21
Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia SITI ZAINUN MAT PENGENALAN Pelajaran sejarah memang telah diterima umum dalam dunia pendidikan sebagai satu mata pelajaran sosia!. Di Malaysia, pengajaran mata pelajaran ini meliputi hampir semua peringkat pengajian sarna ada sekolah rendah, sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi. Dalam memperkatakan ten tang pelajaran sejarah di sekolah- sekolah, penekanan tidak lagi diberikan kepada pengertian perkataan 'sejarah' dari segi idea atau falsafahnya. Sebenamya hal tersebut telah sekian lama dibincangkan oleh sejarawan-sejarawan dari dahulu hingga sekarang.' Maka, perkara yang perlu diketengahkan kini ialah kenapa pelajaran sejarah perlu diajar kepada murid-murid di sekolah-sekolah? Dalam hal ini, sebagai seorang guru sejarah dan sejarawan, Profesor Wang ' Gungwu telah menegaskan bahawa pelajaran itu perlu diajar kerana ia merupakan satu mata pelajaran yang penting. Antara lain pada pengamatan beliau, ... we teach history because it is an essential part of the education of the young people of the most all modem nations and I will take for granted that it isa subject which is taught in school and universities and something educationists arc agreed upon as a basic education for every body... l Justeru itu, pelajaran sejarah sebagai pendidikan asas untuk semua orang adalah suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Kepentingannya memang diakui oleh ramai sejarawan dan intelegensia. Sejarawan-sejarawan tanah air seperti Profesor Khoo Kay Khim, Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid dan perancang- perancang di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri banyak memberikan pendapat dalam membincangkan kepentingan pelajaran tersebut dari berbagai aspek. KEPENTINGAN PELAJARAN SEJARAH OJ MALAYSIA Sebagaimana yang telah diketahui, sasaran utama mata pelajaran sejarah ialah pelajamya. Mereka merupakan golongan yang penting dalam proses pembentukan keperibadian bangsa, pembangunan negara dan masyarakat. Oleh itu, penekanan yang khusus dari segi kesedaran dalam pendidikan sejarah haruslah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi. Keadaan ini dapat diwujudkan\Jcerana pelajarall sejarah mempunyai kaitan yang rapat dengan tindak tanduk manl1sia. 3 Perkisahan I Perincian lentana pc:ngertian sejarah dari segi falsafahnya atau idea dapat dilihat dalam buk.u·buku u.mpamany&. Muhd . Yusofbin Ibrahim. &}tuah. Kuala Lumpur, 1986. E.H Carr. Wharfs HUlory Hannindsworth, 1961 dan R.G Collingwood, 1M ItinJ of History, London. 1966. 2 Wanl Gungwu. _ "The: Teaching of History In Soulheast Asian Context''. dalam Hutory lis- PTobinru In Ala/Gp, edt. ZaiRal Abidin Ab. Wahid, Kuala Lumpur, 1964. h. 1. 3 lhid. Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan Di ... · Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia SITI ZAINUN MAT PENGENALAN Pelajaran sejarah memang

  • Upload
    others

  • View
    108

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Kepentingan Pelajaran Sejarah Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

SITI ZAINUN MAT

PENGENALAN Pelajaran sejarah memang telah diterima umum dalam dunia pendidikan sebagai

satu mata pelajaran sosia!. Di Malaysia, pengajaran mata pelajaran ini meliputi hampir semua peringkat pengajian sarna ada sekolah rendah, sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi. Dalam memperkatakan ten tang pelajaran sejarah di sekolah­sekolah, penekanan tidak lagi diberikan kepada pengertian perkataan 'sejarah' dari segi idea atau falsafahnya. Sebenamya hal tersebut telah sekian lama dibincangkan oleh sejarawan-sejarawan dari dahulu hingga sekarang.' Maka, perkara yang perlu diketengahkan kini ialah kenapa pelajaran sejarah perlu diajar kepada murid-murid di sekolah-sekolah? Dalam hal ini, sebagai seorang guru sejarah dan sejarawan, Profesor Wang ' Gungwu telah menegaskan bahawa pelajaran itu perlu diajar kerana ia merupakan satu mata pelajaran yang penting. Antara lain pada pengamatan beliau,

... we teach history because it is an essential part of the education of the young people of the most ~countriesand all modem nations and I will take for granted that it isa subject which is taught in school and universities and something educationists arc agreed upon as a basic education for every body ... l

Justeru itu, pelajaran sejarah sebagai pendidikan asas untuk semua orang adalah suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Kepentingannya memang diakui oleh ramai sejarawan dan intelegensia. Sejarawan-sejarawan tanah air seperti Profesor Khoo Kay Khim, Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid dan perancang­perancang di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri banyak memberikan pendapat dalam membincangkan kepentingan pelajaran tersebut dari berbagai aspek.

KEPENTINGAN PELAJARAN SEJARAH OJ MALAYSIA Sebagaimana yang telah diketahui, sasaran utama mata pelajaran sejarah ialah

pelajamya. Mereka merupakan golongan yang penting dalam proses pembentukan keperibadian bangsa, pembangunan negara dan masyarakat. Oleh itu, penekanan yang khusus dari segi kesedaran dalam pendidikan sejarah haruslah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi. Keadaan ini dapat diwujudkan\ Jcerana pelajarall sejarah mempunyai kaitan yang rapat dengan tindak tanduk manl1sia.3 Perkisahan

I Perincian lentana pc:ngertian sejarah dari segi falsafahnya atau idea dapat dilihat dalam buk.u·buku u.mpamany&. Muhd. Yusofbin Ibrahim. Peng~rlion &}tuah. Kuala Lumpur, 1986. E.H Carr. Wharfs HUlory Hannindsworth, 1961 dan R.G Collingwood, 1M ItinJ of History, London. 1966.

2 Wanl Gungwu._ "The: Teaching of History In Soulheast Asian Context''. dalam Hutory T~: lis-PTobinru In Ala/Gp, edt. ZaiRal Abidin Ab. Wahid, Kuala Lumpur, 1964. h. 1.

3 lhid.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

tentang tokoh-tokoh adalah perkara yang pasti. Dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka contohnya, pelajar-pelajar ditemukan dengan tokoh-tokoh seperti Hang Tuah, atau Sultan Mahmud Shah. Sementara dalam sejarah nasionalisme, diketemukan pula dengan Jose Rizal, Dato' Onn, Ghandi, atau dari sejarah pemimpin-pemimpin·Barat seperti Abraham Lincoln, Hitler dan sebagainya. Dengan mengikuti kisah tokoh-tokoh tersebut, dari latarbelakang, kegemilangan dan kejatuhan mereka, pelajar-pelajar akan dapat mengambil iktibar seperti ciri-ciri tokoh yang patut diteladani atau sebaliknya. Dengan itu secara tidak langsung, pelajar­pelajar akan dapat menilai dan seterusnya membentuk keperibadian yang terpuji.

Kesedaran ini juga memang telah lama wujud dalam pendidikan tradisional kita atau semasa pendidikan British. Pelajaran 'Stories From The Past' contohnya adalah mata pelajaran yang menekankan penceritaan tentang tokoh-tokoh yang dianggap boleh membentuk perilaku pelajar-pelajar kelak.4 Dalam hal ini pada pandangan Aminuddin Baki, adalah baik bagi kanak-kanak sarna ada lelaki atau perempuan untuk mendengar atau membaca mengenai tokoh-tokoh yang lepas supaya mereka dapat 'discriminate between disinterested and selfish purpose or between heroism and cowardice'. S

Dengan mempelajari sejarahjuga, seseorang itu dapat mengetahui berbagai ilmu pengetahuan. Ini kerana pelajaran sejarah kerap kalinya akan menyentuh pengetahuan yang terkandung dalam lain-lain mata pelajaran seperti sains, agama, geografi, kesusasteraan atau seni. 6 Ia bukan sahaja satu mata pelajaran tetapi meliputi lain-lain pelajaran. Oleh itu, pengetahuan individu akan menjadi lebih luas dan mencakupi pelbagai bidang. Di samping itu, pelajaran sejarah juga dapat memberitahu apa yang seharusnya diketahui oleh manusia seperti sejarah kejadian sesuatu ciptaan, kewujudan bangsa, perkembangan negara, revolusi dan sebagainya. Pengetahuan ini tentu sekali akan memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. .

Melalui pelajaran sejarah juga, pelajar-pelajar akan dapat memenuhi naluri ingin tahu iaitu perasaan yang dialami oleh kanak-kanak dalam proses pembesarannya.7 Mereka sering bertanyakan ten tang fenomena yang wujud di sekeliling mereka. Pelajaran sejarah terutamanya di sekolah-sekolah akan dapat memenuhi persoalan terse but kerana ia telah menyediakan rentetan sebab dan akibat kepada sesuatu peristiwa yang berlaku. Selain dari itu, pelajaran sejarah juga dapat mengasah individu menjadi lebih cergas dan kritis.· Ini kerana pengajian sejarah melibatkan proses pengumpulan data, penelitian, pemilihan, kritikan dan penafsiran kembali. Untuk mencapai satu kesimpulan yang baik dan benar dalam pelajaran ini, maka secara tidak langsung ia telah melatih individu supaya cekap menangkap butir-butir yang ditemui dan cergas dalam menilai sebab, kesan atau jangkaan secara kritikal.

Dalam hidup bermasyarakat pula, peri pentinguya kesedaran terhadap masa lalu memang telah disedari dan diketahui umum. Kepentingan terhadap kesedaran sejarah bertambah nyata lebih-Iebih lagi dalam konteks Malaysia hari ini yang mempunyai penduduk yang berbilang. kaum seperti bumiputra, China dan India.9 Kaum-kaum ini

4 'Stories from The Past' ad.lah satu mata pclajaran yang diajar kepada pelajar sekolah rendah iailu darjah dua dan tip semasa pentadbiran pelajaran berada di bawah Inggeris. Ibill.

5 Aminuddin Bald. 71r~ National School of Mmaya - lis Problems. Propoud Curriculum 0IId Act;';t~s. Kuala Lumpur, h. 11. .

6 V. Nadarajan. "Revolusi Oalam Pengajaran Scjarah", Dewan MasyoraJcQI Jilid II , Bi!. 6 (lun 1913) h. 23-24. 7 Asiah Abu Samah, "Perkcmbangan Sukatan Pelajaran sejarah Di Sekolah-sekolah Malaysia", Malaysia: Stjaroh don

Proses Ptmlxmgauum KlUlla Lllmpw. 1979. h. 349. 8 Jagdish Raj Sharma, "Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah: Beberapa Pertimbangan dan Persoalan". Pengajaran don

Pemlw/ojaran &jarah Di &k.a/lJIt-ukolah Malaysia, Kuala Lumpur, 198.5, b . .5. 9 Perbincangan tentang kepentingan sejarab dalam konteks bermasyarakat telah dibincangkan secara umum oleh

Proresor ZainaJ Abidin Abdul Wabid. "Penyelidikan. Penulisan dan Pengajaran Sejarah Tanahair Untuk Memupuk Keperibadian Kebangsaan Malaysia" dalam A.siU K~lnuIaytJQII K~bangSlUVf, Kongres Kebudayaan Kebangsaan, KuaJa Lumpur. 1973, h. 149-1.52.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

pula mempunyai dan mengamalkan adat resam, kebudayaan dan agama yang berbeza antara satu sarna lain. Malah terdapat keterpisahan yang jelas sehingga satu keperibadian Malaysia masih terlalu samar dalam pandangan dunia luar.

Ekoran dari keadaan yang unik ini, maka usaha untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan berpadu adalah hakikat yang lidak dapat dinafikan lagi. Justeru itu jelas sekali bahawa di Malaysia harus wujud perasaan saling hormat menghormati, faham memahami antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Dalam mewujudkan ke~daan ini, kesedaran ten tang kewujudan kita atau siapa kita adalah penting, supaya "Iangit dapat kita junjung dan bumi dapat kita pijak". Untuk mengetahui siapa kita, maka tiada lain yang dapat menerangkannya kecuali pengajian sejarah. Melalui pelajaran kita akan dapat mengetahui keturunan kita dan yang lebih penting ialah dapat mengenali, memahami dan menilai kedudukan kita. Dengan kata lain, sejarah dalam konteks berkumpulan,

•... will help preserve the groups indentity and strcnghthen the groups capasity to survive. I 0

Di samping itu, pendidikan ten tang kebudayaan yang terdapat dalam pelajaran' sejarah juga akan dapat mengenalkan masyarakat Malaysia dengan kebudayaan mereka sendiri dan kebudayaan masyarakat lain yang diam di sini. Dengan kefahaman ini, maka sebarang prasangka akan dapat dihapuskan. Hal ini dapat diperjelaskan lagi dengan ucapan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di suatu majlis perasmian. 11 Antara lain beliau telah mengatakan bahawa sejarah akan dapat mengembalikan rakyat kepada realiti, yang menjadi titik tolak dalam menyelesaikan masalah secara bermaruah. Ini dapat dilakukan dengan menghayati sejarah yang sebenamya iaitu memahami latarbelakang sejarah negara tindakan yang akan dilakukan . mencerminkan warisan tamadun bangsa. Pada pengamatan beliau, kewujudan masyarakat yang buta sejarah adaiah masalah yang besar kepada negara Malaysia. Ini kerana seringkali wujud golongan yang mempertikaikan k.ebenaran sejarah sedangkan sebenamya mereka sendiri tidak tahu.

Sehubungan dengan itu, bagi sebuah negara yang membangun seperti Malaysia, tiga perkara penting yang tidak dapat ditolak ialah warganegara yang baik, keamanan dalam negara dan perancangan yang menguntungkan negara. Dalam melahirkan warganegara yang baik, selain dari yang telah diutarakan sebelum ini, Asmah Haji Omar telah mengatakan,

Cinta terbadap negara dapat disernai dengan meJetakkan satu pencgasan yang menyeluruh dalam pelajaran sejarah dan ilmu aIam negara ini supaya kanak-kanal dapat dibiasakan dengan lingkungan dan iatarbelakang mereka sendiri dan tidak dalam Iingkungan latarbelakang negara-negara lain yang letaknya jauh dari negara mereka. ll

Dengan pengetahuan sejarah juga, rakyat dapat melihat 'keperibadian Malaysia dan zaman silam yang dilalui oleh negara ini. Keagungan dan perisliwa yang berlaku ke atasnya seperti zaman kegemilangannya atau hubungannya dengan negara-negara lain akan dapat membangkitkan perasaan bangga dan kasih rakyat terhadap Malaysia. Dengan itu, perasaan cinta dan taat selia kepada tanahair akan dapat disemai. Dalam hal ini tentunya kita dapat menolak tulisan-tulisan yang memesongkan kebenaran negara Malaysia seperti tulisan seorang wartawan Barat yang berada di Singapura, Alex Josey yang mengatakan bahawa orang Melayu tidak

10 WIlIl8 Gungwu., 1"M Use 0/ HiJlory. Kuala Lumpur, 1968, h. l. . t 1 Ucapan Vans Berhormat Datu!: Seri Najib Tun Razak dalam perasmian Etspo Buku dan Warisan Sejarah Malaysia.

Sila rujuk "Kesedaran Sejarahjadi PenyeJesaian masalah Sccara Menye!uruh", dalam UlrlSan Malaysia 27hb. Oktober, 1987.

12 Asmah Haji Omar. "Rulcunnepra Oalam Pendidikan", dalam (cd.), Ibrahim Saad /$11 PnulJdikan OJ Ma1aY3iD. Kuala Lumpur, 1986. h. 461.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

mempunyai sejarah kecuali perlanunan. 13 Dari pengetahuan sejarah, tentulah jelas kepada kita tentang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka di kurun kelima belas dan keenam belas yang telahpun mempunyai satu sistem pentadbiran yang teratur. Malah pada zaman itu telah wujud undang-iindang bertulis seperti Undang-Undang Laut Melaka, polis, balai raya, peraturan cukai, sistem pemiagaan yang sistematik dan protokol istana, sebaliknya daripada apa yang dikatakan oleh Alex Josey itU. 14

Tidak kurang pentingnya juga ialah peranan sejarah dalam memberikan teladan supaya peristiwa pahit yang pemah dilalui oleh negara ini tidak akan berulang lagi. Penjajahan Inggeris dan Peristiwa 13 Mei,.1969 adalah antara contoh yang menunjukkan bagaimana perpecahan rakyat telah memberi kesan kepada keamanan negara." Hal ini tidak hanya berlaku di negara ini sahaja tetapi hakikat yang sarna juga dapat dilihat dalam sejarah negara-negara di luar dari Malaysia.

Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pelajaran sejarah adalah sangat penting dalam melahirkan rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, bangga, bertanggungjawab sebagai warganegara dan mempunyai sifat nasionalis -terhadap negaranya. 16 Memandangkan kepada kepentingan pelajaran ini kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar, maka Majalah Guru misalnya telah menyuarakan ten tang perlunya pelajar-pelajar di sekolah-sekolah mengambil inti atau iktibar dari pelajaran tersebut dan tidak hanya membaca buku-buku sejarah untuk tujuan lulus dalam peperiksaan sahaja. 1 7

Meskipun perbincangan di atas belum meliputi keseluruhan contoh-contoh kepentingan sejarah di Malaysia, tetapi peri pentingnya pelajaran ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Dalam semua aspek, ia menjadi titik tolak dalam sebarang tindakan yang rasional. Namun begitu, satu perkara yang perlu diberi penekanan ialah operasi penyebaran ilmu sejarah itu sendiri. Walaupun secara teorinya, pelajaran sejarah berupaya melaksanakan apa yang telah dibincangkan di atas, tetapi tanpa penulisan yang baik, adil clan benar, penyebar yang baik serta sumber yang tepat dan jelas, seniuanya mungkin boleh mengelirukan dan boleh menjadi propaganda pada sesetengah pihak. Dalam hal ini, kerjasama dari semua pihak dalam operasi yang berhubung dengan pelajaran sejarah adl1lah perlu supaya matlamat pelajaran tersebut benar-benar tercapai. Sebagaimami yang telah diketahui, dari segi matlamatnya, pelajaran sejarah adalah satu rancangan jangka panjang. Justeru itu, pengamatan terhadap kedudukan mata pelajaran ini dalam sistem pendidikan di sekolah-sekolah adalah sangat penting. Keadaan inilah yang akan ditinjau dalam bahagian-bahagian. yang seterusnya. Pelajaran Seiarah Oi Tanah Melayu Sebelum Pendidikan InggerislB

Latarbelakang Sebelum kedatangan Inggeris dan kuasa-kuasa Barat amnya, Tanah Melayu

13 Lihal'Othman Mohd. Yatim. "8enarkah Orang Melayu..Berketurunan Lanun?" dalam Dewan masyorakol Jilid 11. Bil. 7 (Julai 1973) h. 4i-42. Lihatjuga rencara tulisan Profesor Zainal Abidin Ab. Wahid. AsQS KebudayQon Kebangsaon. h. 149-150.

14 Kcadaan pentadbiran negeri Melaka yang (eratur dan sistematik dalam kurun yang dibicarakan dapal dilihal umpamanyidalam tulisan Zainal Abidin Wahid. "Empayar Melaka Seointas Lalu I" dan "Empayar Mc;laka Sepintas Lalu II" dalam Zainal Abidin Ab. Wahid, pnys .. Sejarah Malay.fia Sepinla.f Lalll, Kuala Lumpur, 1983. h. 23-33.

IS Untuk ketcrangan lanjut lihal N~ga,a Kila: S~ja,ah Penladhi,andan Dasa,-da..fa, Pemhangunan. Kuala Lumpur, 1980. 16 Jagdish Raj Sharma. "Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah," h. 5. 17 "8agaimana PaM Membaca Tawarikh", Majalah GUTII Bil. 4, (April 1935) h. 123-125. 18 Pcndidikan lnacris mcnjadi titik tolak dalam pcrubahan pcndidikan di Tanah Mclayu kcrana scbelum pcnjajahan

Ingeris. pcnjajahan Belanda (di bawah Syarikal Hindia Timur Belanda) dan Portugis sclcpas 1511 tidak pcmah mcnggugat kcujudan pcndidikan yangtclah scdia ada iaitu pcndidikan Melayu tradisi di Tanah Mclayu. Kedatangan Inggcris yang ditandai dcngan pcngambilan Pulau Pinang olch Francis Light pada tahun 1876 dan Stamford Raffles di Singapura pada tahun 18191cJah mcmulakan pcrubahan baru dalam dunia pcndidikan di Tanah Mdayu. Mulai dan dckad itu badan-badan mUbaligh Knstian tcJah mula mcmpcrkcnalkan sistem pcndidikan Inggeris yang bcrdasarkan kepada pcndidikan mcrcka di England. Sistcm pcndidikan Melayu tdah dikritik scbagai pcndidikan yang tid",k fungsional. Pendidikan sckuJar inilah yang scdikit dcmi sedikit telah menghapuskan institusi pcndidikan istana dan tradisi di Tanah Mclayu sehingga pcndidikan di negard ini .wujud scpcrti yang ada pada hari ini.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

berada di bawah kuasa sultan-sultan Melayu. Mereka berkuasa di negeri masing­masing dengan cara pentadbiran mereka sendiri. Pada pengamatan R.O Winstedt,

Even before the Portugese took Mallacca in 1511, the Malays were in some respects as civilized people, having their own political system, art. science and literature. ' 9

Ketamadunan orang Melayu tidak hanya terlihat dalam bidang-bidang yang disebutkan oleh R.O Winstedt itu sahaja tetapi lebih dari itu seperti dalam bidang pendidikan dan ilm\! pengetahuan. Ini terbukti dari lawatan Rames ke Melaka pada tahun 1810 yang melaporkan bahawa telah wujud satu jenis pendidikan yang berteraskan agama Islam iaitu 'Koran School'.2· Kelas-kelas ini menurut Rames adalah bentuk pendidikan tradisi yang mengajarkan versi-versi dari kitab Al Quran dalam bahasa Arab. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri dari budak lelaki Melayu.

Mengikut catatan Munshi Abdullah dalam Hikayat Abdul/ah, sekolah-sekolah Quran ini banyak terdapat di negeri-negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang iaitu negeri-negeri yang dilawati oleh beliau.21 Walaupun negeri-negeri lain tidak disebut, tetapi .besar kemungkinannya seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu pada masa itu turut terlibat. Oleh itu dapat kita katakan bahawa pendidikan Melayu tradisi ini telah wujud dalam corak pengajaran dan pengajian yang berteraskan kepada keagamaan Islam.

Walaupun dikatakan pendidikan'Melayu tradisi sebagai pendidikan yang tidak . formal tetapi tidak keterlaluan kalau dikatakan ia telah wujud sebagai pendidikan 'formal' dalam erti kata selari dengan zaman itu iaitu telah ada tempat, sistem pendidikan sendiri, kurikulum serta kelayakan mengajar, yang menjadi ciri-ciri pendidikan di sekolah. Mengikut siStem pendidikan ini, biasanya pelajar akan dihantar oleh ibu bapa mereka ke rumah guru-guru. Biasanya mereka dibekalkan dengan tikar, bantal, periuk nasi dan beras.22

Guru-guru yang mengajar dalam sistem pendidikan ini dikenali sebagai Haji atau Khatib iaitu mereka yang arif dalam agama Islam. Kearifan seseorang guru adalah menjadi satu kelayakan yang sangat penting. Hal ini juga jelas kelihatan di zaman kesultanan Melayu Melaka. Di zaman pemerintahan sultan Mahmud Shah, terdapat seorang alim yang bemama Maulana Sadar Jahan atau Makhdum Sadar Jahan.23 Sultan Mahmud Shah dan puteranya dikatakan telah berguru kepada Maulana tersebut.

Sementara itu, cara pengajaran kelas-kelas Quran ini adalah menadah kitab iaitu Al Quran. Guru-guru (biasanya satu kumpulan mempunyai seorang guru) akan membaca dan menghuraikan isi kandungan Al Quran, manakala pelajar-pelajar duduk bersila mengelilinginya. Dalam hal ini kurikulum pelajaran adalah ditetapkan dan dirancang sendiri oleh guru-guru tersebut mengikut budi bicaranya. Walaubagaimanapun, kurikulum·tersebut tidak lari dari aspek keagamaan Islam dan Al Quran sarna ada pembacaan, penafsiran atau perkisahan dari kitab suci itu. Mengikut Rames, beliau terkejut kerana guru-guru yang mengajar itu mengatakan bahawa mereka bertanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak untuk membaca

19 D.D Chelliah. A Hitloryof E:duclliional Policy a/Straits Settlemmts.With RLcommentlation For A NeM' Sys/em Based On . Vernaculars. Kuala Lumpur, 1947, h. 5.

20 Ibid. h. IZ. 21 Kementerian Pelajaran Malaysia, LoporlJll PerlwllIUUUI Dasar Pelajaran TerluJdap Pe/ajarlJll Agamo Islam Mengikut

Syor-syor Penyala RozoJc 1956 dan Jawolonkwua MenyemlJk Pe/ajaran 1960, Kuala Lumpur, 1912. Lihat Bab I. 22 Chelliah. A Histo,.y of Educational Policy of Straits SeltlnMnlS, b. 12. 23 W.G Shellabear. Sejarah Mefayu, Kuala Lumpur, 1975, h. 240.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

versi-versi dari Al Quran dalam bahasa Arab yang tidak difahami oleh kanak-kanak tersebut, sebelum menghuraikannya dalam bahasa Melayu. 24 Mereka dikatakan diajar untuk ·mengulang-ulang dengan betul abjad Arab dalam setiap memulakan kelas dan mengakhiri kelas mereka. Kebenaran hal ini dapat diakui jika dilihat pada kisah yang terdapat dalam Sejarah Melayu,

Dan Tun Mai Ulat Bulu itu mengaji pada makhdum. barang yang diajarkan oleh makhdum itu tiada diturutinya oleh Tun Mai Vial Bulu, kerana lidah Melayu itu tiada dapat mengikut lidah Arab, amat keras. H

Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran biasanya dihantar ke Mesir, Mekah, Kaherah atau ke negeri-negeri jiran seperti Indonesia dan Sumatra.

Pelajaran Sejarah dalam Pendidikan Melayu Tradisi Dalam pendidikan tradisi ini, pelajaran sejarah tidak wujud seperti pelajaran

sejarah yang kita lihat sekarang. Ia tidak muneul sebagai satu bidang ilmu atau disiplin yang khusus dan berasir.gan seperti yang ada pada hari ·ini, tetapi ia lebih kepada tujuan untuk iktibar atau memberi pengajaran berdasarkan kepada kisah kenabian dan pahlawan-pahlawan Islam. Malah Al Quran itu sendiri jelas memperlihatkan riwayat-riwayat kenabian. Antara nabi-nabi dan kisah-kisah ten tang sejarah manusia lalu yang terdapat di dalamnya ialah seperti kisah Nabi Adam, Nabi Daud, Nabi Hud, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Yusuf, Nabi Nuh, Nabi Luth, kisah Nabi Musa dan Firaun, kisah Maryam, Nabi Salleh, kaU1:n Sabaq, Thakut dan Jahit, zul Qamain dan lain-lain peristiwa yang semuanya boleh memberi pengajaran kepada man usia.

Pengkajian pelajaran sejarah dalam sislem pendidikan tradisi ini juga dapat dikatakan lebih berupa kenyataan ten tang masyarakat lampau yang tidak bertujuan untuk perbineangan atau perdebatan. Meskipun ia wujud sebagai pelajaran yang memberikan iktibar atau pengajaran, tetapi konsep pelajaran sejarah telah ada dan diterima sebagai satu aspek pendidikan yang penting. Dalam hal ini buku-buku teks yang digunakan ialah kitab suei Al Quran itu sendiri dan hikayat-hikayat ten tang pahlawan-pahlawan Islam.

Sementara itu sistem pendidikan Melayu tradisi juga dapat ditemui dalam institusi istana. Di istana biasanya tersimpan buku-buku yang dipanggil kitab iaitu hasil tulisan penulis-penulis atau ulama'ulama ketika itu sarna ada penulis tempatan ataupun penulis dari luar seperti Sumatra atau dari Timur Jauh. Tempat yang biasa digunakan ialah balairong. Di sini kitab-kitab itu akan dibaca ataupun diceritakan. Rata-rata pendengamya terdiri dari hulubalang dan anak-anak golongan bangsawan.

Berhubung dengan pelajaran sejarah, Sejarah Melayu telah memberikan dua kitab sejarah yang penting pada masa itu iaitu Hikaya/ Muhammad Hanafiah dan Hikaya/ Amir Hamzah. Kedua-dua hikayat ini dianggap sebagai hikayat perang untuk menaikkan semangat. Ini dapat dijelaskan lagi dengan petikan di bawah,

... Maka .kata segala aDak tuan-tuan itll, "Apa kita buat bertunggu di balairong diam-diam sabaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya."

Maka kala Tun Muhammad Uola. "Benar, kala tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Segara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafian. sembahkan mudah-mudahan dapat patek­patek itu mehgambil faedah daripadanya, kerana Feringgi akan melanggar esok hari."16

Dari perbineangan-perbincangan di atas, dua keadaan pendidikan atau pelajaran sejarah dapat kita temui dalam sistem pendidikan tradisional Melayu, iaitu

24 Chelliah. op.cit. h. 35. 25 Malah S~jarah Me/ayu itu sendiri dari segi struktumya adalah merupakan pengalaman pengarang itu sendiri atau

peristiwa-peristiwa yang wujud di persckitaran pengarang itu. Lihat W.G Shellabear. S~jarah.Mela)'u, h. 241. 26 Ibid. h. 264 ..

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

pendidikan sejarah yang berpandukan kitab suci AI Quran dan pendidikan Sejarah melalui Idtab-kitab lama yang berupa hikayat-hikayat kepahlawanan Islam. Walau bagaimanapun, satu kecenderungan yang ketara ialah kedua-duanya lebih terjurus kepada sejarah Islam atau tokoh-tokoh dalam persejarahan Islam. Kedua-duanya diajarkan dengan tujuan yang sarna iaitu sebagai iktibar dan landasan dalam kehidupan mereka pada masa itu. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pengenalan sistem pendidikan sekular Barat.

Lain-lain Pendidikao Tidak Formal Sebelum Pendidikao Ioggeris Selain dari pendidikan tradisional Melayu, sebelum pendidikan sekular Inggeris

diperkenalkao, penduduk asing seperti China dan India juga mempunyai pendidikan mereka sendiri.27 Tetapi tidak wujud satu institusi yang jelas atau tidak ada operasi pendidikan yang sistematik. Walaupun begitu, pendidikan dalam masyarakat China lebih ketara berbanding dengan masyarakat India. Pendidikan kaum China sangat berkait rapat dengan keadaan yang berlaku di tanah besar China. Titik tolak dalam pendidikan china moden ialah Revolusi 1911 iaitu mulanya pendidikan yang lebih sistematik. Dalam hal ini Laporan Tahunan Pelajaran 1948 telah mengatakan,

Before the revolution in China 191 J. the Chinese Schools followed the traditional pattern. The local masters was also the local quack, the local letter writer and the local fortune teller. 28

Kelayakan yang diperlukan bagai guru-guru pada masa ini hanyalah kebolehan membaca dan menulis. Mereka tidak ada satu latihan atau kemahiran yang mendalam mengenai ilmu yang diajarkan tidak seperti guru-guru agama masyarakat Melayu pada masa itu. Pendidikan mereka lebih kepada persendirian iaitu sama ada ibubapa akan menjemput guru mengajar di rumah mereka atau guru akan mengambil beberapa orang murid dan diajarkan di rumahnya.2 •

Satu-satunya kelas atau institusi pendidikan yang wujud ialah kelas-kelas yang mengajar menulis membaca dalam tulisan Cina (berbagai dialek). Buku-buku asas yang digunakan dalam pendidikan cina ini ialah buku-buku klasik. Watak-watak dan sifat-sifat dalam buku-buku diajar secara hafalan. Selain dari itu pelajaran mengira juga diajar. Untuk ini Che\liah berkata,

... (or Chinese boys to learn the ideographic writings of their ancestor and sacres lore of the sarges ... lO

Berhubung dengan pendidikan sejarah, adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan ia telah wujud secara tidak langsung iaitu dalam ceritaan ten tang keperibadian mulia yang terdapat dalam buku-buku klasik ini. Ini dijelaskan lagi dengan buku-buku klasik tersebut iaitu The Trimelrical Classics. Ku Wen Kual Chih. Yu Shiao Ching Lin. The Four Books dan The Five Classics.31 Buku-buku Idasik ini kebanyakannya merupakan bilku-buku falsafah, pengajaran moral, perayaan agama, dan kritikan terhadap pentadbiran kerajaan. Gaya penulisan dan kecenderungan buku-buku ini adalah dalam bentuk klasik yang mungkin susah untuk diikuti oleh pelajar. Oleh itu pengajaran secara hafalan seperti yang dilaporkan adalah benar kerana dalam hal ini ingatan lebih dipentingkan dari kefahaman. 27 Kaum Cina dan India datang ke Tanah Melayu secara beramai-ramai semasa pemcrintahan Inggcris ktrana scbab­

schab ekonomi. Tcna~ mereka diperlukan di Tanah Melayu schagai buruh Cina di lombong-Iombong bijih timah dan India di estet-estet gelah . .$ebeJum itu mereka juga telah bcnnauslautin di raotau ini alas schab-schab perdagangan. Lihat umpamanya Gilbert Khoo dan Dorothy Khoo, Asia DDlam P~ruJxzIuuI, Kuala Lumpur, 1978 h. 3-78.

28 Surat dari Depart·ment of Education (Federat~ Malay States, K'uala Lumpur)· kcpada Jabatan Pciajaran Negeri mcngenai scjarah sckolah Cina di Tanah Melayu. Lihat Fail Director of Education No. 69/1951 - History ofChincsc Vemackular In Malaya (Sumher : Arkib Negara Malaysia).

29 Ibid. 30 Chclliah. A History of Educo(i(}ll(l/ Policy of Stra;U S~ttlf!m~nts. h. 35. 31 Lihat Fail Director of Education No. 69/1951 - History of Cincsc Vernacular In Malaya.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Perlu dijelaskan bahawa semua pengajaran dan pendidikan ini adalah berkait dengan tanah besar China. Oleh itu kemungkinan yang terdekat dapat dibuat ialah sejarah yang diajarkan adalah mengenai tokoh klasik China atau raja-raja china yang memberi pengajaran dari segi moral dan pegangan sifat-sifat mulia. Walau­bagaimanapun, yang lebih penting ialah pelajaran sejarah telah wujud dalam bentuk pendidikan moral berdasarkan kepada kisah-kisah dari versi-versi klasik tersebut.

Semen tara bagi masyarakat India, pada peringkat awal perkembangan pendidikannya adalah tidak lebih dari kelas-kelas mengenal huruf sahaja. Kebanyakan pendidikan awal kaum India ini terdapat di ladang-Iadang kopi, gula atau getah. Kelas-kelas ini biasanya di kelolakan oleh masyarakat tempatan sarna ada dalam bidang pentadbiran atau tenaga pengajar. Pendidikan mereka secara umumbya lebih berorientasikan negara asal mereka iaitu India.

Berhubung dengan pelajaran sejarah, pendidikan India pad a ketika itu tidak mempunyai teks sejarah sarna ada yang dikhususkan ataupun tidak. Sehingga selepas pendidikan Inggeris dan kawalan kerajaan Inggeris ke atas sekolah-sekolah tersebut. 32 Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa dalam pendidikan tradisional kaum India di Tanah Melayu tidak mempunyai aspek pelajaran sejarah yang jelas.

PELAJARAN SEJARAH DALAM SISTEM PENDlDlKAN SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS HINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Latarbelakang Sejak dahulu lagi pendidikan yang formal di Tanah Melayu di kaitkan dengan

penjajahan Inggeris. Malah penubuhan Penang Free School pada tahun 1816 dianggap sebagai permulaan era baru dalam pendidikan di Tanah Melayu. Sebenarnya, sebelum penubuhan Penang Free School telah ada sekolah-sekolah missionari yangdikendalikan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Antaranya ialah The Theological College of The Mission des Estrangeres' di Pulau Pinang sebuah sekolah China yang dikendalikan oleh London Missionary Society di Melaka pada tahun 1815.33

Sistem pelajaran ini serna kin berkembang sehingga pada tahun 1900, dengan wujudnya berbagai jenis sekolah di Tanah Melayu sarna ada yang dijalankan oleh pihak persendirian seperti sekolah-sekolah Quran Melayu, sekolah-sekolah China atau sekolah-sekolah India di estet-estet, ataujuga oleh badan-badan tertentu seperti sekolah-sekolah missionari dan sekolah-sekolah bantuan kerajaan seperti sekolah­sekolah Inggeris. Dari situ satu generalisasi dapat dibuat iaitu, terdapat perbezaan yang nyata dalam semua aspek an tara sekolah-sekolah tersebut. Sarna ada dalam pentadbiran, tujuan, guru, buku teks atau kurikulumnya, semuanya bergantung kepada pihak pengajur sekolah-sekolah tersebut. Masing-masing merangka dan merancarig kurikulum serta corak pendidikan bagi sekolah tersebut. .

Keadaan agak berubah di Negeri-negeri Selat apabila pada tahun 1872 telah ditubuhkan badan penyelidik di bawah ' Inspector of Schools' yang pertama iaitu A.M Skinner, yang mengkaji keadaan pendidikan di Tanah Melayu. Untuk itu kerajaan Inggeris telah mengadakan satu labatan Pelajaran yang khusus untuk mentadbirkan pelajaran sekolah-sekolah rendah (primary education) bagi semua sekolah-sekolah vernakular Melayu, China dan India. 34 Dari situ kerajaan Inggeris mula memberikan

32 Ibnlhim Ahmad Baj uhid. "Perubahan Dan Perkembangan Kurikulum Ke Arah Pembinaan Negara" dalam Pendilfihm Ke Arah Perpaduon, edt.. Awang Had Sallch. Kuala Lumpur, 1980, h. 158-159.

33 Kegiatan mubaligh-mubaligh menubuhkan sekolah-sckolah ini berikulan dengan sikap kerajaan Inggeris pada masa ilu yang kurang membcri pe:rhatian kepada bidang pc!lajaran rakyat tempatan iailu pe:n<¥dikan Stt3r3 sckular. Untuk kcterangan lanjut. lihat H.R Cheeseman, "Education Tn Malaya. 1900-1941", The Malayan His/oricol Journ!'1 Vol. 2 No. 1 (Julai \955). h. 31-32 .

. 34 Ibid., h.30.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

bantuan kepada pelajaran. orang-orang Melayu dan bersetuju untuk memberikan bantuan kepada sekolah-sekolah Melayu dan sekolah-sekolah Inggeris sahaja.

Pendidikan di Tanah Melayu semakin berkembang terutamanya di kalangan sekolah-sekolah Cina. Sekolah-sekolah Cina di bawah kelolaan badan perdagangan telah banyak ditubuhkan. Begitu juga dengan sekolah-Inggeris yang semakin bertambah di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Walaupun begitu, di peringkat menengah dan tinggi, hanya sekolah aliran Inggeris dan Cina sahaja yang terdapat. Untuk meianjutkan pelajaran, biasanya pelajar Cina akan ke tanah besar China dan pelajar aliran Inggeris ke England atau Amerika Syarikat.

Dari dasar yang diamalkan oleh pemerintahan Inggeris itu, akhimya terdapat empat jenis sekolah yang ketara di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini dipanggil sekolah-sekolah vemakular iaitu mempunyai bahasa pengantar yang berbeza mengikut bahasa ibunda masing-masing. Keempat-empatjenis sekolah tersebut ialah sekolah vemakular Melayu, Inggeris, Cina dan India. Menurut Laporan Fenn- Wu (1951), pada masa itu tidak ada satupun dari sekolah-sekolah vemakular ini yang menepati kehendak Tanah Melayu sebagai satu kesatuan kerana sekolah-sekolah ini lebih cenderung kepada negara asal masing-masing.3S Sekolah Cina cenderung kepada negara China, sekolah India cenderung kepada negara India, sekolah Inggeris cenderung kepada negara Britain dan sekolah Melayu cenderung kepada Tanah Melayu.

SEKOLAH MELA YU Sekolah Melayu yang formal bermula dengan penubuhan sekolah Melayu di

Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 1821 yang terletak di bawah Penang Free School. Selepas itu, antara tahun 1821 hingga 1871, usaha mendirikan sekolah-sekolah Melayu telah berkembang dengan pesat di Negeri-Negeri Selat. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula, perkembangan sekolah-sekolah Melayu bermula selepas enam puluh tahun dari sekolah Melayu di Pulau Pinang itu. Pada awal abad kedua puluh, perkembangannya menyeluruh hingga ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.36 Asasnya sekolah Melayu ini adalah dari kelas-kelas mengaji Quran. dalam hal ini pada pengamatan Chelliah,

... 1871. with the approval ofthe Government Mr. Skinner ~tablish vernacular schoo' "upon the basis or the Koran classes" ... 31

Di bawah pentadbiran Inggeris, sekolah Melayu hanya menyediakan pendidikan awal dari darjah satu hingga darjah lima. Dalam dekad ini, sekolah menengah Melayu tidak diwujudkan oleh Kerajaan Inggeris. Oleh itu, kebanyakan pelajar-pelajar Melayu berhenti sekolah jika tidak dapat melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan.38

Sebelum R.O Winstedt dilantik menjadi Penolong Pengarah Pelajaran pada tahun 1916, sukatan pelajaran di sekolah Melayu hanya berbentuk 3M iaitu mengajar murid-murid membaca, menulis dan mengira dalam tulisan Jawi dan Rumi. Selepas Winstedt memberikan laporannya, maka mata pelajaran di sekolah-sekolah Melayu telah ditambah kepada mata pelajaran yang lebih praktikal iaitu berkebun sayur, 35 Malaya (Federation) Report On Chws~ St-hoo/s QIId th~ Educal/on ojChiMsr MolA}/QIfS Pengerusi : Dr. William P Fenn

and Dr. Wu Tch-Yao. Kuala Lumpur. 19SI. h. 7. 36 Perkembangan sekolah-sckolah Melayu ini bultan sahaja dilcclolakan olch kerajaan loueris tetapijuga oleh pembesar­

pembesar Melayu dan orang perseorangan yang mementingkan pe:lajaran. Lihal Ibrahim Ahmad Bajunid dalam PrMidi/cQlf Ke Arah Ptrpaduon, h. 162.

37 Chelliah. A HUlory of Polky of Siroits ~ltlnMnls. h. 63. 38 Keadaan ini berhubung rapat dengan dasar lnggeris yang hanya mahu menjadikan murid-murid Melayu lebih pandai

sedikit sahaja dari ibubapanya. Tambahan pula pelajaran rendah akan menyelamatlr.an kedudukan Inggerisdi Tanah Melayu. Lihat Awang Had Saneh. Prlojaran Dan Prrguruan Mdoyu 0; MO/oyo Zoman British. Kuala Lumpur. 1914. h. 14~lft .

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

mengayam bakul yang dikatakan untuk menyesuaikan dengan kehidupan orang Melayu.

Buku-buku teks juga merupakan masalah yang besar dalam pendidikan di sekolah-sekolah Melayu kerana tiada buku-buku yang khusus bagi sekolah Melayu. Keadaan ini agak berubah pada tahun-tahun 1930an, bila munculnya buku-buku teks. Dengan itu perubahan dalam kurikulum telah dibuat dengan menambahkan pelajaran-pelajaran yang lebih kompleks seperti karangan, kira-kira, ilmu alam, tawarikh, i1mu kesihatan, lukisan dan senaman. 39

Berhubung dengan guru-guru di sekolah Melayu, seperti di sekolah-sekolah China dan Tamil, sekolah Melayu juga mengalami kekurangan guru terutamanya yang berpendidikan. Sebelum ada latihan perguruan Melayu, guru-guru sekolah Melayu adalah bekas-bekas pelajar yang tamat darjah lima atau sekolah rendah. Tetapi pada tahun 1878, pentadbiran Inggeris telah mula memberikan latihan perguruan iaitu selama setahun di Singapura sebelum maktab perguruan .di Semenanjung di tubuhkan. Kebanyakan guru-guru ini adalah dari Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.40 Untuk memenuhi keperluan guru ini, maka pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris telah dibuka di Tanjung Malim.

Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-sekolah Vemakular Melayu Pelajaran sejarah di sekolah-sekolah Melayu hanya dimulai pada tahun-tahun

1930an selepas penulisan buku teks sejarah secara objektif dikeluarkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Sebelumnya pemerintahan Inggeri' tidak menyediakan pembelajaran dalam kurikulam pelajaran sekolah-sekolah Melayu kerana R.O Winstedt iaitu Penolong Pengarah Pembelajaran telah melaporkan bahawa dasar Belanda menggugurkan pelajaran sejarah dari jadual waktu sekolah­sekolah rendah hendaklah diikuti.41

Bagi Winstedt, mengajarkan sejarah Melayu dalam erti sejarah tempatan adalah merbahaya. Ini kerana baginya sejarah tempatan yang dianggap sejarah oleh orang­orang Melayu sebenamya hanyalah cerita dongeng. Beliau memberi alasan bahawa untuk mengajarkan sejarah Tanah Melayu secara saintifik masih tidak boleh dilakukan kerana buku-buku yang ada hanyalah bukti yang belum pasti. Malah buku Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah juga dianggap tidak sesuai untuk digunakan di sekolah Melayu walaupun untuk pelajaran bahasa Melayu.42 Keadaan ini jelas kelihatan pada tahun 1927 dengan penggunaan buku Ilmu Alam Melayu yang mengandungi keterangan ten tang negeri-negeri Melayu sebagai teks sejarah bagi darjah empat.43 Walaupun Winstedt menganggap buku Sejarah Melayu tidak sesuai, tetapi pada tahun 1927 juga buku tersebut telah digunakan untuk darjah lima di samping buku Tawarikh Melayu tulisan R.O Winstedt sendiri.

Masalah pengajian pelajaran sejarah ini tidak hanya dialami di sekolah-sekolah sahaja tetapi juga di maktab-maktab perguruan Melayu. Buku-buku teks menjadi masalah yang terbesar. Untuk itu, Winstedt telah mencadangkan supaya sejarah di maktab-maktab penguruan hendaklah diajar dari risalah siri Papers On Malay

39 Philip Loh Fook Seng, Seeds of Separatism.- Educational Policy In. Malaya 1874-1940, Kuala lumpur, 1975, h. 87. 40 Kementerian PcJajaran Malaysia. Laporan Pengkajian Suruhanjaya Dj-Raja Mengenai PerkhidmalDn Perguruan

Malaysia &rOI Pengerusi: Tan Sri Ab. Ariz h. Mohd. Zain, Jun 1971 . Kuala Lumpur, 1971. b. 22. 41 Pada tahun 1916. pemerintahan Inggeris lelah me1antik R.O Winstedt sebagai PenoloRg Pcngarah Pclajaran yang

bertugas untuk sekolah-sekolah. Ia lelah dihantar ke Jawa dan Filiphina untuk mcngkaji sistcm pelajaran rakyat tempatan dan dasar pelajaran kolonial. Pada tahun 1917, beliau lelah mcngtluarkan satu laporan iaitu Laporan Dan Mr.R.O Winstedt Penolong Pengarah Pelajaran Negen Selatdandi Hindia Timur Belanda dan Filiphina. LihatAwang Had Salleh, Pelajaran Dan Pengurwan Melayu Di Malaya Zanwn British, h. 76--78.

42 Ibid., h. 78. 43 RegulaliolU For The Malay Vernacular Schools In. The Strait &ulemen.1S and Federated Malay States and For SITe,

1927. Singapore, 1927. h. 8.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Subjects oleh R.J Wilkinson, dan jangan diajarkan yang lain.44 Keadaan ini berterusan sehingga perubahan dalam penulisan sejarah dibuat di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Cikgu Abdul Hassan. Beliau dan disudahi oleh Buyong Adil (sebagai pensyarah di MPSI) telah berusaha menulis Sejarah ~/am Melayudalam Iimajilid dari tahun 1925 hingga 1938 dengan berasaskan kepada data-data yang lebih objektif.45

Buku-buku yang digunakan untuk rujukan kebanyakannya adalah dari Indonesia. Oleh itu terdapat banyak konsep yang lebih luas dari Tanah Melayu telah digunakan. Walau bagaimanapun, dengan penulisan itu, pelajaran sejarah Tanah Melayu telah mula diajar oleh Cikgu Abdul Hadi di MPSI dan seterusnya ke sekolah-sekolah Melayu.

Semen tara itu di maktab ini juga terdapat satu mata pelajaran yang dipanggil "Berjenis-jenis Pengetahuan" iaitu guru-guru boleh memberi ceramah tentang apa­apa sahaja tajuk (tidak ditentukan oleh maktab berkenaan). Didapati kebanyakkan­nya memberikan syarahan tentang pemimpin-pemimpin Timur seperti Chiang Kai Shek, Sun Vat Sen, Jose Rizal, Ghandi dan lain-lain'· Dari situ dapat dikatakan bahawa pelajar-pelajar maktab Melayu ketika itu telah terdedah kepada sejarah luar dan Tanah Melayu walaupun penekanan hanya diberi kepada pemimpin-pemimpin sahaja.

Berikutan dari penulisan Sejarah Alam Melayu itu, maka di MPSI pada tahun 1936 telah ditetapkan bahawa pelajaran sejarah haruslah menggunakan dua buku iaitu Sejarah Alam Melayu dan Kitab Tawarikh Melayu oleh R.O Winstedt (1918). Kaedahnya adalah seperti berikut:

Jadual 1.1: Pelajaran Tawarikb Di Maktab Perguruan Sultan Idris 1936

TabuD Kursus

Tahun I Tahun II Tahun III

Perkara

Sejarah Alam Melayu I Sejarah Alam Melayu II Sejarah Alam Melayu III, IV dan Kitab Tawarikh Melayu

Sumber: Regulations For Malay Vernacular Education In The S.S and FMS /936, Singapore, 1937. h. 14.

Semen tara itu di Malay Women's Training Centre47 pula terdapat mata pelajaran sejarah untuk empat penggal pengajian. SU!<atan pelajaran di maktab ini meliputi sejarah Tanah Melayu dan dapat dilihat seperti di bawah. Antara lain tahun kursus dan tajuk-tajuk yang diajarkan di maktab ini telah disesuaikan dengan darjah yang akan diajarkan di sekolah kelak.

44 RJ Wilkinson tclah menulis A History of the Pcnisular Malays with Chapters on Pcrak and Selangor yang tcrkandung dalam Papers On Malays Subject pada tahUR 1908 di Kuala Lumpur. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah the penisular aborigines, the proto Malay, the early Penisular civilisation. tbecoming of the Malays, the Mallacca sultanate, the Portuegcse ascendacy, the dutch ascendancy, Singapore, Johore and MuaT. early Pcrak history, Larot, the Pangkor Treaty, the Perak War dan Sclangor. Lihat Khoo Kay Kim, "Penyelidikan. Pcnulisandan Pengajaran Sejarah Tanahair Untuk Memupuk Keperibadian Malaysia" dalam AstLf Kebudo.yaan Kebangsaan. Kongres Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur, 1973, h. 139.

45 Awang Had Salleh, Pelajoran Dan Perguruan. Melayu Di Malaya Zaman Brilish, h. 167-168. 46 Ibid.

47 Malay Women's Training Centre tclah ditubuhkan pada tahun 1935 di Melaka. Ia hanya dikhaskan kepada pelatih­pelatih perguruan wanita sahaja. Untuk keterangan lanjut sila lihat Pendidikan Gu~ (Scmpena Perayaan Jubli Intan). Kuala Lumpur, 1982, h. 13.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Jadual 1.2: Sukatan Pelajaran Sejarab Di Malay Women's Training Centre 1936

Tahun Kursus

Tahun I: Penggall

Penggal II

Tabun II: Pengglll I

Penggal"

Perkara

Cerita-cerita dramatik dari sejarah Melayu (Malay Histories)

Cerita-cerita dari sejarah dunia (world history)

Sejarah awal: 'Kaum primitif, India dan pendatang Melayu ke Malaya.

Langkasuka, Sri Vijaya, Singapura lama, awal Melaka dan raja-raja Melaka.

Bagaimana kuasa Eropab datang ke Melaka : Portugis di Melaka, Belanda di Melaka dan Inggeris di Pulau Pinang.

Bagaimana Inggeris berkuasa di Negeri Selat : Penemuan Singapura, pertukaran.Melaka, perjanjian dengan Kedah.

Bagaimana Negeri Melayu Bersekutu dibentuk : Perkelahian ten tang timah di Pera.k, Ian un di Selangor, perselisihan antara ketua Negeri Sembilan, keterlibatan Pahang.

Sejarah lohor : Orang Melayu dari Melaka, serangan dari Melayu Bugis.

Sejarah Kedah : Pengaruh Hindu awal, serangan Siam, Perjanjian Bangkok.

Sejarah Perak, Kelantan, Trengganu, Labuan dan Berunai .

Keperluan Darjah

Darjah 2

Darjah 3

Darjah 4

Darjah 5

da

Darjah 6

Sumbcr: R~guIQliOtlS For Molily VrrMcular Education In The Strait Settlements and Ferkrated MoJay Stales 1936. Singapura. 1937.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Sehubungan dengan itu, pelajaran sejarah telah berkembang di sekolah-sekolah Melayu. Pelajaran sejarah atau tawarikh ini terdapat dalam darjah empat hingga darjah enam. Sementara darjah dua dan tiga tidak mempunyai matapelajaran sejarah tetapi terdapat satu mata pelajaran di mana guru:guru akan bercerita (story telling) mengenai berbagai watak atau tokoh. Dalam hal ini, satu perkara yang agakjelas ialah tokoh-tokoh yang diceritakan tersebut adalah tokoh-tokoh dari sejarah Melayu dan sejarah dunia. Hal ini tertera dalam kursus tahun satu di Malay Women's Training Centre. Antara lain, dalam sukatan pelajaran sejarah, ada menyebutkan ten tang cerita-cerita dari sejarah Melayu dan sejarah dunia yang akan digunakan untuk mengajar murid-murid darjah dua dan tiga. Justeru itu, tidak keterlaluan jika dikatakan pendidikan secara tidak langsung telah diberikan kepada murid-murid Melayu di peringkat awal persekolahan.

Dalam darjah empat, sejarah negeri-negeri Melayu diajarkan berdasarkan kepada buku Sejarah Alam Melayu. Begitu juga dengan darjah lima dan enam, pelajaran sejarah juga dipilih oleh guru-guru berdasarkan kepada Sejarah Alam Melayu. Buku Sejarah Melayu pula di tahun-tahun ini digunakan hanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Buku-buku sejarah yang digunakan oleh guru-guru sejarah di sekolah-sekolah sebagaimana di MPSI dan lain-lain maktab perguruan Melayu ialah Sejarah Alam Melayu I, II, III dan IV. Kenyatan ini dapat dijelaskan lagi dengan senarai peraturan pendidikan untuk sekolah-sekolah Melayu yang dikeluarkan pada tahun 1936. Ringkasan senarai peraturan ini dapat dilihat dalam jadual di bawah:

Jadual1.3: Mata Pelajaran Sejarab Bagi Sekolab Vemakular Melayu 1936

Darjab

Darjah Dua dan Tiga

Darjah Empat

Darjah Lima

Darjah Enam

Perkara

Ada kelas penceritaan (story telling) oleh guru-guru ten tang berbagai tokoh

Sejarah : Sejarah negeri-negeri Melayu yang diambil dari Sejarah Alam Melayu

Sejarah : Pelajaran sejarah juga diambil dari Sejarah Alam Melayu

Sejarah : Pelajaran sejarah juga diambil dari buku Sejarah Alam Melayu

Sumber. Regulations For Malay Vmwcular EduC'Qlion In The S.S and FMS '?J6. h. 8·14.

Dari perbincangan di atas, dapatlah dikatakan bahawa dalam dekad ini buku­buku yang digunakan untuk pelajaran sejarah adalah Sejarah Alam Melayu oleh Abdul Hadi Hassan dan Tawarikh Melayu oleh R.O Winstedt. Dalam hal pelajaran sejarah di sekolah-sekolah Melayu ini, Majalah Guru telah mengatakan,

Kitab-Ic:itab Tawarikh Melayu dan Sejarab Ala~ Melayu itu pada masa ini banya dibaca di Sekolah-sekolah oleb keraoa terpaksa hendak digunakan 'dalam peperiksaan tidak dibaca scrta diamati-amali dan dicamkan oleh orang-orang rarnai yang tidak bersekolah dan jauh sekalilah dibaca akan dia dengan tujuan hendak mengetahui peraturan bidup kaum Melayu dahulu untuk meluaskan pandangan dan untuk membandingkannya dengan percaturan hidup mereka sendiri pada zaman ini. 48

48 "Bagaimana Patut Mcmbaca Tawarikh", Maja/ah Guru (Jawi), BiJ. 4 (April 1935), h. 125.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa sebenamya pelajaran sejarah telah dipandang oleh masyarakat Melayu dan ia telah menjadi satu mata pelajaran yang penting dalam peperiksaan tetapi malangnya penulisan sejarah untuk kegunaan pelajaran sejarah pada masa itu hanya terhad kepada dua teks yang utama itu.

SEKOLAH INGGERIS Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, sekolah Inggeris adalah sekolah

formal yang pertama di tanah Melayu iaitu dengan penubuhan Penang Free School (1816). Sebelum kerajaan mengambil alih, sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh mubaligh Kristian, Setelah mendapat bantuan kerajaan, sekolah-sekolah Inggeris telah bekembang luas sehingga menyaingi sekolah tempatan yang lain. Kebanyakan sekolah-sekolah ini terdapat di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Walaupun ia dibuka untuk semua murid-murid di Tanah Melayu tetapi jumlah murid-murid tidak ramai." Contohnya di Perak pada tahun 1895, jumlah pelajar sekolah Inggeris ialah 534 orang tetapi murid-murid Melayu hanyalah berjumlah seramai 70 orang sahaja.'o Kebanyakan pelajar sekolah Inggeris terdiri dari kanak-kanak pendatang terutamanya kaum Cina kerana mereka lebih ramai mendiami kawasan bandar. Murid-murid Melayu yang bersekolah Inggeris hanyalah anak-anak pembesa:r sahaja. Keadaan ini agak menasabah memandangkan kedudukan orang-orang Melayu di kawasan kampung dan kebanyakannya menganggap sekolah Inggeris sebagai sekolah yang akan mengkristiankan anak-anak mereka.

Dari segi operasinya, sekolah Inggeris menyediakan tiga peringkat persekolahan iaitu peringkat rendah, dari darjah satu hingga darjah lima, peringkat menengah dan peringkat tinggi.51 Pada peringkat awalnya sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu ini mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sarna lain, sarna ada dari segi penekanan atau mata pelajaran. (Lihat jadual 1.4) Keadaan ini telah berubah pada tahun 1863 apabila peperiksaan biasiswa yang dipanggil 'State Scholarship Examination' diperkenalkan. Antara lain, biasiswa ini telah menetapkan mata pelajaran tertentu yang harus diajarkan di sekola\1-sekolah untuk mendapatkan biasiswa itu. Pelajaran yang ditetapkan ialah Nahu Inggeris, Kira-kira, geometri, Algebra, Ilmu Alam, Sejarah England, Sejarah Purba, Falsafah dan Ilmu Falak.52

Mata pelajaran ini telah ditambah dalam tahun 1891 kerana dalam pendaftaran telah tercatit tidak kurang dari 23 mata pelajaran yang ada di sekolah-sekolah Inggeris. Antara mata pelajaran tambahan itu ialah bahasa-bahasa seperti Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina, Geometri, Algebra, Sejarah, Kaji Ukur, Latin , Phisiography, Sejarah Tanah Jajahan British, Pertanian, Ilmu Alam Fizikal, Ilmu Kesihatan, Book Keeping, Ekonomi Politik, Makenik, Ilmu Kesusasteraan Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Muzik, Lukisan, . Ekonomi Rumahtangga dan Trigonometri. 53 Walau bagaimanapun sekolah-sekolah boleh memilih pelajaran­pelajaran ini mengikut keupayaan tenaga pengajar di sekolah masing-masing.

Sekolah-sekolah Inggeris ini juga telah mengadakan tiga peringkat peperiksaan iaitu Cambridge Local Examination (C.L.E) yang diperkenalkan pada tahun 1891, Cambridge Local Junior Examination dan Cambridge Local Senior Examination. Pemegang sijil C.L.E. adalah layak untuk berkhidmat dengan kerajaan terutamanya dalam bidang pentadbiran. Sementara Junior Examination adalah kelayakan ilmu yang paling rendah untuk perkhidmatan seperti kerani atau perguruan. Peperiksaan

49 Kemenlcrian Pelajaran Malaysia. LtJporan Pengkajion Suruhanjo)'Q Di-Rdja MengefU1i Perkhidmotan Perguruan Malaysia Barat, h. 21.

50 Philip Loh Fook Seng. Seeds a/Separatism. h. IS. S! Cheeseman, "Education in Malaya. 1900-1941," h. 30. 52" Chclliah. A History 0/ Educational Policy of Straits Settlements, h. 51. 53 Ibid .. h. 52.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Senior Cambridge adalah peperiksaan untuk menamatkan pelajaran sekolah menengah.

Jadual 1.4 : Sukatan Pelajaran SingaJNIre Institution Free School Dan Malacca Free School

SingaJNIre Institution Free School

(1838 - 1839)

Kelas kelapan - kelima Pengajaran-pembelajaran bahasa ibunda

Kelas keempat : Bacaan, ejaan mudah pelajaran objek, tulisan dan kira-kira

Kelas ketiga : Nahu Inggeris, ilmu aiam, ejaan bacaan, tulisan dan kira-kira

Kelas kedua: Rangka dasar sejarah ilmu alam, latihan oahu tulisan dan kira-kira

Kelas pertama : Sejarah Roman, ilmu falak, karangan rnggeris penggunaan kamus, masalah penggunaan glob, tulisan dan kira-kira

Malacca Free School (1848)

• Kelas kelapan : Abjad

Kelas keenam dan ketujuh : Ejaan dan bacaan di papan batu

Kelas kelima : Ejaan (Disyables) Membaca dan menulis di papan batu

Kelas keempat : Ejaan, bacaan, tulisan dan kira-kira

Kelas ketiga : Ejaan, bacaan, tulisan dan kira-kira

Kelas ketiga : Nahu Inggeris, latihan penganalisaan, nah u, rencana, ejaan (Cerpen ters Spelling), bacaan dan kira-kira

Kelas alas: Nahu rnggeris, latihan penganalisaan, nahu, tulisan, rencana, masalah glob bumi, ejaan (Carpenters Spelling), bacaan dan kira-kira

• Menurut tertib naik dari Darjah kelapan ke Darjah pertama.

{Sumber: Ibrahim Ahmad Bajunid, "Perubahan Dan Pcrkembangan Kurikulum Kc Arah Pembinaan Negara" dalam P~lIdidikall K~ Arah P~,paduQJf. Kuala Lumpur, 1980. h. 154.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Pembelajaran Sejarah Di Sekolah-sekolah Inggeris Di kebanyakan sekolah Inggeris, pelajaran sejarah telah menjadi pelajaran yang

asas sejak sekolah itu diperkenalkan. Kepentingan pelajaran sejarah terbukti apabila ia termasuk ke dalam senarai mata pelajaran yang dipertimbangkan untuk memenangi biasiswa 'State Scholarship Examination', seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Pelajaran sejarah yang dipentingkan dalam peperiksaan ini ialah 'Ancient History' dan 'History of England'. Kedua-dua mata pelajaran ini menunjukkan bahawa sekolah-sekolah Inggeris telah memperkenalkan sejarah ketamadunan negara-negara Barat kepada murid-muridnya ketika itu.

Dari mata pelajaran 'History of England', jelas terlihat kecenderungan pemerintahan Inggeris untuk memperkenalkan sejarah kerajaan dan negara England kepada rakyat di Tanah Melayu. Dalam hal ini, pelajar-pelajar sekolah Inggeris tentulah mempelajari tentang Raja dan Ratu England serta menunjukkan kebesaran, kemajuan dan keagungan kerajaan England. Sementara 'Ancient History' adalah penting untuk memperkenalkan pelajar-pelajar kepada ketamadunan dunia. Dalam ini satu cadangan telah dibuat pada tahun 1939 dalam sukatan pelajaran iaitu :

In History and Geography lessons. all pupils should be able to futher some knowledge of the development of architecture in the West from early Egyptian civilization through classic to Gothic times and .... ,.

Kepentingan pelajaran sejarah juga ternyata dalam bilangan pendaftaran mata pelajaran tahun 1874 dan pada tahun 1891 iaitu dari lebih 23 jumlah mata pelajaran di sekolah-sekolah Inggeris, terdapat dua mata pelajaran sejarah iaitu 'History' dan 'History of British Colonies.''' Seperti dalam 'State Scholarship Examination', pelajaran sejarah dalam bilangan mata pelajaran ini juga adalah mementingkan sejarah negara British. 'History of British Colonies' adalah contoh penampilan sejarah kebesaran kerajaan Inggeris kepada murid-murid sekolah Inggeris. Malah pelajar­pelajar di sekolah-sekolah Inggeris juga lebih cenderung untuk mengenali negara­negara Eropah lebih dari mengenali sejarah tanah air mereka sendiri.

Satu perkara yang perlu diketahui ialah tahap pendidikan sejarah. Sebelum Skinners dilantik sebagai Penolong Pengarah Pelajaran di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, pelajaran sejarah hapyalah diajar di peringkat yang lebih tinggi sahaja, tetapi setelah beliau dilantik, kedudukan pelajaran sejarah dapat dilihat seperti di bawah, .

i) Peringkat rendah : Stories of World History ii) Peringkat menengah : English History iii) Peringkat menengah atas : British Empire History'·

Dalam pelajaran sejarah Empayar British dari tahun 1558 hingga 1936 haruslah dapat merangkumi dua tahun kursus iaitu darjah lapan dan Sijil Persekolahan (School Certificate). Untuk peringkat ini tidak ada buku yang tertentu yang ditetapkan, tetapi

. terdapat beberapa buku termasuklah dan badan.penerbit yang harus digunakan oleh pengajar iaitu,

i) Newton: An Outline History of British Empire ii) Williamson: The British Empire and Commomwealth

iii) Robertson & Bartholomew: Atlas of English and British Empire History,

54 Sugg,sti~ Cours, of InslnJctjOlf and Syllabus For English School In Th, Strait &ttlemtnlS and Federated Molay Stoles. Kuala Lumpur. 1939. h. 42.

5S Chelliah. A Hislory 0/ Educational PoUr:}' of the Sirails &ultmt"ts, h. 52. 56 Ibjd., h. 53.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

dan rujukan-rujukan pula dapat dibuat dari beberapa terbitan sepeti The Historical Association, A Guide to the teaching oj History dan Handbook Jor History Teachers. 57

Sejarah Empayar British itu diberi penekanan kepada aspek-aspek sosial, ekonomi dan penjajahan seberang laut. Oleh itu secara umumnya dalam melihat pelajaran sejarah di sekolah-sekolah Inggeris, dua perkara penting yang harus diteliti ialah kepentingan pelajaran sejarah dan penekanan atau tumpuannya. Dalam soal kepentingan pelajaran sejarah, memang tidak dapat dinafikan sekolah-sekolah Inggeris di Tanah Melayu sangat mementingkan pelajaran sejarah. Tetapi dalam soal penumpuan atau penekanan, sukatan pelajaran sejarah diperingkat ini adalah seratus peratus biasa kepada negara England. Apa yang ditekankan hanyalah kebesaran, keagungan dan segala-galanya yang berkaitan dengan negara British dan kuasa Barat amnya.

SEKOLAH CINA Pendidikan kaum Cina di Tanah Melayu adalah satu cabang dari pendidikan di

negara China itu sendiri. Perubahan politik yang berlaku di China telah memberi kesan yang besar kepada rakyat Cina di Tanah MelllYu. Oleh itu, apabila Dinasti Manchu digulingkan oleh Dr. Sun Vat Sen pada tahun 1911, rakyat Cina di Tanah Melayu juga sedar ten tang perlunya pendidikaJ1 ,!,oden di Tanah Melayu seperti di China. Dengan itu corak pendidikan yang menggunaakn buku-buku klasik telah dihapuskan .

Walaupun pemerintahan Inggeris ada melantik khas untuk mengawal sekolah­sekolah vernakular, tetapi sebenarnya sekolah-sekolah Cina masih dikuasai dan dikawal oleh golongan peniaga dalam masyarakat Cina itu sendiri. Kebanyakannya tidak begitu tahu ten tang pendidikan. Mereka selalunya menyerahkan segala urusan sekolah kepada kakitangan pengajar. Selain dari itu terdapat juga sekolah-sekolah Cina yang dikawal oleh 'clan-clan' tertentu seperti Eng Choon Clan, Amoy, The Chuan Chew, sekolah-sekolah di bawah badan-badan swasta dan sekolah-sekolah keluarga (family school).s8

Sekolah-sekolah Cina dalam dekad ini telah menyediakan tiga tahap pendidikan iaitu enam tahun di sekolah rendah, enam tahun di sekolah menengah dan empat tahun di pusat pengajian tinggi. Bidang pelajarannya adalah mengikut sistem pendidikan moden di Cina. Pada tahun 1920, bahasa Mandarin telah digunakan sebagai bahasa penghantar. Berhubung dengan tenaga pengajar, kebanyakan guru­guru sekolah Cina di impot secara beramai-ramai dari China. Mereka adalah lulusan dari institusi-institusi pengajian di China. Orang Cina tempatan tidak mempunyai latihan khas unttlk menyaingi guru-guru dari China tersebut. Kekecualian hanya berlaku kepada guru-guru bahasa Inggeris kerana biasanya mereka adalah bekas pelajar dari sekolah I nggeris tempatan"

Pada tahun 1923, kerajaan Inggeris telah memberi bantuan kepada sekol~h­sekolah Cina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bantuan ini berkembang secara beransur-ansur sehingga ke Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu akhirnya . Walaupun begitu masih wujud juga sekolah-sekolah swasta yang tidak dibantu oleh kerajaan Inggeris.6o Berhubung dengan buk·u-buku teks, semua buku-buku teks di

.. .57 Buku-buku ini tidak dinyatakan penulis dan pcncrbilnya dengan jelas. lihal Suggt'slivt Course of Insluclion and Syllahu.r Far English Schoo/In The S.S and F.M.S. h.37.

58 Surdl dari Goh Teik Chow dllri Sahagian Nazir Sckolah-sckolah China. Jahor kcpada Pcngarah Pelajaran untuk sekolah China PTM pada 30 hb. Ogos. 1951. Rujuk Fail Director of Education No. 69/ 1951.

59 Chelliah. A Hi.flory of Educa/ion Policy of fhl! Straits Stll/emenl.f, h. 40. 60 Scbelum bahasa Mandarin (Kuo-Yu) digunakan sebagai bahasa pcngantar. kerajaan Inggeris mcnghadapi masalah

unluk memperkenalkan salu benluk sckolah China sahaja kcmna Icrdapal hanya dialck dalam sislcm pendidikan China pada masa ilu.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

sekolah-sekolah Cina di tanah Melayu adalah diimport dari negeri China. Malah tidak ada langsung buku terbitan tempatan. Selepas pembentukan China moden pada tahun 1911, buku-buku teks telah diubahsuaikan. Buku-buku baru telah ditulis dalam bentuk yang moden. Syarikat yang mengendalikan buku-buku ini di China ialah The Commerical Press of China, Shanghai & Chung Hwa Book Company."' Antara yang penting ialah siri Republican of Chinese yang telah digunakan sebagai buku teks. Keseragaman dalam penggunaan buku teks antara pelajar Cina di Tanah Melayu dan di negeri China dilaporkan sebagai,

From primary I to Senior Middle III, boys and girls in Chinese school in Malaya and Singapore have studied the same books as boys and girls in Canton and Nanking.62

Pada tahun 1930 an, pusat penerbitan buku-buku teks sekolah Cina telah mempunyai cawangannya di Singapura iaitu Nanyang Book Company of Singapore yang mengeluarkan buku-buku teks untuk sekolah rendah. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, ada sekolah Cina yang menggunakan buku teks Inggeris yang dicetak di Shanghai dan ada juga yang menggunakan teks yang sarna dengan sekolah-sekolah lain di Tanah Melayu. Berikutan dengan itu, kurikulum baru yang telah diganti semula di Tanah Melayu iaitu dengan memasukkan pelajaran-pelajaran baru seperti Chinese Republic, Kuo-yu, Elementary General Science, Arithmetic, Geografi dan Siu Sin. Pelajaran-pelajaran ini lebih ban yak membicarakan ten tang pem­bentukan moral dan semuanya diajarkan di sekolah-sekolah (endah sahaja."3

Secara umumnya dikatakan bahawa aliran atau tumpuan sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu adalah kepada negara China. Dengan menggunakan buku-buku teks dari China, maka adalah wajar jika perhatian diberikan kcpada China. Dalam membicarakan tentang kesan kepada negara, V. Purcell telah mengatakan,

... the Chinese in the Chinese school are purely and simple Chinese. while the Chinese in the English schools have developed a 'Malayan' outlook.64

Pelajaran Sejarah Di sekolah-sekolah Cina Pelajaran sejarah sebagai satu pelajaran rasmi telah mendapat dalam kurikulum

pelajaran sekolah-sekolah Cina selepas 1911 iaitu apabila pendidikan moden Cina telah dimulakan. Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan buku-buku teks dan sistem yang sarna seperti di negeri China. Tentunya buku-buku ini tidak sesuai di Malaya, malah kesemuanya mempunyai pandangan yang nasionalistik iaitu menegaskan prinsip bahawa murid­murid Cina di Malaya adalah warganegara China."'

Kepentingan pelajaran sejarah dapat dilihat dengan jelas di peringkat 'Higher primary'. Contoltnya di Confucian School, Kuala Lumpur (1905-1915) dan Kuen Cheng Girls School, Kuala Lumpur telah mempunyai pelajaran sejarah dalam kurikulum pelajarannya di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Pada tahun-tahun 1920an, pelajaran sejarah telah menjadi salah satu dari mata pelajaran penting dalam peringkat junior middle dan Senior Middle.""

Berhubung dengan sukatan pelajaran sejarah, penekanan jelasnya diberikan kepada negara China. Menurut Laporan Fenn- Wu, sukatan pelajaran sejarah di sekolah-sekolah tersebut dapat dibahagikan seperti di bawah :

61 Surat Goh Teik Chow (bahagian nazit Sckolah-sckolah China. Johor. 1951) Fail Director or education No 69/1951. 62 Ibid. 63 Malaya (Federation), R~poTi On Chwu School and TM Education of ChiMu Malaysia, h. 16. 64 Victor Purcell. The ChlMu In MoJaya London. 1984. h. 222. Lihat juga Ho Seng Ong, Education For Unity In MDlaya.

Penang, 1952. h. 59. 65 Ibrahim Ahmad Bajunid, Pnuhdilc(JII K~ Arah P~rpaduan, h. 157. 66 Rujuk Fail Dicretor or education No 69/ 1951 : History or Chinese Vernacular In Malaya.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

PeralUs

50% 25%

25%

Perkara

Dalam negeri China Luar negeri China dan tempat-tempat yang berkait dengan China Sejarah dunia termasuk Malaya· 7

Dari itu adalah jelas kepada kita walaupun pelajaran sejarah merupakan pelajaran yang penting dalam kurikulum sekolah Cina, tetapi secara pratikalnya ia lebih berorientasikan negara Cina itu sendiri. Keadaan ini telah diktitik oleh pemerhati i;ebagai pendidikan yang bukan untuk pembentukan negara Malaya yang satu. Malahan telah timbul kesedaran di kalangan pentadbir sekolah Cina untuk mengubah kandungan teks sejarah di sekolah-sekolah itu lebih segera berbanding dengan mata pelajaran yang lain.

SEKOLAH INDIA (TAMIL) Sekolah vemakular Tamil di Malaya bermula di ladang-ladang kopi, gula dan

getah. Sejak tahun-tahun 1870 an, sekolah Tamil yang awal muncul di ladang-ladang di Seberang Prai, Melaka, lohor Utara, dan kemudian berkembang ke lain-lain kawasan di Semenanjung. Perkembangan sekolah-sekolah vernakular India berkait rapat dengan Pelancaran Kod Buruh pada tahun 1912 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.68 Kod ini telah menegaskan bahawa apabila terdapat sepuluh orang kanak-kanak (antara umur 7 hingga 14), pihak berkenaan dikehendaki membuka sekolah dan mengadakan tenaga pengajar.

Kebanyakan sekolah-sekolah India ini mengadakan selama empat hingga enam tahun. Semua pelajaran diberi dalam bahasa Tamil tetapi terdapat juga sekolah­sekolah yang menggunak'lD bahasa pengantar yang lain seperti Punjabi, telegu, malayalam, Gurkhali, Singelese, dan Gujerati.69 Guru-guru di sekolah-sekolah Tamil ini kebanyakannya diimpot dari India dan Ceylon. Mereka ini, jikapun terlatih adalah dari India, tetapi bagi Cheeseman, 'the teacher, poor in quality came from India'. 70

Oleh itu kebanyakan sekolah-sekolah di estet tidak mempunyai guru-guru yang mempunyai kebolehan atau kelulusan untuk mengajar.

Pada tahun 1930, kerajaan Inggeris telah membentuk satu organisasi yang akan memeriksa sistem pendidikan di kalangan masyarakat India. Pegawai-pegawai terse but di han tar ke India untuk mempelajari bahasa dan sistem persekolahan di India. Mereka inilah yang merangka pembentukan kurikulum baru bagi sekolah rendah India.7I Perhatian. yang lebih baik dari pihak pemerintah ini telah banyak membantu sekolah-sekolah India kerana pada akhir tahun I 940an, Bahagian Pelajaran telah mengendalikan 'Normal Classes' di Penang dan Province Wellesly untuk menambahkan tenaga pengajar di sekolah-sekolah Tamil.

Berhubung dengan buku-buku teks, pada awalnya lagi sekolah-sekolah Tamil bergantung kepada negara India dan Ceylon untuk mendapatkan buku-buku teks bagi pembacaan dan kira-kira. Antara mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular India ialah bahasa ibunda mereka, kira-kira, I1mu Alam, Pengetahuan Am, Lukisan dan Kerjatangan serta latihan fizikal. (Lihat ladual 1.5) Pada tahun 1937, mengikut The Indian Vemakular School Regulations, sekolah-sekolah India

67 Malay : (Federation), R~port On Chinese Schools and The Education 0/ Chinese MaIQ}'QIU. h. 18. 68 Malaya (Federation), AMfllJl &port On Education For 1954. Kuala Lumpur, 1954. h. 27. 69 Ibrahim Ahmad Bujanjd. Pendidilcon Ke Arah Perpodwm, h. 160. 70 Cheeseman. "Education in Malay., 1940-1941 ," h. 39. 71 Ibid.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

telah tidak menggalakkan kelas-kelas tengahari diadakan. 72 Ini kerana ramai murid-. murid di estet yang dihantar ke sekolah pada tengahari sedangkan mereka telah menghabiskan waktu pagi mereka sepenuhnya diladang. Selain dari itu, bad an ini tidak menggalakkan pengambilan guru-guru separub masa yang terdiri dari kerani­kerani, pembantu doktor dan ·buruh. Ekoran dari itu Majlis Negeri (State Council) telah meluluskan Regulation 7 (b) iaitu,

7 (b) The school may open in the morning at in the morning and the afternoon. Where there is no morning school, and afternoon school will not be permitted expect in special circumtances with the written permission of the Senior Inspector of School. Definate school hours must be fixed and strictly observed.73

Pelajaran Sejarah Di Sekolah-sekolah Vernakular India Dari awal pendidikan, sekolah-sekolah Tamil tidak menguntukkan mata

pelajaran sekolah dalam kurikulum persekolahannya. Keadaan ini berlarutan hingga pecah Perang Dunia Kedua. Walaupun terdapat pelajaran IImu Alam yang lebih berorientasikan India tetapi tidak ada mata pelajar;m yang khusus untuk sejarah. Oleh itu apa yang dapat dilihat dalam pendidikan sekolah-sekolah vernakular India, pelajaran sejarah bukan merupakan pelajaran yang dipentingkan.

Secara umumaya, dari perbincangan mengenai empatjenis sekolah vernakular di atas, dapat dilibat bagaimana wujud perbezaan yang ketara dalam pelajaran sejarah sama ada sukatan pelajaran atau teks yang digunakan. Begitu juga dengan kepentingan dan kecenderungan pelajaran tersebut, masing-masing dipengaruhi oleh latarbelakang negeri masing-masing. Keadaan ini berterusan untuk beberapa lama. Ini dapat dilihat bukan hanya mata pelajaran sahaja tetapi juga mata pelajaran yang lain. Selepas Perang Dunia kedua, perancangan-perancangan di Jabatan Pelajaran Il)Ula menyedari merbahayanya keadaan pendidikan yang ada itu kepada masa depan neagara ini. Ekoran dari itu penyelidikan-penyelidikan dan laporan-Iaporan telah dibuat dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan.

12 Amendment To The India VcrnakularSchool Regulations 1937. Rujuk Fail Fedcl'l:I.l Secretariat No. 10658/48. (Sumber: Arkib Ncgara malaysia. Kuala Lumpur).

13 Ibid. .

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Jaduall.5: Mata Pelajuan Di Sekolab Vemakulu laclia Sebelum Perang DuDia Kedua

A Salah satu bahasa India: i) Bacaan

ii) Tulisan dan rencana iii) Perbualan iv) Karangan iv) Mengucapkan, terutama puisi (Recitation)

B Kira·kira: i) Congak

ii) Bertulis

C Ilmu Alam

o Pengetahuan Am :

i) Pelajaran objek·objek dan pemerhatian ii) Kesihatan iii) Tingkah laku yang baik dan tata susila

E Lukisan dan Kerjatangan : i) Lukisan

ii) Mengatur lidi (stick laying) iii) Menyusun manik dan bijian iv) Membuat model dengan tanah liat dan kertas

F Latihan Fizikal :

i) Latihan·latihan fizikal ii) Berkawat iii) Permainan iv) Nyanyian dan pengawalan suara

Sumber: Ibrahim Ahmad Bujanid, "Perubahan Dan Perkcmbanpn Kurikulum Ke Arah Pembinaan Nep.ra", P~Niidikan KL ArM p"ptMIuaJt, Kuala Lumpur. 1980. h. 159.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia