan murid-murid

memahami dan memberi perhatian terhadap peraturan yang akan

dinyatakan oleh guru.

iv. Bagi murid yang pasif dan terlalu aktif, saya akan libatkan mereka

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya penglibatan murid

seimbang.

v. Saya perlu menetapkan peraturan supaya pengurusan kelas dapat di

kawal. Saya juga perlu menyediakan aktiviti sampingan untuk murid

yang dapat menyiapkan kerja lebih awal dari yang di rancang.

vi. Kemudian, saya akan mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada

guru pembimbing dan pensyarah penasihat disamping guru-guru di

sekolah ini tentang kawalan kelas yang berkesan dan efektif.

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Setiap hari

pada minggu akan datang perlu menjadi lebih baik daripada minggu ini. Kawalan

kelas yang baik mampu memberi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Maka, pengawalan kelas sangat penting bagi seorang guru untuk memastikan kelas

dalam keadaan terkawal.

PENILAIAN KEJAYAAN

Page 3: jurnal prasekolah

Saya akan meminta pendapat dan nasihat dari pensyarah pembimbing dan

guru pembimbing supaya semua masalah dapat diatasi dengan cara yang terbaik.

Saya turut meminta bantuan dan tunjuk dari rakan sebaya yang sama-sama

praktikum

TINDAKAN SUSULAN

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, saya perlu

menyediakan aktiviti yang berjaya menarik minat murid agar aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar serta murid tidak lagi membuat bising semasa

berada di dalam kelas. Selain itu, saya juga perlu sentiasa tegas dan berwaspada

dengan sikap murid agar mereka tidak melakukan sebarang perkara yang tidak

diingini

KESIMPULANMasalah kebisingan di dalam kelas suatu masalah yang sering terjadi di

sekolah terutamanya di peringkat rendah. Saya berpendapat bahawa mereka masih

lagi di peringkat kanak-kanak, di mana proses pembelajaran mereka masih di

peringkat rendah. Maka, sebagai seorang guru, kelas haruslah dikawal dengan baik

kerana kawalan kelas dapat memberi impak dan kesan yang besar terhadap sesi

pengajaran dan pembelajaran murid. Murid akan lebih memberi tumpuan terhadap

pengajaran guru dan kelas akan menjadi lebih kondusif.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ...................................... Tandatangan : ......................................

Nama : ...................................... Nama : ......................................

Tarikh : ....................................... Tarikh : .......................................