29
PSV 3113E PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 1 PENGENALAN Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru mengajar dan pelajar belajar. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran. Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan- soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman

KKBI PENTAKSIRAN PSV

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KERJA KURSUS SEM 6

Citation preview

Page 1: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

1

PENGENALAN

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan

dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya

bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada

guru mengajar dan pelajar belajar.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan

sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan

pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis.

Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian

merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.

Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang

hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan.

Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau

peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-

soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang

dirancang serta kandungan yang diajar.

Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan

ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan

pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman

terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian,

matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta

norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan

pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses

pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi

maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran

Page 2: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2

juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi

pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Kertas cadangan merupakan suatu dokumen yang amat penting disediakan

sebelum program berkenaan dijalankan. Tujuan umum penyediaan kertas cadangan

ialah untuk memudahkan perbincangan, dokumen bermaklumat untuk ditunjukkan

kepada pihak tertentu untuk kelulusan dan kebenaran. Selain itu, penyediaan kertas

cadangan ini juga bertujuan untuk dokumen sokongan bagi mendapatkan sumber

dan pembiayaan. Kertas cadangan ini merupakan panduan kepada AJK mengawal

aktiviti supaya tidak terkeluar daripada objektif asal. Tambahan pula, kertas

cadangan ini merupakan bahan rujukan di masa akan datang.

Justeru itu, melalui kertas cadangan ini, masalah-masalah pembelajaran akan

dapat diperbaiki dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kajian

berdasarkan kertas cadangan akan dapat membantu dalam menganalisis masalah

dan jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau isu dalam pengajaran dan

pembelajaran. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hasil dapatan data kajian

akan ditaksir berdasarkan mekanisme seperti instrumen bentuk pentaksiran yang

dipilih bagi melihat sejauh mana keberhasilan kajian yang dijalankan dapat

menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 3: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

3

1.0 TAJUK KAJIAN

Teknik gosokan menggunakan media pensel warna untuk membantu murid menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya 2D

2.0 NAMA PENYELIDIK

Fhenyius Duasin

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, 82907, Tuaran, Sabah.

3.0 NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kapa, Tamparuli, Sabah.

Page 4: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

4

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN/REFLEKSI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN YANG LALU

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu bagi mata

pelajaran Dunia Seni Visual murid tahun empat, terdapat kelemahan yang timbul

dalam penghasilan karya 2D iaitu lukisan dalam bidang menggambar. Murid-

murid menghasilkan lukisan yang bertemakan ‘Hidupan Laut’, kemudian mereka

dikehendaki untuk mewarnakan lukisan tersebut. Berdasarkan penelitian

terhadap hasil karya murid-murid, mereka mampu menghasilkan karya yang

sesuai dengan tema yang diberikan. Namun jika dilihat dari aspek penggunaan

warna atau dengan lebih tepat lagi teknik mewarna yang diaplikasikan murid-

murid, terdapat kelemahan dari segi penghasilan ton warna cerah dan gelap

pada objek menggunakan media pensel warna.

Ton warna merupakan sesuatu aspek yang penting dalam penghasilan

karya 2D. Penghasilan ton warna cerah dan gelap memerlukan aplikasi teknik

gosokan pensel yang betul. Berdasarkan penelitian terhadap karya murid-murid

tersebut, kelemahan ini berlaku kerana kurangnya pendedahan terhadap teknik

gosokan pensel yang betul oleh guru seni. Lantas, karya yang dihasilkan oleh

murid-murid kurang menarik dan kelihatan sangat suram. Secara logiknya, bagi

murid-murid yang berada di tahap dua iaitu tahun empat, pengetahuan dan

kemahiran dalam penghasilan seni 2D yang dipelajari oleh mereka semenjak

berada di tahap satu sehingga ke tahap dua sepatutnya sudah mampu

membantu mereka menghasilkan karya 2D yang menarik dari segi aplikasi ton

warna.

Justeru itu, kertas cadangan kajian ini bertujuan untuk memperbaiki

kelemahan murid-murid tersebut berdasarkan beberapa langkah dan kaedah

yang akan dilaksanakan. Antara cadangan penambahbaikan yang akan

dilaksanakan ialah pelaksanaan soal selidik, pemerhatian, kaedah demonstrasi

dan seumpamanya. Keseluruhan cadangan penambahbaikan ini menjurus ke

arah pembelajaran dalam teknik gosokan untuk menghasilkan ton warna yang

sesuai dalam karya 2D.

Page 5: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

5

5.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus ke arah memperbaiki dan menyelesaikan kelemahan murid-

murid dalam menghasilkan ton warna yang sesuai iaitu ton cerah dan ton gelap

menggunakan media pensel warna. Berdasarkan langkah-langkah dan kaedah

seperti demonstrasi daripada guru sebelum murid-murid menghasilkan karya

mereka, dijangkakan berupaya membantu dalam memperbaiki dan

menyelesaikan kelemahan tersebut.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN/TUJUAN KAJIAN

Objektif Umum:

Murid-murid mampu mengaplikasikan teknik gosokan yang betul menggunakan

media pensel warna untuk menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya 2D.

Objektif Khusus:

Mengenalpasti keberkesanan kaedah demonstrasi teknik gosokon menggunakan

media pensel warna untuk menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya 2D.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 4 (tahap 2) Sekolah Kebangsaan Kapa, Tamparuli, Sabah.

Jantina Jumlah

Lelaki 2

Perempuan 3

Page 6: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

6

8.0 STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN

8.1 Prosedur Cadangan Tindakan Kajian

Dalam prosedur cadangan tindakan kajian, terdapat beberapa langkah

yang boleh diambil bagi memastikan kajian yang dilakukan adalah tepat

dan sistematik. Langkah-langkah tersebut seharusnya mampu menjurus

ke arah pencapaian objektif yang telah ditentukan. Berikut merupakan

langkah-langkah yang boleh dilaksanakan:

i. Tinjauan awal

ii. Merancang

iii. Tindakan susulan

iv. Pemerhatian

Langkah yang pertama iaitu tinjauan awal dijalankan dengan

melihat kepada pengajaran dan pembelajaran pada masa lalu. Melalui

pengajaran dan pembelajaran pada masa lalu, refleksi perlu dibuat dengan

mengenalpasti isu-isu yang timbul pada waktu itu. Perkara ini dapat dilihat

dengan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Antara isu yang perlu dititikberatkan ialah mengenai tahap

penguasaan murid dalam menghasilkan karya 2D dengan menggunakan

media pensel warna. Kemudian, melalui penelitian terhadap hasil kerja

murid, guru perlu melihat kelemahan yang terdapat dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini termasuklah kelemahan

yang terdapat pada kaedah penyampaian dan pelaksanaan pengajaran

guru serta kelemahan yang terdapat semasa proses pembelajaran murid.

Secara ringkasnya, tinjauan awal ini perlu dilihat berdasarkan aspek-aspek

berikut:

a. Kaedah penyampaian sesi pengajaran guru

b. Kefahaman murid terhadap sesi pengajaran

c. Kecenderungan murid dalam penghasilan karya

Page 7: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

7

d. Kemahiran dan tahap kognitif yang ada pada murid mengenai tajuk

pada hari itu

e. Kawalan kelas

Langkah yang kedua iaitu merancang dilakukan untuk

merancang metodologi yang sesuai untuk menyelesaikan kelemahan yang

dihadapi oleh murid-murid. Setelah mengenalpasti kelemahan murid-murid

dalam penghasilan karya tersebut, guru perlu memikirkan kaedah yang

sesuai untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah dari segi

penguasaan murid dalam menghasilkan karya tersebut. Dalam kes kajian

ini, guru telah memilih kaedah demonstrasi teknik gosokan menggunakan

media pensel warna untuk menyelesaikan kelemahan murid-murid dalam

sesi pengajaran pada masa lalu iaitu berkaitan dengan ton warna pada

objek dalam karya 2D.

Langkah yang ketiga ialah tindakan susulan bagi mengatasi

kelemahan yang timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang

lalu. Tindakan yang diambil merujuk kepada perancangan yang sudah

dilakukan. Dalam kes ini, tindakan yang diambil ialah melakukan

demonstrasi teknik gosokan menggunakan media pensel warna.

Demonstrasi ini dilakukan oleh guru dengan melakukan tunjuk cara teknik

gosokan menggunakan media pensel warna untuk menghasilkan ton

warna yang sesuai iaitu ton gelap dan ton cerah. Sepanjang proses

tersebut, murid-murid akan memerhatikan tunjuk cara yang dilakukan oleh

guru.

Page 8: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

8

Langkah-langkah tunjuk cara tersebut boleh dijelaskan

berdasarkan gambar di bawah ini.

Gambar 1.0: Menggunakan warna asas yang pertama iaitu ton cerah.

Gambar 1.2: Menggunakan warna yang kedua untuk menghasilkan ton

gelap.

Gambar 1.3: Terangkan warna untuk mendapatkan ton yang lebih gelap.

Gambar 1.4: Terangkan warna untuk mendapatkan ton yang lebih gelap.

Page 9: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

9

Menggunakan warna yang lebih gelap untuk mendapatkan

ton yang lebih gelap.

Gambar 1.6: Mengambil sudut yang sesuai untuk ton yang gelap iaitu

kawasan yang kurang pencahayaan.

Gambar 1.7: Contoh objek yang mempunyai ton warna iaitu ton cerah

dan ton gelap yang sesuai dengan arah pencahayaan.

Page 10: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

10

Langkah yang keempat iaitu pemerhatian. Pemerhatian dilakukan

dengan mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.

Dalam langkah ini, pemerhatian akan dilaksanakan berdasarkan instrumen yang

digunakan oleh guru bagi mengkaji dan menilai keberkesanan sesi pengajaran

dan pembelajaran pada hari tersebut. Antara instrumen yang boleh digunakan

ialah pemerhatian, soal selidik dan rekod anekdot.

9.0 PEMILIHAN DAN PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN

Terdapat pelbagai pendekatan dan panduan yang boleh diambil oleh guru subjek

Pendidikan Seni Visual dalam melaksanakan poses penilaian. Aspek-aspek yang

dinilai adalah aspek pengetahuan domain kognitif, aspek kemahiran domain

psikomotor dan aspek nilai domain afektif. Selain itu, aspek yang dinilai juga

adalah pengetahuan tentang alat, teknologi, bahan, teknik, bentuk gubahan,

kekemasan, pemahaman dan penghargaan.

Berikut merupakan tiga instrumen yang telah dipilih berdasarkan

kajian tentang teknik gosokan menggunakan media pensel warna untuk

membantu murid menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya 2D:

i. Pemerhatian

ii. Soal selidik

iii. Rekod anekdot

Page 11: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

11

i. Pentaksiran melalui instrumen pemerhatian

ASPEK YANG DINILAIKRITERIA

0% -5%6% - 10% 11%-15%

16% - 20%

21% - 25%

Aplikasi teknik gosokan (25%)5 kali

percubaan bagi setiap

langkah

4 kali percubaan bagi setiap

langkah

3 kali percubaan bagi setiap

langkah

2 kali percubaa

n bagi setiap

langkah

1 kali percubaan bagi setiap

langkah

Tahap pemahaman murid terhadap

langkah-langkah penghasilan karya 2D

menggunakan teknik gosokan (25%)

Sangat lemah

Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Penghasilan karya 2D menggunakan

teknik gosokan (25%)Sangat lemah

Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Kesungguhan dan minat murid dalam

menghasilkan karya 2D menggunakan

teknik gosokan (25%)

Sangat rendah

Rendah Sederhana TinggiSangat tinggi

Jadual 1.1 : Kandungan dan perkara yang dinilai dalam instrumen pentaksiran bentuk

pemerhatian

A B C D

80% - 100% 60%-79% 35% - 59% 0% -34%

Page 12: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

12

ii. Pentaksiran melalui instrumen soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK

PERINGATAN

Soal selidik ini direkabentuk untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi minat

murid Tahun 4 terhadap teknik gosokan untuk penghasilan karya 2D dalam bidang

menggambar. Murid-murid dikehendaki menyatakan pandangan terhadap setiap

faktor dengan menjawab secara jujur dan ikhlas serta mengikut segala arahan yang

diberikan.

SEGALA MAKLUMAT AKAN DIRAHSIAKAN

Penyelidik :

Fhenyius Duasin

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

Page 13: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

13

BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT PERIBADI

ARAHAN : Tandakan √ pada tempat yang sesuai.

1. Jantina:

a. Lelaki

b. Perempuan

2. Tahun:

a. 4

b. 5

c. 6

3. Pekerjaan ibu/ bapa:

a. Kerajaan

b. Swasta

c. Persendirian

d. Tidak bekerja

BAHAGIAN 2 : KEBERKESANAN PELAKSANAAN KAEDAH DEMONSTRASI TEKNIK GOSOKAN MENGGUNAKAN MEDIA PENSEL WARNA UNTUK MEMBANTU MURID MENGHASILKAN TON WARNA YANG SESUAI DALAM KARYA 2D

ARAHAN : Tandakan √ pada tempat yang sesuai. Tiada jawapan yang betul dan salah. Pilih

jawapan yang paling sesuai.

1. Murid dapat menghasilkan karya yang mempunyai ton warna yang sesuai

menggunakan teknik gosokan setelah kaedah demonstrasi digunakan.

a. Setuju

b. Tidak setuju

2. Teknik gosokan yang didemonstrasi meransang penghasilan karya murid yang lebih

menarik.

a. Setuju

b. Tidak setuju

Page 14: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

14

3. Terdapat perubahan dalam nilai estetik hasil karya murid berbanding karya

sebelumya.

a. Setuju

b. Tidak setuju

4. Aplikasi ton warna mampu menonjolkan rupa objek yang dilukis dan lebih menarik.

a. Setuju

b. Tidak setuju

5. Kaedah demonstrasi lebih baik daripada kaedah secara lisan dalam penghasilan

karya 2D.

a. Setuju

b. Tidak setuju

BAHAGIAN 3 : MENGENAL PASTI MINAT MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI AKTIVITI MENGHASILKAN TEKNIK GOSOKAN MENGGUNAKAN MEDIA PENSEL WARNA UNTUK MEMBANTU MURID MENGHASILKAN TON WARNA YANG SESUAI DALAM KARYA 2D

ARAHAN : Tandakan √ pada tempat yang sesuai. Tiada jawapan yang betul dan salah. Pilih

jawapan yang paling sesuai.

1. Minat untuk menghasilkan karya 2D yang menggunakan teknik gosokan.

a. Setuju

b. Tidak setuju

2. Minat kaedah demonstrasi atau tunjuk cara yang ditunjukkan oleh guru?

a. Setuju

b. Tidak Setuju

3. Minat jika sentiasa menggunakan alat atau media seni berbeza setiap minggu

a. Setuju

b. Tidak setuju

Page 15: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

15

iii. Pentaksiran melalui instrumen rekod anekdot

REKOD ANEKDOT

Nama murid : Tarik pemerhatian :

Umur : Masa :

Jantina : Tempat :

CATATAN

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

ULASAN

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Page 16: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

16

10.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh yang sudah dirancang di

bawah. Kajian ini bakal dijalankan selama tiga minggu, iaitu bermula dari

tarikh 07 Ogos 2014 sehingga 22 Ogos 2014. Berikut merupakan jadual

pelaksanaan kajian tersebut:

MINGG

U

CADANGAN

TARIKHPERKARA

1

07 Ogos

2014

(Khamis)

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

penghasilan karya 2D tanpa demonstrasi teknik

gosokan untuk menghasilkan ton warna pada

objek.

Mengenal pasti kelemahan-kelemahan murid yang

berlaku dalam aktiviti yang dijalankan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran tersebut.

2

14 Ogos

2014

(Khamis)

Menganalisis kelemahan-kelemahan yang terdapat

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-

murid termasuklah kaedah, teknik, minat dan sikap

serta alat dan bahan.

Merekod melalui pemerhatian terhadap tahap

penguasaan dan minat murid terhadap aktiviti

teknik gosokan menggunakan media pensel warna

untuk membantu murid menghasilkan ton warna

yang sesuai dalam karya 2D.

3 15 Ogos

2014

(Jumaat)

Merancang penyelesaian bagi kelemahan-

kelemahan yang dikesan semasa proses

pembelajaran murid-murid.

Page 17: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

17

Memilih kaedah (demonstrasi) yang sesuai untuk

dijadikan langkah penyelesaian terhadap

kelemahan-kelemahan yang dikesan sebelumnya.

4

21 Ogos

2014

(Khamis)

Melaksanakan kaedah demonstrasi teknik gosokan

menggunakan media pensel warna untuk

membantu murid menghasilkan ton warna yang

sesuai dalam karya 2D.

5

22 Ogos

2014

(Jumaat)

Menilai keberkesanan kaedah dan teknik yang

digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Jadual 1.2: Perancangan jadual pelaksanaan kajian

Page 18: KKBI PENTAKSIRAN PSV

SEBELUM

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

18

11.0 LAPORAN BERDASARKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN DAN INSTRUMEN YANG DIPILIH

Berdasarkan kertas cadangan kajian dan instrumen yang dipilih, terdapat

beberapa langkah yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas. Tambahan

pula, untuk memastikan segala cadangan kajian dilaksanakan dengan baik

haruslah memerlukan perancangan yang teliti dan mengambil kira aspek-aspek

yang perlu diselesaikan dalam fokus kajian.

Sebelum pelaksanaan langkah penyelesaian dilakukan, guru haruslah

mengenalpasti terlebih dahulu isu-isu yang timbul pada pengajaran dan

pembelajaran pada masa lalu. Berdasarkan isu-isu yang telah dikenalpasti, guru

perlu merancang indikator untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Dalam konteks

penggubalan kertas cadangan kajian, perkara pertama yang harus ada ialah

penentuan tajuk kajian. Dalam kertas cadangan kajian ini, tajuk yang dipilih ialah

‘Teknik gosokan menggunakan media pensel warna untuk membantu murid

menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya 2D’. Tajuk ini dipilih sebagai

fokus kajian iaitu untuk menyelesaikan isu tentang penghasilan karya 2D iaitu

melukis dan mewarna yang berfokus kepada aplikasi teknik gosokan untuk

menghasilkan ton warna cerah atau gelap.

Melalui hasil penelitian terhadap hasil karya murid pada pembelajaran

masa lalu dalam penghasilan karya 2D iaitu melukis dan mewarna dalam bidang

menggambar, terdapat kelemahan yang amat ketara iaitu aplikasi ton warna

cerah dan gelap untuk menghasilkan karya yang lebih menarik dan mempunyai

nilai estetik. Justeru itu, untuk memperbaiki kelemahan ini, terdapat beberapa

cadangan yang diusulkan dan dirancang. Antaranya ialah pelaksanaan instrumen

penilaian iaitu instrumen pemerhatian, soal selidik dan rekod anekdot. Instrumen-

instrumen ini dipilih berdasarkan isu-isu yang timbul dan telah diteliti mampu

untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang timbul pada

pengajaran dan pembelajaran pada masa lalu.

Perkara yang seterusnya ialah tempoh masa pelaksanaan

perancangan dalam kertas cadangan kajian. Dalam kertas cadangan kajian ini,

Page 19: KKBI PENTAKSIRAN PSV

SEMASA

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

19

masa yang dicadangkan ialah selama tiga minggu iaitu bermula dari 07 Ogos

2014 sehingga 22 Ogos 2014. Cadangan tempoh masa yang dicadangkan ini

difikirkan bersesuaian kerana waktu dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

mata pelajaran Dunia Seni Visual bagi tahap dua di sekolah rendah ialah selama

dua waktu dalam seminggu.

Setelah selesai membuat penulisan kertas cadangan kajian, pemilihan

instrumen pentaksiran perlu dilakukan. Pemilihan instrumen ini perlulah

berpandukan kepada fokus kajian dan isu-isu yang timbul pada pembelajaran

pada masa yang lalu. Instrumen ini digunakan dengan tujuan untuk menilai sama

ada kaedah demonstrasi yang dilaksanakan oleh guru mampu membantu dalam

mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid. Terdapat tiga instrumen

yang dipilih iaitu pemerhatian, soal selidik dan rekod anekdot. Berikut merupakan

penelitian terhadap aspek-aspek dalam instrumen tersebut.

PEMERHATIAN SOAL SELIDIK REKOD ANEKDOT

Aspek-aspek :

Terdapat empat aspek yang ditaksir, iaitu:

1. Aplikasi teknik gosokan (25%)

2. Tahap pemahaman murid terhadap langkah-

langkah penghasilan karya 2D menggunakan teknik gosokan (25%)

3. Penghasilan karya 2D menggunakan teknik

gosokan (25%)

4. Kesungguhan dan minat murid dalam

menghasilkan karya 2D

Aspek-aspek:

Terdapat tiga bahagian yang ditaksir, iaitu:

1. Maklumat peribadi

2. Keberkesanan pelaksanaan kaedah demonstrasi teknik

gosokan menggunakan media pensel warna

untuk membantu murid menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya

2D.

3. Mengenal pasti minat murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran bagi aktiviti menghasilkan teknik

Aspek-aspek:

1. Nama murid

2. Umur

3. Jantina

4. Tarikh pemerhatian

5. Masa

6. Tempat

7. Catatan

8. Ulasan

Page 20: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

20

menggunakan teknik gosokan (25%)

gosokan menggunakan media pensel warna

untuk membantu murid menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya

2D

Tujuan:

1. Menilai keberkesanan pengaplikasian kaedah

demonstrasi teknik gosokan menggunakan

media pensel warna untuk membantu murid

menghasilkan ton warna dalam karya 2D

Tujuan:

1. Melihat sejauh mana keberkesanan

pelaksanaan kaedah demonstrasi teknik

gosokan menggunakan media pensel warna dan

minat murid dalam penghasilan karya 2D menggunakan teknik

gosokan tersebut.

2. Menilai minat murid terhadap pengajaran dan

pembelajaran

Tujuan:

1. Pentaksiran secara berperingkat-peringkat melalui pemerhatian

secara holistik.

2. Pentaksiran rekod anekdot juga dapat menunjukkan bukti

kemajuan atau sebaliknya ke atas tahap penguasaan responden

berdasarkan pengaplikasian kaedah

demonstrasi

Justifikasi:

Dapat menilai keberkesanan kaedah

demonstrasi teknik gosokan menggunakan

media pensel warna untuk menghasilkan ton

warna.

Justifikasi:

Dapat menilai keberkesanan dan minat

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Justifikasi:

Dapat menilai kemajuan tahap penguasaan murid peringkat demi peringkat.

Kesimpulannya, pemilihan ketiga-tiga instrumen ini amatlah sesuai kerana

instrumen ini meneliti keberkesanan kaedah dan teknik serta minat murid. Instrumen

ini dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu sebelum dan selepas sesuatu penghasilan

karya itu. Maka, guru dapat melihat keberkesanan dalam sesi pengajaran dan

pembelajarannya dengan lebih jelas lagi dan secara berperingkat. Melalui instrumen

ini dijangkakan guru akan mampu mengatasi kelemahan yang sudah dikenalpasti.

Page 21: KKBI PENTAKSIRAN PSV

SELEPAS

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

21

Melalui hasil pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan menggunakan kaedah demostrasi teknik gosokan menggunakan media

pensel warna untuk menghasilkan ton warna yang sesuai dalam karya 2D

dijangkakan akan mampu membantu memperbaiki kelemahan yang dihadapi

oleh murid-murid dalam pembelajaran pada masa lalu iaitu penghasilan karya 2D

yang tidak mempunyai sebarang aplikasi ton warna lantas menyebabkan karya

mereka kurang menarik dan suram.

Melalui kaedah demonstrasi yang dilakukan oleh guru, dijangkakan

murid-murid akan lebih memahami dan mampu memperbaiki kelemahan pada

masa yang lalu. Hal ini kerana guru menunjukkan langkah demi langkah

penghasilan karya menggunakan teknik gosokan. Murid-murid akan dapat

perhatikan bagaimana melakukan teknik gosokan pada karya mereka lantas

membantu mereka menghasilkan karya yang mempunyai ton warna yang sesuai.

Selain itu, jangkaan terhadap instrumen yang dipilih dan dibina adalah

bertepatan dengan fokus kajian. Hasil dapatan kajian dengan menggunakan

instrumen ini boleh dipercayai dan sahih. Tambahan pula, instrumen ini mudah

ditadbir dan dilaksanakan. Maka, hasil dapatan murid juga mudah untuk

diperolehi dan analisis bagi setiap kelemahan akan dapat dilakukan dalam masa

yang singkat. Namun, secara holistiknya, cadangan penyelesaian kepada

kelemahan-kelemahan yang timbul berkemungkinan tidak akan mencapai

kejayaan 100%. Hal ini kerana terdapat juga murid-murid yang sememangnya

lemah dalam bidang melukis dan tidak mempunyai minat terhadap seni. Oleh itu,

perkara ini juga perlu dipertimbangkan semasa guru memperolehi hasil dapatan

selepas kajian ini dilaksanakan.

Di samping itu, dalam pengurusan masa, kajian yang baik adalah kajian

yang mempunyai tempoh masa tindakan yang agak lama. Semakin lama tempoh

pelaksanaan dan penelitian tersebut, maka semakin tinggilah peratus

keberkesanan kaedah dan teknik yang diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini mempengaruhi pencapaian objektif kajian dalam

menyelesaikan isu-isu yang timbul pada sesi pembelajaran di masa yang lalu.

Page 22: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

22

12.0 REFLEKSI

TAJUK/ISU

Pentaksiran Pendidikan Seni Visual (PSV 3113E)

KEKUATAN

Pada semester ini, saya telah melaksanakan tugasan bagi subjek

Pentaksiran Seni Visual (PSV 3113E). Dalam tugasan ini, saya dikehendaki untuk

menggubal kertas cadangan kajian, membina instrumen pentaksiran dan

membuat laporan. Tajuk-tajuk ini merupakan sesuatu yang baharu kepada saya

dan belum pernah dipelajari pada semester yang lalu. Kertas cadangan kajian

ialah cadangan yang diusulkan untuk mengatasi atau memperbaiki sesuatu

masalah atau kelemahan dalam sesuatu pengajaran atau penyelidikan.

Berdasarkan tugasan ini, banyak input baharu yang telah saya pelajari.

Penggubalan kertas cadangan kajian ini sedikit sebanyak telah membantu saya

untuk mengetahui tentang perkara-perkara dan aspek-aspek yang terkandung

dalam kertas cadangan kajian ini. Pendededahan terhadap penggubalan kertas

cadangan kajian ini membantu saya untuk bersedia dari segi kognitif bagi

penghasilan kertas cadangan kajian tindakan pada semester hadapan. Justeru

itu, hal ini membantu saya dalam membuat perancangan awal terhadap isu yang

hendak dikaji pada masa akan datang.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengkaji instrumen yang sesuai

untuk dipilih bagi melaksanakan pentaksiran. Instrumen ini penting dalam menilai

keberkesanan dan meneliti kelemahan dalam setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran lantas membantu dalam penambahbaikan kelemahan-kelemahan

tersebut. Dalam kajian yang telah saya laksanakan, saya telah memilih tiga jenis

instrumen iaitu pemerhatian, soal selidik dan rekod anekdot. Instrumen-instrumen

ini membantu saya dalam melaksanakan pentaksiran dan menilai keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

Page 23: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

23

Kesimpulannya, tugasan bagi subjek ini telah memberikan saya

pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang pentaksiran PSV. Bidang

pentaksiran PSV ini merupakan antara ilmu yang harus dikuasai oleh seseorang

guru itu kerana bidang ini merupakan sesuatu pengetahuan asas yang perlu

diketahui oleh guru dalam melaksanakan penilaian bagi setiap pengajarannya.

Tambahan pula, melalui pentaksiran ini, guru akan dapat merancang

penambahbaikan dalam pengajarannya. Justeru itu, saya bersyukur kerana

berpeluang untuk mempelajari ilmu ini dan saya juga bersyukur kerana tugasan

bagi subjek Pentaksiran PSV ini berjaya saya siapkan dalam tempoh masa yang

diberikan walaupun terlibat dengan rencaman tugasan lain dan aktiviti-aktiviti lain.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini

ialah saya terpaksa berkorban tenaga dan usaha yang lebih kerana pada masa

yang sama saya perlu menjalani praktikum di sekolah. Maka, tugasan bagi subjek

ini bertindih dengan tugasan praktikum. Hal ini menyebabkan kelewatan dalam

memulakan tugasan ini. Selain itu, terdapat juga tugasan-tugasan daripada

subjek lain yang harus dilaksanakan secepat yang mungkin. Walaupun perkara-

perkara ini merupakan sesuatu yang sudah biasa dilalui pada setiap semester,

namun faktor ini merupakan antara bebanan dalam tugasan yang pasti dan harus

ditempuhi pada setiap semester.

Selain itu, antara kelemahan lain yang saya hadapi ialah berkaitan dengan

sumber rujukan. Kebanyakan sumber rujukan yang saya perolehi hanyalah

berdasarkan sumber laman sesawang kerana agak sukar untuk mendapatkan

sumber rujukan daripada buku yang berkaitan dengan tugasan ini. Tambahan

pula, tugasan ini lebih tertumpu kepada pemikiran sendiri untuk menyelesaikan

masalah yang timbul dalam pembelajaran. Namun, kelemahan ini tidak

membantutkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya

banyak bertanya kepada rakan-rakan yang sudah pernah melakukan kertas

cadangan kajian pada sebelum ini.

Page 24: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

24

Semasa melaksanakan tugasan ini juga, saya menghadapi masalah

dalam menguruskan masa saya kerana terlibat dengan berbagai-bagai aktiviti

yang perlu dilaksanakan dalam tempoh yang sama dan dengan kadar yang

segera. Hal ini bukan hanya dihadapi oleh saya seorang sahaja sebaliknya

masalah ini dihadapi oleh kesemua pelajar semester yang sama.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sentiasa menemui pensyarah sekiranya mempunyai sebarang perkara

yang kurang jelas berkaitan dengan tugasan. Selain itu, berusaha untuk

mengatur masa agar lebih teratur dan sistematik.

Page 25: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

25

BIBLIOGRAFI

Azizi Ahmad dan Mohd. ISha B. Awang (2007), HBEF 3203 Pengukuran dan

Penilaian dalam Pendidikan. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Hamidah Abdul Hamid (1995). Pengantar Estetik. Dewan Bahasa dan Pustaka

Jono Gelfand ; diterjemah oleh Zaleha Che Hamid (2006), Jom Reka Kraf Untuk

Kanak-Kanak. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Kathleen chee (2011). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Pelangi

Sdn. Bhd.

Mohamad Johari Abd. Hamid (2006), Asas Seni Visual. Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Perak Darul Ridzuan.

Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual (2011). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Kurikulum.

Pendidikan Seni untuk Maktab dan Universiti (2003). Selangor. PTS Sdn. Bhd.

http://skstmarkperai.blogspot.com/2012/11/minit-curai-kssr-dan-pbs-dunia-seni.html - dilayari pada 10 Ogos 2014

http://duniasenizulfazli.blogspot.com/2012/05/borang-pentaksiran-kssr-dsv-tahun-2_24.html - dilayari pada 10 Ogos 2014

http://bttan2422.blogspot.com/p/borang-penaksiran.html - dilayari pada 10 Ogos 2014

http://skphtpss.blogspot.com/2012/10/contoh-instrumen-pentaksiran-dunia-seni.html - dilayari pada 10 Ogos 2014

http://skphtpssdownload.blogspot.com/2012/10/instrumen-pentaksiran-dunia-seni-visual.html - dilayari pada 10 Ogos 2014

http://education.um.edu.my/images/education2/download/guildlines/CS2-Kandungan+Content-V4.pdf - dilayari pada 15 Ogos 2014

http://myresearch.al-adib.net/wp-content/uploads/2011/07/Menyediakan-Kertas-Cadangan-Penyelidikan.pdf - dilayari pada 15 Ogos 2014

Page 26: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

26

http://smebank.com.my/wp-content/uploads/2013/11/Garis-Panduan-Kertas-Cadangan-Projek-2013.pdf - dilayari pada 15 Ogos 2014

http://www.slideshare.net/chonseong138/format-penulisan-cadangan-dan-laporan-kajian-tindakan-18163390 - dilayari pada 15 Ogos 2014

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2014/03/panduan-menulis-kertas-cadangan-kajian.html - dilayari pada 15 Ogos 2014

http://ocw.utm.my/file.php/149/Topic7InstrumenKajian.pdf - dilayari pada 15 Ogos 2014

http://amaniresearch.blogspot.com/2011/03/kebolehpercayaan-instrumen-temu-bual.html - dilayari pada 15 Ogos 2014

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/bab-11-pengumpulan-data-kajian-tindakan_.pdf - dilayari pada 15 Ogos 2014

Page 27: KKBI PENTAKSIRAN PSV

PSV 3113EPENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

27

LAMPIRAN