karangan arab.docx

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 karangan arab.docx

    1/6

    Kami ingin menjadi insan yang berakhlak mulia.

    Pada waktu rehat, aku hendak ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan ke situ, aku ternampak

    beberapa murid sedang menconteng dinding sekolah.

    Aku menghampiri murid-murid tersebut. Rupa-rupanya mereka ialah rakan-rakan

    sekelas iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur perbuatan mereka.

    Aku dimarahi oleh Aizat kerana teguranku itu. Tiba-tiba Aizat cuba menumbuk aku

    tetapi dihalang oleh Farid. Mereka memberi amaran supaya aku tidak memberitahu guru.

    Aku terus beredar dari situ. Aku memberitahu guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah tentang

    perbuatan mereka itu. Cikgu Nadirah memanggil ketiga-tiga budak itu ke pejabat. Mereka datang

    ke pejabat dalam keadaan ketakutan.

    Cikgu Nadirah memberi nasihat kepada Aizat, Farid dan Azwan supaya tidak mengulangi

    perbuatan itu lagi. Mereka juga dikehendaki memadam semula tulisan di dinding. Nasihat Cikgu

    Nadirah menyebabkan mereka insaf atas perbuatan itu.

    Azwan, Aizat dan Farid meminta maaf kepadaku. Sejak hari itu aku dan mereka menjadi

    kawan baik.

  • 8/14/2019 karangan arab.docx

    2/6

    .

    . . . .

    .. .

    .. . .

    .. .

    .

  • 8/14/2019 karangan arab.docx

    3/6

    Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang Di Bank

    Menyimpan wang di bank mempunyai banyak kebaikannya. Antara bank-bank yang terdapat di

    Malaysia ialah Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji, dan lain-lain lagi.

    Menyimpan wang di bank dijamin selamat. Wang yang di simpan di sini selamat daripada hilang

    atau musnah apabila berlakunya bencana seperti kecurian, kebakaran, banjir dan lain-lain lagi.

    Oleh yang demikian, kita tidak perlu berasa bimbang untuk meninggalkan rumah.

    Menyimpan wang di bank boleh menjamin masa depan. Apabila kita ingin melanjutkan

    pelajaran, kita boleh membiayai pengajian itu dengan mengeluarkan wang yang kita simpan di

    bank. Oleh itu, kita mestilah menyimpan secara tetap supaya wang kita akan sentiasa bertambah

    dan dapat digunakan untuk masa hadapan.

    Di samping itu, kita dapat berjimat-cermat apabila kita menyimpan wang di bank. Kita akan

    berbelanja untuk keperluan sahaja. Oleh itu, ia dapat mengelakkan kita daripada bersikap boros.

    Menyimpan wang di bank mempunyai banyak kebaikkan. Oleh itu, tanamkan sikap untuk

    menyimpan wang di bank demi keharmonian hidup kita.

  • 8/14/2019 karangan arab.docx

    4/6

    . .

    . . .

    . . .

    .

    .

    .

    . .

  • 8/14/2019 karangan arab.docx

    5/6

    Kebaikan-kebaikan membaca

    Membaca mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah memupuk minat membacadi kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Antara bahan bacaan yang boleh kita baca adalah

    seperti surat khabar, majalah, buku cerita dan lain-lain lagi.

    Kebaikan membaca adalah dapat menambah ilmu pengetahuan. Apabila kita membaca suratkhabar, kita akan dapat tahu berita semasa di dalam dan di luar negara seperti ekonomi, politik

    dan sosial.

    Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Oleh itu, kita dapat

    membuat karangan dengan lebih baik. Oleh yang demikian, kita juga akan menjadi pelajar yang

    cemerlang dan menjadi kebanggaan guru-guru di sekolah dan ibu bapa kita.

    Di samping itu, kebaikan membaca juga adalah dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa

    penat setelah mengulang kaji pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang lucu yang boleh

    menghiburkan kita seperti komik, kartun dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapatmenghilangkan rasa penat.

    Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Oleh itu, kita tidaklah terjebak dengan

    gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.

    Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan

    sikap suka membaca.

  • 8/14/2019 karangan arab.docx

    6/6

    . . .

    . .

    .. . . .. . .

    .

    .