Upload
faridah-azizan
View
237
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENILAIAN BAGI KATA HUBUNG
Citation preview
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRL 3043 LATIHAN ILMIAH
TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
PENSYARAH/PENYELIA : PROFESOR MADYA DR. ADENAN BIN AYOB
KUMPULAN : UPSI 06 (A151 PJJ)
TARIKH SERAH : 16 OKTOBER 2015
1
PEMARKAHAN
PENILAIAN KEBERKESANAN KAEDAH KONVENSIONAL
BERBANDING INTERNET BAGI MENGUKUR PENGUASAAN
KATA HUBUNG DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Isi Kandungan .......... 2-3
BAB 1: PENGENALAN
PENDAHULUAN .......... 4
LATAR BELAKANG KAJIAN .......... 4
PERNYATAAN MASALAH .......... 6
OBJEKTIF KAJIAN .......... 7
SOALAN KAJIAN .......... 7
KEPENTINGAN KAJIAN .......... 8
BATASAN KAJIAN .......... 9
DEFINISI OPERASIONAL .......... 9
RUMUSAN .......... 10
2
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
PENDAHULUAN .......... 12
TEORI DAN KONSEP .......... 12
KAJIAN LEPAS BERKAITAN .......... 15
RUMUSAN .......... 17
BAB3: METODOLOGI
PENDAHULUAN .......... 19
REKABENTUK KAJIAN .......... 19
PERSAMPELAN .......... 20
INSTRUMEN KAJIAN .......... 21
PROSEDUR ANALISIS DATA .......... 22
RUMUSAN .......... 22
RUJUKJAN .......... 24
LAMPIRAN .......... 26
3
PENILAIAN KEBERKESANAN KAEDAH KONVENSIONAL BERBANDING
INTERNET BAGI MENGUKUR PENGUASAAN KATA HUBUNG DALAM
KALANGAN MURID TAHUN ENAM
BAB 1
PENGENALAN
Pendahuluan
Dalam bab 1 ini pengkaji akan menyentuh serba sedikit tentang latar belakang secara umum
pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan masa
kini. Di dalam pernyataan masalah pula, pengkaji menekankan aspek-aspek penilaian sebagai
kayu ukur dalam menentukan sejauh mana keberkesanan sesuatu pengajaran itu dilaksanakan.
Turut disentuh adalah aspek objektif kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian untuk
renungan dan penilaian pihak-pihak tertentu. Manakala bagi aspek batasan kajian pula,
dinyatakan lokasi, kaedah kajian serta golongan yang terlibat dalam melaksanakan kajian
tersebut. Seterusnya, beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan kajian yang dijalankan di bawah sub
tajuk definisi pembolehubah.
Latar belakang kajian
Dalam era dunia yang bergerak pantas dan semakin global, pengintegrasian teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan menjadi semakin relevan dan menjadi
keutamaan. Internet merupakan salah satu daripada teknologi ICT yang paling pesat
berkembang dan menjadi begitu dominan dalam konteks kehidupan masa kini. Cabaran ini
membawa kepada implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
sekolah-sekolah dan institusi pendidikan.
Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan ke
arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan masa
4
kini. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat,
maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara
hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa
kepada implikasi yang besar kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan
juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan
multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni
atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah
menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru
dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan
murid untuk meneroka dan mencari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Melalui
portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid
dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang
lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh dalam proses
penilaian di mana sesuatu penilaian itu hanya dijalankan sekali sahaja dalam satu-satu masa
serta memerlukan guru untuk menyemak dan menerangkan sesuatu persoalan yang terdapat
dalam penilaian itu. Keadaan ini berbeza dengan penilaian yang dijalankan dalam sesuatu
portal di mana ianya boleh berbentuk interaktif yang membenarkan murid belajar secara
kendiri dan boleh diulang-ulang bagi mendapatkan kefahaman.
Melalui internet juga membolehkan program latihan atau penilaian secara interaktif
dapat disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Pembelajaran dalam talian atau
e-pembelajaran ini merupakan satu kaedah yang menyenang dan menyeronokkan.
Pembelajaran ini membolehkan pelajar, belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran
secara maya ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan
digital atau laman web. Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan isi pelajaran
yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
• Pelajar dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi
dua hala dan penemuan kendiri.
5
• Pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya.
• Pelajar boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya.
• Pelajar bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan tahap pencapaian dan
pengetahuan.
Justeru, dalam kajian ini apa yang cuba ditunjukkan adalah perkaitan antara proses
pembelajaran bebas sebagai pemboleh ubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai pemboleh
ubah bersandar(bergerakbalas). Strategi pembelajaran yang akan digunakan dalam kajian ini
ialah kaedah penilaian interaktif melalui internet dan kaedah penilaian konvensional. Kedua-
dua kaedah penilaian ini akan dinilai keberkesanannya berdasarkan kepada hasil yang akan
diukur dalam bentuk pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya satu tinjauan
melalui proses temu bual akan dilakukan terhadap guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
tentang kelebihan penggunaan internet berbanding konvensional dalam aspek penilaian.
Pernyataan Masalah
Dalam proses pembelajaran murid-murid, ianya tidak berakhir dengan penyampaian pelajaran
oleh guru sahaja malah di akhir sesuatu pembelajaran kita ingin mendapat maklumat tentang
pelajar, melihat keberkesanan pembelajaran dan dapat mengenal pasti aspek yang boleh
diperbaiki. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat ini ialah melalui proses penilaian.
Proses penilaian sering dianggap sesuatu yang merunsing dan menakutkan murid-
murid atau sesiapa sahaja yang akan menempuhinya. Terdapat tanggapan bahawa penilaian
itu sinonim dengan peperiksaan atau ujian yang tidak terlepas dari proses menjawab soalan
dengan menanda, membulat, menggaris, mengisi tempat kosong dan lain-lain gerakbalas
sehingga boleh menimbulkan kebosanan atau kejemuan terhadap proses penilaian
konvensional ini, dan seterusnya murid menjadi kurang berminat atau timbul sikap sambil
lewa dengan proses penilaian tersebut. Keadaan ini menimbulkan tanggapan atau perasaan
tidak seronok murid-murid dalam menjadikan penilaian itu sebagai proses pembelajaran
berkesan.
Sebenarnya maksud penilaian lebih luas, McMillan (2001) mentakrifkan penilaian
sebagai pengumpulan, pentaksiran dan penggunaan maklumat untuk menolong guru membuat
keputusan yang lebih baik dalam bilik darjah. Justeru itu, melihat kepada perkembangan
6
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini, kajian ini cuba membuktikan bahawa
penilaian melalui internet adalah berkesan dan dapat menarik minat murid menjadikan
penilaian ini suatu proses pembelajaran kendiri bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.
Manakala penilaian konvensional adalah sistem penilaian yang biasa digunakan oleh
guru dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Prosedur-prosedur penilaian konvensional
dilakukan dengan menguji "bits and pieces". Contoh-contoh format penilaian
tradisional/konvensional antara lain: multiple-choice, matching, true-false, dan paper and
pencil test. Dengan mengkaji kenyataan mengenai perapan penilaian konvensional dalam
pembelajaran, nampak ada ketidak sesuaian antara pembelajaran di sekolah dengan sistem
penilaian yang digunakannya. Apa yang jelas proses penilaian yang biasa dilakukan guru
selama ini belum dapat mencapai keberkesanan objektif pengajaran dan pembelajaran
sepenuhnya.
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mendapat maklum balas tentang sejauh mana
keberkesanan dan kelebihan penggunaan internet dalam proses penilaian berbanding dengan
penilaian yang dijalankan secara konvensional bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu, fokus
kepada tatabahasa iaitu penggunaan Kata Hubung dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 6.
Objektif bagi kajian yang dijalankan ialah untuk:
a) Menentukan keberkesanan murid-murid menjawab soalan melalui internet berbanding
secara konvensional.
b) Menentukan kelebihan penggunaan internet dalam proses penilaian berbanding kaedah
konvensional.
Soalan Kajian
Kajian yang dijalankan merangkumi perkara seperti berikut:
7
a) Adakah terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara kaedah penilaian
menjawab soalan melalui internet dengan kaedah penilaian secara konvensional.
b) Apakah terdapat kelebihan kaedah penilaian melalui internet bagi guru berbanding
penilaian secara konvensional.
Kepentingan Kajian
Kajian yang dibuat mempunyai kepentingan untuk renungan dan penilaian pihak-pihak
berikut:
a) Kepada Guru Dan Pelajar
Menyedarkan para guru tentang kelebihan penggunaan internet dalam proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya proses penilaian serta memberi rangsangan,
motivasi dan minat untuk murid-murid menggunakan proses penilaian yang berterusan
sebagai suatu proses pembelajaran secara kendiri.
b) Kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
Agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri memberi penekanan terhadap kepentingan
penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam
aspek penilaian dan tidak hanya terikat dengan penilaian secara, konvensional semata-
mata. Di sini JPN boleh menggunakan soalan-soalan terkumpul (bank soalan) bagi
menghasilkan suatu laman interaktif secara online atau pun offline.
c) Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Diharap pihak KPM dengan menggunakan segala kepakaran yang ada atau dengan
kerjasama pihak tertentu, dapat menghasilkan suatu laman interaktif melalui internet
secara percuma atau dengan bayaran yang minimun iaitu laman penilaian atau latihan
menjawab soalan mengikut sukatan pelajaran terkini bagi membantu murid-murid
membuat latihan secara kendiri di samping dapat menggunakan kemudahan internet
yang dibekalkan secara optimun.
8
Batasan Kajian
Kajian ini menumpukan aspek tatabahasa iaitu berkaitan penggunaan Kata Hubung dalam
ayat Bahasa Melayu. Dalam kajian yang dibuat, ianya melibatkan dua buah kelas Tahun 6
dengan mengumpul 30 orang murid daripada keseluruhan murid Tahun 6 yang terhad kepada
sebuah sekolah sahaja di daerah Lenggeng, Negeri Sembilan. Mereka ini merupakan sampel
perwakilan sebenar untuk sebuah sekolah yang ingin dikaji. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar Tahun 6 sekolah rendah di seluruh negara.
Dalam kajian yang akan dibuat ini, 30 orang murid terlebih dahulu akan melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mereka ini akan melalui pula proses
penilaian. Di sinilah murid-murid eksperimen ini akan melalui dua kaedah penilaian yang
berbeza iaitu pertamanya, melalui kaedah konvensional dan keduanya kaedah penilaian
melalui internet untuk dibuat perbandingan keberkesanan dua kaedah tersebut. Dalam kajian
ini akan wujud beberapa kesukaran dari segi kemudahan peralatan ICT iaitu bilangan
komputer terhad yang terdapat di makmal komputer sekolah. Begitu juga dengan talian
internet yang kemungkinan mengalami gangguan talian atau berlaku talian yang tidak dapat
menampung kepada akses yang banyak. Oleh itu beberapa pendekatan akan diambil, seperti
menjalankan eksperimen dalam kumpulan kecil secara berperingkat-peringkat dalam jangka
masa yang sama.
Definisi pembolehubah/ operasional
Beberapa istilah yang digunakan dalam kajjian ini diperjelaskan bagi menerangkan dengan
lebih terperinci berkaitan dengan kajian yang dijalankan.
i. Penilaian
Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) juga, “penilaian” didefinisikan
sebagai perihal perbuatan menilai atau pentaksiran. Dalam konteks kajian ini, penilaian
adalah proses atau prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
mentaksir hasil pengukuran yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian proses pembelajaran, kemahiran atau sikap.
9
ii. Kata Hubung
Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), “kata hubung” juga dikenali kata
penyambung ayat iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan
ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai
ayat majmuk.
iii. Bahasa Melayu
Mata Pelajaran Bahasa Melayu bertujuan melengkapkan murid dengan ketrampilan
berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu (KPM,
2003). Dalam konteks kajian ini, Mata Pelajaran Bahasa Melayu adalah merujuk kepada
proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi
kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada masa berkenaan.
iv. Melalui Internet
Internet atau WWW (World Wide Web) merupakan satu sistem rangkaian kawasan
meluas (WAN) yang membolehkan komputer berkomunikasi antara satu sama lain
melalui pelbagai media komunikasi. Dalam konteks kajian ini, “melalui internet” adalah
merujuk kepada sistem pembelajaran interaktif melalui internet iaitu dengan
menggunakan laman web, www.zoom-a.com.
v. Berbanding
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan “berbanding” ialah
dibandingkan. Oleh itu, dalam konteks kajian ini berbanding adalah merujuk kepada
perbandingan antara kaedah penilaian secara konvensional dengan kaedah penilaian
menggunakan internet.
vi. Konvensional
Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan “konvensional”
mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh kovensi, biasa atau sebagaimana
kebiasaannya. Dalam konteks kajian ini, konvensional adalah merujuk kepada proses
penilaian yang biasa dilakukan iaitu mengedar kertas soalan dan kertas jawapan
kemudian pelajar menanda kertas jawapan dengan pensel.
10
Rumusan
Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam
aspek penilaian merupakan suatu dimensi baru kepada murid sekolah rendah untuk beralih
dari kaedah penilaian secara konvensional kepada penilaian secara interaktif melalui internet.
Dengan berkembangnya ICT dan mengambil kira kemudahan ICT dan internet yang
dibekalkan oleh KPM di sekolah-sekolah, suatu kaedah penilaian baru perlu diteroka dan
dimajukan sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Internet amat berpotensi membuatkan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
bermakna. Dengan kemudahan yang sedia ada, terpulanglah kepada guru untuk membawa
penggunaan internet dalam proses pembelajaran murid-murid. Walaupun akses ke talian
internet masih belum stabil tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-
mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat beli-belah dan lain-lain dapat dimanafaatkan
dengan sebaik mungkin. Sudah pasti proses pembelajaran menggunakan program interaktif
melalui internet menyeronokkan murid-murid dan memudahkan proses pengajaran guru. Di
samping itu, ia juga merupakan kaedah paling cepat dan berkesan untuk menyemai budaya
celik komputer di kalangan pelajar dan warga sekolah. Justeru itu, KPM perlu menilai
penggunaannya bagi membantu pelajar dan guru di sekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam aspek penilaian.
11
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan pendapat dan hasil dapatan kajian oleh pengkaji
tempatan dan luar negara berkaitan dengan aspek penilaian dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pembelajaran dan pengajaran diukur
melalui objektif pengajaran yang pelajar dapat capai sewaktu sesi pembelajaran dijalankan di
dalam kelas.
Justeru itu pengkaji akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya pengkaji akan melakukan proses penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Di sini pengkaji ingin melihat dan menilai keberkesanan proses penilaian ke atas
pembelajaran bagi aspek Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 6 bagi tajuk berkaitan Kata
Hubung yang dijalankan dengan menggunakan dua kaedah penilaian iaitu penilaian secara
interaktif melalui internet melalui tapak web www.zoom-a.com dan penilaian melalui kaedah
konvensional dengan menggunakan kertas dan pensel. Dari penilaian yang dilakukan ini,
pengkaji akan membuat perbandingan hasil dapatan ke atas murid-murid dari kumpulan
eksperimen bagi meninjau keberkesanan program penilaian yang dikaji. Seterusnya pengkaji
juga melakukan temu bual terhadap guru tentang kelebihan program atau internet khusus
dalam aspek penilaian yang digunakan, berbanding dengan penilaian secara konvensional.
Teori dan Konsep
Proses globalisasi sangat ketara mempengaruhi sistem pendidikan sejagat masa kini dari
pelbagai sudut. Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian juga penting bagi menentu atau melihat sejauh mana sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran itu berjaya mencapai objektifnya. Jelas sekali, penilaian memainkan peranan
penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal
pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan
pendidikan.
12
Rajah 2.1 dapat memperlihatkan bagaimana penilaian, proses pengajaran dan
pembelajaran bertindakbalas di antara satu sama lain bagi mencapai matlamat yang
dijangkakan.
RAJAH 2.1
Tindakbalas Antara Penilaian, Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa
yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan
profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Meskipun banyak
definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971),
Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian
merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian,
pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan
keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses
sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah dicapai.
13
Penilaian
MATLAMAT
PembelajaranPengajaran
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang penilaian, pentaksiran
dan peperiksaan iaitu Ahmad Ghazali Ibrahim (1994) , penilaian ialah integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterpretasikan maklumat atau memberi nilai kepada maklumat
itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.
Untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid, kita boleh mengguna
proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat
dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau
diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti
markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan seseorang
berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band. Ukuran di atas boleh
didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat
pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai
semak.
Tyler (1949) dalam Ainon Mohd (2005) telah menjalankan satu kajian mengenai
kurikulum penilaian pada tahun 1940-an dan beliau telah membawa satu perubahan yang
besar dalam penilaian pendidikan. Menurut pandangan Tyler, kurikulum adalah sepatutnya
diorganisasikan di sekitar objektif yang eksplisit dan kejayaannya adalah ditentukan
berdasarkan kepada pencapaian pelajar dalam memenuhi objektif tersebut. Teori ini telah
menandakan satu anjakan daripada perkara yang berkaitan dengan penilaian pelajar secara
individu kepada penilaian kurikulum. Dalam teori tersebut, Tyler membayangkan bahawa
pelajar mempunyai pencapaian yang lemah bukan disebabkan oleh kurang upaya tetapi
terdapat kelemahan dalam kurikulum.
Penilaian dalam bilik darjah juga biasanya mengutamakan penilaian formatif, iaitu
mengesan perkembangan pembelajaran dengan segera untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid-murid. Manakala penilaian sumatif dilakukan bagi tujuan untuk mengetahui
secara menyeluruh akan penguasaan dan tahap pencapaian murid-murid. Penilaian adalah
lebih sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak hanya
mengadakannya untuk tujuan ujian semata-mata. Ini adalah kerana melaluinya pelbagai
pendekatan boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Tambahan pula,
penilaian juga merangkumi ujian yang merupakan suatu alat yang bersistematik bagi
menentukan prestasi atau peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang atau
kemahiran. Bentuk penilaian yang digunakan di sekolah-sekolah rendah meliputi pelbagai
14
cara dan kaedah. Dua cara melaksanakannya; satu cara informal seperti pemerhatian, soal
jawab lisan atau kuiz dan satu cara lagi dalam bentuk formal seperti ujian pensel dan kertas
yang dianggap konvensional berbanding dengan bentuk penilaian interaktif melalui internet.
Justeru itu, dua kaedah penilaian akan digunakan dalam kajian ini dan semua aktiviti
penilaian akan direkodkan supaya penganalisisan dapat dijalankan.
Mengikut Tuckman (1975:12) iaitu merujuk buku Pedagogi Bahasa karangan
Kamarudin Hj. Hashim, ujian bolehlah dijelaskan sebagai satu jenis atau kumpulan alat
pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Ia adalah alat
pengukuran yang dapat memberikan sampel tingkah laku seseorang dengan cara menjawab
soalan atau menyelesaikan masalah.
Dalam kajian ini penilaian yang dilaksanakan bersifat penilaian kuantitatif bagi tujuan
mendapatkan hasil penilaian. Secara kuantitaif, pencapaian murid-murid dinilai dalam bentuk
angka dan peratusan. Maklumat dengan cara ini mudah dikemaskini, disusun dan
diringkaskan dalam bentuk yang mudah difahami. Secara amnya, penilaian membantu guru
menilai prestasi murid secara menyeluruh. Penilaian dalam pendidikan seterusnya pula
mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, perlaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran dan matlamat ke arah mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran.
Kajian-kajian lepas berkaitan
Antara kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
i. Kajian Tempatan
Kajian yang berkaitan dengan penilaian ini pernah dijalankan oleh Lihanna Borhan
dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Tajuk kajian yang dilakukan ialah
“Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui Portfolio”. Kajian
yang dijalankan adalah membincangkan dan mencari alternatif yang sesuai bagi
menggantikan penilaian bertulis yang dilihat kurang sesuai bagi pendidikan awal
kanak-kanak. Dapatan daripada kajian ini, portfolio merupakan satu kaedah yang
berpotensi memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan juga
dapat memenuhi kebanyakan fungsi dan objektif penilaian.
15
ii. Kajian Luar Negara
Menurut kajian yang dijalankan oleh Gay (1985) di dalam modul Pengukuran Dan
Penilaian Dalam Pendidikan, “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Apabila menyentuh tentang ujian atau penilaian, Gagne (1970:3) dalam buku bertajuk
Pedagogi Bahasa karangan Kamarudin Hj. Husin, memberi definisi ujian sebagai cara
yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran
telah dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Oleh itu jelaslah bahawa ujian adalah
satu cara yang sistematik dan harus dijalankan dengan baik dan mengikut peraturan-
peraturan tertentu.
Pembelajaran serta penilaian secara terus menerusi teknologi internet pula
mampu menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak berstruktur
menyerupai keadaan dalam kehidupan yang sebenar. Menurut Jonassen (1999),
kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet dapat menyediakan
suatu suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif. Spiro (1991) pula
menyatakan, kemudahan teknologi seperti hiperteks, audio, video, animasi, simulasi
dan interaktiviti membolehkan pembelajaran berasaskan teori kognitif fleksibel dapat
dilaksanakan dan diperkembangkan penggunaannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini secara tidak langsung membolehkan seseorang pelajar berfikir pada
peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, pembelajaran menerusi internet merupakan antara pendekatan baru
yang semakin mendapat perhatian dan ianya masih dikaji dari pelbagai aspek oleh
golongan pendidik (Khan, 1997). Hasil serta potensi yang diperolehi daripada proses
pengkajian berterusan tersebut masih berkembang dan mula menjanjikan perubahan
yang positif (Collis, 1996; Schutte, 1997). Ianya berfungsi untuk membentuk
persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna di mana pembelajaran boleh disokong
dan dipertingkatkan dari pelbagai aspek. Pembelajaran menerusi internet mempunyai
banyak kelebihan dan antara yang utama menurut Alessi dan Trollip (2001) di dalam
buku mereka bertajuk “Multimedia for Learning” ialah :
16
•pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga
mereka berada.
•bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang berada
seluruh dunia.
•pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan
pantas.
•pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan juga
pendidik.
Kesimpulan
Penilaian merupakan perkara yang penting dalam proses pendidikan. Ia melibatkan sejauh
mana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara dapat dinilai. Justeru itu, penilaian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan sama ada ianya dilakukan secara formal
atau tidak formal adalah untuk menentukan penguasaan pelajar terhadap kemahiran,
pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian dilakukan untuk mengesan perkembangan
pelajar dari segi nilai dan sikap serta membantu guru dalam mempertingkatkan pengajaran
mereka agar lebih berkesan. Penilaian yang dibuat juga mampu mengenal pasti kelemahan
dan kekuatan program tersebut. Kelemahan dapat diperbetulkan dan kekuatan dapat ditambah
baik dalam menentukan kelangsungan sesuatu program.
Walau bagaimanapun dalam zaman ledakan ICT kini, internet telah membolehkan
perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan dapat diakses secara jarak
jauh. Proses penilaian melalui internet ini memberi impak pembelajaran atau peluang yang
lebih luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif, interaktif, koloboratif dan seterusnya
menggalakkan pembelajaran kendiri. Pengalaman pembelajaran khususnya dalam aspek
penilaian boleh diperolehi menerusi penggunaan internet, tidak hanya berada dalam
lingkungan kelas atau penggunaan kertas dan pensel sahaja; malah penggunaan internet
mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang
sesuai.
17
Di dalam bab ini pengkaji membuat tinjauan kajian yang berkaitan dengan
penggunaan internet dalam proses penilaian sebagai suatu prospek pembelajaran kendiri.
Pengkaji juga ada mengemukakan beberapa teori dan model yang menerangkan tentang
pendapat atau kelebihan internet berbanding dengan kaedah penilaian konvensional.
Berdasarkan kajian penggunaan internet, diharapkan proses penilaian interaktif melalui
internet akan memberi kesan positif ke atas pencapaian pelajar yang dikaji di dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu.
18
BAB 3
METODOLOGI
Pendahuluan
Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk melihat sama ada kaedah penilaian interaktif
melalui internet dapat menunjukkan keberkesanan atau menjejaskan pencapaian murid dalam
aspek berkaitan tatabahasa iaitu Kata Hubung bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6.
Justeru itu beberapa aspek akan diguna dan diambil kira dalam kajian ini adalah seperti reka
bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat-alat kajian dan tatacara pengutipan serta
penganalisisan data.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen dan juga tinjauan, bagi
membandingkan keberkesanan kaedah penilaian melalui internet dengan kaedah biasa iaitu
penilaian secara konvensional. Kajian ini akan dijalankan ke atas sekumpulan murid
eksperimen yang mempunyai kebolehan atau pencapaian yang pelbagai. Murid-murid
kumpulan eksperimen ini akan diberikan borang maklumat pelajar (Lampiran A). Borang
berkenaan disediakan bagi mengetahui beberapa aspek seperti jantina, umur, status pekerjaan
ibu bapa, kemudahan dan pengetahuan tentang penggunaan komputer atau internet.
Seterusnya murid-murid kumpulan eksperimen akan menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran bagi tajuk yang berkaitan dalam tempoh masa yang tertentu. Setelah proses
pengajaran dan pembelajaran ini selesai, murid kumpulan eksperimen akan melalui proses
menjawab soalan atau menjalani penilaian terhadap aspek yang diajar melalui dua kaedah
iaitu pertamanya, murid ini akan dibekalkan soalan berkaitan Kata Hubung Bahasa Melayu
dalam bentuk objektif (Lampiran B) dan dikehendaki menjawab soalan secara konvensional
dengan menanda pada kertas jawapan. Kertas jawapan ini akan dikumpul dan disemak hasil
dapatannya. Seterusnya kumpulan eksperimen ini juga akan dinilai melalui penggunaan
internet iaitu murid menjawab soalan secara online di mana soalannya (Lampiran C) adalah
sama tetapi kedudukan soalan adalah berubah.
19
Kertas ujian juga akan disemak dan hasil dapatannya dibuat secara automatik melalui internet.
Kedua-dua kaedah penilaian ini akan dibuat perbandingan dari segi gred pencapaian atau skor
yang mereka perolehi.
Di akhir eksperimen atau kajian ini, pengkaji juga membuat tinjauan tentang kelebihan
menggunakan kaedah penilaian melalui internet berbanding konvensional dengan
mengadakan temu bual terhadap guru-guru bahasa Melayu di sekolah kajian ini dijalankan.
Reka bentuk kajian adalah seperti rajah di bawah:
RAJAH 3.1
Aliran Reka Bentuk Kajian
Persampelan
Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Lenggeng, Negeri Sembilan.
Populasi kajian terdiri dari murid Tahun 6 sekolah tersebut iaitu seramai 30 orang. Sampel
kajian pula terdiri dari dua buah kelas Tahun 6 yang melibatkan 15 orang dari murid Tahun 6
Al-Firdaus dan 15 orang lagi dari murid tahun 6 Al-Jannah, Pemilihan sampel ini juga
menggunakan kaedah persampelan kelompok sebagai kumpulan eksperimen di mana
20
BORANG SOAL
SELIDIK
PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TEMU BUAL GURU
PENILAIAN KONVENSIONAL
PENILAIAN MELALUI INTERNET
pemilihan murid diambil dari dua kumpulan kelas untuk sampel kajian. Murid-murid yang
dijadikan sampel ini juga adalah terdiri dari kalangan murid pelbagai pencapaian dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah borang soal selidik maklumat
pelajar, satu set soalan penilaian konvensional dan tapak laman web pembelajaran interaktif
melalui internet (www.zoom-a.com).
i. Pembangunan Instrumen Kajian
• Borang Maklumat Pelajar
Borang maklumat pelajar diberikan kepada semua pelajar yang terlibat dalam kajian yang
akan dijalankan. Ia mengandungi maklumat seperti nama, jantina, keturunan, latar belakang
pekerjaan ibu bapa dan kebolehan dan kemudahan tentang komputer atau internet ( Lampiran
A).
• Penilaian
Kertas soalan (penilaian secara konvensional) dan penggunaan internet melalui laman web
www.zoom-a.com akan diguna atau diberikan kepada semua murid yang terlibat dalam kajian
ini. Penilaian ini dibuat setelah murid kumpulan eksperimen telah habis proses pembelajaran
bagi tajuk yang akan dinilai. Penilaian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap
pencapaian bagi aspek atau tajuk yang diajarkan. Soalan yang terdapat pada kertas soalan
dengan soalan dalam internet adalah sama dari segi kandungan yang disoal tetapi kedudukan
soalan adalah berbeza. Soalan yang akan diberikan kepada murid adalah menepati Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
• Temu Bual
Pengkaji akan menemu bual guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi mendapat pandangan
tentang persoalan; adakah terdapat kelebihan penggunaan internet dalam aspek penilaian
berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional.
21
ii. Pemboleh Ubah Kajian
Pemboleh ubah bagi kajian ini ialah kaedah penilaian yang digunakan ke atas sampel atau
kumpulan eksperimen iaitu penilaian secara interaktif dengan menggunakan internet di atas
tapak website yang telah ditentukan.
Prosedur analisis data
i. Tatacara pengutipan data
Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji terhadap murid-murid yang terlibat
dalam kumpulan eksperimen. Pengumpulan data dalam kajian ini juga akan dibuat
dengan dua kaedah penilaian yang berbeza iaitu penilaian atau ujian secara
konvensional dan ujian interaktif melalui internet. Setiap ujian mengandungi 25 soalan
bagi setiap kaedah yang digunakan untuk dijawab secara individu. Masa yang
diperuntukan adalah 30 minit untuk setiap ujian. Manakala maklumat tentang
kelebihan penilaian menggunakan internet berbanding konvensional akan dijalan
secara tinjauan dengan menemu bual guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
ii. Tatacara Penganalisisan Data
Data yang akan diperolehi daripada kedua-dua kaedah penilaian, iaitu penilaian secara
konvensional dan penilaian melalui internet akan dianalisis dan dibuat perbandingan
dengan menggunakan program Statistical for social science (SPSS). Manakala ujian
pengesanan dianalisis dengan menggunakan Ujian-t.
Rumusan
Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen dan tinjauan. Kumpulan eksperimen adalah
seramai 30 orang murid dari dua buah kelas Tahun 6 iaitu 15 orang murid dari Kelas 6 Al-
Firdausi, dan 15 orang murid dari Kelas 6 Al-Jannah. Kumpulan eksperimen ini akan
menjawab soalan melalui dua kaedah yang telah ditetapkan. Keputusan yang diperolehi dari
ujian tersebut akan dikumpul dan dianalisis. Manakala tinjauan kelebihan penilaian
22
menggunakan internet pula hanya melibatkan temu bual dengan lima orang guru Mata
Pelajaran Bahasa Melayu di sekolah berkenaan.
Adalah diharapkan keputusan ujian atau penilaian interaktif melalui internet dapat
memberikan kesan yang positif atau sekurang-kurangnya kaedah tersebut tidak menjejaskan
pencapaian murid berbanding penilaian yang dijalankan secara konvensional. Dengan
kemajuan ICT, diharap ianya memberi dimensi baru dalam aspek penilaian bagi membantu
mempertingkatkan lagi proses pembelajaran murid di sekolah. Manakala aplikasi internet
diharap memberi banyak kelebihan kepada guru-guru keseluruhannya dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti khususnya dalam melaksanakan proses
penilaian secara berterusan.
23
RUJUKAN
Mahizer bin Hamzah, Abdul Talib b. Mohamed Hashim, Noraini bt Mohamed Noh,
Norazilawati bt Abdullah. KRL 3033 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan Edisi Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran
Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan
Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Lihanna Borhan (2003). Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui
Portfolio. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
McMillan, J.H. (2001). Classroom Assessment: Principles and Practice For Effective
Instruction. Boston. MA: Allyn and Bacon.
24
Modul OUM HBEF3203 (2007). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood
(2008).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ng Wai Kong (1999). ICT & Pengajaran. Diperolehi Julai 2, 2009, daripada
http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm
One Touch Educations. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet. (atas talian)
http://www.zoom-a.com.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku Panduan mySchoolNet: Alam Pendidikan
Siber. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementrian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia.
25
LAMPIRAN ABORANG MAKLUMAT RESPONDEN
26
LAMPIRAN A
BORANG MAKLUMAT RESPONDEN
Borang ini adalah untuk mengetahui maklumat peribadi pelajar. Pelajar diminta mengisi
maklumat di ruangan yang telah disediakan.Tanda ( √ ) pada ruang yang sesuai:
Nama : ____________________________________
No Kad Pengenalan : ____________________________________
Jantina : ____________________________________
Tarikh Lahir : ____________________________________
Umur :_____________________________________
Darjah/Kelas :_____________________________________
Keturunan : Melayu Cina India Lain-lain
Pekerjaan Bapa : Kerajaan Swasta Sendiri
Pekerjaan Ibu : Kerajaan Swasta Sendiri
Kemudahan Komputer Ada Tiadadi Rumah :
Kemudahan Internet Ada Tiadadi Rumah :
Boleh Menggunakan Ya TidakKomputer :
Boleh Menggunakan Ya TidakInternet :
27
LAMPIRAN BSOALAN PENILAIAN KONVENSIONAL
28
LAMPIRAN B
NAMA: ..................................................................................
KELAS:.............................
MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu (Kata Hubung) MASA : 30 Minit
ARAHAN : Kertas soalan ini mengandungi 25 soalan. Jawab semua soalan.
1) Keluarga Pak Mail menetap di kampung itu __________ anaknya yang sulung masih kecil lagi.
A. semoga
B. sekiranya
C. semenjak
D. sementara
Bagi soalan 2 jawab berdasarkan gambar di bawah.
2) Raju lulus dalam ujiannya __________ jarang-jarang mengulang kaji pelajaran.
A. kecuali
B. sejak
C. apabila
D. meskipun
3) Kakak belajar dengan tekun __________ mendapat kejayaan yang cemerlang.
A. sebab
B. kerana
C. sampai
D. supaya
29
4) Perompak memasuki rumah __________ keluarga Pak Cik Mansur sedang tidur dengan nyenyaknya.
A. sementara
B. ketika
C. hingga
D. malahan
5) Swee Ping jatuh pengsan __________ mendengar berita suaminya terlibat dalam nahas udara semalam.
A. sambil
B. sehingga
C. apabila
D. jikalau
Bagi soalan 6 jawab berdasarkan gambar di bawah.
6) __________ kamu hendak makan, ambillah makanan yang telah kakak hidangkan di atas meja.
A. Sambil
B. Kalau
C. Sejak
D. Bahawa
7) Petani itu menanam sayur-sayuran __________ menanti musim menuai padi.
A. ketika
B. wal hal
C. meskipun
D. sementara
30
8) Perompak telah memecah pintu kedai __________ mengambil semua barang
yang dijual di kedai itu.
A. dan
B. lalu
C. kerana
D. malahan
Bagi soalan 9 jawab berdasarkan gambar di bawah.
9) Nenek baru sahaja pulang dari membeli biskut __________ susu.
A. atau
B. sambil
C. kecuali
D. dan
10) Puan Yuslina sempat menulis beberapa buah novel __________ dia begitu sibuk
dengan tugas-tugas pejabatnya.
A. wal hal
B. ketika
C. semoga
D. sementara
31
11) Kamarul melihat sampah itu, __________ memungut dan dicampakkannya ke dalam
tong sampah.
A. malahan
B. sambil
C. kemudian
D. tetapi
12) "Zamri, saya berharap __________ awak sekeluarga sentiasa sihat sejahtera
hendaknya," kata Zarina.
A. kalau
B. agar
C. tetapi
D. lalu
Bagi soalan 13 jawab berdasarkan gambar di bawah.
13) Muhamad Arif sentiasa dipuji oleh gurunya __________ dia rajin datang ke
sekolah dan selalu mendapat markah yang tinggi dalam subjek Matematik.
A. kerana
B. agar
C. apabila
D. tetapi
32
14) Encik Kenneth Wong menutup pintu kereta itu __________ masuk ke pejabatnya.
A lalu
B ketika
C kerana
D setelah
15) __________ kaki Ong berasa sakit, dia tetap meneruskan pertandingan itu dengan
semangat waja.
A Melainkan
B Hingga
C Kerana
D Walaupun
16) Beliau tiba di ladang itu __________ semua pekerja sedang tekun menjalankan
tugas masing-masing.
A semasa
B semenjak
C sekiranya
D sementara
17) " __________ ada kemahuan, kita boleh berjaya dalam segenap bidang," kata
Cikgu Ali kepada murid-muridnya.
A Semasa
B Semenjak
C sementara
D Sekiranya
18) Mereka terlalu gembira dan bersorak-sorak __________ suara mereka menjadi
serak.
A tatkala
B apabila
C semoga
D sehingga
33
19) "Kamu hendak ke Pahang hari ini __________ esok?" tanya ayah kepada
Hassan.
A sambil
B lalu
C atau
D serta
20) "__________ rajin mengulang kaji pelajaran, kita akan berjaya," kata Cikgu Hasnah
kepada murid-muridnya.
A Semasa
B Semenjak
C Sekiranya
D Sementara
21) Encik Salleh terpaksa meninggalkan majlis itu __________ menerima panggilan
kecemasan.
A apabila
B ketika
C tatkala
D sementara
22) Abang Asraf ingin membeli sebuah kereta __________ tidak cukup wang.
A melainkan
B bahawa
C tetapi
D atau
23) "__________ sentiasa berusaha, sudah tentu kita memperoleh kejayaan yang
cemerlang," kata Cikgu Mahat.
A Sedang
B Sewaktu
C Sementara
D Seandainya
34
24) Ayah memanggil emak __________ berkata, "Tolong buatkan saya secawan kopi".
A malahan
B sambil
C serta
D lalu
25) __________ berada di Jepun, dia selalu menikmati akan keindahan Gunung Fuji.
A Sewaktu
B Seandainya
C Semoga
D Sekiranya
@ KERTAS SOALAN TAMAT @
35
LAMPIRAN CSOALAN PENILAIAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET
36
LAMPIRAN C
37
38
39
40
41
42
43