Upload
jenny-lai
View
1.633
Download
30
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kemahiran berfikir PPISMP sem 1 dari IPG
Citation preview
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KM 7.75, JALAN KLUANG
83000 BATU PAHAT
Mata pelajaran : Kemahiran Berfikir
Kod : BF 2311D1
NAMA : LAI CHEN YEE
No K.P : 930513-10-5782
Kumpulan : PPISMP SEMESTA 2
Opsyen : BC/PJ/SJ AMBILAN JUN 2011
NAMA PENSYARAH : Encik Rosli bin Mohamad
1
1.Pendahuluan
Selain daripada bernafas, berfikir bolej dikatakan sebagai aktiviti yang paling
biasa dilakukan oleh manusia. Kita makan, tidur, berjalan dan bercakap hanya pada
masa-masa tertentu. Akan tetapi,selagi kita berada dalam keadaan yang sedar, kita
tidak berhenti berfikir. Kebolehan berfikir secara abstrak – mempunyai dan menjana
idea-idea – membezakan manusia daripada makhluk yang lain.
1.1 Definisi dan Konsep Berfikir
Konsep berfikir adalah satu proses membina ilmu dan kefahaman yang
melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia .Apabila manusia sedang
berfikir ,otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan luar yang
diterima melalui deria ,membentuk konsep ,membuat tafsiran dan tindak balas
berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan .
The Peguin Dictionary of Psychology ( 2001) telah mengatakan bahawa berfikir
( thinking ) merupakan menipulasi kognitif atau mental secara terlindung dengan
idea ,imej ,symbol ,perkataan ,pernyataan ,memori ,konsep ,persepsi ,percayaan
atau kehendak .Secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai berfikir merangkumi
semua aktiviti mental yang berkaitan dengan pembentukan konsep ,penyelesaian
masalah ,pemikiran intelektual ,kreativiti pembelajaran yang kompleks ,proses
simbolik ,imagen dan sebagainya .
1.2 Definisi dan Konsep Kemahiran Berfikir
1.2.1 Definisi Kemahiran Berfikir
Menurut Beyer (1988) ,definisi kemahiran berfikir merupakan proses
menghakimi nilai ,ketulenan dan ketepatan sesuatu pengetahuan .Selain itu ,ennis
2
(1985) telah berpendapat bahawa kemahiran berfikir sebagai pemikiran yang tajam
dan munasabah serta difokuskan untuk memastikan apa yang hendak dibuat atau
dipercayai .Di samping itu ,Pusat Perkembangan Kurikulum (1993) mengkelaskan
empat kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir kritis ,kemahiran berfikir
kreatif ,kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan .
1.2.3 Konsep Kemahiran Berfikir
Konsep kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal menjalankan
proses pemikiran .Seorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap
menyusun maklumat ,konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan
atau keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan sewajarnya .
Kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga peringkat pemikiran ,Pada peringkat
yang paling bawah ialah pemikiran konkrit diikuti dengan pemikiran abstrak ,dan
peringkat tertinggi ialah pemikiran kreatif .Pemikiran konkrit merupakan pemikiran
yang berkaitan dengan kemahiran berfikir di peingkat ingatan dan kefahaman sahaja
.Manakala ,pemikiran abstrak dan kreatif adalah berkaitan dengan kemahiran kritis
dan kreatif .
Berdasarkan maklumat di atas ,saya dapat rumuskan kemahiran berfikir
adalah antara kemahiran teras dalam sekolah bestari melaluinya akan wujud pelajar
bestari yang cekap berfikir secara kreatif ,membuat analisis secara
kritikal ,menilai ,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah .
1. Jenis-jenis Kemahiran Berfikir
3
Kemahiran berfikir akan dibahagikan kepada empat jenis ,iaitu kemahiran
berfikir sacara kritis ,kemahiran berfikir secara kreatif ,kemahiran membuat
keputusan dan kemahiran penyelesaian .
John Arul telah mendefinisikan kemahiran berfikir secara kritis sebagai satu
aktiviti mental yang berkaitan dengan menilai maklumat berdasarkan ciri-ciri dan
kiteria tertentu .Pemikiran kritis dan kreatif sering bertindak antara satu dan lain
terutama dalam menyelesaikan masalah .Menurut Som dan Mohamad Dahalan
(1998) ,kemahiran berfikir sacara kritis merupakan kecekapan dan keupayaan
seseorang menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran
sesuatu idea ,meniliti kebernasan .keesahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu
hujah, dan membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan menggunakan alasan
atau bukti yang munasabah .
Kemahiran berfikir secara kreatif telah didefinisikan oleh Bloom sebagai
sintesis yang bermaksud kebolehan seseorang menganalisis maklumat dan
memberntuk semula maklumat tersebut supaya menjadi idea yang unik. Torrance
pula berpendapat bahawa pemikiran kreatif terbentuk daripada empat kemahiran
iaitu kelancaran, fleksible, penghuraian dan idea yang banyak. Fleksible pula adalah
kebolehan menghailkan idea yang berbeza, Penghuraian pula bermaksud keblehan
memperluaskan dan mengembangkan idea secara mendalam dan keaslian pula
merujuk kepada kebolehan berfikir secara luar biasa dan menggunakan sesuatu
perkara dengan cara tersendiri.
Kemahiran membuat keputusan telah didefinisikan sebagai keupayaan minda
yang dapat memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa alternatifnya untuk
mencapai objektif atau tujuan yang ditentukan. Membuat keputusan merupakan
4
peringkat akhir dalam proses penyelesaian masalah, Ia diertikan sebagai sesuatu
teknik atau proses penggunaan kemahiran berfikir dan kreatif dan pemikiran reflektif
untuk menimbangkan pemilihan yang terbaik daripada kemungkinan-kemungkinan
penyelesaian alternative yang dicadangkan dalam proses penyelesaian masalah.
Penyelesaian masalah adalah aktiviti-aktivit yang melibatkan masalah
berbentuk perkataan masalah, bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan
pelbagai kemahiran dalam situasi yang sebenar. Lester seorang ahli matematik yang
terkenal dalam tahun 1970-an, telah mendefinisikan masalah sebagai sesuatu
situasi apabila seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki melaksanakan
kerja penyelesaiannya.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran berfikir
Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran berfikir ialah pendidikan,
emosi ,pengalaman, makan dan minum. Pendidikan merupakan salah satu factor
yang mempengaruhi kemahiran berfikir kerana kanak-kanak memperoleh
pengetahuan dan ilmu daripada guru-guru atau melalui institusi pendidikan seperti
sekolah. Selain itu, emosi juga penting kerana emosi yang positif seperti sifat ingin
tahu, motivasi dan dorongan boleh merangsang seseorang untuk berfikir demi
memahami alam semesta dengan lebih mendalam lagi. Pengalaman juga akan
mempengaruhi kemahiran berfikir kerana pengalaman yang banyak and pelbagai
mematangkan pemikiran dan tingkah laku serta tindakan kita kerana pengalaman
adalah guru yang terbaik. Pengalaman ini dapat diperoleh melalui pelbagai cara
seperti pembacaan buku, menonton televisyen, pergaulan dengan ramai orang dan
sebagainya. Di samping itu, makan dan minum juga dapat mempengaruhi
kemahiran berfikir kerana makan dan minum mempunyai pengaruh kepada fungsi
5
otak. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan tenaga dan tenaga pula
diperoleh daripada karbohidrat. Sebenarnya, kesihatan amat penting bagi menjamin
kesihatan otak yang sihat kerana kata pepatah otak yang cergas datang daripada
badan yang sihat.
3.Kepentingan murid-murid menguasai kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang bijak dapat
menyediakan generasi kini untuk menghadapi yang mencabar dalam dunia yang
berteknologi tinggi dan berpelbagai budaya.
3.1 Mengelakkan kesilapan berfikir
Murid-murid perlu menguasai kemahiran berfikir kerana penguasaan
kemahiran berfikir oleh pelajar dapat mengelakkan kesilapan berfikir. Dalam
kesilapan berfikir boleh di bahagikan kepada empat jenis, iaitu berfikir secara kabur
tanpa berfikir dengan tanpa organisasi pemikiran secara sistematik dan eksplisit,
berfikir sempit kerana tidak berusaha mencari maklumat relevan yang mencukupi
untuk menggunakannya berfikir, berfikir bercelaru kerana tidak menggunakan semua
elemen yang berkaitan untuk mengorganisasinya secara sistematik, berfikir secara
terburu-buru kerana menggunakan masa singkat sahaja untuk mempertimbangkan
perkara-perkara secara teliti.
Confucius (551-475 S.M), seorang tokoh pendidik dan ahli falsafah yang
terkenal di China, telah mengesahkan belajar tanpa berfikir tidak akan terlepas dari
keadaan keraguan. Ini bermakna belajar tanpa berfikir mungkin meniimbulkan
kesilapan semasa kita membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah yang
berkenaan. Untuk mengelakkan kesilapan berfikir, penguasaan kemahiran berfikir
6
adalah amat penting kerana ini dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti dan latihan
yang bercorak kemahiran berfikir seara kritis dan kreatif.
Perkins dan Swartz (1990) telah membuat kajian dan mendapati kesilapan-
kesilapan berfikir yang berlaku adalah disebabkan proses berfikir secara terburu-
buru, atau fikiran yang sempit, kabur dan bercelaru. Kesilapan berfikir dapat
dielakkan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bercorak kemahiran berfikir seperti
perbincangan, menyusun urutan atau kronologi dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti
bercorak kemahiran berfikir bukan sahaja dapat mengelakkan kesilapan berfikir
tetap juga meningkatkan kualiti berfikir.
3.2 Meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif
Selain itu, penguasaan kemahiran berfikir amat penting untuk golongan
pelajar ataupun murid-murid bagi meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif.
Masyarakat dapat menguasai kemahiran berfikir amat penting kerana ia adalah
selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan ICT. Ini disebabkan
penukaran budaya negatif yang keterlaluan pada masa kini, perlu dikikis dengan
kebijaksanaan berfikir. Seseorang yang berfikiran rasional dan kritis dapat
menghidari penyebaran maklumat yang tidak tepat, berbau hasutan dan sensitif.
Murid-murid yang dapat menguasai kemahiran berfikir khususnya
menyebabkan mereka dapat memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang ilmu
pelajaran mereka. Murid-murid akan menempuhi pelbagai permasalahan untuk
diselesaikan dan dibuat keputusan. Dengan kebijaksanaan berfikir dan memahami
proses untuk menyelesaikan masalah dan perlu membuat keputusan maka murid-
murid akan terus berusaha untuk belajar dan maju.
7
3.3 Memperkembang daya intelek
Seterusnya, memperkembang daya intelek juga merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi kemahiran berfikir. Menurut Guilford (1967) berpendapat
pemikiran merupakan sesuatu jenis keupayaan manusia. Jenis-jenis daya intelek
dapat dibahagikan kepada lima kategori, iaitu daya pemikiran ingatan (memory),
daya pemikiran kognitif (cognitive), daya pemikiran konvergen(convergent), daya
pemikiran divergen (divergent) dan daya pemikiran reflektif (reflection for evaluation).
Pemikiran ingatan dan kognitif merupakan keupayaan mengingat dan memahami,
manakala pemikiran konvergen , divergen dan reflektif adalah berkaitan dengan
daya berfikir.
Guilford melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang
membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi
secara logic dan susunan demi menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim.
Sesuatu masalah diselesai berdasarkan pengetahuan, pengalaman,
peraturan,prinsip ,teori, hukum atau rumus yang sedia ada, Pemikiran konvergen
bertumpu kea rah mencari satu jawapan atau satu penyelesaian tertentu adalah
dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.
Pemikiran konvergen kadangkala disebut sebagai pemikiran penaklukan
atau pemikiran kritis kerana semasa proses berfikir, pemikiran jenis ini pula
munggunakan cara analisis, kaedah induktif serta deduktif untuk membuat
kesimpulan atau generalisasi yang menuju ke arah penyelsaian masalahnya yang
tunggal. Banyak soalan yang terdapat dalam mata pelajaran di peringkat sekolah
diselesaikan dengan menggunakan pemikiran konvergen. Oleh itu, murid-murid
8
dapat menggunakan pemikiran konvergen untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi dalam setiap mata pelajaran di sekolah.
3.4 Memupuk Pembelajaran Berdaya Fikir
Para pelajar mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum
mengikut pendidikan persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka,
mereka harus menilai, mengkritik, mengubah suai dan membina semula
pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu, penguasaan
KBKK dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir.
3.5 Merealisasikan Wawasan 2020
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr.Mahathir
Mohamad, sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991, telah
menyatakan bahawa apa yang lebih penting kepada kita semua ialah apa yang
berada di antara dua telinga: the brain power atau kuasa oto;atau apa yang berada ti
antara dua bahu : the brawn power atau kuasa otot ;atau apa yang berada di antara
dua tapak kaki: the natural resources atau sumber semula jadi.
3.6 Global, Nasional dan Individu
Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan
maklumat telah mnyebabkan situasi di mana bagaimana menguasai pengetahuan
lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat
telah menyebabkan Negara kita melancarkan rancangan Multimedia Super Corridor
(MSC), di mana kekuatan minda akan membolehkan Negara kita mendahului
Negara-negar yang lain dalam abad ke-21.
9
4.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru untuk meningkatkan kemahiran berfikir
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu
mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan
objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu
memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan
terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu
guru untuk menjelaskan pengajarannya.Dalam merancang aktiviti mengajar yang
berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih
dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara
bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu
subjek atau modul.
4.1 Kaedah Perbincangan
Kaedah perbincangan ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea
secara bebas tentang sesuatu tajuk. Selain itu, kaedah tersebut juga dapat
merangsang minat dan membimbing pelajar mendapat pengetahuan baru. Sebelum
menggunakan kaedah perbincangan, guru perlu membuat persediaan awal. Guru-
guru perlu merancang atau menentukan isi utama yang akan dibincangkan supaya
tidak akan berada dalam keadaan yang kelam-kabut. Guru perlu mengemukakan
tajuk sebelum memulakan perbincangan. Di samping itu, guru perlu mulakan
perbincangan dengan mengemukan soalan dan harus memastikansetiap pelajar
berpeluang memberi pendapat, mengemukakan soalan atau bertindak balas
terhadap idea yang dikemukakan. Guru-guru digalakkan menilai secara objektif
semasa idea dikemukakan. Semasa menggunakan kaedah perbincangan, guru
perlu meringkaskan atau merumuskan idea-idea dan buat kesimpulan untuk murid-
10
murid. Kesimpulan juga boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar. Contoh, guru memberi
pelajar-pelajar satu soalan yang berkaitan dengan bagaimana menggunakan masa
cuti sekolah dengan berfaedah. Pelajar-pelajar akan berbincang bersama-sama dan
mengeluarkan pendapat masing-masing.
4.2 Kaedah sumbang saran
Kaedah sumbang saran ini pula bertujuan untuk menggalakkan pelajar
menggunakan pemikiran imaginatif secara kraetif. Kaedah ini adalah untuk
mendapat idea baru sebanyak mungkin dalam sesuatu isu. Semasa melaksanakan
kaedah sumbang saran ini, guru perlu menerangkan tujuan dan mengemukakan
persoalan yang menjadi fokus sesi berkenaan. Sebagai seorang guru, tidak harus
mengkritik idea orang lain tetapi perlu mengumpul sebanyak idea yang mungkin
serta mengeluarkan Idea dinyatakan secara spontan. Apabila pelajar-pelajar
mengeluarkan idea sendiri, idea yang dikemukan oleh rakan boleh dikembangkan
oleh pelajar lain. Guru hendaklah bersikap positif terhadap idea setiap pelajar, tidak
haurs mempunyai sikap yang berat sebelah. Guru berperanan sebagai pengadil dan
menguatkuasa peraturan supaya pelajar-pelajar akan mematuhi peraturan-peraturan
dan tidak akan bertindak secara melulu dan berdisiplin. Sebagai seorang guru,
perlulah menggalak pelajar-pelajar supaya berani untuk mengeluarkan pendapat/
idea sendiri, menggesa mereka supaya setiap pelajar mengemukakan idea
walaupun tidak penting. Sebagai contoh, guru memberi soalan tentang bagaimana
untuk menjaga kebersihan bumi daripada pencemaran. Pelajar-pelajar boleh
mengeluarkan pendapat masing-masing dan pendapat mereka harus berlainan
supaya mereka dapat berfikir pendapat yang kreatif.
11
4.3 Kaedah Bercerita
Tujuan kaedah bercerita ini adalah untuk melatih kemahiran mendengar
dalam kalangan murid-murid. Guru dapat menggunakan kaedah ini untuk
mengulang fakta daripada cerita. Sebelum menjalankan pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menyediakan ringkasan dan fakta cerita. Di samping itu,
guru perlu menyediakan alat-alat yang diperlukan untuk menerang fakta. Sebagai
contoh, peta kedudukan tempat, benda-benda maujud seperti pedang dan
sebagainya untuk menggayakan cerita dengan lebih menarik dan berkesan. Kaedah
ini dapat menarik perhatian pelajar kepada cerita dan pesanan supaya mencatat
fakta penting. Semasa bercerita, guru perlu bercerita dengan suara yang lantang
yang boleh didengar oleh seluruh kelas. Yang pentingnya, guru perlu bercerita
dengan nada dan intonasi suara yang betul, gaya atau gerak-geri serta memek
muka yang sesuai mengikut situasi.Guru juga dapat memberi soalan bagi setiap
langkah selepas bercerita serta memberi soalan kefahaman di akhir pelajaran
supaya pelajar lebih faham tentang pembelajaran pada hari tersebut. Contohnya,
guru dapat mengeluarkan soalan yang memerlukan murid-murid untuk
menghabiskan plot cerita.
4.4 Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi)
Kaedah tunjuk cara,iaitu demonstrasi bertujuan supaya pelajar dapat melihat
dengan jelas tentang perkara yang berlaku. Pelajar juga dapat melakonkan semula
dengan cara yang betul supaya mereka dapat lebih memahami dan faham tentang
perkara yang berlaku itu. Pelaksanaan kaedah ini, guru perlu merancang bagaimana
dan di mana hendak mengadakan tunjuk cara ini. Semasa menggunakan kaedah ini,
guru harus memastikan semua pelajar dapat melihat pertunjukkan itu dengan jelas.
12
Jika pelajar terlalu ramai, guru boleh pecahkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan
kecil supaya semua dapat melihat dengan jelas. Apabila menjalankan kaedah ini,
guru harus tunjuk atau lakonkan dengan betul supaya dapat dilihat dan difahami
oleh para pelajar. Selepas membuat tunjuk cara, guru bertanya lagi jika ada yang
kurang jelas atau tidak difahami. Jika keadaan perlu, guru harus membuat tunjuk
cara semula supaya pelajar faham. Di samping itu, guru juga dapat minta beberapa
pelajar melakonkan semula untuk menguji kefahaman mereka. Sebagai contoh, guru
boleh membuat demonstrasi kepada pelajar-pelajar cara melipat baju dan selepas
itu pelajar perlu keluar dan melakonkan.
4.5 Kaedah Rehlah atau Lawatan
Guru dapat menggunakan kaedah rehlah atau lawatan untuk menambahkan
pengetahuan dan pengalaman pelajar-pelajar. Kaedah rehlah ini juga dapat melatih
kepimpinan dan tanggungjawab bagi setiap murid. Guru yang membawa pelajar
untuk lawatan harus mengenalpasti tempat yang akan dilawati, Yang paling selamat,
seelok-eloknya guru pernah melawat ke tempat tersebut dan memeriksa serta
mengenali tempat itu. Sebelum guru membawa pelajar pergi ke lawatan, guru perlu
memberitahu guru besar/pengetua tentang lawatan ini untuk mendapatkan
kebenaran pihak sekolah. Seterusnya, guru harus memaklumkan kepada PPD/
Jabatan Pendidikan Negeri bahawa pelajar-pelajar tersebut akan mengadakan satu
lawatan ke sesuatu tempat. Selepas pihak sekolah telah membenarkan lawatan ini,
guru menghubungi tempat menginap dan buat tempahan jika pelajar-pelajar perlu
bermalam di tempat tersebut. Selain itu, guru perlu memaklumkan lawatan yang
akan disertai pelajar-pelajar kepada ibu bapa mereka. Yang penting itu adalah
mendapatkan surat kebenaran bertulis dan tadatangani ibu bapa yang
13
membenarkan anaknya mengikuti program ini. Ibu bapa dimaklumkan tempat yang
hendak dilawati dan guru perlu minta kerjasama daripada pemandu jika perlukan. Di
samping itu, guru perlu membuat aturcara tempat-tempat lawatan dan masa supaya
tidak akan mengejar masa semasa lawatan ini dijalankan. Sebelum pergi ke
lawatan, guru berpesan kepada pelajar supaya membawa buku nota dan pen
supaya mencatatkan apa yang mereka lihat semasa lawatan kerana pelajar akan
berbincang tentang ini di dalam kelas selepas balik nanti. Sesetengah guru
membawa pelajar pergi perkhemahan dan perkelahan. Demi keselamatan pelajar,
guru perlu kenalpasti tempat perkhemahan dan juga sediakan program di tempat
perkhemahan. Guru menyediakan senarai tugas yang akan dilakukan oleh pelajar
secara kumpulan. Pelajar-pelajar dibahagikan kumpulan dan bertanggungjawab,
seperti memasak, menyediakan makanan, tempat permainan, tempat solat dan lain-
lain. Guru perlu hidupkan solat secara berjamaah dan mengadakan tazirah ringkas
selepa setiap solat Jamaah. Selepas perkhemahan berakhir, guru perlu
merumuskan hasil perkhemahan/perkelehan dan menulis laporan sebagai satu
jelasan.
14
Refleksi
Saya Lai Chen Yee ,guru pelatih dari PPISMP Semesta 2 BC(SK) Ambilan
Jun 2011 amat berterima kasih kepada pensyarah kemahiran berfikir, iaitu Encik
Rosli bin Mohamad kerana memberi saya peluang ini untuk melakukan kerja kursus
ini telah mempelajari sepanjang melakukan kerja kursus ini. Encik Rosli telah
membuat penerangan yang jelas terhadap kerja kursus ini. Selain itu ,Encik Rosli
telah banyak memberi cadangan dan nasihat kepada saya untuk menjalankan kerja
kursus supaya dapat menyiapkan kerja kursus dengan sempurna .Encik Rosli juga
berbincang dengan saya cara pelaksanaan kerja kursus supaya saya lebih faham
tentang cara pelaksanaan kerja kursus .
Apabila saya menerima kerja kursus ini ,saya berasa amat tertekan kerana
saya masih terdapat kerja kursus subjek lain yang belum siap .Selepas Encik Rosli
menjelas dan menyatakan cara melaksanakan kerja kursus ,saya lebih faham apa
yang perlu saya lakukan dan lebih senang untuk saya mencari maklumat .Saya telah
mencari maklumat melalui internet ,melayari laman web yang berkaitan untuk
mendapat lebih banyak maklumat yang diperlukan .Di samping itu , saya juga
mencari maklumat di buku rujukan dan buku-buku yang berkaitan .Saya telah pergi
ke perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku seperti buku kemahiran berfikir dan
mencari maklumat yang digunakan .
Semasa proses mencari maklumat ,saya telah menghadapi masalah tidak
dapat mencari maklumat yang saya perlukan .Pada ketika saya berasa
cemas ,rakan-rakan saya yang dapat mencari maklumat yang saya tidak dapat cari
itu sudi berkongsi buku-buku yang berkaitan untuk saya .Saya berasa amat
berterima kasih kepada rakan-rakan yang pernah membantu saya .Selepas
15
mendapat semua maklumat yang saya perlukan ,saya cuba mengumpul maklumat
dan menyusun maklumat dengan kemas .Seterusnya ,saya menaipkan maklumat
yang telah saya cari ke dalam komputer. Akhirnya, saya telah menyiapkan kerja
kursus saya dengan sempurna dan lancar atas bantuan pensyarah dan rakan-rakan
sekelas saya .
Saya telah banyak belajar melalui kerja kursus ini seperti saya dapat mencari
maklumat ,menapis ,mengumpul ,mengemas dan menaip dengan lebih baik .Selain
itu, saya telah banyak mempelajari dan memahami definisi dan konsep kemahiran
belajar yang amat penting bagi murid-murid di sekolah dan cara-cara melaksanakan
aktiviti P&P untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid.
Kerja Kursus ini telah membantu saya seorang bakal guru dapat menimba ilmu
pengetahuan dan menggayakan kehidupan saya pada masa depan.
Akhir kata ,saya berasa amat gambira kerana dapat menyiapkan kerja
kursus yang diberikan dan saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan tentang
kemahiran berfikir serta dapat menggunakan kemahiran berfikir dalam kehidupan
seharian dan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
16
Rumusan
Saya sebagai seorang guru, perlulah memahami tentang kemahiran
berfikir dan menggunakannya dalam p&p untuk pembelajaran masteri. Pelajar-
pelajar juga perlu memahami tentang kemahiran berfikir dan digunakan dalam
kehidupan seharian mereka. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek dan
bermaksud kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.
Seseorang seperti Pelajar-pelajar yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup
dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan
membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan
sewajarnya.
Dari aspek pendidikan, kemahiran belajar akan mempengaruhi cara
pembelajaran sama ada kepantasan serta berkesanan pembelajarannya. Kajian-
kajina tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir
mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya. Kemhiran berfikir
berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan
motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak
langsung membantu kemahiran berfikir.
Salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar di sekolah ialah dengan mengadakan projek sains yang berunsur
kreativit. Penekanan terhadap pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum
merupakan tindakan dan perkembangan yang baik. Justeru itu, semua pihak harus
mengembeling tenaga untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap
individu pelajar sejak kecil lagi.
17
Kesimpulannya, guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk
mengembangkan kemahiran berfikir kepada pelajar. Dalam perkembangan
kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.
18
Lampiran
Artikel berkaitan dengan pengajaran kemahiran berfikir
Meningkatkan kemahiran berfikir
Oleh Dr. Aminudin Mansor
KEMAHIRAN berfikir penting dalam kehidupan seharian. Seseorang yang malas
berfikir tidak akan berupaya meningkatkan potensi minda ke arah kejayaan dan
kecemerlangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran
berfikir sangat penting bagi memahami dan menakluki sesuatu perkara yang diajar
oleh guru.
Secara jelas kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan
kognitif memfokuskan kepada cara seseorang belajar dan proses mendapat
maklumat. Dengan kata lain, ia proses memperkembangkan daya fikir atau membina
pengetahuan terutama kepada kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak yang genius
teguh tidak mudah tergoda dengan kejayaan.
Perkembangan kemahiran terutama kepada kanak-kanak melibatkan perubahan
struktur mental. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaklukan,
penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu
masalah dapat kita gunakan sebagai mengukur perkembangan intelek mereka.
Sementara itu, terdapat enam komponen pembelajaran dalam kurikulum prasekolah
kebangsaan iaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, fizikal, sosiologi, kerohanian dan
moral serta estetik dan kreativiti. Komponen perkembangan kognitif mempengaruhi
19
semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini memberi penekanan kepada pemupukan
sikap positif terhadap sains dan matematik.
Perkembangan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti
proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan dari semasa ke
semasa dalam kehidupan. Sebagai contoh, agama dianggap cara memenuhi
keperluan kognitif untuk kefahaman intelektual seseorang. Anak-anak melalui proses
pembelajaran melalui peringkat tadika dari usia lima hingga enam tahun, sekolah
rendah tujuh hingga 12 tahun, sekolah menengah 13 hingga 17 tahun dan
seterusnya di peringkat universiti.
Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Antaranya
melibatkan bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak dikatakan mula
membentuk skema dari saat kelahiran dan perkembangan berlaku dalam dua proses
iaitu adaptasi dan organisasi.
Kita perlu mengambil iktibar daripada Luqman seorang genius sepanjang zaman.
Luqman mengetahui ilmu generasi awal dan generasi akhir. Dia mempunyai
keupayaan melihat lebih daripada sepuluh perkara yang manusia biasa hanya dapat
melihat satu perkara. Menurut Hassan al-Banna, ilmu Luqman perlu digali kerana
apabila tidak dimanfaatkan ibarat pokok yang tidak berbuah. Al-Hakim (orang bijak)
selalu berdamping dengan nama Luqman. Bahkan ada ungkapan, “Dia bijak
daripada Luqman.” Jelaslah tamadun gemilang pada masa depan akan dibina
daripada anak-anak yang mahir berfikir dan genius.
20
Menurut Benjamin Franklin, “Genius yang tidak dididik atau tidak diasuh adalah
ibarat permata tenggelam di dalam lombong.” Sementara menurut Buffon, orang
yang genius tidak lain adalah kerana kecekapan yang luar biasa dalam menghadapi
kesabaran.
Menjadi ibu bapa pada zaman moden serba payah, kerana banyak cabaran dan
saingan serta halangan. Pelbagai pengaruh baru seperti Internet, telefon bimbit,
televisyen, hiburan dan rakan di sekeliling anak-anak akan mudah mempengaruhi
mereka berbanding ibu bapa.
Bagi menghadapi cabaran ini, ibu bapa perlu bijak dan sentiasa berfikir mengikut
arus pemodenan agar sejajar dengan perkembangan semasa. Ibu bapa juga perlu
berubah seiring peredaran zaman. Ibu bapa mesti mendidik anak dengan penuh
hikmah melalui nasihat, bimbingan, teladan dan tunjuk ajar. Hikmah dan pengajaran
yang berhemah dan menuju kebaikan dan kebenaran akan mudah diterima anak-
anak.
Menurut Ibnu Sina, ibu bapa mesti arif dan pintar. Orang yang arif sentiasa
tersenyum simpul dan bermuka jernih, walaupun hatinya tidak bergembira kerana
dia memperoleh kebenaran yang dicarinya. Orang yang arif itu dermawan.
Bagaimanapun, dia tidak menderma kerana harta benda baginya bukanlah
kekayaan. Kekayaan yang sejati adalah mencintai kebenaran.
21
Ibu bapa mesti berusaha memahirkan diri dengan meningkatkan kemahiran berfikir
dan kemahiran proses sains anak-anak. Berfikir secara logik dan
memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat melalui pembacaan dan
menambah ilmu khususnya dalam pembentukan kemahiran kognitif. Melalui
pengalaman ibu bapa boleh memberi peluang mengembangkan bakat anak-anak
dalam bidang yang diminatinya dan mengembangkan konsep membaca, menulis
dan mengira (3M).
Kemahiran berfikir adalah antara potensi minda yang sangat penting. Ia berperanan
dalam menentukan kejayaan seseorang dalam apa juga bidang yang diceburinya.
Melalui kemahiran berfikir yang tepat dan teliti mengelakkan seseorang daripada
melakukan kesilapan, kecelaruan dan kesilapan berfikir serta terlalu mengikut emosi
yang boleh menyebabkan sesuatu tindakan tidak tepat.
Perkembangan pembelajaran kanak-kanak adalah melalui proses berterusan. Faktor
prestasi intelek kanak-kanak juga membabitkan faktor baka, kesihatan, pemakanan
yang baik, sikap ibu bapa yang menggalakkan anak-anak belajar, persekitaran yang
baik dan harmoni, kaedah pembelajaran berterusan, menggalak dan
mengembangkan minat dan bakat anak-anak. Meningkatkan potensi minda adalah
memberi pendedahan berkenaan sesuatu ilmu pengetahuan yang sering dipandang
ringan iaitu ilmu berkaitan berfikir.
22
Seseorang anak yang baik dan cemerlang akan sentiasa melaksanakan
tanggungjawab dengan baik, yakin pada diri dan boleh dipercayai, sentiasa
mengamalkan sifat tolong-menolong, sabar dan tabah hati, berani maju untuk
menempuh kebahagiaan, ikhlas dalam amal dan usaha, yakin dan percaya pada diri
sendiri, mempunyai keazaman kuat, sederhana dalam segala urusan dan berusaha
membangunkan martabat diri dan keluarga.
Sewaktu anak masih muda ajarkan mereka dengan kebaikan dan kejayaan supaya
apabila dewasa mereka tidak menyusahkan ibu bapa dan orang lain. Seorang anak
yang baik dan cemerlang lebih baik daripada sepuluh anak yang malang dari segi
perlakuan dan budi pekerti. Ayah yang bijaksana mengetahui bagaimana mendidik
anaknya ke arah kecemerlangan.
Kesimpulannya, bimbingan motivasi untuk menjadikan anak cemerlang sangat
penting. Anak-anak akan menjadi dewasa dan menjadi insan cemerlang dalam
hidupnya. Anak yang cemerlang adalah anak-anak yang mempunyai wawasan masa
depan, insan yang sedia berkorban untuk agama, masyarakat, negara dan alam
sejagat. Sesungguhnya kecemerlangan akal budi seseorang anak akan dapat
menyeimbangkan kehidupan di dunia dan akhirat.
23
Otak manusia
Model kemahiran berfikir
24
Soalan kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir aras tinggi
25
Bibliografi
1.Rujukan buku
Dr Rosnanaini Sulaiman. Et. Al (2011). ‘Kemahiran Berfikir’. Penerbitan Multimedia
SDN.BHD
John holt, (1996). ‘ How Children Learn’. Addison-Wesley Publishing Company
Mohannad Shatar Sabran. Et. Al (2009). ‘ Tip Pendidik Cemerlang’. Utusan
publications dan distributors SDN.BHD.
2.Rujukan internet
Kemahiran berfikir,(2010)
http://gurufikir.blogspot.com/ Diakseskan pada 12 Februari
Kemahiran Berfikir
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/kemahiran-berfikir.html Diakseskan pada
14 Februari
Kepentingan kemahiran berfikir dalam pendidikan
http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2008/08/assalamualaikum-dan-salam-
sejahtera.html
Diakseskan pada 15 Februari 2012
Pengajaran Kemahiran berfikir Aras Tinggi
http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf
Diakseskan pada 15 Februari 2012
26
JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIRhttp://www.slideboom.com/presentations/145417/JENIS-JENIS--KEMAHIRAN-
BERFIKIR
Diakseskan pada 16 Februari 2012
Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir
http://thinking-skills-rajendran.blogspot.com/2010/03/jenis-jenis-kemahiran-
berfikir.html
Diakses pada 18 Februari 2012
Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir
http://www.teachersrock.net/masteri4.htm
Diakseskan pada 18 Februari 2012
27