33
Kisah Isabella 5 "Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain daripada itu kami (orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama kami," ujar Ketua Paderi itu. "Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, "Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid." "Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan

Kisah Isabella 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah tokoh islam

Citation preview

Page 1: Kisah Isabella 5

Kisah Isabella 5

"Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain daripada itu kami (orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama kami," ujar Ketua Paderi itu.

"Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan," jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, "Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid."

"Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada Allah yang sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih sahaja, belum lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah." Umar Lahmi menghujah kata-kata Ketua Paderi itu. "Tuan telah memulakan semula perbincangan

Page 2: Kisah Isabella 5

yang panjang. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam," ujar ketua paderi itu.

"Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam," sahut Umar dengan cepat."maka bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih *****a permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak ada bukti." Ketua Paderi itu mulai meradang. Air mukanya, berubah. "Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?" "*****a pengakuan mulut saja," kata Umar Lahmi. "Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima." "Kini tuan membuat definasi tentan kasih pula. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-anaknya?" Umar Lahmi juga sudah mulai gusar. Lalu dijawabnya. "Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih sdaja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syarat dipenuhi. *****kalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain, amka dia harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan barulah dapat dikatakan kasih yang sejati.

Oleh sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w "Katakanlah *****ka kamu menyintai Allah, maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-

Page 3: Kisah Isabella 5

dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan akan Rasul-Nya. *****ka mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (*nota: Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan diantara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa yang munafik boleh saja bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah." "Tuan mulakan lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai dengan segera. Bagaiamanapun, *****kalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan Bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?" Ketua Paderi itu bertanya. "Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan, maka itulah bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA. Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan, tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan ''bapa'' , " jawab Umar Lahmi.

"Mulut tuan terlalu lancang, mengatakan perkataan ''bapa'' itu mengelirukan." Nada suara Ketua Paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh perasaan marah. Lehernya kelihatan tegang dan mulutnya berbuih sedikit. "Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan ''bapa''?"

Melihat kemarahan Ketua Paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata: "Tidak ada sebab untuk

Page 4: Kisah Isabella 5

tuan naik marah. Saya hanya mengatakan perkataan ''bapa'' itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah dan orang akan mengadakan pula anak Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa, kami orang Islam menggunakan perkataan ''RAB'' yang secara tidak langsung menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan pemeliharaan-Nya tidak pernah berhenti. Jadi, dengan menggunakan perkataan ''RAB'', Islam telah mengajar bahawa pemeliharaan kasih Allah terus-menerus ada.

Tetapi konsep ''bapa'' membawa makna bahawa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu sahaja, kemudian dia tidak akan diambil peduli lagi. Selain daripada itu, seorang bapa hanya dapat memelihara anak- anaknya di dalam perkara-perkara yang optional sahaja yang tidak dalam perkara-perkara di luar dari keupayaannya. Sebagai contoh, kalau anak itu jatuh sakit, bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu, sedangkan orang yang di dalam pemeliharaan Allah, adalah sebaliknya, kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. Pemeliharaan-Nya kekal abadi. Ini membuktikan bahawa perkataan pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Lagipun, perkataan pemeliharaan menunjukkan ''Keesaan Allah (tauhid)'' sementara perkataan ''bapa'' pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah di dalam dunia."

Ketua Paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi, tetapi dia cuba juga menjawabnya dengan berkata: "Pengaruh

Page 5: Kisah Isabella 5

pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap bapa. Jadi bagaimana orang dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa." "Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah mengaburi pandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu," kata Umar. "Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya.

Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara. Pemeliharaan itu berterusan dari awal hingga akhir. Bukankah itu pekerkaan ''RAB'' yang kita saksikan setiap hari?" "Kitab Suci In*****l mengatakan bahawa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan puteranya yang satu itu untuk menyelamatkan manusia. Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya kerana kasih?" kata Ketua Paderi.

"Keterangan dari In*****l itu sendiri telah MEMBANTAH dakwaan tuan. Tuan maksudkan bahawa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi manusia yang kotor dan penuh dosa." kata Umar berhujah. "Itukah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak bersalah? Tetapi ''RAB'' tetap berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim .Al-Quran dalam Surah Al-An''am ayat 164 antara lain ada mengatakan" ''Dan tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain.'' Tetapi bapa tuan membunuh anaknya

Page 6: Kisah Isabella 5

sendiri. *****kalau menyalib dan membunuh anaknya sendiri yang tidak bersalah dan tidak berdosa dikatakan ''KASIH'', maka kita tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih."

Ketua Paderi itu berpaling kepada para paderi yang lain sambil berkata, " Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?" Dia kemudian memandang Umar Lahmi. "Hati tuan sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan kemari hanya menggusarkan saya saja." Kemudian dia berpaling kepada paderi-paderi yang lain. "Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun juga."

"Tapi tuan…" Umar Lahmi mahu membantah. "Tutup mulut tuan." Ketua Paderi itu membentak. "Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang kemari dan tentang apa yang tuan ingin berbincang dengan kami.." Sambil menghucapkan kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun lau keluar dari dewan itu.

Melihat keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan kawan-kawannya lalu bangun dan dengan suara kuat berkata, "NASRUN-MIN-A-ALLAHI WA FAT-HUNQARIB". (*Nota: Al-Quran surah Ash_shaf, ayat 13: ''Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat'').

Page 7: Kisah Isabella 5

Mereka semua keluar sambil terus mengucapkan kata-kata di atas, sementara para paderi serta hadirin masih lagi belum hilang perasaan terkejutnya kerana sikap ketua suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan perbincangan itu. Isabella hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan tunduk malu terhadap tindakan bapanya, ketua paderi itu.

Kisah Isabella 6

Cordova, di negeri Sepanyol pada ketika itu adalah merupakan pusat keilmuan sedunia. Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang terkemuka sering mengunjungi tempat itu dari berbagai-bagai tempat.

Ziad bin Umar merupakan salah seorang daripada ahli falsafah, pentafsir Al-Quran dan Hadis yang ulung. Tempat kediamannya terletak tidak jauh dari kampus Universiti Cordova. Biasanya, sesudah selesai Isyak, orang-orang yang hauskan ilmu, akan berkumpul di rumahnya. Pada suatu hari, iaitu setelah hampir sebulan berakhirnya perdebatan di antara Umar Lahmi dengan Ketua Paderi, satu pertemuan yang biasa sesudah Isyak, telah berlangsung di rumah Ziad bin Umar yang dihadiri oleh para cendekiawan dan ilmuan yang terkenal. Setelah semuanya duduk, Ziad pun bertanya akan kesihatan masing- masing dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi. "Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada usaha-usaha anda yang

Page 8: Kisah Isabella 5

mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka itu. Anda telah menyampaikan seruan Allah." Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,"Semuanya adalah berkat doa dan perhatian anda semua juga".

Satu suara lain terdengar di antara para hadirin." Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh Isalbella." "Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahawa dia sudah memeluk agama Islam." jawab Umar Lahmi. "Isabella ada di sini?" tanya Ziad dengan nada gembira. "Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau ada izin daripada saudara, maka dia boleh dibawa mengadap," jawab Umar. "Sudah tentu. Bawa Isabella kemari," kata Ziad. Isabella dijemput masuk ke majlis itu.

"Anakku Isabella," ujar Ziad. "Saya bersyukur dan megucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran."

"Bapa yang mulia...." Isabella mula berkata. Tetapi Ziad mengangkat tangannya menyuruh dia bersabar. "Anakku," kata Ziad. "Panggilan yang serupa itu jangan kau gunakan lagi. Di dalam Islam ada persamaaan hak yang sempurna. Tugas suci orang-orang alim ialah membimbing orang-orang Islam menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Menjadi tugas setiap muslim untuk megikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua urusan kehidupannya." Isabella berasa malu. Cahaya kemerahan naik ke pipinya. "Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan

Page 9: Kisah Isabella 5

pemimpin-pemimpin Islam yang lain."

"Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan saudara atau kalau mahu ditambah, gunalah perkataan tuan sahaja," kata Ziad. "Anakku," kata Ziad kepada Isabella. "Dengar baik-baik kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan yang ada di dalam dirimu. Jangan sesekali kerana kecurangan atau muslihat. Allah mengkehendaki keikhlasan hati dan Al-Quran menyebut bahawa hidup dan mati seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur dan berjala, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah menjadi tujuan hidupnya." "Saya mengaku bahawa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki ambang Islam ini bukanlah kerana nafsu atau muslihat. Juga bukan kerana tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang penghormatan yang diberikan kepada kepada bapa saya di Cordova ini dan juga di seluruh Sepanyol," Kata Isabella.

"Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepadamu dan memberikan keteguhan serta nikmat-Nya yang tidak terhingga," ujar Ziad. "Amin!" Semua hadirin serentak mengucapkannya. "Apakah ada orang lain yang telah mengikut kau untuk menganut Islam?" tanya Ziad. "Ya, tuan. Empat kawan saya yang sudah hilang kepercayaannya kepada agama Kristian dan sudah tertarik kepada Islam," ujar Isalbella. "Dengan izin Allah, esok atau lusa saya akan membawa mereka ke mari supaya segala sisa-sisa keraguan dan syak wasangka tentang Islam dapat dibersihkan melalui penjelasan yang akan diberikan oleh pihak tuan.

Page 10: Kisah Isabella 5

"Saudara Isabella," Umar Lahmi mnyampuk. "Siapakah gerangan kawan-kawanmu itu ? " "Salah seorang daripadanya adalah anak guru teologi saya, Paderi Micheal. Mereka semua pernah mengikuti perbahasan tuan," ujar Isabella.

Maka pada hari itulah, secara rasminya Isabella telah memeluk agama Islam dan kini sedang tekun mendalami Al-Quran serta ilmu-ilmu agama.

BERSAMBUNG....Menarik...SURAT ISABELLA KEPADA KETUA PADERI (AYAHNYA) DAN PARA PADERI. Antara kandungan menarik surat itu ialah...Isabella membuat perbandingan di antara Ajaran Kristian dengan Ajaran Islam.

Novel Isabella 7

Surat daripada Isabella kepada ayahnya (ketua paderi) ini telah dibuka dan dibaca oleh Micheal (bekas guru Isabella) di hadapan Ketua Paderi dan para paderi lain di dalam satu perhimpunan sulit di dalam perpustakaan gereja itu.

"Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam kepada junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang

Page 11: Kisah Isabella 5

menjanjikan kedamaian dan keselamatan yang abadi."

"Bapaku yang dihormati!

Ketahuilah bapa bahawa anakmu ini telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas dari kemungkaran dan kebatilan, yang memimpin kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Saya perturunkan di sini perbandingan- perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapa."

1. Dalam ISLAM, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apapun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaan-Nya. Al- Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatupun yang sama dengan-Nya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita hendak menyebutkan satu-persatu akan semua kesempurnaan-Nya, maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran."

2. Sebaliknya agama KRISTIAN percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi TIGA: Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya 'Putera Tuhan' dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia, maka

Page 12: Kisah Isabella 5

bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbezaan lagi di antara Tuhan dan manusia? Kitab suci Al-Quran mengatakan dengan tegas bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir dan orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai Putera Tuhan, maka mereka telah memfitnah Tuhan!. Al-Quran telah mengajar bahawa Kristus, seperti juga Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi adalah sebagai utusan dan nabi, dan mereka juga manusia, makhluk dan bukannya pencipta. Nah, cubalah bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabahnya ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian amat mengusutkan dan tidak masuk akal!"

3. Menurut ISLAM, tiap-tiap manusia dilahirkan di dalam keadaan suci dan bebas dari dosa dan apabila ia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah meyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum- hukum-Nya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahawa Adam tidak melakukan dosa dan semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa dan dengan sebab itu masalah dosa yang diwarisi adalah perbuatan syaitan.

Agama KRISTIAN sebaliknya mengatakan bahawa tiap-tiap orang orang itu berdosa sejak ia lahir, sehingga dengan demikian nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa nabi Adam menyebabkan semua manusia berdosa. Ternyatalah sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia

Page 13: Kisah Isabella 5

menderita seksaan. Jadi dalam masalah ini juga kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi."

4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa itu tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakan dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya (*NOTA: Al- Quran; surah 5; ayat 39-41) dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain, tetapi tiap- tiap orang memikul tanggungjawab ke atas semua perbuatannya, maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia itu ajaran-ajaran kemuliaan dan yang menggesanya untuk berbuat kebajikan.

Tetapi agama KRISTIAN sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang yang berdosa lalu disalibkan dan dia menjadi penebus semua orang yang berdosa itu. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu- satunya 'Putera Tuhan'. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia itu tidak berguna dan memalukan sementara di satu pihak yang lain menjadikan seseorang itu hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri, dan selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu perlanggaran kepada kesucian Tuhan."

Page 14: Kisah Isabella 5

5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan kedunia, maka ia telah menerangkan semua kebenaran, kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran itu telah dicemarkan. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. ISLAM membantah tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa .a.s. yang telah dibuat oleh sebahagian musuhnya dan juga kawan-kawannya. Dalam perkataan lain, kerana usaha Islamlah yang telah meletakkan Nabi Isa a.s. pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tomahan orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian.

Orang-orang Kristian itu pula yang telah menuduh semua nabi dengan tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenarannya, maka tidak seorangpun yang mahu mengangapnya malah sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak sahaja MEMANIPULASIKAN kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang ini Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun itu telah diletakkan di hadapan kita, yang sedikitpun tidak ada kena-mengena langsung dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran,

Page 15: Kisah Isabella 5

terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Oleh sebab itu saya MENJEMPUT semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman."

6. ISLAM menyebutkan secara terperinci akan HAK-HAK kaum WANITA dan memerintahkan pembebasan semua hamba abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan.

Tetapi di dalam agama KRISTIAN, tidak ada SECEBIS tandapun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahawa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zina, tetapi tidak pula menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh siisteri ke atas ketidaksetiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataanpun di dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi."

7. ISLAM menyuburkan moral manusia dan menyedian tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu, manusia boleh mengawal nafsunya secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan; 'Barang siapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barang siapa beramal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman, maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di

Page 16: Kisah Isabella 5

dalamnya dengan tidak terhingganya' (*NOTA: Al- Quran, surah 40, ayat 40).

Tetapi di dalam agama KRISTIAN, ditekankan kepada satu aspek sahaja, iaitu yang melakukan kesalahan tidak boleh dihukum, dan kalau dia menampar pipi kiri, mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditamparinya. Betapa pengajaran yang serupa itu boleh diikuti oleh manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baik sangka dalam semua perkara. maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering?"

Bapaku yang dikasihi. Ini adalah beberapa perkara sebagai satu ilsutrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti, maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar- benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan dan menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman! Saya juga mendoakan bapa ke jalan yang benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!"

Anak bapa, Isabella.

Page 17: Kisah Isabella 5

BERSAMBUNG...."PERCANGGAHAN FAKTA/AYAT DI DALAM BIBILE / INJIL "

Novel Isabella Bahagian 8 Percanggahan Fakta/Ayat di dalam Bible (Injil)

Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan para cendekiawan Islam, Isabella dan kawan-kawannya semakin mendalami pengetahuan mereka tentang agama Islam.

"Tuan yang dihormati." Umar Lahmi mencelah. "Kawan-kawan Isabella meminta supaya mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam."

"Kemudian Ziad memandang kepada kawan-kawan Isabella sraya berkata, " Jadi inilah kawan-kawanmu itu?" "Ya tuan," jawab Isabella berpaling memandang kawan-kawannya yang duduk terpaku, takjub dengan perhimpunan yang dirasakannya amat berlainan sekali dengan perhimpunan alim ulama agama mereka(Kristian). "Itu Mirano anak guru saya, Micheal. Yang satu lagi Martha, Catherine dan Hanana."

Umar Lahmi lalu mendekati kawan-kawan Isabella sambil berkata" Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan Islam?" Mirano bersuara, "Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang beberapa perkara," katanya. "Baiklah," kata Ziad. " Kami tidak

Page 18: Kisah Isabella 5

keberatan untuk memberi penjelasan. Memang benar, inilah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah baik menerima agama ini. Nah, tanyalah dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya."

Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata, "Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ingin diislamkan dahulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah. Barang dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam." Keempat- empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua kalimah syahadat, mengucapkan mengakui dengan setelus hati akan keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Semua yang hadir menadah tangankan tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memeang sudah dibawa dari awal.

Mirano kemudian mengemukan pertanyaannya. "Menurut orang-orang Kristian, Kitab Taurat itu ialah HUKUM, dan Injil merupakan PENYEMPURNAAN hukum-hukum itu. Jadi apabila telah ada hukum dan penyempurnaan, maka kita tidak perlu lagi ada perkara-perkara yang lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al- Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan."

"Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah- hujah." ujar Umar Lahmi. "Tetapi dengan hanya mengangap bahawa Taurat itu hukum dan Injil itu

Page 19: Kisah Isabella 5

penyempurnaannya, maka sebagai lawannya, Kitab Suci Al-Quran ialah PEMBENARAN. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, iaitu HUKUM dan KESEMPURNAAN. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al_Quran, surah Al-Ma''iadah ayat 48, yang maksudnya kira-kira begini: '' Dan kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahawa dia daripada Allah, sedang dia pula membenarkan Kitab-kitab Ketuhanan-yang terdahulu daripadanya serta menguasainya''. Tetapi, " kata Umar lagi. "Injil itu sendiri tidak pernak menggunakan perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan."

"Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya," kata Mirano. "Kemudian kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?" "Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen," jawab Umar Lahmi. "Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud, kenapa pula Al-Quran mengakuinya?" tanya Mirano lagi. "Al-Quran mengakui: Taurat dan Injil ASLI, bukan yang dipalsukan dan yang dibuat-buat," jawab Umar.

"Kata orang-orang Kristian, Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui oleh Al-Quran," kata Miranao.

"Baiklah!" kata Umar sebagai menjawab kata- kata Miranpo itu. "Saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia menyetujui kitab

Page 20: Kisah Isabella 5

Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surah Al-Ahqaf ayat 33, kira-kira sebagai berikut: ''Bahawasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah lemah''. Tetapi di dalam Taurat Kitab Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahawa ''menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukan dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah meyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.'' BERHENTI BEKERJA," kata Umar Lahmi, "bererti berehat dan bila seseorang itu berehat dari kerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahawa Tuhan itu berasa PENAT. Kitab Suci Al- Quran berkata Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Nabi Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir.

Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak Taurat? Sekarang cuba ambil kitab Injil, keempat- empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mati sambil menangis di atas salib, bahawa dia benar-banar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahawa Jesus dibunuh oleh orang- orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mengaku menjadi Tuhan, Al-Quran dalam surah Al-Ma''idah ayat 72 ada mengatakan kira- kira begini: '' Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah, itulah Al- Masih anak Mariam, sedangkan Al_Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya

Page 21: Kisah Isabella 5

siapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong''. Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil, apak! ah kitab Suci Al-Quran itu mengakui atau menolak Injil ?" Mirano dengan gembira terus menjawab. "Tidak syak lagi bahawa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al- Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya."

"Sekarang, " kata Umar Lahmi. " saya akan memberikan satu PRINSIP UMUM daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran itu sebagai batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Surah An-Nisa'' ayat 82 ada disebutkan: ''Maka mengapakah mereka tidak memerhatikan dan memikirkan, tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al- Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain daripada Allah seperti yang mereka katakan, tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak''. Ayat Kitab Suci Al-Quran itu jelas menegaskan bahawa kecuali kitab Allah, maka tidak ada kitab lain yang bebas daripada PERTENTANGAN (contradiction), kerana manusia tidak kalis daripada kesilapan dan kekeliruan dan walaubagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielakkan. Dan buku yang ada kesalahan sudah tentu bukannya dari Allah, kalau tidak, (barang dilindungi Allah), Allah akan dikatakan pelupa dan pembohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?"

Page 22: Kisah Isabella 5

"Prinsip itu cukup wajar dan adil ," jawab Mirano. "Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dfari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?" "Banyak sekali pertentangannya," jawab Umar Lahmi. "Kerana terlalu banyak sangat pertentangannya, maka para pembacanya menjadi bingung. Sekarang mari saya cuba prinsip-prinsip tadi, saudara akan melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudari Mirano, cuba beritahu saya?" Mirano teragak-

agak sebentar. "Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22," jawab Mirano kemudian. "Bagus! Kalau saudara katakan umur saudari 22 dan satu jam kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan itu betul?" "Bagaimana boleh kedua-duanya betul? Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah! Bolehkah kedua-dua itu dikatakan benar?" Mirano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar itu.

"Nah, sekarang cuba lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Tawarikh 22:2-3. Di mana disebutkan bahawa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia baru berusia 42 tahun. Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Raja-raja 8:25 ada disebutkan bahawa waktu Ahaziah menjadi raja umurnya sudah 22 tahun! Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?"

"Tidak!" jawab Mirano selepas menyemak kitab Injil yang dibawanya. "Satu saja daripada kedua- dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah." "Masalahnya," kata Umar lagi. "Mana satu satu di anatara keterangan itu yang benar

Page 23: Kisah Isabella 5

tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Injil itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas kedua-duanya. Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab pada Injil Samuel 24:9 ada dituliskan bahawa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada LAPAN RATUS RIBU orang yang dapat memegang pedang, dan LIMA RATUS RIBU daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata itu, tetapi di dalam kitab Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah SEJUTA SERATUS RIBU yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada EMPAT RATUS TUJUH PULUH RIBU yang dapat memegang pedang. Nah, apakah kedua-dua keterangan ini benar? "Tentulah salah satu sahaja daripadanya benar," jawab Mirano.

"Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin daripada Tuhan," kata Umar Lahmi. "Tidak mungkin," ulang Mirano. "Barang dijauhi Allah. Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah." "Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebu Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Barang dijauhkan Allah, kesalahan- kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah." "Subhanallah!"'' keluh Mirano. "Ini adalah hujah yang terang tentang betapa tak dapat dipercayainya Kitab-kitab Kristian yang tidak dapat dijelaskan. Anak-anak kecil pun boleh memahami dua kali dua empat."

"Di dalam Injil kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang 3 orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya

Page 24: Kisah Isabella 5

bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan senjata tombak saja telah dapat membunuh lapan ratus orang musuh. (*NOTA: rujuk Good News Bible) Tetapi di dalam Injil Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang sahaja dengan tombaknya." (*NOTA: dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8, nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawaarih 11:11 ialah Yasobam bin Hakhmoni.)

"Oh, terlalu jauh perbezaannya," kata orang-orang yang hadir. "Agak aneh," bersungut Mirano. "Orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok." "Mereka boleh melihat kesalahan -kesalahan itu jika mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keteranagan-keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul," kata Umar. Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang terlalu patuh kepada kebenaran. Dan yang ajaibnya ialah kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu dari Tuhan. Nah, salahkah kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?" "Subhanallah!" sahut Isalbella. " Betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran itu tidak diturunkan, necaya tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian itu tidak akan diketahui,".

Setelah mendengar kata-kata Isabella itu, Umar Lahmi lalu menyambung. "Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Perjanjian

Lama yang tidak pernah mahu berkompromi,

Page 25: Kisah Isabella 5

sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya setelah kita membuat penelitian yang saksama, maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil itu telah disusun dan ditulis dalam pelbagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dahulu dianggap sebagai wahyu Tuhan, maka sekarang ini tidak lebih daripada satu ''APOCRYPHAL'' atau sumber yang diragukan dan disamping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan. Seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah diadakan sebentar-sebentar untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepeada ketetapan gereja." "Ya," ujar Mirano. "Pernah sekali saya mendengar daripada bapa saya, bahawa pada salah satu persidangan itu setengah dari kitab-kitab itu telah disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan."

"Sekarang mari kita cuba uji Injil itu dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan palsunya Injil-Injil itu," kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan kawan-kawan mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai Kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.

"Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak untuk menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan dan apabila, barang dijauhi

Page 26: Kisah Isabella 5

Allah, Jesus Kristus telah dibunuh di atas salib, Yudas berasa sangat menyesal lalu pergi kepada imam-imam ketuanya dan berkata: ''Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tidak bersalah''. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab 1 ayat 18, ada disebutkan bahawa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya itu telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh terlungkup, perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya terburai keluar.''

Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah MEMULANGKAN balik wang rasuahnya kepada imam-imam ketua dan kemudian mengantung dirinya, sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isi perutnya terburai keluar.

Inilah DUA KETERANGAN YANG BERBEZA dari dua buah Kitab Injil yang berbeza pula yang kedua- duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang- orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi beerti ketika Roh Kudus itu pergi kepada penulis Kitab Matius dia mengatakan begini, kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Kisah Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang, sama ada kita membuat anggapan Roh Kudus itu sebagai poembohong dan menipu ataupun kita menolaknya secara total. Walaubagaimanapun adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahawa semua Kitab Injil itu palsu atau salah, daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut membuat dosa. "Nyatalah bahawa

Page 27: Kisah Isabella 5

semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya itu untuk mencapai sesuatu maksud," sampuk Mirano.

"Itu pertentangan dari dua buah Injil yang berlainan," kata Umar tanpa menghiraukan komen Mirano itu. "Mari kita tengok PERTENTANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH INJIL YANG SAMA. SaintPaulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan, telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya danketiga- tiganya itu BERBEZA, tidak sama! Betapa anehnya, bahawa Roh Kudus telah ''BERBOHONG'' di tiga tempat di dalam kitab yang sama dan tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahawa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat- sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota itu, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ''Kenapa menganiayai aku?'' Sementara sahabat- sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat itu ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam Injil itu juga pada bab 26 ayat 13, ditulis bahawa Saint Paulus dan sahabat- sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah.

Nah! cuba fikirkan, dalam SEBUAH INJIL,

Page 28: Kisah Isabella 5

peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?" tanya Umar Lahmi. "Tidak mungkin," jawab Mirano cepat. " Ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan." "Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?" tanya Umar Lahmi. "mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan selalu meimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Sekalipun jawapan mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh, umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu yang benar? Tidak ada orang- orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahawa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani, maka penerangan dan jawapan apapun juga hanyalah NONSENSE semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan bahawa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui, maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah HILANG! kewibawaannya dari sudut manapun juga."

"Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?" tanya Isabella. "Jikalau kitab-kitab yang tulen ada, mengapa pula kita bersusah- payah mahu membuat perbandingan lagi," kata Umar. "Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang anehnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat

Page 29: Kisah Isabella 5

dibuat kepastian tentang Injil-injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya.

Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar tentang pelbagai perkara yang bermula dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka pertemuan itupun berakhir sudah agak larut malam. Sebelum berpisah, satu rencana telah diatur suapaya Isabella dan kawan-kawannya mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif tidak saja daripada Umar Lahmi dan alim ulama yang lain, malah dari Ziad Bin Umar sendiri.

BERSAMBUNG....BAHAGIAN AKHIR "ISABELLA BERDEBAT DENGAN WANITA(RAHIB) KRISTIAN"