4
Khutbah : Mati Satu Peringatan ا ِ إَ ـهَ لِ اَ ْ نَ أُ دَ هْ شَ ، أ ا َ مَ عُ نَ سْ حَ أْ مُ ك يَ أْ مُ كَ وُ لْ بَ يِ لَ اةَ حيْ والَ تْ وَ المَ قَ لَ ذي خّ الِِ ُ دْ مَ حْ لَ اُ َ َ اَ بَ ُ ْ َ اَ وُ قْ لَ ْ الُ هَ لَ َ ، أُ هَ لَْ يِ َ شَ َُ دْ حَ وُ َ دّ ِ يَ نا سَ أُ دَ هْ شَ أَ . وَ نْ يِ مَ الَ عْ ال بَ ا اْ يِ ذَ نَ ا و اِّ شَ بُ َ ا و داِ اهَ شُ هَ ثَ عَ ، بُ هُ لْ وُ سَ َ وُُ دْ بَ ا ع دا ماَ حُ اَ ن، ا مُ ه ال لَ ا ، ا اْ يِ نُ اجا اَ ِ سَ وِ هِ نْ ذِ إِ بِ ىَ لِ ا إ ياِ اعَ دَ وّ ِ لَ صِ إٍ انَ سْ حِ إِ بْ مُ هَ عِ بَ ْ نَ َ وِ هِ ابَ حْ صَ أَ وِ هِ ى آلَ لَ عَ وٍ ما دَ حُ اَ نِ دّ ِ يَ ى سَ لَ عْ مّ ِ لَ سَ و. ِ نْ يِّ الدِ مْ وَ ى يَ ل. َ نْ وُ ق ا تُ مْ الَ ازَ فْ دَقَ فِ ىَ وْ قَ تِ بَ اي ياِ إَ وْ مُ كْ يِ وصُ أَ واُ ق ا ! اِ َ ادَ بِ ا عَ يَ ، فُ دْ عَ ا ب ا َ أSaudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi, Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah [swt], dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah [swt]. Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali ‘Imran : Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat. Jika ada manusia yang cuba memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat, maka pastinya dia akan hidup dengan mengikut kehendak hawa nafsunya, kerana merasakan semua yang ada di tangannya adalah miliknya secara mutlak samada kuasa, harta, kecantikan dan sebagainya, tanpa dia memikirkan soal balasan di akhirat sana, sedangkan itu semua adalah pinjaman yang bersifat sementara dari Allah [swt]. Kesemua nikmat itu akan disoal kembali di akhirat sana. Sebagaimana diberitahu kepada kita oleh Baginda Nabi [saw] bahawa kita semua pasti akan disoal tentang umur kita di manakah dihabiskan, tentang tubuh badan kita bagaimanakah dan untuk apakah kita menggunakannya, tentang harta kita, dari mana kita perolehi dan ke mana pula kita membelanjakannya, dan tentang ilmu kita, adakah kita telah beramal dengan ilmu yang kita pelajari atau sebaliknya. Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal, malah pasti akan menemui saat kematian, maka sepatutnya peringatan ini mengetuk setiap pintu hati kita supaya segera kembali bertaubat kepada Allah [swt], dan lebih bersungguh-sungguh dalam menambah bekalan pahalan ke akhirat,

Khutbah Mati 20nov

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Khutbah Mati 20nov

Citation preview

Page 1: Khutbah Mati 20nov

Khutbah : Mati Satu Peringatan

هلل الحمد هلل الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا ، أشهد أن ال الـه إالا با لق واأ له ، أال له ال ي هلل وحد ال ش

ب العالمين . وأشهد أنا سيد ا ا ا ونذي ا بش سوله ، بعثه شاهداا و داا عبد و حما ا ، اللاهما ،نا ا ني ا اجا وداعياا إلى هلل بإذنه وس صل

ن بعهم بإحسان إ د وعلى آله وأصحابه و حما لى يوم الدين .وسلم على سيدنا

ا بعد ، فيا عباد هلل ! ااقوا هلل أوصيكم وإيااي بتقوى هلل فقد فاز المتاقون . ا أ

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah

[swt], dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan

setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada mahupun di akhirat

hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah [swt].

Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali ‘Imran :

Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat

sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan

dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di

dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah

kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat. Jika ada manusia yang cuba memisahkan antara

kehidupan dunia dan akhirat, maka pastinya dia akan hidup dengan mengikut kehendak hawa

nafsunya, kerana merasakan semua yang ada di tangannya adalah miliknya secara mutlak samada

kuasa, harta, kecantikan dan sebagainya, tanpa dia memikirkan soal balasan di akhirat sana,

sedangkan itu semua adalah pinjaman yang bersifat sementara dari Allah [swt]. Kesemua nikmat itu

akan disoal kembali di akhirat sana. Sebagaimana diberitahu kepada kita oleh Baginda Nabi [saw]

bahawa kita semua pasti akan disoal tentang umur kita di manakah dihabiskan, tentang tubuh badan

kita bagaimanakah dan untuk apakah kita menggunakannya, tentang harta kita, dari mana kita

perolehi dan ke mana pula kita membelanjakannya, dan tentang ilmu kita, adakah kita telah beramal

dengan ilmu yang kita pelajari atau sebaliknya.

Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal, malah pasti akan menemui saat kematian,

maka sepatutnya peringatan ini mengetuk setiap pintu hati kita supaya segera kembali bertaubat

kepada Allah [swt], dan lebih bersungguh-sungguh dalam menambah bekalan pahalan ke akhirat,

Page 2: Khutbah Mati 20nov

disamping kita menjauhi dosa dan maksiat terhadap Allah. Al-Imam Al-Ghazali [rh] membahagikan

manusia kepada 3 tingkatan dalam menghadapi kematian, iaitu;

[1] Al-Munhamik [ .iaitu orang yang tenggelam di dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia ,[ المنهم

Mereka tidak ingat kematian dan enggan untuk diperingatkan mengenai kematian. Golongan seperti

ini tidak mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian, bahkan hidup mereka terus

bergelumang dengan dosa dan maksiat.

[2] At-Tãib [ التائب ], iaitu golongan yang bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah [swt],

dan mereka banyak mengingati kematian yang mendorongnya untuk beramal dan mempersiapkan

bekalan menuju akhirat.

[3] Al-‘Ārif [ العاف ], iaitu golongan yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah [swt].

Mereka sentiasa mengingati kematian bahkan sentiasa menanti saat kematian, kerana kematian

bagi mereka adalah pertemuan dengan Allah [swt] Tuhan yang sangat mereka rindui.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peringatan demi peringatan telah diberikan oleh Allah [swt] kepada kita semua untuk menyedarkan

kita. Di antara bentuk peringatan dan amaran dari Allah ialah kematian yang berlaku di sekeliling kita

daripada kalangan sanak-saudara dan sahabat handai, di mana kita sebagai calon kematian

seterusnya, hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat `Izrail menjalankan tugasnya untuk

mencabut nyawa kita pula. Seandainya kita sentiasa memperingatkan diri kita tentang kematian

yang dijanjikan ini, nescaya kita akan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan amal ibadah

menanti saat `Izrail datang menjemput kita. Ditanya akan Rasulallah [saw],

ا ، وأحسن ا هم للموت ذك نون أكيس ؟ قال : أكث اأكياس .أي المؤ هم لما بعد استعدادا ، أولئ

Yang bermaksud : “Yang manakah sekalian orang beriman yang cerdik ya Rasulallah?”, lalu

bersabda Nabi [saw], “Orang beriman yang cerdik ialah mereka yang banyak mengingati akan

kematian, dan cukup pula persediaan mereka itu untuk menghadpi kehidupan selepas daripada

kematian ( iaitu akhirat ), mereka itulah orang-orang yang cerdik”.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Page 3: Khutbah Mati 20nov

Di antara punca manusia mudah dilalaikan oleh kehidupan dunia ialah panjang angan-angannya,

iaitu dia merasakan bahawa dia akan hidup lama lagi di dunia ini. Maka dia tidak berebut-rebut

untuk melakukan amal kebajikan, dan tidak bersegera kembali bertaubat kepada Allah [swt]. Sebagai

contoh panjang angan-angan ialah, apabila masuknya waktu solat sebagai contoh, maka dia tidak

bersegera untuk mendirikan solat tersebut. Bahkan kadang-kadang ditangguhnya solat itu hingga ke

penghujung waktu kerana pada sangkaannya dia akan hidup lebih lama lagi. Sedangkan kematian

boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Akhirnya dia mati dalam keadaan tidak sempat untuk

beramal ibadah, dan bertaubat kepada Allah [swt]. Manakala pendek angan-angan pula adalah satu

kelakuan yang dipuji oleh agama kita, kerana ia menjadi sebab bagi kita untuk sentiasa bersiap sedia

dengan amal untuk dibawa pulang ke akhirat sana. Diceritakan daripada Mu`az bin Jabal [ra] bahawa

berkata ia;

“Tidak melangkah aku akan satu langkah, melainkan aku merasakan dan menyangka bahawa itu

adalah langkahku yang terakhir”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita sedarkan diri kita semua, hadirkanlah diri kita ke majlis-majlis ilmu tidak kira

di mana sahaja. Tambahlah ilmu agama di dalam dada kita. Perbetulkan amal ibadah kita yang

selama ini mungkin ada yang tidak betul. Peruntukanlah masa kita untuk hadirkan diri ke masjid dan

surau, bersolat berjamaah, duduk di dalam majlis ilmu. Bukan masanya lagi untuk kita berseronok

dan lalai hingga kadang-kadang ada di kalangan kita yang mati dalam keadaan jahil agama, نعوذ باهلل ن

. ذل

Firman Allah [swt] pada ayat yang ke 81, dalam surah al-Jumuah;

دون إلى عالم الغ ق لقيكم ، ثم نه فإناه ون ل إنا الموت الاذى ف يب والشاهادة فينبئكم

بما كنتم عملون

Yang bermaksud : Katakanlah [wahai Muhammad], “Sesungguhnya kematian yang kamu lari

daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu jua, kemudian kamu akan

dikembalikan kepada [Allah] Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia [Allah]

memberitahu kepada kamu akan apa yang telah kamu kerjakan [ketika hidup kamu di dunia

dahulu]”.

Page 4: Khutbah Mati 20nov

آن العظيم ونفعني وإيااكم بم هلل لي ولكم في الق نكم لوه إناه هو الساميع العليم با ني و الحكيم وقبال ك ن اآليات والذ ا فيه

نات فاس نين والمؤ المسلمين والمسلمات والمؤ هلل العظيم لي ولكم ولسائ ين ويا نجاة التاائبين.تغف واستغف و فيا فوز المستغف

Khutbah Kedua

له. وأشهد أن سيدنا حمداا عبد وسوله. اللهم ا كما أ. أشهد أن ال إله إال هلل وحد ال شي ا صل وسلم على الحمد هلل حمداا كثي

حابه أجمعين.سيدنا حمد وعلى ءاله وأص

ا نهاكم عنه وزج. فقال عالى، أعوذ با ب وانتهوا عما ن سماع اللغو وفضول ال هلل ن الشيطان أا بعد، فيا عباد هلل ! اقوا هلل

بما عم ت لغد واقوا هلل إن هلل خبي ا قدا ا نفس لون.الجيم. يأيها الذين ءانوا اقوا هلل ولتنظ

HASAAA AMMAAAAW AAARAA A UA AARAM UAHAA LAAWA UAMAL'AW

ا. اللهم صل وسلم على سيدنا حمد وقال عالى : إن هلل ولئكته يصلون على النبي، يأيها الذين ءانوا صلوا عليه وسلموا سليما

وعلى ءاله وأصحابه أجمعين.

وعثمان وعلى وعن بقية الصحابة والقابة والتابعين ض اللهم عن اللفاء الاشدين سادانا أبى بك وعم حسان ون بعهم بإ وا

إلى يوم الدين.

اللهم اغف للمسلمين والمسلمات والمؤنين والمؤنات اأحياء نهم واأوات إن سميع قيب جيب الدعوات، اللهم إنا نسئل أن

نبنا الفواحش ؤيد اإلسلم والمسلمين وأن على بفضل كلمة الحق والدين. اللهم اهدنا سبل السلم وأخجنا ن الظلمات إلى النو وج

ا ظه نها وا بطن.

ا بالعباد يا أحم الاحمين. إن ؤوف حيم جواد يا لطيفا

عباد هلل، إن هلل يأ بالعدل واإلحسان وإيتاء ذى القبى وينهى عن الفحشاء والمنك والبغي، يعظكم لعلكم ذكون. فاذكوا هلل

هلل يعلم ا صنعون.ويذككم، واشكو على نعمه يزدكم واسئلو ن فضله يعطكم، ولذك هلل أكب العظيم