6
Kata Hubung Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat. a. Menggabungkan kata Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan. b. Menggabungkan frasa Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC. c. Menggabungkan klausa Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain. d. Menghubungkan ayat Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan. Kata Hubung Fungsi Ayat Contoh 1. dan Menunjukkan gabungan antara subjek, objek dan ayat. Ali, Muthu dan Siva memancing ikan di sungai. 2. atau Menunjukkan pilihan Kamu hendak minum teh atau kopi? 3. kecuali Menunjukkan perbezaan tujuan atau perbuatan Semua murid hadir ke sekolah kecuali Murni. 4. tetapi Menunjukkan perbandingan makna tujuan yang berlawanan Siti pendiam tetapi adiknya peramah. 5. supaya Menyatakan tujuan Kita mesti rajin membaca buku supaya pandai. 6. jika Menunjukkan syarat Jika hari tidak hujan,

Kata Hubung

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kata hubung

Citation preview

Page 1: Kata Hubung

Kata Hubung

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat.

a.    Menggabungkan kata

Contoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.

b.    Menggabungkan frasa

Contoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC.

c.    Menggabungkan klausa

Contoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain.

d.    Menghubungkan ayat

Contoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.

Kata Hubung Fungsi Ayat Contoh

1.    dan Menunjukkan gabungan antara

subjek, objek dan ayat.

Ali, Muthu dan Siva memancing ikan

di sungai.

2.    atau Menunjukkan pilihan Kamu hendak minum teh atau kopi?

3.    kecuali Menunjukkan perbezaan tujuan

atau perbuatan

Semua murid hadir ke

sekolah kecuali Murni.

4.    tetapi Menunjukkan perbandingan makna

tujuan yang berlawanan

Siti pendiam tetapi adiknya peramah.

5.    supaya Menyatakan tujuan Kita mesti rajin membaca

buku supaya pandai.

6.    jika Menunjukkan syarat Jika hari tidak hujan, kami akan pergi

ke padang.

7.    kerana Menunjukkan sebab Munir tidak datang ke

sekolah kerana demam.

8.    lalu Menunjukkan tindakan lanjutan Adik masuk ke bilik lalu baring di atas

katil.

9.    sambil Menunjukkan perbuatan yang

dilakukan serentak

Bapa makan sambil menonton

televisyen.

10. walaupun Menunjukkan suasana atau

peristiwa yang bertentangan.

Walaupun cuaca panas terik, bapa

saya masih berkebun.

Page 2: Kata Hubung

Nama: _______________________________ Kelas: __________________

Tarikh: ______________________________

Latihan Kata Hubung

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

   

1.    Kamu hendak baju ini _____________________________ baju itu? 

2.    _____________________ hari panas, Minah masih memakai baju sejuk.

3.    Siew Lee _____________________ Fiona hendak pergi ke Seremban.

4.    Chin Chin cantik _______________________ malas.

5.    Kedai runcit itu dibuka setiap hari, ________________________ hari Ahad.

6.    Adik menangis _________________________ duit belanjanya telah hilang.

7.    Gunalah payung ketika hujan _____________________  kamu tidak basah.

8.    Bapa masuk ke dalam rumah _______________________ duduk di sofa.

9.    Abang membasuh kereta ________________________ menyanyi.

10.  Perlawanan itu akan dibatalkan ________________________ hujan lebat.

walaupun      lalu      atau     dan     kerana  tetapi      

jika    supaya      kecuali          sambil

Page 3: Kata Hubung

Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan

ayat dengan ayat.

Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan Kata Hubung Berpasangan

atau, dan, lalu, maka,

tetapi, serta, kecuali,

sambil, malahan, kemudian

agar, apabila, bahawa, jika,

hingga, selama, kerana, kalau,

sementara, ketika, walaupun,

semoga, supaya

baik.....ataupun,   baik......baik,

bukan saja.....bahkan juga,

jangankan.....pun

Latihan

Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Kamal menangis tersedu-sedu __________ dipukul oleh abangnya.

   A.     supaya                C. hingga

   B.    kerana                D. Sementara

2. ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.

   A.     sementara            C. semenjak

   B.    walaupun             D. Sebab

3. Petani itu tekun membajak sawahnya dari pagi _____________ ke petang.

   A.     hingga

   B.    apakala

   C.    melainkan

4. ______________ demam, dia tidak dapat hadir ke sekolah pada petang ini.

   A.     Apabila                C. Oleh kerana

   B.    Walaupun            D. Sungguhpun

Page 4: Kata Hubung

5. Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus _____________ menyara

keluarganya.

   A.     supaya

   B.    sebab

   C.    Untuk

6. Pak Karim berbual-bual kosong ___________ menunggu ketibaan para jemputan.

   A.     Sambil                C,  sementara

   B.    Manakala            D.  Apakala

7. Kakinya calar-balar, ____________ matanya pula bengkak disengat tebuan.

   A.     Manakala            C.  lalu

   B.    Sambil                D.  dan

8. Badar terperanjat ___________ mendengar berita tentang kematian neneknya yang

disayangi.

   A.    apabila

   B.    sambil 

   C.    Jika

9. “Datanglah ke rumah saya _____________ ada kelapangan,”  kata Sidik.

   A.     kalau                

   B.    Kecuali

   C.    Setelah

10. Jutawan itu bukan sahaja sombong ___________ kedekut pula orangnya.

   A.    Dan

   B.    Tetapi

   C.    Malahan

   D.    manakala