KK Landskap

Embed Size (px)

Citation preview

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN JALAN 4/76, DESA PANDAN, 55100 KUALA LUMPURTAJUK :

KERTAS KERJA BERKUMPULAN PROJEK LAMAN SIMFONI KASIHKEMAHIRAN HIDUP

TARIKH :

11 Julai 2011 h 5 Ogos 2011TEMPAT :

BERSEBELAHAN TAMAN KEMAHIRAN HIDUP

1.0

PENDAHULUAN

Kertas kerja berkumpulan ini dibuat bagi memohon pertimbangan dan persetujuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Pandan untuk kami sebagai guru pelatih, menjalankan projek menghasilkan taman mini

berhampiran denganbengkel Kemahiran Hidup sekolah berkenaan. Projek taman mini ini amat penting bagi kami untuk memenuhi tugasan INTERNSHIP yang telah diarahkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memenuhi syarat kursus kami.

2.0

TUJUAN

Selain untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan oleh pihak IPG, tujuan utama projek taman mini ini adalah untuk menceriakan kawasan persekitaran bengkel kemahiran hidup . Selain itu juga, projek taman mini ini juga dapat membantu mewujudkan suasana yang kondusif serta ceria di sekitar bengkel kemahiran hidup.

3.0

OBEJKTIF

3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, dan harmoni terhadap persekitaran sekolah 3.2 Memberi pengalaman amalan profesional kepada guru pelatih denga n tugas permulaan seorang guru. 3.3 Mengeratkan hubungan antara guru pelatih dengan guru, murid -murid dan pihak pentadbiran sekolah. 3.4 Menyemai sikap tanggungjawab, kepemimpinan, keyakinan diri dan nilai profesionalisme keguruan dalam diri guru pelatih. 3.5 Memberi latihan kepada guru pelatih merancang, melaksana dan menilai projek yang dijalankan.

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

1

4.0

RASIONAL

Pengwujudan suasana persekitaran sekolah yang tenang serta kondusif merupakan salah satu agenda utama dalam menarik minat perhatian ramai untuk merasakan bahawa sekolah merupakan satu tempat yang selesa serta selamat untuk dikunjungi. Oleh yang demikian, bagi menambahkan keceriaan serta keselesaan persekitaran sekolah, penghasilan satu taman mini atau landskap sebagaimana yang dicadangkan mampu merealisasikan serta memenuhi keperluan sebenar persekitaran sekolah yang kondusif serta selamat. Kesinambungan daripada itu, penghasilan taman mini ini juga dapat menyemai sikap tanggungjawab, kepimpinan dan keyakinan dalam diri guru pelatih terutamanya dalam melahirkan seorang guru yang penuh kreadibiliti serta memiliki nilai-nilai profesionalisme keguruan. Tambahan lagi, projek taman mini ini akan menjadi salah satu daya penarik bagi murid -murid untuk berada di sekolah sentiasa dan seterusnya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang selesa serta tenang.

5.0

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Tarikh

: 11 Julai 2011 hingga 5 Ogos 2011

5.2 Tempoh pelaksanaan : 4 minggu

6.0

TEMPAT

Taman Kemahiran Hidup, Belakang Bengkel Kemahiran Hidup, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Jalan 4/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

2

7.0

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung

: Puan Khalilah binti Yahaya (Guru Besar SKDP)

Penasihat

: Puan Rahmah binti Idris (GPK 1 SKDP)

Pengerusi Projek

: Puan Haliza binti Ramli (Ketua Panitia Kemahiran Hidup SKDP)

8.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

JK Pelaksana

: Mohd Harith bin Mohd Rohaizat Mohd Muhaimie bin Mohd Nour Azlan Baraath Begiam binti Abdul Azis

9.0

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampian 1

10.0 LAKARAN TAMAN MINI

Rujuk Lampiran 2 * Pelan landskap akan berubah mengikut keadaan semasa

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

3

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.

PERKARA

KUANTITI

HARGA PER UNIT (RM)

JUMLAH (RM)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Batu sungai hitam Batu sungai putih Stepping stone 1 x 2 Pokok Ati-ati Pokok Spider Lily Simen (50 kg) Pasir kasar Transport Pokok Calathea Topsoil (40 kg) Mixed-soil (40 kg)JUMLAH

10 beg 10 beg 15 biji 132 pohon 17 pohon 5 beg 7 beg 1 trip 20 pohon 1 bag 1 bag

25.00 25.00 15.00 3.00 4.00 20.00 10.00 100.00 10.00 5.00 10.00

250.00 250.00 225.00 396.00 68.00 100.00 70.00 100.00 200.00 5.00 10.001674.00

12.0 PENUTUP

Kami berharap agar projek ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Kami juga berharap agar mendapat kelulusan peruntukan yang dicadangkan bagi melancarkan perjalanan projek ini dilaksanakan. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan .

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

4

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

................................................. ................................................................ ........ (MOHD HARITH BI MOHD ROHAIZAT) Guru pelatih IPG Kampus Pendidikan Teknik (PUAN HALIZA BINTI RAMLI Ketua Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Desa Pandan )

Diluluskan oleh,

................................................. ............... (PUAN KHALILAH BINTI YAHAYA Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Pandan )

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

5

LAMPIRAN 1 TENTATIF PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

BIL.

AKTIVITI

MINGGU

TINDAKAN

1. 2.

Penghasilan kertas kerja Perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan guru besar.

Minggu 1 Minggu 1

Pelaksana projek Pelaksana projek Guru besar

3.

Mendapatkan dan pembelian bahan dan alatan untuk projek landskap.

Minggu 2

Pelaksana projek

4.

Memulakan pembersihan tapak taman mini.

Minggu 2

Pelaksana projek

5.

Memulakan projek taman mini.

Minggu 2 hingga 3

Pelaksana projek

6.

Penghasilan laporan.

Minggu 4

Pelaksana projek

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

6

LAMPIRAN 2 LAKARAN CADANGAN PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

REFLEKSIOLOGI

PANGKIN KOLAM IKAN

PANGKIN

SIAR KAKI

SPIDER LILY

CALATHEA

REFLEKSIOLOGI

ATI-ATI

KERTAS KERJA PROJEK LAMAN SIMFONI KASIH

7