13
TAJUK 3 KEMAHIRAN KRAF PERKHEMAHAN Tujuan dan faedah membuat gajet Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

KEMAHIRAN KRAF PERKHEMAHAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEMAHIRAN KRAF PERKHEMAHAN

Citation preview

TAJUK 3 KEMAHIRAN KRAF

PERKHEMAHAN

Tujuan dan faedah membuat gajet

Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

1. Perkhemahan Dan Kem Kraf

Aktiviti paling menarik bagi pengakap.

Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan

dan berdikari.

Aktiviti membuat gajet semasa perkhemahan merupakan

perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan

berpengakap.

2. Gajet-Gajet Perkhemahan

Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang

masa perkhemahan.

Buatlah gajet-gajet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa

perkhemahan.

Mengenal gajet perkhemahan:

- lazimnya gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa

perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan.

- kedudukan gajet.

- aktiviti membuat gajet merupakan pertandingan semasa

perkhemahan di antara patrol.

3. Tujuan Membuat Gajet  

4 . Bahan Untuk Membuat Gajet

Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan,

kemudahan dan keselesaan.

Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.

Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai

fungsi.

Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam

kumpulan dapat diterapkan

dandipraktikkan.

Semangat pertandingan yang sihat.

Dapat melahirkan idea-idea yang baru.

‘Feeling of sense of achievement´, serta

kejayaan dalam menghasilkan gajet.

Meninggikan mutu perkhemahan.

Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-gajet

yang berfaedah.

Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.

Diperbuat dari bahan semulajadi.

Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5 . Jenis / Cara Membuat Gajet

Yang boleh dibeli.

Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.

Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.

Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.

Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di

kawasan kem atau yang berhampiran.

6. Jenis-Jenis Gajet

Gajet kawasan pintu.

Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.

Gajet kawasan tempat basuhan.

Gajet kawasan tempat tinggal.

Gajet kawasan pengeringan.

Lain-lain gajet.

7. Gajet Kawasan Pintu

Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan

perkhemahan iaitu:

-Bahagian pintu hadapan

-Bahagian pagar

-Bahagian pintu belakang

Variasi-variasi pintu hadapan

-Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi

-Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).

-Pintu gerbang bukan gajet tetapi projek perintis.

Bahagian Pagar

-Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang

teratur dan kemasdan adanya kawalan keselamatan.

-Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil,

pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

8. Gajet-Gajet Kawasan Dapur

Buat dari bahan semulajadi

Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gajet sampingan di dapur

seperti:

-Rak pinggan mangkuk

- Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.

-Meja makan

-Penyangkut cawan / gelas.

-Rak menyimpan kayu api / tong gas.

-Gajet gerobok (camp larder).

-Gajet lubang basah dan kering.

9. Gajet Kawasan Tempat Membasuh

Gajet tempat meletak besen air.

Gajet tempat menyimpan alat pergigian.

Gajet tempat menyimpan sabun.

Gajet mengantung tuala mandi.

Gajet kawasan tempat basuhan.

10. Gajet Kawasan Tempat Tinggal

Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik,

disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan

perkhemahan.

Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti

tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan

kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg,

tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. Gajet Tempat Menjemur Kain

Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat

membasuh.

12. Gajet-Gajet Lain

Buatlah gajet lain yang mustahak seperti:

-Tiang bendera

-Menara memerhati

-Gendang / Kantung kem

-Gajet pembawa barang (Indian Travois)

-Gajet pondok lalang (tempat berteduh)

13. Gajet Api

Api penting digunakan dalam kehidupan seharian

Selain itu, digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu

badan, keselesaan, memasak dan sebagainya.

Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu

tanah menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok.

Membuat Unggun Api

i. Kaedah “Fire Triangle” 

o Bentuk hurufA Menggunakan 3 elemen iaitu haba, angin dan bahan bakar.

o Membuat Unggun Api Bentukkan huruf‘A’ menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’ menghala arah angin.

o Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf ‘A’ dan nyalakan api.

o Kipas secara perlahan dan letakkan lagibahan bakar untuk menyala.

ii. Hunter's Fire

Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat.

iii. Reflector Fire

o Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah Reflector Fire Contoh:memanaskan badan.

o Boleh digunakan untuk memanggang

iv. Star Fire

Boleh digunakan kayu pelbagai saiz dan panjang.

v. Teepee Fire

o Paling sesuai dan mudah digunakan.o Tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu susun

dan seimbangkan kayu.

vi. Log Cabin Fire

o Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil.o Apabila terbakar, api hanya membakar bahagian dalam.

vii. Council Fire

o Dikenali sebagai ‘Api piramid’.o Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan.

14.Kraf Perkhemahan | Kraf Alatan

Kraf alatan merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kraf perkhemahan di mana ia merupakan kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau di dalam hutan.

Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan para peserta untuk melakukan aktiviti rekreasi luar ketika berada di dalam hutan.

Contoh jenis-jenis alatan adalah seperti: pisau, batu, kayu, buluh, besi dan lain-lain lagi.

15. Penempatan Gajet Dalam Kawasan Perkhemahan

Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang

iaitu lubang basah dan kering.

Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gajet alatan

tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gajet gerobok makan, tempat

meletak kayu api / tong gas.

Berhampiran pintu masuk dirikan gajet

Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

16. Prinsip Membuat Gajet

Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan

panduan oleh semua pengakap.

Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan

patah atau roboh.

Gunakan ikatan yang betul.

Ikatan pada gajet hendaklah betul.

Gunakan bahan semulajadi.

Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.

Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.

Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal.

Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu.

Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet.

Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.

Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.

1 7 . Simpulan Dan Ikatan Dalam Membuat Gajet

Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gajet,

perlu dipelajari lebih dahulu supaya gajetnya kekal.

Simpulannya perlulah ketat dan kuat.

Ikatan Seraya (Square lashing) : mengikat tiang gadjet kerana

memberi sokongan yangkuat pada tiang yang telahg diikat.

Ikatan Serong (Diagonal lashing) : mengikat tiang dan juga sebagai

penyambung gajet yang berbentuk serong.

Ikatan Silang Gunting : mengikat dua batang kayu bersama, biasanya

diikat pada pintu pagar.

Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama,

sesuai untuk  pembinaan gajet berbentuk tiga segi.

Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-

batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.

Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong.

Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.

Ikatan Pemukat ikatan gajet yang memerlukan pengantungan. Ikatan

ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.

Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.

RUJUKAN

Yusof Osman. (2009). Nota Gajet Perkhemahan.

http://yusofalhaj.wordpress.com/2009/07/17/gajet-gajet-perkhemahan/

Dilayari pada 30 Jun 2013.

Yusof Osman. (2010). ARCHIVE FOR THE ‘PINTU GERBANG’ CATEGORY.

http://yusofalhaj.wordpress.com/category/pioneering/pintu-gerbang/

Dilayari pada 30 Jun 2013.