15
PENGENALAN Biosfera adalah komponen biologi dalam sistem-sistem bumi. Biosfera merangkumi semua organisma yang hidup di bumi dan bahan organik mati yang dihasilkan oleh organisma hidup itu. Biosfera berinteraksi dengan dan bertukar bahan serta tenaga dengan sfera lain. Hasilnya kita dapat kitaran karbon, nitrogen, fosforus, sulfur dan elemen-elemen lain. Dari sudut ekologi, biosfera adalah satu ekosistem global yang terdiri daripada semua biodiversiti di bumi dan menjalankan semua fungsi biologi termasuk fotosentesis, respirasi, penguraian, pengikatan nitrogen dan denitrifikasi. Biosfera ialah persekitaran yang dibina oleh segala biotik iaitu tumbuhan, haiwan dan manusia yang melakukakan proses-proses hidup yang tertentu. Salah satu proses yang dimaksudkan ialah siratan makanan dimana berlakunya pengaliran tenaga dari matahari dengan organisma di Bumi. Siratan Makanan Siratan makanan ialah gabungan dua atau lebih rantai makanan dalam satu habitat. Organisma-organisma dalam siratan makanan saling bersandaran antara satu sama lain. Siratan makanan juga merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi. Rajah dibawah menunjukkan satu contoh siratan makanan. [DISEDIAKAN OLEH : NORZAIBASIMA BADARUDIN ] [ 1] SIRATAN MAKANAN

KKBI STM.docx

Embed Size (px)

Citation preview

(SIRATAN MAKANAN)

PENGENALAN

Biosfera adalah komponen biologi dalam sistem-sistem bumi. Biosfera merangkumi semua organisma yang hidup di bumi dan bahan organik mati yang dihasilkan oleh organisma hidup itu. Biosfera berinteraksi dengan dan bertukar bahan serta tenaga dengan sfera lain. Hasilnya kita dapat kitaran karbon, nitrogen, fosforus, sulfur dan elemen-elemen lain. Dari sudut ekologi, biosfera adalah satu ekosistem global yang terdiri daripada semua biodiversiti di bumi dan menjalankan semua fungsi biologi termasuk fotosentesis, respirasi, penguraian, pengikatan nitrogen dan denitrifikasi.

Biosfera ialah persekitaran yang dibina oleh segala biotik iaitu tumbuhan, haiwan dan manusia yang melakukakan proses-proses hidup yang tertentu. Salah satu proses yang dimaksudkan ialah siratan makanan dimana berlakunya pengaliran tenaga dari matahari dengan organisma di Bumi.

Siratan Makanan

Siratan makanan ialah gabungan dua atau lebih rantai makanan dalam satu habitat. Organisma-organisma dalam siratan makanan saling bersandaran antara satu sama lain. Siratan makanan juga merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi. Rajah dibawah menunjukkan satu contoh siratan makanan.

Contoh Siratan makanan

Pengeluar, pengguna, dan pengurai dalam siratan makannan

Pengeluar (autotrof) ialah semua tumbuhan hijau yang dapat membuat makanan sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis.

Penggunaialah haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan yang lain.

Penguraiialah organisma yang mengurai organisma mati (haiwan atau tumbuhan) menjadi bahan-bahan yang ringkas. Contoh pengurai ialah bacteria, kulat dan cacing tanah

Matahari ialah sumber tenaga bagi semua hidupan dalam rantai makanan.

Didalam siratan makanan terdapat rantai Makanan. Rantai makananadalah suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.

Satu rantai makanan mempunyai beberapa organisma yang saling bersandaran antara satu sama lain. Semua organisma dalam rantai makanan yang mati akan diurai oleh penguraiseperti bakteria dan kulat kepada bahan mineral yang ringkas.

Pengeluar (autotrof)

Tumbuhan hijau ialah pengeluar.

pengguna primer

Pengguna primer merupakan haiwan yang herbivor yang memakan tumbuhan saja.

pengguna sekunder

Pengguna sekunder merupakan haiwan karnivor yang memakan pengguna primer.

pengguna tertier

Pengguna tertier merupakan haiwan karnivor yang memakan pengguna sekunder.

Proses fotosentesis

Matahari merupakan punca utama tenaga dalam siratan makanan .Pengeluar (autotrof) mampu mensintesis makanan sendiri berdasarkan pemerolehan tenaga daripada cahaya matahari .Ini kerana tumbuhan (pengeluar) mendapat tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis bagi membolehkan proses tumbesaran berlaku. Semua organisma lain menggunakan makanan yang dihasilkan oleh pengeluar. Organisma ini yang makan pengeluar dipenggil heterotrof. Heterotrof adalah pengguna dalam siratan dan rantai makanan. Tempat terakhir dalam rantai dan siratan makanan diambil oleh sekumpulan benda hidup yang mengurai organism mati. Contoh pengurai atau saprotof adalah fungi, bakteria dan cacing tanah.

Tanpa tenaga dari matahari tumbuhan tidak dapat menjalankan aktiviti tumbesaran walaupun mendapat bekalan air, tanah dan nutrien di dalam tanah. Di dalam ekosistem ia wujud secara saling berkait sekiranya salah satu daripada komponen di dalam ekosistem terjejas ia akan mempengaruhi komponen yang lain.

Sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari ia tidak dapat melakukan tumbesaran dan akan mati. Apabila tumbuhan mati ia akan mempengaruhi pengguna yang memakan tumbuhan kerana ketiadaan makanan akan menyebabkan pengguna primer akan mati apabila pengguna pertama telah pupus, ia akan mengancam pengguna sekunder yang bergantung hidup kepadanya dan begitulah seterusnya. Pengguna (hetetrof) perlu mengambil makanan yang dibentuk terlebih dahulu. Ia boleh dibezakan mengikut jenis herbivor, karnivor dan omnivor dan pengurai. Pengurai terdiri daripada mikroorganisma seperti kulat dan bakteria yang akan memakan organisma yang mati dan memecahkannya menjadi sebatian ringkas.

Contoh pengguna dalam siratan makanan

Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan

Matahari merupakan punca tenaga bagi semua kehidupan. Pengeluar (tumbuhan) akan menggunakan cahaya matahari unuk melakukan proses fotosintesis bagi menghasilkan karbohidrat, protein bagi membantu proses tumbesaran dan pembiakan. Ini menunjukkan tenaga haba dan cahaya dipindahkan dari cahaya matahari kepada tumbuhan. 90% tenaga itu hilang melalui proses tumbesaran, pernafasan dan lain-lain. 10% disimpan dalam tisu badan (daun, akar, batang dan lain-lain)

Tumbuhan dimakan oleh pengguna pertama (ulat/belalang) bagi menambahkan tenaga supaya ulat/belalang dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar kepada pengguna pertama. 90% dari tenaga itu digunakan untuk pembesaran dan 10% disimpan.

Pengguna primer (ulat/belalang) dimakan oleh pengguna sekunder (ayam) bagi menambahkan tenaga supaya pengguna sekunder dapat bergerak, membesar dan membiak dengan sempurna. Ini menunjukkan tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer kepada pengguna sekunder. 90% tenaganya digunakan dan 10% disimpan.

Pengguna sekunder (ayam) dimakan oleh pengguna tertier (helang). Helang makan ayam untuk mendapatkan tenaga supaya ia dapat bergerak, membiak dan membesar dengan sempurna. Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 90% dari tenaga itu digunakan untuk proses pembesaran dan 10% disimpan.

Apabila semua organisma hidup ini mati, berlakulah proses penguraian oleh pengurai seperti bakteria, cacing dan kulat. Organisma pengurai mendapat tenaga kimia daripada pengeluar dan pengguna yang mati. Proses ini menambah nutrien ke dalam tanah dan seterusnya digunakan oleh pengeluar semula.

Aras trofik dalam rantai dan siratan makanan

Aras trofik merujuk kepada kedudukan organisma-organisma yang dihubungkaitkan oleh tenaga dalam rantai makanan di mana pengeluar pada aras pertama, herbivor (pengguna primer) aras kedua, Karnivor (pengguna sekunder) pada aras ketiga dan omvivor (pengguna tertier) pada aras ke empat.

Piramid ekologi (Piramid aliran) dalam siratan makanan

Piramid aliran bermaksud peringkat-peringkat atau tahap-tahap di dalam rantaian makanan dengan bilangan organisma atau haiwan yang terlibat di dalam setiap peringkat. Aliran tenaga dalam siratan makanan boleh dilihat dalam bentuk piramid kerana bilangan di setiap peringkat adalah tidak sama. Bilangan pengeluar adalah bilangan yang paling banyak dan berada di peringkat paling bawah di dalam piramid kerana bilangan pengeluar ini tidak menggnakantenaga yang terlalu banyak untuk terus hidup.

Selepas pengeluar pengguna primer pula berada di lapisan yang kedua. Ini kerana bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar tetapi lebihberbandingdenganpengguna sekunder. Pengguna primer berada di atas pengeluar dalam piramid menunjukkan pengguna primer memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan pengeluar. Bilangan pengguna primer sedikit berbanding dengan pengeluar juga penting untuk memastikan pengguna primer mendapat makanan yang secukupnya.

Pada peringkat ketiga piramid dihuni oleh pengguna sekunder. Bentuk piramid yang semakin mengecil ke atas mengambarkan bilangan pengguna sekunder lebih sedikit berbanding dengan pengguna primer. Dan ia berada di atas pengguna primer menggambarkan pengguna sekunder memerlukan tenaga yang banyak berbanding dengan pengguna primer. Bilangan pengguna sekunder sedikit berbanding dengan pengguna primer penting untuk memastikan supaya pengguna sekunder mendapat makanan yang secukupnya.

Pada peringkat keempat atau puncak piramid dihuni oleh pengguna tertier. Ia berada di puncak menunjukkan tenaga yang diperlukan oleh pengguna tertier ini sangat banyak berbanding dengan pengguna-pengguna yang lain. Ruang yang runcing dan kecil menunjukkan bilangan pengguna ini adalah sangat sedikit. Ini penting untuk memastikan pengguna tertier ini mendapat makanan yang secukupnya.

Piramid aliran dan kehilangan tenaga dalam siratan makanan

Sebenarnya susunan di dalam piramid ini penting kerana ia adalah bertujuan untuk memastikan berlakunya keseimbangan dan penerusan rantaian makanan di dalam satu-satu ekosistem. Sekiranya bilangan pengguna sekunder dan pengguna tertier lebih besar daripada pengguna primer dan pengeluar akan berlaku ketidakseimbangan di dalam sesebuah ekosistem.

Aliran Tenaga dalam Siratan Makanan

Kepentingan Siratan Makanan

Siratan makanan sangat penting penting kepada manusia dan alam . Siratan makanan yang teratur dan seimbang dapat mengekalkan keseimbangan alam . Ia dibuktikan apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah. Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.

siratan makanan juga dapatmemastikan kemandirian spesies. Ia berlaku apabila sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran dan kepupusan.

Di dalam suatu habitat terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan . Dengan adanya siratan makanan hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber di dalam habitat tersebut.

Siratan makanan juga penting kerana terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.Setiap hidupan samaada tumbuhan atau haiwan mempunyai kepentingan masing-masing dalam suatu siratan makanan. Jika suatu hidupan dalam satu siratan makanan terjejas atau berkurang maka ia juga turut menjejaskan satu siratan makanan tersebut.

Perpindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan adalah penting untuk mengekalkan kewujudan hidupan di bumi. Tanpa siratan makanan yang seimbang kewujudan hidupan yang seimbang tidak dapat diwujudkan.

PERBINCANGAN ISU

Dewasa ini kita sering dikejutkan dengan pelbagai isu alam sekitar yang membimbang. Diantara isu alam sekitar yang sering diperkata ialah kepupusan flora dan fauna. Kepupusan ini adalah disebabkan oleh aktiviti manusia untuk membangunakan alam sekitar bagi memenuhi tuntutan kesejahteraan hidup. Isu ini berkait rapat dengan kepentingan siratan makanan dalam keseimbangan alam. Apabila sejenis flora atau fauna pupus atau mati, siratan makanan dalam habitat tersebut turut terjejas. Justeru itu langkah-langkah pencengahan dan penambahbaikan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.

Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan.Antaranya ialah spesies seperti bunga pakma, orkid - orkid liar, periuk kera, pisang liar, burung enggang, bangau, helang bahu hitam, tapir, harimau, badak Sumatera, orang utan, siamang , lutong , dan ular sawa. Aktiviti manusia banyak menyebabkan siratan makanan didalam sebuah habitat terganggu lalu menyebabkan spesies tersebut diancam kepupusan.

Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan adalah panda gergasi. Hanya terdapat di satu kawasan kecil di China. Kini, terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal . Ia adalah disebabkan makanan dan habitat beruang panda tersebut iaitu buloh telah diterokai bagi tujuan industri pembuatan pelbagai barangan daripada buloh telah dijalankan di Cina.

Seterusnya ialah gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan. Dilautan ikan paus biru, haiwan yang terbesar, terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk daging dan lemaknya serta pencemaran laut.

Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan adalah penting kerana berkaitan dengan keseimbangan persekitran kita. Hal ini kerana manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat . Seterusnya, semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan. Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya . Haiwan dan tumbuhan juga merupakan sumber bahan mentah. Sebagai contohnya Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas.Selain itu, hasil keluaran seperti kulit haiwan, madu, rotan, damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan.

Tumbuhan dan haiwan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . Antaranya ialah tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . Seterusnya, tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas karbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . Selain itu, tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun serta melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari, dapat mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi . Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia. Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia , juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman, hasil tangkapan ikan, kayu balak, damar, ubat-ubatan, kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

Kesimpulannya, kita harus mengubah sikap kita supaya kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif untuk memelihara dan mengekalkan keseimbangan alam sekitar.

[DISEDIAKAN OLEH : NORZAIBASIMA BADARUDIN ][ 10]