36
Tugasan Kenegaraan KOD & NAMA KURSUS HNS 2013 : KENEGARAAN TAJUK Perlembagaan merupakan asas penting dalam penubuhan sesebuah negara .Bincangkan.

Tugasan Kenegaraan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KENEGARAAN

Citation preview

Page 1: Tugasan Kenegaraan

Tugasan Kenegaraan

KOD & NAMA KURSUS

HNS 2013 : KENEGARAAN

TAJUK

Perlembagaan merupakan asas penting dalam penubuhan sesebuah negara

.Bincangkan.

 

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

Page 2: Tugasan Kenegaraan

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH:                                                                                             

ISI KANDUNGAN

BIL                                                  KANDUNGAN MUKA

SURAT

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

Definisi Perlembagaan

Konsep Perlembagaan

2.1.1 Konsep Federalisme dalam perlembagaan persekutuan

2.1.2 Bentuk –bentuk Perlembagaan Malaysia

Ciri – ciri perlembagaan

Sejarah Perlembagaan Malaysia

Kandungan Perlembagaan Malaysia

5.1.1 Isi kandungan Perlembagaan

5.1.2 Peruntukkan dalam perlembagaan persekutuan

5.1.3 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negara

3

3 - 4

5

5

6 - 7

8

9

10

11

12

Page 3: Tugasan Kenegaraan

6.0

5.1.4 Peruntukkan yang dianggap istimewa

Kesimpulan

13

14 - 17

1.0  DEFINISI PERLEMBAGAAN

Merujuk Kamus Dewan Edisi yang ke empat ” Perlembagaan ” bermaksud undang-undang atau

peraturan negeri ,dasar pemerintah negeri .[1]

Page 4: Tugasan Kenegaraan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi satu set hak ,peraturan

terperinci,kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara dan

autoriti awam dengan rakyat.Perlembagaan dokumen yang mengandungi set undang-undang

yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh

mentadbir dengan lancar.

  2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN

Profesor Dicey  (dalam Tun Mohd Salleh Abas,1997 ) berpendapat bahawa undang-undang

perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip

undang –undang .Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan

bentuknya, strukturnya, aktiviti - aktiviti aktivitinya, sifat - sifatnya dan peraturan - peraturannya

yang utama. Perkataan ini  juga berasal dari perkataan Latin constitutio, yang

bermaksud undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Maharaja, dan

digunakan secara meluas dalam penggubalan undang - undang berkanun .

Organisasi - organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah :

Ø  Kerajaan - kerajaan dan badan - badan kerajaan

Ø  Persatuan - persatuan sukarela

Ø  Kesatuan Sekerja

Ø  Parti - parti Politik

Ø  Syarikat – syarikat

 Perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang

Page 5: Tugasan Kenegaraan

adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan

membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya

penyalahgunaan kuasa. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997 ) pula menyatakan perlembagaan

merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan

wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin

semua yang terkandung di dalam perlembagaan.Seandainya undang-undang yang dikanunkan

perlembagaan ini tidak dapat dijalankan maka perlembagaan ini tidak akan bermakna.

           Teori pengasingan kuasa mempunyai tiga komponen utama :

i) Badan yang membuat hanya perlu membuat atau menggubal undang - undang dan

   tidak boleh mempunyai kuasa yang lain;

ii) Badan yang memerintah hanya menjalankan pemerintahan dan tidak boleh

     membuat undang-undang dan menjalankan penghakiman; dan

iii) Badan kehakiman hanya membuat penghakiman dan tidak boleh menjalankan

     pemerintahan atau membuat undang - undang. Namun begitu, dalam konteks

     perlembagaan Malaysia dan kebanyakan negara, teori pengasingan kuasa tidak

     dipraktikkan sepenuhnya.

Di Malaysia misalnya, walaupun Parlimen mempunyai kuasa membuat

 undang - undang,  tetapi sebahagian besar daripada undang-undang itu dibuat oleh

badan   pemerintah seperti Yang Di - Pertuan Agong, menteri dan lain -lain. Mengikut teori

pengasingan, kuasa pemerintah hanya menjalankan tugas pemerintahan sahaja dan tidak boleh

mencampuri urusan kehakiman. Tetapi di Malaysia, pemerintah juga boleh menjalankan fungsi

Page 6: Tugasan Kenegaraan

kehakiman, contohnya Menteri Dalam Negeri, iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam

menjalankan pemerintahan, juga boleh menggunakan kuasa untuk menahan seseorang atas

alasan keselamatan. Di samping itu, seorang ahli Parlimen yang berfungsi sebagai pembuat

undang-undang juga dilantik mengetuai mana - mana kementerian bagi menjalankan kuasa

pemerintahan.

2.1.1 KONSEP FEDERALISME DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DI

MALAYSIA.

            Konsep federalisme secara umumnya adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa.

Pembahagian kuasa berlaku di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Selain itu ia juga

berlaku dalam sistem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif ,legislative dan judisiari. Perkara

berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara –perkara

berikut:

i.                    Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan )

ii.                  Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan)

Page 7: Tugasan Kenegaraan

iii.                Perkara 75 (Ketinggian undang –undang persekutuan mengatasi undang – undang negeri )

iv.                Perkara 76 ( Kuasa Parlimen untuk membuat undang –undang kepada negeri  )

v.                  Perkara 76A ( Kuasa Parlimen umtuk membuat undang –undang kepada negeri )

vi.                Perkara 80 ( Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan)

2.1.2 BENTUK – BENTUK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan di dunia terdapat dua bentuk iaitu Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis.

Perlembagaan bertulis mengandungi sifat-sifat seperti sifatnya yang sukar untuk dipinda kecuali

ada peruntukan yang membolehkannya dipinda, Parlimen berkuasa membuat undang-undang

terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan Mahkamah berkuasa untuk mentafsir

undang-undang bagi tujuan melindungi Perlembagaan. Contoh Perlembagaan Bertulis adalah  di

Negara Malaysia. Sementara Perlembagaan Tidak Bertulis pula adalah wujud secara tradisi

diwarisi dalam masyarakat atau negara berkenaan.

PERLEMBAGAAN

BERTULIS

Page 8: Tugasan Kenegaraan

                                                                                                  

            Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

TIDAK BERTULIS

 

Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen tersusun

kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan berlaku sejak

beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh penduduk negara

tersebut sebagai sudah menjadi undang-undang negeri.

3.0  CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

              Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan kepada 15

bahagian.Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukkan – peruntukkan mengenai

berbagai-bagai perkara yang melibatkan kebebasan hak asasi rakyat,kewarganegaraan, badan

perundangan,badan pemerintah , badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa, antara

Page 9: Tugasan Kenegaraan

Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, kedudukan istimewa Orang Melayu,

tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya. Terdapat beberapa cirri yang

menunjukkan kuasa perlembagaan. Antara ciri – ciri Menurut Tun Mohamed Suffian

 ( 1990 ), Perlembagaan Malaysia mempunyai cirri –ciri asas seperti berikut:

i.                    Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

ii.                  Sebagai negara raja berperlembagaan.

iii.                Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.

iv.                Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa

yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin

kebebasan beragama.

v.                  Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang – undang.

vi.                Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga – tiga cabang kerajaan.Seluruh

jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh

birokrasi. Ketiga- tiganya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan

juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan

Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan

pertikaian dan hak serta liability dalam perlembagaan.

 Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi:

      

i.                    Ketinggian Perlembagaan Persekutuan.

ii.                  Yang Dipertuan Agung

Page 10: Tugasan Kenegaraan

iii.                Raja dan Yang Dipertua Negeri

iv.                Jemaah Menteri

v.                  Parlimen

vi.                Pilihan raya

vii.              Kehakiman

viii.            Perkhidmatan awam

ix.                Negeri – negeri

x.                  Perhubungan persekutuan dan negeri

xi.                Peruntukan kewangan 12 : Kebebasan asasi

xii.              Perbuatan subersif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan

xiii.            Agama Islam

xiv.            Kewarganegaraan

xv.              Orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

xvi.            Bahasa Kebangsaan

xvii.          Ibukota persekutuan

xviii.        Pindaan Perlembagaan

          

4.0  SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Page 11: Tugasan Kenegaraan

           Asas perlembagaan persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu.Berikut kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun

1955,Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.Penggubalan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah  membentuk

kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu

pada tahun 1956.Bagi menjalankan tugas penggubalan Perlembagaan .Kerajaan British telah

menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British

sendiri,penasihat Majlis Raja-raja dan pemimpin-pemimpin parti.

        Maka pada 1956.Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk

membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh

kemerdekaan untuk negara.Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid

telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

       Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan daripada parti-parti politik,persatuan-

persatuan bukan polotik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini.Semasa

proses rundingan itu satu memorandum daripada Parti Perikatan telah mendapat

keutamaan.Memorandum berkenaan yang juga disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan

secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang

lain,menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-raja Melayu,kedudukan agama

Islam,kedudukan Bahasa Melayu,kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama

rata.Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai

perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957.

Page 12: Tugasan Kenegaraan

           Manakala sebaik sahaja Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan Tanah Melayu pada

tahun 1963,beberapa peruntukan Perlembagaan persekutuan telah dipinda dan nama persekutuan

Tanah Melayu dengan rasmi telah ditukar kepada MALAYSIA.

5.0   KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Apabila memperkatakan tentang kandungan perlembagaan Malaysia terdapat tiga aspek

yang saling berkait iaitu kerohanian perlembagaan,peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan

perlembagaan.

Aspek kerohanian perlembagaan ialah salah satu working document yang semestinya

hidup,bukan hanya kertas dokumen  yang menyenaraikan undang-undang yang kompleks tetapi

semestinya juga mempunyai ’jiwa’ dan  idealismenya’. Kontrak sosial itu tidak akan hidup jika

ia semata-mata saranan undang-undang yang beku. Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada

lima prinsip Rukun Negara dan mendalami huraian rasmiprinsip-prinsip tersebut.  Antara prinsip

Rukun Negara ialah :

1. Percaya kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran perlembagaan

4. Kedaulatan Undang – undang

5.Kesopanan dan kesusilaan

Page 13: Tugasan Kenegaraan

        Harus diingat bahawa Rukun Negara itu sendiri terbentuk di dalam ekologi krisis.Bukan

sahaja Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diperkuatkan lagi, Akta Hasutan juga diperkuatkan,

selepas ’Peristiwa 13 Mei 1969’, Parlimen digantung dan pentadbiran negara dikendalikan oleh

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang terbentuk melalui

artikel 150. badan Perundingan MAGERAN telah menurunkan ’RUKUN NEGARA’ selaku satu

inti sari Perlembagaan Malaysia.

       Huraiannya dibuat berasaskan kepada tujuan dan matlamat prinsip-prinsip tersebut ke arah:-

ü  Sebuah negara yang bersatu - mengatasi masalah Dualisme Ekonomi.

ü  Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang memilih ahli-

ahli parlimen dan kerajaan.

ü  Sebuah masyarakat adil - khusus untuk keadilan ekonomi.

ü  Sesebuah masyarakat yang liberal - iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik yang

berpanjangan.

ü  Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sainsdan

teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.

Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri.

Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak-kehendak

dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akan

menjadikan arah tuju penubuhan negara Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalam membentuk

perpaduan negara.

5.1.1 ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

Page 14: Tugasan Kenegaraan

 Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 perkara yang dibahagikan

kepada 15 bahagian iaitu :

                            

1.      Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

2.      Kebebasan Asasi

3.      Kewarganegaraan

4.      Persekutuan

5.      Negeri-negeri

6.      Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri

7.      Peruntukan-peruntukan Kewangan

8.      Pilihanraya

9.      Kehakiman

10.  Perkhidmatan Awam

11.  Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat

12.  Am dan pelbagai

13.  Peruntukan sementara dan peralihan

14.  Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb

15.  Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja

Page 15: Tugasan Kenegaraan

5.1.2 PERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

      Perlembagaan Persekutuan terdapat 181 Artikel kesemuanya.Perlembagaan ini telah disusun

dalam 14 bahagian.Terdapat beberapa bahagian yang kemudiannya dipecahkan pula ke

dalam  bab-bab. Terdapat 19 bab kesemunya. Artikelnya 181 pula dipecahkan ke dalam bebrapa

jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Perkara-perkaranya adalah seperti berikut:

1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi persekutuan

2. Kebebasan Asasi

3. Kewarganegaraan

Bab 1- Perolehan Kewarganegaraan

Bab 2- Penamatan Kewarganegaraan

Bab 3- Tambahan  

4. Persekutuan

Bab 1 - Kepala Utama Negara

Bab 2 - Majlis Raja-Raja

Bab 3 - Pemerintahan

Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan

Bab 5 - Acara Perundangan

Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan Guaman,

5. Negeri-negeri

Page 16: Tugasan Kenegaraan

6. Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri

Bab 1 - Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri

Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah

Bab 3 - Pembahagian beban kewangan

Bab 4 - Tanah

Bab 5 - Pembangunan Negara

Bab 6 - Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan kepada Negeri 

           dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri.

Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo,

 7. Peruntukan –peruntukan kewangan

Bab 1-Am

Bab 2- Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo

8. Pilihan raya

9. Penghakiman

10. Perkhidmatan Awam

11. Kuasa – kuasa khas menentang perbuatan subversive, kekerasan yang dirancang dan

perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat.

( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada 31.12.78).

12. Am dan Pelbagai

12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo

13. Peruntukan sementara dan peralihan

Page 17: Tugasan Kenegaraan

14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya

5.1.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI

      Di Malaysia ,Perlembagaan mempunyai beberapa ciri-ciri khusus yang telah membahagikan

kuasa di antara kerajaan iaitu antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Keadaan ini adalah bagi

memastikan pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan

dengan tersusun.

Pembahagian kuasa ini dapat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu :

Bentuk –bentuk senarai Perkara terlibat

Senarai Persekutuan Hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang –

undang jenayah, kewarganegaraan dan lain –lain

Senarai Negeri Hukum syarak, undang –undang  diri dan keluarga orang Islam,

jentera kerajaan negeri, hari kelepasan dan lain – lain. ( meliputi

perkara –perkara yang diserahkan kepada negeri )

Senarai Bersama Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat undang –

undang selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan

Persekutuan misalnya pemberian biasiswa, binatang liar,

kesihatan awam dan lain – lain.

Page 18: Tugasan Kenegaraan

5.1.   4     PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN YANG DIANGGAP ISTIMEWA

       Di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukkan –peruntukkan yang dianggap

istimewa.Perlembagaan Malaysia mengandungi unsur-unsur tradisi dan unsur-unsur baru yang

mewarnai perlembagaan kita. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan beraja, bahasa

Melayu, kedudukan Agama Islam dan hak-hak Istimewa Orang Melayu dan kaum bumiputra.

Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perlembagaan negara ini agak bernasib baik kerana

ia tetap mengikuti tradisi. Ini disebabkan kebolehan dan para pemimpinnya mendapatkan

kerjasama raja-raja Melayu dalam mengorak langkah ke arah kemerdekaan. Perlembagaan

Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas

penjajahan. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang

diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan

kewarganegaraan.

       

          Empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam

perlembagaan Persekutuan ialah :

·         Pemerintahan Beraja  

Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan

·         Bahasa Melayu

Page 19: Tugasan Kenegaraan

Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan

·         Kedudukan istimewa orang Melayu.

Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di Pertuan Agung

·         Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan

KESIMPULAN:

        PersekutuanTanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Manakala

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956.

Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum bertulis daripada orang ramai. Hal ini

menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat persetujuan dan

pandangan majoriti rakyat Malaysia.

Page 20: Tugasan Kenegaraan

       Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum melayu dan bukan melayu bersetuju atas

beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Perlembagaan Malaysia bukan

sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan juga kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Melalui kontrak sosial ini orang bukan melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar

berasaskan prinsip Jus Soli.

      Hak orang melayu dikekalkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu

dan kedudukan istimewa orang melayu serta kedudukan Raja - raja Melayu. Akhirnya Draf

Perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisthiyarkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu

pada 31 ogos 1957.

Antara kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara ialah,

Perlembagaan menjaga kestabilan dan kesihatan dalam sebuah Negara kerana semua hal

mengenai cara pemerintahan sebuah Negara sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini akan

mencegah kedua - dua pihak daripada bertindak sesuka hati. Jadi, dengan adanya perlembagaan

sebuah negara dapat diperintah secara tersusun, adil dan bertanggungjawab. Pindaan kepada

perlembagaan hanya boleh dilakukan oleh Parlimen dan sekiranya dua pertiga daripada ahli

perlimen bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan.Ini adalah batasan bagi menyekat

golongan –golongan tertentu dari meminda perlembagaan mengikut kehendak mereka.

      Perlembagaan adalah penting untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial

yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara. Perlembagaan

membolehkan kepentingan semua kaum di Negara Malaysia dilindungi. Perlembagaan Malaysia

menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan Agama Islam,

kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah

dan Sarawak dan lain - lain.

Page 21: Tugasan Kenegaraan

      Oleh itu, perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur

serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan

autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan merupakan panduan asas

kepada perlaksanaan sistem politik di negara kita. Perlembagaan tokoh melayu merupakan

panduan asas yang berlandaskan satu kontrak sosial yang persetujuan antara kaum di negara ini.

Dari segi sejarah, terdapat. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap

sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai antara orang melayu, cina dan

india dan berkait rapat dengan unsur - unsur tradisional yang meliputi hal - hal berikut :

1) Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan raja melayu tidak boleh dipersoalkan.

Perlembagaan 1948 mengasaskan konsep Raja Perlembagaan

2) Kedudukan istimewa orang melayu ( yang meliputi perkhidmatan awam, biasiswa

dan segala bentuk bantuan berkaitan dengan permit tidak boleh dipersoalkan )

3) Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli bagi mereka yang lahir sebelum,

semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuat kuasa

undang - undang. Hak kerakyatan juga boleh dimohan melalui cara permohonan dan

naturalisasi.

4) Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan

             5 ) Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain tidak dihalang

pengunaan,pengajaran dan pembelajarannya.

          Perlembagaan Malaysia bukan sahaja sebagai institusi utama tetapi juga menjadi‘ kontrak

sosial ’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia. Proses penggubalan dan penerimaannya

penuh dengan perundingan, perdebatan dan tolak – ansur di antara kelompok masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya masih diperkatakan dari segi

Page 22: Tugasan Kenegaraan

legitimasi politiknya. Dalam konteks hubungan etnik di negara kita, Perlembagaan dapat

mewujudkan keadilan sosial di Malaysia melalui pengurangan jurang perbezaan ekonomi dan

struktur antara wilayah. Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial aabila ia dapat

mewujudkan pengagihan yang saksama dari segi pembangunan negara keseluruhannya.

          Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila dapat menjamin kebebasan asasi

manusia berdasarkan hak yang ditentukan meliputi kebebasan diri, bercakap, berhimpun dan

menubuhkan persatuan, beragama, bebas daripada menjadi hamba abdi dan melakukan kerja

paksa, perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakang dan

perbicaraan yang berulang, hak terhadap harta dan hak mengenai pelajaran. Perlembagaan dapat

mewujudkan keadilan sosial apabila ia dapat menentukan pembahagian kuasa antara kerajaan

Persekutuan dan kerajaan negeri. Peruntukan kuasa itu yang meliputi perkara untuk kepentingan

bersama.

          Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan

pentadbiran dan kestabilan politik. Sistem politik atau jentera pentadbiran negara kita

menjalankan proses pentadbiran dengan adalah rujukan dari Perlembagaan Negara kita. Ia akan

menjamin kelancaran pentabiran khususnya dalam kabinet negara kita dalam semua

kementerian.Kepentingan perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan

dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.

Kepentingan perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan

diri,kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Pada masa yang sama, apabila ia dapat

menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan

Page 23: Tugasan Kenegaraan

pentadbiran berjalan dengan lancar. Tambahan pula, juga dapat memupuk unsur taat setia kepada

negara. Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak

setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain. Dalam konteks hubungan etnik,

Perlembagaan negara kita juga berfungsi bagi mewujudkan  keadilan hubungan sosial antara

kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan

pergaduhan antara kaum.

           Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan ( 1970 ), yang menghadkan kebebasan

bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Perlembagaan kita juga menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera

di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam

Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Perlembagaan juga penting

untuk  mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara

dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.

          Sebagai kesimpulannya, perlembagaan adalah asas undang – undang di dalam sesebuah

negara.Perlembagaan memainkan perana yang besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan

negara Malaysia.Perlembagaan Malaysia yang panjang, terperinci, dan rumit namun memberi

banyak manfaat kepada perjalanan pentadbiran negara. Perlembagaan merupakan tunjang utama

dalam pentadbiran sesebuah negara.Malah perlembagaan memainkan peranan dalam membentuk

dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.Justeru,

perlembagaan merupakan komponen penting dalam sesebuah negara.

Page 24: Tugasan Kenegaraan
Page 25: Tugasan Kenegaraan

7.0 RUJUKAN

1.      Mohd.Noor Yusuf, Perspektif, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.2009 .

2.      Sulaiman Zakaria,Azmah Che Omar,Penubuhan Malaysia, Petaling Jaya: Pustaka Cahaya

Intelek.2004

3.      Karim Roslan, Malaysia dalam Peralihan ,Singapura; Times Book International.2003

4.      Sivachandralingam Sundara, Raja,Ahmad Kamal Ariffin Mohd Yus, Ho Hui Ling, Noraini

Mohamed Hassan, Nurul Asnida Abu Bakar, Sejarah Masih Revelan,

Shah Alam: Karisma Publications.2008

5.      Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP).1987

6.      Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan . Kenegaraan Malaysia.Serdang: Universiti.Putra

Malaysia (UPM).1997

7.      Tengku Anuar Tengku . Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Al-Azim Sdn. Bhd.

1997

8.      Mohd Syafiqie Abd Rahim, Artikel : Memahami kontrak sosial dan kedudukan menurut

perlembagaan Malaysia.2008

Page 26: Tugasan Kenegaraan

9.      Kulanz Salleh, Artikel : Perlembagaan Malaysia. 2010