KK Batu Seremban

Embed Size (px)

DESCRIPTION

batu sereban

Citation preview

1.0 PENGENALAN PERMAINAN. Permainan Batu Seremban memerlukan lima atau tujuh ketul buah. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

2.0 SEJARAH PERMAINAN Permainan Batu Seremban atau juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ia hanya diceritakan dari mulut ke mulut.

3.0 MATLAMAT PERMAINAN. Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM3112. Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing.Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia sejak sekian lamanya.4.0 OBJEKTIF.4.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.4.2 Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.4.3 Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang dilaksanakan.

5.0 BUTIRAN PROJEK5.1 Nama Projek: Permainan Tradisional Batu Seremban5.2 Penganjur : PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Ambilan Jan 2012 (Semester 5)5.3 Tarikh: 10.03.20145.4 Tempat: Padang Depan Gimnasium IPG Ipoh5.5 Penyertaan: 21 Orang

6.0 PERANCANGAN6.1.Melantik Jawatankuasa Induk.6.2.Menentukan bidang tugas.6.3.Perancangan kertas kerja.6.4.Membuat anggaran perbelanjaan.6.5.Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat, padang, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi, keselamatan dan kebajikan.6.6.Menentukan masa pertandingan.6.7.Post-mortem bersama AJK Induk.

7.0 ORGANISASI JAWATANKUASA PERMAINAN. Pengerusi : Mohd Syahrul Azman Bin Bolalan Naib Pengerusi: Mohd Zulhelmi Bin Idrus Setiausaha: Nur Musernah Bt Musini Bendahari : Khairunisa Bt Mis ManAJK Tugas Khas : Rabiatul Adawiyah Bt Wahid

8.0 PERATURAN PERMAINANTerdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan diketahui oleh setiap pemain iaitu:

8.1 Semasa batu seremban itu diselerakkan di lantai, pemain yang ingin memungut batu tersebut tidak boleh menyentuh mana-mana batu yang terletak diatas lantai. Jika terdapat pemain yang tersentuh batu tersebut maka pemain itu dianggap mati 8.2 Bagi pemain yang melambungkan batu seremban, pemain tersebut perlu menyambut batu yang dilambung sebelum batu tersebut jatuh. Jika batu tersebut jatuh sebelum dapat disambut oleh pemain yang melambungkannya, makapemain itu dianggap mati8.3 Setelah pemain yang sebelumnya atau yang sedang mendahului permainan membuat kesalahan, maka pemain yang berikutnya akan meneruskan permainan. 8.4 Setiap pemain hanya diberikan masa 2 minit untuk bermain dan memungut sebanyak mata yang boleh dan pemain akan melalui 3 pusingan atau 3 kali peluang bermain untuk setiap perlawanan8.5 Jika seseorang pemain yang telah mati, maka pemain yang mati itu hanya boleh menyambung semula permainannya setelah tiba gilirannya kembali, iaitu setelah semua pemain yang selepasnya mati atau telah membuat kesalahan.8.6 Permainan yang dijalankan boleh diberhentikan jika telah dipersetujui oleh kesemua pemain. 8.7 Untuk menentukan pemenang bagi permainan batu seremban ini ialah pasukan yang memperolehi mata yang paling banyak maka dialah yang akan dikira sebagai pemenang. 8.8 Setiap penyertaan kumpulan mestilah mempunyai tiga orang peserta 8.9 Setiap pemain mestilah terdiri daripada ahli kelas yang sama.8.10 Setiap kelas wajib menghantar sekurang-kurangnya satu borang penyertaan.8.11 Pemain lain yang tidak bermain dilarang menggangu tumpuan pemain yang sedang bermain.8.12 Pemain yang cuba melakuan perkara yang boleh mengganggu pihak lawan akan diberikan amaran dan jika perlakuan tersebut dilakukan sebanyak 3 kali pemain akan dibuang gelanggang.8.13 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur9,0 PROSEDUR PERMAINAN9.1 Pada permulaan, pemain akan mengumpulkan ketujuh-tujuh biji batu kecil dengan sebelah tapak tangannya.9.2 Setelah dikumpulkan batu-batu tersebut maka batu-batu itu akan diselerakkan di atas lantai.9.3 Setelah diselerakkan, pemain tersebut akan mengambil salah sebiji batu(buah ibu) yang diselerakkan di atas lantai untuk dilambungkan ke udara. Sebelum batu yang dilambungkan itu jatuh, pemain akan memungut atau mengutip sebiji lagi batu kecil yang berada di atas lantai sambil menyambut semula batu yang dilambung itu dengan menggunakan tangan yang sama. 9.4 Pemain yang sedang bermain perlu meletakkan batu yang telah dipungut itu untuk diletakkan di tepi dan seterusnya pemain dikehendaki memungut dua biji batu secara serentak.9.5 Kemudian pemain tersebut akan memungut tiga biji batu lagi pada lambungan ketiga sehinggalah terkumpul tujuh biji batu seperti asal.9.6 Selepas cukup tujuh biji batu dikumpul para pemain perlu menimbang seperti yang dinyatakan di bawah cara menentukan giliran.9.7 Setiap pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing yang akan ditentukan dalam undian9.8 Johan setiap kumpulan layak bertanding dalam pusingan seterusnya iaitu sistem kalah mati

10.0 ORGANISASI PERMAINAN Rujuk Lampiran 211.0 SENARAI PERALATAN Rujuk Lampiran 312.0 ANGGARAN PERBELANJAANTiada perbelanjaan

13.0 PENUTUP Akhir sekali, diharapkan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama bersama ahli-ahli yang lain. Melalui pengendalian pertandingan ini juga diharapkan peserta mendapat pendedahan mengenai permainan tradisional yang semakin dilupakan ini. Semoga dengan pengelolaan ini kami mendapat pendedahan awal untuk digunakan di sekolah kelak.

Lampiran 2ORGANISASI PERMAINAN

A

D6.7m

BC

Catatan

Meja Ketua Hakim

Kawasan Keseluruhan . Kawasan Permainan Setiap Kumpulan

Lampiran 3SENARAI PERALATANBerikut merupakan senarai peralatan yang diperlukan.BilPerkaraKuantiti

1Batu kerikil35 ketul

2Meja Ketua Hakim2 buah

3Kerusi2 buah

4Kertas A410 helai

5Pen4 Batang

6Pita Pelekat1 Gulung

7White board1 buah

8White board marker 3 batang

Lampiran 4

ANGGARAN PERBELANJAAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL( BATU SEREMBAN )

KUMPULAN : .NAMA PASUKAN : .KETUA PASUKAN : .

BILNAMA PESERTANO KAD PENGENALANNO TELEFON

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

BORANG PEMARKAHAN BATU SEREMBAN

KUMPULAN : .

Nama Pasukan

Pusingan 1Pusingan 2Pusingan 3Jumlah mataKedudukan