7
 SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI   BAHAGIAN A/SKEMA 1 Disediakan oleh: en. roswadi dagang SPM 2007 SKEMA JAWAPAN Kertas 2 Bahagian A Soalan 1 (a) Dua perbezaan antara keperl uan dengan kehendak ialah: Keperluan Kehendak  Merupakan tuntutan semula jadi manusia.  Merupakan sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman hidup dan persekitaran.   Wajib dipenuhi manusia untuk terus hidup.   Pelengkap kepada kehidupan manusia.   Contoh: Makanan, pakaian dan tempat tinggal.  Contoh; Barang kemas, kereta mewah dan keahlian kelab golf.  Maksimun 4m (b) (i) Faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran di kilang tersebut ialah terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan.  Tanah  Merangkumi semua sumber atau bahan mentah yang diperoleh daripada alam semula  jadi  seperti buah nanas untuk dijadikan produk nanas tin dan  juga tapak kilang yang digunakan untuk mendirikan kilang. Buruh  Merangkumi segala usaha manusia sama ada secara fizikal atau mental  yang terlibat dalam pengeluaran  seperti pekerja di kilang tersebut seramai 50 orang yang bekerja di bahagian ladang dan pemprosesan. Modal   Harta benda atau sumber kewangan yang digunakan untuk membantu pengeluaran  seperti pinjaman bank untuk membeli lapan buah mesin baru. Usahawan  Peniaga yang mengambil risiko menggabungjalink an semua faktor pengeluaran  untuk menghasilkan sesuatu produk  seperti yang dilakukan oleh Encik Roni. Maksimun 8m (ii) Encik Roni mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran di kilangnya kerana:  Kecekapan dan kemahiran pekerja dapat dipertingkat disebabkan pengulangan kerja yang sama setiap hari.  Membolehkan penggunaan mesin dalam pengeluaran menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.  Firma dapat menikmati ekonomi bidangan kerana tingkat pengeluaran yang tinggi  dapat mengurangkan kos pasti purata dan kos pengeluaran seunit.  Daya pengeluaran dan kualiti produk akan terus meningkat. Maksimun 5m

Jwpn Spm 2007 Esei Bah A

Embed Size (px)

DESCRIPTION

soalan spm 2007

Citation preview

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    1 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    SPM 2007 SKEMA JAWAPAN

    Kertas 2

    Bahagian A Soalan 1 (a) Dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak ialah:

    Keperluan Kehendak

    Merupakan tuntutan semula jadi manusia.

    Merupakan sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman hidup dan persekitaran.

    Wajib dipenuhi manusia untuk terus hidup.

    Pelengkap kepada kehidupan manusia.

    Contoh: Makanan, pakaian dan tempat tinggal.

    Contoh; Barang kemas, kereta mewah dan keahlian kelab golf.

    Maksimun 4m

    (b) (i) Faktor pengeluaran yang terlibat dalam pengeluaran di kilang tersebut ialah terdiri

    daripada tanah, buruh, modal dan usahawan.

    Tanah

    Merangkumi semua sumber atau bahan mentah yang diperoleh daripada alam semula jadi

    seperti buah nanas untuk dijadikan produk nanas tin dan

    juga tapak kilang yang digunakan untuk mendirikan kilang.

    Buruh

    Merangkumi segala usaha manusia sama ada secara fizikal atau mental

    yang terlibat dalam pengeluaran

    seperti pekerja di kilang tersebut seramai 50 orang yang bekerja di bahagian ladang dan pemprosesan.

    Modal

    Harta benda atau sumber kewangan yang digunakan untuk membantu pengeluaran

    seperti pinjaman bank untuk membeli lapan buah mesin baru. Usahawan

    Peniaga yang mengambil risiko menggabungjalinkan semua faktor pengeluaran

    untuk menghasilkan sesuatu produk

    seperti yang dilakukan oleh Encik Roni. Maksimun 8m

    (ii) Encik Roni mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran di kilangnya kerana:

    Kecekapan dan kemahiran pekerja dapat dipertingkat disebabkan pengulangan kerja yang sama setiap hari.

    Membolehkan penggunaan mesin dalam pengeluaran menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.

    Firma dapat menikmati ekonomi bidangan kerana tingkat pengeluaran yang tinggi

    dapat mengurangkan kos pasti purata dan kos pengeluaran seunit.

    Daya pengeluaran dan kualiti produk akan terus meningkat. Maksimun 5m

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    2 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    (c) Pengeluaran:

    merupakan kegiatan atau aktiviti yang menghasilkan barang atau perkhidmatan

    untuk memuaskan kehendak manusia yang tidak terbatas.

    memerlukan perdagangan untuk tujuan pengagihan barang kepada pengguna akhir.

    meliputi semua kegiatan pengagihan bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap yang berlebihan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.

    Perdagangan:

    sebahagian daripada proses pengeluaran

    hasil pengeluaran dapat diagihkan kepada pengguna yang memerlukannya: o pada masa, tempat, dan harga yang berpatutan.

    Perniagaan:

    ikegiatan membeli dan menjual barang atau perkhidmatan o untuk mendapatkan keuntungan.

    la merupakan salah satu cabang dalam aktiviti perdagangan secara keseluruhan dan

    prosesnya menjadi semakin maju dan rumit ekoran perkembangan penggunaan wang dan pengkhususan.

    perlukan bantuan perniagaan seperti perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan, dan promosi yang melicinkan perjalanan perniagaan.

    Maksimun 8m

    Soalan 2 (a) (i) Jenis perniagaan Encik Hamdan bin Hussin ialah perniagaan runcit. (1m)

    (ii) Empat fungsi perniagaan runcit kepada pengguna ialah:

    1. Memecahkan pukal

    iaitu peruncit membeli barang secara pukal daripada pemborong dan

    menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir

    mengikut jumlah yang diminta. 2. Menjual dan menyediakan pelbagai jenis barang dan jenama

    bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan membeli pelbagai barang keperluan yang dikehendaki.

    3. Menjual secara kredit

    Bersedia menjual barang secara kredit kepada pelanggan tetap

    bagi membolehkan pelanggan mengambil barang dahulu dan membayar kemudian.

    4. Menawarkan perkhidmatan selepas jualan (i) kepada pengguna seperti menghantar barang ke rumah pengguna,

    memasang barang elektrik dan (ii) membaiki kerosakan dalam tempoh jaminan.

    Maksimun 5m

    (b) Empat kelebihan yang dinikmati oleh Azlan dan Wong daripada penukaran milikan tersebut

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    3 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    ialah:

    Berkeupayaan mengumpul modal yang lebih besar o melalui terbitan syer bagi membantu perkembangan perniagaan. o Dengan modal yang besar, perniagaan dapat beroperasi secara besar-besaran o serta menikmati ekonomi bidangan o seperti pengkhususan dan penjimatan kos pengeluaran.

    Perniagaan merupakan entiti yang berasingan daripada pemilik o akan terus kekal wujud walaupun pemegang syer berubah ataupun ditimpa

    kemalangan.

    Hal ehwal syarikat seperti laporan kewangan dirahsiakan

    o tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.

    Maksimun 8m

    (c) (i) Dua kegunaan dokumen Invois tersebut ialah:

    Menyenaraikan harga semua barang yang telah dibeli oleh pembeli dan jumlah hutang yang perlu dijelaskan.

    Sebagai bukti penerimaan barang oleh pembeli selepas ditandatangani salinan kedua dokumen tersebut.

    Maksimun 2m

    (ii) Jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Pakaian Rose jika bayaran dibuat pada 21 September 2007 ialah:

    = RM960 x 5

    100 = RM48 (diskaun tunai)

    = RM960 - RM48 = RM912 (4m)

    (iii) Dua kesan syarat serahan (angkutan dibayar) tersebut kepada Kedai Pakaian Rose

    ialah: o Penjual telah mengambil kira kos angkutan dalam harga barang. o Kedai Pakaian Rose tidak perlu membayar kos angkutan barang yang dipesan. (2m)

    Soalan 3 (a) (i) Tiga jenis pelaburan yang sesuai untuk Puan Tee ialah:

    Menyimpan dalam Akaun Simpanan Tetap atau Akaun Pelaburan

    di bank atau syarikat kewangan

    kerana ia merupakan pilihan yang mudah, berisiko rendah dan sesuai bagi pelabur yang kurang arif dalam bidang pelaburan.

    Kelebihan melabur dalam Akaun Simpanan Tetap ialah pelabur menerima pulangan tetap dan konsisten,

    simpanan selamat tanpa risiko dan simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

    Membeli harta tanah seperti rumah, tanah atau bangunan.

    Pelaburan harta tanah ini mendatangkan dua jenis keuntungan iaitu (i) keuntungan modal

    seperti membeli sebidang tanah dan menjual semula tanah tersebut apabila nilainya meningkat dan

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    4 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    (ii) pendapatan semasa

    seperti membeli rumah dan menyewakan rumah tersebut untuk mendapatkan sewa bulanan.

    Melabur dalam unit amanah seperti Amanah Saham, Amanah Harta Tanah dan Gilts.

    Unit amanah ialah sejenis pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai dan

    diuruskan oleh pengurus profesional yang berpengalaman.

    Unit ini sesuai bagi para pelabur kecil yang mempunyai pengalaman, masa, dan sumber kewangan yang terhad.

    Maksimun 9m

    (ii) Tiga faktor yang perlu Puan Tee pertimbangkan sebelum membuat pelaburan ialah:

    Mendapatkan maklumat yang berkaitan bidang yang ingin diceburi seperti membeli unit amanah atau melabur dalam harta tanah setelah

    mengenalpasti bidang pelaburan. Puan Tee juga harus menyedari tentang risiko yang akan dihadapi dan

    pulangan atas modal.

    o Mengenal pasti modal yang ada kerana pelaburan perlu berasaskan modal sama ada kecil, sederhana atau

    besar. Pelabur bermodal kecil dan sederhana wajar melabur dalam saham amanah

    atau di bank sementara pelabur bermodal besar sesuai melabur dalam bidang yang lebih mencabar.

    Perlu memikirkan tahap kecairan aset pelaburannya yang bermaksud sama ada sesuatu aset mudah ditukarkan dalam bentuk

    wang tunai seperti simpanan di bank dan unit amanah. Pelaburan dalam aset harta tanah tidak mudah cair kerana memakan masa

    yang lama untuk mencari pelanggan. Maksimun 6m

    (b) (i) Prinsip Mudharabah dalam perbankan Islam

    melibatkan perkongsian antara pemodal (pelanggan) dan pengusaha (bank)

    iaitu pemodal akan membiayai sepenuhnya sesuatu projek dan pengusaha akan menguruskan projek.

    Keuntungan daripada projek tersebut akan dibahagikan di antara kedua-dua pihak raengikut nisbah yang dipersetujui.

    Jika berlaku kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh pemodal kecuali kerugian itu disebabkan kecuaian pengusaha.

    Maksimun 2m

    (ii) Jenis perkhidmatan bank yang digunakan oleh Encik William:

    Pindahan kredit o Pindahan kredit membolehkan Encik William membayar gaji pekerja dengan hanya

    menggunakan sekeping cek sahaja. o Encik William perlu melengkapkan slip pindahan kredit dan memberitahu pihak bank:

    nama penerima bayaran, nombor akaun setiap penerima, alamat bank penerima dan amaun bagi setiap pembayaran slip yang telah lengkap berserta

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    5 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    cek pembayaran keseluruhan amaun berkenaan diserahkan kepada juruwang. Wang akan dipindahkan ke akaun penerima seperti yang diarahkan.

    o la lebih selamat berbanding wang tunai.

    Akaun Semasa o Encik William tidak perlu membayar wang tunai yang banyak

    kerana menggunakan cek untuk membuat pembayaran lebih selamat. o Selain itu, Encik William boleh memohon overdraf

    jika kekurangan wang dalam perniagaan. Maksimun 8m

    Soalan 4 (a) (i) Konsep pengumpulan risiko dalam insurans

    merujuk kepada konsep orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.

    Menurut konsep ini, sebilangan besar orang menghadapi risiko yang sama dan mereka menyumbangkan premium ke dalam dana ini untuk dibayar kepada sebilangan kecil sahaja yang benar-benar mengalami kerugian daripada pelbagai risiko

    o seperti kebakaran, rompakan, dan kemalangan. Dengan ini, risiko dapat disebarkan antara semua pihak yang menyertai skim insurans.

    Maksimun 5m

    (ii) Dua sebab syarikat insurans menolak permohonan mereka

    ialah kerana risiko yang dihadapi adalah risiko tidak boleh insurans o iaitu bencana alam seperti banjir dan

    atas prinsip doktrin sebab hampiran o iaitu kerugian yang dialami bukan berpunca secara langsung daripada risiko yang

    diinsuranskan. Maksimun 2m

    (b) (i) Tiga tugas utama lembaga pelabuhan ialah:

    Mengawal selia pelabuhan

    bagi memastikan aktiviti di pelabuhan berjalan lancar dan selamat

    seperti memastikan tidak berlaku kesesakan di pelabuhan dengan mengawal jalan masuk dan keluar pelabuhan.

    Mengeluarkan lesen untuk kapal dan hot

    bagi memastikan pemilik kapal dan bot mempunyai kemahiran mengemudi kapal dan

    juga menyedia serta menyelenggarakan dermaga air dalam dan terminal kontena untuk kapal memuat dan menurunkan kargo.

    Melesenkan malim

    bagi memastikan pegawai tersebut mempunyai kelayakan yang sah untuk memandu arah kapal keluar dan masuk ke pelabuhan dengan selamat.

    Maksimun 6m

    (ii) Tiga sebab pekilang tersebut memilih jenis pengangkutan TIR ialah:

    Proses peraturan dan dokumentasi pihak kastam dapat dipermudahkan - iaitu pihak kastam di negara pengeksport akan memerikaa kargo dalam kontena

    dan memperakukannya.

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    6 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    - Selepas itu, kontena akan dipateri dan dihantar ke negara pengimport tanpa diperiksa oleh pihak kastam negara perantaraan.

    Ini membolehkan kerja mengangkut kargo - melalui sempadan antara negara dapat dipindahkan dengan cepat ke destinasi

    yang dikehendaki.

    Kuantiti import dan eksport akan bertambah - kerana kos pengendalian kargo dapat dikurangkan serta gangguan atau sekatan

    bekalan barang-barang boleh dikurangkan atau diminimumkan. - Secara tidak langsung, perniagaan antarabangsa dapat digalakkan.

    Maksimun 6m

    (iii) Tiga faktor yang perlu dipertingkat apabila memilih jenis pengangkutan bagi barang tersebut (gula) ialah:

    Kos pengangkutan - kerana tambang yang tinggi akan mengurangkan keuntungan disebabkan kosnya

    turut bertambah. - Oleh itu, peniaga akan memilih pengangkutan yang murah dan jimat bersesuaian

    dengan nilai barang.

    Kesegeraan - kerana faktor masa diberi perhatian utama. - Disebabkan bekalan gula mengalami kekurangan yang kritikal, maka

    pengangkutan yang cepat dan segera perlu digunakan.

    Saiz, berat dan kuantiti akan dipertimbangkan - sekiranya ruang muatan pengangkutan adalah terhad. - Oleh itu, untuk menghantar gula sebanyak 300 000 tan metrik pemilihan jenis

    pengangkutan yang mempunyai ruang muatan besar harus dipilih. Maksimun 6m

    Soalan 5 (a) (i) Perkhidmatan yang digunakan ialah datapos:

    - Perkhidmatan bentuk pakej yang merangkumi percetakan, penampalan alamat, pengeposan dan penghantaran dokumen.

    - Maklumat atau dokumen dihantar dalam tempoh yang singkat. Maksimun 3m

    (ii) Perkhidmatan yang digunakan ialah khidmat beg berkunci.

    - Perkhidmatan ini membolehkan syarikat menerima mel dalam kuantiti yang banyak. - Beg ini boleh disewa dari Pos Malaysia Berhad.

    Maksimun 3m

    (iii) Perkhidmatan yang digunakan ialah kiriman wang ekspres. - Encik Primus hendaklah mengisi borang kiriman wang dan menyerahkannya

    bersama bayaran komisen. - Beliau boleh memilih kiriman wang ekspres jika mahu menghantar dengan cepat.

    Maksimun 3m

  • SPM 2007 / PERDAGANGAN / ESEI BAHAGIAN A/SKEMA

    7 Disediakan oleh: en. roswadi dagang

    (b) Dua ciri gudang yang baik ialah:

    Mempunyai lokasi gudang yang sesuai dan strategik o memudahkan pergerakan barang dari gudang ke kapal, kereta api, kapal terbang dan

    sebaliknya. o mempunyai kemudahan infrastruktur yang sempurna dan baik seperti kemudahan

    pengangkutan dan komunikasi. o mempunyai kemasan yang luas dan bebas daripada ancaman bencana alam seperti

    banjir dan tanah runtuh.

    Mempunyai ruang gudang yang luas, teratur dan lapang o supaya barang dapat disusun dengan kemas dan rapi mengikut jenis dan kuantitinya. o Penyusunan yang teratur memudahkan barang dikeluarkan apabila diperlukan dan

    kerja-kerja akhir dapat dijalankan dengan mudah. Maksimun 4m

    (c) (i) Gudang yang digunakan oleh Encik Arash

    ialah gudang berbon. (1m)

    (ii) Lima kelebihan gudang berbon tersebut ialah:

    Membolehkan bayaran cukai ditangguhkan o kerana hanya perlu membayar cukai ke atas barang yang hendak diambil keluar

    sahaja. o Ini akan mengurangkan modal terikat kepada barang-barang.

    Membolehkan penjualan barang-barang secara sedikit-sedikit kepada pembeli o dan pembayaran duti ditanggung sendiri oleh pembeli.

    Barang dalam bon juga boleh dicagarkan kepada bank o untuk mendapatkan pinjaman.

    Membolehkan peniaga mencari pasaran untuk barangnya o dan tidak perlu bimbang tentang tempat penyimpanan.

    Maksimun 5m (d) (i) Dua hak Encik Adnan yang diabaikan oleh pengeluar minuman berkenaan ialah:

    Hak mendapat keselamatan o iaitu pengguna berhak untuk dilindungi daripada pemprosesan dan pemasaran

    barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. o Ini terkandung dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985,

    Hak mendapat maklumat o iaitu pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk

    memudahkannya membuat keputusan yang bijak. o Pengguna perlu dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan dan

    pelaburan. o Ini terkandung dalam Akta Perihal Dagangan 1972.

    Maksimun 4m (ii) Akta Peraturan Makanan 1985

    kerana pihak syarikat tidak memaklumkan dengan jelas kandungan minuman. (2m)