6
KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH Nabi Muhammad saw adalah Nabi lagi Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah swt kepada umat manusia dan juga umat jin. Dari sejak Baginda dibangkitkan menjadi Rasul sampailah dinia kiamat. Kebangkitan Nabi Muhammmad saw tidak sama dengan kemunculan dengan tokoh-tokoh di zaman masing-masing yang sekadar mencetus kegemparan ke atas masyarakat mereka kerana hasil ciptaan yang menakjubkan atau kerana berjaya melakukan suatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Tetapi kebangkitan Nabi Muhammad saw bukan sekadar itu sahaja. Nabi Muhammad saw dibangkit adalah atas perutusan yang amat murni, iaitu mengajak seluruh manusia dan jin mengenal, mengakui, dan akhirnya mengabdikan dirir ke hadrat Allah swt berlandaskan syariat yang diturunkan olehNya selaku Tuhan pencipta alam ini. Ini adalah perutusan antara manusia dengan Tuhan mereka. Satu perutusan lagi ialah mengajak manusia membina akhlak yang mulia dan terpuji. Ini dinyatakan sendiri oleh Rasulullah saw dalam satu sabda Baginda yang bermaksud; “Tidaklah aku diutuskan (selain untuk mengajak manusia dan jin kepada mengesakan dan mengandikan diri kepada Allah swt) melainkan (juga) untuk mengajar mereka budi pekerti yang indah dan mulia” Maka, setelah menerima wahyu dan utusan daripada Allah swt supaya berhijrah ke Madinah, Baginda telah melakukan banyak perubahan di Madinah. Kepimpinan Rasulullah saw terserlah di sana.

KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

Nabi Muhammad saw adalah Nabi lagi Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah

swt kepada umat manusia dan juga umat jin. Dari sejak Baginda dibangkitkan menjadi

Rasul sampailah dinia kiamat. Kebangkitan Nabi Muhammmad saw tidak sama dengan

kemunculan dengan tokoh-tokoh di zaman masing-masing yang sekadar mencetus

kegemparan ke atas masyarakat mereka kerana hasil ciptaan yang menakjubkan atau

kerana berjaya melakukan suatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain.

Tetapi kebangkitan Nabi Muhammad saw bukan sekadar itu sahaja. Nabi Muhammad

saw dibangkit adalah atas perutusan yang amat murni, iaitu mengajak seluruh manusia

dan jin mengenal, mengakui, dan akhirnya mengabdikan dirir ke hadrat Allah swt

berlandaskan syariat yang diturunkan olehNya selaku Tuhan pencipta alam ini. Ini

adalah perutusan antara manusia dengan Tuhan mereka. Satu perutusan lagi ialah

mengajak manusia membina akhlak yang mulia dan terpuji. Ini dinyatakan sendiri oleh

Rasulullah saw dalam satu sabda Baginda yang bermaksud;

“Tidaklah aku diutuskan (selain untuk mengajak manusia dan jin kepada mengesakan

dan mengandikan diri kepada Allah swt) melainkan (juga) untuk mengajar mereka budi

pekerti yang indah dan mulia”

Maka, setelah menerima wahyu dan utusan daripada Allah swt supaya berhijrah ke

Madinah, Baginda telah melakukan banyak perubahan di Madinah. Kepimpinan

Rasulullah saw terserlah di sana.

Antaranya ialah Rasulullah telah membina masjid pertama di Madinah. Pembinaan

masjid merupakan langkah permulaan dalam usaha untuk menyusun pentadbiran

Negara. Masjid menjadi markaz bagi menggerakkan perjuangan dan pentadbiran.

Masjid pertama yang didirikan ialah masjid Quba’. Baginda mendirikan masjid tersebut

dalam masa 22 hari sahaja. Rupa masjid Quba’ amatlah sederhana sekali. Binaannya

berbentuk empat persegi. Tingginya hanya sekadar lebih sedikit daripada orang

dewasa berdiri. Dindingnya diperbuat daripada batu dicampur dengan tanah liat.

Tiangnya daripada batang pokok kurma. Atapnya dibina mendatar ditutup dengan

daun-daun kurma tetapi tidak ditutup sepenuhnya sebahagiannya dibiarkan terbuka.

Page 2: KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

Lantainya tanah. Bahkan apabila hujan lebat dan tanahnya basah sehingga Nabi

terpaksa sujud di atas tanah yang basah sehingga tanah yang basah itu terus melekat

di dahi Baginda. Dalam masjid itu, satu bahagian disediakan untuk orang fakir dan

miskin yang dipanggil Ahlis Suffah. Pada bahagian tengahnya dibina kolah tempat

mengambil air sembahyang. Demikianlah gambaran Masjid Quba’, masjid terawal yang

dibina oleh Nabi di Quba’. Kamedian diikuti dengan pembinaan masjid Nabawi pada

awal tahun pertama hijrah. Semua ibadat yang terdapat dalam Islam bertujuan

mensucikan jiwa, meningkatkan akhlak, memperkuatkan persaudaraan dan semangat

gotong-royong antara sesame muslim. Pembinaan masjid juga meningkatkan hubungan

social, kemasyarakatan dan kerohanian yang amat besar maknanya bagi masyarakat

Islam. Seterusnya, Nabi Muhammad juga mempersaudarakan antara Muhajirin dan

Ansar. Sebagaimana yang telah dimaklumkan bahawa kaum muhajirin ialah kaum

pendatang yang tidak mempunyai harta dan tempat tinggal. Maka Nabi telah

mempersaudarakan mereka dengan kaum Ansar. Ini adalah bertujuan agar kaum

Muhajirin dapat tinggal bersama-sama kaum Ansar yang mempunyai segala-galanya

sama ada kemudahan mahupun kekayaan kerana Madinah itu tanah air mereka. Oleh

itu, Nabi mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.

Mereka yang dipersaudarakan oleh Nabi itu adalah seramai 100 orang. 50 orang

Muhajirin begitu juga Ansar. Antara sahabat-sahabat yang dipersaudarakan oleh Nabi

ialah Abu Ubaidah bin al-Jarrah dipersaudarakn dengan Saad bin Muaz. Az-Zubair bin

al-Awwam dengan Salamah. Abu Bakar As-Siddiq dengan Kharijah bin Zaid. Umar bin

al-Khattab dengan Itban bin Malik. Uthman bin Affan dipersaudarakan dengan Aus bin

Thabit. Di sebutkan juga persaudaraan antara Ja’afar bin Abu Talib dengan Muaz bin

Jabal, padahal ketika itu Ja’afar bin Abu Talib masih lagi berada di negeri Habsyah.

Beliau tidak pulang ke Mekah atau ke Madinah sejak beliau berhijrah ke negeri

Habsyah pada tahun kelima kenabian. Ja’afar bin Abu Talib baru kembali ke Madinah

setelah tahun ketujuh hijrah iaitu ketika terjadinya peperangan Khaibar. Persaudaraan

antara Ja’afar bin Abu Talib dengan Muaz bin Jabal kemungkinan besar terjadi pada

tahun ketujuh hijrah. Demikianlah usaha Nabi mempersaudarakan kaum Muhajirin dan

Ansar dengan tujuan mengeratkan tali perhubungan antara sesame kaum muslimin di

Madinah.

Page 3: KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

Rasulullah saw juga telah melakukan salah satu perkara penting di Madianh,

iaitu menggubal perlembagaan Madinah. Ibnu Hisyam meriwayatkan tidak beberapa

lama Nabi Muhammad saw tinggal di Madinah, seluruh penduduk Madinah daripada

keturunan Arab memeluk Islam; seluruh Ansar memeluk Islam kecuali beberapa orang

daripada kabilah Aus yang tidak memeluk Islam. Setelah itu, Baginda menggubal carta

perjanjian dan dimeterai antara Ansar dan Muhajirin dan orang Yahudi diakui

kebebasan beragama dan pemilikan harta diserta dengan syarat-syarat tertentu kepada

mereka (Muhammad Said Ramadan,1988). Ibnu Hisyam menyifatkan piagam ini

sebagai undang-undang dasar Negara Islam yang pertama. Isinya mencakupi

perikemanusiaan, keadilan social, toleransi beragama,gotong-royong untuk kebaikan

masyarakat dan lain-lain. Negara Islam di Madinah merupakan Negara yang pertama

melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya yang merangkumi pelbagai aspek

yang menyentuh kepentingan umat Islam. Malah, sejak Nabi mengikat perjanjian

tersebut, mulalah beberapa pendeta Yahudi yang tertarik dengan agama Islam. Mereka

yang alim dalam kitab mereka (Taurat), benar-benar mengetahui bahawa Nabi

Muhammad saw itu adalah rasul Allah yang terakhir. Kerana itu, mereka yang

mempunyai hati yang lurus dan ikhlas telah menganut agama Islam.

Antaranya ialah seorang pendeta yang bernama Husin bin Salam. Husin bin

Salam setelah menganut agama Islam telah ditukar oleh Nabi Muhammad saw

namanya kepada Abdullah bin Salam. Mengikut Abdullah bin Salam, sejak di melihat

wajah Nabi, terus dia yakin bahawa wajah Nabi itu bukan wajah pembohong. Wajah

Nabi yang indah, cantik bercahaya itu adalah wajah seorang yang benar dan seorang

Nabi. Selain daripada Abdullah bin Salam, diriwayatkan di Madinah terdapat seramai 29

orang pendeta Yahudi yang telah beriman kepada Nabi. Nabi Muhammad juga telah

mewujudkan ikatan perdamaian di Madinah. Baginda juga cuba untuk mengukuhkan

ekonomi dan membentuk masyarakat yang berilmu di sana. Baginda melaksanakan

system zakat dan mengamalkan system pemerintahan yang adil.

Page 4: KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

Agama Islam amat mencintai kedamaian. Oleh itu, dalam sejarah perkembangan

Islam sejak zaman Nabi Muhammad saw asas perjuangan Islam ialah bagi

mewujudkan kesejahteraan umat sejagat. Islam tetap menghormati hak-hak asasi

manusia tanpa membeza-bezakan soal kepercayaan dan agama. Golongan Yahudi di

kota Madinah berasa tidak senang hati dengan kedatangan Nabi Muhammad saw dan

Muhajirin di tempat mereka. Keadaan ini sekiranya tidak diatasi akan menimbulkan

kesan negatif terhadap umat Islam. Dalam hal ini, suatu dokumen perjanjian

perdamaian telah dimeteraikan antara Nabi Muhammad saw bagi pihak umat Islam

dengan ketua kaum Yahudi di Madinah. Perjanjian yang dilakukan oleh Baginda penting

bagi menerangkan beberapa prinsip Islam terhadap orang Yahudi atau musyrikin di

mana Islam tetap menghormati hak kebebasan beragama dan tidak akan memusuhi

mereka selama mana mereka tidak mencerobohi Islam.

Akhir sekali ialah Nabi Muhammad saw telah mengadakan hubungan

antarabangsa dengan Negara-negara luar khususnya Negara-negara besar ketika itu.

Nabi Muhammad saw telah menghantar dutanya Dahiyyah bin Khahfah al-Kalby ke

Rom dan Abdullah bin Ghuzafah ke Parsi dan beberapa duta lain ke Negara lain bagi

tujuan menjelaskan sikap dan dasar kerajaan Islam pimpinan Rasulullah saw yang ingin

berbaik-baik atas prinsip perhubungan kemanusiaan sejagat di samping ia merupakan

media dakwah yang berkesan dalam konteks penyebaran Islam secara diplomasi dan

hikmah. Lanjutan daripada dasar perhubungan dengan Negara-negara luar yang telah

diasaskan oleh Nabi Muhammad saw, maka beberapa buah Negara di teluk Parsi dan

Arab telah dapat ditakluki dan diperintah mengikut system pemerintahan Islam.