Kertas Kerja Alam Sekitar

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA 50490, KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN

KERTAS KERJA

MINGGU ALAM SEKITAR 2011

KERTAS KERJA MINGGU ALAM SEKITAR 2011 SEK KEB BUKIT DAMANSARA, KUALA LUMPUR, TERENGGANU __________________________________________________________________

1.

TAJUK Kertas Kerja Minggu Alam Sekitar 2011, Peringkat Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

2.

TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Minggu Alam Sekitar 2011 dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah. 2.2 Matlamat (i) Mendedahkan murid kepada kepentingan menghargai alam sekitar dan haiwan terancam.

(ii)

Menyampaikan mesej tentang kepentingan kitar semula kepada semua murid dalam usaha memelihara alam sekitar.

(iii) Menyedarkan murid tentang kepentingan menyelamatkan spesis haiwan-haiwan terancam daripada terus terpupus.

2.3

Objektif

(i)

Memberi

pengetahuan

kepada

murid-murid

tentang

kepentingan kitar semula dan cara-cara kitar semula.

(ii)

Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar.

(iii)

Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam diri murid-murid serta rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar dan flora fauna.

3.

BUTIRAN PROGRAM 3.1 Tarikh 20 hingga 24 Jun 2011 3.2 Hari Isnin hingga Jumaat (5 hari) 3.3 Kumpulan Sasaran y Semua murid SK Bukit Damansara terdiri daripada murid Tahap 1 dan murid Tahap 2. 3.4 Tempat Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

4.

JAWATANKUASA 4.1 Jawatankuasa Pengelola: Unit Kokurikulum dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 4.2 Jawatankuasa Induk : Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Penyelaras Setiausaha AJK PIBG : Pn. Zarina binti Jamil : En. Rizuwan bin Toharuddin : En. Rosedi Bin Hamid : Pn. Rohani binti Hj. Jaafar : Pn. Zaini binti Md. Saad : Pn. Noor Azura binti Mohd. Hanapi : Pn. Sarina Sulaiman Pn. Intan Attar Pn. Lin Hussain Pn. Banu En. Shukri Zain

4.3

Ahli Jawatankuasa Kecil Buku Program dan Dokumentasi : Cik Marjan Binti Ismail : Cik Allynee

Pengacara Majlis

: En. Abdul Hafiz Bin Ab. Rahman

Bacaan Doa

: En. Shukeri Bin Ab. Halim

Penyambut tetamu

: Cik Nooraini Binti Mohd. Den : Pn. Nor Afifa Binti Mohd. Saffer : Pn. Haslinda Binti Mohd. Rawi

Persediaan Dewan

: En. Amzari Bin Yaacob : En. Razi Bin Sharif : Pn. Noor Hayati Binti Mohd. Nooh : Pn. Amalina Binti Abd. Aziz

Hadiah & Cenderamata

: Pn. Arnizailani Binti Ariffin Pn. L. Kamarizal Diana Binti

Zahari AJK PIBG

Aktiviti Poster dan Mewarna : En. Najib Ismail (K) Semua guru Pendidikan Seni Visual

Aktiviti Kraftangan

: Pn. Emi Haryani Semua guru kelas Tahun 4 AJK PIBG

5. BIL 1

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA Makan Minum y Minum pagi / Sarapan (Isnin) RM 10.00 x 10 orang = RM100.00 RM100.00 BUTIRAN JUMLAH

2

Hadiah y Cenderamata (Penceramah) 6 orang

RM200.00

` RM200.00

3

Lain-lain

y

Banner dan Bendera

RM700.00

JUMLAH BESAR

RM1545.00

(RM : SATU RIBU RINGGIT SAHAJA)

6.

TENTATIF PROGRAM

MASA /HARI

8.00 PAGI 8.15 PAGI 8.20 PAGI

HARI PERASMIAN MINGGU ALAM SEKITAR ISNIN 20 JUN 2011 y Kata- Kata Aluan Pengerusi Majlis

HARI PENUTUP MINGGU ALAM SEKITAR JUMAAT 24 JUN 2011 y Kata-Kata Aluan Pngerusi Majlis

8.40PAGI 9.00 PAGI 9.15 PAGI

BACAAN DOA Oleh Ustaz Shukeri Bin Ab. Halim y Ucapan Perasmian y Ucapan Perasmian Penutup Pembukaan Minggu Alam Minggu Alam Sekitar oleh Sekitar oleh Guru Besar SK Guru Besar SK Bukit Bukit Damansara Damansara Pn. Zarina Binti Jamil y Pn. Zarina Binti Jamil y Taklimat Kitar Semula dan y Taklimat dan Pameran Zoo Penyerahan Tong Kitar Negara Semula y Persembahan sketsa y Perasmian Penutup daripada PIBG & Penyampaian Hadiah y Penyerahan tapak kebun sayur. BERSURAI

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU ALAM SEKITAR MASA /HARI SELASA 21 JUN 2011 RABU 22 JUN 2011 KHAMIS 23 JUN 2911 y Pertandingan melukis poster(Tahap 2) y Pertandingan mewarna (Tahap 1) y Aktiviti Menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang (Tahun 4 sahaja) y Ceramah y Jualan cenderahati

7.

PENUTUP Adalah diharapkan agar Minggu Aalam Sekiatr yang dirancang ini dapat

dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya

mendapat

sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar objektif dan matlamatnya tercapai.

Disediakan Oleh:

...................................................... PUAN NOOR AZURA BINTI MOHD. HANAPI Setiausaha, Kelab Pelancongan dan Alam Sekitar, SK Bukit Damansara, Jalan Beringin, 50490, Kuala Lumpur.

Disahkan Oleh;

............................................ ZARINA BINTI JAMIL Guru Besar, SK Bukit Damansara, Jalan Beringin, 50490, Kuala Lumpur.

2.(b)

Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar

2.1

Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 2009 Tarikh Tempat : : 22 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009 Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau, Dungun, Terengganu

Laporan Hari Pertama : 22 Oktober 2009 (Khamis)

Pada jam 8.30 pagi seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan.Pada jam 9.00pagi, aktiviti mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan.

Pada jam 10.00 pagi ,satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang program .Para peserta seterusnya diberikan mimum pagi pada jam 10.30 pagi .

Aktiviti pertama bermula pada jam

jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah untuk

penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa

dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30 tengahari untuk makan tengahari di khemah pusat yang disediakan dan Zohor di surau sekolah. solat

Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat Asar.

Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan awal, slot ini adalah aktiviti Jungke Tracking, . Namun begitu, atas faktor keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak

kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Najme dengan dibantu tiga pembantunya Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuksolat Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjamaah di dewan sekolah yang dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua Jawatankuasa Kerohanian.

Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam. Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin. Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan minum malam.

Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untu berehat dan tidur.Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.

Laporan Hari Kedua : 23 Oktober 2009 (Jumaat) Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd Haafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah..

Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima dijalankan iaitu pertandingan memasak Peserta dikehendaki menyediakan jemputjemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum.

Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan. Pada ketika ini, persembahan. sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti

Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, peserta lelaki ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala peserta perempuan ke surau untuk solat Zohor.

Selepas solat Jumaat, persembahan kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang, peserta diberi minum dan menunaikan solat Asar. Jam 4.30 petang, khemahkhemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan.

Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Salman bin Jusoh, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Selesai majlis penutup,semua peserta telah diarah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas sebelum mereka pulang .

Program tamat tepat pada jam 6.00 petang apabila semua peserta pulang ke rumah masing-masing.

2.2

Kekuatan dan Kekurangan Program

Kekuatan: Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar bergantung kepada elemen seperti berikut : kali ini amat

i)

Peserta Program

Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan

keterampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut perintah yang diberikan.

ii)

Kem Komandan / Pen. Kem Komandan

Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di hadapan peserta.

iii)

Urusetia yang berpengalaman

Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan ahli jawatankuasa kerja

iv)

Kemudahan prasarana yang lengkap

Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat beriadah. Ini semua dapa tmembantu melicinkan perjalanan program.

v)

Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.

Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya dalam aspek keselamatan peserta program, terutamnya pada waktu malam. Pihak RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan perkhemahan.

vi)

Peruntukan program yang mencukupi

Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan program kali ini juga banyak bergantung kepada peruntukkan

Kekurangan: Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

i)

Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas urusetia dan juga guru bertugas tidak

Khemah dan bilik penginapan untuk

mencukupi.Ini menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini seharusnya diatasi segera tetapi tidak ada tindakan sehingga program tamat.

ii)

Khemah rosak

Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah dan merugikan masa peserta.

iii)

Kemudahan rawatan kecemasan

Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagi kes-kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.

iv)

Makan dan minum pegawai tidak mencukupi

Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti mana jumlah yang ditempah.

v) Tandas dan bilik air yang jauh Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kera ia terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah mengganggu program-program lain.

Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Disediakan oleh ,

(ZULKIFLI BIN MUDA) Kem Komandan Perkhemahan Pendidikan Luar 2009 Sek Keb FELDA Seri Rasau Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu

26 OKTOBER 2009

2.3

Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar, dikemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang.

Cadangan :

i)

Penginapan urusetia

Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat, iaitu berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik mestilah mencukupi dan dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.

ii)

Pemeriksaan khemah

Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.

iii)

Kemudahan rawatan kecemasan

Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurangkurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak perkhemahan dalam satu-satu masa. Aini bertujuan memberikan pertolongan bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital/klinik. Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.

iv)

Bilik air dan tandas

Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke bilik air dan tandas yang agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan perjalanan program.