Alat Berfikir (Kemahiran Belajar)

  • Upload
    wh-eng

  • View
    343

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fee

Citation preview

KONSEP ALAT BERFIKIRAlat berfikir merupakan instrument yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan.Dengan menggunakan alat berfikir ini idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.Yang tercakap dalam alat berfikir ini ialah:1. Soalan dan penyoalan2. Pengurusan grafik3. Peta minda 4. CoRT

CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Nota adalah ringkasan dan isi isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .Antara kelebihan membuat nota ialah:

a. Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.b. Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.c. Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting yang sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.d. Memudahkan proses mengingat.

Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik.

a. Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.b. Mendapat kefahaman yang menyeluruh.c. Nota yag dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (tarif , dalil ,bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.d. Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.e. Membuat rujukan ketika perlu.f. Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan berjalur.g. Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.h. Gunakan teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.i. Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.

NOTA PENJELASAN (ANNOTATION) Menggunakan ulasan kritikal dan penerangan sebagai satu cara untuk menjelaskan sesuatu perkataan dan ayat.CARA MEMBUAT NOTA PENJELASAN1. Menggariskan ayat yang penting2. Membulatkan definisi dan maksud ayat3. Tulis kata-kata kunci dan definisi dalam margin 4. Buat Isyarat pada maklumat penting yang boleh didapati dengan menggunakan kata-kata kunci atau simbol5. Tulis ringkasan pendek dalam margin pada akhir seksyen6. Tulis soalan dalam margin di sebelah bahagian di mana jawapan yang didapati7. Nyatakan langkah-langkah dalam proses dengan menggunakan nombor dalam margin8. Jelaskan kegunaan maklumat dalam marginNOTA GARIS (OUTLINE NOTES)Kaedah garis mengambil nota bermula pada sebelah kiri kertas. Bahagian paling penting diletakkan di tepi kiri kertas. Titik kurang penting, biasanya idea-idea yang menyokong perkara utama akan tersusun ke kanan. Setiap bahagian yang kurang penting adalah tersusun ke kanan. Ini akan menjadi lebih mudah untuk melihat dan tahap kepentingan idea-idea yang berbeza akan menjadi lebih jelas berdasarkan jarak antara mereka.KEBAIKAN MENGGUNAKAN OUTLINE NOTES1. menunjukkan kandungan dan perkara utama 2. menunjukkan hubungan isi-isi penting 3. mudah mengenal pasti perkara-perkara utama maklumat

NOTA RUANG (COLUMN NOTES)

Nota ruang adalah satu kaedah pengambilan nota yang memerlukan pembacaan yang aktif dan mendengar.

Sebelum pelajar boleh menulis nota, mereka perlu memproses maklumat yang diberikan dan menyusun ke dalam 2 atau 3 ruang:

Konsep utama (ruangan Cue)

Butiran (Nota dan soalan)

Ringkasan (Tinjauan kuliah, membaca, dan lain-lain)

NOTA RUMUSAN (SUMMARY NOTES)Satu ringkasan pendek setiap sumber yang menangkap intipati hujah atau kajian penulis. Anda perlu menulis nota ringkas tidak lama lagi selepas membaca sumber.

PENGURUSAN GRAFIK

a) Pengurusan grafik (PG) adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan.

b) Secara umumnya, PG ini berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari (Som dan Mohd Dahalan, 1998).

c) Melalui PG ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.

d) Walaupun secara umumnya terdapat lapan jenis pengurusan grafik, tetapi penggunaannya adalah spesifik untuk tujuan tertentu

e) PG membanding beza hanya boleh digunakan khusus untuk menyelesaikan masalah atau disimpan sebagai rujukan bagi tujuan membanding beza suatu perkara.

f) Rumusannya, penggunaan alat berfikir ini adalah terhad bagi suatu tujuan khusus dan fungsinya adalah tidak menyeluruh berbanding fungsi peta minda yang jauh lebih komprehensif khususnya dalam mengambil nota kuliah.

JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN1. PG membanding dan membeza2. PG membuat kategori3. PG meneliti bahagian dan keseluruhan4. PG membuat sekuen5. PG menerangkan sebab6. PG membuat ramalan7. PG menyusul periksa andaian8. PG membuat inferen9. PG mengesahkan sumber maklumat10. PG menjana idea11. PG mencipta analogi12. PG mencipta metafora13. PG membuat keputusan14. PG menyelesaikan masalah

KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK(I)GARIS(II) BULATAN(III) GAMBAR(IV) PERKATAANCARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK(I) Merancang dan menyusun idea(II) Memahami proses pemikiran kendiri(III) Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat(IV) Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebutPETA MINDA

Elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita dengan:

Teks. Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya. Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik. Gambar. Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:

Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu. Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut. Melakar simbol. Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pada saya melalui pengalaman yang telah saya alami ketika memberi kursus kepada pelajar-pelajar untuk peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah rendah, pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman. Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

FAEDAH PENGGUNAAN PETA MINDA Latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif. Pencetusan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea. Perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.

UNGKAPAN TOKOH

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn more, remember more, use less paper, invest less effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

PEMETAAN I-THINK Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA ( Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk meringkaskan nota yang pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat. Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.

SOALAN DAN PENYOALAN Di bawah ini diterangkan maksud dan cara menggunakan soalan berdasarkan lingkaran atau skop-skop di atas. Bagi memudahkan pemahaman bahan rangsangan yang digunakan untuk membina soalan jenis ini ialah gambar buah-buah tempatan. SOALAN BERTUMPU DAN BERCAPAHSoalan BertumpuSoalan bercapah

Aras rendahAras tinggi

Jawapan atau respon terhadJawapan atau respon luas

Berbentuk tertutupBerbentuk terbuka

Sesusi menguji daya ingatanSesuaimenguji penaakulan dan penafsiran

Lebihbersifat objektifLebihbersifat subjektif

LINGKARAN SOALAN Contoh 1 Berdasarkan gambar ini binalah sekurang-kurangnya TUJUH soalan berdasarkan soalan bertumpu dan soalan bercapah.

Lingkaran 1 soalan perkara(P)Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia , perkaramerujuk kepada tema, tajuk subjek, idea,isu,peristiwa atau teks bacaan yang sedang dibincangkan.Misalnya dalam hubungan ini perkara akan dibincangkan ialah buah-buahan tempatan.Oleh itu soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklahditumpukan kepada skop perkara sahaja, iaitu berdasarkan gambar buah-buahan seperti yang disediakan.a. Namakan lima jenis buah-buahan tempatan yang terdapat dalam gambar tersebut?b. Buah apakan yang mendapat gelaran sebagai raja segala buah?Lingkaran 2 soalan individu (I)Individu merujuk kepada orang yang terlibat sebagai ahli dalam perbincangan, pembaca teks atau orang yang dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.Dalam P&P pelajar yang menerima soalan adalah dianggap sebagai individu (I). Oleh itu, soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, dan pandangan murid. Dengan cara ini guru dapat mengetahui sejauh manakah perkara yang sedang dibincangkan itu (P) dapat dikaitkan oleh individu(murid) dengan pengalaman, pengetahuan, atau pandangannya.a. Adakah kamu suka makan buah-buahan tempatan?Berikan alasan kamu?b. Buah-buahan yang manakan yang pernah kamu makan dan nyatakan rasanya?Lingkaran 3 soalan luar individu (LI)Soalan jenis ini merujuk kepada skop di luar individu (pelajar). Dalam hubugan ini Luar individu (LI) bermaksud luar daripada inidividu berkenaan iaitu seperti contoh yang berikuta. Masyarakat : rakan-rakan, penduduk tempat, penduduk negeri, negara dan luar negarab. Tempat: Kampung, Bandar, negeri, negara dan luar negarac. Masa: Masa lalu dan masa akan datingSehubungan dengan perkara di atas, guru hendaklah mengemukakan soalan yang terdapat di luar daripada skop individu pelajar (I) yang sedang dibincangkan, tetapi masih dalam tema yang sama iaitu buah-buahan tempatan.a. Namakan buah-buahan dari luar negara yang terdapat di pasar tempat tinggal anda?b. Negara-negara manakah yang anda tahu ada buah durian?Soalan-soalan seperti yang di atas dibina berdasarkan tiga lingkaran dan skop yang berbeza iaitu perkara(P), individu (I), dan luar individu(LI). Dari segi aras kesukaran, soalan yang berkaitan dengan (P) merupakan soalan yang paling tinggi antara ketiga-tiga lingkaran dan skop berkenaan.Berdasarkan lingkaran dan skop di atas , lingkaran 2 atau (I) dan lingkaran 3 atau (LI) adalah lebih bercapah dan dapat mengalakkan pemikiran kritis dan kreatif murid.Lingkaran dan skop penyoalan seperti yang telah dibincangkan tadi merukan asas untuk kita merancang dan membina pelbagai bentuk dan aras soalan. Sungguhpun begitu untuk memperlbagaikannya lagi, setiap lingkaran tersebut boleh digabungkan dengan lingkaran yang lain untuk menghasilkan aras soalan yang lebih tinggi.Lingkaran 4 perkara+individua. Pada pendapat kami(I), bagaimanakah perusahaan buah-buahan tempatan dapat dimajukanb. Buah-buahan tempat banyak khasiat (P), apakan pandangan kamu tentang kenyataan ini?Lingkaran 5 individu+luar individua. Adakah kamu suka makan (I) buah-buahan dari kuar negara? (LI)b. Pada pendapat kamu (I), mengapakah kita mengimport buah-buahan dari luar negara (LI)?Lingkaran 6 perkara+ luar individua. Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI)?b. Jenis buah-buahan tempatan (P) yang manakah yang dapat dieksport ke luar negara (LI)?Lingkaran 7 perkara+individu+luar individua. Buah-buahan tempatan (P) lebih lazat daripada buah-buahan di negara Barat (LI) .Berikan pendapat kamu (I)?b. Pada pendapat anda (I), adakah buah-buahan tempatan (P) dapat menandingi buah-buahan dari luar negara (LI)

Ternyata lingkaran soalan sebagaimana yang telah dibincangkan di atas dapat mempelbagaikan aras dan bentuk soalan.Jenis lingkaran soalan ini juga dapat memudahkan guru untuk membina dan mengemukakan soalan kepada murid dengan pelbagai bentuk dan cara. Apa yang perlu diingat ialah soalan-soalan yang hendak ditanyakan itu bukan sahaja perlu diberikan pertimbangan kepada tajuk dan perkara yang sedang dibincangkan (P) malahan kita juga perlu mengaitkan bahan tersebut dengan pengalaman individu pelajar (I), dan juga dengan luar individu pelajar (LI) . Lazimnya gabungan antara sesuatu lingkaran /skop dengan lingkaran yang lain dapat mengalakkan murid untuk berfikir dengan berkesan.

ALAT CORT (COGNITVE RESEARCH TRUST) Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan cognitive research trust. Singkatan ini dicipta oleh Edward de Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kesemua alat ini terdiri daripada tujuh alat CoRT yang mempunyai tujuan dan kepentingan-kepentingan tertentu. Hampir sama seperti alat berfikir pengurusan grafik, penggunaan alat berfikir CoRT ini juga terhad bagi suatu tujuan khusus, contohnya alat BLI (baik, lemah, istimewa) hanya boleh digunakan khusus untuk menganalisis suatu benda atau perkara daripada perspektif baik, lemah dan istimewa. Hal ini membuktikkan bahawa penggunaan alat ini adalah tidak menyeluruh dan kurang sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran. TUJUAN CORT 1 CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar, 2006).CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar, 2006).

CoRT 1 terdiri daripada alat-alat yang berikut: PMI (Plus, Minus, Interesting) =BLI (Baik, Lemah, Istimewa)

OPV (Other Peoples View) =POL (Pandang Orang Lain)

CAF (Consider All Factors) =TSF (Timbangkan Semua Faktor)

C&S Consequence & Sequal) =KMJK (Kesan Mengikut Kepentingan)

FIP (First Important Priorities) =KMK (Keutamaan Mengikut Kepentingan)

APC (Alternatives, Possibles and Choices) =AKP (Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan)

AGO (Aims, Goal & Objectives) =TMO (Tujuan, Matlamat, Objektif)

Alat CORT IV (PEMIKIRAN KREATIF)Pemikiran kreatif ialah percakapan atau keupayaan menggunakan mida untuk menerokai pelbagai kemungkinanmenghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada dalam abstak,idea atau gagasan.Sehubungan dengan maksud di atas murid-murid hendaklah digalakkan menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan.Contoh-contoh soalan untuk pemikiran kreatif adalah seperti yang berikut:1. Jika anda menjadi pengusaha minuman, bagaimanakah anda akan mencipta botol yang menarik?2. Cuba anda cipta nama untuk perusahaan minuman anda?3. Apakah moto atau cogan kata untuk minuman ciptaan anda?4. Cuba anda nyatakan mengapakah pengguna harus membeli minuman anda?5. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai untuk panduan hidup anda?Untuk panduan bersama, soalan-soalan di atas dapat digubal sama ada berdasarkan tema-tema tertentu ataupun bebas.Namun demikian guru seharusnya dapar merancang soalan-soalan untuk men cungkil dan mengembangkan kreativiti murid.Kaedah Sokratik (Penyoalan).

Mengambil sempena nama ahli falsafah Greek, Socrates (470 399 SM) Mengutamakan penyoalan Bertujuan untuk meningkatkan taraf pemikiran pelajar secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui Guru mengemukakan pelbagai soalan kepada murid supaya mereka berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman yang telah ada pada mereka, menjawab soalan dan seterusnya membuat kesimpulan. Taraf pemikiran yang boleh dicapai bergantung kepada jenis soalan yang ditanya ; peringkat rendah

Jenis-jenis Soalan

1) Peringatan Sangat popular Tentang perkara-perkara dan orang dalam Sejarah Pelajar tidak dikehendaki menggunakan daya pemikiran

Contoh: Siapakah pelukis potret Mona Lisa?

Bilakah Perjanjian Pangkor ditandatangani ?

Contoh:Apakah factor-faktor yang telah mencetuskan Revolusi Perancis?

Mengapakah Inggeris campur tangan di Tanah Melayu?

2) Pemikiran Memerlukan penjelasan atau sebab-sebab Pelajar mencari maklumat dan membuat hubungan dalam pemikiran mereka antara beberapa factor serta mencari perhubungan antara sebab dan kesannya.

3) Pertimbangan Pelajar dapat dilatih dalam kemahiran Sejarah Pelajar digalakkan membuat keputusan sendiri terhadap tiap-tiap kejadian Pelajar tidak semestinya menerima sebagai benar keterangan dan pendapat guru atau pengarang buku.

Contoh: Adakah benar penjajahan Jepun tidak membawa sebarang kebaikan kepada Tanah Melayu?

Adakah benar imperialisme Barat telah memberi manfaat kepada masyarakat

4) Mencipta/Kreatif Menggalakkan pelajar memikirkan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia Mencipta cara-cara baru untuk mengatasi masalah

Contoh: Bolehkah anda cadangkan cara-cara untuk mengelakkan persengketaan antara kuasa-kuasa besar?