Upload
duonghanh
View
315
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
1
LAPORAN PENYELIDIKAN
KEBERKESANAN KAEDAH KEFAHAMAN MAKNA
AYAT AL-QURAN BERBANTUKAN AL-QURAN
TERJEMAHAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN HIFZ
AL-QURAN
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZ ABDUL JALAL BIN ABDUL MANAF (KETUA)
USTAZ SHAMSUL BAHARI BIN DAHALAN
USTAZ DR. MOHAMAD MARZUQI BIN ABDUL RAHIM
USTAZ MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB
USTAZAH ZAMZARINA BINTI MD SOOD
USTAZ SUKHAIRU BIN SULAIMAN
USTAZ MOHD ABDUL RAUF BIN SIDEK
USTAZAH NUR SYAZRIN BINTI NAZEE MUDEEN
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
2015
2
LATAR BELAKANG PENYELIDIK
USTAZ ABDUL JALAL BIN ABDUL MANAF (Ketua Penyelidik)
USTAZ SHAMSUL BAHARI BIN DAHALAN
USTAZ MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB
USTAZAH ZAMZARINA BINTI MD SOOD
USTAZ SUKHAIRU BIN SULAIMAN
USTAZ MOHD ABDUL RAUF BIN SIDEK
USTAZAH NUR SYAZRIN BINTI NAZEE MUDEEN
(Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
USTAZ DR. MOHAMAD MARZUQI BIN ABDUL RAHIM
(Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris)
USTAZ LUQMANULHAKIM BIN MOHAMMAD
USTAZ MUHAMMAD HAFIS ZUL BIN SIDIN
USTAZAH RAHIBAH BINTI GHAZALI
USTAZAH AMNAH BINTI ABDULLAH
USTAZ ABDUL RAZAK BIN MOHD ZAIN
USTAZ MOHD TAUFIK BIN MD. ARSHAD
USTAZAH ADIBAH BINTI MOHD AMIN
(Pembantu Penyelidik)
3
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya
Pasukan Penyelidik Darul Quran 2015 dapat menyelesaikan laporan
penyelidikan bertajuk : “Keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-
Quran Berbantukan al-Quran Terjemahan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Hifz al-Quran”. Ucapan terima kasih ditujukan kepada
Pengarah Darul Quran, Dr. Hj. Nordin bin Ahmad yang amat memberi
perhatian dan kepercayaan dalam memastikan kejayaan projek
penyelidikan ini.
Penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada pegawai dan
pensyarah Kursus Hifz al-Quran semester satu Program Pengajian Diploma
Tahfiz al-Quran Wal Qiraat sesi 2015/2018 serta pelajar-pelajar yang
terlibat sebagai responden. Kepada semua kakitangan Darul Quran
terutamanya Cawangan Pengajian Ijazah yang terlibat memberi idea dan
kerjasama erat serta Jabatan Tahfiz al-Quran dan Qiraat yang terlibat secara
langsung dalam menyusun Kelas Kumpulan Rawatan dan Kelas Kumpulan
Kawalan projek penyelidikan ini. Nikmat bekerja secara berkumpulan itu
amat dirasai dan disyukuri.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Dr. Mohamad
Marzuqi bin Abdul Rahim, Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris selaku Penyelidik Bersama yang turut
banyak terlibat secara langsung dengan pembinaan modul dan merangka
gerak kerja penyelidikan ini.
Semoga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat ganjaran
yang setimpal dari Allah SWT dan hanya Dia juga tujuan kita melakukan
amal ibadah ini.
PENYELIDIK ;
Ustaz Abdul Jalal Bin Abdul Manaf (Ketua Penyelidik)
Ustaz Shamsul Bahari Bin Dahalan
Ustaz Muhammad Toriq Bin Yaacob
Ustazah Zamzarina Binti Md Sood
Ustaz Sukhairu Bin Sulaiman
Ustaz Mohd Abdul Rauf Bin Sidek
Ustazah Nur Syazrin Binti Nazee Mudeen
November, 2015
4
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah kefahaman makna
ayat al-Quran berbantukan al-Quran terjemahan terhadap pemahaman
makna ayat al-Quran dan mengenal pasti hubungan antara kefahaman
makna ayat dengan tahap pengekalan hafazan pelajar. Reka bentuk kajian
yang digunakan ialah eksperimen benar (true experimental design) yang
melibatkan kaedah berbentuk deskriptif dan inferensi ujian pasca dan ujian
pra-pasca. Kajian ini menggunakan empat instrumen kajian iaitu Ujian
Hafazan, Ujian Kefahaman Makna Ayat, Pemerhatian Berstruktur Dan
Temu Bual Separa Berstruktur. Seramai 79 orang responden semester satu
sesi 2015 / 2018 Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Darul
Quran, Jakim yang terlibat dalam kajian ini. 32 orang responden
dikelompokkan dalam Kumpulan Rawatan dan 47 orang dalam kumpulan
kawalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej Statistik
Untuk Sains Sosial (Statistical Packages for Social Science) yang juga
dikenali sebagai program SPSS. Dapatan mendapati bahawa kaedah
kefahaman makna ayat al-Quran berbantukan al-Quran terjemahan dapat
meningkatkan kefahaman makna ayat al-Quran pelajar berdasarkan kepada
skor min Ujian Pasca Kumpulan Rawatan ialah 31.34 berbanding skor min
pada Ujian Pra iaitu 25.31. Hasil daripada ujian-t berpasangan
menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara Ujian Pra dan Ujian
Pasca. (t=-5.998, df=31, p<0.05). Kajian ini juga menunjukkan bahawa
tiada hubungan yang signifikan antara kefahaman makna ayat al-Quran
dengan tahap pengekalan hafazan pelajar hasil daripada Ujian Korelasi
antara Ujian Pasca Kefahaman dengan Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan
yang menunjukkan nilai p lebih besar daripada 0.05 (p>0.05).
5
KANDUNGAN
BAB SATU : PENDAHULUAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Hipotesis Kajian 5
1.5 Soalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah Kajian 7
1.8.1 Keberkesanan 7
1.8.2 Kaedah 8
1.8.3 Kefahaman Makna Ayat 8
1.8.4 al-Quran Terjemahan 9
1.8.5 Pengajaran dan Pembelajaran Hifz al-Quran 9
BAB DUA : SOROTAN LITERATUR 10
2.1 Kepentingan Menghafaz Al-Quran 10
2.2 Sejarah Pelaksanaan Kaedah Hafazan Al-Quran 13
2.2.1 Sejarah Hafazan al-Quran di Zaman Rasulullah SAW 15
2.2.2 Sejarah Hafazan al-Quran di Zaman Sahabat r.a. 19
2.2.3 Sejarah Hafazan al-Quran di Zaman Tabi'in dan Atba' al-Tabi'in 21
2.3 Kepentingan Memahami Ayat Al-Quran 23
BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN 25
3.1 Pendahuluan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Lokasi Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
6
3.5.1 Ujian Hafazan 28
3.5.2 Ujian Kefahaman 29
3.5.3 Pemerhatian Berstruktur 29
3.5.4 Temu Bual Separa Berstruktur 30
3.6 Prosuder Pengumpulan Data 31
3.6.1 Pengumpulan Data Ujian Hafazan dan Ujian Kefahaman 31
3.6.2 Pengumpulan Data Pemerhatian dan Temu Bual 32
3.7 Prosedur Penganalisaan Data 32
3.7.1 Analisis Data Kuantitatif 33
3.7.2 Analisis Data Kualitatif 33
3.8 Penutup 33
BAB EMPAT : DAPATAN KAJIAN 34
4.1 Pendahuluan 34
4.1.1 Analisis Ujian Kefahaman Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 34
4.1.1.1 Taburan Pencapaian Ujian Pra Kefahaman Bagi Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan 34
4.1.1.2 Taburan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pasca Kefahaman Bagi
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 35
4.1.1.3 Perbandingan Pencapaian Pelajar antara Ujian Pra Kefahaman
dan Pasca Kefahaman Kumpulan Rawatan 36
4.1.1.4 Perbandingan Pencapaian Pelajar Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pra Kefahaman 37
4.1.1.5 Perbandingan Pencapaian Pelajar Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pasca Kefahaman 38
4.1.2 Analisis Ujian Hafazan Kesemua Responden 38
4.1.2.1 Taburan Skor Ujian Hafazan Kesemua Responden 38
4.1.2.2 Perbezaan Min Markah Ujian Hafazan al-Quran Kumpulan
Rawatan Dan Kumpulan Kawalan 41
4.1.2.3 Analisis Korelasi Antara Ujian Pasca Kefahaman dengan
Ujian Hafazan 41
4.1.3 Dapatan Temu Bual 42
7
4.1.3.1 Pengendalian Kelas 42
4.1.3.2 Inisiatif Pelajar Terhadap Kefahaman Ayat-Ayat Al-Quran 43
4.1.3.3 Persediaan Pelajar Untuk Ujian Hafazan 44
4.1.3.4 Kesan Modul Terhadap Hafazan Dan Kefahaman 44
4.1.3.5 Cadangan Pelajar Untuk Memantapkan Hafazan Dan
Meningkat Kefahaman 45
4.1.4 Dapatan Pemerhatian 45
4.1.4.1 Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran 46
4.1.4.2 Aktiviti Talaqqi 46
4.1.4.3 Dokumentasi Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran 46
4.1.4.4 Aktiviti Tasmi’ Pelajar Dengan Guru 46
BAB LIMA : PERBINCANGAN DAN CADANGAN 48
5.1 Pendahuluan 48
5.2 Ringkasan Kajian 48
5.3 Perbincangan 50
5.3.1 Keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran
Berbantukan Al-Quran Terjemahan Terhadap Kefahaman Makna
Ayat Al-Quran 51
5.3.2 Perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran di antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 51
5.3.3 Perbezaan tahap pengekalan hafazan di antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan 52
5.3.4 Hubungan antara Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran
dengan tahap pengekalan hafazan bagi Kumpulan Rawatan 53
5.4 Cadangan 54
5.4.1 Pihak Kerajaan Melalui Kementerian dan Jabatan 54
5.4.2 Pihak Institusi Pendidikan 55
5.4.3 Pihak Pelaksana Pengajaran dan pembelajaran 55
RUJUKAN 56
8
SENARAI JADUAL
Muka Surat
Jadual 1 Nilai Min, Mod, Minimum Dan Maksimum Bagi Skor
Ujian Pra Kefahaman 35
Jadual 2 Taburan Skor Ujian Pra Kefahaman Mengikut Kekerapan
dan Peratus 35
Jadual 3 Nilai Min, Mod, Minimum Dan Maksimum Bagi Skor
Ujian Pasca Kefahaman 36
Jadual 4 Taburan Skor Ujian Pasca Kefahaman Mengikut
Kekerapan dan Peratus 36
Jadual 5 Ujian-t Berpasangan Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Kefahaman Kumpulan Rawatan 37
Jadual 6 Ujian-t Bagi Dua Sample Bebas Dalam Ujian Pra
Kefahaman Antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 37
Jadual 7 Ujian-t Bagi Dua Sample Bebas Dalam Ujian Pasca
Kefahaman Antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 38
Jadual 8 Skor Min, mod, minimum dan maksimum bagi skor Ujian
Hafazan 39
Jadual 9 Taburan Skor Ujian Hafazan Mengikut Kekerapan dan Peratus 40
Jadual 10 Ujian-t Dua Sampel Bebas Dalam Ujian Hafazan
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan 41
Jadual 11 Keputusan Analisis Korelasi antara Ujian Pasca Kefahaman
dan Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan 42
9
BAB SATU : PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Teori pendidikan al-Quran telah diperkenalkan oleh al-Qabisi (1955) dengan
mengemukakan empat kaedah dalam pembelajaran dan mengajaran hifz al-Quran iaitu
kaedah talqin (mengajar), takrar (latih tubi), al-mail (cintakan al-Quran) dan al-fahm
(kefahaman) (Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali, 2013). Kaedah
al-fahm merupakan kaedah yang penting bagi menghayati dan memahami makna ayat
al-Quran yang dihafaz (Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri, 2014).
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan kaedah mengingat, mengaitkan
dan membuat rumusan tentang isi utama yang dipelajari serta menilai prestasi sendiri
(Khalid Mohd. Noor, 1993). Peperiksaan digunakan sebagai alat untuk mengukur
prestasi dan tahap kefahaman pelajar dan setiap individu mempunyai pendekatan
tersendiri untuk memahami setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran khususnya
daripada aspek menguruskan bahan rujuk dan mencari maklumat (Sajjacholapunt &
Joy, 2014).
Aktiviti pembelajaran telah mula dibincangkan oleh Marton & Saljo (1976) yang
menjadikan aktiviti pembelajaran sebagai asas utama dalam menangani satu tugas
yang diberikan untuk mencapai hasil yang diinginkan. Bloom, B. S. (1956)
menyatakan bahawa terdapat enam aras kemahiran dalam domain kognitif iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Aras-aras ini
digunakan sebagai indikasi untuk melihat kefahaman yang lebih jelas dari segi maksud
setiap aras, objektif, hasil pembelajaran dan contoh soalan yang perlu digunakan
sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
Menerusi kajian awal yang telah dilakukan oleh Marton, F., & Saaljo, R. (1976)
terdapat dua bentuk kefahaman yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu secara
luaran “surface learning” atau secara dalaman “deep learning”. Kefahaman secara
luaran menuntut komitmen pelajar secara minimum manakala kefahaman dalaman
10
diperlukan untuk memahami kandungan serta melihat fakta dan butiran-butiran tertentu
yang membantu mencapai sesuatu maksud.
Noel Entwistle & Dorothy Entwistle (2003) telah meluaskan dua bentuk
kefahaman yang dibincangkan Marton, F., & Saaljo, R. dengan menghuraikan idea-
idea ini dan mencadangkan bentuk kefahaman yang ketiga dikenali sebagai pendekatan
strategik (strategic approach). Biggs (1979) telah mengusulkan satu lagi pendekatan
yang seiring dengan pendekatan kefahaman ini iaitu mencapai (achieving) dan
pendekatan ini didorong oleh motif untuk mencapai kejayaan dan memberi galakkan
terhadap penggunaan strategi yang dapat meningkatkan kemahiran belajar yang efektif
(Sajjacholapunt & Joy, 2014).
1.2 Pernyataan Masalah
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemahaman makna ayat al-Quran dalam
kalangan pelajar ialah guru, inisiatif pelajar dan alat bantu hafazan. Dapatan kajian
oleh Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz (2005) menunjukkan bahawa bagi pelajar
tahfiz yang lemah sebahagian daripada mereka tidak memahami maksud ayat yang
dihafaz dan hanya bergantung pada arahan guru dalam menghafaz. Hal ini
diperkukuhkan dengan kajian oleh Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan
Jemali (2013) mendapati bahawa guru kurang memberi perhatian untuk menjelaskan
kefahaman makna ayat kepada pelajar.
Hasil yang dijalankan oleh Mohamad Marzuqi (2008) di Darul Quran Jakim
menunjukkan 65.6 % daripada 212 orang pelajar menyatakan pensyarah tidak
membimbing dalam proses pemahaman ayat al-Quran di dalam kelas. Manakala,
hanya 34.4% pelajar sahaja yang bersetuju dengan kenyataan pensyarah membimbing
pemahaman ayat al-Quran di dalam kelas. Ini menunjukkan teknik pemahaman ayat al-
Quran kurang diberi penekanan di dalam pengajaran tahfiz al-Quran.
Pelajar yang kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berkaitan kefahaman al-Quran menyebabkan mereka lemah dalam menghafal al-Quran.
11
Ini dapat difahami bahawa pelajar tidak didedahkan dengan aktiviti perbincangan
berkumpulan serta tidak dilibatkan dengan sesi untuk semakan kefahaman ayat al-
Quran bersama guru (Misnan Jemali, Muhammad Akramin Kamarul Zaman &
Muhammad Nadzir Ibrahim, 2006). Hasil kajian oleh Misnan Jemali dan Ahmad
Sadadi Hafidz (2003) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang lemah
menggunakan pendekatan mendatar (surface) semasa hafazan. Mereka juga kurang
daya usaha sendiri, kurang memberi tumpuan dalam hafazan mereka dan sebahagian
mereka tidak memahami terjemahan dan maksud ayat al-Quran yang dihafaz.
Misnan Jemali dan Ahmad Sadadi Hafidz (2003) menyatakan bahawa hubungan
antara kaedah menghafaz al-Quran dengan pencapaian pelajar dalam kursus tahfiz al-
Quran yang menunjukkan bahawa para pelajar cemerlang mempunyai pembelajaran
yang berstrategi (strategic approach) iaitu mempunyai kaedah penting dalam
menghafal. Menerusi pendekatan berstrategi, para pelajar cemerlang ini menunjukkan
hasil bahawa mereka mampu menguasai cara sebutan dan tajwid guru dengan betul
dan jelas, memahami terjemahan ayat al-Quran, memahami maksud cerita al-Quran
dan mampu mengaitkan kefahaman dan analisis ayat yang dihafaz di samping menjaga
adab-adab penting dalam menghafal al-Quran. Ini menunjukkan bahawa adab-adab
menghafal al-Quran sangat dititikberatkan oleh para penghafal al-Quran di samping
menguasai maksud dan kandungan ayat bagi memastikan ayat yang dihafaz mudah
untuk diingat.
Oleh yang demikian, integrasi antara hafazan al-Quran dan pemahaman makna
ayat al-Quran merupakan pendekatan yang dapat memberi kesan yang positif dalam
proses hafazan al-Quran dan ia akan menghasilkan impak yang baik dari aspek kualiti
ilmu dan pengetahuan yang diterima pelajar. Keputusan analisis menunjukkan bahawa
kefahaman terhadap apa yang dipelajari dan aktiviti menghafal memerlukan daya usaha
dan keperluan ingatan dalam proses pengulangan intipati kursus yang telah diajar.
Kedua-dua aspek tersebut menjadi penyumbang kepada faktor pengetahuan (Noel
Entwistle & Dorothy Entwistle, 2003).
12
Menurut Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003), dalam Ibnu Shanun telah
menjelaskan bahawa pelajar-pelajar perlu diajarkan I’rab al-Quran iaitu kaedah
memahami makna ayat al-Quran. Pelajar juga perlu mempelajari bahasa Arab untuk
mendalami ilmu-ilmu tertentu termasuk memahami al-Quran (Farhana Idris & Munirah
Azrae, 2015).
Oleh yang demikian, penggunaan alat bantuan hafazan merupakan salah satu
medium membantu hafazan pelajar. Modul belajar bahasa Arab menggunakan “Quran
Per Kata” sebagai contoh yang sangat sesuai digunakan oleh orang awam dewasa untuk
pemahaman ayat al-Quran tanpa sebarang ilmu formal bahasa Arab dalam akademik
manakala modul pendidikan bahasa Arab al-Furqaan lebih sesuai untuk golongan yang
mempunyai tahap pendidikan lebih tinggi (Farhana Idris & Munirah Azrae, 2015).
Berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan mendorong pasukan
penyelidik Darul Quran untuk menjalankan kajian berkaitan keberkesanan Kaedah
Kefahaman Makna Ayat Al-Quran Berbantukan Al-Quran Terjemahan dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran.
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Menilai keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-Quran
berbantukan al-Quran terjemahan terhadap pemahaman makna ayat al-Quran
Kumpulan Rawatan
1.3.2 Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran di
antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
1.3.3 Mengenal pasti perbezaan tahap pengekalan hafazan di antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
1.3.4 Mengenal pasti hubungan antara kefahaman makna ayat al-Quran
dengan tahap pengekalan hafazan bagi Kumpulan Rawatan
13
1.4 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Hipotesis yang dikaji adalah
hipotesis penyelidikan (Ha) manakala hipotesis yang diuji adalah hipotesis nul (Ho).
Dalam kajian ini, pelajar yang mengikuti modul pemahaman makna ayat al-Quran
adalah pelajar Kumpulan Rawatan manakala pelajar yang mengikuti Pengajaran Dan
Pembelajaran Hifz al-Quran secara konvensional adalah Kumpulan Kawalan. Hipotesis
Nul kajian adalah seperti berikut :
Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman
makna ayat al-Quran dalam skor min Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca
Kefahaman Kumpulan Rawatan
Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman
makna ayat al-Quran dalam skor min Ujian Pra Kefahaman antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman
makna ayat al-Quran dalam skor min Ujian Pasca Kefahaman antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman
makna ayat al-Quran dalam skor min Ujian Pasca Kefahaman antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Pasca Kefahaman
dengan Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan
1.5 Soalan Kajian
1.5.1 Apakah keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-Quran
berbantukan al-Quran terjemahan terhadap pemahaman makna ayat al-Quran
Kumpulan Rawatan ?
14
1.5.2 Apakah perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan ?
1.5.3 Apakah perbezaan tahap pengekalan hafazan di antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan?
1.5.4 Apakah bentuk hubungan antara kefahaman makna ayat al-Quran
dengan tahap pengekalan hafazan bagi Kumpulan Rawatan?
1.6 Kepentingan Kajian
Satu kaedah pengajaran pemahaman makna ayat al-Quran telah dibina dan diuji
keberkesanannya dalam meningkatkan kefahamaan makna ayat al-Quran pelajar.
Dalam masa yang sama, kaedah tersebut perlu dilihat kesannya kepada pengekalan
hafazan pelajar. Ini kerana aspek pengekalan hafazan juga merupakan salah satu
objektif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran.
Hasil kajian ini akan dapat dimanfaatkan oleh Maahad Tahfiz al-Quran Negeri
(MTQN) yang menjalinkan kerjasama dengan Darul Quran. Ini menunjukkan hasil
kajian akan diguna pakai di seluruh Malaysia.
Selanjutnya kajian ini juga dapat merangsang pensyarah-pensyarah Hifz al-
Quran untuk lebih bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam
kelas. Penggunaan kaedah pemahaman makna ayat hafazan berbantukan al-Quran
terjemahan menuntut seseorang pensyarah itu membuat persediaan yang rapi sebelum
memulakan pengajaran. Pensyarah-pensyarah juga akan lebih kreatif untuk
menghasilkan pengajaran yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh pelajar-
pelajar.
Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah
dalam Hifz al-Quran. Dengan penggunaan kaedah kemahaman makna ayat al-Quran
berbantukan al-Quran terjemahan yang memaparkan makna perkataan, makna
keseluruhan ayat dan pecahan tajuk untuk setiap muka surat yang sesuai akan
15
membantu pelajar-pelajar untuk menguasai dan mempercepatkan hafazan serta
menghindarkan rasa bosan semasa pembelajaran. Pelajar-pelajar akan lebih mudah
mengingati isi hafazan dan membuat perkaitan di antara ayat-ayat al-Quran yang
dihafaz.
1.7 Batasan Kajian
Kajian keberkesanan kaedah pemahaman makna ayat al-Quran berbantukan al-Quran
terjemahan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran ini dijalankan
berdasarkan batasan seperti berikut :
1. Kajian ini menggunakan modul pemahaman makna ayat al-Quran yang
dibina sendiri oleh pasukan penyelidik Projek Penyelidikan Darul Quran 1, 2015.
Modul ini merangkumi sukatan pemahaman makna ayat bermula dari Juzuk 1
hingga Juzuk 3 sahaja.
2. Kajian ini juga menggunakan al-Quran Terjemahan Kemeterian Pendidikan
Malaysia yang dicetak oleh Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd (Nombor siri buku :
0045,Cetakan pertama tahun 2014) sebagai Alat Bantuan Hafazan (ABH).
3. Sampel dipilih secara rawak daripada populasi pelajar Semester 1 yang
sedang mengikuti Program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Sesi
2015/2018.
1.8 Definisi Istilah Kajian
1.8.1 Keberkesanan
Keberkesanan adalah melibatkan sesuatu kegiatan hasil atau pengaruh akibat
daripada didorong oleh atau menyaksikan sesuatu kejadian. Ia merujuk kepada
sejauh manakah pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru (Teuku Iskandar,
1970). Kamus Dewan Edisi Keempat tahun (2005) pula mendefinisikan
16
keberkesanan bermakna perihal berkesan atau tidak berkesannya sesuatu
tindakan dan perubahan.
1.8.2 Kaedah
Ahmad (1997) berpendapat kaedah merupakan satu siri tindakan bersistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dengan cara dan penyampaian yang
tersusun. Kaedah amat penting dalam memberi kesan kepada sesuatu usaha untuk
memperoleh hasil yang sempurna. Dalam kontek menghafaz al-Quran, kaedah
amat penting untuk diketahui dan dapat dipraktikkan. Tanpa kaedah, proses
hafazan akan membosankan dan boleh mengganggu pengekalan hafazan (Abdul
Hafiz Abdullah et.al, 2005). Justeru, dalam memahami ayat al-Quran yang
dihafaz, kaedah perlu dibina bagi memastikan kefahaman dapat dicapai.
1.8.3 Kefahaman Makna Ayat al-Quran
Kefahaman makna merujuk kepada kaedah untuk mengetahui kepentingan
menghayati dan memahami ayat dalam menghafaz al-Quran (Nor Musliza
Mustafa dan Mokmin Basri, 2014). Ayat al-Quran adalah merujuk kepada Kalam
Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya adalah
ibadah (al-Qattan, 1998).
Merujuk kepada Pro Forma Kursus Hifz al-Quran Syafawi I, penilaian
adalah melibatkan dua hasil pembelajaran iaitu berkemampuan menguasai
hafazan (Pengekalan Hafazan) dan berkemampuan mengambil iktibar,
menghayati dan mengaplikasikan al-Quran dalam kehidupan kini(Kefahaman)
(Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat, 2014).
Kefahaman makna ayat al-Quran merangkumi kepentingan dan kesannya
kepada hafazan al-Quran. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) perkataan
faham bermaksud pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu, fikiran atau
anggapan yang menjadi pegangan seseorang, tahu dan mengerti benar sesuatu
dan kepercayaan individu atau masyarakat tentang sesuatu. Maksud faham
17
makna ayat-ayat al-Quran itu dapat difahami sebagai mengetahui dan mengerti
makna dan maksud sesuatu ayat al-Quran.
1.8.4 Al-Quran Terjemahan
Al-Quran terjemahan merujuk kepada teks al-Quran yang diterjemahkan ke
dalam bahasa melayu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
yang dicetak oleh Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd (Nombor siri buku :
0045,Cetakan pertama tahun 2014).
1.8.5 Pengajaran dan Pembelajaran Hifz al-Quran
Pembelajaran merujuk kepada proses interaksi antara pelajar dengan pendidik
supaya belaku proses pemerolehan ilmu pada pelajar. Manakala pengajaran pula
merupakan tugasan dan aktiviti yang dilakukan bersama antara guru dan pelajar
(Noor Hashim Md Nawi, 2011).
Hifz al-Quran merupakan proses menghafaz dan mengingat ayat-ayat al-
Quran dan mengekalkan ingatan tersebut untuk amalan, bacaan dalam solat dan
wirid-wirid. Jika dapat menghafaz keseluruhannya adalah sangat baik. ( Misnan
Jemali, Muhd. Akramin & Muhd Nadzir Ibrahim, 2006). Hifz al-Quran
merupakan salah satu kursus teras yang ditawarkan oleh Darul Quran kepada
pelajar Program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat. Bahagian
Latihan JAKIM (2005) (Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat, 2014).
18
BAB EMPAT : DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Hasil kajian terbahagi kepada analisis statistik daripada Ujian Hafazan dan Ujian
Kefahaman. Dapatan pemerhatian dan pemantauan sepanjang tempoh eksperimen juga
dianalisis mengikut tajuk. Selain itu, dapatan temu bual terhadap empat orang pelajar
yang mengikuti kajian ini turut dianalisis secara kualitatif.
4.1.1 Analisis Ujian Kefahaman Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
Kawalan
Ujian Kefahaman ini dijalankan terhadap 79 orang pelajar yang terlibat untuk
mengenal pasti tahap Kefahaman makna ayat al-Quran. Skor penuh bagi kedua-
dua ujian ini ialah 35 markah.
4.1.1.1 Taburan Pencapaian Ujian Pra Kefahaman Bagi Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut skor markah dan peratus
Ujian Pra Kefahaman bagi mengkaji keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna
Ayat al-Quran bagi Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan. Skor min bagi
skor Ujian Pra ini ialah 25.85 dan skor tertinggi bagi ujian ini ialah 35 markah.
Jumlah pelajar yang memperoleh markah tersebut ialah seramai 1 orang (1.3%).
Manakala skor terendah bagi ujian ini ialah 3 markah. Jumlah pelajar yang
memperoleh markah tersebut ialah 1 orang (1.3%). Secara keseluruhannya, skor
yang mempunyai kekerapan tertinggi ialah 24 markah. Jumlah pelajar yang
memperoleh markah tersebut seramai 13 orang (16.5%).
19
Jadual 2: Nilai Min, Mod, Minimum Dan Maksimum Bagi Skor Ujian Pra
Kefahaman
Nilai Ujian Pra
N (Jumlah Responden) 79
Min 25.85
Mode (kekerapan tertingggi) 24
Minimum 3
Maksimum 35
Jadual 2 : Taburan Skor Ujian Pra Kefahaman Mengikut Kekerapan dan
Peratus
BIL. SKOR KEKERAPAN (%)
1 3 1 1.3
2 13 1 1.3
3 17 2 2.5
4 20 1 1.3
5 21 1 1.3
6 22 4 5.1
7 23 7 8.9
8 24 13 16.5
9 25 4 5.1
10 26 6 7.6
11 27 6 7.6
12 28 11 13.9
13 29 9 11.4
14 30 7 8.9
15 31 3 3.8
16 32 1 1.3
17 33 1 1.3
18 35 1 1.3
Total 79 100.0
4.1.1.2 Taburan Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pasca Kefahaman Bagi
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut skor markah dan peratus
Ujian Pasca Kefahaman bagi mengkaji keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna
Ayat Al-Quran untuk Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan. Skor Min
Ujian Pasca ini ialah 29.91 dan skor tertinggi bagi ujian ini ialah 35 markah.
20
Jumlah pelajar yang memperoleh markah tersebut ialah seramai 4 orang (5.1%).
Manakala skor terendah bagi ujian ini ialah 20 markah. Jumlah pelajar yang
memperoleh markah tersebut ialah seramai 1 orang (1.3%). Secara
keseluruhannya, skor yang memperoleh markah tertinggi ialah 31 markah.
Jumlah pelajar yang memperoleh markah tersebut iaitu 15 orang (19%).
Jadual 3 : Nilai Min, Mod, Minimum Dan Maksimum Bagi Skor Ujian Pasca
Kefahaman
Skor Ujian Pasca
N (Jumlah Responden) 79
Min 29.91
Mode (kekerapan tertingggi) 31
Minimum 20
Maksimum 35
Jadual 4 : Taburan Skor Ujian Pasca Kefahaman Mengikut Kekerapan dan
Peratus
BIL.
SKOR JUMLAH (%)
1. 20 1 1.3
2. 22 2 2.5
3. 23 1 1.3
4. 24 4 5.1
5. 25 4 5.1
6. 26 2 2.5
7. 27 5 6.3
8. 28 3 3.8
9. 29 7 8.9
10. 30 6 7.6
11. 31 15 19.0
12. 32 12 15.2
13. 33 5 6.3
14. 34 8 10.1
15. 35 4 5.1
Total 79 100.0
4.1.1.3 Perbandingan Pencapaian Pelajar antara Ujian Pra Kefahaman dan
Pasca Kefahaman Kumpulan Rawatan
Jadual 5 menunjukkan skor min Ujian Pasca Kefahaman Kumpulan Rawatan
ialah 31.34. Manakala skor min Ujian Pra Kefahaman ialah 25.31. Ini
menunjukkan perbezaan skor min di antara Ujian Pra Kefahaman dan Pasca
21
Kefahaman ialah 6.031. Hasil daripada ujian-t berpasangan menunjukkan
perbezaan yang signifikan di antara Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca
Kefahaman (t=-5.998, df=31, p<0.05). Ini membuktikan bahawa tahap
kefahaman makna ayat al-Quran Kumpulan Rawatan semakin meningkat selepas
mengikuti modul yang disediakan.
Jadual 5 : Ujian-t Berpasangan Dalam Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca
Kefahaman Kumpulan Rawatan
Ujian Frekuensi (n) Min Sisihan
Piawai
t df p
PRA 32 25.31 5.579 -5.998 31 .000
PASCA 32 31.34 3.288
* Aras signifikan <0.05
Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman makna
ayat al-Quran dalam skor min Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca Kefahaman
Kumpulan Rawatan
4.1.1.4 Perbandingan Pencapaian Pelajar Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pra Kefahaman
Jadual 6 menunjukkan min Ujian Pra bagi Kumpulan Rawatan ialah 25.31
manakala min Kumpulan Kawalan ialah 26.21. Hasil ujian-t dua sampel bebas
pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara Ujian Pra bagi
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan (t = -.870 ,df= 77, p > 0.05). Ini
menunjukkan tahap kefahaman makna ayat al-Quran sebelum program adalah
sama antara kedua-dua kumpulan.
Jadual 6 : Ujian-t Bagi Dua Sample Bebas Dalam Ujian Pra Kefahaman Antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Kumpulan Frekuensi
(n)
Min Sisihan
Piawai
Perbezaan
Min
t df p
Rawatan 32 25.31 5.579 -.900 -.870 77 .387
Kawalan 47 26.21 3.629
* Aras signifikan <0.05
Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman makna
ayat al-Quran dalam skor min Ujian Pra Kefahaman antara Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan
22
4.1.1.5 Perbandingan Pencapaian Pelajar Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan Dalam Ujian Pasca Kefahaman
Jadual 7 menunjukkan skor min Kumpulan Rawatan ialah 31.34. Manakala skor
min Kumpulan Kawalan ialah 28.94. Hasil ujian-t dua sample bebas pula
menunjukkan perbezaan yang signifikan antara Ujian Pasca Kefahaman bagi
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan (t = 3.177 ,df= 77,p <0.05). Ini
menunjukkan pencapaian Ujian Pasca Kefahaman bagi Kumpulan Rawatan lebih
tinggi daripada Kumpulan Kawalan sebanyak 2.40
Jadual 7 : Ujian-t Bagi Dua Sample Bebas Dalam Ujian Pasca Kefahaman Antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Kumpulan Frekuensi
(n)
Min Sisihan
Piawai
Perbezaan
Min
t df p
Rawatan 32 31.34 3.288 2.408 3.177 77 .002
Kawalan 47 28.94 3.319
* Aras signifikan <0.05
Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kefahaman makna ayat al-
Quran dalam skor min Ujian Pasca Kefahaman antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
Kawalan
4.1.2 Analisis Ujian Hafazan Kesemua Responden
Ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu Ujian Tahriri dan Ujian Syafawi al-
Quran. Ujian ini dijalankan terhadap 79 orang pelajar yang terlibat untuk
mengenal pasti tahap penguasaan hafazan al-Quran. Soalan-soalan ujian bermula
dari juzuk 1 hingga juzuk 3. Skor penuh bagi ujian ini adalah 100 markah.
4.1.2.1 Taburan Skor Ujian Hafazan Kesemua Responden
Jadual 8 menunjukkan taburan responden mengikut skor markah dan peratus
Ujian Hafazan al-Quran bagi melihat tahap hafazan pelajar. Skor Min ujian
hafazan ini ialah 81.32 markah dan skor tertinggi bagi ujian ini ialah 100 markah.
Jumlah pelajar yang memperoleh markah tersebut ialah seramai dua orang pelajar
(2.5%). Manakala skor terendah bagi ujian ini ialah 14 markah. Hanya seorang
23
pelajar (1.3%) yang memperoleh markah tersebut. Secara keseluruhannya, skor
markah yang mempunyai kekerapan tertinggi ialah 92.50 markah. Jumlah pelajar
yang memperoleh markah tersebut ialah seramai lima orang pelajar (6.3%).
Jadual 8 : Skor Min, mod, minimum dan maksimum bagi skor Ujian Hafazan
Skor Ujian Hafazan
N (Jumlah Responden) 79
Min 81.3291
Mode (kekerapan tertingggi) 92.50
Minimum 14.00
Maksimum 100.00
24
Jadual 9 : Taburan Skor Ujian Hafazan Mengikut Kekerapan dan Peratus
BIL. SKOR JUMLAH (%)
1. 14.00 1 1.3
2. 21.00 1 1.3
3. 24.50 1 1.3
4. 28.50 1 1.3
5. 35.50 1 1.3
6. 51.00 1 1.3
7. 51.50 1 1.3
8. 54.50 1 1.3
9. 55.00 1 1.3
10. 58.00 1 1.3
11. 62.00 1 1.3
12. 64.00 1 1.3
13. 65.00 1 1.3
14. 66.00 1 1.3
15. 68.50 1 1.3
16. 70.50 1 1.3
17. 71.00 1 1.3
18. 73.00 1 1.3
19. 74.00 1 1.3
20. 74.50 2 2.5
21. 75.50 1 1.3
22. 76.00 1 1.3
23. 77.50 1 1.3
24. 78.00 2 2.5
25. 80.00 2 2.5
26. 80.50 1 1.3
27. 82.00 1 1.3
28. 83.50 1 1.3
29. 84.00 2 2.5
30. 84.50 1 1.3
31. 85.00 1 1.3
32. 85.50 1 1.3
33. 86.00 1 1.3
34. 89.00 2 2.5
35. 89.50 3 3.8
36. 90.00 1 1.3
37. 90.50 1 1.3
38. 91.00 1 1.3
39. 92.00 2 2.5
40. 92.50 5 6.3
41. 93.50 3 3.8
42. 94.00 3 3.8
43. 94.50 1 1.3
44. 95.00 1 1.3
45. 95.50 4 5.1
46. 96.00 2 2.5
47. 96.50 1 1.3
48. 97.00 2 2.5
49. 97.50 3 3.8
50. 98.50 1 1.3
51. 99.00 3 3.8
52. 99.50 1 1.3
53. 100.00 2 2.5
Total 79 100.0
25
4.1.2.2 Perbezaan Min Markah Ujian Hafazan al-Quran Kumpulan
Rawatan Dan Kumpulan Kawalan
Jadual 10 menunjukkan skor min Ujian Hafazan bagi Kumpulan Rawatan ialah
80.5781. Manakala skor min Ujian Hafazan bagi Kumpulan Kawalan ialah
81.8404. Ini menunjukkan perbezaan skor min di antara dua kumpulan ialah
1.26230. Hasil daripada ujian-t bagi dua sampel bebas pula menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan di antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
(t = -.280, df = 77, p>0.05). Ini menunjukkan skor min di antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan adalah hampir sama di dalam Ujian Hafazan.
Jadual 10 : Ujian-t Dua Sampel Bebas Dalam Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan
dan Kumpulan Kawalan
Kumpulan Frekuensi
(n)
Min Sisihan
Piawai
Perbezaan
Min
t df p
Rawatan 32 80.5781
20.45022 -1.26230 -
.280
77 .780
Kawalan 47
81.8404 19.07597
* Aras signifikan <0.05
Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengekalan hafazan
dalam skor min Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
4.1.2.3 Analisis Korelasi Antara Ujian Pasca Kefahaman dengan Ujian
Hafazan
Jadual 11 menunjukkan nilai indeks korelasi bagi Ujian Pasca Kefahaman
dengan Ujian Hafazan. Dapatan daripada analisis ini menunjukkan bahawa nilai
signifikan bagi Pemboleh Ubah Kefahaman (Ujian Pasca Kefahaman) dengan
Pemboleh Ubah Pengekalan Hafazan (Ujian Hafazan) ialah 0.143. Oleh kerana
nilai p lebih besar daripada 0.05, maka dapatan ini menunjukkan bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-
Quran dengan pengekalan hafazan.
26
Jadual 11: Keputusan Analisis Korelasi antara Ujian
Pasca Kefahaman dan Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan
UJIAN HAFAZAN PASCA
HAFAZAN
Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
1
32
.265
.143
32
PASCA
Pearson
Correlation
Sig. (2-tailed)
N
.265
.143
32
1
32
Ho 5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Pasca Kefahaman dengan
Ujian Hafazan Kumpulan Rawatan
4.1.3 Dapatan Temu Bual
Hasil temu bual dengan empat orang responden bertujuan untuk mengenal pasti
pandangan mereka berkaitan dengan pengendalian kelas, inisiatif pelajar terhadap
kefahaman makna ayat al-Quran, persediaan pelajar untuk Ujian Hafazan, kesan
modul terhadap hafazan dan kefahaman dan cadangan pelajar untuk
memantapkan hafazan dan meningkatkan kefahaman.
4.1.3.1 Pengendalian Kelas
Dapatan temu bual mendapati bahawa pelajar membaca al-Quran secara talaqqi
dan musyafahah bersama pensyarah. Kemudian guru memberi penerangan dan
makna ayat berdasarkan modul yang ditetapkan selepas pelajar menghabiskan
sesi tasmi’. Tahap penyampaian guru mengenai isi kandungan modul pada tahap
sederhana. Melalui penyampaian tersebut, pelajar dapat memahami makna ayat
27
al-Quran yang perlu dihafaz pada hari berikutnya dan boleh menerangkan
kefahaman ayat tersebut.
Justeru, kebanyakan pelajar mampu mengikuti dan mematuhi isi
kandungan modul yang dirancang. Namun masih terdapat sebahagian pelajar
yang tidak memahami objektif program yang diikuti dan mengikutinya secara
terpaksa. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat menyesuaikan diri
dengan program yang dijalankan.
4.1.3.2 Inisiatif Pelajar Terhadap Kefahaman Ayat-Ayat Al-Quran
Dapatan temu bual mendapati bahawa proses menghafaz dan kefahaman ayat
berjalan seperti yang ditetapkan dalam modul. Pelbagai cara dan kaedah yang
digunakan pelajar untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Antara kaedah
yang digunakan oleh pelajar ialah dengan mengadakan perbincangan dua hala
bersama guru berkaitan kefahaman makna ayat al-Quran, latih tubi secara
berkumpulan menerusi aktiviti bercerita dan soal-jawab.
Dari aspek berkaitan hafazan dan kefahaman, pelajar terlebih dahulu
menghafaz ayat diikuti dengan memahami makna atau sebaliknya dengan
memahami ayat terlebih dahulu sebelum menghafaz ayat
tersebut.Walaubagaimanapun, pendekatan yang menjadi pilihan pelajar ialah
dengan menghafaz ayat sambil memahami maknanya.
Penggunaan mashaf al-Quran juga memainkan peranan untuk membantu
pelajar dalam menghafaz dan memahami makna ayat-ayat al-Quran.
Berdasarkan modul yang ditetapkan, pelajar telah dibekalkan dengan mashaf al-
Quran yang khusus dan dikehendaki menggunakannya sepanjang program ini.
Namun terdapat sebilangan pelajar yang menghafaz dan memahami makna
ayat dengan menggunakan dua buah mashaf yang berbeza iaitu sebuah mashaf
28
al-Quran tanpa terjemahan dan sebuah mashaf terjemahan. Dengan kata lain,
mereka lebih selasa menghafaz al-Quran menggunakan mashaf yang tidak
mempunyai terjemahan dan mashaf terjemahan digunakan untuk memahami
makna ayat selepas menghafaz al-Quran.
4.1.3.3 Persediaan Pelajar Untuk Ujian Hafazan
Dapatan temu bual mendapati bahawa pelajar melakukan persiapan untuk
menghadapi Ujian Hafazan dan Ujian Kefahaman. Pelbagai cara dilakukan
dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian tersebut. Antara perkara
yang dilakukan ialah muraja’ah al-Quran bersama makna ayat al-Quran secara
individu atau berkumpulan. Waktu kebiasaan yang diambil ialah pada waktu
malam dan waktu subuh. Pelajar juga selalu menggunakan ekspresi lakonan
berdasarkan kefahaman ayat al-Quran.
Namun begitu, terdapat pelajar yang tidak dapat menghabiskan sukatan
pada masa yang ditetapkan. Ini telah menyebabkan mereka tidak dapat membuat
persediaan yang mencukupi dan memberi tekanan kepada mereka kerana
ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain. Di samping itu, terdapat
sebilangan pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi
ujian yang dilaksanakan.
4.1.3.4 Kesan Modul Terhadap Hafazan Dan Kefahaman
Dapatan temu bual mendapati bahawa pelaksanaan modul ini berjaya
memberikan kefahaman kepada pelajar dalam mencapai objektif yang
ditetapkan. Sukatan hafazan dan kefahaman ayat al-Quran bersesuaian dengan
tahap kemampuan pelajar. Pelajar dikehendaki menghafaz ayat-ayat al-Quran
dan memahaminya sekurang-kurang sehari sebelum sesi tasmi’ dijalankan.
Semasa sesi tasmi’ dijalankan, proses penerangan oleh guru membantu pelajar
menguatkan hafazan dan kefahaman ayat-ayat al-Quran. Penggunaan modul ini
banyak membantu pelajar mengukuhkan hafazan dan kefahaman ayat al-Quran.
29
Namun begitu, sebilangan pelajar memerlukan bimbingan untuk
memahami ayat-ayat al-Quran yang dihafaz. Ketidakseragaman penyampaian
guru dalam menerangkan makna ayat-ayat al-Quran menyebabkan sebilangan
pelajar keliru dengan objektif program. Begitu juga, terdapat sebilangan pelajar
yang tidak menyedari kepentingan program ini.
4.1.3.5 Cadangan Pelajar Untuk Memantapkan Hafazan Dan Meningkat
Kefahaman
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa beberapa cadangan telah diutarakan
berkaitan pemantapan hafazan dan peningkatan kefahaman berdasarkan objektif
modul yang digunakan. Antaranya penggunaan mashaf yang berasingan untuk
menghafaz dan memahami makna ayat-ayat al-Quran. Mempelbagaikan lokasi
kelas tasmi’ berbanding lokasi sedia ada yang tertumpu di dalam kelas.
Mempelbagaikan teknik pengujian untuk mengukuhkan hafazan seperti teknik
pengujian lisan secara spontan dijalankan secara di dalam kelas tasmi’ secara
kerap.
4.1.4 Dapatan Pemerhatian
Dapatan dari pemerhatian ini adalah untuk melihat beberapa aspek iaitu masa
Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran, aktiviti talaqqi, dokumentasi
Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran serta aktiviti tasmi’ pelajar dengan
guru.
Pemerhatian terhadap perjalanan kelas Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
Kawalan telah dilakukan sebanyak dua kali bagi setiap kelas. Seramai tujuh
orang penyelidik terlibat dalam proses pemantauan dalam tempoh enam minggu
program. Penyelidik juga dibekalkan dengan senarai semak pemerhatian yang
merangkumi empat aspek iaitu masa, talaqqi, dokumen dan tasmi’. Berikut
beberapa rumusan hasil pemantauan yang dijalankan sepanjang sesi tersebut.
30
4.1.4.1 Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran
Secara puratanya masa yang diambil untuk tasmi’ oleh pelajar kelas Kumpulan
Rawatan adalah selama 12 minit bagi setiap pelajar berbanding pelajar kelas
Kumpulan Kawalan yang hanya memerlukan lapan minit sahaja. Peruntukan
masa mencukupi bagi setiap pelajar adalah berdasarkan modul yang ditetapkan.
Namun begitu, terdapat guru yang lewat memulakan kelas termasuk beberapa
orang pelajar.
4.1.4.2 Aktiviti Talaqqi
Kelas Kumpulan Rawatan mempunyai modul sesi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih padat berbanding kelas Kumpulan Kawalan kerana melibatkan proses
penerangan makna ayat oleh guru. Bagi kelas Kumpulan Kawalan, masa
maksimum diambil untuk talaqqi ialah selama 14 minit manakala kelas
Kumpulan Rawatan pula ialah selama 16 minit.
4.1.4.3 Dokumentasi Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran
Bagi kelas Kumpulan Kawalan, pelajar hanya menggunakan mashaf Rasm
Uthmani tanpa terjemahan. Manakala bagi kelas Kumpulan Rawatan, setiap
pelajar dibekalkan dengan mashaf al-Quran yang mengandungi terjemahan dan
tema ayat. Mashaf tersebut ialah Al-Quran al-Karim Dengan Terjemahan Oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu pelajar dikehendaki mengikut
aktiviti-aktiviti di dalam kelas tasmi’ berdasarkan modul yang telah ditetapkan.
Guru pula dikehendaki untuk merekodkan semua aktiviti di dalam Buku Rekod
Tema dan Perkataan, Buku Rekod Tasmi’ dan Buku Rekod Kehadiran.
4.1.4.4 Aktiviti Tasmi’ Pelajar Dengan Guru
Aktiviti tasmi’ kedua-dua kelas telah berjalan dengan baik. Pelajar kelas rawatan
diuji dengan Kefahaman ayat al-Quran yang telah selesai ditasmi’ berbanding
kelas Kumpulan Kawalan yang hanya memerlukan aktiviti tasmi’ al-Quran
31
sahaja. Majoriti guru memberi perhatian terhadap hafazan pelajar seperti
membetulkan kesalahan bacaan dan mencatatkannya di dalam buku tahriri al-
Quran pelajar. Namun begitu terdapat juga guru yang kurang menekankan aspek
tajwid seperti sifat dan makhraj huruf dan lain-lain. Selain itu terdapat juga guru
kelas Kumpulan Rawatan yang kurang memberi tumpu kepada aspek kesesuian
tema bagi ayat yang akan dihafaz oleh pelajar.
32
BAB LIMA : PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Bab ini mengemukakan perbincangan terhadap dapatan kajian yang telah dibentangkan
dalam bab 4. Perbincangan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu; ringkasan kajian
yang menerangkan metodologi, pemilihan populasi dan sampel serta lokasi kajian
secara ringkas dan perbincangan dapatan kajian yang dibentangkan dalam tiga elemen
utama iaitu keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-Quran berbantukan al-
Quran terjemahan terhadap kefahaman makna, perbezaan tahap kefahaman makna ayat
al-Quran di antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan dan perbezaan tahap
pengekalan hafazan di antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan. Seterusnya
bahagian ketiga ialah berkenaan dengan kesimpulan dapatan kajian yang merumuskan
dapatan-dapatan utama, bahagian keempat adalah untuk mengemukakan sumbangan
terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran dan bahagian kelima
mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan melalui kementerian dan jabatan,
institusi pendidikan, pelaksana pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan
pensyarah tahfiz. Bab ini diakhiri dengan rumusan bab yang akan dimuatkan dalam
penutup.
5.2 Ringkasan Kajian
Kajian ini merupakan kajian eksperimen menggunakan reka bentuk eksperimen benar
(true experimental design) yang melibatkan kaedah berbentuk deskriptif dan inferensi
menggunakan dua reka bentuk iaitu ujian pasca dan ujian pra-pasca. Reka bentuk
experimental benar ini terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu Pemboleh Ubah
Bersandar dan Pemboleh Ubah Bebas. Dalam kajian ini Pemboleh Ubah Bersandar
ialah Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran. Manakala Pemboleh Ubah Bebas
pula Ialah Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-Quran Berbantukan Al-Quran
Terjemahan.
33
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk :
1. Menilai keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran
berbantukan al-Quran terjemahan terhadap pemahaman makna ayat al-Quran
Kumpulan Rawatan.
2. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran di antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap pengekalan hafazan di antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan.
4. Mengenal pasti hubungan antara kefahaman makna ayat al-Quran dengan
tahap pengekalan hafazan bagi Kumpulan Rawatan
Data kualitatif dalam kajian ini pula diperoleh melalui Pemerhatian Berstruktur
dan Temu Bual Separa Berstruktur. Kedua-dua kaedah ini membolehkan pasukan
penyelidik memperoleh data secara telus dan langsung daripada responden menjadikan
data yang dikutip kaya dengan maklumat (Noraini Idris, 2010). Data Pemerhatian
Berstruktur diperoleh daripada pemerhatian kepada aspek masa pengendalian
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti talaqqi, dokumentasi pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti tasmi’ pelajar dengan guru. Manakala data Temu Bual
Separa Berstruktur diperoleh melalui sesi temu bual yang dijalankan terhadap pelajar
untuk menilai keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran. Penilaian ini
merangkumi item pengendalian kelas, inisiatif pelajar terhadap kefahaman makna ayat
al-Quran, persediaan pelajar untuk Ujian Hafazan, kesan modul terhadap hafazan dan
kefahaman serta cadangan pelajar untuk memantapkan hafazan dan meningkatkan
kefahaman.
Data kuantitatif diperoleh melalui penilaian pengekalan hafazan dan
kefahaman. Data pengekalan hafazan diperoleh melalui Ujian Pasca Pengekalan
Hafazan yang melibatkan Ujian Syafawi al-Quran dan Ujian Tahriri al-Quran.
34
Manakala data kefahaman diperoleh melalui Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca
Kefahaman.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains
Sosial (Statistical Packages for Social Science) yang juga dikenali sebagai program
SPSS untuk mendapatkan frekuensi kekerapan, skor min, mode, minimum, maksimum,
sisihan piawai, nilai p dan nilai pekali korelasi. Data temu bual dan pemerhatian pula
dalam beberapa aspek tertentu diperoleh untuk menyokong dan menguatkan data-data
kuantitatif.
Lokasi kajian ialah di Darul Quran, Jakim Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Pemilihan Darul Quran sebagai lokasi kajian ialah kerana Darul Quran adalah Institusi
Tinggi Tahfiz yang menawarkan Program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran yang
merangkumi semua syukbah. Ini bermakna semua responden yang terpilih terdiri
daripada pelbagai syukbah pengajian. Semua sampel kajian terdiri daripada 79 orang
pelajar telah menduduki Ujian Hafazan, Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca
Kefahaman. Manakala empat orang responden telah dipilih untuk ditemu bual.
5.3 Perbincangan
Perbincangan berkaitan dengan kajian ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian
yang merangkumi empat aspek iaitu keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-
Quran berbantukan al-Quran terjemahan terhadap kefahaman makna ayat al-Quran,
perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran di antara Kumpulan Rawatan dan
Kumpulan Kawalan., perbezaan tahap pengekalan hafazan di antara Kumpulan
Rawatan dan Kumpulan Kawalan.dan hubungan antara Kaedah Kefahaman Makna
Ayat al-Quran dengan tahap pengekalan hafazan bagi Kumpulan Rawatan.
35
5.3.1 Keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran
Berbantukan Al-Quran Terjemahan Terhadap Kefahaman Makna Ayat Al-
Quran
Dapatan kajian membuktikan bahawa alat bantuan hafazan (ABH) yang
digunakan iaitu al-Quran terjemahan yang dikeluarkan oleh Kemeterian
Pendidikan Malaysia adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar
terhadap makna ayat al-Quran. Begitu juga dengan Modul Kefahaman Makna
Ayat Al-Quran yang dijadikan rujukan dalam mengendalikan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran Kumpulan Rawatan.
Daripada modul yang digunakan pula menunjukkan bahawa aktiviti dua
hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat
penting. Modul ini memerlukan guru menjelaskan tema dan kefahaman umum
berkaitan dengan ayat yang dihafaz kepada pelajar. Di pihak pelajar pula, mereka
membentangkan kepada guru mereka tentang kefahaman ayat yang telah dihafaz
selepas sesi tasmi’.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan skor min antara Ujian
Pra Kefahaman dan Ujian Pasca Kefahaman bagi Kumpulan Rawatan
menunjukkan peningkatan skor min sebanyak 6.031. Bagi kumpulan yang tidak
menerima rawatan ke atas pemboleh ubah bebas, iaitu Kumpulan Kawalan,
perbezaan skor min mereka antara Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca
Kefahaman hanya 2.723.
5.3.2 Perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran di antara
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
Kefahaman kedua-dua kumpulan tidak mempunyai perbezaan yang ketara
sebelum mengikuti kajian eksperimen ini. Ini dibuktikan dengan perbezaan skor
min antara kedua-dua kumpulan dalam Ujian Pra Kefahaman hanya sebanyak
0.7. Sampel kajian telah dipilih secara rawak dan mempunyai pencapaian yang
36
setara. Semua responden yang terlibat adalah di kalangan calon temu duga
kemasukan pelajar baru dengan syarat lulus SPM dengan syarat minimum Gred
‘B’ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan
as-Sunnah atau Pendidikan Syariah dan lulus bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan Sejarah. (Sumber: Sumber: Unit Pengambilan, Rekod dan Graduasi,
Darul Quran JAKIM, Mei 2015). Namun, selepas kajian ini dijalankan, terdapat
perbezaan yang ketara antara dua kumpulan tersebut. Kumpulan Rawatan
memperoleh skor min lebih tinggi berbanding Kumpulan Kawalan sebanyak 2.40
skor min dalam Ujian Pasca Kefahaman.
Aktiviti kefahaman dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz Al-Quran
memerlukan tempoh masa yang lama kerana aktiviti ini perlu disokong oleh
aspek pengamalan. Gabungan aktiviti kefahaman dan pengamalan akan memberi
kesan kepada tahap pengekalan hafazan. Ini bersesuaian dengan metodologi
menghafal al-Quran oleh para sahabat r.a. (al-Qurtubi,1997). Justeru, suasana
persekitaran untuk menghafaz al-Quran yang menyokong kepada pengamalan
kandungannya turut diberi perhatian.
5.3.3 Perbezaan tahap pengekalan hafazan di antara Kumpulan Rawatan
dan Kumpulan Kawalan
Penilaian terhadap pengekalan hafazan menunjukkan bahawa kefahaman bukan
menjadi punca rendahnya tahap pengekalan hafazan pelajar. Dapatan tersebut
juga menunjukkan bahawa Kumpulan Rawatan dibebani dengan aktiviti
kefahaman makna ayat namun aktiviti tersebut tidak menghalang mereka untuk
mengekalkan hafazan. Ini dibuktikan dengan perbezaan keputusan ujian hafazan
al-Quran antara dua kumpulan tersebut adalah minimum iaitu 1.26230 sahaja.
37
5.3.4 Hubungan antara Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran
dengan tahap pengekalan hafazan bagi Kumpulan Rawatan
Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan tahap pengekalan hafazan. Kesimpulan ini menunjukkan
bahawa kajian ini memberi kesan kepada peningkatan kefahaman pelajar, tetapi
sebaliknya kurang memberi kesan kepada pengingkatan tahap pengekalan
hafazan pelajar. Manakala dari aspek Hasil Pembelajaran bagi Kursus Hifz al-
Quran, kaedah ini mampu memberi kesan peningkatan kepada hasil pembelajaran
yang ketiga iaitu “agar pelajar dapat mengambil iktibar, menghayati dan
mengaplikasikan al-Quran dalam kehidupan kini”. Kaedah ini kurang memberi
kesan kepada Hasil Pembelajaran yang kedua iaitu “agar pelajar berkemampuan
menguasai hafazan”.
Kefahaman makna ayat al-Quran memerlukan masa yang lama dan perlu
melibatkan aspek pengamalan. Ini disokong oleh proses menghafaz al-Quran
yang dilakukan oleh golongan awal daripada kalangan sahabat. Mereka tidak
akan berpindah kepada ayat yang lain untuk dihafaz selagi mana mereka tidak
benar-benar faham maksudnya dan belum mengamalkannya. (al-Qurtubi,1997)
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah kefahaman
yang digunakan dalam kajian ini perlu ditambah baik sehingga memberi kesan
besar kepada pengekalan hafazan. Kaedah kefahaman ini telah berjaya memberi
kesan yang baik dalam meningkatkan kefahaman makna ayat al-Quran kepada
pelajar, tetapi dalam masa yang sama kaedah ini hanya memberi sumbangan
minimum kepada pengekalan hafazan. Ini menunjukkan kefahaman makna ayat
al-Quran perlu bertindak sebagai pendekatan pelengkap kepada aktiviti
pengulangan dan sebagai pendekatan sokongan kepada aktiviti memulakan
hafazan.
38
5.4 Cadangan
Kajian ini memberi gambaran bahawa keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat
al-Quran dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran dan mengenalpasti
hubungan kefahaman dengan pengekalan hafazan pelajar. Sehubungan dengan itu,
beberapa cadangan dikemukakan kepada pihak-pihak berkaitan yang terlibat secara
langsung dengan Pendidikan Tahfiz di Malaysia.
5.4.1 Pihak Kerajaan Melalui Kementerian dan Jabatan
Kerajaan dicadangkan untuk membuat beberapa penambah baikan seperti menubuhkan
sebuah institusi tahfiz bermula di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Setiap
peringkat tersebut perlu mempunyai fokus kemahiran yang tersendiri. Peringkat
pendidikan tahfiz rendah adalah peringkat yang memfokuskan hafazan semata-mata
melalui aktiviti tasmi’. Peringkat Pendidikan Tahfiz Menengah pula memfokuskan
keupayaan untuk mengekalkan hafazan melalui aktiviti muraja’ah. Manakala pada
peringkat pendidikan tahfiz tinggi pula adalah peringkat untuk melengkapkan pelajar
dengan ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu Tafsir, Fiqh, Hadis, Mualamat dan lain-lain.
Tahap-tahap pendidikan ini adalah untuk melahirkan modal insan yang hafiz al-Quran
dan dilengkapi kemahiran ilmu yang lain dapat direalisasikan secara tersusun dan
berjaya.
Pihak kementerian dicadangkan untuk mewujudkan subjek khas tahfiz al-
Quran terutama di Sekolah Rendah Kebangsaan Agama. Subjek ini tidak semestinya
memerlukan pelajar untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran tetapi lebih kepada tujuan
untuk memberi pendedahan tentang menghafaz al-Quran. Dengan pendedahan ini,
minat untuk menghafaz al-Quran akan diteruskan pada peringkat menengah.
Selain itu, pihak kementerian juga dicadangkan untuk menyediakan tenaga
pengajar tahfiz yang berpotensi, kompeten dan mempunyai tahap disiplin serta minat
yang tinggi sebagai guru. Hal ini kerana berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa peranan guru adalah penting bagi membantu pelajar untuk meningkatkan
39
prestasi hafazan al-Quran mereka terutamanya aspek memberi penjelas tentang
kefahaman makna ayat yang dihafaz. Ini amat bersesuai dengan sesetengah ayat al-
Quran memerlukan bantuan guru untuk mendapat kefahaman yang tepat.
5.4.2 Pihak Institusi Pendidikan
Pihak institusi pendidikan disarankan untuk merangka aktiviti Kefahaman makna ayat
al-Quran dalam bentuk kendiri. Aktiviti ini akan membantu pelajar untuk memahami
makna ayat al-Quran dengan alternatif sendiri di luar waktu Pengajaran Dan
Pembelajaran Hifz al-Quran. Ini amat penting bagi memastikan Outcomes Kursus
(OK) dalam Pro Forma Kursus Hifz al-Quran iaitu memastikan pelajar berkemampuan
mengambil iktibar, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran dalam kehidupan kini
dapat dicapai.
Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran perlu dijadikan sebagai pelengkap
kepada kaedah pengulangan ayat al-Quran. Kedua-dua kaedah ini amat penting dalam
mengukuhkan dan seterusnya mengekalkan hafazan pelajar (Nor Musliza Mustafa dan
Mokmin Basri,2014).
5.4.3 Pihak Pelaksana Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah tahfiz yang merupakan pelaksana kepada pengajaran dan pembelajaran
tahfiz al-Quran perlu dipersiapkan dengan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran selain perlu memberi komitmen penuh
dalam memastikan aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran dapat berjalan
dengan tersusun. Pensyarah-pensyarah ini dilengkapkan dengan ilmu yang berkaitan
dengan Tafsir supaya Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran dapat dijalankan
dengan sempurna.
40
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim. Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini
berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran.(2013).ed.
20. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Mohd
Noor, Kamarul Azmi, Abdul Basit Samat.(2005).Sistem Pembelajaran dan
Kaedah Hafazan al-Quran Yang Efektif : satu Kajian Di Kuala Lumpur dan
Terengganu.Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari Al-Qurtubi.(1997).al-Jami' Li Ahkam
al-Quran, j. 1, Beirut, Dar al-Kutub al-Arabi
Abd. Rahman bin Nasir al-Sa'diyy.(2003).Taisir al-Karim al-Rahman Fi Kalam al-
Mannan, Beirut Lubnan, Dar Ibn Hazm
Abu Bakar Abdul Razaq bin Hammam al-San'ani.(1983).al-Musannaf Abdul Razaq,
Bab al-Fitan
Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Qusyairi an-Naisaburi.(1999).Bab Fadhilat Surah
al-Kahf, no. Hadith1342, Abu Daud, Bab Khuruj al-Dajjal
Ahmad Mohd Salleh.(1997).Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Ahmad bin Ali bin Hajar al-'Asqalani.(2004).Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari, j.
1, Kaherah, Dar al-Hadis
Ahmad Mohd Salleh.(1997).Pendidikan islam: falsafah, pedagogi dan metodologi.
Penerbitan Darul Iman Sdn Bhd.
Ahwani, Ahmad Fuad.(1995).At Tarbiyyah fil islam aw ta’alim fi ra’yil Qabisi.
Kaherah : Darul Fikr al-Araby.
Al-Albani.(t.t).Sahih dan Daif Ibn Majah, ms.38, Ahmad Syakir, Musnad Ahmad, j. 2
Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf.(1955).ar-Risalah al-mufassolah Li
Ahwal al-Muallimin Wa Ahkam alMu’allimin Wal Mutaallimin. Kaherah: Dar
Ehya’ al-Kutub al-Arabiyyah Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Al-Qattan, Manna’.(1998).Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, Beirut, Muassasah al-Risalah,
c.35
41
Al-Quran al-Karim Dengan Terjemahan.(2014).Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn. Bhd., c. 1,
Al-Qadi Ibn Muhammad Abd. al-Haq al-Andalusiyy (t.t.), al-Muharrar al-Wajiz fi
Tafsir al-Kitab al-Aziz, Beirut Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah j. 5
An-Nawawi.(1984).Al-Tibyan fi adabi hamalatil Qura.Beirut : Dar an-Nafais
As-Syatibi.(1990).Hirzul amani wa wajhu at-tahani. Al-Madinah Al-Munawwarah :
Dar
al-Matbu’ah al-hadithah
Azmil Hashim.(2010).Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran dan
Maahad Tahfiz al-Quran Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali.(2013).Latar Belakang Guru
Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz al- Quran di Malaysia.The
Online Journal of Islamic Education, Januari 2013,Vol. 1 issue 1. retrieved
formhttp://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/4455/Article%2
03%20Vol.%201,%20Issue%201.pdf on 6 September 2015.
Azizi Yahaya,et al.(2007).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, Analisis
dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Bahagian Latihan JAKIM.(2005). Kurikulum Diploma tahfiz al-Quran Darul Quran
JAKIM. Putrajaya : JAKIM.
Biggs, J. B.(1979). Individual Differences in Study Processes and the Quality of
Learning Outcomes. Higher Education, 8 (4), pp. 381-394.
Biggs, J. B.(1987a). Student approaches to learning and studying. Hawthorn, Victoria:
Australian Council for Educational Research.
Biggs, J. B.(1992). Why and how do Hong Kong students learn using the learning and
Study Process Questionnaire? Faculty of Education, University of Hong Kong.
Bloom B. S.(1956).Taxanomy of Educational Objective, Handbook I: The Cognitive
Domain.New York: David McKay Co Inc.
Bok Kai Wa, Yee Pei, Wan Xin dan Jing Xin.(2006). Kaedah Penyelidikan. McGraw
Hill (Malaysia).Sdn.Bhd. Malaysia.
42
Brenner, M.(1985).Intensive interview.Dalam M.J. Brenner & D. Canter (Ed.) The
Research Interview: Use and Approaches. London: Academic Press.
Chua Yan Piaw.(2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill.
Christensen, L.(1988). Experimental Methodology.Boston.Allyn and Bacon,Inc.
Darul Quran JAKIM.(2007). MS ISO 9001 : 2000 Darul Quran Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Penerbitan Darul Quran JAKIM
Dasari, B.(2009). Hong Kong Students’ Approaches to Learning: Cross-Cultural
Comparisons. US-China Education Review, 6(12), 46–58. Retrieved from
http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/contentdelivery/servlet/ERICServlet?acc
no=ED511172\nhttp://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/detail?accno=ED511172
Entwistle, N. J. & Ramsden, P.(1983).Understanding Student Learning. London:
Croom Helm.
Farhana Idris & Munirah Azrea.(2015). Keberkesanan Pengajaran Bahasa Arab Untuk
Pemahaman Ayat al-Quran. E-proceeding of the International Conference on
Social Science Research ICSSR 2015. Diperoleh September 20, 2015 daripada
http://worldconferences.net/proceedings/icssr2015/full%20paper/IC%20093%2
0KEBERKESANAN%20PENGAJARAN%20BAHASA%20ARAB%20UNTU
K%20PEMAHAMAN%20AYAT%20AL-QURAN%20-%20FARHANA.pdf
Gamal Abdul Nasir Zakaria.(2003). Ibnu Shahnun,Al-Qabisi, Ibnu Khaldun Prinsip-
Prinsip Pendidikan Islam. Bentong Pahang : PTS Publication
Ghaziah Mohd Ghazali dlm Noraini Idris.(2010). Penyelidikan dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur. Mc Graw Hill.
Hamidah Yusof, Jamal Yunus dan Khalip Musa.(2014).Kaedah Penyelidikan
Pengurusan Pendidikan.Tanjung Malim.Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ibn Kathir.(2005).Tafsir al-Quran al-'Azhim, Kaherah Mesir, Dar al-Hadis
Kamus Dewan.(2005).Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).edisi keempat
Kember, D., Charlesworth, M., Davies, H., McKay, J. & Scott, V. (1997). Evaluating
The Effectiveness Of Educational Innovations: Using The Study Process
Questionnaire To Show The Meaningful Learning Occurs. Studies in Educational
Evaluation, 23(2), 141-157.
43
Khalid Mohd Nor.(1993).Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya
Pantai.
Kh. Ahsin Sakho Muhammad.(2015).Mendepani Kepelbagaian Hafazan di Indonesia:
Beberapa Metode Tahfiz al-Quran di Indonesia (Kertas Simposium Pendidikan
Tahfiz Nusantara di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, 1-3 Jun 2015)
Kurikulum Diploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat 2014. Darul Quran JAKIM.
Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon.(2014). Pengenalan Kepada Pendekatan
Kuantitatif Dalam Penyelidikan Pendidikan.Malaysia.Universiti Malaysia
SabahMisnan Jemali dan Ahmad Sadadi Hafidz.(2003). Hubungan Antara
Kaedah Menghafaz Al-Quran Dengan Pencapaian Kursus Tahfiz Wa Al-Qiraat
Pelajar Semester Empat Dan Lima Di Maahad Tahfiz Wa Al-Qiraat Di Perak.
Nilai : KUIM.
Manna' al-Qattan.(1998).Mabahis Fi Ulum al-Quran, Beirut, Muassasah al-Risalah
Marton, F., & Saaljo, R.(1976).On Qualitative Differences in Learning — II Outcome
as a Function of the Learner’s Conception of the Task. British Journal of
Educational Psychology, 46(1947), 115–127. doi:10.1111/j.2044-
8279.1976.tb02304.x
Misnan Jemali, Muhd. Akramin Kamarul Zaman dan Muhd Nadzir
Ibrahim.(2006).Tahap Pencapaian Dalam Pengajaran al-Quran Sekolah-
Sekolah Menengah di Perak, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, kod penyelidikan: 03-13-61-04
Misnan Jemali dan Ahmad Sadadi Hafidz.(2003).Hubungan antara Kaedah Menghafaz
al-Quran dengan Pencapaian Kursus.
Misnan Jemali dan Ahmad Sadadi Hafidz.(2005). Hubungan antara kaedah menghafaz
al-quran dengan pencapaian kursus tahfiz wa al-Qiraat pelajar semester empat
dan lima di Maahad Tahfiz wa al-Qiraat di Perak. Nilai : KUIM.
Mohamad Marzuqi Abd Rahim.(2008).Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-
Quran: Suatu Kajian Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek
Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Muhammad bin Isma'il Abu 'Abdullah al-Bukhari.(2001).Sahih al-Bukhari, Kitab
Tafsir al-Quran, Bab Surah 'Abasa
44
Muhammad bin Isma'il Abu 'Abdullah al-Bukhari.(2001).Op.cit, Kitab Fadail al-Quran,
Bab Khairukum Man Ta'allama al-Quran
Noel Entwistle & Dorothy Enstwistle.(2003).Preparing for Examinations: The
Interplay of Memorising and Understanding, and the Development of
Knowledge Objects.Higher Education Research & Development, Vol. 22, No.
1, 2003. University of Edinburgh.
Noor Hashim Md Nawi.(2011).Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula
Konsep-Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
Kertas Kerja Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011.Pulau Pinang.
Nor Musliza Mustafa dan Mokmin Basri.(2014).Perbandingan Kaedah Hafazan al-
Quran Tradisional dan Moden : Satu Kajian Awal. Proceeding of the Social
Sciences Research ICSSR 2014
Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill.
Robson, C.(2002). Real word research : A resource for social scientist and
practitioner-researchers. (2nd ed.). oxford. Blackwell.
Sajjacholapunt, P., & Joy, M. S.(2014).Exploring Patterns Of Using Learning
Resources As A Guideline To Improve Self-Revision. International Technology,
Education and Development Conference. Valencia, Spain. Retrieved from
files.eric.ed.gov/fulltext/ED374704.pdf
Sedek Ariffin dan Siti Sarah Wahidah Wahid.(2014).Kajian Metodologi Hafazan al-
Quran, Universiti Malaya Kuala Lumpur
Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Usman al-Zahabi.(2006).Siyar A'lam al-
Nubala', j. 1, Kaherah, Dar al-Hadis
Syeikh Zaidan Mahmud Salamah Al-Aqrabawi.(1991).Al-Mursyid fi ilmi al-Tajwid.
Amman Jordan : Darul al-Furqan
Tafsir Pimpinan ar-Rahman.(1998).Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana
Menteri.
Taylor, S. J. & Bogdan, R. (1984). Introduction to qualitative research method. (2nd
Ed.) New York: Wiley.
45
Teuku Iskandar.(1970).Kamus Dewan Bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa &
Pustaka
Yahya Othman dan Azmey Hj. Othman.(2012).Keberkesanan Penggunaan Peta Minda
Dalam Pengajaran dan pembelajaran Karangan Argumentatifdi Sebuah
Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam, Jurnal pendidikan
Bahasa Melayu, Universiti Brunei Darussalam, vol.2, bil.2,