karangan kertas1 (B)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

spm

Citation preview

BAHAGIAN B[ 100 markah][ Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan.Huraikan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam kalangan murid sekolah.

2. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak supaya bergiat dalam bidang sukan.Huraikan pendapat anda.

3. Media Massa sering melaporkan kejadian jenayah kes ragut yang semakin giat berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini.Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara kita untuk mengatasi jenayah ragut.

4. Belakangan ini, penyakit yang berbahaya sangat cepat merebak dari satu negara ke satu negara yang lain.Jelaskan cara-cara untuk mengawal penularan wabak tersebut secara global.

5. Peribahasa Melayu ada menyebut, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 1 BAHAGIAN A

Amalan Menabung

Pendahuluan

isu : amalan menabungtugasan : kepentingan amalan menabung

Cadangan isi

1. Persediaan semasa kecemasan

- Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang di kumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan dengan sesuatu kejadian yang tidak diduga. - bak kata pepatah Melayu, malang tidak berbau. - individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan. - tamsilnya, hasil tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital sekiranya berdepan dengan masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya - amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.

2. Persediaan melanjutkan pelajaran - menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak. - hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak. - jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka. - contohnya jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka. - amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas menjamin masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.

3. Memupuk amalan berjimat cermat- individu yang menabung akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang. -individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan.- seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. - pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekali gus menyemai sikap suka berjimat dalam diri mereka.

Kesimpulan

- amalan ini amat mulia - setiap individu perlu mengorak langkah membuat tabungan- seandainya tidak mengamalkan amalan tersebut masyarakat akan dibelenggu dengan masalah kewangan - merealisasikan impian diri sendiri dan keluarga

BAHAGIAN BSoalan 1.Pendahuluan masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini?Isi1. mengamalkan pemakanan seimbang mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari

2. melakukan senaman secara teratur mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di ruma melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus mencegah daripada masalah kegemukan

3. amalkan gaya hidup yang sihat amalan gaya hidup yang sihat akan memberi kesan yang positif dan dapat meningkatkan tahap kualiti kesihatan Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan nasihat serta motivasiuntuk mengamalkanamalan permakanan yang seimbang

4. mengubah tabiat mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan sebagainya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku agar mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan. pesakit juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan

5. mengikuti program kesihatan Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga boleh mengadakan pelbagai program berkaitan dengan kesihatan Mengetahui maklumat atau info mengenai apa itu obesiti secara menyeluruh iaitu bermula dari punca berlakunya obesiti hinggalah kepada langkah-langkah mengatasi obesiti.

Penutup Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal. Kita haruslah berpegang kepada falsafah peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati khususnya dalam memastikan kehidupan yang sihat dan terjamin sepanjang masa.

Soalan 2.Pendahuluan Bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah. nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan

Isi

1. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan mereka lebih bersemangat untuk bersukan minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka

2. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan

3. menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan ibu bapa menemani anak-anak atau menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.

4. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak

Penutup ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan

Soalan 3

Langkah-langkah untuk Mengatasi Jenayah Ragut.

PendahuluanJenayah ragut semakin berleluasa dan sering dilaporkan media.Mencetuskan kebimbangan masyarakat.Kerajaan melakukan pelbagai langkah pencegahan, namun masalah ini masih wujud.Terdapat pelbagai langkah untuk menangani gejala ini.Peribahasa : api dalam sekam. duri dalam daging.

Isi 1Tingkatkan pengawasan polis di kawasan panas.Contoh, tempat tumpuan umum, stesen bas,LRT, pusat beli-belah dll.Rondaan yang lebih kerap. dan berterusan.Tempatkan polis berpakaian awam.Menambah bilangan polis bantuan.Peribahasa : mencegah lebih baik daripada mengubati.

Isi 2Memasang kameralitar tertutup di tempat awam. Disambungkan dengan balai polis berhampiran.Tujuannya untuk mengesan pergerakan peragut.Dapat menghalang peragut kerana bimbang aktiviti mereka dikesan.Peribahasa : sediakan payung sebelum hujan.

Isi 3Kesedaran masyarakat tentang jenayah dipertingkatkan.Mengelakkan pemakaian barangan kemas yang berlebihan.Tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.Menggunakan kad kredit untuk transaksi.Peribahasa : hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Isi 4

Merancang waktu dan tempat tujuan.Bergerak dalam kumpulan agar tidak terdedah pada gejala ragut.Tidak melalui kawasan sunyi.Mengelakkan waktu puncak dan masa-masa sesak.Peribahasa : air tenang jangan disangka tiada buaya.

Isi 5

Sentiasa peka dengan persekitaran.Kaum wanita tidak membawa beg tangan secara sambalewa.Memastikan barang berharga disimpan di tempat yang selamat,contohnya poket rahsia.Hindarkan diri daripada orang-orang yang mencurigakan.Belajar seni pertahanan diri.Membawa bahan-bahan pertahanan diri seperti serbu cili, semburan pemedih mata,dsb.Peribahasa : sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna.

Isi 6

Badan sukarela turut berperanan menjaga ketenteraman awam,contohnya Jabatan Pertahanan Awam, RELA,dsb.Menempatkan anggota di tempat-tempat strategik untuk memantau keadaan.Menganjurkan ceramah dan kempen antiragut secara lebih kerap.Peribahasa : beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

Kesimpulan.Jenayah ragut perlu dibendung. Pelbagai langkah dapat diaplikasikan.Semua pihak perlu memberikan kerjasama untuk mengatasinya.Jika tidak imej negara akan terjejas dengan teruk.Keselamatan rakyat perlu diutamakan sejajar dengan semangat 1 Malaysia.Peribahasa : ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Soalan 4

Pendahuluan - Wabak penyakit berjangkit di negara ini terkawal - kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit.

Isi-isi Pentingi. Pesakit-pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit.ii. Jangan melancong atau berkunjung ke negara-negara yang dilanda oleh penyakit tersebut.iii. Gunakan mesin pengimbas - sekat kemasukan pelancong asing dari negara yang terlibat memasuki negara Malaysia.iv. Penyediaan ubat-ubatan seperti vaksin untuk ketahanan tubuh badan melawan penyakit.v. Memusnahkan punca penyakityang berpunca daripadaunggas (ayam, burung dan lain-lain).

Penutup- Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlu diutamakan - meyakinkan pelancong asing.

Soalan 5

Pelajar-pelajar dapat menulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa yang diberi dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Cerita itu perlu mempunyai binaan plot penceritaan permulaan, perkembangan, permasalahan, konflik, klimaks dan peleraian.