6
1. Jelaskan fahaman asas kaum Yahudi menurut kelompok Sadducess, Pharisaism dan Essence. (10 Markah) Dalam Agama Yahudi, penganutnya adalah terbahagi kepada beberapa puak yang tertentu. Setiap daripada puak ini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pemahaman mereka terhadap dasar, dan prinsip asas agama mereka. Antara puak atau kelompok yang terkenal dalam Agama Yahudi dan fahaman mereka ialah: I. Kelompok Sadduki (Sadducess). Nama kelompok ini dikatakan berasal daripada nama seorang ketua agama yang agung pada zaman Nabi Sulaman iaitu Saduk. Ada juga yang mngatakan bahawa nama ini adalah dinisbahkan kepada seorang kahin yang terkenal suatu masa dahulu. Majoriti daripada ahli kelompok ini adalah merupakan golongan aristokrat Yahudi iaitu golongan pemerintah dan yang berkedudukan tinggi. Dalam perkara yang berkaitan hukum-hakam, kelompok ni mengakui autoriti perjanjian lama. Namun demikian, kecenderungan mereka terhadap perkara teologi adalahbersifat negatif. Mereka ini tidak bersetuju dan menolak kepercayaan tentang Hari Kiamat, Hari Kebangkitan, Kemunculan Penyelamat atau al-Masih, Syurga dan Neraka, serta Hari Pembalasan. Bagi mereka, segala balasan terhadap perbuatan manusia adalah diselesakan di dunia dan bukannya di Akhirat kelak. Jika manusia itu berbuat baik, maka dia akan beroleh kebaikan dan keberkatan dalam hidupnya. Begitu juga jika sebaliknya. Golongan ini juga turut menolak ajaran Talmud dan menganggapnya sebagai tidak suci. Mereka ni lebih memberi tumpuan terhadap pentafsiran Perjanjian Lama secara harfiah. Setiap pembaharuan dan hukum-hakam baharu yang dibuat oleh puak Farisi adalah dianggap sebagai perkara Bid’ah. Kelompok ini walau bagaimanapun tidak cenderung kepada gerakan revolusi dan perkara yang melibatkan kekerasan. Bagi mereka, selagi mana Agama Yahudi

Kajian Agama Yahudi dan Kristian: kelompok dalam agama yahudi dan Jesus Christ

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja ini menjelaskan tentang fahaman puak-puak yang terkemuka dalam Agama Yahudi dan Jesus Christ serta kaitannya dengan doktrin dalam Agama Kristian

Citation preview

Page 1: Kajian Agama Yahudi dan Kristian: kelompok dalam agama yahudi dan Jesus Christ

1. Jelaskan fahaman asas kaum Yahudi menurut kelompok Sadducess, Pharisaism dan Essence. (10 Markah)

Dalam Agama Yahudi, penganutnya adalah terbahagi kepada beberapa puak yang tertentu. Setiap daripada puak ini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pemahaman mereka terhadap dasar, dan prinsip asas agama mereka. Antara puak atau kelompok yang terkenal dalam Agama Yahudi dan fahaman mereka ialah:

I. Kelompok Sadduki (Sadducess).Nama kelompok ini dikatakan berasal daripada nama seorang ketua agama yang agung pada zaman Nabi Sulaman iaitu Saduk. Ada juga yang mngatakan bahawa nama ini adalah dinisbahkan kepada seorang kahin yang terkenal suatu masa dahulu. Majoriti daripada ahli kelompok ini adalah merupakan golongan aristokrat Yahudi iaitu golongan pemerintah dan yang berkedudukan tinggi.

Dalam perkara yang berkaitan hukum-hakam, kelompok ni mengakui autoriti perjanjian lama. Namun demikian, kecenderungan mereka terhadap perkara teologi adalahbersifat negatif. Mereka ini tidak bersetuju dan menolak kepercayaan tentang Hari Kiamat, Hari Kebangkitan, Kemunculan Penyelamat atau al-Masih, Syurga dan Neraka, serta Hari Pembalasan. Bagi mereka, segala balasan terhadap perbuatan manusia adalah diselesakan di dunia dan bukannya di Akhirat kelak. Jika manusia itu berbuat baik, maka dia akan beroleh kebaikan dan keberkatan dalam hidupnya. Begitu juga jika sebaliknya. Golongan ini juga turut menolak ajaran Talmud dan menganggapnya sebagai tidak suci. Mereka ni lebih memberi tumpuan terhadap pentafsiran Perjanjian Lama secara harfiah. Setiap pembaharuan dan hukum-hakam baharu yang dibuat oleh puak Farisi adalah dianggap sebagai perkara Bid’ah.

Kelompok ini walau bagaimanapun tidak cenderung kepada gerakan revolusi dan perkara yang melibatkan kekerasan. Bagi mereka, selagi mana Agama Yahudi dihormati, maka setiap undang-undang yang ada mestilah turut dihormati. Oleh kerana kelompok ini dipelopori oleh golongan pemerintah dan Aristokrat, maka kelompok ini lebih dikenali sebagai sebuah pertubuhan politik atau kaum konservatif dan bukannya keagamaan.

II. Kelompok Parisi (Pharisaism).Perkataan Parisi bermaksud menyendiri dan berpecah. Oleh itu puak ini disamakan dengan puak Muktazilah dalam Islam. Nama puak ini telah diberikan oleh musuh mereka. Golongan ini juga turut disebutkan sebagai golongan Rabbaniyyi kerana mereka ini berpegang bahawa kitab Taurat itu sudah ditentukan semenjak azali lagi sebelum diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. dan yang wujud sekarang ini adalah yang telah ditulis semula.

Golongan Farisi ini dari sudut teologi ternyata mempercayai tentang Hari Kiamat, Hari Kebangkitan (roh dan jasad), Hari Akhirat, Kehidupan Selepas Mati dan juga kewuudan para Malaikat. Selain itu, mereka ini turut mempercayai konsep Qada’ dan Qadar. Puak Farisi juga tidak menyembah patung-patung di rumah ibadat mereka dan percaya bahawa kitab suci yang perlu diikut bukan sahaja Taurat tetapi termasuklah Talmud yang berisi nasihat serta riwayat para

Page 2: Kajian Agama Yahudi dan Kristian: kelompok dalam agama yahudi dan Jesus Christ

Rabbi mereka. Kebanyakan daripada mereka ini hidup dalam keadaan yang zuhud dan tidak berkahwin. Justeru ramai dalam kalangan mereka yang hidup berkeluarga dengan cara mengambil anak angkat. Sebilangan pendapat mengatakan bahawa puak ini adalah lebih kepada pergerakan politik dan bukanlah ke arah keagamaan secara total. Namun, politik tersebut adalah didasarkan kepada agama. Hal ini kerana mereka percaya bahawa suatu masa nanti Kerajaan Yahudi akan dikembalikan kedudukannya dengan kedatangan al-Masih.

Dalam pergerakan mereka, golongan Farisi ini tidak pernah cenderung kepada sebarang pergerakan yang berunsurkan kekerasan. Mereka ini bahkan berusaha sedaya upaya berusaha untuk mentafsirkan dan memberi komen terhadap Kitab Taurat. Kepercayaan mereka in telah menyebabkan orang ramai menganggap bahawa mereka ini adalah golongan yang telah mengasaskan fahaman individualism dalam Agama Yahudi kerana mereka telah menganggap kitab suci itu adalah milik umum dan boleh ditafsirkan oleh sesiapa sahaja. Perkara inilah yang menyebabkan tercetusnya kemarahan dalam kalangan puak Sadducess hingga pada akhirnya dua pihak ini bermusuhan.

Meskipun puak ini dipandang sebagai pencetus kepada fahaman individualistik dalam agama mereka. Puak ini tetap mempunyai sumbangannya dalam agama mereka. Sisi baiknya mereka ini adalah kerana mereka sekurang-kurangnya telah mengajak orang awam kepada agama. Apa yang pasti, mereka in merupakan satu-satunya puak dalam Agama Yahudi yang kurang brnasib baik berbanding puak-puak yang lain.

III. Kelompok Eseni (Essence).Kelompok ini merupakan salah satu puak dalam Agama Yahudi yang hidup sezaman dengan dua puak yang lain di atas. Nama kelompok ini adalah agak aneh dan unik berbanding kelompok yang lain. Dalam Bahasa Suryani dan Hasya, kelompok ini dikatakan bermaksud “orang-orang yang bertaqwa”. Nama ini dikatakan mewakili sebilangan masyarakat Yahudi yang mengasingkan diri yang kemudiannya disebutkan oleh para sejarawan sebagai sbuah kumpulan yang terdiri daripada dua kelompok utama iaitu kelompok yang tidak membolehkan perkahwinan dan yang membolehkan perkahwinan.

Antara fahaman kelompok Eseni ini ialah mereka percaya tentang keabadian roh serta Dosa dan Pahala. Namun mereka ini tidak percaya akan kebangkitan dengan jasad. Mereka juga menentang kuat perhambaan dan sebarang bentuk pemilikan peribadi. Walaupun hidup dengan cara mengasingkan diri, mereka ini lebih senang untuk untuk hidup secara berkumpulan dalam kelompok mereka dengan system pemilikan yang berbentuk kolektif. Gaya hidup mereka adalah lebih sederhana dan zuhud. Dalam kalangan mereka ini, terdapat satu kelompok yang menolak perkahwinan dan mengutamakan melajang. Bagi sesiapa yang ingin bergabung dengan kelompok ini, sesorang mestilah berlatih dengan latihan yang ketat terlebih dahulu dan setiap daripada ajaran yang diterimanya tidak boleh disampaikan kepada sesiapa pun di luar daripada kelompok mereka. Selain itu, dalam ajaran mereka, mereka ini menolak sebarang bentuk korban haiwan dan hanya mendekatkan diri kepada “Haikal” dengan mempersembahkan roti dan minyak samin sahaja.

Page 3: Kajian Agama Yahudi dan Kristian: kelompok dalam agama yahudi dan Jesus Christ

Puak Eseni ini ternyata lebih ekstrim berbanding puak yang lain. Puak ini menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupannya semata-mata untuk memepelajari ilmu agama dan beribadah. Mereka ini juga lebih ekstrim daripada puak Farisi dalam hal berkaitan ritual hari Sabat. Bagi puak Eseni, adalah wajib bagi mereka untuk bangun pagi dan mandi terlebih dahulu sebelum berdoa dan melaksanakan ritual. Dalam beribadat, mereka ini sangat mengutamakan supaya berdiam diri dalam tempoh masa yang lama. Orang-orang Eseni ini lebih mengutamakan kehidupan yang terpisah dripada masyarakat dan menganggap bahawa mereka adalah bangsa Yahudi yang sejati. Hal ini bertentangan dengan puak Farisi yang hidup dengan cara turut serta dalam masyarakat.

Meskipun kedua-dua puak ini dilihat bercanggahan dalam gaya hidup mereka, namun mereka mempunyai persamaan yang cukup besar iaitu menentang puak Sadduki. Latar belakang sosial mereka ini juga sama berbanding puak Sadduki yang lebih tertumpu kepada golongan aristokrat dan masyarakat kelas atasan. Kedua-dua puak ini juga ternyata mementingkan aspek kesucian dalam melaksanakan ritual dan ibadah dalam agama mereka. Mereka juga meyakini tentang keabadian jiwa. Namun, puak Eseni tetap menolak kebangkita dengan jasad sebagaimana yang dipercayai oleh Farisi.

2. Jelaskan mengapa Isa a.s disisi penganut Kristian dianggap sebagai “Jesus Christ” dengan huraian perkaitan Antara doktrin Kasih Sayang Tuhan, Pensaliban, Kebangkitan Semula dan Salvation. (10 Markah)

Dalam Agama Kristian, Nabi Isa a.s lebih dikenali dengan gelaran “Jesus Christ” dan dianggap sebagai “Anak Allah” berdasarkan doktrin Triniti yang telah diperkenalkan oleh Saint Paul. Menurut kepercayaan mereka, “Jesus Christ” ini wajib diimani oleh setiap penganut Kristian sesuai dengan tujuan pengutusan dan penyalibannya iaitu untuk membebaskan manusia daripada dosa warisan. Semua manusia bagi Agama Kristian adalah berdosa kerana mewarisi dosa Nabi Adam yang dihukum setelah memakan buah larangan semasa berada di syurga. Dosa inilah yang dikatakan sebagai dosa warisan. Oleh itu mereka percaya bahawa setiap bayi yang baru lahir juga berdosa.

Oleh kerana dosa warisan tersebut, maka mereka percaya bahawa tuhan telah mengutuskan anaknya iaitu Nabi Isa a.s atau disebutkan sebagai Jesus bagi menebus dosa ini. Bagi mereka, satu-satunya jalan bagi menghapuskan dosa ini adalah dengan mengorbankan Jesus yang merupakan jelmaan anak tuhan. Penganut Kristian meyakini bahawa kedatangan Jesus ke dunia adalah untuk disalibkan bagi meleraikan lingakaran dosa warisan yang ada. Dengan ini jelas sekali bahawa mereka percaya Jesus telah mati disalib pada kayu salib tersebut dan semua ini adalah sebagai tanda kasih sayang Tuhan terhadap manusia. Buktinya, tuhan telah mengutuskan anaknya sendiri untuk disalib bagi menebus dosa umat manusia. Rentetan daripada penyaliban Jesus, umat Kristian turut mempercayai mengenai kebangkitan semula. Seperti yang telah dinyatakan oleh Paul, selepas tiga hari Jesus disalib, beliau telah bangkit kembali dan naik ke langit. Perkara ini sebenarnya turut dipertikaikan oleh umat Kristian sendiri, namun kebangkitan ini menurut Paul adalah berlaku dalam bentuk rohanai dan bukannya jasmani. Oleh itu, bagi

Page 4: Kajian Agama Yahudi dan Kristian: kelompok dalam agama yahudi dan Jesus Christ

mereka hanya roh Jesus sahaja yang dianggap mempunyai roh ketuhanan yang akan dibangkitkan semuala bagi memerintah dunia ini. Disebabkan jesus mempunyai roh ketuhanan yang memerintah alam ini, maka setiap penganut Kristian wajib meyakini ketuhanannya.

Daripada kepercayaan tersebut, maka muncullah pula konsep keselamatan atau salvation dalam Agama Kristian sebagai suatu cara untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat kelak. Keselamatan di akhirat menurut Kristian adalah hanya dengan cara beriman kepada Tuhan dan “Jesus Christ” sebagai anak tuhan yang juga sebagai juruselamat kepada umat manusia yang membebaskan manusia daripada dosa warisan. Oleh itu, maka jelaslah kepercayaan penganut Kristian bahawa Jesus Christ adalah benar-benar mati disalib untuk menebus dosa umat manusia sebagai tanda kasih sayang tuhan kepada manusia, kemudian dibangkitkan semula selepasa tiga hari dikebumikan. Sesungguhnya penyaliban, kematian, dan kebangkitan semula Jesus inilah yang dijadikan sebagai asas bagi doktrin penebusan dosa dan salvation dalam Agama Kristian.