Upload
ammarsyahmi
View
19
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bm
Citation preview
KOLEKSI SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yangmembawa maksud yang tepat dan padat.Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:Simpulan BahasaMaksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harganya
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan yang kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja: menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh
SOALAN-SOALAN SIMPULAN BAHASA1.Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .. .....................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah
2.Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia .............................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil masa3.Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata B putih mata
C rambang mata
D rabun mata
4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati
5.Rahman merupakan........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah segalakemahuannya dituruti.
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat
6.Sahabat yang baik tidak patut................................kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang B membuka langkah C membuka mulut D membuka mata 7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti kita juga yang
akan menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah mudaD darah dingin
8.Mat Deris begitu... menanam pokok buah-buahan di sawah yang telahlama terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati
9.Sejak peristiwa itu Puan Salwa untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan
bola sepak.
A. jauh hati
B. kecil hati
C. berat hati
D. patah hati
10. En. Hamidon seorang yang...Beliau sentiasa menghormati dan
melayani pekerja-pekerjanya.
A. rendah diri
B. mata duitan
C. pilih kasih
D. hidung tinggi
11. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu
B.mengadu nasib
C.bertikam lidah
D.kecil hati
12. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A.cepat tangan
B.bekas tangan
C. tangan sejuk
D. tangan terbuka
13. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
........................................
A. anak tiri
B. anak emasC. anak angkat
D. cahaya mata
14. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah...........................................dengan kejayaan
mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
B. cekal hati
C. iri hati
D. besar hati
15. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita
akan dapat .......................................
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib
16. Urusan ......................... kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar
Baru.
A.campur tangan
B.guna tenaga
C.temujanji
D. jual beli
17. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati
B. naik harga
C. jual mahal
D. harga tetap
18. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan
peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A.panjang akal
B. panjang lebar
C. panjang lidah
D. panjang bicara
19. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu
dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba20. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana
dia
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak
21. Sewaktu berada di pusat membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana
terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata
B. rambang mata
C. pening kepala
D. rambang hati
22. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau
dibelakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola
23. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak
EncikZali kerana tingkahlakunya yang baik.
A. ibu angkat
B. anak emasC. buah hati
D. ibu tiri
24. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu
berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata
25. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
26. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti
A. rusa masuk kampungB. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit
27. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu.
Merekamendakwa pengadil itu ............... .
A.berat perutB. berat badanC. berat mataD. berat sebelah 28. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka
..............................
A. curi hati
B. curi tulang
C.curi ayam
D. curi kerja
29. "........................ apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A.Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata
30. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampungB. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
31. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan hal
orang lain.
A.buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut
32. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A.hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api
33. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi
kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi
34. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh
Penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan
B. berat tulang
C. buah mulut
D. buah tangan
35. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A.buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang
36. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A.panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin
37. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam
diconteng oleh remaja-remaja yang.
A. gatal tangan
B. panjang tangan
C. lepas tangan
D. buah tangan
38. Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti
A. minyak wangi
B. minyak yang penuh
C. minyak hampir jatuh
D. minyak masak
39. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A.panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan
40. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut tempayan
41. .yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia
sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angin
B. Naik angin
C. Khabar angin
D. Mulut tempayan
42. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan
baik.
A.senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati
43. Chua.............................apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A .cari jalan
B. sua muka
C. besar hati
D. gelap mata
44. ................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh
orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang
B. Serang hendap
C. Panjang tangan
D. Pukul curi
45. "Nampaknya, tahun ini padi kita ............... ". kata Wak Seman kepada isterinya
A. kurang manis
B. kurang umur
C. kurang jadi
D. kurang tua
46. Amran berkata, "Inilahsaya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
A kata sepakat
B kata hikmat C kata dua
D kata putus
47.Pihak berkuasa terpaksa .. untuk meleraikan pergaduhan itu.
A. masuk kira
B. campur tangan
C. kira untung
D. masam muka