Keberkesanan Pengajaran Menulis Esei

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kaedah coaching dan tunjukcara sangat berkesan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran menulis esei pada tahap universiti

Citation preview

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN TINDAKAN (UKM-PTS-103-2009)

KEBERKESANAN PENGAJARAN MENULIS ESEI: SATU PERBANDINGAN DUA STRATEGI PENGAJARAN COACHING DAN TUNJUKCARA

OLEH

JOHARI TALIB MAHARAM MAMAT MAZNAH IBRAHIM ROOSFA HASYIM

PUSAT PENGAJIAN UMUM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2011

ABSTRAK

Kajian tindakan ini menghuraikan konsep kajian tindakan yang dijalankan berkaitan dengan pengukuran terhadap dua kaedah pengajaran iaitu coaching dan tunjukcara/demonstrasi dalam penulisan esei di kalangan pelajar universiti. Kajian ini adalah berdasarkan refleksi tentang kelemahan kaedah pengajaran biasanya digunakan dalam dewan kuliah iaitu kaedah kuliah terbuka atau syarahan terbuka. Beradasarkan kelemahan-kelemahan yang telah

dianalisis adalah didapati perlunya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan digunakan bagi memberikan pelajar kemahiran menulis esei. Dua kaedah pengajaran yang dipilih ialah kaedah coaching dan tunjukcara atau demonstrasi. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa kedua kaedah pengajaran coaching dan tunjukcara adalah berkesan dalam menerapkan kemahiran menulis esei dalam kalangan pelajar. Penerapan kemahiran menulis tersebut berkesan dilakukan dengan syarat jumlah pelajar adalah dalam kumpulan kecil antara sepuluh hingga lima belas orang dan dalam tempoh masa yang sesuai, misalnya antara 15- 20 jam dengan sekurang-kurangnya tiga kali sesi interaksi. Semasa sesi interaksi, guru berpeluang memberi tiap pelajar bimbingan secara terperinci dan dalam masa yang sama pelajar menjalankan pembaikan. Cadangan-cadangan melaksanakan dua strategi pembelajaran ini dalam penulisan esei dalam kalangan pelajar universiti adalah dibingcangkan.

i

ISI KANDUNGAN

Halaman ABSTRAK ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL BAHAGIAN 1: PERNYATAAN MASALAH 6 i ii v

Pernyataan Masalah

6

BAHAGIAN 2:

REVIEW LITERATUR Teori Pembelajaran Konstruktivisme & Kognitif Tinjauan Kajian Lepas Keberkesanan Strategi Coaching Keberkesanan Strategi Demonstrasi Objektif Kajian Persoalan Kajian

6 6 9

9 12 13

BAHAGIAN 3:

METODOLOGI KAJIAN Panduan Menulis Esei Kursus ZZZT 2213 Sampel Kerangka Kajian

14 14 16 16

ii

Alat Kajian dan Penilaian Garis Panduan Menulis Esei

18 18

BAHAGIAN 4:

ANALISIS DATA Pendahuluan Bahagian 1: Analisis berasaskan taburan markah secara bandingan Bahagian 2: Analisis Kualitatif Coaching dan Tunjukcara Secara Bandingan Analisis Kualitatif Strategi Coaching Lingkaran 1 Analisis Kualitatif Strategi Coaching Lingkaran 2 Analisis Kualitatif Strategi Coaching Lingkaran 3 Analisis Kualitatif Pembelajaran Strategi Tunjukcara Analisis Kualitatif Pembelajaran Strategi Tunjuk Cara Lingkaran 1 Analisis Kualitatif Pembelajaran Strategi Tunjuk Cara Lingkaran 2 Analisis Kualitatif Pembelajaran Strategi Tunjuk Cara Lingkaran 3

20 20 21

26

26 33 41 50 50 59

68

BAHAGIAN V

PERBINCANGAN Pendahuluan Perbincangan Kesimpulan

77 77 77 81 82

BIBLIOGRAFI

iii

LAMPIRAN A

Kertas kerja dibentang di Kongres Pengajaran dan Pembelajaran di Pulau Langkawi 2009 Kertas kerja dibentang di Kongres Pengajaran dan Pembelajaran di Melaka 2010 Artikel bab dalam buku Mercu Kesarjanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sijil Anugerah Kertas Terbaik

iv

SENARAI JADUAL

Halaman Jadual 1 : Perkembangan kemahiran penulisan aspek struktur Jadual 2 : Perkembangan kemahiran penulisan dalam aspek isi utama esei Jadual 3 : Perkembangan kemahiran penulisan perenggan dalam esei Jadual 4 : Perkembangan kemahiran penulisan ayat dalam esei 21 22 23 24

v

BAHAGIAN 1PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran menulis esei sangat perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran menulis esei adalah kemahiran sepanjang hayat, merentasi kurikulum dalam pelbagai tujuan termasuk untuk tujuan akademik, perkembangan kendiri dan perlu dikuasai dalam pelbagai bidang kerjaya (Duncan, 1993). Menulis esei bukan sahaja untuk keperluan akademik tetapi juga perlu untuk keperluan memohon pekerjaan, permohonan melanjutkan pelajaran dan menduduki peperiksaan. Kemahiran menulis dalam pelbagai bentuk ditawarkan oleh PPU melalui kursus Bentuk-Bentuk Penulisan ZZZT2213.

Pengajaran dan pembelajaran esei pada masa ini dijalankan secara kuliah terbuka dengan purata pelajar yang mengikuti kursus ini ialah 80 orang pada satu-satu masa. Tempoh interaksi antara pensyarah dengan pelajar dalam tempoh seminggu ialah tiga jam. Amalan pengajaran yang biasa dijalankan bermula dengan pengenalan konsep penulisan esei, jenis esei berdasarkan konsep soalan, model menulis esei, perkembangan menulis dan aplikasi menulis. Dalam konteks ini, pada keseluruhannya pelajar didedahkan kepada model esei lima perenggan (Sorensen, 2000; Levy, 2009). Setelah pelajar didedahkan kepada konsep dan prosedur menulis esei, semua pelajar diminta menulis esei dalam bilik darjah berdasarkan struktur dan prosedur yang telah dibincangkan. Hasil penulisan esei pelajar dipilih secara rawak dan dibincangkan secara terbuka dalam dewan kuliah berdasarkan contoh esei yang mempunyai kekuatan dan contoh esei yang mempunyai kelemahan. Pengajar turut memeriksa hasil tulisan pelajar dan memulangknnya semula kepada mereka berserta komen.

Perbincangan kemahiran menulis secara terbuka adalah kurang praktikal kerana perbincangan hanya berlaku secara lisan pada hal kemahiran yang perlu dikuasai adalah kemahiran menulis. Kaedah ini terpaksa dijalankan kerana kekangan jumlah pelajar yang besar dan kekangan masa. Kelemahan-kelemahan ini berlaku secara berterusan apabila 1

penilaian dilakukan terhadap esei peperiksaan akhir dan juga ujian diagnostik yang dijalankan pada peringkat awal setiap semester.

Antara kelemahan menulis esei yang sentiasa terjadi ialah kelemahan perancangan atau tahap pramenulis, kelemahan struktur esei secara menyeluruh, kelemahan struktur perenggan, kelemahan struktur ayat dan kelemahan kesinambungan huraian isi esei

secara menyeluruh. Kelemahan-kelemahan ini juga berkaitan dengan kelemahan menerangkan isi kerana maklumat tentang topik yang dipilih adalah terhad dan ketidakfahaman pelajar terhadap konsep soalan, contohnya, terdapat pelajar yang menulis esei yang tidak menurut struktur sesebuah esei langsung walaupun mereka telah didedahkan tentangnya pada peringkat awal. Terdapat juga esei yang ditulis dalam satu perenggan panjang sehingga tiga halaman tanpa sistem perenggan langsung dengan pelbagai kelemahan menulis. Secara lebih ideal, kelemahan ini boleh diatasi sekiranya pengajar diberi peluang menggunakan strategi pengajaran yang lebih berkesan dan jumlah pelajar yang mengikuti kursus ini dikecilkan jumlahnya. Dua dua strategi yang difikirkan berkesan ialah strategi pengajaran coaching dan demonstrasi atau tunjukcara. Kajian tindakan ini adalah satu usaha mengukur keberkesanan dua strategi pengajaran esei iaitu strategi coaching dan deminstrasi atau tunjukcara.

Masalah kegagalan menulis esei dalam kalangan pelajar kolej dan universiti juga banyak dilaporkan oleh penyelidik di negara-negara maju terutama United Kingdom dan Amerika Syarikat (Johnson & Thomas, 1994; Mellalieu, 2004; Myles, 2002). Myles (2002) dalam analisisnya tentang masalah ini menghuraikan antara kelemahan pelajar dalam menulis esei ialah; pelajar kurang pengetahuan tentang topik essi, kelemahan penyusunan isi, huraian masalah dalam perenggan dan kelemahan tatabahasa. Masalah yang sama juga dihuraikan oleh penyelidik lain (Mellalieu, 2008; Larsen-Freeman, 1991, Brice, 1995; Cohen, 1987). Berkaitan dengan perkara ini Mellalieu (2008) turut

menghuraikan bahawa masalah ini dilakukan secara berterusan walaupun pelajar melangkah ke alam kerjaya. Pihak majikan turut menyuarakan pandangan bahawa

graduan yang bekerja dengan mereka mempunyai masalah dalam penulisan menulis esei dan kertas kerja. Masalah menulis esei dalam kalangan pelajar kolej dan universiti adalah

2

masalah serius kerana kemahiran menulis esei adalah

kemahiran yang merentasi

kurikulum. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam apa bentuk bidang sekali pun. Lagipun kemahiran ini turut diperlukan selepas pelajar meninggalkan alam pembelajaran di sekolah mahu pun universiti. Apabila mereka bekerja, kemahiran

menulis esei adalah amat perlu dikembangkan dalam pelbagai bentuk kerjaya (Duncan, 1993; Mellalieu, 2008). Walau bagimanapun, terdapat ramai pelajar yang masih gagal menulis esei dengan baik sekali pun mereka berada di universiti dan kolej. Dalam konteks ini, dicadangkan strategi coaching dan demonstrasi digunakan dalam pembelajaran yang berasaskan kemahiran termasuk kemahiran menulis (Johnson & Thomas, 1994; Rosenshine, 1986). Dalam pembelajaran menulis esei ini juga, strategi dilakukan serentak dengan demonstrasi dalam keadaan yang sesuai. coaching

Dalam situasi pembelajaran di kolej dan universiti, kaedah kuliah terbuka adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan (Butler, 1992). Kaedah kuliah adalah menjimatkan kerana pengajarnya hanya seorang tetapi pelajarnya dalam jumlah yang besar. Bligh (1998) dalam analisisnya terhadap 191 penyelidikan tentang keberkesanan kuliah terbuka mendapati bahawa kaedah kuliah sesuai untuk menyebarkan maklumat. Sungguhpun begitu, kaedah ini kurang menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Butler (1992) mencadangkan bahawa keberkesanan kuliah terbuka bergantung kepada jangkamasa kuliah dijalankan dan penggunaan pelbagai kaedah dan strategi lain semasa kuliah dijalankan seperti perbincangan, percambahan fikiran dan sesi buzz. Di samping itu kaedah kuliah kurang menggalakkan interaksi dua hala pengajar dengan pelajar. Bagi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan jumlah pelajar yang besar, bagaimanakah pengajar boleh berinteraksi dengan pelajar?

Bligh (1998) mencadangkan bahawa,

sepatutnya fungsi utama kuliah adalah

membimbing pelajar bagaimana meneroka pengetahuan yang dibincangkan selepas kuliah selesai dijalankan. Jika pelajar hanya menyalin sahaja setiap baris nota yang dipapar pengajar/guru, pelajar akan menjadi pelajar yang bergantung kepada pengajar dan gagal membentuk keyakinan diri. Kaedah ini adalah berorientasikan keadah pembelajaran berpusat guru, sedangkan pengajian pada tahap kolej dan universiti, pelajar sepatutnya

3

didedahkan kepada strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang boleh membentuk mereka menjadi seorang pembelajar yang berdikari dalam jangka masa panjang. Berkaitan dengan perkara ini, Greenfield (2000) menerangkan bahawa pelajar bukanlah pembelajar pasif terutama pada tahap kolej dan universiti. Sama seperti kanak-kanak, pelajar adalah pembelajar yang aktif dan aktiviti aktiviti yang sesuai perlu digunakan sebagai rangsangan ke arah pembelajaran yang bermakna iaitu pembelajaran aktif.

Pendapat ini disokong Moran (1997) menyatakan bahawa pembelajaran aktif yang menggalakkan penglibatan pelajar adalah lebih berkesan daripada hanya menghafal nota yang disalin dari pengajar.

Jika menurut teori pembelajaran humanistik (Rogers, 1961), kanak kanak dan orang dewasa secara semulajadi lahir dengan pelbagai potensi bagi mencapai matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri termasuk mengembangkan tahap potensi pembelajaran aras tinggi. Brown (1997) menyatakan bahawa potensi pembelajaran kendiri boleh berkembang melalui ransangan dan ransangan tersebut hendaklah melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran. Semakin banyak kaedah pembelajaran digunakan, semakin jelas pelajar membuat perkaitan makna, membina tema, membuat rumusan dan melihat trenda. Kaedah-kaedah yang berkaitan dengan pembinaan konsep dan pembinaan ilmu pengetahuan adalah berkaitan dengan pendekatan pembelajaran berorientasikan konstruktivisme, manakala peranan pengajar adalah menggalakkan perluasan

metakognitif yang turut menggalakkan pelajar memahami proses pembelajarannya sendiri (Hodson, 1998).

Butler (1989) dalam rumusannya terhadap keberkesanan kaedah kuliah/syarahan, mendapati bahawa kuliah terbuka adalah kurang berkesan. Bagi mengatasinya, Ross (1989) dan Wiske (1998) mencadangkan bahawa kaedah kuliah boleh dibaiki dengan membuat persediaan rapi dimana pengajar akan menggalakkan pelajar mengambil bahagian termasuk memberi maklum balas terhadap isi pelajaran. Butler (1992) turut mencadangkan bahawa kuliah tradisonal boleh diperbaiki menjadi satu mekanisme pembelajaran yang menarik bagi pelajar peringkat kolej dan universiti dengan membuat perubahan terhadap pendekatan kuliah itu sendiri. Antara lain, pengajar hendaklah lebih

4

berperanan sebagai fasilitator yang membuat persediaan supaya kuliah menjadi menarik, provoking serta menggalakkan pelajar mengambil bahagian dengan mempelbagaikan kaedah dan strategi pembelajaran berasaskan konsep multiple-intelligence (Gardner, 1999). Penyelidikan yang dijalankan oleh Bonwell & Eisson (1991) menunjukkan bahawa strategi lain seperti sesi buzz semasa kuliah dijalankan dapat menggalakkan pelajar meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan. Dalam sesi ini, pelajar boleh

berinteraksi dan menyoal pengajar dengan soalan yang releven. Sebelum pelajar meninggalkan kelas, mereka diberi kerja tambahan atau kerja susulan dan jawapan kepada isu akan dibincang pada kuliah berikutnya. Pelajar bukan sahaja mempunyai matlamat pembelajaran tetapi juga berfikir dengan luas tentang apa yang mereka fahami tentang isi pelajaran. Mereka juga mulai berbincang dengan rakan sebaya, membuat penilaian dan anlisis maklumat yang dikumpul sebelum benar-benar yakin mempersembahkannya dalam bentuk penulisan.

Mellalieu (2008) mencadangkan bahawa strategi penulisan esei yang berkesan hendaklah berasaskan kumpulan pelajar yang kecil dengan mengguna kaedah coaching dan demonstrasi. Cumming (1995) yang turut mencadangkan perkara yang sama menerangkan bahawa dalam kaedah demonstrasi, guru akan membimbing pelajar dalam merancang esei, membuat keputusan dan memurnikan esei. Demonstrasi yang melalui langkah demi langkah adalah lebih berkesan. Pada tahap kolej dan universiti, pelajar juga mesti diberi peluang membuat penilaian kendiri tentang esei mereka. Penyelidik lain seperti Poglinco et al. (2003) dan Darling-Hammond & Mc Laughlin (1996) dalam nada yang sama mencadangkan agar penulisan esei menggunakan kaedah coaching. Coaching memberi faedah kepada pelajar kerana memberi peluang pelajar membuat refleksi pembelajaran dalam konteks tugasan yang dilakukan. Pada masa yang sama, coaching sesama rakan sebaya menggalakkan perluasan pemikiran (think aloud).

5

BAHAGIAN 2REVIEW LITERATURTeori Pengajaran Menulis Esei: Teori Konstruktivisme & Teori Kognitif

Konsep pembelajaran esei pada tahap pelajar universiti dan kolej kebanyakannya adalah bersandarkan kepada prinsip teori pembelajaran kognitif Piaget (1972) dan

konstruktivisme sosial

(Vygotsky, 1978).

Teori konstruktivisme membuat andaian

bahawa individu belajar melalui aktiviti sosial dalam komuniti. Kanak-kanak dan individu bukanlah pembelajar pasif, mereka adalah pembelajar aktif yang mempunyai potensi bagi membina kefahaman mereka sendiri. Piaget (1983) menerangkan bahwa individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang boleh diakomodasi dan diasimilasikan dengan maklumat dan pengetahuan baru. Penyesuaian pengalaman terdahulu dengan baru adalah merupakan pembinaan/konstuk maksud yang melibatkan proses berfikir. Pendapat ini diperteguhkan lagi oleh Vygotsky (1978) yang mengemukakan konsep

konstruktivisme sosial yang memberi penekanan kepada kepentingan interaksi sosial individu dengan orang lain di sekeliling mereka terutama orang yang lebih matang. Pada dasarnya, semua bentuk proses pembelajaran adalah merupakan pembinaan/konstruk maksud. Maksud sesuatu perkara terbentuk dan dibina/konstruk melalui perbincangan dengan rakan sebaya dan pelajar yang lebih matang melalui aktiviti membuat imbas kembali atau refleksi apa yang telah dikuasai.

Proses pembelajaran.

ini

menunjukkan

hubungan

antara

pembinaan

maksud

dengan

Pengajar atau guru hendaklah prihatin dengan proses pembinaan

pengetahuan dan maksud. Jadi, guru akan merancang strategi pembelajaran yang mencabar berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar. Pelajar hendaklah juga diberi

autonomi bagi mengembangkan potensi mereka dengan dipandu oleh pengajar, pembelajar matang dan keadaan ini boleh membentuk pembelajaran yang berkesan (Bruner, 1996). Peranan guru adalah memberi bimbingan dan panduan dalam satu bentuk perkongsian maksud dalam bentuk hubungan pembelajaran berasaskan perantisan. 6

Vygotsky (1978) mencadangkan konsep zone of proximal development bagi menerangkan jurang antara pencapaian pelajar tanpa dibantu, dengan potensi pencapaian dengan bantuan rakan yang lebih matang atau berlakunya hubungan novice-expert learner. Pembelajar matang adalah berperanan sebagai penyokong/scaffolding kepada pembelajar mula dan sokongan yang baik boleh membentuk pemahaman dan pembentukan maksud dengan lebih berkesan. Berkaitan dengan perkara ini, Cumming (1994) mencadangkan students are supported by scaffold of prompts and explanations, by extensive modeling, by in-process support, and by reflection that connects strategic effort to outcomes (pp. 142-143). Dalam konteks ini, guru merupakan individu yang memberikan scaffolding kepada pelajar dengan memberikan mereka tugasan yang sesuai, bimbingan dan panduan pada masa yang perlu serta memberhentikan bimbingan apabila sampai masanya. Semasa proses pembelajaran berlaku, guru hendaklah mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dan menggalakkan pelajar membuat hubung kait pengalaman tersebut dengan pengalaman baru. Proses ini akan membentuk kefahaman baru yang lebih tekal kerana pelajar membina kefahaman mereka sendiri melalui pelbagai aktiviti yang dirancang guru (Driver et al. 1994). Gabungan interaksi sosial dengan pengalaman sedia ada dapat memberikan kefahaman yang lebih luas dan proses ini dapat memberikan maklum balas yang boleh dikongsi oleh kedua-dua belah pihak.

Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis esei berdasarkan pendekatan teori konstruktivisme, guru berperanan sebagai pembelajar-matang (expert-learner) sementara pelajar adalah pembelajar mula (novice). Sebagai pembelajar mula, mereka memerlukan bimbingan dan interaksi dari luar bagi memastikan berlakunya pembelajaran yang berkesan. Pada masa yang sama, pembelajar mula juga perlu berinteraksi sesama sendiri bagi meluaskan daya fikir mereka. Dalam aspek ini, guru merupakan individu yang memberikan scaffolding kepada pelajar dan pada masa yang sama, pelajar juga saling sokong menyokong antara satu sama lain. Ini merupakan peer-scaffolding. Penyelidik seperti Rosenshine & Meister (1992) dan West, Farmer & Wolff (1991) mencadangkan scaffold digunakan sebagai alat bantuan dan strategi yang boleh membantu mencapai

7

objektif pembelajaran. Scaffold adalah usaha memberi sokongan kepada pelajar dalam semua tahap menulis esei mulai dari membina draf hingga esei selesai ditulis.

Scaffold

bukan sahaja merupakan interaksi pelajar dengan guru, tetapi juga

melibatkan perkembangan kognitif. Dalam konteks ini, strategi coaching dan demonstrasi dicadangkan kerana sangat bersesuian dengan pembelajaran yang berasaskan kemahiran termasuk kemahiran menulis (Johnson & Thomas, 1994; Rosenshine, 1986). Dalam pembelajaran menulis esei, coaching juga dilakukan secara serentak dengan demonstrasi atau tunjukcara apabila bersesuaian. Proses ini berlaku apabila guru mendemonstrasikan model penulisan yang baik melalui pelbagai alat bantu mengajar termasuk penggunaan komputer. Selepas mendemonstrasikan model, guru akan membantu pelajar menggunakan kaedah coaching di mana pelajar diberikan scaffold tentang prinsip dan peraturan menulis apabila menyelesaikan tugasan menulis esei. Apabila pelajar berjaya menguasai

kemahiran ini, coaching dan demonstrasi hendaklah dikurangkan secara beransur-ansur supaya pelajar boleh bergerak secara berdikari (Brown & Collin, & Duguid; Perkins & Solomon, 1989). Dalam konteks ini, pembelajaran yang mungkin lebih berkesan dan wajar diadakan dalam kumpulan yang lebih kecil supaya proses bimbingan dan interaksi berlaku dengan mantap, berbanding kaedah kuliah terbuka yang melibatkan interaksi minimum antara guru dan pelajar. Dua strategi pembelajaran yang dicadangkan dalam kajian ini iaitu coaching dan tunjukacara adalah bertepatan dengan teori konstruktivisme sosial dan teori kognitif yang menjadi asas kepada kajian ini.

8

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

Keberkesanan Strategi Coaching

Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah antara faktor utama yang menentukan keberkesanan sesuatu sesi pembelajaran. Pada masa yang sama perkembangan

pengetahuan yang pesat telah memperkaya dunia pendidikan dengan pelbagai bentuk inovasi pembelajaran. Dalam menangani perkembangan ini pelbagai program

perkembangan staf telah diadakan bagi membolehkan guru menguasai pelbagai kemahiran baru dalam bilik darjah (Elmore & Rothman, 2000). Di antara pelbagai unsur baru yang kebelakangan ini banyak dibicarakan adalah pembelajaran kolaboratif, pembelajaran koperatif pembelajaran metakognitif, pembelajaran refleksi, dan

konstruktivisme (Darling-Hammond & Mc Laughlin, 1996). Salah satu model yang popular diperkenalkan dalam strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah ialah strategi coaching.

Coaching secara umum ialah proses pembelajaran yang melibatkan guru yang berperanan sebagai pemerhati dan pembimbing kepada pelajar dan pada masa yang sama memberikan maklum balas kepada pelajar bagi membaiki tugasan yang mereka lakukan (Poglinco et al. 2003; Dole & Donaldson, 2006). Dalam pembelajaran menulis dan literasi, coach atau guru yang mempunyai kemahiran coaching mempunyai beberapa unsur kemahiran iaitu kolaborator yang mahir, penilai mahir, pekerja mahir dan pengajar mahir (IRA, 2006). Dalam konteks ini, Dole (2005) menerangkan bahawa antara tugas utama guru ialah menunjukcara membaca dan menulis yang baik melalui penggunaan model, membuat pemerhatian aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah dan memberi maklum balas bagaimana tugasan murid boleh diperbaiki. Dari sudut pandangan guru sebagai mentor, coaching bermaksud guru perlu memberi bantuan kepakaran dan bimbingan kepada murid berdasarkan proses reflektif (Anderson & Shannon, 1995). Coaching juga belaku sesama pelajar apabila dilaksanakan secara pembelajaran berkumpulan.

9

Kajian lepas berkaitan dengan strategi coaching bagi penulisan esei dalam kalangan pelajar kolej dan universiti menunjukkan bahawa strategi ini adalah berkesan bagi menerapan kemahiran menulis dan membaca. Walaupun kebanyakan kajian ini dijalankan pada peringkat sekolah tinggi, coaching memberi kesan positif kepada latihan kefahaman, merancang dan menulis esei secara keseluruhan (Palinscar & Brown, 1984; Dole, Brown & Trathen, 1996).

Asas utama pembelajaran strategi coaching ialah murid berada dalam kumpulan kecil dan pada masa yang sama guru membimbing pelajar secara individu. Dalam proses strategi ini guru turut memberikan demonstrasi model esei dan kefahaman yang baik di samping memberi peluang kepada pelajar berbincang sesama sendiri. Proses ini

melibatkan coaching rakan sebaya (peer-coaching) di mana pelajar saling bertukar pendapat dan berbincang bagimana membaiki tugasan mereka. Penggunaan strategi coaching dalam pengajaran menulis untuk pelajar dari pelbagai latar belakang bidang pendidikan didapati berkesan apabila dilakukan dalam kumpulan kecil dengan syarat; pelajar diberi bimbingan dan peluang berinteraksi dengan pelajar lain. Mellalieu (2004) dalam kajiannya, menggunakan modul Small Sroup Instructional Diagnostic (SGID) dan mendapati bahawa hampir semua pelajarnya dapat menguasai kemhiaran menulis esei dengan berkesan. Smith (2004), melaporkan bahawa strategi coaching juga membolehkan guru berinteraksi secara luas dengan pelajar, guru lain di sekolah dan ibu bapa bagi membaiki kemahiran membaca dan menulis pelajar. Pada masa yang sama, guru juga berpeluang mengaplikasikan seluruh kemahiran pengajarannya bagi mencapai matlamat pembelajaran dengan syarat tugasan itu diberi seokongan oleh pentadbir sekolah yang turut memberi kesan kepada iklim pembelajaran di sekolah secara menyeluruh.

10

Keberkesanan Strategi Demonstrasi

Strategi demonstrasi ialah strategi yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan guru memberi penerangan dan mendemonstrasikan secara praktis tentang kemahiran yang hendak dikuasai murid dalam bilik darjah. Dalam proses ini guru memberikan maklum balas berterusan terhadap tugasan yang dilakukan pelajar supaya mereka boleh melakukan pindahan pembelajaran dalam konteks yang lain (Barry & King, 1997). Proses pembelajaran yang wujud dalam konteks ini melibatkan hubungan dua hala antara guru dengan pelajar. Hubungan guru-pelajar adalah bersifat perantisan kognitif yang memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak. Guru bukan sahaja berperanan sebagai pembimbing tetapi sebagai individu yang menentukan bahawa kemahiran yang dikuasai pelajar dapat dipindahkan secara aplikasi. Strategi demonstrasi berlaku dalam tiga situasi iaitu pembelajaran berasaskan demonstrasi yang telah diprogramkan, pembelajaran demonstrasi berasaskan peniruan dan pembelajaran berasaskan tunjukcara dan coaching yang dilakukan serentak.

Kajian lepas tentang keberkesanan strategi demonstrasi menunjukkan bahawa strategi ini berguna dan berkesan bagi pelajar menguasai kemahiran belajar secara menyeluruh dan kemahiran menulis secara khasnya. Schaal (1997) dalam kajiannya tentang pembelajaran yang diaplikasikan secara demonstrasi menunjukkan bahawa proses pembelajaran menjadi semakin lancar apabila guru menggunakan kaedah ini. Pembelajaran berasaskan demonstrasi juga didapati boleh memperteguhkan proses pembelajaran (Atkeson, 1994; Doya, 1996). Proses pembelajaran demonstrasi turut

memberi keyakinan kepada pelajar tentang bagaimana mengaplikasikan kemahiran secara hand on bagi mata pelajaran berasaskan kemahiran sains dan industri.

Flower (1994) dan Bereiter & Scardamalia (1987) mencadangkan bahawa penggunaan model esei yang baik dalam pembelajaran menulis esei adalah penting bagi menentukan pelajar dapat menggarap kemahiran tersebut. Penggunaan model pelajar ini dapat meneliti aspek-aspek penulisan seperti struktur, gaya bahasa, kesinambungan isi dan kesimpulan dan membandingkannya dengan apa yang sedang mereka bina. Proses

11

transformasi pengetahuan ini sangat penting dijalankan dalam bilik darjah dengan guru berperanan untuk memantau secara rapi setiap proses menulis tersebut. Penggunaan model secara berkesan hendaklah disesuaikan dengan strategi yang tepat dan memberi peluang berlakunya interaksi dua hala antara guru dengan pelajar. Dalam keadaan ini, guru berkesempatan menganalisis kesilapan pelajar, kemudian memberikan maklum balas yang sesuai. Pendapat ini disokong Swales (1990) dan Raimes (1998) yang berpendapat bahawa model boleh dijadikan panduan bagi analisis teks sebagai latihan menguasai penulisan esei.

Strategi demonstrasi dan coaching adalah bertepatan dengan cadangan penyelidikan ini. Dalam keadaan tertentu, coaching dan demonstrasi berlaku serentak dalam pembelajaran menulis esei (Mellalieu, 2004; Schaal, 1997). Cumming (1995) dalam rumusannya menjelaskan bahawa kaedah demonstrasi membolehkan pelajar menguasai kemahiran dengan lebih baik bagi semua tahap menulis esei iaitu merancang atau pramenulis, menulis, memurnikan esei dan membaca pruf.

Objektif Kajian

Kajian ini akan dijalankan berdasarkan pendekatan kajian tindakan dengan memilih dua strategi pengajaran iaitu kaedah coaching dan tunjukcara. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan menulis esei bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ZZZT 2213 2. Mengukur kekuatan dan kelemahan pengajaran esei menggunakan strategi coaching. 3. Mengukur kekuatan dan kelemahan pengajaran menulis esei melalui strategi demonstrasi. 4. Membandingkan kekuatan dan kelemahan strategi coaching dan strategi demonstrasi.

12

Persoalan Kajian

Kajian ini mempunyai empat persoalan yang memerlukan jawapan melalui kajian tindakan, iaitu; 1.Apakah kelemahan dan kekuatan menulis esei oleh pelajar yang mengikuti kursus ZZZT 2213? 2. Apakah kelemahan dan kekuatan pengajaran menulis esei menggunakan strategi coaching? 3. Apakah kekuatan dan kelemahan pengajaran menulis esei strategi tunjukcara? 4. Apakah perbandingan strategi coaching dan tunjukcara dalam pengajaran menulis esei?

13

BAHAGIAN 3METODOLOGIProses menulis memerlukan kemahiran dan latihan berterusan yang melibatkan perancangan, perkembangan dan analisis buah fikiran. Jadi, kemahiran ini perlu diterapkan dengan mengguna strategi yang bersesuaian. Kajian tindakan ini dijalankan berdasarkan Teori Konstruktivisme Sosial (Vygotsky, 1978) dan Teori Kognitif (Piaget, 1983) yang berkaitan dengan dua strategi yang dipilih iaitu strategi coaching dan demonstrasi. Kedua-dua strategi ini akan menggalakkan interaksi sosial dan perantisan kognitif antara pengajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar yang lain. Interaksi sosial dan perantisan kognitif menggalakkan berlakunya proses bimbingan secara terus.

Bagi kaedah tunjukcara, pengajar akan menggunakan model bahan tulisan yang baik iaitu bahan yang dijadikan model. Bereiter & Scardamalia (1987) dalam konteks ini mencadangkan agar sesebuah kelas menulis tahap kemahiran pelajar adalah bercampur campur, antara yang lemah dengan yang mahir. Mereka hendaklah digalakkan bertukartukar pendapat. Interaksi ini memainkan peranan penting dalam bilik darjah kerana kemahiran menulis melibatkan proses berfikir yang diterjemahkan semula dalam bentuk penulisan. Aspek lain yang memperlihatkan kepentingan interaksi dalam bilik darjah ialah motivasi untuk menulis, berkongsi pengalaman dan maklumat, seterusnya memberikan maklum balas. Maklum balas sesama sendiri boleh memperkukuh kefahaman memantapkan kemahiran mereka (Ellis, 1994; Selinker, 1972). dan

Panduan Menulis Esei Kursus ZZZT 2213

Penulisan esei adalah salah satu topik yang terdapat dalam Kursus ZZZT2213 BentukBentuk Penulisan yang ditawarkan kepada semua pelajar. Bahagian ini diwujudkan untuk

14

menerapkan kemahiran menulis esei merentasi bidang kepada semua pelajar. Objektif utama kursus ini ialah: mengembangkan pengetahuan explisit tentang tahap-tahap menulis esei menulis esei dengan mengikuti format dan peraturan dalam pelbagai bentuk dan untuk tatapan pelbagai pembaca mengembangkan kefahaman struktur penulisan esei sesuai dengan topik yang dipilih.

Pada peringkat permulaan, pelajar didedahkan kepada proses menulis yang mengandungi empat tahap utama iaitu: pramenulis, menulis, pemurnian dan pembacaan pruf (Sorenson, 2000). Pada tahap pramenulis, pelajar didedahkan kepada keperluan merangka esei yang hendak ditulis. Pada tahap menulis pula, pelajar didedahkan kepada aspek-aspek penulisan perenggan termasuk pengisian perenggan yang mengandungi lima unsur utama iaitu sebutan (state), definisi, penerangan (explanation), perbincangan dengan memberi contoh yang sesuai dan rumusan. Seterusnya, pelajar menerima

pendedahan berkaitan jenis-jenis esei dengan konsep-konsep berikut: definisi, klasifikasi, proses, bandingan dan bezaan, sebab dan akibat, penyelesaian masalah, perbahasan, analogi, serta induktif dan deduktif. Kemahiran menulis esei adalah berasaskan kepada esei lima perenggan yang mengandungi aspek-aspek berikut: pendahuluan, badan esei dan kesimpulan (Sorenson, 2004; Levy, 2004).

Dalam amalan biasa, pembelajaran menulis esei bermula dengan dengan kaedah ekpositori konsep, diikuti dengan praktis. Dalam kaedah ekpositiori, pelajar didedahkan dengan maklumat menulis esei. Proses pengajaran dan pembelajaran turut menggunakan pelbagai teknik menerang seperti memberi contoh esei yang baik, memberi contoh esei yang kurang kukuh penulisannya dan diikuti dengan perbincangan mengenai konsep yang harus dikuasai pelajar. Pada tahap permulaan, pelajar diminta memilih satu topik yang mereka sukai dan mengembangkannya menurut garis panduan yang telah dibincangkan. Pada akhir pembelajaran, pengajar mengutip semua hasil kerja pelajar dan memeriksanya. Memandangkan jumlah pelajar yang besar, dalam sesi konferen, pengajar hanya

15

membincangkan beberapa esei yang baik dan beberapa esei yang kurang kukuh sebagai contoh.

Sampel

Bagi setiap kumpulan terdapat 15 orang pelajar yang akan dijadikan sampel. Mereka dipilih berdasarkan hasil ujian diagnostik. Hanya pelajar tahun pertama sahaja dipilih kerana mereka adalah pelajar baru di universiti dan mempunyai jangka masa yang lebih lama untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Pelajar yang menjadi subjek kajian ini juga terdiri daripada pelbagai latar belakang fakulti.

Kerangka Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan dengan bahagian permulaan penerimaan input oleh pelajar diikuti dengan ujian diagnostik dan tiga tahap utama kerangka kajian sebenar. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa proses menulis perlu diterapkan kepada pelajar secara sistematik dengan mengikuti turutan yang sesuai (Duncan, 2004; Sorenson, 2000). Oleh itu, penerapan kemahiran menulis memerlukan model yang lengkap dan sistematik. Model menulis hendaklah berasaskan objektif yang sesuai, pengisian yang sesuai dengan tahap kognitif pelajar, pendekatan yang berasaskan teori yang berkaitan, proses pembelajaran dalam bilik darjah yang melibatkan tahap-tahap pembelajaran dan aktiviti dan penilaian terhadap proses pembelajaran (Flower & Hayes, 1997; Bereiter & Scardamalia, 1987).

Berdasarkan pendapat penyelidik lepas yang telah dibincang berkaitan dengan penulisan esei, prosedur kajian tindakan ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian 1 dan Bahagain 2. Dalam Bahagian 1, penyelidik menjalankan ujian diagnostik kepada semua sampel berbentuk penulisan esei sebagai sebahagian daripada proses awal pengumpulan data kajian. Esei pelajar dikumpul dan dianalisis bagi

16

menyokong refleksi guru terhadap masalah penulisan esei pelajar tahap universiti. Seterusnya, pelajar menerima maklumat tentang kemahiran menulis esei berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Proses ini berjalan selama dua minggu dengan jumlah jam sebanyak 10 jam. Bahagian 2 dijalankan pada minggu ketiga. Bahagian ini merupakan intervensi terhdap masalah menulis esei dalam kalangan pelajar yang menjadi subjek kajian ini. Pelajar dibahagikan kepada dua bahagian, yakni 15 orang bagi kumpulan yang akan menerima intervensi melalui kaedah coaching dan 15 orang lagi akan menerima intervensi kaedah demonstrasi atau tunjukcara. Proses intervensi bagi kedua kumpulan akan dijalankan dalam tiga tahap secara berasingan seperti berikut;

Tahap 1: Perbincangan hasil ujian diagnostik.

Pembelajaran bermula dengan perbincangan mengenai hasil ujian diagnostik. Pengajar memberikan komen dan rumusan secara menyeluruh dan merujuk kepada beberapa sampel. Pelajar berbincang sesama sendiri dan berkongsi pengalaman berdasarkan rumusan ujian diagnostik dan menganalisis esei mereka dalam kumpulan berdasarkan komen tersebut. Pelajar seterusnya diminta memilih satu topik esei mengikut minat

mereka. Perkara ini dilakukan kerana pelajar datang dari latar belakang fakulti yang berbeza. Pelajar diingatkan tentang proses menulis yang mereka lakukan perlu mengikut tahap menulis yang telah dibincangkan iaitu tahap pramenulis, menulis, pemurnian dan membaca pruf. Seluruh proses ini melibatkan interaksi guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.

Apabila selesai menulis esei, pengajar akan memeriksa esei yang dihasilkan pelajar, seterusnya, coaching atau demonstrasi secara kumpulan dan individu akan dijalankan. Proses ini diikuti dengan konferens pengajar dengan pelajar dan selepas itu pelajar diminta melakukan penilaian kendiri terhadap esei yang telah mereka tulis. Pelajar kemudiannya akan menulis semula esei yang sama dengan melakukan penambahbaikan. Perbincangan seperti dilakukan pada peringkat awal akan diadakan sekali lagi. Pada akhir sesi pembelajaran, pengajar akan meminta pelajar membuat

17

rumusan dan kesimpulan. Bagi memudahkan analisis data, esei yang ditulis pelajar pada peringkat awal dipanggil Esei 1 dan esei yang ditulis pelajar selepas melakukan

penambahbaikan dipanggil Esei 2.

Tahap 2: analisis esei sebelumnya sebagai set induksi.

Sesi bermula dengan maklumat analisis esei sebelumnya sebagai set induksi. Pelajar diminta menulis esei individu dan proses yang sama akan dijalankan sama seperti dalam Tahap 1. Pelajar akan menulis esei mereka semula berdasarkan komen anggota kumpulan dan pengajar yang terlibat. Pengajar akan membuat pemantauan dalam bilik darjah hasil esei yang ditulis serta memberi bimbingan. Esei yang ditulis sebelum dan selepas pembaikan akan dianalisis oleh pengajar.

Tahap 3: Perbincangan hasil analisis esei sebelumnya sebagai set induksi.

Sesi bermula dengan perbincangan hasil analisis esei sebelumnya sebagai set induksi. Pelajar diminta menulis sebuah lagi esei. Proses yang sama akan dijalankan seperti Tahap 1 dan Tahap 2.

Alat Kajian dan Penilaian

Kajian dan analisis keseluruhannya dijalankan secara kualitatif.

Analisis data akan

dijalankan pada setiap tahap. Esei pelajar pada setiap tahap ini dibandingkan sebagai Esei 1 dan Esei 2. Persembahan Esei 1 dan Esei 2 pada setiap tahap akan diikuti dengan komen pengajar berdasarkan garis panduan penilaian. Pada peringkat akhir, analisis persembahan Esei 1 dan Esei 2 akan dibuat penilaian menyeluruh bagi menjawab persoalan kajian.

18

Alat kajian bagi kajian ini ialah hasil penulisan pelajar yang merupakan pengukur kemahiran menulis mereka bagi setiap tahap prosedur kajian. Setiap pelajar akan menulis dua buah esei pada setiap tahap yang akan dianalisis secara terperinci berdasarkan garis panduan berikut;

Garis Panduan Penilaian Esei 1. Struktur organisasi esei secara menyeluruh. 2. Isi dan susunan kesinambungan esei. 3. Struktur dan unsur-unsur perenggan dalam esei 4. Struktur ayat dalam esei 5. Kesimpulan esei

19

BAHAGIAN 4ANALISIS DATA

Pendahuluan

Analisis bahagian ini mengandungi dua bahagian, iaitu; Bahagian 1 yang merupakan analiss berasaskan taburan markah keseluruhan secara bandingan antara starategi coaching dengan strategi tunjukcara. Bahagian 2 pula merupakan analisis berasaskan pendekatan kualitatif bagi kedua-dua strategi coaching dan tunjukcara. Aspek-aspek yang dianalisis bagi kedua-dua bahagian ini adalah sama iaitu; analisis pembinaan struktur esei, huraian isi esei, pembinaan perenggan, pembinaan ayat dan pembinaan kesimpulan.

Bagi tujuan analsisi Bahagian 1, lima esei yang paling sesuai telah dipilih untuk kajian ini berdasarkan ketekalan hasil kerja dan dedikasi menghadiri kelas. Pada akhir setiap pusingan atau tahap, responden menghasilkan esei yang diberi nama Esei 1, Esei 2 dan Esei 3. Analisis adalah berdasarkan lima aspek utama dalam penulisan esei iaitu;

Penilaian Esei Struktur Isi utama Perengganan Pembinaan ayat Pembinaan kesimpulan Markah keseluruhan

Markah 15 40 10 10 25 100

Bahagian 1: Analisis Berasaskan Taburan Markah Secara Bandingan20

Struktur Esei

Analisis data bagi bahagian ini memberi fokus kepada pembinaan struktur esei oleh responden dalam tiga pusingan pembelajaran berasaskan pendekatan tunjukcara dan coaching. Markah adalah berdasarkan asas penstrukturan esei, kesinambungan struktur dan susunan isi.

Jadual 1 : Perkembangan kemahiran penulisan dalam aspek struktur Responden/Kaedah Esei Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Min Tunjukcara Esei 1 8 10 10 5 10 8.6 Esei 2 10 12 12 10 12 11.2 Esei 3 12 14 14 13 14 13.4 Esei1 7 8 10 8 8 8.2 Coaching Esei2 11 10 11 10 19 10.4 Esei3 12 12 13 12 12 12.2

Jadual I menjelaskan tentang perkembangan kemahiran penulisan responden dalam aspek struktur esei. Secara bandingan, min bagi kedua-dua strategi yang digunakan dalam setiap pusingan menunjukan terdapat peningkatan dalam kemahiran membina struktur esei. Pada ketiga-tiga pusingan, min bagi kedua-dua kumpulan kelihatan konsisten

dengan min bagi pusingan pertama tunjukcara adalah 8.6, coaching sebanyak 82 dengan berlaku peningkatan pada pusingan kedua pula iaitu 11.2 dan 10.4. Pada pusingan ketiga, min bagi tunjukcara ialah 13.4 dan coaching ialah 12.2. Kedua-dua kaedah jelas dapat memperbaiki pembinaan struktur esei bagi semua responden.

Isi utama esei

21

Bahagian ini memberi pemberat kepada kemahiran penulisan dan kemahiran untuk membuat huraian terhadap isi utama esei. Sama seperti dalam format yang dijelaskan, responden telah diminta untuk menghuraikan sekurang-kurangnya empat atau lima isi utama esei. Setiap isi utama esei perlu dijelaskan dalam satu perenggan khas kecuali terdapat perkaitan khusus antara kedua isi. Berdasarkan analisis menggunakan kedua-dua kaedah, didapati bahawa pencapaian esei pelajar dalam aspek isi utama esei dapat dilihat seperti dalam jadual berikut;

Jadual 2 : Perkembangan kemahiran penulisan dalam aspek isi utama esei Responden/Kaedah Esei Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Min Tunjukcara Esei 1 20 25 30 15 15 21 Esei 2 25 30 35 25 30 29 Esei 3 30 35 37 27 37 33.2 Esei1 20 28 28 25 28 25.8 Coaching Esei2 35 30 32 28 30 31 Esei3 37 35 35 30 35 34.4

Berdasarkan Jadual 2 di atas, jelas didapati bahawa bagi kedua-dua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, berlaku peningkatan kemahiran yang sangat ketara dalam pusingan pertama, kedua dan ketiga pembelajaran. Min bagi markah pusingan pertama kaedah tunjukcara ialah 21, manakala coaching pula ialah 25.8. Pencapaian pelajar didapati bertambah baik pada pusingan ketiga dengan tunjukcara mencatatkan markah sebanyak 33.2 dan coaching sebanyak 34.4. Peningkatan pencapaian ini sangat jelas apabila dilihat julat tunjukcara iaitu 13, manakala coaching sebanyak 10.5.

Pembinaan perenggan dalam esei

22

Bahagian ini adalah merupakan taburan markah pembinaan perenggan bagi responden. Aspek yang diambilkira dalam permarkahan ialah statemant isu, difinisi, explanation definisi, huraian atau perbincangan, termasuk unsur-unsur memberi contoh dan membuat rumusan bagi isi utama yang diketengahkan dalam perenggan. Pencapaian berkenaan hdala seperti berikut;

Jadual 3 : Perkembangan kemahiran penulisan perenggan dalam esei Responden/Kaedah Esei Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Min Tunjukcara Esei 1 4 5 5 3 5 4.6 Esei 2 6 7 7 5 7 6.4 Esei 3 8 9 6 8 9 8 Esei1 5 6 5 5 6 5.4 Coaching Esei2 7 7 7 6 7 6.8 Esei3 8 8 8 7 8 7.8

Jadual 3 menunjukkan perkembangan kemahiran penulisan perenggan dalam esei bagi lima orang responden. Min bagi kaedah tinjukcara bagi pusingan pertama ialah 4.6, manakala coaching pula ialah 5.4. Markah bagi kedua-dua kumpulan meningkat kepada 8 dan 7.8 pada pusingan ketiga sesi interaksi diadakan. Peningkatan markah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan mutu penulisan yang sangat ketara dalam esei yang dihasilkan apabila pelajar dibimbing menggunakan kedua-dua kaedah kajian.

Pembinaan ayat

23

Pembinaan ayat dalam perenggan atau dalam esei secara menyeluruh adalah kemahiran asas bagi semua bentuk penulisan. Ayat bermula dengan perkataan yang dikembangkan dalam bentuk struktur mudah dan memberi makna. Aspek yang diambilkira dalam analisa ayat ialah struktur ayat, kesesuaian perkataan dalam ayat dan kepelbagainan ayat. Pencapaian pelajar dalam penulisan yang dinilai dari sudut ayat yang digunakan dalam esei dapat disaksikan seperti jadual berikut;

Jadual 4 : Perkembangan kemahiran penulisan ayat dalam esei Responden/Kaedah Esei Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Min Tunjukcara Esei 1 4 4 3 2 4 3.4 Esei 2 6 6 5 5 7 5.8 Esei 3 8 9 6 8 9 8.2 Esei1 4 5 5 6 6 5.2 Coaching Esei2 5 7 7 6 7 6.4 Esei3 7 8 8 8 7 7.6

Jadual 4 di atas menunjukkan taburan perkembangan kemahiran membina ayat bagi lima responden. Bandingan nilai min menunjukkan bahawa kemahiran membina ayat boleh dikuasai responden melalui kedua-dua kaedah. Min paling rendah bagi kumpulan kaedah tunjukcara berada pada pusingan pertama dengan nilai 3.4 dan kumpulan coaching pula ialah 8.2. Pada pusingan kedua dan ketiga, kedua-dua kumpulan telah meperlihatkan peningkatan iaitu 8.2 dan 7.6.

Pembinaan kesimpulan

24

Pembinaan kesimpulan merupakan aspek kemahiran penting dalam membina sesebuah esei. Kesimpulan merupakan pandangan menyeluruh penulis tentang apa yang telah ditulisnya. Aspek ini adalah saripati esei menurut pandangan penulis dan saripati inilah yang biasanya akan memberi kefahaman muktamad kepada para pembaca tentang apa yang ditulis.

Jadual berikut adalah pencapaian pembinaan kesimpulan dalam esei;

Jadual 5 : Perkembangan kemahiran penulisan kesimpulan dalam esei Responden/Kaedah Esei Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Min Tunjukcara Esei 1 10 12 10 4 4 8 Esei 2 18 18 15 9 9 14 Esei 3 20 18 20 12 13 16.6 Coaching Esei1 10 15 18 15 15 14.8 Esei2 15 18 20 20 17 18 Esei3 20 22 22 20 20 20.8

Jadual 5 menunjukkan taburan markah pembinaan kesimpulan bagi kedua-dua kumpulan dalam tiga pusingan pembelajaran. Sama seperti bahagian yang lain, terdapat peningkatan kemahiran responden kedua-dua kumpulan kajian. Min pusingan pertama bagi kumpulan tunjukcara ialah 8, meningkat kepada 14 dan 16.6 pada pusingan kedua dan ketiga. Perkara yang masa juga berlaku kepada kumpulan coaching dengan markah 14.8, 18 dan 20.8 pada pusingan ketiga.

Rumusan

25

Kajian ini merumuskan bahawa;

Secara bandingan, kaedah pengajaran tunjukcara dan coaching adalah berkesan apabila diterapkan kepada pelajar kemahiran menulis esei berasaskan struktur penulisan esei lima perenggan. Dalam kedua-dua kaedah pengajaran, aspek-aspek yang diambilkira sebagai asas penulisan esei ialah struktur, isi esei, perenggan, pembinaan ayat dan pembinaan kesimpulan. Data yang dikumpul berasaskan tiga pusingan penulisan esei bagi topik yang sama menunjukkan terdapat penambahbaikan dalam semua aspek penulisan yang ditetapkan berasaskan bandingan min bagi Esei 1, Esei 2 dan Esei 3.

Secara keseluruhan, analisis data berdasarkan bandingan min menunjukkan bahawa kemahiran menulis esei boleh diterapkan kepada pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran tunjukcara dan coaching dengan syarat kumpulan pelajar yang disasarkan hendaklah berada dalam saiz yang boleh bimbing dengan berkesan oleh pensyarah, dan dalam konteks kajian ini ialah 15 orang. Saiz kumpulan yang munasabah membolehkan pensyarah memberikan tunjukcara model esei yang baik yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar bagi membina esei mereka sendiri. Kumpulan yang kecil begini juga membolehkan pensyarah berfungsi sebagai coach bagi tiap pelajar dari mula proses menulis esei hinggalah selesai dalam tiga pusingan yang ditetapkan. Keadaan ini tidak mungkin dapat dilakukan jika penerapan kemahiran menulis esei dilakukan dalam strategi pengajaran secara kuliah umum dengan jumlah pelajarnya mencecah sehingga 100 orang.

Proses penulisan esei adalah proses yang rumit, sistematik dan berlaku dalam satu tempoh masa yang sesuai, memerlukan pensyarah membimbing pelajar dalam semua aspek penulisan esei. Perbincangan sesama rakan sebaya di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan pembelajaran koperatif dikalangan pelajar yang turut menjana kemahiran berfikir secara luas.

Bahagian 2: Analisis Kualitatif Coaching dan Tunjukcara Secara Bandingan26

Analisis bahagian ini mengutarakan analisis dengan mengguna pendekatan kualitatif. Sama seperti analisis berasaskan skor dengan membuat bandingan bagi kedua strategi coaching dan tunjukcara, analisis bahagian ini juga dibahagikan kepada lima subahagian utama iaitu pembinaan struktur esei, huraian isi esei, pembinaan perenggan, pembinaan ayat, dan pembinaan kesimpulan. Tiap subbahagian akan mengutarakan contoh-contoh yang diambil dari esei reponden.

Analisis Kualitatif Strategi Coaching Lingkaran 1

Pembinaan Struktur Esei dan Isi Utama Dalam bahagian ini, dua esei responden dianalisis selama tiga kali sesuai dengan tiga lingkaran kajian tindakan yang dijalankan. Analisis ini akan menggunakan kependekan seperti berikut; R = responden A= ayat P1 = perenggan 1 P2 = perenggan 2 P3 = perenggan 3 P4 = perenggan 4 Esei 1 R3: Satu Malaysia P1 Satu Malaysia yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri Malaysia telah menjadi keutamaan kini. Banyak dapat dilihat dalam ruangan akhbar, televisyen mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia yang dikatakan utuh tanpa sebarang persengkitaan. Tetapi sejak akhir-akhir ini dapat kita lihat pelbagai masalah yang timbul seperti masjid dan gereja terbakar dan banyak lagi. Masalah ini dikaitkan dengan perselisihan antara agama, tetapi kita perlu sedar bahawa agama melambangkan kaum itu sendiri. Secara tidak langsung, permasalahan agama ini mampu memberi kesan buruk terhadap kestabilan politik dan perhubungan antara kaum.

27

P2 Jadi slogan 1 Malaysia ini perlu memainkan peranan bukan sahaja menjadi sebutan masyarakat. Kempen ini perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Ini kerana pendidikan adalah satu cara yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Khususnya generasi muda yang mudah terpengaruh dengan hasutan dan idea-idea yang difikirkan hebat dan cool. P3 Sukan juga boleh menjadi satu kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej 1 Malaysia ini. Pada awal tahun 2009, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan satu kejohanan futsal terbuka yang memang menjadi kegilaan remaja kini. Keunikan kejohanan ini adalah mewajibkan setiap pasukan memiliki sekurang-kurangnya tiga kaum yang berlainan. Dengan ini, kita dapat mengelakkan remaja-remaja daripada terlibat dengan masalah sosial malah dapat menyatukan rakyat Malaysia pada masa hadapan kerana mampu memberi banyak kebaikan terhadap negara amnya. P4 Jadi, slogan 1 Malaysia ini memerlukan pendekatan yang efektif bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat, kempen ini mampu memberikan banyak kebaikan jika dilakukan dengan telus dan benar.

Esei R3 adalah esei yang loggar dan mempunyai banyak kelemahan. Esei ini hanya ditulis sebanyak empat perenggan sahaja. Perenggan P1 merupakan perenggan pendahuluan tetapi maksud 1 Malaysia tidak dinyatakan dengan jelas. Responden hanya memaparkan konsep 1 Malaysia menjadi perbualan hangat. P2 juga longgar dengan pernyataan kepentingan pendidikan bagi menerapkan konsep 1 Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa menunjukkan signifikan pemupukan konsep sejak usia individu masih muda. Dalam P3 penulis terus mencadangkan peranan sukan bagi membentuk semangat 1 Malaysia. Contoh ini juga kurang jelas konsepnya dan bagaimana sukan boleh menyumbang mengukuhkan konsep 1 Malaysia juga tidak jelas. Responden hanya memberi contoh sukan anjuran satu negeri sahaja. P4 merupakan perenggan kesimpulan dengan paparan yang terlalu ringkas dan kabur. Pada keseluruhannya esei R2 adalah lemah, malah topiknya juga terlalu umum dengan paparan struktur empat perenggan yang mengandungi pendahuluan, badan esei (P2 dan P3) yang kabur serta perenggan kesimpulan yang turut kabur. Jika dikira dari segi isi utama, esei ini hanya ada dua isi sahaja iaitu peranan sukan dan pendidikan.

28

R2 :Sukan Selam Skuba P1 Sukan selam skuba kini makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Menyelam didefinisikan sebagai berenang di bawah permukaan air sedalam tidak kurang dari tiga meter. Skuba pula merupakan alat bantuan pernafasan yang digunakan semasa menyelam. Perkataan skuba berasal daripada perkataan Inggeris scuba yang merupakan akronim bagi self-contained underwater breathing apparatus. Oleh itu, sukan selam skuba merupakan aktiviti menyelam tidak kurang daripada tiga meter dengan bantuan alat pernafasan khas. P2 Sukan selam skuba membolehkan seseorang itu meneroka di bawah permukaan laut yang indah dan berwarna-warni. Pada zaman di mana ilmu sedang berkembang pesat ini, sukan ini bukan sahaja dapat memuaskan perasaan ingin tahu manusia tentang rupa bentuk dasar laut dari kacamata sendiri, malah kajian yang lebih mendalam tentang hidupan laut dan habitat mereka dapat dilakukan. Para saintis kini dapat mengumpul spesimen sendiri untuk dikaji di makmal. P3 Walau bagaimana pun, sukan selam skuba ini ada bahayanya. Terdapat peraturan-peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan yang tidak dikehendaki. Sebagai contoh, jika seseorang penyelam itu masuk ke dalam air terlalu cepat badan akan terkejut dengan perubahan tekanan yang mendadak. Akibatnya, kecederaan organ dalaman boleh berlaku. P4 Terdapat langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan. Antaranya adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan kita mempunyai kemampuan yang diperlukan untuk menyelam. Selain itu, pastikan peralatan skuba berada pada tahap yang terbaik dan tangki gas tidak bocor. Bagi keselamatan yang lebih, kini di kedai-kedai alatan menyelam ada menjual peti pertolongan cemas khas yang direka untuk para penyelam semasa berada di dalam laut. P5 Melalui sukan selam skuba, kita dapat meneroka suatu dunia yang baru dan indah. Walau pun terdapat bahayanya, namun dengan langkah-langkah keselamatan yang disarankan maka ini dapat dikurangkan. Pengalaman melihat keindahan laut dari kacamata sendiri adalah tak ternilai.

Esei R2 adalah esei bertajuk Sukan Selam Skuba, sebuah esei definisi atau huraian mengenai sukan selam skuba. Apabila membacanya pembaca mendapat pengetahuan sepintas lalu dan memahami apakah yang dimaksudkan sukan selam skuba kerana

29

tajuknya yang jelas dan penulis tahu apakah yang hendak dihuraikannya. P1 adalah pendahuluan esei yang merupakan pengenalan asas kepada sukan selam skuba. P2 pula adalah huraian tentang apakah daya tarikannya sukan ini, manakala P3 merupakan syaratsyarat untuk menyertai sukan ini yang dihurai dengan jelas. P4 adalah huraian risiko sukan dan P5 adalah kesimpulan esei. Dari segi struktur, esei ini dibina dengan tepat bersesuaian dengan topik dan isi yang dikemukakan. Setiap perenggan mewakili isi yang bertepatan dan oleh itu esei ini mempunyai lima isi utama. Sungguh pun begitu, esei ini masih boleh diperbaiki lagi terutama pada perenggan P5 yakni perenggan kesimpulan dan P2, P3 serta P4. Ketiga-tiga perenggan ini tidak dirumuskan perbincangannya.

Pembinaan Perenggan

R4 Tabiat pemakanan yang tidak seimbang, punca penyakit merbahaya. A1 Dewasa ini, banyak terpapar di dada-dada akhbar kes-kes kematian akibat daripada pemakanan. A2 Masyarakat tidak boleh memandang enteng masalah ini kerana masalah ini begitu kronik dan memerlukan pelbagai jalan penyelesaian dalam mengatasinya. A3 Pemakanan yang tidak terkawal dan seimbang di kalangan masyarakat perlu dipandang serius oleh semua pihak. A4 Tambah-tambah lagi, pelbagai produk makanan yang dicipta dan dihasilkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. A5 Pelbagai makanan yang dihasilkan samada makanan tradisional, makanan barat, makanan segera dan sebagainya.

R4 telah membina perenggan yang agak lemah dan huraian isi yang longgar. A1 adalah pendahuluan perenggan yang kurang menarik. A2 masih belum menjelaskan

maksud utama perenggan diikuti dengan A3 yang masih meneruskan bayangan maksud A2. A3 dan A4 masih mengemukakan bayangan pemakanan tidak seimbang tetapi huraian maksudnya masih kabur. A5 tambah kurang menarik apabila jenis makanan disebut kurang sesuai wacananya, yakni makanan tradisional (vs moden), makanan barat (vs timur) dan selepas itu disebut pula makanan segera. Perkataan dan sebagainya menyebabkan perenggan ditutup dengan kurang menarik. Perenggan ini juga tidak dirumuskan.

30

R5 Faktor-faktor pengurusan masa dan kesan-kesannya. A1 Bagi menghasilkan masa yang terbaik tanpa membazirkannya, kita hendaklah membuat jadual seharian tanpa ada kekosongan dan mengisi masa lapang dengan melakukan perkara-perkara bermanfaat. A2 Jika jadual dibuat kita tidak akan membazirkan masa tanpa melakukan apa-apa yang diberi tidak mencukupi seperti guru memberi kerja sekolah kepada pelajar dan pelajar tersebut gagal menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

R5 juga mengemukakan pembinaan perenggan yang lemah. Isi utama yang hendak dihuraikan ialah kepentingan membina jadual waktu dalam mengurus masa tetapi dihuraikan dengan longgar tanpa sokongan isi yang meyakinkan. Ayat A1 ini terus memberi cadangan perlunya membuat jadual supaya masa tidak dibazirkan tanpa sebarang pendahuluan. Huraian maksud dalam A2 kurang tepat kerana penulis terus sahaja memberikan contoh di sekolah. Isi utama perenggan tidak dirumuskan. Penulis R4 dan R5 perlukan bimbingan supaya mereka dapat membina perenggan yang lebih manarik.

Pembinaan Ayat

R7 : Seramik A1 Seterusnya seramik moden merupakan seramik yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi moden. A2 Antara produk seramik jenis ini adalah jubin dan lantai rumah . A3 Tetapi, apakah yang membezakan antara seramik kategori ini dengan seramik tradisional? A4 Secara umumnya kita boleh membezakan dua kategori seramik ini dengan melihat cara pemprosesannya. A5 Jubin pada dasarnya menggunakan tanah liat sebagai bahan mentah. A6 Kemudian, ia akan dicampurkan dengan bahan tambah seperti parafin supaya pengacuan lebih sekata. A7 Selain itu, terdapat bahan lain seperti pemplastik yang dicampurkan supaya hasilnya lebih memuaskan. A8 Seterusnya, ia akan menjalani proses glazing, pembakaran dan pengeringan menggunakan mesin dan alat khas.

31

R5 A1 Penggunaan IT juga boleh menyebabkan masa terbuang dengan bagitu sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja. A2 Hal ini berlaku kerana ramai di kalangan pelajar suka membazirkan masa dengan mengadap komputer tanpa memanfaatkan masa yang diberi dengan sewajarnya. A3 Pengurusan masa yang terbaik ialah bijak dalam memanfaatkan waktu yang terluang dan menggunakannya secara berhemah. A4 Contohnya memanfaatkan masa dengan membaca buku-buku ilmiah. A5 Sebagai orang Islam kita hendaklah memanfaatkan masa dengan beribadah kepada pencipta.

Pembinaan ayat bagi kedua-dua perenggan oleh R7 dan R5 pada keseluruhannya adalah memuaskan. Kedua penulis menggunakan ayat mudah yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu benda dan cerita. Penulis juga menggunakan perkataanperkataan yang sesuai dalam konteks digunakan. Sungguh pun begitu ayat-ayat dalam R7 boleh lagi diperbaiki terutama A3, A6, A7 dan A8. Penulis mungkin telah terbiasa menggunakan kata sendi pada permulaan ayat. Perkara ini adalah wajar dihindari.

Pembinaan Kesimpulan

R5 A1 Sebagai kesimpulannya, pengurusan masa yang terbaik memberikan kesan yang positif dalam semua perkara yang dilakukan dengan meningkatkan mutu kerja dan hasil terbaik diri dan kehidupan seseorang. R4 A1 Oleh itu, semua masyarakat perlu ada kesedaran dan membuat perubahan dalam mengatasi tabiat yang tidak sihat ini. A2 Pelbagai punca yang menyebabkan penyakit merbahaya dan boleh menjejaskan tahap kesihatan kita. A3 Kita boleh mengelakkan pembaziran di samping menjaga kesihatan diri sendiri. A4 Kita perlu menyahut seruan kerajaan iaitu amalkan gaya hidup sihat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

32

R5 merupakan pembinaan kesimpulan yang lemah. Penulis esei hanya mengemukakan satu ayat sahaja bagi sebuah esei berkenaan pengurusan masa sebagai keimpulan. R5 sepatutnya merumuskan keseluruhan isi esei dengan memberi tafsirannya terhadap isu yang dikemukakan. R4 juga kelihatan terbiasa dengan menggunakan perkataan sendi pada pangkat ayat seperti dalam A1. Begitu juga dengan penggunaan perkataan kita dalam ayat A3 dan A4. Kedua-dua perenggan kesimpulan ini perlukan penambahbaikan.

Rumusan Analisis Lingkaran 1

Analisis Lingkaran 1 menunjukkan bahawa kelima-lima aspek yang dinilai dalam penulisan esei memerlukan penambahbaikan. Kelemahan-kelemahan esei pelajar untuk lingkaran ini dikesan dengan jelas dari segi pembinaan struktur, huraian isi, pembinaan perenggan dan juga pembinaan kesimpulan. Dalam bahagian pembinaan struktur esei, pelajar perlu dijelaskan lagi tentang konsep pendahuluan, badan esei dan kesimpulan. Pelajar juga perlu diberi bimbingan bahawa pembinaan perenggan hendaklah bersandarkan kepada lima ciri utama iaitu: state/sebut, terang, hurai, contoh atau banding dan rumus. Perenggan kesimpulan pula hendaklah mengandungi rumusan semua isi penting yang telah dihuraikan menurut pandangan penulis.

Analisis Lingkaran 2Pembinaan Struktur dan Huraian Isi

R3: Kempen 1 Malaysia

33

P1 I Malaysia adalah satu kempen yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi menyemai semangat kesatuan dan toleransi antara kaum bagi mewujudkan satu identiti yang akan melambangkan kesatuan Negara Malaysia. Kempen ini bertemakan Rakyat Disahulukan, Pencapaian Diutamakan amat popular dan kian menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai paparan media massa dan media elektronik mengenai isu ini seperti sambutan perayaan di mana kerajaan mengadakan Rumah Terbuka yang akan dihadiri oleh pelbagai kaum dari seluruh pelusuk Malaysia. Jadi, banyak inisiatif yang perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya kerajaan bagi menjayakan kempen 1Malaysia. Di sini dapat kita lihat, peranan kempen 1 Malaysia amat diperlukan agar kenamaan negara dapat dikekalkan supaya sejarah perit 13 Mei 1969 tidak akan berulang. P2 Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan memperbaharui sistem pendidikan negara. Seperti yang kita tahu, terdapat tiga jenis sekolah rendah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang menggunakan kurikulum yang sama iaitu penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Jadi lebih baik jika ketiga-tiga sekolah ini digabungkan agar perpaduan kaum dapat disemai sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan mengambil langkah yang lebih efektif untuk peringkat menengah dan universiti. Ini dapat dilihat apabila kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah menengah. Terdapat juga subjek-subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Moral di sekolah menengah serta Hubungan Etnik di universiti yang dapat memupuk semangat perpaduan dan toleransi antara kaum. Peranan sistem pendidikan sangat penting bagi menerapkan nilai-nilai murni terhadap generasi muda agar perpaduan kaum dapat diwujudkan. P3 Kedua adalah dengan memupuk semangat perpaduan melalui sukan. Kerajaan banyak menganjurkan pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu sebagai contoh kejohanan badminton Super Serie, liga bola sepak, hoki, Sukma, dan banyak lagi yang diadakan setiap tahun. Kejohanan-kejohanan ini disertai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan nama Negara Malaysia, pemainpemain bekerja secara berpasukan untuk menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Secara tidak langsung, kita juga dapat memupuk perpaduan dengan masyarakat luar negara. Jadi sukan adalah satu alternatif yang mudah untuk dilaksanakan kerana tidak memerlukan campur tangan birokrasi dan politik. Jadi kejohanan sukan perlu diperbanyakkan bagi mencapai matlamat perpaduan 1 Malaysia.

34

P4 Seterusnya adalah melalui peruntukan undang-undang negara Malaysia yang sistematik mampu menghalang perpecahan kaum. Secagai contoh Akta Hasutan dan Fitnah, Akta Rusuhan, dan Akta Kebebasan Beragama yang tidak membenarkan sebarang hasutan atau perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan negara dari pada berlaku. Jika sebarang pendapat atau isu yang berbaur perkauman, pesalah akan dikenakan ISA. Kebebasan beragama juga membuktikan toleransi kerajaan bagi mengelakkan penindasan kaum dalam memilih untuk menganuti agama masing-masing. Di sini, warga Malaysia diberi kebebasan untuk memilih agama untuk dianuti tetapi agama Islam sebagai agama rasmi dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dapat menggalakkan rakyat Malaysia menggunkan Bahasa Melayu sebagai medium pertuturan yang akan memudahkan pelbagai pihak untuk berkomunikasi. Jadi peruntukkan undang-undang yang sedia ada perlu dikekalkan bgi membolehkan rakyat Malaysia bersatu padu dan bertoleransi. P5 Akhir sekali adalah pelan kerajaan yang banyak menimbulkan pelbagai kontroversi iaitu Dasar Ekonomoi Baru. Tujuan dasar ini dilaksanakan adalah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum yang jelas tidak seimbang. Kadar kemiskinan orang Melayu yang tinggi berbanding kaum lain menyebabkan pelan kerajaan ini hanya membantu kaum Melayu sahaja. Tetapi Dasar ekonomi Baru ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum. Dengan adanya dasar ini, kerajaan dapat mengimbangkan jurang pendapatan antara kaum dan penindasan dapat dielakkan. P6 Jelas sekali banyak usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menjayakan kempen 1 Malaysia. Jadi setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dengan memberikan kerjasama dan menyokong usaha-usaha kerajaan ini bagi memupuk perpaduan dan toleransi antara kaum. Keberkesanan kempen ini hanya dapat dicapai jika keseluruhan masyarkat yang terdiri daripada pelbagai kaum memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama antara satu sama lain.

Apabila dibandingkan esei R3 dalam lingkaran 1 dengan R3 dalam Lingkaran 2 ternyata struktur esei dalam Lingkaran 2 ini lebih baik daripada segi struktur dan huraian isi. Esei ini mempunyai struktur yang jelas dengan mengemukakan P1 sebagai pendahuluan diikuti dengan badan esei yang mempunyai empat perenggan yang sekaligus menghuraikan empat isi utama (P2, P3, P4 dan P5). P2 adalah peranan pelajaran dalam mewujudkan identiti 1 Malaysia, P2 menghuraikan peranan pendidikan peringkat sekolah dan universiti, P3 menghuraikan peranan sukan, P4 membincangan peranan undang-

35

undang dan P5 mengemukakan rancangan ekonomi. Walau pun terdapat maklumat yang agak kurang tepat seperti Akta Kebebasan Beragama dalam P4 dan fakta tentang Dasar Ekonomi Baru dalam P5 tetapi perbincangan esei ini lebih jelas dengan mengemukakan empat langkah utama bagi mewujudkan masyarakat beridentiti 1 Malaysia. P6 pula merupakan kesimpulan yang masih lagi memerlukan penambahbaikan.

R2 : Sukan Selam Skuba P1 Sukan selam skuba kini makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Menyelam didefinisikan sebagai berenang di bawah permukaan air sedalam tidak kurang dari tiga meter. Skuba pula merupakan alat bantuan pernafasan yang digunakan semasa menyelam. Perkataan skuba berasal daripada perkataan Inggeris scuba yang merupakan sinonim bagi self-contyained underwater breathing apparatus. Oleh itu, sukan selam skuba merupakan aktiviti menyelam tidak kurang daripada tiga meter dengan bantuan alat pernafasan khas. P2 : A1 Sukan selam skuba membolehkan seseorang itu meneroka di bawah permukaan laut yang indah dan berwarna-warni. A2 Pada zaman di mana ilmu sedang berkembang pesat ini, sukan ini bukan sahaja dapat memuaskan perasaan ingin tahu manusia tentang rupa bentuk dasar laut dari kacamata sendiri, malah kajian yang lebih mendalam tentang hidupan laut dan habitat mereka dapat dilakukan. A3 Para saintis kini dapat mengumpul spesimen sendiri untuk dikaji di makmal. A4 Dengan adanya alat bantuan skuba, perkara ini menjadi lebih mudah berbanding beberapa tahun dahulu. P3: A1 Walau bagaimana pun, sukan selam skuba ini ada bahayanya. A2 Terdapat peraturan-peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan yang tidak dikehendaki. A3 Sebagai contoh, jika seseorang penyelam itu masuk ke dalam air terlalu cepat badan akan terkejut dengan perubahan tekanan yang mendadak. A4 Akibatnya , kecederaan organ dalaman boleh berlaku. A5 Oleh itu, pastikan anda tahu peraturan-peraturan menyelam sebelum anda mula menyelam. P4 Terdapat langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan. Antaranya adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mematikan kita mempunyai kemampuan yang diperlukan untuk menyelam. Selain itu, pastikan peralatan skuba berada pada tahap yang terbaik dan tangki gas tidak bocor. Bagi keselamatan yang lebih, kini di kedai-kedai alatan menyelam ada menjual peti pertolongan cemas khas yang direka untuk para penyelam semasa berada di dalam laut. Dengan langkah-langkah keselamatan ini, risiko kejadian yang tidak diingini untuk berlaku dapat dikurangkan.

36

P5 Melalui sukan selam skuba, kita dapat meneroka suatu dunia yang baru dan indah. Walau pun terdapat bahayanya, namum dengan langkahlangkah keselamatan yang disarankan maka ini dapat dikurangkan. Pengalaman melihat keindahan laut dari kacamata sendiri adalah tak ternilai.

Esei R2 yang dianalisis pada Lingkaran 2 menunjukkan terdapat penambahbaikan mutu berdasarkan komen yang diberi oleh pensyarah yakni masalah perenggan yang kurang mantap kerana tidak dirumuskan. Dalam Lingkaran 2, hampir semua perenggan telah dirumuskan dengan baik, dan dapat dilihat contohnya seperti P2. A1 adalah kenyataan/state tentang sukan selam skuba. A2 menambahkan maklumat A1, iaitu sukan selam skuba menggalakkan penyelidikan. A3 adalah menghuraikan kesan daripada usaha yang dilakukan dalam A2, manakala A4 adalah rumusan keseluruhan perenggan iaitu rumusan kelebihan sukan selam skuba. Rumusan yang sama juga dilakukan dalam P3 iaitu dalam ayat A5. Esei ini masih memerlukan penambahbaikan dalam pembinaan kesimpulan dalam P5.

Pembinaan Perenggan

R2 A1 Terdapat langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan. A2 Antaranya adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mematikan kita mempunyai kemampuan yang diperlukan untuk menyelam. A3 Selian itu, pastikan peralatan skuba berada pada tahap yang terbaik dan tangki gas tidak bocor. A4 Bagi keselamatan yang lebih, kini di kedai-kedai alatan menyelam ada menjual peti pertolongan cemas khas yang direka untuk para penyelam semasa berada di dalam laut. A5 Dengan langkah-langkah keselamatan ini, risiko kejadian yang tidak diingini untuk berlaku dapat dikurangkan.

Perenggan ini dibina hasil perbincangan responden dengan pensyarah. Hasilnya bertepatan dengan ciri-ciri utama pembinaan perenggan. A1 adalah pernyataaan/state

37

tentang langkah-langkah keselamatan. A2 adalah huraian pernyataan A1, manakala A3 adalah maklumat tambahan bagi memperkuat maklumat dalam A2. Seterusnya A4 menghuraikan maklumat lain berkaitan dengan keselamatan sukan skuba. Rumusan keseluruhan mengenai isi utama perenggan ini iaitu langkah-langkah keselamatan sukan skuba telah ditulis dalam A5.

R3 : Faktor gejala sosial remaja A1 Antara faktor penting yang menjadi punca meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja ini ialah remaja tidak mendapat pendidikan yang sempurna daripada ibu bapa terutamanya pendidikan dari segi agama. A2 Pendidikan agama yang sempurna sangat penting terutamanya perlu diberi penekanan dari segi nilai dan moral dalam mendidik anak-anak yang berjiwa remaja. A3 Pendidikan agama tidak ditekan oleh ibu bapa pada masa kini contohnya dapat diliht apabila ibu bapa lebih memberi penekanan dalam aspek pendidikan akademik dengan menghantar anakanak ke kelas tuisyen dan tanpa mengambil berat tentang kelas agama. A4 Sekiranya anak-anak didedahkan dengan pendidikan agama maka gejala ini dapat dibendung dari terus berleluasa.

Perenggan R3 adalah satu contoh perenggan yang mempunyai ciri-ciri utama bagi sebuah perenggan. Perenggan ini mengemukakan satu isi utama iaitu keperluan pendidikan agama bagi remaja yang disebut dalam ayat A1. A2 pula menjadi peneguhan kepada kepentingan pendidikan agama. A3 telah membincangkan pendidikan agama yang semakin kurang diberi perhatian oleh ibu bapa. A4 adalah rumusan perenggan yang mengutarakan kepentingan pendidikan agama.

Pembinan Ayat

R8 : Tabiat pemakanan yang tidak seimbang punca penyakit merbahaya A1 Disebabkan keinginan yang melampau, mereka tidak menghiraukan jumlah atau kualiti makanan yang diambil. A2 Mereka tidak sedar bahawa

38

pengambilan makanan yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan. A3 Penyakit ini boleh melanda sama ada orang tua, dewasa atau kanak-kanak jika tidak pandai mengawal jumlah makanan yang diambil. A4 Sesuatu penyakit tidak mengenal mangsa, tetapi kitalah menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Ayat-ayat yang dibina dalam perenggan R8 pada keseluruhannya adalah betul dari segi asas utama iaitu benda dan cerita. Namun begitu masih terdapat aya-ayat yang perlu diperbaiki strukturnya. Ayat A1 agak kabur. Pembaca tidak dijelaskan dengan apakah keinginan yang melampau itu. A3 akan lebih tepat jika perkataan obesiti dijadikan perkataan permulaan, bukannya perkataan penyakit ini. Ayat A4 perlu perlu dipisahkan.

R9 A1 Gejala dadah ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor. A2 Secara rasionalnya, dadah adalah penting untuk perubatan tetapi apabila disalahgunakan akan menyebabkan pelbagai kesan negatif berlaku. A3 Antara faktor utama yang menyebabkan golongan remaja terjebak di dalam kancah seperti ini adalah kerana kurangnya peranan ibu bapa dalam mendidik dan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anakanak mereka. A4 Sikap ibu bapa kini yang terlalu sibuk mengejar kemewahan sehingga sanggup mengenepikan tanggungjawab mereka di dalam mengasuh dan membesarkan anak-anak mereka. A5 Contohnya, ibu bapa yang keluar bekerja di awal pagi dan pulang ke rumah pada lewat malam langsung tidak menghiraukan keperluan dan kehendak yang dituntut oleh anak-anak mereka. A6 Apa yang lebih penting kepada mereka adalah kerjaya mereka semata-mata. A7 Kesannya anak-anak mereka terbiar dan tidak lagi mendapat pedoman serta tunjuk ajar yang mereka perlukan. A8 Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa akan menyebabkan golongan remaja mudah terdedah kepada gejala dadah.

Jika perenggan ini dijadikan contoh bagi analisis pembinaan perenggan, R9 mengemukakan contoh yang agak baik. A1 dan A2 adalah pernyataan isi utama

perenggan. A3 menerangkan faktor utama yang dimaksundkan. A4 adalah mengenai perbincangan dan maklumat yang memperteguhkan A3, manakala A5 adalah contoh bagi A4. A6 dan A7 adalah juga merupakan perbincagan yang memperteguh faktor yang

39

dikemukakan. A8 adalah rumusan keseluruhan isi utama bagi perenggan. Keseluruhan nya dari segi pembinaan ayat, perenggan ini adalah jelas dan struktur pembinaanya adalah tepat. Responden membina ayat selapis yang ringkas, padat dan mudah difahami.

Pembinaan Kesimpulan

R4 A1 Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mendorong kepada meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja, namun begitu faktor terpenting ialah kurangnya didikan agama daripada ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh media massa sama ada yang berbentuk elektronik atau pun yang bercetak. A2 Semua faktor yang membawa kepada meningkatnya gejala sosial ini di kalangan remaja perlu ditangani dengan segera dan semua pihak termasuklah ibu bapa, jiran tetangga, masyarakat setempat dan juga pihak kerajaan mereka semua perlu bertanggung jawab dalam menyelesaikan masalah ini daripada terus berleluasa. A3 Dengan ini, jelaslah di sini bahawa faktor gejala sosial di kalangan remaja adalah berpunca dari rumah dan persekitaran remaja itu sendiri, namun begitu sekiranya masalah ini dapat diatasi dengan segera akan memberi kesan yang positif kepada remaja itu khususnya dan juga kepada masyarakat dan negara kerana remaja merupakan asas yang penting untuk memimpin negara agar terus membangun dan lebih maju pada masa akan datang.

Perenggan yang dibina R4 dari segi strukturnya adalah merupakan sturuktur membina kesimpulan yang mengandungi ciri-ciri kesimpulan yang baik. A1 merupakan isi keseluruhan kesimpulan yang dibina. A2 adalah rumusan menyeluruh tentang A2, manakala A3 merupakan tafsiran keseluruhan isi yang dikemukakan menurut pandangan penulis.

R2 A1 Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mendorong kepada kepada meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja, namun begitu faktor terpenting ialah kurangnya didikan agama daripada ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh media massa sama ada yang berbentuk elektronik atau pun yang bercetak. A2 Semua faktor yang membawa kepada meningkatnya gejala sosial ini di kalangan remaja perlu ditangani

40

dengan segera oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, jiran tetangga masyarakat setempat dan juga pihak kerajaan. Mereka semua perlu bertanggung jawab dalam menyelesaikan masalah ini daripada terus beleluasa. A3 Dengan ini, jelaslah di sini bahawa faktor gejala sosial di kalangan remaja adalah berpunca dari rumah dan persekitaran remaja itu sendiri, namun begitu sekiranya masalah ini dapat diatasi dengan segera akan memberi kesan yang positif kepada remaja itu khususnya dan juga kepada masyarakat dan negara kerana remaja merupakan asas yang penting untuk memimpin negara agar terus membangun dan lebih maju pada masa akan datang.

Perenggan kesimpulan R2 pada dasarnya mempunyai ciri utama struktur kesimpulan iaitu rumusan isi utama esei menurut pandangan penulis. Ini jelas dalam ayat A1 dan A2. Ayat A3 sekilas pandang seakan-akan merupakan ulangan isi A2 tetapi sebenarnya penulis mengemukakan pandangan baru, hanya struktur ayatnya mungkin boleh diperbaiki kerana dibina terlalu panjang serta berlapis-lapis. Jika disusun semula A3 sekurang-kurangnya boleh dipecah kepada dua atau tiga ayat.

Rumusan Lingkaran 2

Pada keseluruhannya kualiti pembinaan semua aspek-aspek yang terdapat dalam sebuah esei dalam Laingkaran 2 telah memperlihatkan peningkatan mutu yang sangat ketara. Semua kelima-lima aspek pembinaan esei telah menunjukkan peningkatan mutu yang ketara. Dari segi pembinaan struktur esei dan huraian isi, kedua-dua esei yang diplih sangat jelas menunjukkan peningkatan mutu.

Struktur tambahbaik berkenaan adalah tunggak kepada binaan esei, seterusnya baharulah wujud perenggan yang mewakili satu isi penting. Dari perenggan wujud pula pembinaan ayat yang kemudiannya akan dirumus dalam satu bentuk kesimpulan pada perenggan akhir. Sungguh pun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan kecil yang perlu dibaiki oleh responden, misalnya pembinaan kesimpulan dalam Esei R2, pembinaan ayat dan pembinaan perenggan. Pada keseluruhannya, reponden mula menguasai

41

kemahiran asas dalam pembinaan esei lima perenggan. Semuanya adalah hasil daripada pembelajaran kolaboratif dan koperatif yang melibatkan gabungan pembelajaran pelajar, rakan sebaya dalam kumpulan dan guru.

Analisis Lingkaran 3Berikut adalah analisis yang dilakukan pada lingkaran ke tiga.

Pembinaan struktur dan isi

R2 : Kempen 1 Malaysia P1 Konsep I Malaysia adalah satu kempen yang telah diperkenalkan oleh datuk Sri Najib Tun Abd Razak bagi menyemai semangat kesatuan dan toleransi antara kaum bagi mewujudkan 1 identiti yang akan melambangkan kesatuan Negara Malaysia. Kempen ini bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan amat popular kini dan menjadi buah mulut setiap lapisan masyarakat. Ini dapat dibuktikan dengan pelbagai paparan media massa dan media elektronik mengenai isu ini seperti sambutan perayaan dimana kerajaan mengadakan Rumah Terbuka yang akan dihadiri oleh pelbagai kaum dari seluruh pelusuk Malaysia. Jadi, banyak inisiatif yang perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya kerajaan bagi menjayakan kempen 1 Malaysia. Di sini dapat kita lihat, peranan kempen 1 Malaysia amat diperlukan agar keamanan negara dapat dikekalkan supaya sejarah perit 13 Mei 1969 tidak akan berulang. P2 Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan memperbaharui sistem pendidikan negara. Seperti yang kita tahu, terdapat tiga jenis sekolah rendah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang menggunakan kurikulum yang sama iaitu penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Jadi lebih baik jika ketiga-tiga sekolah ini digabungkan agar perpaduan kaum dapat disemai sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerajaan mengambil langkah yang lebih efektif untuk peringkat menengah dan universiti. Ini dapat dilihat apabila kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah menengah. Terdapat juga subjek-subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Moral di sekolah menengah serta Hubungan Etnik di universiti dapat memupuk semangat perpaduan dan tolreransi antara kaum. Peranan sistem pendidikan sangat penting bagi menerapkan 42

nilai-nilai murni terhadap generasi muda agar perpaduan kaum dapat diwujudkan. P3 Kedua adalah dengan memupuk semangat perpaduan melalui sukan. Kerajaan banyak menganjurkan pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu sebagai contoh kejohanan badminton Super Series, liga bola sepak, hoki, Sukma, dan banyak lagi yang diadakan setiap tahuan. Kejohanan-kejohanan ini disertai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan nama Negara Malaysia, pemain-pemain bekerja secara berpasukan untuk menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Secara tidak langsung, kita juga dapat memupuk perpaduan dengan masyarakat luar negara. Sukan adalah satu alternatif yang mudah untuk dilaksanakan kerana tidak memerlukan campur tangan birokrasi dan politik. Memandangkan peranan sukan adalah penting maka kejohahan sukan perlu diperbanyakkan bagi mencapai matlamat perpaduan 1 Malaysia. P4 Seterusnya adalah melalui peruntukan undang-undang negara Malaysia yang sistematik mampu menghalang perpecahan kaum. Secagai contoh Akta Hasutan dan Fitnah, Akta Rusuhan, dan Akta Kebebasan Beragama yang tidak membenarkan sebarang hasutan atau perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan negara dari pada berlaku. Jika sebarang pendapat atau isu yang berbaur perkauman, pesalah akan dikenakan ISA. Kebebasan beragama juga membuktikan toleransi kerajaan bagi mengelakkan penindasan kaum dalam memilih untuk menganuti agama masing-masing. Di sini, warga Malaysia diberi kebebasan untuk memilih agama untuk dianuti tetapi Agama Islam sebagai agama rasmi dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dapat menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pertuturan yang akan memudahkan pelbagai pihak untuk berkomunikasi. Jadi peruntukan undang-undang yang sedia ada perlu dikekalkan bagi membolehkan rakyat Malaysia bersatu padu dan bertoleransi. P5 A1 Akhir sekali adalah rancangan ekonomi yang dirangka kerajaan yang banyak menimbulkan pelbagai kontroversi iaitu Dasar Ekonomoi Baru. A2 Tujuan dasar ini dilaksanakan adalah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum yang jelas tidak seimbang dan menghapuskan kemiskinan semua kaum. A3 Kadar kemiskinan orang Melayu yang tinggi berbanding kaum lain menyebabkan rancngan kerajaan ini seolah-olah hanya membantu kaum Melayu sahaja. A4 Tetapi sebenarnya Dasar Ekonomi Baru ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum. A5 Dengan adanya dasar ini, kerajaan dapat mengimbangkan jurang pendapatan antara kaum dan penindasan ekonomi berasaskan kelas sosial dapat dielakkan.

43

P6 Kempen A1 1 Malaysia adalah satu usaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. A2 Ada beberapa usaha yang dicadang bagi memperhebat kempen ini supaya matlamatnya tercapai iaitu melalui penyelarasan sistem pendidikan, aktiviti sukan, pengekalan peruntukan undang-undang dan melalui rancangan ekonomi yang saksama. A3 Kempen ini adalah berpotensi bagi memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan semangat cintakan negara. A4 Lantas itu kesan-kesannya untuk jangka masa panjang adalah positif. A5 Semua pihak di negara ini hendaklah memberi sokongan terhadap kempen ini supaya kita dapat membina negara yang maju berlandaskan semangat bersatu padu.

Esei ini telah mengalami pembaikan berdasarkan strategi coaching pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan rakan kumpulan. Esei mempunyai struktur yang tersusun rapi, P1 adalah pengenalan, P2, P3, P4 dan P5 adalah huraian isi dan P6 adalah kesimpulan. Tiap perenggan adalah membincangkan satu isi penting dan perengganperenggan ini ditulis dengan format perenggan yang mempunyai ciri-ciri utama sesebuah perenggan seperti telah ditetapkan. Berdasarkan perenggan P5 misalnya, didapati bahawa; A1 adalah pernyataan isi utama yang hendak dinyatakan, A2 pula adalah maklumat yang menerangkan tentang pernyataan ayat sebelumnya, manakala A3 dan A4 telah menyatakan maklumat secara lebih perperinci tentang isi yang dikemukakan dan A5 adalah rumusan perenggan. Kesimpulan yang dihuraikan dalam perenggan P6 merupakan bentuk penulisan kesimpulan yang menepati ciri-ciri kesimpulan yang baik dan rumusan seperti dikehendaki di samping terdapat pendapat penulis: A1 adalah gagasan 1 Malaysia, A2 rumuskan cadangan bagi memupuk 1 Malaysia, A3 dan A4 adalah pandangan penulis terhadap 1 Malaysia dan A5 adalah rumusan terhadap perenggan berkenaan.

R2: Sukan Selam Skuba P1 Sukan selam skuba makin mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Menyelam adalah berenang di bawah permukaan air. Skuba pula adalah alat bantuan khas untuk menyelam yang terdiri daripada tangki berisi udara yang dimampatkan untuk bantuan pernafasan dan fin untuk memudahkan pergerakan di dalam air. Perkataan skuba berasal dari perkataan Bahasa Inggeris scuba yang merupakan akronim bagi self-contained underwater breathing apparatus. Oleh itu, sukan menyelam skuba adalah aktiviti menyelam di bawah permukaan air sehingga sedalam 130 kaki dengan bantuan peralatan skuba.

44

P2 Sukan menyelam skuba merupakan sejenis sukan yang unik dan menjanjikan pengalaman yang indah. Hampir setiap orang yang pernah menyelam pasti mendapati berada di bawah air adalah satu pengalaman yang menenangkan. Bagi yang meminati keindahan batu karang dan hidupan laut yang berwarna-warni pasti akan berminat dengan sukan ini. Masih banyak lagi khazanah di bawah laut yang boleh diteroka. Oleh itu, sukan ini biasanya dipelopori oleh golongan perngkaji-pengkaji hidupan laut dan para saintis. Walau bagaimanapun, tanpa latihan dan persediaan yang betul, risiko untuk penyelam mendapat kecederaan dan kemalangan boleh berlaku. Justeru, sukan ini lebih diminati oleh mereka yang berani dan sukakan cabaran. P3 Melalui sukan ini, manusia dapat menikmati secara langsung kecantikan panorama di dasar laut dengan kacamata sendiri. Selain itu, peneroka boleh menjelajah dasar laut untuk mengkaji bangkai-bangkai kapal dan mencari khazanah serta artifak-artifak yang tidak ternilai. Kajian ini penting untuk perkembangan tamadun manusia dan teknologi. Tambahan, para saintis dapat mengumpul data dan spesimen-spesimen sendiri untuk dikaji di makmal dengan lebih mudah. Kajian tentang ombak dan gerakan plat tektonik di dasar laut juga boleh dilakukan. Dengan kajian-kajian yang giat dilakukan ini, kemajuan ternologi dan perkembangan ilmu akn lebih pesat lagi. P4 A1 Walau pun begitu, seperti sukan-sukan yang lain, sukan menyelam skuba ini juga pasti ada risikonya. A2 Pada kes yang kurang serius, menyelam mungkin mengalami calar-calar akibat bergesel dengan batu karang yang tajam atau pun haiwan laut yang beracun. Selain dari itu, risiko kehabisan bekalan udara juga boleh terjadi. A3 Pada kes yang lebih teruk dan biasa berlaku adalah apabila badan mengalami pembentukan gelembung-gelembung udara di dalam salur darah lalu menyebabkan decompression sickness. A4 Hal ini boleh menyebabkan pembentukan gelembung-gelembung udara di dalam salur darah lalu menyebabkan symptom-symptom seperti kejang, pening dan kerosakan saraf. A5 Kes kerancunan oksigen juga boleh berlaku dan boleh membawa kepada kematian. A6 Oleh itu, penyelam harsuslah sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk mengelak keadaan yang paling teruk boleh berlaku. P5 Kemalangan dan kecderaan boleh dielakkan jika penyelam mematuhi langkah-langkah keselamatan tertentu. Penyelam haruslah menjalani latihan khas untuk mendapatkan lesen atau pun ditemani oleh seorang jurulatih yang berlesen. Pastikan penyelam juga memeriksa tahap kesihatan dan kemampuan fizikal mereka melalui doktor mereka setiap kali sebelum menyelam. Seseorang yang mengalami asma dan jantung yang lemah dinasihatkan untuk tidak terlibat dengan sukan ini. Pastikan alatan skuba

45

berada pada keadaan yang paling baik setiap kali hendak menyelam. Jangan sekali-kali menyelam bersendirian. Mempelajari langkah-langkah pertolongan cemas boleh mengurangkan risiko kemalangan teruk. Dengan langkah-langkah keselamatan ini, kemalangan dan kecederaan yang teruk diharap dapat dielakkan. P6 Sukan menyelam skuba adalah sukan semakin popular di negara kita. Pengalaman berada di bawah laut adalah suatu pengalaman yang unik dan indah. Melalui sukan ini, penerokaan dan pejelajahan dasar laut dapat dijalankan dengan mudah. Secara tidak langsung, pengetahuan tentang kehidupan laut dan habitatnya dapat berkembang pesat. Selain itu, kajiankajian berkai