11
Kebaikan Menabung Wang Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik. Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung. Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'. Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan. Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang

Kebaikan Menabung Wang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kebaikan Menabung Wang

Kebaikan Menabung Wang

Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik.

Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung.

Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'.

Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan.

Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.

Last edited by Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:31 pm; edited 1 time in total

Ivy99

Page 2: Kebaikan Menabung Wang

Posts: 60Join date: 2010-08-06

 

 Faedah Membaca

  Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:30 pmTulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca”

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Page 3: Kebaikan Menabung Wang

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Ivy99

Posts: 60Join date: 2010-08-06

 

 Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?

  Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:33 pm

Page 4: Kebaikan Menabung Wang

Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu?

Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita.Tanpa kehadiran mereka,sudah pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Oleh itu,sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati,menghargai dan menyayangi seorang ibu kita.

Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita. Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita.

Sebagai seorang anak yang mengenang jasa,kita mestilah berusaha untuk membalas jasa ibu kita.Walaupun ibu tidak pernah meminta dan menagih sebarang balasan,namun ini kita sendiri patut sedar dan insaf atas pengorbanan inu selama ini.

Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu. Hidup kita tidak akan selamat sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari gantinya semula.

Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat membalas jasa ibu kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak ringgit dan emas sekalipun.Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu,apalah lagi di saat usia ibu yang sudah meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih sayang

Page 5: Kebaikan Menabung Wang

yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.

Last edited by Ivy99 on Wed Aug 11, 2010 5:43 pm; edited 1 time in total

Ivy99

Posts: 60Join date: 2010-08-06

 

 Faedah Bergoyong-royong

  Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:34 pmTulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan

Page 6: Kebaikan Menabung Wang

sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Ivy99

Posts: 60Join date: 2010-08-06

Page 7: Kebaikan Menabung Wang

 

 Cara-cara menjaga kesihatan diri

  Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:36 pmPenjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Page 8: Kebaikan Menabung Wang

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Ivy99

Posts: 60Join date: 2010-08-06

 

 Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

  Ivy99 on Tue Aug 10, 2010 4:37 pm

Page 9: Kebaikan Menabung Wang

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan

Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat

sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam

kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud.

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi

lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat

pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja

membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan

manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan

seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh

bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang

dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan

atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit

sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi

dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula

memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya

menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin

mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan

manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk

melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan

wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara

terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa

keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri.

Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.