25
KENEGARAAN MALAYSIA (SKP 2101) FEDERALISME DAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : DR. NORAINI BT. HASHIM KUMPULAN : 5 AHLI KUMPULAN : 1)NOR SHAFIKA BT ABU BAKAR (162043) 2) MARYAM RAHMAH BT MOHAMED AMRAN (163502) 3) NUR FATIHAH BT MD KAMIL (162550) 4) AINI FADHLINA BT MANSOR (162692) 5) SITI NUR ALWANI BT SALLEH (162945) 6) KHOR YIAN LENG (162497) 7) YEOH LI LING (161621)

Kenegaraan Malaysia

  • Upload
    mazuan

  • View
    169

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

politik

Citation preview

Page 1: Kenegaraan Malaysia

KENEGARAAN MALAYSIA

(SKP 2101)

FEDERALISME DAN DOKTRIN PENGASINGAN

KUASA DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : DR. NORAINI BT. HASHIM

KUMPULAN : 5

AHLI KUMPULAN :

1)NOR SHAFIKA BT ABU BAKAR (162043)

2) MARYAM RAHMAH BT MOHAMED AMRAN (163502)

3) NUR FATIHAH BT MD KAMIL (162550)

4) AINI FADHLINA BT MANSOR (162692)

5) SITI NUR ALWANI BT SALLEH (162945)

6) KHOR YIAN LENG (162497)

7) YEOH LI LING (161621)

Page 2: Kenegaraan Malaysia

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Penghargaan 1

2. Pengenalan 2

3. Isi Kandungan

a. Federalisme

i. Definisi federalisme

ii. Konsep federalisme

iii. Sistem kerajaan dan kuasa pemerintahan

iv. Faktor kejayaan sistem federalisme

v. Faktor kegagalan sistem federalisme

vi. Sistem persekutuan di Malaysia

b. Doktrin Pengasingan Kuasa

i. Definisi doktrin pengasingan kuasa

ii. Konsep doktrin pengasingan kuasa

iii. Pemakaian doktrin pengasingan kuasa

4. Kesimpulan

5. Bibliografi

6. Lampiran

Page 3: Kenegaraan Malaysia

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan

limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh

jayanya.Kami menjulang sepenuh penghargaan kepadaDr Noraini binti Hashim

PensyarahMatapelajaran Kenegaran Malaysia(SKP 2101), dikesudian beliau memberi

tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan

tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang

banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan

tugasan ini.Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.

Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan

mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu

pendidikan di muka bumi ini.Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut

begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.Justeru itu

haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman

yang begitu hebat.

Sekian,terima kasih....

Page 4: Kenegaraan Malaysia

PENGENALAN

Konsep demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara kita

pada hari ini adalah satu konsep yang telah digunakan sejak negara kita mencapai

kemerdekaan lagi meskipun pengertian dan penggunaan konsep demokrasi itu telah lari

sedikit dengan sekatan undang-undang selepas daripada Peristiwa 13 Mei 1969.

Demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamalkan ini jika dilihat,

terbahagi kepada dua bentuk pentadbiran atau pemerintahan iaitu sistem federalisme dan

doktrin pengasingan kuasa. Konsep federalisme boleh dikatakan telah lama wujud. Jika

dilihat dari konsep sejarah di negara kita sendiri, kita dapat melihat konsep ini telah diguna

pakai sejak tahun 1896 dalam Perjanjian Persekutuan 1895 lagi apabila konsep kerajaan

Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan kepada empat buah negeri yang dijajah oleh

British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Sebelum ini, keempat-empat

negeri ini diperintah oleh Residen masing-masing dengan menggunakan kuasa yang telah

diberikan.

Pentadbiran sebelum ini tidak ada kesamaan langsung kerana kuasa Residen adalah terlalu

luas. Mereka memerintah sesuka hati mereka sahaja. Lantaran itu, kemajuan dikeempat-

empat negeri itu adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Terdapat juga negeri yang

berhutang terlalu banyak dengan kerajaan negeri lain iaitu kerajaan negeri Perak yang

berhutang dengan kerajaan negeri Selangor.

Atas masalah-masalah ini, pihak British telah mengambil inisiatif baru dengan

menggabungkan negeri-negeri ini dibawah satu pentadbiran dan dikenali sebagai Negeri-

negeri Melayu Bersekutu. Pada masa inilah kita dapat melihat bagaimana konsep federal

mula-mula sekali diamalkan di negara kita dimana satu kerajaan pusat yang memerintah atau

memegang kuasa tertentu dan diketuai oleh seorang Residen Jeneral dan empat negeri lain

yang mana setiap negeri diketuai oleh seorang Residen dan memerintah negeri masing-

masing berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan. Setelah konsep ini diperkenalkan,

keadaan di setiap negeri bertambah baik dan banyak masalah dapat diatasi dengan kelahiran

konsep federal ini.

Kuasa yang telah diberikan kepada kerajaan pusat dan juga kuasa yang telah diberikan

kepada kerajaan negeri adalah terhad dan tidak akan ada sebarang campurtangan antara

kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam beberapa hal. Kedua-dua kerajaan ini telah

bersetuju untuk bekerjasama dalam banyak bidang untuk memastikan tujuan-tujuan dan

Page 5: Kenegaraan Malaysia

semua misi negara dapat dicapai. Namun demikian, di Malaysia pada hari ini, terdapat

beberapa hal yang dikongsi bersama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri itu sendiri. Ini

kerana, tidak semua perkara dapat dilakukan atau dikawal sepenuhnya oleh satu pihak sahaja.

Kerjasama antara kedua-dua kerajaan ini diperlukan untuk melicinkn lagi pentadbiran yang

sedia ada.

Antara contoh negara yang menjalankan dan menggunakan konsep fedaralisme ini ialah

Amerika Syarikat, India dan Australia. Secara amnya, konsep fedaralisme yang dipraktikkan

dalam semua negara-negara yang menggunapakai konsep ini adalah sama iaitu terdapat

pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan doktrin

pengasingan kuasa yang digunakan di Amerika Syarikat. Doktrin pengasingan kuasa adalah

satu bentuk pemerintahan yang mana terdapat pembahagian kuasa antara tiga badan utama

yang bertanggungjawab dalam banyak bidang di negara kita pada hari ini. Pengagihan kuasa

ini adalah antara badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Seperti juga

konsep federalisme, konsep ini adalah bertujuan untuk mengagihkan kuasa.

Namun demikian, konsepnya berbeza sedikit kerana pengagihan kuasa ini bukanlah antara

kerajaan pusat dan kerajaan negeri tetapi ia adalah antara tiga badan tadi yang kami nyatakan.

Konsep doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk memastikan satu-satu kuasa itu tidak

dipegang oleh satu badan yang sama sahaja dan kuasa itu tidak juga dipegang oleh orang

yang sama. Namun begitu, pada hari ini, apa yang aku nampak yang berlaku di Malaysia,

konsep doktrin pengasingan kuasa ini tidaklah begitu bersih.

Secara amnya, konsep doktrin pengasingan kuasa ini mempunyai beberapa ciri-ciri

umum seperti berikut

1.Terdapat pemisahan kuasa antara tiga kelompok kuasa iaitu perundangan, eksekutif dan

kehakiman seperti di atas.

2.Setiap cabang kuasa dianggotai dan dikuasai oleh orang atau kelompok yang berbeza

3.Mesti berlaku check and balance antara satu sama lain mengikut peranan masing-masing

4.Setiap cabang kuasa tidak boleh diganggu, campurtangan atau pengaruhi oleh cabang kuasa

lain.

Dalam sistem federalisme di Malaysia, ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong.

Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan. Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja

yang memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda

memerintah berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda.

Page 6: Kenegaraan Malaysia

Ini bermakna, baginda tidak boleh untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak

hatinya sendiri. Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh

Perdana Menteri. Baginda mempunyai keutaman yang lebih daripada orang lain di Malaysia

dan tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun.

Sebelum ini, iaitu sebelum tahun 1957 dimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,

terdapat sembilan orang raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing.

Setelah kemerdekaan dicapai, institusi Yang di-Pertuan Agong telah dibentuk dan dengan itu,

seorang daripada mereka dipilih bagi setip lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.

Namun demikian, takhta Yang di-Pertuan Agong tidak diturunkan kepada warisnya. Takhta

Yang di-Pertuan Agong diperolehi secara lantikan mengikut Jadual iii Perlembagaan

Malaysia.

Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara. Pemilihan dilakukan oleh Majlis

Raja-raja daripada sembilan orang Raja-raja Melayu yang ada di Malaysia. Para Raja Melayu

akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai Yang

di-Pertuan Agong. Satu senarai akan dibuat dan seorang raja yang menduduki tempat

terkanan sekali akan ditawarkan jawatan itu. Jika baginda menolak, raja kedua yang berada

pada tempat terkanan sekali akan diplih.

Kuasa Yang di-Pertuan Agong terbahagi kepada dua iaitu kuasa berdasarkan nasihat

dan juga kuasa berdasarkan budi bicara baginda sendiri. Jemaah Menteri yang diketuai oleh

Perdana Menteri akan menasihatkan baginda dalam soal pemerintahan. Baginda tidak

mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam pemerintahan atau dalam Parlimen.

Walaupun baginda adalah sebahagian daripada Parlimen, tetapi kuasa baginda adalah terbatas

dan baginda sendiri tidak bersidang bersama dalam Parlimen.

Tugas yang dimaksudkan dalam kuasa berdasarkan nasihat ini adalah tugas eksekutif

persekutuan.Tugas berdasarkan budi bicara baginda sendiri adalah seperti melantik Perdana

Menteri. Walaubagaimanapun, sebenarnya tugas melantik Perdana Menteri ini adalah

dinasihatkan sendiri oleh Perdana Menteri yang akan bersara. Baginda juga mempunyai

kuasa untuk membantah pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak dibubarkan.

Pengisytiharan pembubaran Parlimen hanya boleh dilakukan oleh baginda sendiri.

Namun, pengisytiharan ini juga dinasihatkan oleh Perdana Manteri sendiri. Begitu

juga dengan pengisytiharan darurat. Baginda mempunyai kuasa untuk mengisyitiharkan

darurat jika baginda sendiri telah berpendapat bahawa keadaan memang benar-benar

memerlukan pengisytiharan darurat dibuat. Namun demikian, seperti juga penyataan tadi,

pengisytiharan ini hendaklah atas nasihat Perdana Menteri.

Page 7: Kenegaraan Malaysia

Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan mesyuarat Majlis

Raja-raja. Baginda juga boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.Baginda juga

adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Oleh yang demikian, apabila

seorang Yang di-Pertuan Agong bertukar, maka secara automatiknya, Pemerintah Tertinggi

Angkatan Tentera juga akan bertukar.

Baginda juga selain itu berkuasa dalam memperkenankan rang undang-undang

sebelum ia menjadi undang-undang. Namun demikian, jika baginda tidak memperkenankan

rang undang-undang itu dalam tempoh lima belas hari daripada rang undang-undang itu

dipersembahkan kepada baginda, rang undang-undang itu tetap akan diluluskan dengan

menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda. Ini kerana, rang

undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen dimana seperti yang kita ketahui, Parlimen

terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.

Oleh yang demikian, apabila rang undang-undang telah diluluskan oleh Dewan

Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu dikatakan sebenarnya telah sah dan

hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, bagi undang-undang yang menyentuh hak, kemuliaan, kedudukan,

keistimewaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, ia perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-

raja Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan. Baginda juga bertindak sebagai Ketua

Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang,

Melaka, Sabah dan Sarawak.

Di peringkat negeri pula, ketua kerajaan adalah Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu

dan Yang di-Pertua Negeri. Mereka menjalankan tugas dengan nasihat daripada Menteri

Besar atau pun Ketua Menteri. Mereka seperti juga Yang di-Pertuan Agong, tidak

mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masing-masing. Mereka juga adalah

Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana

ketuanya adalah Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa ke atas mana-mana negeri lain dan

begitu juga sebaliknya. Setiap Ketua Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas negeri-

negeri yang lain. Negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja, takhta kerajaan adalah

berdasarkan konsep pewarisan takhta daripada sultan yang sedang memerintah kepada putera

mahkota. Apabila baginda sultan mangkat, putera mahkota akan menaiki takhta kerajaan

negeri.

Page 8: Kenegaraan Malaysia

Bagi negeri-negeri yang tidak beraja pula, perlantikan Yang di-Pertua Negeri adalah

dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Mereka dilantik daripada kalangan orang awam yang

biasanya mempunyai jasa yang besar kepada negeri masing-masing. Keempat-empat Yang

di-Pertua Negeri boleh turut sama dalam mesyuarat Majlis Raja-raja dan mereka seperti juga

Sultan-sultan dan Raja Melayu akan disertai oleh Ketua Menteri masing-masing sebagaimana

Menteri Besar menyertai Ketua Negeri mereka dalam mesyuarat itu. Namun demikian, dalam

persidangan yang menyentuh perkara perlantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan

timbalannya dan juga apabila Majlis membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan

dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja atau yang berkaitan dengan perbuatan,

amalan atau upacara agama.

Mereka hanya akan turut besidang dalam Majlis apabila Majlis membincangkan

perkara yang berkaitan dengan dasar negara dan juga bagi perkara-perkara untuk meluluskan

rang undang-undang atau mana-mana lantikan selain lantikan Yang di-Pertuan Agong dan

timbalannya yang jika dilihat dalam Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan daripada

Majlis Raja-raja ini. Setiap Ketua Negeri juga bertanggungjawab dalam melantik Menteri

Besar, tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Negeri, meminta diadakan

mesyuarat Majlis Raja-raja seperti kuasa Yang di-Pertuan Agong, berkuasa dalam istana

dalam hal membuat peraturan, memberi darjah-darjah kebesaran dan pangkat negeri atas

nasihat menteri besar dan melantik warisnya, permaisuri dan pemangkunya.

Page 9: Kenegaraan Malaysia

FEDERALISME

DEFINISI

1) K.C Wheare (1953) –system federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan

kuasa antara dua peringkat kerajaan dan di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah

kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi.

2) Herman Finer – satu susunan kuasa yang mana kuasa dibahagikan di

antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri.Setiap

peringkat kerajaan tidak berhak mengambil kuasa yang telah diberikan

kepada setiap tingkat kerajaan tersebut.

3) Birch (1957) – satu sistem di mana terdapatnya pembahagian kuasa di

antara satu kerajaan pusat dan beberapa kerajaan wilayah.Setiap satunya

dalam bidang kuasa masing-masing adalah sedarjah dengan yang lain dan

setiap satunya bertindak secara langsung ke atas rakyat melalui agensi

perkhidmatan masing-masing.

4) Riker (1964) – dua peringkat kerajaan di atas tanah dan orang yang sama.

Sistem ini tidak perlu melihat dari aspek perundangan tetapi perlu melihat

kepada aspek ekonomi,social, budaya dan politik sesebuah masyarakat itu.

Page 10: Kenegaraan Malaysia

CIRI-CIRI FEDERALISME

1) Terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang

fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas

sekurang-kurangnya satu bidang perkara.

2) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang

diagihkan kepadanya.

3) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus dengan

rakyatnya.kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari

rakyat.

4) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini (yang terkandung

dalam perlembagaan yang di persetujui ) dengan sendiri.

5) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.

Page 11: Kenegaraan Malaysia

SISTEM KERAJAAN DAN KUASA

PEMERINTAHAN

Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis kerajaan yang berbeza berasaskan sistem yang

diamalkan dan sistem kuasa pemerintahannya :

SISTEM KERAJAAN DAN KUASA PEMERINTAHAN

SISTEM KERAJAAN KUASA PEMERINTAHAN CONTOH

PERSEKUTUAN Kerajaan pusat dan

kerajaan negeri

berkongsi kuasa

pemerintahan dan

perundangan

Amerika Syarikat

Australia

Brazil

India

Kanada

KESATUAN Kuasa pemerintahan

dan perundangan

tertumpu kepada

kerajaan pusat

Great Britain

Denmark

Indonesia

Norway

KONFEDERASI

(GABUNGAN)

Kuasa pemerintahan

dan perundangan

terletak pada kerajaan

negeri

Kuasa kerajaan pusat

adalah terhad

Konfederasi Jerman

Utara (1867-1871)

Empayar Jerman

(1871-1918)

Page 12: Kenegaraan Malaysia

FAKTOR KEJAYAAN SISTEM FEDERALISME

Terdapat Perlembagaan Bertulis – merupakan satu sistem pemerintahan terbaik yang

memberi jaminan setiap wilayah mempunyai kuasa autonomi tersendiri ( ada

imbangan kuasa ).

Keperluan kepada pertahanan bersama kerana ancaman keselamatan yang sering

dihadapi oleh negara tersebut. Wilayah- wilayah kecil boleh saling bergantungan di

antara unit-unit gabungan itu ( faktor mengapa Singapura menyertai Persekutuan

Malaysia adalah kerana ancaman komunis dan konfrantasi Indonesia ).

Kesediaan wilayah-wilayah yang bersatu untuk saling bekerjasama dari segi ekonomi

terutamanya soal pembangunan negara (negeri-negeri maju boleh membantu negeri

miskin dalam soal bantuan kewangan manakala negeri-negeri miskin boleh membantu

negeri yang maju dalam soal menyediakan pasaran dan tenaga kerja).

Adanya kepimpinan dan kenegarawanan yang bijak bagi memastikan perjalanan

sistem tersebut dengan baik dan teratur. Faktor kepimpinan dihubungkan dengan

kecekapan pemimpin dalam setiap perundingan dan pentadbiran untuk berusaha

memperkukuhkan sistem persekutuan.

Persamaan dari aspek sosio-budaya seperti bahasa, bangsa dan agama mendorong ke

arah penggabungan wilayah-wilayah menjadi persekutuan yang berjaya.

Page 13: Kenegaraan Malaysia

FAKTOR KEGAGALAN SISTEM FEDERALISME

Faktor ketidaksesuaian : boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu di antara dua

peringkat kerajaan (vertical) dan di antara negeri-negeri itu sendiri (horizontal).

Keadaan ini timbul apabila wujud pertentangan pendapat atau ideologi antara wilayah

terbabit ( contoh ketidaksesuaian wujud antara India dan Pakistan dari segi perbezaan

agama mengakibat perpecahan kedua wilayah ini )

Isu bahasa dan kebudayaan. Masalah akan rumit apabila bahasa dan budaya sesebuah

negeri itu sangat dominan dalam persekutuan.

Faktor kedudukan geografi. Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan

kepulauan menghalang perhubungan di antara satu negara dengan negara yang lain.

Kejauhan jarak menyukarkan perhubungan di antara masyarakat hingga boleh

menanamkan fahaman kedaerahan lalu mempengaruhi kehidupan mereka untuk terus

memencil dengan cara hidup tersendiri (contoh Jamaica keluar dari persekutuan

Trinidad 1956 dan kes Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangladesh) jarak 1000

batu).

Faktor kepelbagaian etnik. Pertentangan akan wujud apabila kuasa pemerintahan

didominasi oleh satu kaum sahaja. Dominasi kuasa ini akan menyebabkan negeri

dalam persekutuan hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan pusat lalu

mendorong mereka untuk menuntut kemerdekaan sendiri (contoh perpecahan wilayah

Yugoslivia 1990 : pertelingkahan antara Serbia dan Croatia )

Masalah ketidak seimbangan kuasa yang akan menyebabkan negeri-negeri tidak akan

berpuas hati dan mewujudkan protes serta tuntutan (contoh Jamaica yang lebih kuasa

daripada kerajaan pusat Trinidad )

Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara wilayah. Timbul apabila wilayah

maju berasa tidak senang hati dan rugi menyerahkan faedah ekonominya kepada

wilayah yang mundur. Untuk mengelakkan perkongsian ini, sesetengah negeri ingin

bebas kerana mahu menjaga kepentingan ekonominya ( contoh Nigeria : tuntutan

wilyah timurnya untuk keluar persekutuan kerana kaya dengan hasil minyak tetepi

gagal)

Page 14: Kenegaraan Malaysia

SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA

SEJARAH

Kewujudan Raja-Raja di negeri-negeri Melayu yang mantap dengan system

pentadbiran masing-masing dan usaha British untuk menyatukan negeri-negeri

Melayu di bawah satu bumbung pentadbiran.

Usaha awal melalui pembentukan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826 dan Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

Melalui perjanjian Bangkok (1909),Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di bentuk.

Malayan Union (1946) dengan sistem yang bersifat ‘kesatuan’ diperkenalkan selepas

Perang Dunia Ke-2.

Kerajaan British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948

sejurus kegagalan Malayan Union.

1957 – Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dan sistem persekutuan dikekalkan.

1963 – Pembentukan Malaysia turut mengekalkan sistem persekutuan yang

diperluaskan di Sabah,Sarawak dan Singapura.

1965 – Pengamalan sistem persekutuan tidak terjejas walaupun Singapura keluar dari

Malaysia.

Page 15: Kenegaraan Malaysia

PEMBAHAGIAN KUASA

1)Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Pembahagian kuasa sistem Persekutuan Malaysia termaktub di dalam

Perlembagan Malaysia.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak boleh menjalankan tugas-

tugas pentadbiran secara bersendirian kerana kedua-dua pihak mempunyai

kaitan antara satu sama lain.

Perlembagaan Persekutuan (Jadual ke-9) memperuntukkan pembahagian

kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri di dalam :

1. Senarai Pertama (Persekutuan)

2. Senarai Kedua (Negeri)

3. Senarai Ketiga (Bersama/Konkaren)

Pembahagian kuasa bertujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan dan

mengelakkan timbul sebarang masalahserta pertikaian antara kedua-dua pihak.

Page 16: Kenegaraan Malaysia

Jadual 10.2 (Pembahagian kuasa)

Senarai (l) Persekutuan Senarai (ll) Negeri Senarai (lll) Bersama/Konkaren

- Hal Ehwal Luar Negara

- Keselamatan Dalam

Negeri

- Pertahanan

- Kewangan

- Kewarganegaraan

- Buruh dan Keselamatan

Sosial

- Pelajaran

- Pengangkutan dan

Perkapalan

-Kerja Raya Persekutuan

dan Tenaga.

-Penerbitan dan Penapisan

-Hal Ehwal Agama Islam

dan Adat Istiadat Orang

Melayu

-Pertanian dan Perhutanan

-Tanah

-Kerajaan Tempatan

-Perkhidmatan Tempatan

-Kerja Raya Negeri dan

Bekalan Air

-Hari Kelepasan Negeri

-Jentera Pentadbiran

Kerajan Negeri

-Biasiswa

-Kebajikan Masyarakat

-Kesihatan Awam

-Perancangan Bandar dan

Kampung

-Perparitan dan Pengairan

-Pengembaraan

-Pemulihan Tanah Lombong

-Kebudayaan dan Sukan

-Ternakan Haiwan

-Kutu Rayau dan Penjaja

-Ukur

-Undang-undang Jenayah

dan Sivil

-Perdagangan dan

Perusahan

-Ubat dan Kesihatan

-Pilihanraya Persekutuan

-Hari Kelepasan

Persekutuan

-Panggung Wayang dan

Tempat Hiburan

-Kebajikan Orang Asli

-Perumahan Persekutuan

-Syarikat Kerjasama

-Penyiasatan untuk maksud

Negeri

-Penyu dan Penangkapan

Ikan di sungai

-Perlindungan Binatang Negeri

dan Burung Liar

-Pengurusan Air

Page 17: Kenegaraan Malaysia

2)Kuasa baki/Risidual

Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa baki perundangan ke atas

perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana senarai Persekutuan ,Negeri

dan Bersama.

Peruntukkan ini memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk menentukan

hal-ehwal dan perkara-perkara yang tidak tersenarai dalam mana-mana Senarai

Persekutuan,Negeri mahupun Bersama.

Jadual 10.3 (Pembahagian dan Bidang Kuasa)

Jenis Kuasa Kuasa Badan Perundangan

Pertama/Persekutuan Kerajaan Persekutuan Parlimen

Kedua/Negeri Kerajaan Negeri Dewan Undangan Negeri

Ketiga/Konkaren Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri

Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri

Page 18: Kenegaraan Malaysia

3)Pemberian Wajib Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada setiap

tahun.

Jadual 10.4 (Pemberian wajib dari Kerajaan Persekutuan)

Jenis Geran Kaedah Perkiraan

Pemberian mengikut bilangan orang di

sesebuah negeri

- 100,000 orang yang pertama pada

kadar RM72.00 bagi setiap orang

- 500,000 orang berikutnya pada

kadar RM10.20 bagi setiap orang.

- 500,000 orang berikutnya pada

kadar RM10.80 bagi setiap orang.

- Baki bagi setiap orang berikutnya

pada kadar RM11.40

Pemberian jalanray berasaskan

kepanjangan jalan negeri berkenaan

Dihitung mengikut perbelanjaan purata

yang di tanggung oleh Kerajaan Negeri

bagi memelihara satu batu di darab

dengan jumlah batuan jalan-jalan negeri

4)Hal Ehwal Tanah

Perkara 92 – Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan

untuk mengambil tanah bagi tujuan perancangan pembangunan.

Tanah itu akan diisytiharkan oleh YDPA sebagai kawasan tanah untuk tujuan

pembangunan ,setelah peraturan-peraturan tertentu di sempurnakan.

Page 19: Kenegaraan Malaysia

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

DEFINISI

Locke (1690) :

Seseorang yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, menjalankan undang-

undang dan juga mentafsirkan undang-undang itu dengan mengecualikan dirinya akan

menggunakan kuasa berkenaan bagi kepentingan dirinya.

Monstesquieu :

Kebebasan tidak akan wujud jika seseorang atau sesuatu badan itu memiliki semua kuasa

perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Konsep atau doktrin pengasingan kuasa ini membawa maksud :

Tiap-tiap badan tidak boleh mengandungi ahli yang sama

Setiap badan adalah bebas dan tidak dikawal oleh badan yang lain

Setiap badan adalah bebas menjalankan fungsinya sendiri

Page 20: Kenegaraan Malaysia

KONSEP DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DALAM DEMOKRASI DI

MALAYSIA

Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia berbeza daripada doktrin

yang asal.Malaysia mengamalkan doktrin yang mengutamakan kuasa relatif antara badan

perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Yang Dipertuan Agong (YDPA),

sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan berkenaan, ini

kerana Malaysia mengggunakan konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang di-Pertuan Agong sebagai

Ketua Negara.Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus merupakan ketua

kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan sahaja

memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan

Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan

iaitu kuasa perundangan Persekutuan.Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang

memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.Baginda

memerintah berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda.Ini bermakna, baginda

tidak boleh untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri.Baginda

memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dan

mengikut budi bicara baginda sendiri yang termaktub dalam Perlembagaan, Artikel 40,

Perkara 2.

Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan

(perundangan) dan badan pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara ketat

diantara kedua-duanya dan dan ianya tidak selari dengan konsep ‘seperation of power’ di

mana kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan. Di sini, badan eksekutif yang

mentadbir juga merupakan orang yang terlibat dalam badan legislatif yang membuat

perundangan untuk dilaksanakan.Ini kerana ahli yang terlibat dalam perundangan dalam

Dewan Rakyat juga merupakan ahli dalam badan pentadbiran (legislatif).Pihak Eksekutif

sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan perundangan (legislatif) dan badan

kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Pada masa

yang sama Perlembagaan Persekutuan - Perkara 122 B juga memperuntukkan bahawa

perlantikan kehakiman ke mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak

Page 21: Kenegaraan Malaysia

Eksekutif yang menunjukkan ada kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak

Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya.Oleh yang demikian

sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak

kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu

kumpulan tertentu sahaja.

Maka itu, idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak

harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan

menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan

pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan perundangan, eksekutif dan

kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang

membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkankuasa itu

kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang

memerintah hanya dibenar menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat

undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman.Begitu juga dengan badan kehakiman

yang hanya dibenrkan melaksana kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang

atau menjalankan kuasa pemerintahan.Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk

mengelakkan pemusatan kuasa di dalam tangan mana-mana pihak.

Page 22: Kenegaraan Malaysia

PEMAKAIAN DOKTRIN PENGASINGAN

KUASA DI MALAYSIA

Pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah agak longgar dan ia diamalkan tidak secara

mutlak.

Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kuasa eksekutif

terletak di bawah Yang di Pertuan Agong. Kuasa berkenaan kemudiannya diwakilkan

kepada ahli-ahli cabinet yang terdiri daripada Perdana Menteri dan para menteri.

Perdana Menteri dan para menteri adalah ahli Dewan Rakyat yang merupakan Badan

Perundangan.

Secara tidak langsung, di Malaysia, Badan Perundangan dan Eksekutif dianggotai

oleh orang yang sama.

Kuasa Kehakiman adalah terjamin kebebasannya dan tidak terikat dengan Badan

Eksekutif dan Perundangan. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan perihal kebebasan ini.

Page 23: Kenegaraan Malaysia

KESIMPULAN:

Malaysia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan yang terbahagi kepada kerajaan

persekutuan dan kerajaan negeri.Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri

dalam bidang tertentu.Tidak ada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang

lain. Perlembagaan Persekutuan (Jadual ke-9) memperuntukkan pembahagian kuasa antara

kerajaan persekutuan dengan negeri kepada 3 senarai iaitu senarai persekutuan,senarai negeri

dan juga senarai bersama.Pembahagian kuasa bertujuan melicinkan perjalanan sistem

persekutuan dan mengelakkan timbul sebarang masalahserta pertikaian antara kedua-dua

pihak.

Bagi mengelakkan penyelewengan kuasa,dotrin pengasingan kuasa telah

dilaksanakan.Namun begitu,dalam konteks perlembagaan Malaysia,doktrin pengasingan

kuasa tidak dipraktikkan sepenuhnya.Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa

yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan

kehakiman dengan Yang Dipertuan Agong (YDPA), sebagai ketua negara yang mempunyai

kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan berkenaan.Dotrin pengasingan kuasa secara relatif di

Malaysia dapat dilihat apabila badan eksekutif yang mentadbir juga merupakan orang yang

terlibat dalam badan legislatif yang membuat perundangan untuk dilaksanakan.

Di Malaysia, kuasa Kehakiman adalah terjamin kebebasannya dan tidak terikat dengan

Badan Eksekutif dan Badan Perundangan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 121

Perlembagaan Persekutuan.Kebebasan kehakiman bukanlah semata-mata untuk

mengelakkan campurtangan Badan Eksekutif terhadap kebebasan para hakim untuk menbuat

keputusan , tetapi juga bermaksud supaya para hakim dapat membuat satu-satu keputusan dan

menggunakan kuasa mereka berlandaskan tanggungjawab kehakiman.Sebarang keputusan

yang dibuat mestilah dikawal oleh nilai-nilai etika dan moral masyarakat-di mana seseorang

yang dapat berfikil boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya sebagaimana

pertimbangan moral para hakim itu sendiri. Sebagai sebahagian dari tanggungjawab

kehakiman,seorang hakim tidak boleh bertindak secara memalukan rakan sejawatannya atau

sehingaga memusnahkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran perundangan.

Page 24: Kenegaraan Malaysia

BIBLIOGRAFI

1 . Pengajian Am : Kenegaraan Malaysia , Kuala Lumpur

2 .http://www.jasa.gov.my

3.Buku SKP 2101 kenegaraan Malaysia.

Page 25: Kenegaraan Malaysia

LAMPIRAN