KERJA IJAT-KH

  • View
    179

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of KERJA IJAT-KH

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TANJUNG MALIM

BUKU SKRAP KEMAHIRAN HIDUP TANAMAN HIASAN

NAMA :IZZAD HARITH BIN MOHD KAMARUL ARIFIN KELAS: 4 INTAN NAMA GURU: PUAN FAZILAWATI BINTI DAUD

BIODATA

Nama: Izzad Harith bin Mohd Kamarul Arifin Kelas: 4 Intan Tarikh Lahir: 24 November 2001 Tempat Lahir: Kuching, Sarawak Alamat: No. 7, Jalan Intan Setia 2, Taman Intan Setia, 35900 Tanjung Malim, Perak Hobi: Menonton Televisyen Cita-cita: Guru

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fazilawati binti Daud, guru kemahiran hidup kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyediakan buku skrap ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Mohd Kamarul Arifin bin Mohamed Azahar dan Rohaizah binti Arham yang telah memberikan banyak dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan buku skrap ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

ISI KANDUNGAN

Bil 1. 2. 3. Biodata Penghargaan Pengenalan

Perkara

Muka surat i ii iii

4.5. 6. 7.

Pokok RenekPokok Naungan Pokok Bunga Semusim Pokok Kaktus Pokok Palma Pokok Memanjat atau Menjalar Pokok Penutup Bumi

1-34-6 7-9 10 11-13 14-16 17-18

8. 9. 10.

PENGENALAN

.

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi kawasan tersebut.Tanaman hiasan ini di tanam di dalam bekas seperti pasu, atau di tanam terus di atas tanah.Tanaman hiasan ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga Terdapat berbagai jenis tanaman hiasan yang di tanam sekitar rumah atau banggunan. Tanaman hiasan berbeza dari segi pokok, bentuk, warna dan jangka masa hayat.

Nama: Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea) Maklumat: mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahandahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

1

Nama: Pokok Bunga Raya. Maklumat: juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

2

Nama: Pokok SiantanMaklumat: juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Pecah Periuk, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga.Terdapatnya dua jenis Pokok Siantan, iaitu Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.

Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu.

3

Nama: Pokok Tembusu Maklumat: Pokok Tembusu adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Fagraea fragrans. Ianya mempunyai daun yang rimbun dan batang yang keras.

4

Nama: Pokok Beringin Maklumat: Pokok Beringin atau nama sainsnya Ficus benjamina. Ianya tergolong dalam keluarga pokok Ara, dan merupakan pokok asal di Asia Tenggara dan Selatan sehingga utara Australia. Pokok ini boleh mencecah sehingga 30 m tinggi. Dahannya melengkung dan daun berkilat sepanjang 6-13 cm, bujur dengan hujung menjulur (acuminate). Buahnya merupakan sumber makanan burung.

5

Nama: Pokok Sena Maklumat: Pokok Sena juga dikenali sebagai Angsana merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Pterocarpus indicus. Ia merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan ASEAN. Ia dikenali sebagai pokok Narra di Filipina, pokok Sonokembang di Indonesia, pokok Tnug di Kemboja, dan pokok Pradu di Thailand.

6

Nama: Pokok Keembong (Impatiens balsamina) Maklumat: Merupakan sejenis pokok renek yang menyebar biji benih dengan cara meletupkan buahnya. Ianya berbatang lembut dan mempunyai daun yang tirus dan panjang. Tinggi pokok ini antara 1 hingga 1.5 meter. Pokok ini mengeluarkan bunga berwarna ungu.

7

Nama: Bunga Balung Ayam Maklumat: Pokok bunga ini berasal dari Brazil yang tergolong dalam famili Amaranthaceae dengan nama sanitifiknya Coks comb. Selain itu terdapat ahli botani yang menamakannya Celosia arargentea var cristata. Pokok ini bersaiz antara 0.3m hingga 1 m tinggi. Bunga balung ayam mempunyai batang yang licin dan bercabang. Daunnya berbentuk bujur panjang dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal batang yang berwarna coklat atau hitam. Terdapat berbagai jenis warna bunga balung ayam merah, putih, kuning dan ungu.

8

Nama: Pokok Bunga Matahari (Helianthus annuus)Maklumat: Ianya sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benihbenih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya pokok saka.

9

Nama: Kaktus Maklumat: Kaktus adalah nama yang diberikan untuk anggota tumbuhan berbunga famili Cactaceae. Kaktus dapat tumbuh pada waktu yang lama tanpa air. Kaktus biasa dijumpai di daerah-daerah yang kering (gurun). Kaktus memiliki akar yang panjang untuk mencari air dan memperlebar penyerapan air dalam tanah. Air yang diserap kaktus disimpan dalam ruang di batangnya. Kaktus juga memiliki daun yang berubah bentuk menjadi duri sehingga dapat mengurangi penguapan air melalui daun. Oleh sebab itu, kaktus dapat tumbuh pada waktu yang lama tanpa air.

10

Nama: Pokok Pinang Raja (Cyrtostachys lakka) Maklumat: Pokok Pinang Raja yang memiliki batang berwarna kemerahan dan oren adalah antara yang menjadi pilihan untuk ditanam di tepi pintu pagar atau di lorong masuk ke rumah, chalet atau hotel. Pinang Raja, salah satu pokok berumpun yang paling diminati kerana kombinasi warna batang dan pelepahnya. Tingginya mencapai lima meter dengan daun berukuran satu hingga dua meter boleh didapati secara meliar di kawasan hutan berpaya gambut di negara ini.

11

Nama: Pokok Pinang Manila (Veitchia merillii) Maklumat: Pokok Pinang Manila ini adalah sekumpulan tumbuhan dalam famili Palmae. Palma biasanya mempunyai batang yang tunggal, tidak bercabang dan mempunyai sejambak daun. Pokok pinang ini boleh tumbuh sehingga 5 m10 m.

12

Nama: Kelapa Gading (Cocos nucifera)Maklumat: Pokok kelapa ini sama seperti pokok-pokok kelapa Biasa tetapi ianya tidak begitu tinggi. Buahnya berwarna kekuningan dan saiznya tidak begitu besar.

13

Nama: Bunga Kembang Pagi ((Ipomoea trichocarpa) Maklumat: Bunga ini termasuk di dalam kumpulan bunga menjalar. Ianya bewarna putih keunguan. Biasanya bunga ini akan kembang apabila mendapat cahaya matahari. Semakin tinggi matahari ia menjadi semakin kembang. Mula kelopaknya rekah kemudian membuka sedikit demi sedikit.

14

Nama: Bunga Ros JepunMaklumat: Pokok bunga ini adalah jenis tumbuhan menjalar. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. Pokok ini mengeluarkan bunga berbagai warna.

15

Nama: Pokok Hemigrapis Maklumat: Pokok ini adalah sejenis pokok menjalar. Ianya mempunyai daun yang rimbun dan berwarna hijau keunguan tetapi tidak berbunga..

16

Nama: Rumput (atau rumpai)

Maklumat: Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae(dahulu dikenali sebagai Graminaea)contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

17

Nama: Arachis SppMaklumat: Pokok ini tergolong didalam keluarga rumput. Ianya tumbuh melata dan mempunyai daun yang rimbun. Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kekuningan.

18

Terima Kasih