Upload
niyart
View
389
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
1/23
1
Perubahan Sosial
Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu
dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar
baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,tetapi juga nilai-nilai
baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar
atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima secara paksa atau secara paksa
rela dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.
Dalam konteks perbincangan berkaitan sejarah muzik tradisional malaysia ini, perkara yang
dilihat adalah berbentuk menyeluruh melalui elemen-elemen yang memberi pengaruh terhadap
perkemabangan bagi kebanyakan muzik dan alat yang digunakan dalam permainan muzik
tersebut. Perbicangan ini akan meliputi 3 aspek asas dari penghuraian sejarah iaitu (i) pengaruhdari China, Inda dan Timur Tengah (ii) Pengaruh Barat (iv) Pengaruh dari sudut Dunia Melayu
lama seperti Thailand dan Indonesia. Ketiga-tiga asas pengaruh tersebut akan dilihat secara
spesifik bagaimana kumpulan tersebut membawa masuk muzik serta alatan muzik sehingga
melahirkan aset tersendiri terhadap alat-alat muzik di Malaysia. Kita melihat perkembangan dari
tiga aspek adalah kerana terdapat banyak persamaan dari segi alat dan struktur muzik di
Malaysia secara khususnya. Hal ini kerana wujudnya pelbagai interaksi dan faktor yang turut
memberi kesan ke atas muzik tersebut. Penelitian ini akan memberi gambaran yang jelas
terhadap interaksi kebudayaan yang mewujudkan personafikasi dan diversifikasi bentuk muzik di
Malaysia.Pergerakan Manusia Benua Asia ke Kepulauan Pasifik
Kepulauan Pasifik
Dalam aspek pergerakan manusia dan sosio-budaya, perkara asas yang dilihat adalah melalui
olah gerakan manusia dari benua Asia ke kepulauan Pasifik. Perkara ini telah membawa masuk
masyarakat yang digelar sebagai Melayu-Proto ke Semenanjung Malaysia dalam kurun 3000
SM. Kemudian diikuti oleh Melayu-Deutro dalam kurun 300 SM yang kebiasaanya bergerak
ke kawasan pergunungan dan hutan. Rasionalnya, orang Asia Tenggara umumnya dan Melayu
serta orang Indonesia khasnya berasal daripada Melayu-Proto dan Melayu Deutro (Mohd Ghaues
Nasurudin, hlm:1).
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
2/23
2
Masyarakat Melayu Proto
Penempatan Melayu Proto
Dalam aspek sosio-budaya pengaruh muzik didasari melalui penelitian budaya seperti
kepercayaan dan agama golongan migran tersebut. Keturunan Melayu-Deutro dan Melayu Proto
mencipta berbagai jenis permainan dan ritual unutk memberikan makna kepada kehidupan
mereka. Mereka lebih percaya kepada unsur-unsur animisme, keseimbangan dan keharmonian
diharapkan melalui pemujaan terhadap semangat alam. Permainan dan upacara tersebut sekaligus
memberi pengaruh terhadap muzik dan alatan muzik sehingga dekad ini.
Sungai Mekong turut menjadi salah satu asas pergerakan manusia.
Terdapat beberapa objektif dalam perbincangan ini. (i) Pada penghujung perbincangan kita akan
dapat mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan pengaruh dari elemen luar dalam
membentuk muzik tradisional Melaysia (ii) Konteks kedua, kita akan dapat mengetahui seberapa
banyak contoh alat-alat muzik yang diperkembangkan di Malaysia hasil dari pengaruh tersebut.
(iii) Secara tidak langsung, kita akan dapat memahami nilai yang terkandung dalam alatan serta
muzik tradisional berdasarkan penelitian sejarah.
Kajian mengenai sejarah kebudayaan pra-sejarah dan manusia merupakan satu bidang yang kaya
serta mustahak bagi kita untuk mencari jawapan asas terhadap persoalan-persoalan yang sering
timbul apabila kita cuba membicarakan mengenai usia, pertemuan awal serta asal usul muzik itu,
dan juga kepentingannya dalam setiap sudut kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
3/23
3
Difahamkan bahawa salah satu daripada alat muzik yang tertua yang diakui wujud adalah
merupakan sejeniup sepertimana yang difahami sekarang ini dengan alat tiup sepertimana
yang difahami sekarang ini dengan istilah seruling. Iannya dipercayai mula dicipta oleh
masyarakat orang-orang primitive dari golongan Homo Sapiens yang telah lahir sejak 20,000
tahun dahulu. Secara evolusi, mereka ini telah disifatkan sebagai golongan manusia yang sudah
mempunyai tubuh yang sempurna dan kecerdasan akal yang tinggi.
Alat seruling tersebut dikatakan dicipta dengan menggunakan tulang-tulang yang berpipa
daripada binatang. Alat tersebut didapati beberapa lubang jari (fingering holes). Ini menunjukkan
bahawa golongan Homo Sapiens juga sudah mempunyai citarasa yang tinggi terhadap idea
muzik.Di samping itu mereka juga mempunyai ekpandaian untuk mengubah bahan-bahan
daripada tulang serta gigi binatang untuk dijadikan bahan perhiasan diri seperti kalung dan
sebagainya, malah mereka adalah terdiri daripada golongan manusia pertama yang menanamkan
mayat bersama-sama dengan keperluan lain dan juga daging. Maka jelaslah kepada kita bahawa
secara lahiriah muzik turut sama berkembang dan emmainkan peranan yang penting dalam
kehidupan masyarakat orang-orang Homo Sapiens bagi kepentingan upacara tersebut. Dari
penjelasan di atas ternyata bahawa asal usul muzik secara amnya adalah bermula daripada
masyarakat orang-orang primitif. Mereka menggunakan muzik dan tari dalam sembahyang unutk
kuasa-kuasa ghaib mengikut kepercayaan animism yang dipercayai dapat memberi makna dalam
kehidupan mereka.
Seterusnya, alat-alat muzik seperti seruling iaitu vertical flute telah dijumpai di makam Diraja
Ur of the Chaldees di Selatan Iraq dalam tahun 1920an, adalah dibuktikan wujud sejak dari
tahun 40003000 SM lagi. Semenjak 2500 SM, ahli-ahli muzik di mesir didapati telah pun
menggunakan alat-alat tiupan yang begitu sempurna dari segi pembuatannya untuk
menghiburkan raja-raja mereka. Alat-alat ini terdiri daripada jenis-jenis seperti seruling dan
klarinet berkembar ataupun double carinet. Alat double clarinet mula wujud dan
berkembang pada zaman keagungan Mesir purba iaitu Ancinet Egypt dan dari sini ianya
dikatakan telah merebak hingga ke Mesapotamia dan Greece sekita 500 SM dan dikenali dengan
anama aulos. Double clarinet juga dikenali umum sebagai double Reed Pipe iaitu sejenis alat
tiupan yang menggunakan dua batang pipa yang diikat secara berkembar dan dipasangkan
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
4/23
4
dengan sounding aparatus sama ada secara tunggal ataupun setiap satu darinya dan ditiup oleh
seorang pemain sahaja. Alat-alat double clarinet yang didapati wujud dan berkembang di merata-
rata kawasan di timur Tengah dan juga lembah Mediterannean merupakan satu lanjtan sejarah
awal perkembangannya. Dalam bahasa Arab ia dikenali dengan nama Zummarah dan di Lebanon
dikenali sebagai Mijwiz Di India dikenali sebagai Murli yang mana bellow nya diperbuat
daripada labu yang telah dikeringkan.
Seterusnya dalam kategori alat tiup seperti serunai yang menggunakan pipit dua lapis
(doublereed Instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat shawms.
Ia merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk kun pada pipa
melodinya iaitu chanter dan menggunakan pipit dua lapis sebagai sounding device;. Di India
dikenali sebagai shahnay, di China sebagai Sona di Sri Lanka dikenali sebagai Harone dan
di Thailand dikenali sebgaai Pi Nai.Ayat serunai beralasal dari Parsi dari suku kata nay yang
bermaksud tiup. Di Iraq dikenali sebagai Zurna
Seterusnya seruling buluh yang ditakrifkan sebagai flute turut menjadi sejarah alat purba. Ia
berada di merata-rata tempat turut terkenal dalam kelompok Melayu deutro dan Proto yang
menggunakan alam sebagai asas membuat alat muzik. Perkembagannya mengikut proses
poligenesis dan tidak melalui difusikebudayaan. Kewujudan adalah bermula dari zaman
batu. Kesemua alat-alat tersebut diperbuat daripada tulang-tulang binatang dan mempunyai
kaitan rapat dengan pemikiran masyarakat orang-orang primitif dari zaman pra sejarah.Terdapat
juga jenis alat tiup yang diperbuat dari tanah liat dan dikenali dnegan nama xun. Alat ini
dipercayai wujud sejak dari zaman batu pertengahan lagi iaitu 6000-7000 tahun dahulu. Di
Malaysia satu ketika dahulu terdapat jenis alat tipu dari tanah liat dan berbentuk seperti ikan dan
burung, dikenali sebagai Puling Tanah.
Dalam proses evolusi kebudayaan, sumber hutan telah digunakan untuk memperkembang
kesenian orang Melayu Proto dan Deutro. Bahan perhiasan diperbuat daripada buluh dan
rotan.Alat-alat muzik seperti seruling, serunai, selumprit, gendang, geduk, gedombak, dan
canang juga dibuat daripada sumber hutan seperti kayu, buluh dan kulit.Sebagi contoh, alat
muzik ini telah membantu memperkembang drama Melayu tradisional hinggalah drama Melayu
moden.Melalui drama, kebudayaan Melayu dikekalkan kerana drama mengandungi berbagai-
bagai unsur pnting seperti pendidikan, penyampaian maklumat,rangsangan pemikiran, dan
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
5/23
5
hiburan.
Oleh sebab hutan rimba begitu penting dalam kehidupan orang Melayu, sistem kepercayaan yang
wujud juga berkait rapat dengan perhutanan
Sebelum kedatangan agama Hindu dan agama Islam, orang Melayu mengamalkan kepercayaan
animisme.Misalnya mereka percaya bahawa batu, pokok.sungai, hutan, bukit, dan gunung
mempunyai semangat, kuasa ghaib, atau diduduki oleh dewa-dewa.Semangat ini mempengaruhi
manusia yang berinteraksi dengan mereka.Oleh itu upacara keagamaan dan adat (ritual)
diamalkan supaya mencapai keharmonian dan keseimbangan antara manusia dengan semangat
itu.
Dalam amalan ritual kepercayaan, tarian dan muzik Melayu telah berkembang.Alat muzik
dijampi dan lagu dimainkan untuk berdamai dan berdamping dengan kuasa ghaib seperti hantu,
jembalang, jin, puaka, dan yang sebagainya.Walaupun kedatangan Islam telah mengurangkan
darjah kepercayaan animisme ini, orang Melayu bukan Islam seperti Senoi, Semang, Negrito,
Kadazan, Murut, Kelabit, Iban, dan yang lain masih meneruskan ritual itu sehingga kini.
Rujukan.
Nik Mustapha Mohd Salleh. 1998. Tradisional Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia.Kuala
Lumpur. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Mohd Ghouse Nasurudin.1989.Muzik Melayu Tradisi. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selangor.
Harrison (1955) berpendapat bahawa perhubungan perdagangan di antara Asia Tenggara dengan
negara-negara luar seperti India, China dan Eropah telah bermula sejak Zaman Gangsa lagi.
Akan tetapi kajian terkemudian menunjukkan perdagangan ini telah dijalankan lebih awal iaitu
sejak Zaman Neolitik. Perdagangan ini kemudian berkembang dengan berkembangnya sistem
komunikasi. Perdagangan antarabangsa terutama dengan India dan China nampaknya telah
bermula sejak abad pertama Masihi.
Pedagang India mula berlumba-lumba keluar mencari Pulau / Semenanjung / Bumi Emas ini
apabila bekalan emas empayar Rom terhenti. Selain itu, perdagangan Cina juga telah membawa
kepada kemajuan perdagangan kelautan Asia Tenggara apabila kekacauan di bahagian Asia
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
6/23
6
Tengah telah menyebabkan pihak Cina (Dinasti Han 190-225 Masihi) terpaksa mencari jalan
dagangan lain melalui jalan laut di selatan bagi menghubungkan China dengan Barat.
Proses kemasukan pengaruh ini dapat dilihat dalam proses pengindian Asia Tenggara.
Pengindian disini membawa maksud unsure-unsur budaya India telah meresap masuk ke dalam
budaya tempatan setelah berlakunya pertembungan antara dua budaya itu. Unsur-unsur ini
dijalankan oleh dua pihak iaitu orang india dan Asia Tenggara. Ciri tamadun yang utama yang
ditiru atau dibawa balik oleh mereka adalah dalam bidang-bidang kepercayaan, bahasa, huruf
India, kesenian, pentadbiran dan kesusasteraan.
Pengaruh Hindu boleh dilihat semasa kerajaan Funan, Seriwijaya, Majapahit dan Kerajaan
Melaka. Kerajaan-kerajaan ini meliputi Kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Filiphina dan
sebahagian Indo-China di mana Kerajaan Hindu-Funan berpusat di Mekong dan jajahannya di
Langkasuka dan Kedah. Seterusnya digantikan dengan kerajaan Seriwijaya di Palembang,
Sumatera Selatan. Kerajaan Hindu Majapahit mengamil alih pemerintahan selama 1 kurun dan
seterusnya Kerajaan Melaka yang berpusat di pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.
Pengaruh India di Kepulauan Melayu Lama iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand, Filiphina dan
sebahagian Indo-China dilihat sama kerana menjalankan perdagangan dan pertukaran
kebudayaan di antara jajahannya dan telah menggalakkan kemunculan seni persembahan yang
hampir sama di dalam kawasan budaya itu. Antara pengaruh Hindu yang dapat dilihat dalam
konteks kepulauan Melayu lama adalah persembahan wayang kulit yang menceritakan tentang
epic Ramayana dan Mahabrata yang memuja dewa Hindu dalam upacara membuka dan menutup
panggung dan penggunaan alat-alat muzik seperti gendang dan serunai. Bagi alat-alat muzik,
antara alat-alat muzik yang mendapat pengaruh daripada India adalah seperti Tabla yang
digunakan dalam permainan Ghazal dikatakan berasal dari India. Begitu juga Gendang Melayu
yang juga berasal dari India dan mempunyai persamaan bentuk seperti gendang Mridanga.
Bagi pengaruh China pula, selain faktor perdagangan, faktor tolakan dan tarikan wujud
menyebabkan kebanyakan orang cina datang ke Tanah Melayu. Faktor bencana alam yang
berlaku di negara China beserta dengan kemiskinan menyebabkan orang cina ini datang ke
Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan unsur-unsur budaya dari cina meresap masuk ke
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
7/23
7
dalam budaya Melayu. Antara alat-alat muzik yang dipercayai berasal dari China adalah alat
muzik gong. Seni persembahan dapat dilihat dalam persembahan tarian naga dan tarian singa.
Sementara itu, pengaruh Islam dapat dilihat semenjak kurun ke-13 lagi di mana pedagang Arab
dan India telah berdagang dengan kerajaan Seriwijaya. Turut berlaku pada masa itu, Perlak dan
Pasai di Sumatera Utara telah memeluk agama Islam. Hal ini yang menyebabkan agama Islam
telah dibawa ke Melaka dan menjadi kukuh apabila Parameswara iaitu seorang Raja Melaka
telah berkahwin dengan Puteri Sultan Pasai dan telah memeluk agam Islam. Nama Parameswara
telah ditukarkan kepada Megat Iskandar Syah pada tahun 1414. Dengan titik permulaan Melaka
sebagai kawasan permulaan bagi Islam di Kepulauan Melayu, agama Islam ini telah tersebar ke
kawasan-kawasan yang lain di Semenanjung dan dalam jangka masa 50 tahun, Melaka telah
dikenali sebagai pusat agama Islam di rantau tersebut. Islam sememangnya merupakan agama
yang mempunyai sifat toleransi dan juga terdedah dengan seni persembahan Hindu di kepulauan
Melayu ini, maka agama Islam telah menerima unsur-unsur ini. Semasa Islam bertapak di rantau
ini, kegiatan keseniannya adaah berasaskan unsur Hindu-Animisme.Ini dapat dilihat dalam
upacara jampi serapah yang dilakukan sebelum persembuhan dimulakan.Kedatangan Islam telah
menyerapkan cerita dan lagenda Islam ke dalam repertoire persembahan. Unsur-unsur yang
disifatkan bertentangan dengan nilai-nilai agama Islam telah mula terhakis dan segala jampi
serapah telah digantikan dengan doa-doa pendek. Islam juga telah menerapkan unsur-unsur
Islam ke dalam persembahan. Ini dapat dilihat di dalam persembahan hadrah, rodat dan dikir
rebana di mana kesemuanya menggunakan nyanyian berkumpulan yang diiringi dengan beberapa
buah gendang rebana dan sebiji gong. Selain itu, kejayaan Islam juga adalah dengan
memperkenalkan tarian zapin dan beberapa bentuk nyanyian keagamaan yang memuji Allah,
Nabi dan para sahabatnya
Bukan sahaja dapat dilihat dari seni persembahan, malah pengaruh muzik dari Timur Tengah ini
dapat dilihat dari segi alat-alat muzik yang dimainkan pada masa kini. Pengaruh Timur Tengah
telah banyak memberi kesan kepada pembentukan alat-alat Gendang di Malaysia. Alat-alat
seperti Nekara, Marua, Gedombak, Kompang, Rebana dan juga Rodat adalah terhasil
daripada perhubungan perdagangan dan penyebaran agama Islam di rantau ini sejak sekian lama
dan memperkayakan lagi unsur-unsur serta nilau budaya masyarakat setempat. Alat-alat seperti
Gedombak yang terdapat dalam permainan Wayang Kulit di Kelantan mempunyai pertalian
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
8/23
8
dengan alat Dombak atau Zarb yang terdapat di Iran dan Darabuka di Iraq. Bagi
Kompang, ianya merupakan alat terpenting bagi meraikan majlis keagamaan masyarakat Islam
di Timur Tengah.
Pengaruh penting ke atas muzik di rantau ini, terutamanya Malaysia ialah dari Barat yang
memperkenalkan budaya mereka termasuk tarian dan muzik. Orang portugis membawa masuk
biola dan gitar sementara orang British mempopularkan alat-alat muzik barat yang lain seperti
piano, trompet, seksafon dan sebagainya.
BIOLA
Violin biasa di sebut biola. Sebenarnya biola lebih besar sedikit daripada violin. Biola tidak
sesuai bagi permainan muzik ghazal tetapi violin lebih sesuai. Alat ini berasal dari Barat, Jepun
dan Negeri China. Alat ini di gantikan dengan alat muzik sharinggi India. Menurut catatan kuno
bangsa Aria di India, pada 5.000 tahun yang lampau, raja Ravana dari negara Sri Langka telah
mencipta alat muzik yang menggunakan senar-busur, yakni Ravanastron. Kemudian Ravanastronmenyebar ke Afghanistan dan Persia, pada awal abad ke 1. Semasa zaman kerajaan Tokharistan
di Afghanistan, bentuk instrumen muzik itu berubah menjadi bentuk Pipa (alat muzik petik dari
Tiongkok), papan atasnya datar, di bahagian bawahnya berasal dari kayu utuh yang dipahat
cekung, agak halus, nada dan resonansinya agak besar. Pada abad ke 7 menyebar ke wilayah
Arab dan sewaktu zaman keemasan Islam namanya diubah menjadi Rebab. Sekitar abad ke 8,
seiring dengan perluasan pengaruh Islam, Rebab masuk ke Sepanyol, ketika itu Sepanyol
dibawah kekuasaan dinasti Aragon. Orang Sepanyol menyebut instrumen tersebut sebagai Rebec
atau Rebeca. Dalam masa yang sama juga ia memasuki Roma, Yunani, Eropa Timur dan Italia.
Pada abad pertengahan di Eropah, wilayah tempat berkembangnya alat muzik gesek ini ialah di
Italia, Jerman dan Perancis, meskipun asal usul alat muzik gesek bukan di Eropah, tetapi telah
dibesarkan dan berjaya di Eropah. Alat muzik gesek yang mula-mula masuk ke Eropah terdiri
dari dua jenis yakni Pegangan vertikal dan Pegangan di atas lengan. Di sebabkan perubahan dan
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
9/23
9
interaksi budaya, Biola moden paling awal muncul pada abad ke 16 (sekitar tahun 1520) di Itali
Utara. Abad 16 adalah waktu gemilang yakni dari zaman Renaissance. Dengan latar belakang
Renaissance, akhirnya Biola mengarah ke bentuk moden sekarang ini, pembuatannya halus,
proses/teknologi pembuatannya sesuai dengan teknologi dan prinsip estetika. Amati, Stradivari
dan Guarneri merupakan pembuat biola yang paling terkenal. Pelbagai usaha yang dilakukan
bagi mengembangkan alat muzik ini. Sehingga kini biola buatan mereka masih saja menjadi
barang rebutan pengumpul barangan muzik, hal ini masih kerana hasil ciptaan mereka telah
diiktiraf sebagai biola terbaik di dunia. Ramai pembuat biola zaman moden yang cuba untuk
mengembangkan dengan membuat beberapa penambahbaikan, namun masih tidak berjaya
menandingi keupayaan dan kualiti buatan generasi terdahulu. Ketika pertengahan abad ke-17,
para pemuzik mula memberi pemerhatian khusus kepada suatu bentuk musik untuk pertunjukan
tertentu, seperti muzik biola atau muzik akustik, maka secara perlahan biola menggantikan
peranan Viol. Pemuzik Itali, Monteverdi secara rasmi memasukkan biola ke dalam
pertunjukannya, dan telah mencipta banyak teknik bermain biola, menghasilkan lebih banyak
lagi nada dan suara biola. Teknik biola pada awal abad ke 19 juga telah sampai ke puncaknya
oleh pakar biola Itali, Paganini. Sebelum menyebar ke Tiongkok, Ravanastron yang disebut-
sebut seawal penulisan ini telah masuk ke India di daerah Jia Kum. Akhirnya pada abad ke 13
baru masuk ke Tiongkok, ketika zaman dinasti Song. Selepas 400 tahun, biola moden baru
masuk secara serentak dengan kemasukan pedagang pada zaman dinasti Qing masuk ke
Tiongkok.
Gitar:Gambar:Kissar, instrumen seperti lyra yang masih digunakan di beberapa tempat di Afrika
Utara hingga sekarang.
Model instrumen yang dipetik sebelum zaman Renesans (1450-1600) sangatlah beragam. Wajar
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
10/23
10
sekiranya kita keliru dengan nama-nama yang berlainan untuk sebuah instrumen yang sama, atau
sebaliknya, keaneka-ragaman instrumen yang berasal dari instrumen yang sama.Keadaan ini
disebabkan terbatasnya jaringan komunikasi pada ketika itu. Sebagai analoginya dapat kita lihat
pada kisah Apollo dan Hermes. Diceritakan bahawa Hermes telah mengambil sapi-sapi milik
Apollo. Dalam perjalanan pulang Hermes melihat seekor penyu. Iapun menangkap dan
mengulitinya serta mengambil tempurungnya. Pada tempurung itu diberi lubang dan dicacapkan
sepotong kayu. Pada bahagian rongga ditutupinya dengan kulit sapi. kemudian, dia pun mengikat
usus sapi dari ujung potongan kayu ke ujung tempurung. Hermes pun memainkan instrumen
ciptaannya itu sambil bernyanyi. Syair nyanyiannya itu memuji kebaikan, kepintaran dan
kemurahan hati Apollo. Apollo yang mengetahui pekara tersebut menuntut Hermes untuk
mengakui perbuatannya serta menuntut agar mengembalikan sapi-sapinya yang telah
dikorbankan oleh Hermes. Selepas Hemes membuat seperti mana yang dituntut oleh Appolo, lalu
Appolo pun memaafkan Hemes. Mereka segera membuat perjanjian. Dalam perjanjian tersebut,
Hermes boleh memiliki sapi-sapi itu dan alat muzik buatan Hermes itu akan menjadi milik
Apollo. Mungkin cerita ini hanyalah simbol dari alih budaya Creto-Helladis ke Indo-Eropa
Yunani seperti penjelasan Graves. Terlalu sukar untuk kita melihat kisah ini sebagai asal usul
instrumen lyra yang sebenarnya. Namun begitu kita tahu bahawa terdapat instrumen lyra pada
bangsa Yunani kuno.
Ada yang menyebutnya Lyra, ada juga yang menyebutnya Khitara
Ada juga pendapat yang mengatakan idea awal instrumen gitar berasal dari bunyi tali pada busur
panah. Kemudian diberi kotak suara atau resonator supaya suaranya lebih keras/jelas, selain tali
(senar) yang ditambahkan. Alasan ini dapat difahami dengan melihat bentuk-bentuk instrumen
berdawai kuno di bawah ini.
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
11/23
11
Instrumen tertua yang bentuknya menyerupai gitar terdapat pada objek arkeologi di alaya huyukyang berasal dari tahun 1400 sm. Pada relief tersebut dapat dilihat seorang musisi hittite sedang
memainkan alat musik yang lebih mirip instrumen gitar daripada instrumen tanbur. Nama
sebenarnya tidak dapat diketahui sebab itu sekarang ia hanya dikenali dengan nama gitar hittite
saja.
Sedang tanbur merupakan instrumen petik yang pada awalnya berkembang di persia sekitar tahun
1400 sm. Instrumen ini memiliki badan seperti mangkuk dan papan suara yang terbuat dari kulit.
Sebutan-sebutan lain untuk instrumen ini berdasarkan jumlah dawainya. Disebut setar jika
berdawai tiga dan disebut chartar jika berdawai empat ('se' berarti tiga, 'char' berarti empat dan
'tar' berarti dawai).
Tanbur
tanbur juga berkembang di yunani sekitar tahun 300 sm. Sekitar tahun 300m bangsa romawi
mengembangkan tanbur model mereka sendiri dengan idea tanbur yunani. Menurut maurice
j.summerfield tanbur yunani mahupun romawi merupakan instrumen yang berdawai empat
(chartar). Tanbur yunani dan romawi ini dianggap sebagai kesinambungan dari tanbur persia dan
gitar hittite. Seperti telah disentuh di atas, kata gitar dengan tanda kutip digunakan kerana nama
sebenarnya dari instrumen itu tidaklah diketahui.tidak ada informasi nama pada relief di alaya
huyuk.
Jadi perkembangannya adalah seperti berikut:
gitar hittite ---> tanbur persia ---> tanbur yunani ---> tanbur romawi
tanbur romawi ini seterusnya berkembang menjadi guitarra morisca dan guitarra latina. Ilustrasi
dari instrumen-instrumen ini dapat dilihat pada dokumen cantigas dari alphonso yang arif, tahun
1270. Cantigas ini merupakan nyanyian puji-pujian bagi perawan suci serta mujizat-mujizatnya.
Dari nama guitarra morisca ini, kita sudah dapat menduga bahawa gitar ini berasal dari bangsa
moor. Bentuknya seperti almond (biji dari sejenis buah persik), sedang bahagian belakangnya
seperti perahu terbalik. Papan jarinya lebar dan pada papan suaranya terdapat beberapa lubang
suara.
Guitarra morrisca repro
berlainan dengan guitarra morisca, guitarra latina mempunyai bentuk yang berkeluk kedalam.
Bahagian belakangnya rata, serta umumnya hanya mempunyai sebuah lubang suara pada papansuaranya.guitar latinasebelah kiri guitarra latina dan yang di kanan guitarra morrisca dapat dilihat
bahwa guitarra latina mempunyai bentuk yang lebih mirip dengan gitar modern. Walaupun diberi
nama latina bukanlah bererti gitar ini berasal dari rom, tetapi ia sebenarnya berasal dari laut
tengah. Nama latini diberikan kepada penduduk asli, settlers asli dan kolonis di wilayah-wilayah
yang telah diduduki oleh bangsa barbar. Guitarra latina digunakan untuk bermain iringan, sedang
guitarra morisca untuk bermain melodi. Sebelum kita teruskan dengan instrumen yang lain,
terlebih dahulu mengenali tentang asal-usul kata gitar. Mungkin kata gitar ini berasal dari kata
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
12/23
12
ketharah atau cetharah, alat muzik dari bangsa asyiria. Atau mungkin juga dari kata setar, sitar,
cithara yang dapat diertikan sebagai instrumen berdawai tiga. Selain itu ada juga yang berpendapat
bahwa gitar berasal dari kata chartar, instrumen yang berdawai empat. Salah satu hal yang
menguatkan pendapat ini ialah kesamaan jumlah dawai antara chartar dengan guitarra morisca
mahupun latina. Guitarra morisca mempunyai empat dawai berganda sedang guitarra latina
mempunyai empat dawai tunggal. Kita juga harus berhati-hati untuk istilah-istilah seperti guitarra,
guiterne, gitern dan sebagainya dalam konteks sebelum zaman renesans. Istilah ini seringkali
digunakan untuk instrumen yang pada zaman renesans disebut mandora. Mandora merupakan
instrumen lute yang ukurannya sangat kecil. Dengan kata lain, sebuah instrumen yang seperti gitar
sering disebut viola, atau dalam bahasa sepanyol disebut vihuela. Viola ini juga mempunyai arti
yang umum, yaitu semua instrumen berdawai baik yang dimainkan dengan alat penggesek, dengan
plectrum, maupun dipetik dengan jari .
Vihuela
akhirnya pada abad ke 16 kata guitarra sudah meluas digunakan sebagai nama instrumen yang
berdawai empat berganda di eropah. Sudah tentu terdapat perbezaan-perbezaan kecil seperti
guitarra di sepanyol, guiterne atau guiterre di perancis, gittern di inggeris, chitarrino atau chitarra
di itali dan quinterna atau gitarre di jerman. Seperti yang telah disentuh di atas, nama yang
digunakan di portugis cukup berbeza yaitu violao.
Gitar zaman renesans yang memiliki 4 dawai berganda instrumen petik lainnya yang mempunyai
peranan penting dalam perkembangan gitar ialah lute. Kita ingat bahawa pada tahun 711 bangsa
arab datang ke sepanyol untuk penyebaran agama islam. Pengaruh bangsa arab pada budaya
sepanyol umumnya, muzik khususnya tidak dapat dikatakan kecil. Sekarang pun pengaruh arab
masih sangat terasa pada muzik flamenco. Bangsa arab membawa alat musik yang mereka
namakan alud, alat dari kayu. Ada kemungkinan penamaan ini merupakan usaha untuk
membezakan alud dengan instrumen lainnya yang mempunyai papan bunyi dari kulit, seperti
keluarga tanbur, ataupun badan yang diperbuat dari labu air.
Al'ud
ada kemungkinan bangsa arab bukanlah penemu instrumen ini. Mungkin saja lute ini berasal dari
tempat yang sama dengan gitar hittite. Pada salah satu relief itu juga menggambarkan seorang
pemain lute bersama-sama dengan sekelompok pemain sulap, termasuk seorang pemain ular, dua
akrobatis dan ada seoranglagi dengan monyetnya. Namun begitu instrumen yang dipegang
musisi itu lebih mirip dengan bentuk jam pasir selain mempunyai tujuh buah fret. Hal yang
lebih pasti bahawa di mesir pada zaman hyksos terdapat instrumen yang sangat mirip
dengan lute. Instrumen yang dikenal dengan sebutan nefer ini memegang peranan penting
dalam kehidupan muzik di sepanjang sungai nil itu. Dengan penemuan beberapa contoh
asli di perkuburan mesir, maka sekarang kita dapat mengetahui pembinaan instrumen ini
dengan lebih pasti. Bangsa yunani mengenal instrumen seperti lute dengan sebutan
pandoura atau pandouros. Kemungkinan kata pandoura ini berasal dari kata pan-tur
(gesek-kecil). Instrumen yang diimport dari asia barat ini akhirnya mengalami pergeseran-
pergeseran nama mahupun kewujudannya. Dari pan-tur menjadi pandoura, pandouros,
pandore, mandore, mandora, mandola, vandola dan sebagainya. Sekarang kita masih dapat
melihat keturunannya yang disebut mandolin mahupun bandurria di sepanyol.
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
13/23
13
Berdasarkab huraian di atas dapat disimpulkan bahawa instrumen lute tidak hanya dimilki
oleh bangsa arab saja. Bangsa arab tidaklah kecil dalam memperkenalkan instrumen lute
yang pada akhirnya tersebar di seluruh eroph. Seperti nama gitar, nama lute juga
mengalami perubahan-perubahan kecil seperti laud di sepanyol, laute di jerman, liuto di
itali lute di inggeris, luth di perancis dan alaude di portugis. Nama asal piano sebenarnyaadalah pianoforte, yang berasal dari bahasa itali. Piano dibuat oleh bartolomeo cristofori
pada tahun 1720-an. Piano merupakan salah satu instrumen keyboard (menggunakan
papan tekan).nama piano berasal dari bahasa itali, piano e forte yang bererti lembut dan
keras.alat musik ini pertama kali dibuat oleh bartololemo cristofori pada 1709 dengan
nama gravicembalo col pian e forte dalam bahasa itali (harpsichord with soft and loud).
Prinsip kerja alat muzik ini diambil dari prinsip kerja bilah kunci harpsichord and
clavichord dikombinasikan dengan pemukul dan string dari alat muzik dulcimer. Alat ini
pertama kali diciptakan oleh bartolomeo cristofori, seorang pembuat. Dia terkenal sebagai
perintis pembuatan piano. Dua dari ciptaannya yang terkenal masih tersimpan sampai
sekarang, pertama di metropolitan museum of art, new york 1720. Dan yang kedua buatantahun 1726 tersimpan di muzium leipzig, germany. Piano ciptaan bartolomeo cristofori ini
pada tahun 1725 mula disempurnakan oleh pembuat piano dari freiberg jerman.
Perkembangan inovasi pembuatan piano yang paling significant dilakukan oleh orang
jerman lainnya iaitu johan andreas stein dari ausburg. Yang akhirnya menjadi fondasi dari
piano viennese, yang sering digunakan oleh mozart dan komposer-komposer jerman
untuk menciptakan lagu-lagu klasik pada akhir abad 18 dam awal abad ke 19. Beberapa
pembuat piano dari jerman bermigrasi ke london pada sekitar tahun 1760. Dan mereka
mula membentuk sekolah di inggeris dibawah naungan john. Di negara eropah lainnya iaitu
di perancis, pabrik pembuatan piano dirintis oleh sebastien erard pada tahun 1790 an.
Jerman, austria dan amerika syarikat ketika ini sangat terkenal dengan pembuatan piano
yang bermutu tinggi. Salah satunya adalah perusahaan pembuatan piano dari jerman yang
didirikan oleh karl bechstein. Dan perusahaan amerika yang bernama steinway and
chickering. Pada awal kemunculan piano, seperti juga alat muzik terdahulu, harpsichord
dibuat hanya empat (atau paling banyak ) lima oktaf saja. Tetapi dalam perkembangannya
piano boleh dibuat sampai menjangkau suara selebar tujuh oktaf, melalui penciptaan
penciptaan struktur tertentu. Bahkan bsendorfer sanggup menciptakan suara bass yang
diperbesar sehingga boleh mencapai lapan oktaf. Pada akhir abad 19 piano didominasi oleh
penggubah dari rusia, anton rubinstein, pada awal abad 20. Pemain piano terkenal mula
melakukan tour terus menerus sampai ke eropah barat dan amerika syarikat. Keperluan
mendapatkan hasil sesuai dengan keperluan di dunia barat. Barat berlumba lumba untuk
mendapatkan tanah di seberang laut. Negeri negeri selat yang menentukan jatuh danbangun negeri melayu yang lain merupakan permulaan british bertapak di negeri negeri
melayu. Pada ketika itu singapura dijadikan sebagai perlabuhan bebas yang bertaraf dunia.
Bermulanya proses pendagang, pemodal, pengusaha melabur (markatalisme). Saudagar
saudagar negeri selat yang ada modal berjaya mendapat konsesi di negeri negeri melayu
dan membuka ladang sendiri. Negeri selat telah berkembang dengan pesat kerana
perdagangan begitu maju. Ramai saudagar negeri selat telah menjadi kaya. Dengan
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
14/23
14
kekayaan itu mereka ingin melabur lagi dan negeri negeri melayu dianggap sangat sesuai
dibangunkan. Saudagar british terutamanya menjadi semakin berpengaruh. Sebilangan
besar datang ke negeri negeri selat terutamanya ke singapura pada tahun 1820 -an dan
1830- an. Selepas tahun 1786 pulau pinang diambil menyaksikan kemasukan orang cina
semakin ramai . Proses ini menjadi lebih pesat apabila singapura dibuka pada tahun 1819
iaitu singapura sebagai pusat imigrasi. Pertanian juga menjadi mata pencarian penting bagipenduduk awal di pulau pinang dan singapura. Pada tahun 1820-an. Di singapura telah
diusahakan tanaman gambir dan lada hitam. Selepas 1826 wujud golongan pendagang dan
profesional dalam bidang ketenteraan, perkhidmatan dan bidang lain. Wujudnya proses
pembandaran. Sekitar tahun 1826-1874- singapura mencapai tahap sebagai pusat
pertahanan dan perdagangan. Tahun 1830-an- di pulau pinang telah dimulakan usaha
usaha membuka ladang tebu di seberang perai. Diusahakan oleh golongan cina. Semakin
banyak lombong dibuka di negeri negeri melayu barat. Mula mula oleh pembesar melayu
yang mengupah pekerja cina. 1840-an- keadaan berubah menyebabkan saudagar saudagar
negeri selat yang mempunyai modal berjaya mendapat konsesi di negeri negeri melayu dan
membuka lombong sendiri. Britian sebagai kuasa perdagangan dan tentera no 2 di duniapada masa ini. Ketika kemasukan british ke tanah melayu, mereka juga telah membawa
budaya mereka masing-masing. Bermula dengan muzik yang digunakan bagi tujuan
hiburan, sedikit demi sedikit muzik tersebut menyerap masuk di kalangan masyarakat
melayu. Kesannya dapat kita lihat hingga ke hari ini. Sejarah perkembangan pendidikan
muzik malaysia. Sejarah pendidikan formal di malaysia telah menunjukkan bahawa pihak
british telah menubuhkan penang free school pada tahun 1816. Penubuhan sekolah ini
ternyata telah menjadi perintis kepada penubuhan sekolah-sekolah inggeris yang lain
terutamanya di kuala lumpur, ipoh dan melaka. Dengan penubuhan sekolah-sekolah
tersebut maka secara tak langsung bermulanya pembelajaran muzik di negara kita. Pada
masa ini pembelajaran muzik di sekolah-sekolah ini hanya merupakan aktiviti kokurikular
dan jarang sekali diadakan dalam aktiviti formal. Apa yang nyata kemasukan kuasa
penjajah ini merupakan titik tolak kepada bermulanya pendidikan muzik di sekolah-
sekolah. Kedatangan jepun dilihat sebagai suatu fenomena yang kurang memberi kesan
yang ketara terutamanya terhadap terhadap sistem pendidikan di malaysia. Jika dihitung
secara logik jelas bahawa pertapakan kuasa british yang lebih lama di tanah melayu lebih
banyak memberi impak terutamanya terhadap perkembangan pendidikan muzik di
malaysia dan penulisan pada kali ini akan mengupas tentang perkembangan pendidikan
muzik di malaysia bermula pada zaman penjajahan british sehinggalah pada masa kini.
Pendidikan muzik semasa zaman penjajahan jelas bahawa sistem pendidikan muzik seperti
yang wujud pada masa kini mempunyai banyak ciri yang telah diwarisi daripada sistempendidikan yang telah diwujudkan pada zaman british. Hakikat ini tidak dapat disangkal
kerana pihak british telah berusaha dengan sengaja untuk memberikan satu gambaran
kepada rakyat malaya tentang keunggulan dan kehebatan idea-idea british dalam semua
aspek kehidupan rakyat kita seperti pendidikan, undang-undang, perubatan, pentadbiran
am dan politik. Bermula pada tahun 1816 maka penang free school dibuka dan daripada
detik inilah diikuti dengan pembukaan beberapa buah sekolah inggeris lain di perak,
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
15/23
15
melaka, kuala lumpur, dan di beberapa lokasi lain. Sejajar dengan pembukaan sekolah
tersebut telah membawa bersama pembelajaran muzik seperti koir dan pancaragam
sebagai antara aktiviti kokurikular pada masa tersebut. Selain itu juga, nyanyian lagu puisi
berirama kanak-kanak turut diadakan setiap kali semasa pembelajaran matapelajaran
bahasa inggeris. Pada masa ini, pihak yang berkuasa telah menentukan bahawa setiap
sekolah inggeris mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru yang mahir bermain pianoatau mempunyai latar belakang formal dalam sistem muzik barat. Selain itu, nyanyian lagu
kanak-kanak, seriosa atau rakyat dari barat juga turut diadakan semasa pembelajaran
bahasa inggeris supaya amalan sebegini akan mengukuhkan lagi pembelajaran bahasa
inggeris. Jelas bahawa pembelajaran muzik pada peringkat ini hanya tertumpu kepada
sekolah-sekolah vernakular beraliran inggeris. Manakala sekolah vernakular, melayu, cina
dan india begitu ketinggalan dalam aspek ini. Semasa zaman pentadbiran tentera jepun,
pengajaran muzik telah diadakan di sekolah-sekolah malaya tetapi pada masa ini para
pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti lagu komigayu dan rakyat
daripada negara jepun. Pada masa pentadbiran tentera jepun, sukatan mata pelajaran juga
berdasarkan dasar pelajaran jepun. Namun pemerintahan jepun itu sendiri tidakmeninggalkan sebarang kesan yang jelas dalam sistem muzik malaysia yang wujud pada
masa sekarang. Ini kerana selepas jepun berundur dari tanah melayu selepas perang dunia
ke ii sistem pendidikan yang pernah wujud sebelum perang itu diamalkan semula apabila
pihak british kembali memerintah malaya. Pada masa ini kita dapat melihat bagaimana
para pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rasmi negeri berkenaan dan lagu
kebangsaaan britian iaitu god save the queen dalam upacara perhimpunan sekolah
terutamanya di sekolah-sekolah inggeris. Perkembangan pendidikan muzik di malaysia
begitu ketara terutama sekali selepas zaman penjajahan berakhir. Pada tahun 1950-an,
pelajaran muzik dalam bentuk siaran ke sekolah-sekolah telah dimulakan oleh radio
malaya tetapi hanya di sekolah-sekolah di bandar yang berupaya mengadakan kemudahan
radio dapat mengikuti siaran ini. Pada masa ini, para pelajar dari kelas-kelas tertentu
dikehendaki menuju ke dewan sekolah bagi mengikuti siaran tersebut. Juga, pada masa
tersebut para pelajar sudah mula bermain alat-alat genderang sebagai aktiviti sampingan
untuk nyanyian di beberapa buah sekolah inggeris yang tertentu. Selain itu, aktiviti meniup
rekoder juga telah diadakan di beberapa buah sekolah, khasnya di kawasan bandar-bandar
utama. Beberapa buah sekolah inggeris telah mula menubuhkan pancaragam kawat atau
brasben. Kebanyakkan pancaragam ini telah dilatih oleh ahli atau bekas ahli pancaragam
tentera. Amalan ini wujud kerana guru-guru muzik yang terlatih daripada maktab-maktab
perguruan di malaysia masih belum menerima latihan dalam aspek mengendalikan aktiviti
pancaragam kawat. Kumpulan-kumpulan koir, rekorder dan pancaragam kawat sentiasa
dikehendaki membuat persembahan dalam majlis-majlis tertentu dalam takwim sekolahseperti hari ucapan, hari sukan dan apabila sekolah dilawati oleh orang kenamaan. Namun
perkembangan sebegini begitu jarang dinikmati oleh golongan pelajar di sekolah-sekolah
luar bandar. Dengan kewujudan kumpulan-kumpulan muzik seperti ini telah dapat
menaikkan imej dan nama sekolah yang berkenaan. Tradisi ini sudah diamalkan oleh
sekolah-sekolah inggeris daripada awal abad ke 20 lagi. Hampir kesemua sekolah
berasrama penuh yang ditubuhkan kemudian seperti maktab tentera diraja, kolej tunku
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
16/23
16
khursiah, kolej tun fatimah, kolej melayu dan sekolah dato abd razak juga telah
mengadakan semua aktiviti muzik tersebut.
Pendidikan muzik selepas merdeka. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beberapa buah
sekolah telah mengadakan pancaragam muzik yang berbentuk kugiran ( kumpulan gitar
rancak) dan angklung. Harus juga disebut di sini bahawa kebanyakkan daripada sekolah-sekolah mubaligh kristian seperti sekolah anglo chinese, sekolah convent dan sekolah
methodist sememangnya terkenal dengan satu tradisi yang unggul bagi koir masing-
masing. Dalam perkembangan pendidikan muzik formal di malaysia pada waktu ini
sekolah-sekolah melayu seolah-olah terpinggir sehinggalah pada tahun 1970-an apabila
beberapa buah sekolah rendah telah mengadakan pendidikan muzik atas budi bicara guru-
guru besar berkenaan dan jika seseorang guru muzik beredar ditugaskan mengajar di
sekolah itu. Sebelum itu, muzik telah diadakan hanya secara sampingan atau kebetulan
sahaja melalui nyanyian nasyid dalam pelajaran agama. Walaupun tilawah al-quran jelas
mempunyai unsur-unsur muzik, aktiviti ini tidak dianggap sebagai satu tingkah laku
muzikal mengikut tradisi orang-orang yang beragama islam sama ada di malaysia atau dinegara-negara islam yang lain. Pada tahun 1972, muzik telah diadakan sebagai satu mata
pelajaran pilihan dalam peperiksaan srp. Maka, pendidikan muzik secara formal di
malaysia telah bermula pada tahun 1972. Walaupun perkembangan ini hanya melibatkan
beberapa buah sekolah di bandar-bandar tertentu sahaja. Sukatan untuk pelajaran muzik
srp ini jelas mempunyai banyak pengaruh daripada sukatan pelajaran associated board of
royal schools of music ( abrsm ), london, terdapat juga sedikit muzik dari malaysia yang
dimuatkan dalam bahagian menghayati muzik. Muzik daripada budaya malaysia yang
dimaksudkan itu ialah overtur samudra yang merupakan satu rangkaian lagu tradisi
rakyat malaysia yang digubah dalam bentuk muzik orkestra barat. Muzik ini telah digubah
oleh gus steyn, iaitu seorang pemuzik dan penggubah yang terkenal dalam bidang muzik
pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kemasukan muzik tempatan dalam kurikulum muzik
formal srp merupakan usaha pertama sekali dalam sejarah pendidikan muzik di malaysia
untuk menjadikan muzik sebagai keperluan penting dalam masyarakat. Selain itu, pada
tahun 1959, sebuah maktab perguruan ilmu khas di kuala lumpur telah memulakan
fungsinya melatih guru-guru dalam bidang-bidang khas dan maktab ini telah memulakan
khusus dalam bidang pendidikan muzik pada tahun 1971. Tempoh kursus dalam bidang
pendidikan muzik ini ialah satu tahun sahaja. Guru-guru terlatih yang telah mengajar
sekurang-kurangnya lima tahun dan mempunyai minat dan kemahiran tertentu dalam
bidang muzik dianggap layak untuk mengikuti khursus ini. Manakala pada tahun 1991,
jumlah ini pernah bertambah kepada 40 orang setiap tahun mengikut keperluan semasa.
Kursus ini juga dimulakan di martab perguruan persekutuan pulau pinang pada tahun1983. Di samping itu, sejarah pendidikan muzik formal terus berkembang apabila pada
tahun 1980 apabila bidang gitar dimasukkan ke dalam kurikulum muzik di martab
perguruan ilmu khas. Kemasukan bidang gitar dalam kurikulum formal di maktab
merupakan satu tindakan yang amat wajar dan pragmatis yang telah dilakukan oleh pihak
kementerian pendidikan pada ketika itu. Selain itu, di malaysia, pendidikan muzik tidak
wujud langsung dalam kurikulum formal di mana-mana universiti hingga sekarang iaitu
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
17/23
17
mewajibkan setiap pelajar pada peringkat sarjana muda dengan tidak mengira jenis kursus
atau disiplin yang dituntutnya mengikut mana-mana satu khusus seni halus termasuk
muzik seperti hampir kesemua universiti dan kolej di amerika syarikat. Aktiviti-aktiviti
muzik yang berkaitan dengan kugiran ( kumpulan gitar rancak) dan kumpulan muzik
tradisional seperti asli dan ghazal dikelolakan oleh seorang pegawai kebudayaan. Manakala
pada tahun 1984, pendidikan muzik telah disediakan diperingkat diploma di institutteknologi mara ( itm ) di shah alam. Di itm dua program muzik yang boleh dipelajari ialah
pendidikan muzik dan muzik gunaan. Akibat timbul kesedaran tentang kepentingan muzik,
pihak itm pada tahun 1991, merancang menyediakan satu pusat etnomusikologi untuk
memperkembangkan muzik tradisional di malaysia. Kurikulum muzik di itm meliputi
beraneka jenis muzik termasuk muzik seriosa barat, jaz dan pop. Oleh itu, rasional dan
pendekatan itm untuk pendidikan muzik adalah kurang konservatif jika dibandingkan
dengan yang wujud dalam program muzik di maktab-maktab perguruan selama ini. Selain
itu, pendidikan muzik formal juga diajar oleh sektor swasta. Sistem ini adalah pengajaran
bermain piano atau mana-mana alat muzik daripada budaya seriosa barat seperti violin
secara persendirian. Perkembangan ini sangat abik untuk pendidikan muzik terusberkembang dan kesedaran masyarakat tentang muzik semakin bertambah. Masyarakat
mula sedar bahawa sistem pembelajaran sesuatu ilmu termasuk muzik secara berguru ini
memang wujud dalam budaya tempatan di rantau ini dari zaman dahulu lagi. Pada zaman
ini, banyak pemuzik dari india dan filipina yang terlatih dalam sistem muzik barat telah
diimport oleh pihak british ke malaya. Hal ini berlaku kerana ahli muzik tempatan pada
ketika itu kurang mahir terutama dalam sistem notasi muzik barat adalah kurang.
Pemuzik-pemuzik yang diimport itu membolehkan pihak british menubuhkan
pancaragam-pancaragam berkawat yang sangat diperlukan ketika itu untuk memeriahkan
lagi beberapa upacara dan majlis rasmi. Sistem pendidikan muzik formal abrsm telah
mendatangkan beberapa pengaruh positif. Sistem ini telah membolehkan satu segmen atau
golongan kecil dalam masyarakat malaysia mengenali, memahami dan menghayati muzik
seriosa dari budaya barat. Selain itu, sistem pendidkan muzik ala abrsm juga mempunyai
kelemahan dari segi falsafah pendidikan muzik kerana memerlukan kos yang tinggi dan
hanya mampu di penuhi oleh golongan elit sahaja. Sejak 20 tahun kebelakangan ini,
beberapa peperiksaan yang luar daripada tradisi abrsm tetapi bersijil juga telah dijayakan
oleh beberapa sekolah muzik swasta khasnya untuk gitar dab organ. Tetapi hampir
kesemua sekolah muzik ini merupakan institusi-institusi yang wujud secara berasingan
dengan syarikat-syarikat muzik yang menjual alat-alat muzik seperti piano, gitar dan
organ. Sistem pendidikan muzik swasta ini lebih peka segala perkembangan dan aliran
semasa dalam arena pendidikan muzik pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, sekolah-
sekolah swasta telah memperlihatkan serta membuktikan satu sikap dan kesanggupanyang lebih progresif dan pragmatis terhadap bebepara strategi dan pendekatan semasa
untuk mengajar muzik kepada pelajar. Selain itu, perkembangan pendidikan muzik juga
berkembang melalui latihan luar negeri dalam bidang pendidikan muzik. Mulai tahun
1960-an lagi kerajaan telah mula menghantar beberapa orang guru terlatih yang
mempunyai minat dan kelayakan formasi dalam muzik ke england untuk mengikuti kursus
muzik peringkat diploma lanjutan di sana. Tetapi pada akhir tahun 1970-an, kerajaan telah
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
18/23
18
memulakan satu aliran baharu dengan menghantar pendidik-pendidik muzik dalam
perhidmatan kerajaan ke negara-negara lain seperti amerika syarikat dan indonesia untuk
pengajian tinggi dalm bidang pendidikan muzik. Perkembangan baharu ini juga selaras
dengan dasar kerajaan malaysia, khasnya di bawah pimpinan yab dr. Mathathir mohamad
tentang keperluan untuk mempelbagaikan pendedahan yang diberikan kepada pelajar-
pelajar malaysia di seberang laut dalam hampir semua bidang. Ketika itu, pengajian dilauar negeri hampir sering dimaksudkan pengajian di united kingdom dan oleh kerana itu
juga hampir semua pendidik muzik utama di malaysia hingga tahun 1980-an amat
dipengaruhi oleh sistem pengajaran dan pembelajaran muzik ala abrsm di england.
Lantaran itu, banyak pendidik muzik dalam perhidmatan kerajaan yang berijazah dan yang
tidak berijazah telah dianugerahi biasiswa dan dihantar ke amerika syarikat oleh kerajaan
mulai dari akhir tahun 1970-an. Selepas itu, perubahan yang ketara dalam arena pendidkan
muzik di malaysia hanya berlaku pada tahun 1988 apabila sukatan pelajaran untuk
pendidikan bagi kursus asas muzik di maktab-maktab perguruan dirombak semula. Pada
bulan disembar 1990. Sukatan pelajaran bagi kursus khas muzik juga di selaraskan dengan
sukatan pelajaran bagi kursus asas. Oleh itu, semua bidang baharu tersebut, iaitu pedagogimuzik, penghayatan muzik, muzik amali dan sejarah muzik diadakan bagi kali pertama bagi
pelajar kursus khas pada tahun 1991. Kebanyakkan pendidik muzik dari malaysia yang
menuntut muzik di england pada tahun 1970-an telah mengikuti kajian dalam bidang
persembahan muzik dalam tradisi seriosa barat. Mereka telah mempelajari muzik di
sekolah-sekolah muzik yang bertradisi konservatorio muzik ketika di england. Tetapi
pendidik muzik yang dihantar ke amerika syarikat oleh kerajaan telah diwajibkan
mengikuti kajian dalam bidang pendidikan muzik per se.
Kesimpulan.
Secara kesimpulannya, sejarah perkembangan muzik di malaysia melalui pelbagai
peringkat perkembangan yang akhirnya membawa kepda pengiktirafan dalam pendidikan
formal di malaysia. Pendidikan muzik mula ditawarkan di peringkat srp dan seterusnya
berkembang ke institut-institut perguruan dan di universiti tempatan. Selain itu, pelajar-
pelajar malaysia juga di hantar ke england untuk mempelajari muzik di sana.
Perkembangan ini dilihat secara positif terhadap perkembangan pendidikan muzik di
malaysia. Selain itu, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan muzik dalam kehidupan
dapat memberi peluang kepada pendidikan muzik ini supaya lebih berkembang. Minat
masyarakat terhadap muzik terutama dalam kehidupan sangat penting untuk
menghilangkan ketegangan dan di samping mendapatkan hiburan sampingan. Kesedaran
tentang pentingnya mengekalkan tradisi muzik rakyat di Malaysia sudah mula dirasakan.Pihak-pihak tertentu juga sedang berusaha untuk memulakan program muzik tradisional
sebagai aktiviti kokurikulum di beberpa buah sekolah yang terpilih di serata negeri di
Malaysia. Golongan pendidik muzik pun mula berfikir semula secara mendalam lagi
tentang pendekatan lama dan baharu untuk menyampaikan muzik dengan lebih berkesan
dan bermakna. Dengan segala perkembangan yang telah berlaku dalam arena pendidikan
muzik di Malaysia baru-baru ini, masa depan pendidikan muzik kelihatan lebih cerah
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
19/23
19
sekarang jika dibandingkan dengan satu masa dahulu dan jika semua pihak berkerjasama
dalam mengatasi masalah yang ada, maka kualiti pendidikan muzik di Malaysia boleh di
pertingkatkan lagi ke satu tahap yang boleh dibanggakan di rantau ini.
[Pengaruh Kepulauan Melayu Lama Muzik Tradisional Malaysia]
Posted by smp2252asma Labels:Pengaruh Kepulauan Melayu Lama Muzik Tradisional
Malaysia
Selain pengaruh Hindu dan Islam, Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh Negara jirannya, iaiti
Indonesia dan Negara Thai. Pendatang Indonesia, terutamanya orang Jawa, Minangkabau, Aceh,Bugis dan Sumatera yang hamper kesemuanya bertapak di selatan Semenanjung iaitu Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, membawa bersama-sama mereka beberapa persembahan
kesenian yang masih wujud ketika ini. Di antaranya ialah wayang kulit yang berbeza daripada yang
terdapat di Kelantan dan Kedah, ketoprak (drama tari), sejenis persembahan teater lucu, tarian
kuda kepang dan alat muzik angklung yang dibentuk daripada ruas dan kepingan buluh. Di samping
itu orang Bugis membawa masuk ke Terengganu joget gamelan dari Kepulauan Riau dan rodat dari
sumatera melalui Sambas di Borneo.
Selain pengaruh Indonesia di bahagian selatan, Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh Negara Thai di
bahagian utara. Selepas kejatuhan kerajaan Seriwijaya pada tahun 1403, Negara Thai menakluk
keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan memaksa sultan-sultan Melayu menghantar bungaemas tiga tahun sekali sebagai tanda penaklukan. Pada masa kerajaan Melaka, pengaruh Thai
terhad di utara Tanah Melayu. pada tahun 1821, kerajaan Thai menakluk negeri Kedah dan pada
tahun yang berikut mereka menawan negeri Perak dan Selangor. Tetapi rancangan ini dihalang
oleh pihak British yang menghantar beberapa buah kapal perang ke muara Sungai Tepeng.
Sepanjang kurun ke-19, Negara Thai telah mencuba untuk menetapkan kedaulatannya ke atas
Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu. Umpamanya, pada tahun 1842,Sultan Kedah
dinaikkan semula ke takhta kerajaan negeri itu dengan syarat sultan meneruskan penghantaran
bunga emas. Namun pada tahun 1860-an, Negara Thai terpaksa memansuhkan rancangan
memperluaskan jajahannya untuk menakluk Terengganu dan Pahang kerana ternyata mereka tidak
dapat menandingi kuasa militari British. Dengan Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Negara Thai
telah memindahkan pemerintahan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.
Hampir lebih 500 tahun, negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu telah dipengaruhi oleh
politik dan kebudayaan Negara Thai. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat unsur-unsur Thai dalam
bentuk persembahan seperti wayang kulit Siam di Kelantan dan wayang gedek di Kedah dan perils
yang mempunyai patung dan alat-alat muzik yang hampir sama dengan persembahan seperti
wayang nang talung Negara Thai. Contoh lain yang mengandungi unsure-unsur persembahan Thai
ialah menorah yang mempersembahkan cerita Jataka dan lagenda tempatan dan makyung yang
http://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/2010/08/pengaruh-kepulauan-melayu-lama-muzik.htmlhttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/2010/08/pengaruh-kepulauan-melayu-lama-muzik.htmlhttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/search/label/Pengaruh%20Kepulauan%20Melayu%20Lama%20Muzik%20Tradisional%20Malaysiahttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/search/label/Pengaruh%20Kepulauan%20Melayu%20Lama%20Muzik%20Tradisional%20Malaysiahttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/search/label/Pengaruh%20Kepulauan%20Melayu%20Lama%20Muzik%20Tradisional%20Malaysiahttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/search/label/Pengaruh%20Kepulauan%20Melayu%20Lama%20Muzik%20Tradisional%20Malaysiahttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/search/label/Pengaruh%20Kepulauan%20Melayu%20Lama%20Muzik%20Tradisional%20Malaysiahttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/search/label/Pengaruh%20Kepulauan%20Melayu%20Lama%20Muzik%20Tradisional%20Malaysiahttp://sejarahmuzikmalaysia.blogspot.com/2010/08/pengaruh-kepulauan-melayu-lama-muzik.html8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
20/23
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
21/23
21
berkumpul dan membentuk masayarakat yang mempunyai peraturan dan hidup pembahagian
kerja dalam ikatan yang kolektif. Ini memungkinkan mereka membuat bermacam kerja,
kerajinan tangan, membuat periuk belanga, bertukang dan sebagainya. Semuanya ini menjadi
asas kepada kehidupan manusia. Kebudayaan Neolitik meliputi seluruh Nusantara dan menjadi
asas kepada Kebudayaan Nusantara sekarang.
Jenis-jenis Gendang yang mempunyai satu muka seperti Kompang dan Rebana diakui telah
mendahului gendang-gendangyang mempunyai dua muka (compund hole) sepertimana yang
terdapat dalam esemble Paluan silat, Nobat Di Raja, Mak yong, Gendang Keling, Wayang Kulit,
Terinai dan sebagainya. Begitu juga dengan gendang dua muka yang terdapat dalam permainan
Gamelan juga merupakan satu ekstensi dari kejadian terdahulu. Contoh alat- RebanaRebana jenis
gendang satu muka yang berbentuk seprti pasu (potted type). Ianya sering digunakan dalam
esemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti
Dondang Sayang, Joget, Inang, Masri, zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Dalam konteks
persembahan, Rebana akan diletak di atas riba pemain dan dipalu dengan tangan. Ianya dapat
menghasilkan pic suara asas seperti menmonik dung yang dipalu pada bahagian tengah
permukaannya dan menmonik tak dari bahagian tepi alat berkenaan. Peranannya dalam
esemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat dikategorikan
sebagai irama asas (basic) penambahan (additive) dan menyilang iaitu cross rythm.
Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh digunakan untuk membuatnya. Baluh
ataupun temalang bagi alat Rebana lazimnya diperbuat daripada kau nangka. Ianya diakui
mempengaruhi peningkatan mutu suara sesbuah alat itu. Dalam esemble sinkretik terdapat dua
jenis Rebana yang sering digunakan iaitu
(i) Jenis Rebana yang memerlukan rotan sedak untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip
utama dalam proses penalaan bunyi sebelum persembahan.
(ii) Jenis Rebana yang memerlukan rotan sedak dan kayu pasak iaitu tuning block untuk
menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi sebelum
persembahan. Dengan demikian suara yang ideal yang diekehendaki dapat dihasilkan. Setelah
selesai persembahan, rotan sedak berkenaan dikeluarkan untuk menstabilkan kedudukan kulit
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
22/23
22
Rebana berkenaan dalam keadaan yang asal (loosen).
Alat Kordofon
Sejarah ringkas-alat-alat bertali yang digesekIdea terawal menggunkan kaedah bagi alat-alat tali
di dunia dikatakan bermula dari kalangan masyarakat orang-orang nomad yang telah mendiami
di kawasan lapang di Utara Kirghiz, Kazakh dan Mongolia. Mereka juga dipercayai telah turut
memperkenalkan alat-alat lutes yang digesek ke kawasan benua India dan sekaligus turut
mengubah bentuk-bentuk alat tali dari jenis yang berleher pendek sepertimana yang ada sekarang
ini. Alat-alat seperti Sarang, Sarinda, Sarod,dan juga Sarangi yang berkembang di India,
pakistan, Kashmir dan Afghanistan adalah terhasil daripada pengaruh pemikiran mereka dan
kelihatan begitu berbeza sekali berbanding dengan bentuk-bentuk alat gesek yang terdapat di
kawasan Barat Daya dan Timur Tengah. Kini alat yang digesek dan diakui tertua masih dapat
dikesan di Mongolia. Ianya dikenali sebagai Morin Khuur.
Contoh alat-Kecapi BuluhKecapi buluh juga dikenali sebagai Gendang Kecapi. Ianya dicipta
daripada tabung-tabung buluh yang terpilih dan tali-talinya juga diambil ataupun dikupek
daripada sebahagian kulitnya dan tanpa diputuskan hujungnya. Ianya mempunyai enam tali yang
diregang dengan disokong oleh kayu penungkat (bridge). Dalam konteks persembahan, tali-
talinya dipetik untuk memainkan mode rithme sebagai suara menmonik, gantian kepada gendang
secara meningkah dengan suara yang terhasil daripada tepukan pada sebelah permukaan yang
terbiar itu.
Pada sisi tabung berkenaan, dua lubang berbentuk emapat persegi ditebuk untuk menghasilkan
suara gong ibu dan anak melalui kaedah petikan tali. Kemban rotan juga dipasang pada kedua-
dua bahagian penghujung badan Kecapi untuk menentukan jarak getaran bagi tali-tali tersebut
apabila proses penalaan dilakukan.
Alat Kecapi sering dimainkan sebagai alat solo untuk muzik hiburan bagi mengisi masa lapang
dan juga untuk memecah kesunyian sambil menunggu haiwan ternakan mereka meragut rumput.
Alat Aerofon Alat tiup jenis serunai, dikatakan berasal dari negara Timur Tengah iaitu parsi.
8/12/2019 Kerja Kursus Muzik - Copy
23/23
23
Namun, perkembangan awal di Tenggara Asia, adalah dipercayai bermula daripada pengaruh
budaya Hindu, iaitu sebelum kedatangan agama Islam di rantau ini. Di mana pendeta-pendeta
mereka dkatakan telah membawa bersama-sama peralatan muzik, untuk menjalankan kegiatan
dakwah agama mereka iaitu agama Hindu. Walaubagaimanapun perkataan serunai adalah
diasaskan dari perkataan Parsi iaitu Nay yang bermaksud tiup
Di negara kita terdapat pelbagai jenis serunai yang digunakan dalam esemble untuk mengiringi
teater Wayang kulit, Menora, Silat, tarian istana dan rakyat serta Nobat di Raja. Serunai yang
terdapat di Malaysia adalah dicipta oleh tokoh-tokoh tempatan yang benar-benar mahir dalam
bidang berkenaan. Mereka menggunakan cara tradisional untuk mencipta alat tersebut melalui
keupayaan intuitif serta kepandaian yang sedia ada terhimpun dalam diri mereka.
Contoh alatKecopong Berbentuk seperti loceng iaitu membesar ke bawah. Lazimnya jenis
kecopong yang mempunyai tebukkan dalam yang luas digunakan untuk memainkan kategori
lagu semasa yang sesuai dalam aspek persembahan Wayang Kulit tertentu di Kelantan. Bagi
Kecopong yang mempunyai tebukan dalaman yang sempit dikatakan mampu menghasilkan suara
yang tua dan ideal serta sesuai untuk digunakan bagi memainkan lagu-lagu yang bersifat
tradisional. Peranan Kecopong adalah sebagai alat megaphonic iaitu untuk meningkatkan
ataupun membesarkan suara sesebuah serunai. Ianya dibuat daripada kayu-kayu yang ringan dan
sesuai seperti angsana dan diukir dengan motif-motif alam dan diwarnakan sebagai keunggulan
estetikanya.