103
BAB 1 1.0 Pengenalan Kemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan terutamanya pada peringkat awal alam persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan kebolehan berbahasa. Penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan murid-murid tahap satu merupakan asas pada perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh ilmu pengetahuan melalui pengalaman membaca. Menurut Marie (1998), seperti yang dinyatakan dalam Kamarudin dan Siti Hajar, membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah 1

kajian ilmiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asdasdasfqifhiqwfj09qwjf0quwfbuiqwfbiwqw qwnd qwih uqw 9uu9r27r237rg 823 723g r72g2 fw2912e78 e 92 92923923 92 haiawakk kajian ilmiah

Citation preview

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

BAB 1

1.0PengenalanKemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan terutamanya pada peringkat awal alam persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan kebolehan berbahasa. Penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan murid-murid tahap satu merupakan asas pada perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh ilmu pengetahuan melalui pengalaman membaca. Menurut Marie (1998), seperti yang dinyatakan dalam Kamarudin dan Siti Hajar, membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.Jesteru, bagi memastikan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua secara lebih berkesan, penyelidik bercadang menggunakan pendekatan pembelajaran menggunakan video berasaskan teknologi maklumat untuk meningkatkan lagi penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua.

1.1 Definisi OperasionalKemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiranbahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Kemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan terutamanya pada peringkat awal alam persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan kebolehan berbahasa. Menurut Yahya (2005) membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya.Teknologi maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. .Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, maka sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan agar ia dapat berdaya saing dan releven dengan kehendak semasa...dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. ( Datuk Seri Hishammuddin : 2005). Penggunaan istilah teknologi maklumat (selepas ini akan disebut ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya murid di sekolah rendah. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan, contohnya alat seperti powerpoint, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru, pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.Di samping itu, penggunaan ICT dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan bertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pengajaran bermaksud perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Mengikut Thomas F. Green (1971) dalam Nordin Tahir telah menyatakan bahawa pengajaran merupakan proses menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baharu. Proses pengajaran ini meliputi aktiviti latihan, perlaziman dan tunjuk ajar guru.

1.2Latar belakang kajianTeknologi maklumat kini dilihat semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus permodenan dunia tanpa sempadan ( globalisasi ). Menurut Buyong (2002) dalam kajian keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pengajaran menyatakan bahawa cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat seawal peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke institusi pendidikan tinggi.Mengikut statistik, terdapat 900,000 pengguna internet di Malaysia, namun jumlahnya hanya kira-kira 8% daripada keseluruhan penduduk negara ini ( Daily Express, 2007). Ini disokong oleh fakta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyatakan bahawa pada suku pertama tahun 2007 hanya 689,800 bilangan isi rumah yang melanggan perkhidmatan jalur lebar( Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, 2007). Sementara itu, terdapat fakta yang menyatakan bahawa hanya 30% daripada kira-kira 300,000 guru di Malaysia memiliki komputer peribadi dan kira-kira 20% sahaja yang mempunyai akses internet ( The Star, 2007). Jumlah ini merupakan satu jumlah yang rendah kerana guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perubahan kepada inovasi di dalam pendidikan.Pada tahun 2003, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diimplementasikan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Sebanyak 1.3 billion Ringgit Malaysia telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pelan pembangunan Pendidikan Kebangsaan memperuntukkan 123,725 buah komputer dan 3,205 pusat akses Internet di semua sekolah seluruh Negara (The Star, Julai 2007). Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.

1.3Pernyataan masalahPenggunaan komputer atau bahan teknologi merupakan perkara yang baharu dibawa ke dalam pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Justeru, kajian ini ingin membincangkan permasalahan dalam proses penggunaan teknologi maklumat khususnya penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua.Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Dapat diperhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu perkara. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca mempunyai beberapa kekangan yang perlu diambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Hal ini akan membantutkan perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan pelajar.Penerimaan guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran kemahiran membaca. Terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran tradisional mereka.Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan penggunaan ICT dalam kehidupan mereka. Terdapat pelajar yang tidak pernah menyentuh alatan ICT seperti komputer. Pengajaran yang berulang menggunakan buku teks atau papan tulis semata-mata akan membuatkan pelajar menjadi bosan untuk belajar. Apabila pelajar menjadi bosan, tumpuan mereka hilang terhadap pengajaran guru. Pelajar yang tidak berminat untuk belajar tidak akan menguasai pelajaran yang diajar oleh seseorang guru di dalam kelas.Penggunaan video dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua. Penggunaan video yang mempunyai latar belakang visual yang berwarna-warni serta penggunaan bunyi watak-watak dalam video dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Penggunaan video dalam kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua ini dapat meningkatkan prestasi membaca murid-murid Tahun Dua.1.4Tujuan kajianDi dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauhmana faktor-faktor yang terlibat dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Kubang Pasu. Kajian ini dijalankan berdasarkan tujuan-tujuan berikut:1.4.1 Untuk mengenal pasti peranan teknologi maklumat khususnya penggunaan video dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membaca.1.4.2 Untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan video dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

1.5Persoalan kajianKajian ini cuba untuk menjawab soalan-soalan seperti berikut:1. Apakah peranan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca murid Tahun Dua?2. Sejauh manakah keberkesanan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca?

1.6Kepentingan kajianMenurut Amir Hassan Dawi (2006 ), kepentingan kajian bermaksud adakah kajian berkenaan berguna kepada mana-mana pihak. Setiap kajian yang dijalankan selalunya mempunyai motif-motif tertentu atau untuk kepentingan pihak tertentu. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua di sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji adalah meliputi aspek pengurusan, pengetahuan, kemahiran dan teknologi. Aspek-aspek ini dianggap sebagai tunjang utama bagi mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua dapat ditingkatkan. Justeru, dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan ia dapat menarik perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti guru,pentadbir, dan pelajar bagi bersama-sama memperbaiki kelemahan di samping mempertingkatkan lagi kecekapan yang ada bagi mempersiapkan diri pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan yang lebih kompetitif dan mencabar pada masa hadapan.Dalam pada itu, kajian ini juga diharap berguna kepada pihak institusi pendidikan untuk memberi penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi aspek bagi mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Seterusnya, kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan guru, pentadbir dan pihak-pihak lain betapa pentingnya teknologi maklumat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran dengan jelas serta dapat dijadikan garis panduan yang berguna kepada semua pihak untuk meningatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran serta mutu perkhidmatan dengan berbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi yang ada bagi memastikan tahap keberkesan dan kompetensi dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi manfaat pada masa hadapan.

1.8Batasan kajianMenurut Amir Hasan dawi ( 2006 ), batasan kajian menyatakan tentang had-had atau kekurangan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Batasan-batasan kajian meliputi tempat kajian, sampel kajian, aspek kajian yang dipilih serta masa kajian digunakan. Tempat kajian yang dilakukan adalah di sebuah sekolah Kebangsaan di daerah Kubang Pasu, Kedah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara. Kajian ini hanya terbatas kepada murid-murid Tahun Dua yang terdiri dari 3 kelas . Seramai 50 murid Tahun Dua yang terlibat untuk dijadikan sampel kajian. Oleh itu, jumlah keseluruhan sampel kajian adalah sebanyak 5 orang responden sahaja.Selain itu, terdapat faktor lain boleh digunakan bagi mengukur tahap keberkesanan penggunaan Video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua. Namun, kajian ini hanya memfokuskan kepada beberapa aspek iaitu aspek pengurusan, pengetahuan, teknologi dan kemahiran.

1.9 Kesimpulan Dalam bab ini, telah dijelaskan latar belakang Teknologi Maklumat khususnya penggunaan video dalam bidang pendidikan di Malaysia serta hubungan dengan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca di kalangan pelajar Tahun Dua di sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara. Seterusnya, beberapa isu yang wujud dalam mempengaruhi keberkesanan penggunaan teknologi turut dikemukakan bagi menyokong permasalah kajian. Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dengan adanya pembelajaran berbantukan teknologi ini akan membantu menaiktaraf system pendidikan di Malaysia. Dalam keghairahan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau bagaimanapun, penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sedikit sebanyak akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku pelajar. Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca akan memudahkan lagi proses membaca dalam kalangan pelajar Tahun Dua.

BAB 2

2.0 Pengenalan Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua matapelajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun Satu lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Pengkaji menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara adalah untuk melihat sejauh mana faktor-faktor yang terlibat dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua di sekolah tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti peranan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan penggunaan video ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid Tahun Dua di sekolah ini.

2.1 Latar Belakang SejarahSememangnya proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bukanlah suatu perkara yang mudah, tambahan pula pada murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Hal ini turut disokong oleh Raminah dan Rahim Syam (1985), kemahiran membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya, membaca adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Namun sebagai guru bahasa Melayu, penyelidik perlu bertanggung jawab menyelesaikan tugas sedaya yang termampu bagi membolehkan responden ini menguasai kemahiran membaca, kerana membaca merupakan peerkara asas bagi meneroka alam pengetahuan seterusnya. Pendapat ini juga disokong oleh Rahimah Sabran dan Rahim Syam (1985), kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting kerana melaluinya seseorang itu boleh menerokai alam pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melaui pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Setelah dianalisis masalah ini, penyelidik ingin mengubah teknik pengajaran supaya murid-murid yang bermasalah dapat perhatian dan layanan yang wajar dan sesuai dengan potensi mereka. Penyelidik perlu menarik minat responden mengikut cara dan corak yang disukai, contohnya apa yang dapat dikenal pasti pelajar bermasalah pembelajaran gemar belajar menggunakan kemudahan ICT seperti video mengenal suku kata, iaitu menerima pembelajaran secara tidak formal. Melalui pengalaman yang lalu penyelidik dapat mengesan responden ini gemar mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai aktiviti fizikal. Responden kelihatan sangat bersemangat jika disuruh mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Penyelidik berhasrat untuk mengekalkan minat belajar dan memotivasikan murid-murid ini dengan manfaatkan aktiviti membaca menggunakan video menyebut suku kata yang mempunyai gambar-gambar yang menarik minat responden. Gerakan-gerakan watak dalan video rakaman tersebut dapat menarik perhatian responden. Semasa penyelidik memilih murid yang akan membaca suku kata berpandukan video yang ditayangkan, kelima-lima responden menunjukkan minat untuk menjalankan aktiviti tersebut di hadapan kelas. Responden meminta penyelidik mengulang-ulang tayangan video mengenal suku kata tersebut. Diakhir pengajaran responden akan dinilai dengan meminta responden menyebut suku kata KVKV yang terdapat pada lampiran yang diedarkan. Setelah penyelidik menjalankan penilaian ini, penyelidik mendapati kemahiran membaca dikalangan murid yang bermasalah semakin baik berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis. Responden lebih memberikan tumpuan semasa pengajaran menggunakan tayangan video mengenal suku kata yang merupakan salah satu penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran membaca. Responden berasa yakin untuk menyebut suku kata bersama-sama watak dalam tayangan video tersebut. Apabila murid berasa seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara semakin baik serta membantu mempercepatkan proses pembelajaran. Hasrat penyelidik disokong dengan pendapat Kamarudin dan Siti Hajar (1995), bahawa dalam pembelajaran , guru harus mampu mengekalkan minat dan meningkatkan motivasi pelajar, serta mengambil kira keadaan dan situasi yang wujud supaya supaya proses pembelajaran menjadi lebih sesuai dan menarik.Penyelidik mendekati responden ini dan cuba merangsang mereka untuk menyatakan kehendak dan harapan responden supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Ternyata kelima-lima responden ini gemar menonton tayangan video yang mempunyai sebutan suku kata yang wujud di persekitaran responden seperti cili, bola, dada, dan sebagainya. Hal ini memudahkan responden belajar di peringkat pengenalan suku kata KVKV. Penyelidik berharap kebolehan membatang suku kata KVKV bermakna ini akan menjadi pemangkin pada kemahiran membatang suku kata KVKV selain yang terdapat dalam tayangan video mengenal suku kata tersebut.

2.2 Latar Belakang TeoretikalMenurut Harris dan Sipay (1980), proses membaca merupakan proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis. Menurut mereka lagi, proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau pun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.Pendapat di atas disokong oleh Smith dan Johnson (1980) yang menyatakan bahawa membaca adalah berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antar penyampai idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Pernyataan ini diambil dari hasil tulisan Yahya Othman (2003), Panduan meningkatkan kemahiran mengajar membaca.Menurut Marie (1981) pula ada menyatakan bahawa membaca merupakan proses yang amat komplek yang melibatkan aspek kognitif, ingatan dan aspek-aspek tingkah laku yang lain. Selain itu membaca melibatkan pengantaraan mesej, arahan, ruang, format dan bentuk-bentuk visual.Kesimpulan yang dapat dibuat oleh penyelidik ialah membaca adalah proses yang aktif dan kemahiran bahasa yang paling penting dikuasai pada peringkat awal. Penguasaan yang mantap dalam kemahiran ini membantu pelajar dalam meneroka pengetahuan yang lebih mendalam dan boleh mengungkapkan dimensi baru dalam berfikir. Ini adalah kerana membaca dan penguasaan ilmu pengetahuan mempunyai kaitan yang rapat dan saling bergantungan. Pandangan ahli-ahli psikologi kognitif juga membawa hala tuju baru pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Dalam zaman teknologi maklumat, bahan bacaan dapat dicapai melalui kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi. Bahan yang diperoleh dapat membantu pelajar menambah lagi pengetahuan dan kecekapan bahasa. Pelajar menjadi lebih bersifat terdedah dengan maklumat baru yang sentiasa berubah dan dikemaskini.

2.3 Kajian BerkaitanKementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan sekolah bestari pada awal tahun 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini disokong oleh Rohani (1999) dan Ab. Rahim (2000) dalam jurnal pendidikan 32(2007) 139-152.Menurut Muhammad Sani (2002), pelaksanaan sekolah bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem pendidikan Malaysia. Implikasi daripada pelaksanaan dasar pendidikan baharu ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke arah kaedah yang lebih berpusatkan murid.Simonsen dan Thomson (1997) dalam Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad telah membuat kajian tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian tersebut, didapati bahawa apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran menjadi lebih berkesan dan tahap pencapaian murid lebih meningkat.Teknologi menggunakan video menjadikan proses pembelajaran berlaku secara langsung. Menurut Ahmad Rozhar dan Abdul Rahman (1999) dalam Siti Hajar, Shukri dan Mohd Razha tentang kesedaran terhadap potensi teknologi pengajaran dan pembelajaran menggunakan video diterima baik oleh pelajar dengan memberikan maklum balas positif terhadap apa yang dipelajari. Hal ini disokong oleh Darvina (2003) yang menyatakan bahawa penggunaan video sebagai alat bantu mengajar bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik tetapi juga membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan ilmu.Menurut Azizi, Asmah, Zurihanmi dan Fawziyah (2005) dalam Siti Hajar, penggunaan video dapat membantu pelajar menumpukan perhatian yang lebih ketika sesi pengajaran dijalankan. Pengkaji-pengkaji ini juga menyatakan bahawa setiap individu adalah berbeza daripada aspek kecerdasan atau kecerdikan yang akan mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang. Kajian yang telah dibuat telah menunjukkan bahawa pelajar mudah mengingati maklumat dengan menggunakan video sebagai satu bahan bantu mengajar.Kajian seterusnya dijalankan oleh Fong Soon Fook, Ng Wei Kong dan Wan Mohd Fauzy (2001) dan telah memperolehi maklumat mengenai kesan persembahan grafik komputer dalam kalangan pelajar mendapati bahawa grafik animasi merupakan suatu bantuan pembelajaran penting jika dibandingkan dengan grafik statik. Hal ini disokong oleh pendapat Chanlin (1999) yang menyatakan bahawa grafik beranimasi berupaya meningkatkan proses pembelajaran terutamanya bagi pelajar lelaki.Blair, Jones dan Simpson (1999) dalam Tiong Leh Ling dan Zaidatun menyatakan bahawa murid yang lembam memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang baik. Penggunaan alat-alat teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti lagu dan muzik berasaskan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun Satu. Penggunaan video merupakan satu kaedah pembelajaran yang agak mudah dan menyeronokkan yang boleh meningkatkan prestasi murid-murid dalam kemahiran membaca.Pengkaji seterusnya, Ngu Hang Ling (2009) dalam koleksi artikel Penyelidikan, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL tahun 2012, menyatakan dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid disamping menambahbaik amalan mengajar seseorang guru.2.4 RumusanPenggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran diharapkan dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun Dua. Daripada kajian literatur yang dibuat, kebanyakan kajian yang dibuat menunjukkan penggunaan teknologi terutamanya video membuahkan hasil yang memberangsangkan. Ini disebabkan penggunaan video berupaya membina program pembelajaran yang berpusatkan murid. Hasil kajian literatur menunjukkan penggunaan video harus dipergiatkan lagi untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya membantu para pelajar minat untuk belajar membaca dan mudah memahami apa yang dipelajari.

BAB 3

3.0 PengenalanMetodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu penyelidikan (Majid Konting, 1990). Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan pemilihan metodologi kajian yang sesuai untuk diaplikasi bagi mencapai tujuan kajian asal. Untuk membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian,instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data.

3.1 Reka Bentuk kajianPada umumnya reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan membimbing pengkaji ke arah mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Kaedah tinjauan digunakan di dalam penyelidikan dengan cara pengumpulan data daripada kumpulan yang dikaji dengan menggunakan satu set soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatif diguna pakai bagi mendapatkan data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik.Melalui kaedah ini, ianya dapat memudahkan pengkaji untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasikan data yang diperoleh. Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan borang soal selidik dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalahan kajian.Responden hanya perlu menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang disediakan. Pengkaji juga akan menggunakan borang ujian untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan responden dalam menyebut suku kata. Borang ujian ini akan direkodkan untuk melihat tahap prestasi responden setiap kali intervensi dijalankan.

3.2 Lokasi kajianPengkaji memilih Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah sebagai lokasi untuk menjalankan kajian. Pengkaji memilih lokasi ini sebagai tempat menjalankan kajian kerana sekolah ini mempunyai latar belakang murid yang sederhana dan terdapat juga murid yang miskin. Lokasi ini sesuai digunakan sebagai tempat untuk pengkaji membuat kajian kerana pelajar-pelajar di lokasi yang dipilih kurang mendapat pendedahan penggunaan bahan teknologi sama ada di sekolah ataupun di rumah. Pengkaji telah memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah dan mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah ini, pengkaji telah memulakan kajian di sekolah berkenaan.Pengkaji juga memilih lokasi kajian ini adalah kerana letaknya lokasi ini adalah tidak jauh dari tempat tinggal pengkaji. Lokasi yang berhampiran ini memudahkan pengkaji berulang-alik ke lokasi kajian tersebut.

3.3 InstrumenTujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun 2 di sebuah sekolah daerah Kubang Pasu. Pengkaji menggunakan borang soal selidik guru Bahasa Melayu dan juga soal selidik murid-murid Tahun Dua untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Instrumen berbentuk soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis.Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A mengandungi 1 item tentang maklumat responden. Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden.Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina sahaja. Bahagian B mengandungi 6 item yang mengukur tahap kemahiran responden terhadap penggunaan ICT. Bahagian C pula terdiri daripada 6 item yang melihat tahap kekerapan responden menggunakan ICT. Bahagian D pula mengandungi hasil pemerhatian sesi pengukuhan. Lima skala digunakan iaitu 1- skala Sangat Tidak Setuju, 2- skala Tidak Setuju, 3- Skala Kurang Setuju, 4- skala Setuju, 5- skala Sangat Setuju bagi membincangkan item berkaitan tahap kekerapan menggunakan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu, skala 1- Amat Lemah, skala 2- Lemah, skala 3- Sederhana, skala 4- Mahir dan skala 5- Amat Mahir digunakan untuk menganalisis kemahiran guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.4 PopulasiMurid Tahun Dua di sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara adalah seramai 50 orang iaitu terdiri daripada tiga kelas murid Tahun Dua. Namun, bagi kajian ini hanya difokuskan kepada lima orang responden sahaja. Responden terdiri dari lima orang murid berbangsa Melayu iaitu tiga murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Prestasi akademik responden sangat lemah, kerana responden ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kelima-lima responden yang dipilih adalah daripada latar belakang keluarga yang sederhana seorang daripada responden adalah murid miskin. Seorang lagi responden adalah anak yatim.

3.5 Prosedur Pengumpulan Datai. Ujian Pra.Responden telah menjalani ujian pra bagi suku kata terbuka KV. Ujian pra dijalankan secara lisan, skor sebutan ujian pra ditanda pada kad ujian pra dan dikira secara gundalan. Hasil daripada ujian pra penyelidik telah dapati bahawa responden perlu menjalani intervensi bagi membantu meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KVKV dengan baik.ii. Pemerhatian berstruktur.Laporan pemerhatian dibuat secara kualitatif dan kuantatif, berdasarkan hasil dapatan pemerhatian yang diperoleh. Setiap kali sesi ujian dijalankan, penyelidik telah bertindak sebagai pemerhati dan mencatat laporan pemerhatian. Tingkah laku, perbualan, keseronokan serta keterujaan mereka untuk menjalani intervensi dan semasa menjalani intervensi dimasukkan dalam laporan kualitatif. Penyelidik juga menilai kelancaran dan kebolehtadbiran responden mengendalikan intervensi dalam laporan kualitatif.-Skor sebutan yang betulSetiap kali responden dapat menyebut suku kata terbuka KVKV yang tertera pada layar putih akan ditanda ( / ). Skor ini akan dikira secara gundalan. Setiap kali intervensi dijalankan, penyelidik telah bertindak sebagai pencatat skor sebutan. Melalui skor sebutan ini penyelidik telah dapat menganalisa peningkatan prestasi setiap responden.-Tempoh masaMasa bagi satu sesi ujian telah ditetapkan iaitu selama 10 minit sahaja. Sesi ujian yang tidak menepati masa yang telah ditetapkan iaitu 10 minit akan dikategorikan sebagai gagal.iii.Ujian PascaSetelah responden menyelesaikan enam sesi ujian melalui intervensi video mengenal suku kata dengan baik dan berjaya. Responden akan menjalani ujian pasca. Sebanyak 10 suku kata terbuka digunakan sebagai bahan ujian pasca kepada lima responden.

3.6 Cara Menganalisis DataAnalisis dan interprestasi data memberi makna kepada data terutamanya memahami data dalam konteks ( Russell, 1995). Penyelidik telah menganalisis data yang diperoleh secara kualitatif dan kuantitatif mengikut kesesuaian hasil dapatan yang diperoleh.i.Data yang telah diperoleh melalui pemerhatian, dan ujian-ujian dianalisis secara kualitatif iaitu menyusun data mengikut idea, konsep dan tema. Kesemua data ini telah disemak semula untuk membuat rumusan secara menyeluruh.ii.Data yang diperoleh secara berjadual dengan skor akan dianalisis secara kuantitatif. Jumlah skor sebutan dikira secara gundalan. Markah ujian pra dan ujian pasca dikira mengikut peratusan dan dibinakan graf untuk kejelasan perbandingan.

3.3 Jenis Penganalisisan kajianMenurut Zamri dan Mohamed Amin (2008), dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu mengandungi maklumat tentang pengumpulan data hasil daripada kajian tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu di 18 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Selangor. Menurut laporan data, sebanyak 336 soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru Bahasa Melayu di semua sekolah terbabit. Namun hanya 203 atau 60 peratus soal selidik yang lengkap telah dipulangkan kepada pengkaji untuk dianalisis. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package for social Sciences (SPSS) 11.5. Analisis ini melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan statistic inferens. Statistik deskriptif memberi ringkasan daripada keseluruhan set data yang diambil. Statistik ini digunakan untuk menganalisis profil responden, analisis soal selidik penggunaan ICT mengikut aspek yang dikaji. Antara analisis deskriptif yang digunakan adalah dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Skor min digunakan untuk mengukur tahap kesediaan penggunaan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran telah dijadikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan skor min item. Nilai skor min akan didasarkan kepada pendapat Rudzi (2003), Nik Mohd Rahimi (2005) dan Zamri (2005). Menurut laporan yang dinyatakan dalam Zamri (2008), dapatan nilai tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap rendah, nilai tahap 2.34 hingga 3.67 menunjukkan tahap sederhana dan dapatan nilai 3.68 hingga 5.00 menunjukkan tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang tinggi. Pembahagian tahap dapat dilihat dalam jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi skor minMinInterprestasi Tahap

1.0 hingga 2.332.34 hingga 3.67 3.68 hingga 5.00RendahSederhanaTinggi

Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian-t dan korelasi Pearson. Ujian-t digunakan bagi menguji hipotesis yang membandingkan antara dua pemboleh ubah, iaitu antara guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan bandar dan luar Bandar. Menurut buku ini lagi, keputusan yang terhasil daripada analisis ini akan menentukan kejayaan proses pengujian pemboleh-pemboleh ubah penyelidikan. Korelasi Pearson turut digunakan untuk menguji hipotesis yang melibatkan hubungan antara dua pemboleh ubah, iaitu kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran menggunakan ICT.Pengkaji membuat analisis deskriptif tentang latar belakang Guru Bahasa Melayu Tahun Dua di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Kubang Pasu. Jadual 2 membincangkan latar belakang responden kajian berdasarkan pemboleh ubah pengalaman mengajar dan pengalaman menggunakan ICT. Responden terdiri daripada 3 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut.

Setelah soal selidik dibuat, data yang diperolehi menunjukkan bahawa dari segi pengalaman, seorang responden mengajar kurang dari 10 tahun, dua orang responden tersebut mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun mengajar Bahasa Melayu manakala seorang lagi responden telah mengajar Bahasa Melayu selama 7 tahun. Daripada data tersebut menunjukkan kesemua responden kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.Dari segi penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, seramai seorang sahaja responden yang selalu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua orang responden lagi jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Semua maklumat berkaitan responden ini ditunjukkan dalam jadual 2 .

Jadual 2. Profil responden kajianPemboleh ubahKekerapan (f) N - 3Peratus

Pengalaman mengajarKurang dari 10 tahunAntara 10 20 tahunLebih daripada 20 tahun11133.333.333.3

Pengalaman mengajar menggunakan komputer

Tidak pernahkurang daripada 10 kali setahunLebih daripada 20 kali setahunKerap kali menggunakan komputer semasa menjalankan pengajaran

0300

010000

Jadual 2 membincangkan latar belakang responden kajian berdasarkan pemboleh ubah pengalaman mengajar dan pengalaman menggunakan computer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Responden terdiri daripada 3 orang guru Bahasa Melayu Tahun Dua di sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu, Kedah. Dari segi pengalaman mengajar, kesemua responden ialah guru yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu. Seorang responden mengajar kurang dari 10

tahun (33.3%) iaitu telah mengajar selama 7 tahun manakala seorang responden lagi mengajar antara 10 20 tahun (33.3%) dan seorang responden lagi telah mengajar Bahasa Melayu lebih daripada 20 tahun (33.3%). Kesemua responden kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar. Dari segi pengalaman menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pula menunjukkan kesemua responden (100%) menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah kurang daripada 10 kali setahun. Dengan kutipan data yang diperolehi menunjukkan bahawa kesemua responden pernah menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi penggunaan komputer kurang digunakan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kutipan data dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT adalah terlalu rendah. Sebanyak 5 item soal selidik diberikan kepada responden untuk mendapatkan maklumat sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan kata lain, responden bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khasnya dalam kemahiran membaca.

Jadual 3: Analisis kekerapan, peratusan terhadap penggunaan ICT berdasarkan sikap guruBilItem/pernyataanKekerapan/ peratusan

STSTSKSSSS

1ICT membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca murid00%00%00%3100%00%

2Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT amat penting pada masa kini00%00%00%267%133%

3Pengajaran menjadi lebih mudah dengan penggunaan ICT00%00%00%3100%00%

4Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT akan meningkatkan motivasi murid00%00%00%3100%00%

5Penggunaan ICT memudahkan saya menyediakan bahan bantu mengajar00%00%00%3100%00%

Jumlah keseluruhan0%0%0%93.4%6.6%

Jadual 3 menunjukkan peratusan terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca berdasarkan sikap guru Bahasa Melayu Tahun Dua. Berdasarkan item 5 tersebut, kesemua responden menyatakan bahawa penggunaan ICT banyak membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu. Walau pun begitu, kekerapan penggunaan komputer oleh guru Bahasa Melayu Tahun Dua masih kurang iaitu kurang daripada 10 kali dalam jangka masa setahun. Kesemua responden bersetuju tentang kebaikan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dikalangan murid Tahun Dua namun penggunaan ICT perlu ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

Persepsi seringkali mempengaruhi tingkah laku, percakapan dan perasaan seseorang. Di sini persepsi dapat difahamkan sbagai tanggapan dan pandangan individu terhadap sesuatu perkara berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang dialaminya. Namun demikian, persepsi guru terhadap kepentingan ICT telah menjadi salah satu isu kajian. Pelbagai pandangan, tanggapan dan penilaian guru terhadap perkembangan dan kepentingan ICT. Menurut Hasbullah dan Yusri (2003) penggunaan alat bantu mengajar, terutamanya alat teknologi berinovasi seperti komputer dikatakan dapat meningkatkan minat serta merangsangkan minda pelajar pada zaman siber ini. Kewujudan komputer pada masa kini umumnya membolehkan sesetengah masalah dalam pengajaran san pembelajaran yang dahulunya sukar dan membosankan kini boleh diselesaikan dengan cara mudah dan ringkas. Penggunaan computer meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumat pada hari ini juga banyak memberikan manfaat kepada system pengurusan tenaga manusia seperti dapat menjimatkan masa untuk membantu menjalankan kerja-kerja pentadbiran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Persepsi yang positif dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu amat penting untuk memastikan perubahan sikap dan meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.Perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Maka, Guru Bahasa Melayu haruslah lebih kerap

menggunakan dan mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca perlu diberikan perhatian. Keupayaan komputer yang lebih dalam menyampaikan maklumat adalah kelebihan yang perlu digunakan maksimum oleh guru-guru Bahasa Melayu.

3.4 Prosedur Analisis Data Proses analisis data adalah merupakan proses yang berterusan dan non-linear. Ia merupakan prosedur analitik yang melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan tindakan manusia. Menurut Othman Lebar (2014) dalam Kajian Tindakan dalam Pendidikan (176), data melibatkan cantuman pelbagai data, pengkelasan data mengikut kategori atau tema yang sesuai dan tepat, dan interpretasi tentang apa yang manusia kata dan apa yang penyelidik lihat dan baca. Analisis data merupakan proses yang komplek yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan yang abstrak, antara penaakulan induktif dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi ( Merriam, 2001 ). Dengan ertikata lain analisis data adalah merupakan proses mengatur, menstruktur dan menginterpretasi data yang telah dikumpul. Dapatan daripada item dalam rajah 3 jelas menunjukkan kesemua responden (93.4%) bersetuju dan (6.6%) sangat bersetuju bahawa penggunaan ICT memberikan

kebaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa 100% responden bersetuju dengan tajuk yang dibincangkan ini iaitu penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca. Namun penggunaan ICT dalam kelas masih pada tahap yang terlalu minima iaitu kurang daripada sepuluh kali setahun.

3.5 KesimpulanKesimpulannya, dari segi kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah yang dibuat kajian dapat dirumuskan bahawa kesediaan guru Bahasa Melayu adalah seperti berikut: kesediaan guru bahasa dari segi kemahiran berada pada tahap sederhana walaupun mereka mempunyai sikap yang positif terhadap ICT kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu adalah selari dengan pengalaman mengajar responden dan pengalaman menggunakan komputer.

BAB 4

4.0 Dapatan KajianKajian ini berfokuskan kepada mengkaji satu kaedah bagi membantu meningkatkan kebolehan murid menyebut suku kata terbuka KVKV dan seterusnya menguasai kemahiran membaca dengan baik. Apabila murid dapat membaca dengan baik maka secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan murid LINUS iaitu murid yang tidak dapat menguasi kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Setelah analisis dibuat, penyelidik ingin mengubah teknik pengajaran supaya murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca ini akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat. Penyelidik cuba mencari satu teknik dan kaedah yang dapat menarik perhatian murid-murid ini yang sesuai dengan tahap dan potensi mereka. Penyelidik perlu menarik minat responden mengikut cara dan corak yang disukai, contohnya belajar menggunakan video mengenal suku kata yang menggunakan alatan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ini.Penyelidik cuba mendekati responden ini dan cuba merangsang mereka untuk menyatakan kehendak dan harapan responden supaya pembelajaran menjadi lebih menarik. Setelah kajian dibuat, ternyata kelima-lima responden ini memberikan minat dan tumpuan pada kaedah membaca menggunakan ICT. Penyelidik telah menayangkan

video mengenal suku kata dan meminta murid menyebut suku kata bersama-sama dengan bacaan yang dibuat oleh watak dalam video tersebut. Penyelidik mendapati responden menunjukkan minat untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan di dalam video tersebut. Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianyatelah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Bahan bantu mengajar berbentuk video ini sesuai digunakan oleh guru pada langkah pertama, kedua ataupun langkah ketiga. Dalam langkah pertama, penyelidik meminta responden menyebut suku kata yang ditayangkan dalam video tersebut. Dalam langkah kedua, penyelidik meminta responden menyebut perkataan yang terdapat dalam video tersebut bersama-sama watak-watak dalam video. Langkah ketiga, responden dikehendaki membaca ayat mudah yang terdapat dalam tayangan video itu . Setelah beberapa kali tayangan video diulang-ulang, responden diminta menyebut semula suku kata, perkataan dan ayat yang ditayangkan itu.

Proses pengajaran dan pembelajaran ini perlu diulang-ulang sehinggalah responden menguasai suku kata tersebut dengan baik. Pengkaji membuat pemerhatian dengan menggunakan borang pemerhatian kepada kelima-lima responden.

4.1 Latar Belakang RespondenPemboleh ubah lokasi, pengalaman menggunakan komputer dan pengalaman menggunakan internet menjadi dasar kepada perbincangan dapatan kajian analisis profil responden. Profil responden yang terdapat dalam Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa kesemua responden merupakan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman mengajar yang banyak iaitu melebihi 15 tahun. Hanya seorang responden sahaja yang mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 7 tahun. Salah seorang responden telah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu melebihi 20 tahun. Ini jelas menunjukkan lokasi kajian mempunyai guru yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu. Jadual 2 juga menunjukkan bahawa, walaupun guru-guru Bahasa Melayu berpengalaman lama dalam mengajar namun penggunaan komputer amatlah kurang. Kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran amat baik dan dapat memberikan kesan pengajaran yang lebih baik namun penggunaan teknologi tersebut amatlah kurang di kalangan guru-guru tersebut.

Kesimpulannya, daripada analisis data soal selidik dari aspek penggunaan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kubang Pasu didapati: Kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan computer berada pada tahap rendah. Guru Bahasa Melayu masih lagi menggunakan pengajaran tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan Komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran merupakan faktor penggunaan yang paling tinggi bagi guru Bahasa Melayu.

Dapatan kajian ini menyamai beberapa kajian penggunaan ICT dalam kalangan guru bahasa dan guru mata pelajaran lain di Malaysia. Sebagai contoh penyelidikan dalam kalangan guru bahasa, kajian yang dilakukan oleh Norizan dan Sallehuddin (1997) dan Abdul Razak (1998) seperti yang dinyatakan dalam Zamri (2008) Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, menyatakan bahawa penggunaan penggunaan Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian mereka mendapati kebanyakan guru mempunyai pengalaman menggunakan komputer untuk tujuan penulisan dan penyimpanan rekod, tetapi hanya sebilangan kecil guru sahaja yang pernah menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Kumpulan SasaranKumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada murid tahun dua dari sebuah sekolah yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Responden terdiri daripada lima orang murid berbangsa Melayu iaitu tiga orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Prestasi akademik responden sangat lemah, kerana responden ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kemahiran yang masih belum dapat dikuasai responden adalah membatangkan suku kata terbuka KVKV. Dua daripada lima responden ini, merupakan anak yatim. Responden berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Tiga daripada responden ini tidak pernah menggunakan komputer. Penyelidik mendapati satu kajian dan tindakan perlu dijalankan untuk penambahbaikan bagi meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KVKV sebagai asas untuk meningkatkan kemahiran membaca ke peringkat yang lebih tinggi.

4.3 Perancangan TindakanSetelah kajian dijalankan, penyelidik mendapati bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca adalah berkesan. Kelima-lima responden menunjukkan minat semasa pengajaran guru. Responden tidak sabar-sabar menunggu pengajaran guru menggunakan alat-alat teknologi yang dihasilkan dengan menarik dan berwarna-warni seperti tayangan slaid yang dihasilkan oleh guru (rujuk CD

rakaman yang dilampirkan di ruang lampiran ). Apabila guru Bahasa Melayu masuk ke kelas, penyelidik mendapati pelajar-pelajar amat teruja untuk melihat apakah yang akan ditayangkan oleh guru tersebut. Semasa pengajaran dan pembelajaran, penyelidik mendapati kelima-lima responden memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Apabila disoal oleh guru, responden berlumba-lumba untuk menjawab. Responden juga tidak takut untuk membaca perkataan yang terdapat dalam modul yang ditayangkan oleh guru. Penyelidik menambahkan kemahiran membaca murid daripada kemahiran mengenal dan menyebut suku kata terbuka kepada mengenal dan menyebut suku kata tertutup setelah responden menguasai kmahiran mengenal suku kata terbuka. Pada minggu pertama pengajaran menggunakan tayangan slaid ini, murid belum menguasai sebutan ataupun ejaan suku kata tertutup yang ditayangkan oleh guru. Setelah berulang-kali ditayangkan, murid mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membaca suku kata tertutup. Suku kata tertutup yang dimasukkan dalam slaid ini adalah seperti nenek, datuk, mak cik, dan sebagainya. Sebelum menggunakan kaedah video ini, penyelidik telah mengadakan Ujian Pra untuk mencatat tahap kemahiran membaca kelima-lima responden. Ujian Pra dibuat untuk melihat sama ada kelima-lima responden ini menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membaca menggunakan kaedah yang penyelidik sedang jalankan itu.

4.4 Dapatan Ujian PraUjian Pra dijalankan pada tarikh 1 Oktober 2014. Kelima-lima responden menjalani ujian sebutan suku kata terbuka bersama-sama penyelidik pada hari yang sama. Hasil dapatan daripada Ujian Pra sebelum intervensi.

Jadual 4: Data Ujian Pra Responden SatuBilPerkataanSebutan yang betulSebutan yang salah1ba/2be/3bi/4bo/5bu/6ca/7ce/8ci/9co/10cu/

Responden Satu hanya Berjaya menyebut tiga daripada 10 suku kata terbuka KV yang diuji dengan sebutan yang tepat dan jelas. Penguasaan sebutan dalam ujian pra hanya 30%. Kegagalan menguasai suku kata terbuka ini perlu menjalani intervensi.

Jadual 5: Data Ujian Pra Responden DuaBil PerkataanSebutan yang betulSebutan yang salah1ba/2be/3bi/4bo/5bu6ca/7ce/8ci/9co/10cu/

Responden Dua hanya Berjaya membatangkan empat daripada sepuluh suku kata terbuka yang diuji dengan sebutan yang tepat dan jelas. Penguasaan sebutan dalam ujian pra hanya 40%. Kegagalan responden menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka ini perlu menjalani intervensi.

Hasil dapatan Responden Tiga daripada ujian pra sebelum intervensi.Jadual 6: Data Ujian Pra Responden TigaBilPerkataanSebutan yang betulSebutan yang salah1ba/2be/3bi/4bo/5bu/6ca/7ce/8ci/9co/10cu/

Responden Tiga hanya berjaya menyebut dua daripada suku kata terbuka KV yang diuji dengan sebutan yang tepat dan jelas. Responden Tiga menunjukkan prestasi yang sangat lemah. Berjaya mencapai 20% sahaja dalam sebutan suku kata terbuka KV. Kegagalan responden ini dalam menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka KV dan perlu menjalani intervensi.

Hasil dapatan Responden Empat daripada Ujian Pra sebelum intervensi

Jadual 7: Data Ujian Pra Responden EmpatBilPerkataanSebutan yang betulSebutan yang salah1ba/2be/3bi/4bo/5bu/6ca/7ce/8ci/9co/10cu/

Responden Empat hanya Berjaya menyebut dua daripada sepuluh suku kata terbuka KV yang diuji dengan sebutan yang betul. Responden Empat menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Berjaya mencapai hanya 20% dalam sebutan suku kata terbuka KV. Gagal menguasai kemahiran menyebut suku kata tertutup KV dan perlu menjalani intervensi.

Hasil dapatan Responden Lima daripada Ujian Pra sebelum intervensiJadual 8: Data Ujian Pra Responden LimaBilPerkataanSebutan yang betulSebutan yang salah1ba/2be/3bi/4bo/5bu/6ca/7ce/8ci /9co/10cu/

Responden Lima hanya berjaya menyebut dua daripada sepuluh suku kata terbuka KV yang diuji dengan sebutan yang tepat dan jelas. Responden Lima menunjukkan prestasi yang lemah. Responden Lima hanya berjaya mencapai 20% dalam sebutan suku kata terbuka KV. Responden gagal menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka yang diuji dan perlu menjalani intervensi.

Jadual 9: Rumusan Data Awal Ujian PraBilRespondenBil perkataan Peratusan Catatan Yang boleh sebut1 Responden Satu330% Perlu intervensi2 Responden Dua440% Perlu intervensi3 Responden Tiga 220% Perlu intervensi4 Responden Empat 220% Perlu intervensi5 Responden Lima220% Perlu intervensi

Graf 1: Graf Data Awal Ujian Pra

Keseluruhannya didapati bahawa tahap penguasaan suku kata terbuka KV kelima-lima Responden dapat menyebut perkataan ba, ca, dan dua responden dapat menyebut suku kata bi dan seorang Responden sahaja dapat menyebut suku kata ci. Daripada lima responden ini cuma Responden Dua sahaja yang dapat mencatat pencapaian yang paling baik iaitu 40% dengan hanya menyebut empat daripada sepuluh suku kata yang diuji. Responden Satu dapat menyebut tiga perkataan iaitu mencapai 30%. Manakala Responden Tiga, Responden Empat dan Responden Lima mencatat pencapaian yang sama iaitu sebanyak 20% menyebut suku kata terbuka.

4.5 Pelaksanaan Tindakan4.5.1 Langkah-langkah TindakanBerikut adalah langkah-langkah yang telah diambil semasa menjalankan perancangan pelaksanaan kajian. Antara perkara yang telah dilakukan ialah:i. Responden telah menjalani ujian pra bagi suku kata KV. Ujian pra dijalankan secara lisan, skor sebutan ujian pra ditanda pada kad ujian pra. Hasil dapatan ujian pra, penyelidik telah dapat mengenal pasti bahawa responden perlu menjalani intervensi.ii. Responden menjalani intervensi. Terdapat enam sesi dijalankan dalam tempoh tiga minggu. Bagi setiap sesi intervensi tempoh masa ditetapkan selama 10 minit sahaja. Untuk menjalankan intervensi ini, penyelidik menyediakan tayangan slaid daripada video mengenal suku kata yang ditayangkan kepada responden dengan menggunakan komputer dan dipancarkan pada layar putih menggunakan alat teknologi projektor. Video tersebut mempunyai watak sotong yang bergerak sambil menyebut suku kata KVKV. Responden hanya dikehendaki mengikut watak dalam video tersebut untuk menyebut suku kata yang terdapat dalam video tersebut. Setelah selesai tayangan video, responden dikehendaki mengeja dan menyebut semula suku kata tadi secara individu. Rekod skor dicatatkan pada setiap sesi intervensi bagi setiap responden.

iii. Responden menjalani ujian pasca bagi mendapatkan maklum balas hasil keberkesanan dalam kemahiran membaca dengan menggunakan rakaman/ tayangan video ( penggunaan alat teknologi ataupun ICT). Hasil dapatan ujian pasca direkodkan pada kad ujian pasca.Sesi ujian pasca ini dijalankan semasa penyelidik tiada kelas. Rasionalnya ketetapan masa 10 minit sebagai penanda aras adalah kerana penyelidik berharap responden lebih fokus untuk menyebut suku kata dengan betul. Ketetapan masa penanda aras ini juga diambil kira setelah intervensi ini diuji pada beberapa orang murid yang telah menguasai kemahiran membaca dengan baik, mereka dapat menyelesaikan sesi bacaan suku kata hanya seminit sahaja. Lebihan masa diberikan kepada responden sebagai ruang dan peluang pembelajaran untuk responden memahirkan sebutan suku kata terbuka KVKV dengan baik.

4.6 Cara Mengumpul Datai. Ujian Pra.Responden telah menjalani ujian pra bagi suku kata terbuka KV. Ujian pra dijalankan secara lisan, skor sebutan ujian pra ditanda pada kad ujian pra dan dikira secara gundalan. Hasil daripada ujian pra penyelidik telah dapati bahawa responden perlu menjalani intervensi bagi membantu meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka KVKV dengan baik.

ii. Pemerhatian berstruktur.Laporan pemerhatian dibuat secara kualitatif dan kuantatif, berdasarkan hasil dapatan pemerhatian yang diperolehi. Setiap kali sesi ujian dijalankan, penyelidik telah bertindak sebagai pemerhati dan mencatat laporan pemerhatian. Tingkah laku, perbualan, keseronokan serta keterujaan mereka untuk menjalani intervensi dan semasa menjalani intervensi dimasukkan dalam laporan kualitatif. Penyelidik juga menilai kelancaran dan kebolehtadbiran responden mengendalikan intervensi dalam laporan kualitatif. Skor sebutan yang betulSetiap kali responden dapat menyebut suku kata terbuka KVKV yang tertera pada layar putih akan ditanda ( / ). Skor ini akan dikira secara gundalan. Setiap kali intervensi dijalankan, penyelidik telah bertindak sebagai pencatat skor sebutan. Melalui skor sebutan ini penyelidik telah dapat menganalisa peningkatan prestasi setiap responden. Tempoh masaMasa bagi satu sesi ujian telah ditetapkan iaitu selama 10 minit sahaja. Sesi ujian yang tidak menepati masa yang telah ditetapkan iaitu 10 minit akan dikategorikan sebagai gagal.iii.Ujian PascaSetelah responden menyelesaikan enam sesi ujian melalui intervensi video mengenal suku kata dengan baik dan Berjaya. Responden akan menjalani ujian pasca. Sebanyak 10 suku kata terbuka digunakan sebagai bahan ujian pasca kepada lima responden.

4.7 Cara Menganalisis DataAnalisis dan interprestasi data memberi makna kepada data terutamanya memahami data dalam konteks ( Russell, !995). Penyelidik telah menganalisis data yang diperoleh secara kualitatif dan kuantitatif mengikut kesesuaian hasil dapatan yang diperoleh.i.Data yang telah diperoleh melalui pemerhatian, dan ujian-ujian dianalisis secara kualitatif iaitu menyusun data mengikut idea, konsep dan tema. Kesemua data ini telah disemak semula untuk membuat rumusan secara menyeluruh.ii.Data yang diperoleh secara berjadual dengan skor akan dianalisis secara kuantitatif. Jumlah skor sebutan dikira secara gundalan. Markah ujian pra dan ujian pasca dikira mengikut peratusan dan dibinakan graf untuk kejelasan perbandingan.

4.7.1 PemerhatianKajian yang telah penyelidik jalankan ini mengikut jadual perlaksanaan dengan enam sesi penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran ke atas lima responden. Intervensi ini dijalankan ke atas responden bermula pada 1 Oktober 2014.

Pemerhatian untuk sesi pertama intervensi 1 Oktober 2014 ( Ahad )Sesi pertama intervensi dijalankan, kelima-lima responden sangat teruja. Namun terdapat tiga responden yang sangat lemah penguasaan suku kata iaitu Responden Tiga,

Responden Empat dan Responden Lima. Akibatnya ketiga-tiga responden ini tidak dapat menyebut suku kata dengan betul. Apabila disoal sama ada responden berminat dengan pengajaran ini, jawapan responden sangat positif iaitu berminat namun ketiga-tiga responden ini tidak berani untuk menyebut suku kata yang dipaparkan. Ini adalah kerana ketiga-tiga responden ini tidak mempunyai keyakinan diri untuk menyebut perkataan yang dipaparkan. Penyelidik cuba membantu tiga responden ini mengeja dan menyebut suku kata KVKV yang dipaparkan. Inisiatif yang dilakukan oleh tiga responden ini membuahkan hasil, mereka berjaya dibimbing dengan baik. Namun pada sesi pertama intervensi ini, tiada seorang pun responden yang berjaya menyebut kesemua perkataan yang diberikan.

Jadual 9: Skor ujian Sesi Satu BilNamaSkorPerkataan yang disebut dengan betul1Responden Satu 3baba, biru, bola, 2Responden Dua3baba, biru, bola3Responden Tiga2baba, bola4Responden Empat2baba, bola5Responden Lima2baba, bola

Pemerhatian untuk sesi kedua intervensi pada 5 Oktober 2014 ( Khamis )Semasa intervensi ini dijalankan pada sesi kedua, kelima-lima responden kelihatan teruja, tidak sabar menunggu kedatangan penyelidik ke kelas mereka. Kelima-lima responden keluar dari kelas dan mempelawa diri untuk menjalani intervensi menyebut suku kata tersebut. Pada sesi kedua dijalankan, responden sangat berminat untuk menyebut suku kata yang diberikan dalam video mengenal suku kata. Antara ayat yang menunjukkan keterujaan responden ialah, Cikgu, bila nak tengok video sotong lagi? Pencapaian untuk sesi kedua amat memberangsangkan. Terdapat banyak peningkatan pada sebutan suku kata terbuka KVKV yang tertera pada video yang ditayangkan tersebut. Kelancaran sebutan diambil kira berdasarkan tempoh masa yang diberikan. Responden perlu menyebut suku kata terbuka KVKV dengan betul. Responden juga perlu dibimbing oleh penyelidik semasa menjalani intervensi. Sesi intervensi gagal kerana semua responden telah melebihi had masa yang telah ditetapkan iaitu 10 minit. Jadual 10: Skor Ujian Sesi DuaBilNamaSkorPerkataan yang disebut dengan betul1Responden Satu5baba, biru, bola, caca, cili2Responden Dua4baba, bola, caca, cili3Responden Tiga3 baba, bola, caca4Responden Empat3baba, bola, cili5Responden Lima3baba, bola, caca

Pemerhatian untuk sesi ketiga intervensi 8 Oktober 2014 ( Ahad )Semasa aktiviti intervensi ini dijalankan, responden seperti biasa sangat teruja. Kelima-lima responden ini tidak sabar menunggu kedatangan penyelidik ke kelas mereka. Kelima-lima responden keluar dari kelas dan mempelawa untuk menjalani intervensi mengenal suku kata. Pada sesi ketiga dijalankan, responden kelihatan bersedia dari segi fizikal dan mental. Hal ini dapat dijelaskan melalui pernyataan Responden Empat pada penyelidik, antaranya, Cikgu, kali ini saya mesti yakin saya dapat menyebut suku kata yang cikgu dah ajar. Kelima-lima responden kelihatan tidak sabar untuk menjalani ujian bacaan. Penyelidik hanya membantu mentadbirkan rakaman video mengenal suku kata dan membuat teguran supaya sebutan responden lebih jelas. Terdapat peningkatan dari segi kelancaran sebutan dan kualiti masa bacaan. Pencapaian untuk sesi ketiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini amat memberangsangkan. Terdapat banyak peningkatan pada kelancaran menyebut suku kata KVKV yang tertera pada layar putih daripada pancaran alat projektor yang dipasangkan oleh penyelidik. Responden dibimbing oleh penyelidik supaya lebih berkeyakinan untuk menyebut suku kata yang diberikan. Sesi bacaan ini berlangsung menepati had masa yang ditetapkan iaitu 10 minit.

Jadual 11: Skor Ujian Sesi TigaBilResponden Skor Perkataan yang disebut dengan betul 1Responden Satu 7 baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi 2Responden Dua 7baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi3Responden Tiga 6baba, bola, caca, cili, padi, ceri4Responden Empat 6baba, biru, bola, caca, cili, padi5Responden Lima 7baba, biru, bola, caca, cili, suka, padi

Pemerhatian untuk sesi keempat intervensi 12 Oktober 2014 ( Khamis )Bagi sesi keempat intervensi ini, penyelidik menjemput responden dari kelas mereka untuk di bawa ke bilik Pusat Sumber. Intervensi dijalankan di bilik tersebut dengan menggunakan bilik alat pandang dengar ( bilik APD ). Responden Satu dan Responden Lima kelihatan yakin dengan kebolehan diri mereka untuk menyebut suku kata terbuka KVKV yang akan penyelidik tayangkan pada layar putih pada hari tersebut. Tiga responden lagi juga kelihatan tenang di dalam kelas tersebut. Responden Dua, Responden Tiga dan Responden Empat agak ketinggalan satu skor daripada Responden Satu dan Responden Lima. Ketiga-tiga responden ini bimbang sekiranya skor mereka masih rendah berbanding dengan skor Responden Satu dan Responden Lima. Bagi sesi keempat intervensi ini, penyelidik lebih menumpukan perhatian pada kelancaran sebutan. Kelima-lima responden menumpukan perhatian semasa tayangan video suku kata. Kelima-lima responden mentadbirkan pembelajaran mereka

menggunakan rakaman video mengenal suku kata yang dipasangkan oleh penyelidik. Setelah selesai tayangan video suku kata, penyelidik memaparkan semula suku kata yang telah disebut dalam video tersebut. Kelima-lima responden akan menyebut suku kata tersebut seorang demi seorang dan penyelidik bertindak sebagai pemerhati dan mencatat laporan skor secara individu. Setelah selesai bacaan secara individu, penyelidik meminta responden membaca perkataan secara berkumpulan di hadapan layar putih. Keputusan sesi keempat amat memberangsangkan kerana buat kali pertama kali, dua daripada responden dapat menyebut semua perkataan yang diberikan oleh penyelidik. Jadual 12: Skor Ujian Sesi KeempatBilResponden SkorPerkataan yang disebut dengan betul1Responden Satu10baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka, dali, duku2Responden Dua8baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka3Responden Tiga8baba, bola, biru, caca, cili, padi, ceri, suka4Responden Empat8baba, biru, bola, caca, cili, padi, ceri, suka5Responden Lima10baba, biru, bola, caca, cili, suka, Padi, ceri, duku, dali

Pemerhatian untuk sesi kelima intervensi 16 Oktober 2014 ( Isnin )Bagi sesi kelima intervensi, penyelidik telah menggunakan video yang sama tetapi telah menambah bilangan perkataan yang perlu disebut oleh responden. Penyelidik

menerangkan perubahan bilangan perkataan yang perlu disebut kepada kelima-lima responden. Pada sesi sebelum ini, sebanyak 10 perkataan diuji namun pada sesi kelima ini, kelima-lima responden perlu menyebut 15 perkataan. Keyakinan pada kebolehan diri sudah mula ada pada Responden Satu, Responden Dua, Responden Tiga, Responden Empat dan Responden Lima. Responden Satu dan Responden Lima sangat teruja untuk meneruskan intervensi kerana mereka telah berjaya menyebut kesemua perkataan pada sesi intervensi yang keempat. Empat daripada lima responden mula menyebut suku kata terbuka KVKV dengan jelas dan tepat. Penyelidik mendapati Responden Satu dan Responden Lima juga membantu rakan mereka yang lain untuk menyebut suku kata yang diberikan oleh penyelidik. Penyelidik mendapati bakat kepimpinan Responden dan Responden Lima mula terserlah semasa sesi intervensi ini. Diakhir sesi kelima intervensi ini menunjukkan pencapaian yang amat baik kerana tiga daripada responden telah dapat menyebut semua suku kata KVKV yang diberikan. Manakala dua responden lagi dapat menyebut 13 daripada 15 suku kata yang diberikan. Kesemua responden juga dapat menyebut suku kata dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak boleh melebihi 10 minit.

Jadual 13: Skor Ujian Sesi kelimaBilRespondenSkorPerkataan yang disebut dengan betul1Responden Satu15baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, sukadali, duku, feri, foto, gigi, guru, cuci2Responden Dua13baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka, duku, feri, gigi, foto, guru3Responden Tiga13baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka,duku, feri, foto, gigi, guru4Responden Empat15 baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, sukadali, duku, feri, foto, gigi, guru, cuci5Responden Lima15baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, sukadali, duku, feri, foto, gigi, guru, cuci

Pemerhatian untuk sesi keenam intervensi 19 Oktober 2014 ( Khamis )

Bagi sesi terakhir ini iaitu sesi keenam penyelidik menjemput responden dari kelas mereka. Kelima-lima responden sangat teruja dan agak bangga kerana telah menunjukkan peningkatan dalam bacaan mereka. Responden Satu, responden Empat dan Responden Lima berasa sangat berkeyakinan kerana telah berjaya menyebut 15 perkataan yang diberikan oleh penyelidik pada sesi kelima intervensi tersebut. Manakala Responden Dua dan Responden Tiga juga tidak sabar untuk mengikuti intervensi keenam kerana mereka mula berasa berani untuk menyebut perkataan-perkataan yang mereka yakin dapat menyebutnya. Penyelidik cuba membimbing Responden Dua, Responden Tiga dan Responden Empat membatangkan suku kata terbuka KVKV melalui intervensi ini. Keputusan sesi akhir ini amatlah memberangsangkan kerana kelima-lima responden telah berjaya menyebut 15

perkataan yang diberikan dengan betul dalam tempoh jangka masa yang dihadkan iaitu selama 10 minit. Ini menunjukkan pencapaian kelima-lima responden ini sangatlah baik dan memuaskan.Jadual 14: Skor Ujian Sesi Keenam BilRespondenSkorPerkataan yang disebut dengan betul1 Responden Satu 15 baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka. Dali,duku, feri, foto, gigi, guru, cuci

2 Responden Dua 15 baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka. Dali, duku, feri, foto, gigi, guru, cuci

3 Responden Tiga 15 baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka. Dali, duku, feri, foto, gigi, guru, cuci

4 Responden Empat 15 baba, biru, bola, caca, cili, ceri, padi, suka, Dali, duku, feri, foto, gigi, guru, cuci

4.8 Dapatan Rekod Prestasi RespondenJadual 15: Rekod prestasi Responden SatuSesiMasa (minit)Bilangan skor sebutanPeratus pencapaian

115 minit330%215 minit550%310 minit770%47 minit10100%57 minit 15( bilangan perkataan100%Ditambah menjadi 15)65 minit15100%

Responden Satu menunjukkan peningkatan yang cemerlang hasil usahanya yang gigih untuk menjalani intervensi dengan jayanya. Berjaya mencatat peningkatan masa dan skor yang cemerlang dalam enam sesi intervensi. Responden Satu berjaya menyebut semua perkataan yang mempunyai suku kata KVKV yang diberikan oleh penyelidik. Responden Satu berjaya menyebut kesemua perkataan pada sesi intervensi yang keempat, sesi lima dan sesi enam dengan tepat dan jelas. Penyelidik telah menyediakan tayangan video yang lain sebagai bahan bacaan untuk menambahkan kemahiran membaca Responden Satu. Responden Satu disediakan dengan bahan yang mengandungi suku kata KVK bagi mempelbagaikan kemahiran bacaan responden ini.Jadual 16: Rekod Prestasi Responden DuaSesiMasa (minit)Bilangan skor sebutanPeratus pencapaian

120 minit330%217 minit440%310 minit770%48 minit880%57 minit 13( bilangan perkataan87%Ditambah menjadi 15)67 minit15100%

Responden Dua menunjukkan peningkatan yang sederhana berbanding dengan Responden Satu, namun gigih menjalani intervensi kerana sangat berminat dengan intervensi yang dijalankan oleh penyelidik. Responden Dua sering menawarkan diri

untuk menjalani intervensi. Ia berjaya mencatat peningkatan dalam sesi ketiga iaitu meningkat sebanyak 30%. Pada sesi keenam intervensi barulah responden ini dapat menyebut kesemua perkataan yang diberikan oleh penyelidik.

Jadual 17: Rekod Prestasi Responden TigaSesiMasa (minit)Bilangan skor sebutanPeratus pencapaian

120 minit220%217 minit330%310 minit660%48 minit880%57 minit 13( bilangan perkataan87%Ditambah menjadi 15)67 minit15100%

Responden Tiga juga menunjukkan peningkatan yang sederhana. Pada sesi pertama intervensi, Responden Satu hanya dapat menyebut dua perkataan sahaja. Setalah diberikan intervensi beberapa kali , menunjukkan peningkatan pada tahap pencapaian Responden Tiga. Responden Tiga berusaha untuk memperbaiki bacaannya sehinggalah akhirnya dia berjaya mengeja semua perkataan yang diberikan pada sesi keenam intervensi.

Jadual 18: Rekod Prestasi Responden EmpatSesiMasa (minit)Bilangan skor sebutanPeratus pencapaian

120 minit220%217 minit330%310 minit660%48 minit880%57 minit 15( bilangan perkataan100%Ditambah menjadi 15)67 minit15100%

Pada perrmulaan sesi intervensi, Responden Empat menunjukkan pencapaian yang agak lambat iaitu responden hanya dapat menyebut dua perkataan sahaja pada sesi pertama dan tiga perkataan sahaja pada sesi kedua. Pada sesi ketiga intervensi, Responden Empat mula mencapai kemajuan dengan mencapai 60% tahap pencapaian bacaannya. Pada sesi kelima intervensi menunjukkan bahawa Responden Lima sudah dapat menguasai kemahiran bacaan suku kata KVKV apabila mencapai 100% dalam rekod pencapaiannya. Seterusnya, pada sesi keenam juga menunjukkan bahawa responden ini sudah menguasai bacaan KVKV dengan baik.

Jadual 19: Rekod Prestasi Responden LimaSesiMasa (minit)Bilangan skor sebutanPeratus pencapaian

120 minit220%218 minit340%310 minit760%49 minit1080%58 minit 15( bilangan perkataan87%Ditambah menjadi 15)65 minit15100%

Responden Lima juga menunjukkan tahap pencapaian yang agak lambat pada permulaan sesi intervensi. Namun pencapaian responden ini meningkat pada sesi ketiga intervensi. Pada sesi keempat, responden mula menunjukkan kecemerlangannya apabila dapat menyebut semua perkataan yang diberikan. Begitu juga apabila penyelidik membuat penambahan perkataan pada sesi kelima, responden ini dapat menyebut semua perkataan yang diberikan kepadanya. Ini menunjukkan bahawa, responden ini sudah menguasai kemahiran bacaan suku kata KVKV dengan baik apabila menjalanai intervensi ini.

Jadual 20: Peratusan Peningkatan PrestasiBil RespondenPencapaian sebelum Pencapaian selepasPeratusIntervensi IntervensiPeningkatan

1 Responden 130%100%70%2 Responden 240%100%60%3 Responden 320%100%80%4 Responden 420%100%80%5 Responden 520%100%80%

Bagi menganalisa peratusan peningkatan prestasi, setiap responden perlu mempunyai markah sebelum menjalani intervensi dan selepas menjalani intervensi supaya dapat dilakukan perbandingan dan dinilai keberkesanan intervensi yang dijalankan.Responden Tiga, Responden Empat dan Responden Lima mencatatkan peningkatan paling tinggi iaitu sebanyak 80%. Markah ketiga-tiga responden sebelum menjalani intervensi hanyalah 20% sahaja, namun setelah intervensi dijalankan peningkatan peratus pencapaian amat memberangsangkan iaitu sebanyak 80%. Responden Lima yang paling cepat menguasai kemahiran bacaan iaitu pada sesi keempat intervensi. Kelima-lima responden akhirnya telah menguasai kemahiran menyebut suku kata KVKV dengan baik. Responden Dua mendapat peratus peningkatan pencapaian yang kurang daripada responden-responden yang lain kerana rekod pencapaian Responden Dua adalah tinggi pada sebelum sesi intervensi. Setelah intervensi dijalankan, peningkatan sebanyak 60% dicapai oleh responden ini.Kelima-lima responden menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik dan memberangsangkan.

Graf 2: Graf Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan graf ujian pra dan ujian pasca, penyelidik mendapati mendapati kelima-lima responden mencapai peratusan yang tinggi iaitu antara 60% hingga 80% setelah intervensi dijalankan. Penyelidik sangat berpuas hati dengan pencapaian kelima-lima responden ini.

BAB 55.0 Perbincangan dan RefleksiMengimbau semasa menjalankan intervensi ini ke atas responden pada sesi pertama intervensi, responden didapati tidak dapat menyebut suku kata dengan tepat. Responden disoal oleh penyelidik sama ada berminat dengan aktiviti intervensi yang dijalankan oleh penyelidik, dan jawapannya responden sangat berminat walaupun tidak dapat menyebut suku kata dengan lancar. Antara inisiatif yang dilakukan ialah mereka menyebut berulang-ulang kali suku kata yang ditayangkan melalui video mengenal suku kata secara beramai-ramai dan secara individu. Penyelidik juga meminta responden menyalin suku kata yang terdapat dalam video dan responden dibenarkan menghafal semula sama ada di sekolah atau di rumah mereka sendiri. Hasilnya untuk sesi kedua intervensi mereka dapat melakukannya dengan baik. Terdapat peningkatan pada bilangan perkataan yang dapat disebut oleh responden. Hal ini dapat dibuktikan melalui Jadual Rekod Prestasi setiap responden. Pada intervensi kali pertama dan kedua, responden tidak dapat menepati masa yang ditetapkan untuk menyebut suku kata yang diberikan iaitu selama 10 minit. Pada awalnya responden mengambil masa yang lama untuk menyebut suku kata kerana bimbang sebutan mereka salah dan kerana tidak yakin dengan sebutan mereka.

Responden mula teruja untuk menjalani intervensi setelah mendapati pencapaian prestasi mereka semakin baik. Responden sangat gembira apabila dapat menyebut suku kata dengan betul. Penyelidik memberikan kata-kata galakan kepada kelima-lima responden seperti kata pujian bagus, syabas dan tahniah. Responden sangat gembira dapat menyebut suku kata dengan betul. Responden berlumba-lumba untuk menyebut suku kata yang diberikan oleh penyelidik. Antara kata-kata responden tersebut Cikgu, saya lah mula dulu. Masing-masing berebut-rebut untuk memulakan aktiviti bacaan suku kata tersebut. Kata-kata dan perbuatan mereka itu sudah cukup untuk penyelidik menilai bahawa penyelidik sudah mendapat reaksi positif daripada responden. Pencapaian responden juga amat membanggakan. Responden juga tidak sabar menunggu kedatangan guru setiap kali sesi intervensi. Setiap kali penyelidik masuk ke dalam kelas, Responden Satu akan berkata, Cikgu, hari ini boleh tengok video sotong lagi kah? Kata-kata responden ini menunjukkan minat responden untuk menjalani intervensi. Hasil kejayaan penyelidik membantu kelima-lima responden meningkatkan kebolehan menyebut suku kata terbuka KVKV, amat membanggakan penyelidik. Ini menguatkan lagi kepercayaan penyelidik bahawa responden perlukan pembelajaran yang pelbagai teknik, khususnya yang berasaskan teknologi. Setelah penyelidik selidiki dan imbas semula daripada pengalaman mengajar, video pengajaran dan pembelajaran ada banyak dalam internet, namun guru kurang atau tidak pernah menggunakannya.

Kesimpulannya, penyelidik berpendapat bahawa guru perlu kreatif mewarnai pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran menjadi berkesan boleh dicapai, terutamanya untuk mengatasi masalah pembelajaran murid. Melalui kajian ini penyelidik pengajaran yang berasaskan teknologi boleh menarik minat murid dan berjaya menyelesaikan masalah jika ditadbirkan dengan baik. Guru mesti memastikan penyampaian pembelajaran yang santai tanpa terlalu banyak arahan dan peraturan yang sukar difahami serta membebankan murid. 5.1 Cadangan Kajian SeterusnyaSetelah melihat kepada kejayaan yang telah dicapai melalui kajian ini, penyelidik mencadangkan supaya intervensi Penggunaan Video Mengenal Suku Kata ini dilebarkan penggunaannya dalam kalangan guru-guru yang mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Dalam kajian ini intervensi dikhususkan untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Untuk cadangan seterusnya, intervensi ini boleh dikreatifkan lagi supaya dapat digunakan sebagai bahan pengayaan. Contohnya, pada rakaman video ini dimasukkan juga latihan menulis perkataan yang telah dipelajari dalam video tersebut. Murid boleh menaip ejaan perkataan berpandukan gambar yang disediakan dan sekiranya murid dapat menjawab dengan betul, maka markah betul diberikan sama ada dengan memasukkan bunyi orang bertepuk tangan atau bunyi suara

seperti tahniah, jawapan anda betul . Ini akan menarik perhatian murid lagi untuk meneruskan intervensi. Murid dibenarkan menjalankan latihan secara berkumpulan.Intervensi ini boleh dilakukan secara lisan ataupun bertulis mengikut kesesuaian waktu, jika tempoh masa agak panjang, intervensi cadangan ini sesuai dijalankan secara latihan bertulis bagi membantu murid menulis dengan kemas. Jika tempoh masa agak singkat, intervensi ini sesuai dijalankan secara lisan, ini membantu murid membina komunikasi yang baik dengan rakan disamping memahirkan verbal linguistik dalam kalangan murid.Cadangan seterusnya ialah meluaskan penggunaan intervensi ini kepada murid-murid tahap dua yang menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh membuat sedikit pengubahsuaian pada intervensi ini mengikut masalah pembelajaran dan tajuk semasa dengan menggunakan konsep yang sama.Sebagai rumusan, setelah penyelidik Berjaya menyelesaikan kajian dengan menggunakan intervensi yang berkonsepkan penggunaan teknologi maklumat, penyelidik mendapati bahawa salah satu konsep penting dalam perkembangan pendidikan pendidikan kanak-kanak ialah kurikulum yang bersesuaian dan fitrah serta perkembangan kanak-kanak. Kenyataan ini disokong melalui teori perkembangan kognitif Piaget dan teori kognitif Vygotsky yang menjelaskan bahawa bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Menurut Piaget, aktiviti bermain adalah penting

menyumbang kepada perkembangan perkembangan kognitif dan social kanak-kanak. Essa (2011, seperti dinyatakan dalam Sharifah Nor Puteh & Aliza 2012 ). Perkembangan kognitif dan sosial berlaku pada tahap yang berlainan dengan keupayaan yang berbeza. Tahap ini mengikut perkembangan kanak-kanak dan perkembangan ini dapat diasah dan ditingkat mengikut keperluan kanak-kanak. Oleh itu, proses pembelajaran perlu mempertimbangkan kemampuan, keupayaan dan kesediaan murid. Hal ini penyelidik cuba manfaatkan sebaik mungkin, penyelidik membina bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kemampuan responden. Isi pelajaran yang dimasukkan ini ditentukan oleh penyelidik setelah mengambil kira objektif kajian, kebolehan dan kesediaan responden untuk menjalani intervensi. Hal ini penting untuk menentukan kejayaan besar intervensi ini.

23