42
1 Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Program PHD Undang-undang P58462 Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM ) Apakah Akta ECER akan dapat membantu kehidupan kaum Melayu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ?

Kaum Melayu Pantai Timur

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ECER

Citation preview

Page 1: Kaum Melayu Pantai Timur

1

Universiti Kebangsaan MalaysiaFakulti Undang-undangProgram PHD Undang-undangP58462

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )MBL ( UKM )

Apakah Akta ECER akan dapat membantu kehidupan kaum Melayu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ?

Page 2: Kaum Melayu Pantai Timur

2

Nota Penulis

Penulis kini sedang menyiapkan tesis pengajian PHD undang-undang dalam bidang korporat di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pandangan penulis di lembaran scribd ini agak ringkas dan pembaca perlulah merujuk kepada lain-lain bahan yang lebih terperinci bagi memperolehi kebaikannya secara optima dan semuga pengetahuan ini menjadi amalan yang dilaksanakan secara ikhlas di dunia yang membawa kebaikan ke akhirat.

Musbri Mohamed

Disember 2010

Page 3: Kaum Melayu Pantai Timur

3

Pandangan penulis ini mungkin dianggap remeh dan tidak perlu diambil perhatian oleh sesetengah kawan di Pantai Timur.

Penulisan penulis ini juga agak ringan kerana sifatnya untuk pembacaan awam. Namun oleh kerana ianya melibatkan undang-undang maka penulis masih merasakan idea pandangan ini ada relevannya.

Sebagai seorang warga Malaysia yang berasal daripada Pantai Timur maka penulis rasa terpanggil untuk terlibat bagi mengemukakkan kertas scribd ini sebagai manifestasi bahawa minda penulis masih sentimental dan prihatin serta masih ingin bersama dengan pembangunan kawasan serta umat Melayu Islam di lingkungan tanah tumpah darah penulis.

Page 4: Kaum Melayu Pantai Timur

4

Penurunan bendera negara Inggeris, Union Jack pada 1957 menandakan permulaaan negara Malaysia sebagai negara yang merdeka. Selain mewarisi struktur birokrasi dan undang-undang penjajah , negara baru itu juga mewarisi sektor pertanian yang terlalu mundur dari segi sosial dan ekonomi.

Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang secara tradisi diwakili oleh Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah dianggap kawasan dominasi kaum Melayu. Ianya adalah sebuah kawasan pertanian dengan aktiviti bercucuk tanam dan perikanan.

Page 5: Kaum Melayu Pantai Timur

5

Pantai Timur dianggap sebagai kawasan yang mundur serta didiami oleh warga Melayu yang seringkali dikaitkan dan diwarnai dengan kemiskinan.

Kelompok warga ini dikatakan miskin kerana mewarisi sifat malas seperti yang telah dinyatakan oleh Munsyi Abdullah. Kemudiannya pula tesis tentang kemiskinan penduduk oleh Profesor Diraja Engku Aziz di Beserah, Kuantan, Pahang pada tahun 70an dan Azizi di Perupok, Kelantan pada tahun 80an adalah seolah-olah mengukuhkan fakta-fakta negatif berkenaan.

Hal-hal ini mungkin mengakibatkan kelanjutannya ’myth of the lazy native’ yakni terjemahannya dongeng tentang pribumi yang malas.

Page 6: Kaum Melayu Pantai Timur

6

Kelemahan ekonomi orang Melayu di Pantai Timur berkemungkinan berakar umbi daripada sebab mengekalkan peraturan-peraturan ekonomi yang lama di mana orang tengah memainkan peranan utama samada bagi produk pertanian maupun perikanan.

Manakala itu peluang dan ruang daripada sektor perlombongan yakni emas , bijih dan petroleum telah dibolot oleh korporat luar yang berpusat di Pantai Barat Semenanjung kerana teknologi know who dan juga teknologi know how.

Page 7: Kaum Melayu Pantai Timur

7

Kerajaan Malaysia pada tahun 1974 telah memperkenalkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang telah memunggah hasil minyak dan gas daripada Laut China Selatan ke Kuala Lumpur namun tiada pembelaan atau gantirugi yang berpatutan telah diberikan untuk anak watan Pantai Timur walaupun khazanah di Pantai Timur itu telah digunakan bagi pentadbiran dan pembangunan Malaysia khususnya di waktu-waktu krisis dan kegawatan ekonomi dunia yang memuncak dan signifikan seperti di tahun 1987, 1997 dan 2007.

Page 8: Kaum Melayu Pantai Timur

8

Rentak dan arus permulaan Abad ke 21 yang menekankan aspek pembangunan manusia serta material membuatkan Kerajaan Malaysia dewasa ini secara agresif sedang merancang , melaksana dan memantau melalui legislatif dan eksekutif untuk mengorak langkah memajukan Malaysia dan penduduk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Sasaran 2020 ini telah diletakkan oleh bekas Perdana Menteri ke 4 Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed .

Page 9: Kaum Melayu Pantai Timur

9

Hampir 51 tahun kemerdekaan Malaysia maka baru ada akta yang khusus untuk pembangunan wilayah dan penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perkara ini direalisasikan dengan Akta 688 iaitu Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 ( kemudian ini secara ringkas disebut “Akta ECER” ) .

Page 10: Kaum Melayu Pantai Timur

10

Kejayaan dan kegagalan projek pembangunan kawasan di Malaysia bukan saja dilihat daripada sudut ekonomi tetapi juga daripada segi sosial, kebajikan dan keperluan kawasan seluruh negara.

Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan di bawah Akta ECER ini diharapkan akan dapat memajukan Wilayah Ekonomi Pantai Timur menjadi wilayah maju menjelang tahun 2020.

Page 11: Kaum Melayu Pantai Timur

11

Kawasan Pantai Timur bagi maksud Akta ECER ialah keluasan yang telah diistiharkan sebagai suatu kawasan yang hendaklah dikenali secara kolektif sebagai “Wilayah Ekonomi Pantai Timur” yang terdiri daripada Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di dalam Negeri Johor

Page 12: Kaum Melayu Pantai Timur

12

Bagi membangunkan Pantai Timur maka Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Akta 688 iaitu Akta ECER dalam merealisasikan pembangunan sosio-ekonomi penduduknya.

Sejauhmana peranan undang-undang dalam merealisasikan pembangunan sosio-ekonomi penduduk ; dengan fokus kepada Akta ECER .

Ini menjadi pemerhatian kerana JENGKA dan DARA di Pahang , KETENGAH di Terengganu serta KESEDAR dan KEMUBU di Kelantan adalah di antara kawasan pembangunan di Pantai Timur yang telah ditaja dan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia namun ianya tidak banyak mencapai matlamat penubuhannya.

Page 13: Kaum Melayu Pantai Timur

13

Akta ECER telah diluluskan tanpa mendapatkan respon yang total daripada warga Pantai Timur.

Manakala itu pula terma dan peruntukan yang dikandungi di dalam Akta ECER juga didapati masih kurang mesra teknologi, kurang mesra alam dan kurang mesra pengguna.

Keujudan peruntukan Sek. 50 dan Sek. 51 di dalam Akta ECER juga mengundang persoalan samada ianya akan telus serta adil di mata rakyat.

Page 14: Kaum Melayu Pantai Timur

14

Daripada segi demografi maka jumlah majoriti penduduk ECER ialah kaum Melayu dengan sejumlah 86.6 peratus, diikuti Cina berjumlah 7.8 peratus, manakala India sejumlah 1.8 peratus dan bangsa lain dengan jumlah 3.8 peratus.

Dengan fakta dan angka ini maka Akta ECER perlu spesifik tentang memajukan kaum Melayu. Dengan majoriti besar penduduk adalah Melayu maka hak untuk didengar perlu dibuka seluas-luasnya kepada kaum Melayu.

Page 15: Kaum Melayu Pantai Timur

15

Hak untuk didengar adalah satu dari kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip keadilan semulajadi.

Ianya adalah merupakan satu dari prinsip-prinsip am yang mesti dipatuhi dan dipakai oleh pihak pengurusan atau pentadbiran terutamanya pengurus-pengurus atau pentadbir-pentadbir pihak berkuasa awam.

Page 16: Kaum Melayu Pantai Timur

16

Dalam erti kata yang ringkas hak untuk didengar ini adalah satu cara untuk membela diri dari tindakan-tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasa awam yang menjejaskan hak atau kepentingan seseorang individu.

Ini telah dinyatakan oleh Sir Wilfrid Greene MR dalam kes Urban Housing Co. lwn. Oxford City Council seperti berikut:

... bahawa pihak berkuasa awam mesti sama ada memberi orang yang berkenaan 'notis bahawa mereka bercadang menimbangkan perkara itu dengan maksud mencapai satu keputusan' atau, jika mereka telah mencapai satu keputusan bahawa mereka bercadang bertindak mengikutnya, dan memberi dia satu peluang menunjukkan sebab kenapa langkah-langkah tersebut tidak boleh diambil .

Page 17: Kaum Melayu Pantai Timur

17

Kawasan pembangunan strategik ECER SEZ seluas 3,875 km persegi meliputi bandar Kerteh, Terengganu di utara dan Pekan, Pahang di selatan termasuk Tanjung Agas dan Gambang di barat akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi berlandaskan ilmu dan sektor perkhidmatan yang bernilai tambah.

Sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri ; YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak , bahawa jangkaannya adalah bahawa ECER SEZ dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan baharu dan menarik RM90 bilion pelaburan langsung domestik dan antarabangsa menjelang 2020.

Page 18: Kaum Melayu Pantai Timur

18

Terdapat 55 seksyen bersama 3 Jadual yang terkandung dalam Akta ECER.

Ianya telah digubal bagi halatuju dan mekanisma pembangunan ECER ke arah pembangunan wilayah yang maju menjelang tahun 2020.

Page 19: Kaum Melayu Pantai Timur

19

Masalah-masalah Pelaksanaan Akta 688 dalam Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Kelemahan Kerajaan Negeri

Kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat di dalam pembangunan Akta ECER agak ternyata lemah khususnya Negeri Kelantan dan Terengganu. Negeri Kelantan agak ketara lemahnya kerana ianya adalah negeri pembangkang di mata kerajaan Pusat.

Manakala Negeri Terengganu pula walaupun diperintah kerajaan negeri dan pusat yang sama namun pergeseran politik dalaman di dalam UMNO agak ketara.

Page 20: Kaum Melayu Pantai Timur

20

Kekurangan pengetahuan mengenai undang-undang di kalangan penguatkuasa.

Mengambilkira faktor ketinggalan daripada pelbagai perspektif maka mekanisma penguatkuasaan di Pantai Timur agak ketinggalan dalam segi pengetahuanundang-undang.

Page 21: Kaum Melayu Pantai Timur

21

Ketidakpastian takat kuasa kerajaan negeri.

Adalah sukar untuk menentukan takat kuasa kerajaan negeri di bawah ECER.

Di bawah Akta 688 yang jelas ianya hanya menyentuh kuasa Majlis ECER.

Dan dengan variasi barisan kepimpinan pusat dan juga negeri di dalam Majlis ECER maka pihak negeri mustahil akan membantah sebarang keputusan Majlis ECER.

Page 22: Kaum Melayu Pantai Timur

22

Masalah kurangnya penglibatan orang awam dalam hal berkaitan dengan perancangan ekonomi.

ECER jelas merupakan satu tindakan dan perlakuan agar rakyat menerima sahaja apa yang telah dirancangkan.

Sejak kemerdekaan maka Malaysia telah menggunakan pembangunan wilayah sebagai strategi pembangunan Negara. Dan pembangunan wilayah ini menggunakan pendekatan Atas ke bawah atau top-down.

Page 23: Kaum Melayu Pantai Timur

23

Di dalam pendekatan top- down maka komuniti telah menjadi sasaran dan bukannya sebagai pelaku atau peserta yang terlibat dalam perancangan dan proses pelaksanaan. Jadi apakah pencapaiannya ?

Secara amnya ianya telah berjaya di Malaysia dalam sesetengah kes di mana antaranya peratusan kemiskinan telah diturunkan dari kadar 50% pada 1970 kepada 5.7% pada hari ini. Banyak peluang pekerjaan telah tercipta. Pemodenan juga berlaku di luar bandar dengan pembinaan sekolah, jalan raya , kesihatan , bekalan air, elektrik , telefon dan internet.

Page 24: Kaum Melayu Pantai Timur

24

Namun pembangunan sekata tidak berlaku di antara wilayah, di antara golongan pendapatan rendah dan tinggi serta di antara kaum tidak tercapai.

Perbezaan kemudahan di mana negeri miskin telah ketinggalan dengan negeri lebih maju yang mengakibatkan pelaburan khususnya Pelaburan Langsung Asing tertumpu kepada hanya di negeri-negeri maju.

Perbezaan di antara wilayah lazim diutarakan. Dan perkara ini di samping isu wilayah ianya juga menarik sekali isu etnik dan kaum. Jelasnya negeri-negeri miskin tidak masuk ke dalam arus pembangunan utama Negara.

Page 25: Kaum Melayu Pantai Timur

25

Kenapa perkara ini berlaku ? Faktor yang terlibat adalah kompleks : modal, politik, budaya , pelan pembangunan dan implementasi serta lain-lain . Untuk tujuan ini , fokus kita adalah pendekatan; adakah pendekatan lain ?

Satu pendekatan baru : “ Bottoms up participatory development” .

Apakah itu penglibatan pembangunan secara bawah ke atas ? Perkataan ini amat relevan dengan pengajian pembangunan , dasar dan perancangan sejak dua dekad lalu.

Page 26: Kaum Melayu Pantai Timur

26

Kenapa penting penglibatan ?

Pembangunan berteraskan atau mengfokuskan manusia. Pembangunan manusia memerlukan pembangunan keyakinan diri, harga diri, inisatif, kreativiti, inovasi, tanggungjawab dan kerjasama.

Manusia belajar untuk mengawalselia kehidupan mereka dan di dalam proses itu manusia belajar menyelesaikan masalah mereka yangmana akhirnya melahirkan sikap pemilikan.

Belajar secara membuat akan melahirkan kesedaran yang merubah individu dan masyarakat secara kendiri dan dengan itu menimbulkan minat dan kekuatan diri.

Page 27: Kaum Melayu Pantai Timur

27

Di Kelantan dan Terengganu, kebanyakan rakyatnya adalah petani, nelayan dan pekebun kecil, tetapi pada masa sama sesetengahnya kaya dengan tanah.

Kehadiran ECER diharap mampu menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan kerana Kelantan, Terengganu dan Pahang adalah antara negeri yang purata pendapatan isi rumah penduduknya paling rendah di negara kita.

Page 28: Kaum Melayu Pantai Timur

28

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai gagasan pembangunan amat bermakna, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan negara secara seimbang dan adil.

Seterusnya Perdana Menteri berkata, kadar pertumbuhan ekonomi negeri Pantai Timur tidak mungkin pesat jika kerajaan tidak mengusahakan program pembangunan yang lebih hebat bagi merapatkan jurang pembangunan dengan negeri-negeri di Pantai Barat.

Page 29: Kaum Melayu Pantai Timur

29

Peruntukan Seksyen 50 dan Seksyen 51 yang telah memberikan kekebalan kepada Majlis ECER.

Majlis ECER telah diberikan perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang di bawah Sek 50 manakala Sek 51 pula merupakan perlindungan untuk Majlis ECER di bawah Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948.

Seksyen 50 dan Seksyen 51 ini seolah-olah ingin mengekalkan status-quo kebal yang dimiliki oleh badan kerajaan lain untuk dan bagi pentadbiran ECER daripada tindakan undang-undang.

Sekiranya terdapat pihak rakyat di Pantai Timur yang mendapati bahawa kepentingan dan hak mereka telah dicerobohi oleh pihak ECER dan mereka berhasrat untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah dan ingin membawa tindakan terhadap ECER maka apakah implikasi perundangan ?

Page 30: Kaum Melayu Pantai Timur

30

Kita lihat perkara ini daripada perspektif keputusan olehMahkamah yang telah dibuat bagi isu yang menyentuhberkenaan administrative finality clause.

Kes Danaharta telah menjelaskan kedudukan ini . KeputusanMahkamah Persekutuan Danaharta Urus Sdn Bhdv Kekatong SB memberikan kuasa tidak boleh diulangkajikepada badan pentadbiran telah meningkatkan ruang bagiadministrative finality. Di dalam kes ini MahkamahPersekutuan memutuskan bahawa Seksyen 72 kepada AktaPengurusan Danaharta Nasional 1998 mengakibatkan halangankepada kuasa mahkamah bagi mengeluarkan injunksi secarabiasa.

Page 31: Kaum Melayu Pantai Timur

31

Kes seperti Danaharta ini adalah amat negatif bagi mengujudkan lanskap dan iklim perdagangan dan perniagaan yang sihat di kawasan ECER.

Para pelabur dan peniaga sudah tentu ragu-ragu berkenaan kebebasan berniaga jikalau ujud kekebalan undang-undang di sebelah pihak berkuasa.

Page 32: Kaum Melayu Pantai Timur

32

Kewujudan S 50 dan S 51 Akta ECER seolah menghalang rakyat untuk membawa pertikaian ke pihak kehakiman sedangkan perundangan Negara kita mentakrifkan peranan legislatif, eksekutif dan kehakiman sebagai sesuatu ikatan yang amat suci dan kudus bagi konsep perasingan kuasa.

Ini dinyatakan oleh Raja Azlan Shah , Hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Loh Kooi Choon v Government of Malaysia bahawa asas utama pemerintahan Negara Malaysia sebagai terdiri dari tiga tiang utama iaitu pertama mendukung kedaulatan undang-undang ; kedua sistem persekutuan dan ketiga amalan perasingan kuasa.

Page 33: Kaum Melayu Pantai Timur

33

Di Malaysia termasuk di Pantai Timur masalah seperti banjir, kekurangan air bersih, setinggan dalam bandar, kepadatan penduduk, sistem pengurusan pepejal yang tidak sempurna, kesesakan lalulintas, kekurangan kawasan lapang serta pembangunan yang tidak terancang dan terkawal sehingga memusnahkan bangunan warisan dan tanah runtuh adalah beberapa masalah yang sering dikaitkan dengan kehidupan di bandar.

Page 34: Kaum Melayu Pantai Timur

34

Dua kes di Mahkamah Malaysian berkenaan alam sekitar atau EIA. Kes yang pertama adalah kes Abdul Razak Ahmad v Ketua Pengarah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar . Di dalam kes ini plaintif adalah penduduk Johor Bahru yang membantah projek kota terapung. Beliau memohon deklarasi dari mahkamah bahawa dia berhak kepada EIA Report projek tersebut . Mahkamah memberikan deklarasi kepada plaintif di atas alasan penduduk yang terlibat punyai kepentingan untuk dilindungi.

Haidar J memutuskan bahawa sebagai warga Negara dan penduduk Johor Bahru maka plaintif ada hak kepada EIA Report untuk menentukan sejauhmana impak alam sekitar akan memberi kesan kepadanya secara khusus dan amnya kepada penduduk Johor Baru; dengan itu plaintif mempunyai kepentingan ke atas projek berkenaan.

Page 35: Kaum Melayu Pantai Timur

35

Kes kedua ialah Kajing Tubek & Ors v Ekran Bhd & Ors. Kes ini difailkan oleh tiga orang penduduk rumah panjang yang akan dipindahkan kerana projek Bakun Hydro-electric Power. Pihak plaintif dinyatakan punyai hak oleh Mahkamah Tinggi apabila mereka menyatakan bahawa mereka diberikan hak untuk komen Lapuran EIA Bakun oleh EQA dan dengan sebab itu kelulusan EIA Report di bawah Sarawak EIA adalah pelanggaran hak keadilan semulajadi kerana telah menafikan hak mereka untuk didengar.

Namun Mahkamah Rayuan kemudiannya mengakas atau menukar keputusan Mahkamah Tinggi.

Page 36: Kaum Melayu Pantai Timur

36

Untuk merangsang pertumbuhan ECER , kerajaan patut menyediakan insentif yang berinovatif serta semasa supaya dapat menarik pelaburan dengan lebih intensif dan membolehkannya bagi ECER terus berdaya saing di peringkat domestik, serantau dan global.

Pun begitu perlu diperingatkan kepada kumpulan pelaksana dasar ECER ini supaya komited dan kurangkan segala bentuk kerenah birokrasi bagi memastikan projek koridor ini dapat digerakkan dengan lebih pantas , tuntas dan mencapai matlamat untuk menjadikan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.

Page 37: Kaum Melayu Pantai Timur

37

ECER akan membangunkan rakyat dan negeri-negeri di Pantai Timur dengan sifat pembangunan yang mesra alam, mesra teknologi , mesra rakyat dan yang penting ianya mesra pencipta yakni Allah s.w.t .

Peranan dan produk ECER akan terserlah di dalam 5 tahun pertama pelaksanaanya dan selepas melalui tempuh masa ini baru kita akan dapat menganalisa dan menilai keberkesanan ECER secara holistik dalam pembangunan rakyat di Pantai Timur.

Page 38: Kaum Melayu Pantai Timur

38

Pembangunan ECER perlulah mengambil berat akan pembangunan masyarakat bawahan dan ianya perlu menepati keperluan pembangunan semasa khususnya bagi pembangunan ICT.

Di masa dunia aktif di dalam proses globalisasi dan keterbukaan melalui Whistle blowers maka ECER tidak wajar berlindung diri dengan menjadikan ianya kebal daripada tindakan undang-undang. Kehakiman sepatutnya merupakan organ di mana rakyat dan juga organisasi mendapatkan keadilan daripada tindakan pihak pentadbir atau eksekutif .

Adalah merupakan pengetahuan umum bahawa fungsi utama perundangan adalah bagi menjaga hak asasi warga negara dan juga bukan warga negara daripada pencerobohan oleh pihak berkuasa.

Page 39: Kaum Melayu Pantai Timur

39

Di dalam kertas ini dikemukakan beberapa cadangan penambahbaikanterhadap Akta ECER bagi mempastikan agar semua peruntukan di dalamnya mampu dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Di antara perkara di dalam perspektif perundangan maka penambahbaikanyang telah penulis timbulkan di dalam kertas ini adalah :-

1. ECER kebal daripada tuntutan undang-undang yang terdapat di Sek. 50 dan Sek. 51 ;

2. Tiada peruntukan whistle blowers ;3. Tiada pendekatan bottom-up memanifestasikan bahawa ianya adalah tidak mesra pengguna;4. ECER kurang mesra alam; dan 5. ECER juga kurang mesra teknologi maklumat.

Page 40: Kaum Melayu Pantai Timur

40

Pemikiran orang Melayu di Pantai Timur juga masih tersekat dengan perkara yang sebenarnya sangat remeh.

Sebahagian besar meletakkan pemikiran mereka dalam suasana terkepung dan tidak berkembang. Mereka lebih suka membaca bahan bacaan yang berkonsepkan picisan dan kurang daya fikirnya.

Penekanan modal insan berpaksikan masyarakat yang bijak, kritis dan rasional hanya tinggal harapan jika rakyat negara khususnya warga ECER ini masih leka dengan hiburan.

Berapa ramai warga ECER yang membaca majalah ilmiah jika dibandingkan dengan majalah hiburan ?

Page 41: Kaum Melayu Pantai Timur

41

Kepimpinan ECER perlulah mengambil ingat akan pesanan Allahyarham Tun Abdul Razak Husin bahawa :-

“…..Kerajaan kita mustahak memberi gambaran yang baru, mengubah dasar-dasar baru untuk mengatasi masalah-masalah …. Kita berazam hendak menjadikan Malaysia bukan sahaja Negara yang bersatu-padu bahkan Negara yang kuat dan makmur di mana tiap-tiap orang mendapat tempat yang sempurna di negara kita…”

Page 42: Kaum Melayu Pantai Timur

42

Dengan sedikit perubahan yang penulis cadangkan di dalam kertas scribd ini ; maka ECER diharapkan akan lebih berjaya mencapai matlamat serta lebih berperanan mengujudkan pembangunan yang seterusnya akan menjadikan wilayah, negeri, rakyat, keluarga dan individu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berstatus maju di dunia pada awal Abad ke 21 kini .

Idea penulis bagi penambahbaikan ECER ini diharap akan berupaya serta lebih membuka minda kaum Melayu di Pantai Timur dalam menilai serta mencorakkan tahap pembangunan mereka di lingkungan masyarakat Malaysia demi kebahagiaan dunia membawa ke akhirat.Insyallah.

Salam Pantai TimurMusbri MohamedDisember 2010