6
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR DUNGUN, TERENGGANU KERTAS KERJA PERTANDINGAN WAU TERCANTIK DAN MEMBINA MODEL RUMAH TARIKH : 21 OKTOBER 2015 TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR ANJURAN : GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU PROJEK INTERNSHIP 2015 KERJASAMA BERSAMA

Kertas Kerja Wau Internship

  • Upload
    dyana

  • View
    249

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Kerja Membuat Wau

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Wau Internship

SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

DUNGUN, TERENGGANU

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN WAU TERCANTIK

DAN MEMBINA MODEL RUMAH

TARIKH :

21 OKTOBER 2015

TEMPAT :

DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG PASIR

ANJURAN :

GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU

PROJEK INTERNSHIP 2015

KERJASAMA BERSAMA

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)

Page 2: Kertas Kerja Wau Internship

PERTANDINGAN WAU TERCANTIK DAN MEMBINA MODEL RUMAH

1.0 PENGENALAN

Seni kraf wau mempunyai nilai estetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.

Pembinaan Model Rumah pula memerlukan ketekunan dan ketelitian dalam

pembinaannya. Oleh itu, Pertandingan Wau Tercantik dan membina model rumah

diadakan agar ianya dapat menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid. Ia

juga secara tidak langsung dapat mencetus budaya rekacipta dan inovasi. Melalui

pertandingan sebegini diharap ia dapat membantu murid untuk mempertingkatkan

kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu bahan. Aktiviti ini juga menunjukkan

bahawa pihak sekolah menghargai hasil kreativiti murid.

2.0 MATLAMAT

Memupuk budaya reka cipta dan inovasi dalam kalangan murid.

3.0 OBJEKTIF

i. Meningkatkan daya kreativiti murid, sikap berdaya saing dan cuba jaya

dalam kalangan pelajar.

ii. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan

menanam nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

iii. Membantu meningkatkan perkembangan persepsi murid dengan

membuat penerokaan dan bereksperimen menggunakan bahan

terpakai dan bahan terbuang.

iv. Menghidupkan budaya cintakan seni kraf khazanah tradisional negara.

4.0 TARIKH

21 Oktober 2015 / Rabu

5.0 TEMPAT

Dewan SK Gong Pasir

Page 3: Kertas Kerja Wau Internship

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 6

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Hjh Myshithah Bt Mohamad Ali

Naib Pengerusi : Tn. Hj Johar B.Jusoh

Setiausaha : Puan Normala Bt Ali

Cik Fatimah Dayana Bt Baharom

AJK Pendokumentasian : En. Fadhil B. Husin

Pn. Normala Bt Ali

Pn. Hjh Zalilah Bt Zakaria

AJK Peralatan : Pn. Lailatul Munirah Bt. Abd Hamid

Pn. Asmah Laili Bt Adam

Pn.Hairani Bt Ngah

Pn. Hjh Hasnah Bt Yajid

Pn. Norlela Bt Abdullah

AJK Buku Program : Cik Fatimah Dayana Bt Baharom

Pn. Cik Rosmawati Bt Mansor

AJK P.A Sistem : En. Hizarudin B. Hanafi

: En. Mohd Zawawi B. Hamzah

AJK Hadiah : En. Che Ku Suhaimi Bt Che Ku Abd. Rahman

Pn. Noraini Bt Sha’ri

Pn. Rosnani Bt Hassain

Pn. Aini Md Zain

Pn. Marozita Bt Mior Mohd Yusop

Pn. Norkiah Bt Mohamad

Page 4: Kertas Kerja Wau Internship

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan

Yuran Khas Sekolah = RM

Anggaran Kewangan

Bil Jenis BahanKuantiti x Harga

SeunitJumlah Kos

1. Kertas Warna 100 x RM 0.30 RM 30.00

2. Gam 12 x RM 1.00 RM 12.00

3. Gam Uhu 12 x RM 5.00 RM 60.00

4. Mounting Board 20 x RM 3.00 RM 60.00

5. Kad Manila 20 x RM 0.60 RM 12. 00

6. Salotape/ Pelekat 10 x RM 3.00 RM 30.00

7.Double sided Putih / Pelekat

12 x RM 3.00 RM 36.00

8.Double sided Hitam / Pelekat

12 x RM 8.00 RM 96. 00

9. Hadiah - RM 300.00

10. Lain-lain - RM 64.00

JUMLAH RM 700

9.0 TENTATIF PROGRAM

10.45 pagi : Semua murid Tahun 6 berkumpul di dewan -Mendengar taklimat dan arahan dari juri pertandingan

- Pertandingan dimulakan1.15 tengahari : Sesi bergambar

: Bersurai

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap dapat menjadi satu titik tolak ke

arah memupuk budaya reka cipta dan inovasi dalam kalangan murid

Page 5: Kertas Kerja Wau Internship

disamping menghargai seni warisan dan permainan tradisional masyarakat

Malaysia agar tidak dilupakan dalam kalangan generasi muda. Bukan itu

sahaja, usaha ini juga dapat menggalakkan pemikiran kreatif murid dan

mempertingkat ketrampilan serta keyakinan mereka dalam membuat sesuatu

perkara.

Bagi pihak guru pelatih, program ini dapat dijadikan satu pengalaman

baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru sebenar

kelak. Pelaksanaan pertandingan ini juga diharapkan dapat memberi impak

kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan

memimpin sesuatu pertandingan di sekolah nanti.

Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah

diharapkan bagi menjayakan pertandingan ini.

Disediakan oleh,

.............................................................. ( FATIMAH DAYANA BT BAHAROM )

Setiausaha,

Guru Pelatih PISMP Muzik,

IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan.

Disemak oleh,

..........................................

( PN. NORMALA BT ALI )

Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS)

SK Gong Pasir.

Disahkan oleh,

.......................................................... (PN. HJH MYSHITHAH BT MOHD ALI)

Guru Besar,

SK Gong Pasir, Dungun, Terengganu