29
KAEDAH BAGHDADIAH PENGENALAN Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri al- baghdadiah pada tahun 376 hijrah.Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan ,kaedah ini telah tersebar dan berkembang keseluruh ceruk rantau dunia hingga kesaat ini .Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan pelbagai jasa yang besar kepada umat Islam .Kaedah baghdadiah ini begitu popular dikalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman .Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra’ Qiraati dan lain-lain mula diperkenalkan dan dikenali umat Islam. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke TanahMelayu sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan KAEDAH BAGHDADIAH Kaedah baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut .Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah dengan cara menyebut nama huruf ۱ hingga secara latih tubi hingga hafaz . Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris diatas dan menyembunyikanya .Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf 1

KAEDAH BAGHDADIAH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAEDAH BAGHDADIAH

KAEDAH BAGHDADIAH

PENGENALAN

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri al-baghdadiah pada tahun

376 hijrah.Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisisa berperingkat-

peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan ,kaedah ini telah tersebar dan

berkembang keseluruh ceruk rantau dunia hingga kesaat ini .Ia telah menjangkau 1049

tahun dan telah menyumbangkan pelbagai jasa yang besar kepada umat Islam .Kaedah

baghdadiah ini begitu popular dikalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman

berzaman .Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra’ Qiraati dan lain-lain mula

diperkenalkan dan dikenali umat Islam. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama

dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota

Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke TanahMelayu

sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang

dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran.

Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan

KAEDAH BAGHDADIAH

Kaedah baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan

ejaan tersebut .Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah dengan

cara menyebut nama huruf ۱ hingga secara latih tubi hingga hafaz . Selepas itu ي

murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris diatas dan

menyembunyikanya .Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tuggal yang

bercampur-campur baris-baris lain,iaitu baris satu diatas , di bawah ,di depan serta

membunyikanya . Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikanya kalimah-kalimah

yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan ,terdiri daripada dua suku kata

atau lebih dari empat suku kata . Ada bacaan pendek, panjang , dengung dan tidak

dengung.

Seterusnya kaedah al-baghdadi mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-

Quran tanpa mengeja lagi.Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran

1

Page 2: KAEDAH BAGHDADIAH

tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah dari

surah al-fatihah ,an-Nas hingga an-Naba’ .Kebanyakkan guru-guru yang menggunakan

kaedah ini biasanya menyuruh murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-

fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaubagaimana pun murid-murid itu belum mengenal

huruf-huruf hijaiyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek. Dalam kaedah

baghdadiah ,pelajaran tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran

yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah’ daripada yang

mudah, sederhana kepada yang sukar.

PANDUAN KAEDAH BAGHDADIAH

1. Mengenal huruf-huruf hijaiyah dari ۱ hingga ي secara latih tubi sehingga hafiz.

2. Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikanya .

3. Murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris iaitu baris satu di

atas,dibawah dan dihadapan serta membunyikanya.

4. Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang bersambung dengan ۱ hingga ي

serta membunyikanya.

5. Murid diajar mengeja huruf , ,ي و bertanda mati dan bersambung dengan satu ا

huruf serta membunyikannya.

6. Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang yang ada huruf , ي, و bertanda ا

mati dan bersambung dengan "كم “ serta membunyikannya.

7. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan

membunyikannya.

8. Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai

barisdan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata ,tiga

suku kata dan ada bacaaan dengung dan tidak dengung.

9. Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.

2

Page 3: KAEDAH BAGHDADIAH

10.Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat,maka mereka bolehlah membaca

ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al- Fatihah ,an-Nas hingga an-Naba’

11.Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran

mulai surah al-Fatihah ,an-Nas hingga surah an-Naba’ iaitu menggunakan

kaedah daripada yang mudah ,sederhana kepada yang sukar.

KEKUATAN KAEDAH BAGHDADIAH

Memperkenalkan huruf hijaiyah secara menyeluruh kemudian berusaha

menghafaznya

Perlu kenal huruf keseluruhan dan membunyikannya dengan baris-baris

Mengeja dan membunyikannya huruf terlebih dahulu

Kebiasaan pelajar yang lemah atau lambat mengingat kerana tidak tahu

membaca huruf hijaiyah

Para pelajar berusaha menghafaz dan membaca suatu surah dengan latih tubi

sama ada secara individu dan kumpulan

Ia membolehkan pelajar-pelajar yang agak lemah dapat membaca al-Quran

walaupun tidak mengenal huruf,sekurang-kurangnya surah-surah lazim yang di

ingati dapat di amlkan dalam solat

KELEMAHAN KAEDAH BAGHDADIAH

Kebiasaan pelajar yang lemah akan lambat mengingat kerana tidak mengenal

huruf

Tempoh pembelajaran memakan masa yang agak lama dan membosankan

Surah-surah al-Quran di hafaz khususnya surah-surah lazim sahaja

Ia menyebabkan pelajar mudah jemu dan bosan3

Page 4: KAEDAH BAGHDADIAH

KAEDAH HATAWIYAH

PENGENALAN

Kaedah hatawiyah adalah suatu kaedah membaca al-quran dengan berpandukan

tulisan rumi .Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu para pelajar yang telalu lemah

dalam tulisan jawi.Kaedah ini dicipta oleh Dr Hj.Mohd Usman dari Riau sumatera.

Beliau berpengalaman dalam bidang al-quran selama 30 tahun. Kaedah ini merupakan

kaedah terkini ,sesuai ,ringkas dan praktikal.Seseorang itu boleh membaca al-quran

dalam tempoh empat setengah jam atau selama enam kali belajar, hasilnya

memudahkan kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi, kaedah ini juga

bersesuaian untuk mengajar saudara baru.

Kaedah ini juga memperkenalkan huruf yang mudah disebut selari dengan huruf

hijaiyah,ia tidak perlu kenal huruf hanya huruf tertentu sahaja , di samping itu juga

mengecam bunyi huruf rumi kepada huruf hijaiyah, pelajar cepat ingat kerana sudah

biasa dengan tulisan rumi.

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan

berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu

lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau

menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar

tersebut boleh membaca rumi.Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah

terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak buta

al-quran.

4

Page 5: KAEDAH BAGHDADIAH

KAEDAH HATAWIYAH

KAEDAH HATAWIYAH PANDUAN / KAEDAH MENGAJAR

BUKU SATU

Halaman 1-14 tidak perlu diajar ,ia hanya untuk pengetahuan guru sahaja

Pengajaran bermula dengan doa dan dimulai dari halaman 15

Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ L “ dalam rumi dan huruf " ل " al-quran

Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ ,“ ل guru juga memperkenalkan cara penyebutan huruf “ “ ل

Pelajar menyebut berulang-ulang

Guru memperkenalkan tanda bacaan A,I dan U dalam bahasa arab

Guru mengajar cara mengeja dan menyebut

Dilakukan latih tubi secara berkumpulan dan individu

Guru memperkenalkan tanda tambah dan

ganda,guru menunjukkan cara mengeja dan

menyebut tanda tambah dan ganda.

Latih tubi secara berkumpulan dan individu

Guru memperkenalkan tanda tanwin AN,IN dan UN

Guru menunjukkan cara mengeja dan menyebut

tanwin

5

Page 6: KAEDAH BAGHDADIAH

BUKU SATU

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah ini.

Aktiviti mengeja hanya boleh diajarkan sehingga

halaman 19 sahaja.

Pastikan pelajar dapat menguasai halaman demi

halaman sebelum berpindah kehalaman yang baru

Perlu memperkenalkan huruf mudah disebut sebut

selari dengan huruf hijaiyah

Perlu mengecam bunyi huruf rumi digandingkan

dengan huruf hijaiyah

Guru perlu member penekanan kepada pelajar

tentang bacaan mengikut asas-asas hukum tajwid

tanpa menyebut nama hukum

6

Page 7: KAEDAH BAGHDADIAH

BUKU DUA

Guru menyeluruh pelajar membaca surah al-fatihah

Guru membimbing pelajar membaca surah al-

baqarah dengan lancer

Guru memperkenalkan hukum-hukum tajwid iaitu

mad asli,hokum nun mati dan tanwin

Guru menunjukan hukum tajwid yang telah dipelajari

dalam bacaan sehingga mahir sebelum berpindah

hokum lain

Guru memperkenalkan hokum mim sukun dan mad

far’e serta menunjukanya dalam bacaan sehingga

mahir

Guru memperkenalkan tanda wakaf

Aktiviti berpusatkan pelajar

KELEBIHAN KAEDAH HATAWIYAH

Pelajar dapat membaca al-quran dalam tempoh yang singkat khasnya kepada

mereka yang sudah lancar membaca rumi

Kaedah ini menyenangkan pembelajaran pembacaan al-quran ,hal ini kerana

kebanyakkan masyarakat kita dapat membaca rumi

Kaedah ini sesuai untuk mengajar saudara baru yang kekok dengan bahasa

arab

Kaedah ini tidak merumitkan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Kaedah ini membolehkan pelajar membuat latihan pembacaan secara

bersendirian bagi meningkatkan kemahiran diri dalam pembacaan al-quran

7

Page 8: KAEDAH BAGHDADIAH

KELEMAHAN KAEDAH HATAWIAH

Penuggunaan tulisan rumi memberi masalah kepada para pelajar untuk

menyesuaikan huruf rumi dengan huruf jawi,makraj keduanya adalah

berbeza,bunyi tidak sama

Pelajar tidak dapat membaca al-quran secara fasih,makraj yang disampai tidak

sesuai

Merumitkan pelajar dalam pembacaan tanda-tanda bacaan ,baris dan panjang

pendek bacaan serta dengung dan tidak dengung

Pelajar tidak dapat menjadi pembaca al-quran yang baik dan sempurna kerana

banyak kekurangan dan ketidak samaan tulisan rumi dan tulisan arab (al-quran )

KAEDAH IQRA’

PENGENALAN

Kaedah Iqra’ diasakan oleh ustaz as’ad dari Jogjakarta ,Indonesia . Kaedah ini pada

umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terdahulu .Pada

peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-quran ,kaedah Iqra’ tidak

mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samaada

di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti

tanda mati dan tasydid.

Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari

Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-

Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang

telah menyusun enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati

disusun untuk memudahkan

pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah

hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.

8

Page 9: KAEDAH BAGHDADIAH

Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang

guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi

pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah

diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi

pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

Kelebihan kaedah Iqra’

I ) dapat membaca al-Quran dalam waktu yang singkat

ii) tanpa perlu mengeja murid-murid dapat menguasai bunyi huruf melalui kaedah

bacaan terus.

Kelemahan kaedah Iqra’

i) tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran

mengikut kaedah Iqra’

ii) tidak ada kursus intensif kepada guru

Cara mengatasi kaedah Iqra’

i) sediakan borang kaji selidik untuk mengetahui tahap pencapaian murid

ii) mewujudkan kursus ataupun latihan berterusan kepada guru al-quran

iii) kaedah pengajaran Iqra’ perlu disusun secara lengkap dan sempurna supaya tidak

timbul kesalahan dalam pembacaannya.

9

Page 10: KAEDAH BAGHDADIAH

PANDUAN MENGAJAR KAEDAH IQRA’

BUKU IQRA’ PANDUAN

BUKU IQRA’ (1) 1.Kaedah Mengajar: Pembahagian

1.1 Cara mengajar murid aktif guru sebagai pemudah cara dan hanya

memberikan contoh sahaja

1.2 Guru menyemak seorang demi seorang

1.3 Murid yang cergas dan aktif membantu murid yang lemah

2. Guru memberi contoh bacaan ,tidak member ulasan

1. Sekiranya murid-murid yang sudah boleh membaca dengan

betul maka guru kita perlu mengulangi lagi

2. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang

pendek dengan bacaan yang panjang ,guru perlu

memperbetulkanya dengan segera dan jelas

3. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf

tertentu ,guru hendaklah memperbetulkanya dengan cara

berikut :

1.

10

Page 11: KAEDAH BAGHDADIAH

BUKU IQRA’ (1)

5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya ,jika

murid-murid masih keliru juga guru perlu member peringatan seperti

membaca bunyi ( guru mengingatkan sahaja ,bila tiada titiknya ,( ز

dibaca ( ( ر dan sekiranya murid-muridnya masih lupa ,guru merti

menunjukan bacaan yang sebenar

6.Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah,murid-

murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke

buku dua ,walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf –

huruf tertentu seperti : , , , , , , , , , ش س ظ ز ع ذ ق د أ خ

7.Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan

kehalaman beriku tanpa menghabiskan halaaman berkenaan

8.penilaian guru berkenaan sebagai penilainya

BUKU IQRA’ (2 )

1. Panduan mengajar buku iqra’1 diguna juga dalam iqra’2

2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1,boleh diulang semasa

belajar buku 2 supaya lebih sempurna

3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang

disambung ,contohnya , بصر ,بب ب خطب صبر ,tidak kira

sama ada diawal,ditengah dan diakhir biasanya murid-murid

sudah boleh membacanya.

4. Mulai dengan muka surat 14 guru memperkenalkan bacaan

mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang dan

pendek

5. Huruf –huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-

putus

6. Mulai muka surat 14 ,sekiranya murid-murid masih keliru

tentang bacaan panjang pendek,guru perlu menegur mengapa

11

Page 12: KAEDAH BAGHDADIAH

baca sedemikian

BUKU IQRA’ (3 )

1. Panduan mengajar buku Iqra’ 1,nombor 1,2,3,4,7 dan 8 juga

buku Iqra’2 ,nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku

Iqra’3

2. Apabila murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya

pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya ,maka tegurlah

dengan membacanya dengan terputus –putus

3. Guru tidak boleh member contoh-contoh yang sukar di ikuti

oleh murid-murid

4. Sekiranya pelajar mengulang-ngulang bacaan kalimah yang

sama maka tegurlah dengan perkataan seperti : “ ada “ وما

berapa ,kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang

lagi

BUKU IQRA’(4 )

1. Panduan mengajar buku satu ,nombor 1,2,3,8 dan buku 2

nombor 6 serta buku 3 ,nombor 3 dan 4 masih boleh

digunakan untuk buku 4

2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf ( sila

rujuk buku 1 ms 32 )

12

Page 13: KAEDAH BAGHDADIAH

3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samaada di tengah atau

di akhir kalimah ,guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru

itu sahaja

4. Untuk memudahkan ingatan ,huruf-huruf Qalqalah bolehlah

dengan singkatan : خطب جد

5. Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang

sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat

murid-murid

6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21

(hamzah sukun dan sebagainya) murid diajak membaca

dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudian

baru diamati contoh : تلك

BUKU IQRA’(5 )

1. Panduan mengajar buku 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6,buku 3

nombor 3,4 dan buku 4, nombor 3 semuanya boleh diikuti

dalam buku 5

2. Muka surat 21 ( surah al-mukminun ayat 1-11 ) seeloknya

digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami

maksudnya .sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada

murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.

3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang

sama taraf pencapaiannya

4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti :

idgham,ikfa’, mad dan sebagainya ,yang penting murid-murid

dapat menguasai bacaan dengan betul

13

Page 14: KAEDAH BAGHDADIAH

5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai

dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-

murid.

BUKU IQRA’(6)

1. Panduan mengajar buku 1,nombor 1,2,8 dan buku 2,nombor 6

buku 3,4,buku 3,4 nombor 3 bagi buku 5 ,nombor 3,4

semuanya boleh digunakan bagi buku 6.bahan dihalaman

penilaian pada buku 6,hendaklah dihafaz difahami maksudnya

2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6,namun panduan

membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana

murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca

bahagian seterusnya

3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun

dengan bacaan tertil

4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak

langsung berdasarkan praktikal bacaan

APLIKASI IQRA’

BUKU IQRA’ 1

Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu

di eja terlebih dahulu

14

Page 15: KAEDAH BAGHDADIAH

Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya

tanpa menghabiskan halaman berkenaan

BUKU IQRA’ 2

Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu

dieja terlebih dahulu

Mulai muka surat 14 ,guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas

perbezaan antara bacaan panjang pendek

Muka surat 15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan lagu rentak

nasyid agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek contoh :

ننان ننا نننان ننان ناننا

BUKU IQRA’ 3

Membezakan antara bunyi huruf hijaiyah baris atas ,bawah dan depan

Mulai muka surat 6 membezakan bacaan panjang huruf mad ا dan ي

Mulai muka surat 18,membezakan bacaan panjang huruf mad , ي, و ا

BUKU IQRA’ 4

Membezakan antara bacaan baris dua diatas ,di bawah dan di hadapan

Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris diatas dengan ya

mati sebelumnya berbaris di bawah

Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris didepan dengan

wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris

diatas

Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris diatas

dibawah dan di depan

15

Page 16: KAEDAH BAGHDADIAH

Muka surat 14-15 cara bacaan hukum izhar Halqi

Muka surat 16-17 cara bacaan qalqalah

Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah di baca secara alunan yang sesuai dengan

beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid

Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 ( hamzah sukun dan

sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara

berulang-ulang kemudin baru diamati contoh : تك تك تك

BUKU IQRA’5

Cara membaca hamzah wasal bersambung ,huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2 :

اكتسبت ما والحمد

Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan

dibaca sukun ,ms 3-5 : ءامين نستعين

Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan

dibaca dengan panjang dua harakat ms 6: أبدا وزنا

Cara bacaan wakaf pada ta marbutah ditukar menjadi ha sakinah ms 7-8 : ءانية

حامية

Tanda bacaan panjang ( ( lebih dari dua harakat ms 8 : الاعبد

Nun dan mim syaddah م يساء : dibaca dengan dengung dua harakat ms 11 ن

خير

Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca di baca dengan dengung dua harakat

ms 19-21 : عليهم باالسم

Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris diatas ,huruf lam dibaca dengan

tebal ms والله

16

Page 17: KAEDAH BAGHDADIAH

Tanda huruf selepas alif lam bacaan alif lam bacaan alif lam tidak dibaca 12-13:

ولناس

Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah ,huruf lam dibaca nipis 24-25 :

رءاى من خيرلك

Tanda mad disesusai sabdu bacaanya hendaklah dipanjangkan hingga 27 :

وال الضالين

System tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf

pencapaiannya

Boleh dibaca dengan alunan yang sesuai dengan beramai-ramai

BUKU IQRA’

Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca

dengung dua harakat ms 1-6 : خيرا وابقى

Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung dua

harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9 : بعض من

Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikfa’ hendaklah dibaca dengan

dengung kadar dua harakat ms 11-18 : من جوع

Tanda –tanda wakaf ms 19-20

Huruf dipermulaan surah di baca panjang ms 27

Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf

pencapaiannya

KAEDAH QIRAATI

PENGENALAN

Kaedah Qiraati disusun pada tahun 1963 0leh Hj Dachlan Salaim Larkasyi dari

Indonesia . Ia diterbitkan pada 1 julai 1996 ,kaedah ini menggunakan dua bahagian 17

Page 18: KAEDAH BAGHDADIAH

buku iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan qiraati untuk dewasa .Qiraati untuk kanak-

kanak mengandungi lima buah buku Gharib tentang kaedah Rasm Othmani .Qiraati

untuk dewasa mengandungi tiga buah buku , setiap bahagian diajar secara bacaan Al-

Quran melalui mushaf dan tajwid .

Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku mula diperkenalkan pada tahun 1963 di

Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan

Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia

enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan

akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah

hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf

qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih

membaca juzuk ?Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

Kelebihan Qiraati

1) pengajaran dan pembelajaran secara aktif

2) membina keyakinan diri murid dalam pembacaan

3) murid-murid dapat mengeja dengan menggunakan bahasa arab

4) Murid dapat menguasai bunyi huruf dan makhraj huruf

5) Murid dapat membezakan bacaan huruf-huruf qalqalah

6) Tajwid dapat ditekankan

kelemahan Qiraati

1) tidak sesuai dipraktikkan oleh murid-murid yang baru mempelajari al-Quran kerana

mereka belum mengenali tanda-tanda dalam al-quran

18

Page 19: KAEDAH BAGHDADIAH

2) murid-murid lebih cenderung untuk tertukar ejaan dan mudah keliru

3) telalu banyak perkara yang perlu diingati oleh pelajar-pelajar baru.

Cara mengatasi

i) mulakan dengan perlahan kepada pelajar baru.

ii) pengajaran berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan penguasaan bacaan

murid supaya mereka boleh mengaplikasikan kaedah ini di samping peranan guru

sebagai pembimbing kepada mereka

iii) perlu digunakan kaedah ulang sebut dengan lebih banyak.

PANDUAN

BUKU QIRAATI ( 1 )

1. Menyebut huruf hijaiyyah yang tidak berbaris

2. Membaca huruf berbaris atas

3. Membaca huruf-huruf sambung baris atas

BUKU QIRAATI ( 2 )

1. Membaca huruf berbaris fathah dan kasrah ,fathah dhummah dan kasrah

2. Membaca huruf berbaris dhummah bersuara “ U “

3. Membaca baris dua diatas “ fathatain “ bersuara an

4. Membaca baris di bawah “ kasrotain “ bersuara in

5. Membaca baris dua dihadapan “dhummmatain “ bersuara un

6. Membaca huruf Ta’ ta’tanis atau ta’marbutah

19

Page 20: KAEDAH BAGHDADIAH

7. Mengenal mad asli

8. Membaca alif kecil dibaca panjang seperti alif besar

9. Membaca huruf alif kasrah diikuti sukun

10.Membaca huruf berbaris dhommah diikuti wau sukun

BUKU QIRAATI 3

1. Menerangkan bacaan huruf yang berbaris dhommah diikuti huruf wau yang ada

alif atau yang tidak ada huruf alif bacaannya sama panjang

2. Fathah di ikuti alif kecil kasrah diikuti ya kecil dan dhommah diikuti wau kecil

3. Huruf lam sukun supaya ditekan bacaannya

4. Huruf alif lam sukun dibaca seperti lam sukun

5. Huruf mim sukun tidak boleh dibaca dengung

6. Baris dhommah diikuti huruf wau bersuara “ U “ dibaca panjang

BUKU QIRAATI 4

1. Membaca nun sukun dengan dengung

2. Baris tanwin dibaca dengung seperti nun sukun sebab bunyi suaranya sama

3. Mad wajib muttasil di baca panjang dengan kadar 21/2 alif

4. Huruf alif dibaca tanpa ada suara panjang

5. Nun bertasydid di baca dengung dengan kadar panjang 1 alif

6. Mim bertasydid dibaca dengung dengan kadar 1 alif

7. Huruf bertasydid ditekan bacaannya

8. Huruf bertasydid didahului oleh alif lam ,huruf alif lamnya tidak dibaca

20

Page 21: KAEDAH BAGHDADIAH

9. Huruf wau bertanda bulat,huruf wau nya tidak di baca

10.Mim sukun tidak dibaca dengung melainkan mim sukun berhadapan dengan mim

dibaca dengung

11.Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan mim suara nun sukun atau tanwin

berubah menjadi suara mim sukun

12.Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan lam maka suara nun atau tanwin

bertukar menjadi suara lam

BUKU QIRAATI 5

1. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf wau maka suara nun sukun atau

tanwinnya dimasukkan ke huruf wau dan dibaca dengung

2. Nun sukun atau tanwin berhadapan berhadapan huruf ya maka suara nun atau

tanwin masuk ke dalam huruf ya dan di baca dengung

3. Fathatain ada alif kecil wakafnya dibaca panjang selain fathatain wakafnya

dibaca sukun

4. Sebelum lafaz Allah didahului kasrah maka dibaca dengan tarqiq ( nipis ) jika

didahului fathah atau dhomah maka dibaca dengan tafkhim ( tebal )

5. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ba ,maka suara nun atau tanwinnya

bertukar kepada hurum mim sukun

6. Huruf ba sukun ,dal sukun ,jim sukun ,to sukun dan qaf sukun maka dibaca

melantun

21